You are on page 1of 3

6/30/13

Share 0

Sesejuk mata memandang, semanis bahasa berbicara: Konsep Tatabahasa


More Next Blog Create Blog Sign In

Sesejuk mata memandang, semanis bahasa berbicara


WAN MOHD AFFENDY BIN MUSTAPAI
Bahan Bahasa Melayu
KHAMIS, 29 NOVEMBER 2012 TETAMU HADIR BERSAMA KERAHMATAN ILLAHI

Konsep Tatabahasa

45,787
DOAKAN CATATAN INI DIREDHAI YANG MAHA ESA

(i) Menghuraikan konsep tatabahasa. 1.0 Pengenalan. Tatabahasa dapat dinyatakan sebagai satu konsep tatabahasa yang mempunyai peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Teori bahasa umumnya dipecahkan kepada teori tradisional, teori struktural, teori transformasi generatif, dan teori fungsional. Tiap-tiap aliran dipengaruhi oleh ilmu lain yang ada kaitan dengannya. 2.1 Teori Struktural. 2.1.1 Teori ini dikaitkan seiring perkembangan linguistik ilmiah di Amerika pada tahun 1930-an iaitu pada abad ke-20 Sebelum Masihi.Teori ini juga dikenali sebagai Taxanomic atau Bloomfieldian. Tokoh bahasa yang terlibat dalam teori ini terdiri daripada Sausure, Otto Jespherson, Harris dan sebagainya. 2.1.2 Konsep teori struktural menyatakan bahawa bahasa merupakan satu sistem yang mempunyai talian antara unit fonem iaitu sebagai unit bahasa dengan morfem dalam satu unit bahasa.Di samping itu, teori ini menekankan bahasa dalam sebagai satu sistem pertuturan yang arbitrari. (Arbitrari menurut kamus dewan edisi keempat ialah, tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau yang teliti.) 2.1.3 Dalam teori ini, bahasa merupakan alat komunikasi yang utama dan aspek pertuturan merupakan alat perhubungan asas utama. Kajian ini juga berdasarkan struktur iaitu dimulai dengan fonologi kemudian morfologi dan akhir sekali sintaksis. 2.1.4 Ciri-ciri. teori struktural adalah bahasa dikaji sebagai sistem lambang pertuturan. Bahasa dikaji secara diskriptif, dan bersifat serta empirikal. Empirikal membawa maksud berdasarkan pemerhatian atau eksperimen iaitu dengan kata lain, boleh diuji. Konsituen yang paling kecil dalam teori ini ialah mengecilkan perkataan, diikuti frasa, klausa, subjek, dan predikat.Di samping itu, perkaitan unit tatabahasa dan ayat dianalisis secara konsituen terdekat. 2.1.5 Implikasi dalam teori struktural adalah pembelajaran lebih kepada berasaskan rangsangan dan gerak balas. Bahan rangsangan untuk penguasaan lisan ditunjukkan dahulu sebelum pengajaran kemahiran menulis. Berbanding teori tradisional, teori ini lebih kepada pengajaran berbentuk induktif. Pengajaran juga berasaskan fakta dalam erti kata lain, ia dijalankan secara formal.Teori ini tidak menekankan penyampaian makna dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Makna perkataan dijelaskan dengan cara memberikan makna yang sama dalam bahasa natif dalam pembelajaran bahasa kedua. 2.2 Teori Tradisional bermula sejak zaman silam Yunani pada abad ke-15 Sebelum Masihi terhadap bahasa Yunani. Ahli-ahli falsafah Yunani ialah seperti Plato iaitu mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiri daripada bahan-bahan penulisan. 2.2.1 Kajian-kajian mereka dibuat berasaskan falsafah kerana pada masa itu bahasa menjadi salah satu cabang falsafah kerana pada masa itu bahasa menjadi salah satu cabang falsafah yang penting.Bahasa juga merupakan satu bidang yang dapat membantu mereka untuk menyelidik tabii alam.Kegiatan orang-orang Yunani meliputi aspek-aspek tatabahasa yang ada pada masa itu. 2.2.2 Teori ini kemudiannya terus berkembang terhadap bahasa latin, bahasa Arab, dan bahasa Sanskrit. Kajian bahasa bentuk ini diteruskan hinga abad ke-19 di mana orang mulai sedar bahawa bahasa tidaklah kekal lama sekiranya tidak diamalkan dan menurut pensejarahan, bahasa berubah-ubah dari abad ke abad. Teori ini lebih menjurus kepada huraian aspek-aspek tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis.Menurut kamus dewan edisi keempat, morfologi membawa maksud kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. 2.2.3 Morfologi terbahagi kepada dua iaitu kata nama dan kata kerja. Manakala,
wanmohdaffendy.blogspot.com/2012/11/konsep-tatabahasa.html

Karangan Surat kiriman tidak rasmi Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi. Ciri-ciri karangan jenis surat kiriman tidak rasmi 1. Surat kiriman tidak rasmi ditu... Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. KANDUNGAN 1. Keunikan ... kajian tindakan bahasa melayu tahun 3 (masalah membaca) KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TAHUN 3. Abstark Kajian ini dijayakan bagi mengenalpasti keadah untuk mengatasi masalah mem... kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan ii) Tiga kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan. 1.0 Pengenalan. 1,1 Bahasa Melayu... Karangan Jenis Dialog/ Perbualan KARANGAN JENIS DIALOG/PERBUALAN Ciri- ciri karangan jenis perbualan/ dialog 1.Karangan dialog melibatkan dua pihak atau lebih.... Sahsiah. Ciri-ciri guru positif dan negatif. BIL KANDUNGAN 1.0 2.0 3.... Empat kesalahan penggunaan tatabahasa ii) Menganalisis empat kesalahan pengunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah. 1.0 Pengenalan kesalahan tatabahasa. Secar... falsafah pendidikan kebangsaan dan penterjem.ahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 1.1 2.0 2... Karangan Jenis Menyambung Cerita. KARANGAN JENIS MENYAMBUNG CERITA Ciri-ciri 1. Ciri-cirinya tiada bezanya daripada karangan cereka dan cerita. 2. Bezanya a... Karangan Jenis Syarahan KARANGAN JENIS SYARAHAN CIRI-CIRI KARANGAN SYARAHAN. 1.Karangan jenis syarahan mempunyai format yang

1/3

6/30/13

Sesejuk mata memandang, semanis bahasa berbicara: Konsep Tatabahasa


tersendiri. 2.Syaraha...

sintaksis pula menurut kamus dewan edisi keempat membawa maksud pengetahuan dalam cabang ilmu linguistik, peraturan tentang susunan kata dalam ayat. 2.2.4 Kajian sintaksis terbahagi kepada empat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seru, dan ayat perintah. Bahagian-bahagian dalam ayat mempunyai subjek, predikat, objek, dan keterangan. Pengajaran tatabahasa bersifat deduktif iaitu daripada umum kepada sepesifik iaitu dengan membuat penerangan dan memberikan sedikit contoh. 2.2.5 Bahasa merupakan pengucapan buah fikiran dan perasaan. Namun begitu, penulisan adalah lebih penting daripada pengucapan mahupun lisan.Hal ini kerana apa yang dikaji merupakan apa yang ditulis sahaja bukan apa yang diucapkan. 2.3. Konsep teori tradisional. 2.3.1 Bahasa merupakan salah satu disiplin dalam ilmu falsafah. Huraian bahasa dibuat berdasarkan tanggapan atau perspektif ahli falsafah.Hal ini kerana, bahasa merupakan organisma yang hidup dan berkembang.Di samping itu, kajian bahasa dibuat dalam bentuk perbandingan bahasa.Tambahan lagi, bahasa dapat dihuraikan berasaskan tatabahasa sejagat yang berindukkan bahasa Yunani dan bahasa lain. Dalam teori ini, mereka berpegang kepada konsep di mana kajian bahasa dibuat terhadap bentuk tulisan semat-mata. 2.3.2 Ciri-ciri teori tradisional.Ciri-ciri yang terdapat dalam teori ini ialah, tulisan lebih penting daripada pengucapan atau lisan.Kajian bahasa juga berbentuk deduktif serta huraian bahasa berasaskan tanggapan atau perspektif daripada ahli falsafah. 2.3.3 Implikasi. Dalam bilik darjah, sangat ditekankan pengajaran bahasa yang berbentuk deduktif di mana pelajar diajarkan dahulu sesuatu konsep kemudian mengapliaksikannya sendiri. Dalam konteks ini, hukum-hukum bahasa perlu dikuasai oleh pelajar dan kemahiran menulis merupakan kemahiran utama yang hendak dikuasai. Tatabahasa terjemahan juga digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua. 2.4 Teori Fungsional. 2.4.1 Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an.Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins, bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. 2.4.2 Kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Halliday menganggap bahasa sebagai alat perhubungan. Teori ini mewujudkan pelbagai variasi bahasa dalam penggunaan bahasa.Fungsi sosial bahasa memainkan peranan penting dalam pembentukan sistem bahasa. Ini kerana teori ini mementingkan aspek semantik. Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal. 2.4.3 Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur.Turut memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi.Aspek yang ditekankan ialah perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. 2.4.4. Tiga fungsi utama dalam berbahasa ialah fungsi ideasional, interpersonal, dan tekstual.Fungsi ideasional menyatakan pengucapan serta hasrat dan fikiran.Fungsi interpersonal menggambarkan gambaran operasi bahasa sebagai alat interaksi.Fungsi tekstual menggambarkan bagaimana bentuk-bentuk ayat untuk menyampaikan mesej. 2.4.5 Teori ini sangat mementingkan aspek semantik. Kajian bahasa bukan setakat struktur tetapi fungsinya sebagai alat komunikasi.Ahli-ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu tentang bahasa, antara lainnya ialah sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan static sebaliknya terbuka dan dinamis. 2.4.6 Seterusnya, asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis. Oleh sebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan bahasa. Kemudian, variasi bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial.Sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan fikiran tetapi juga dapat menggambarkan penuturnya. 2.5 Teori Transformasi Generatif. 2.5.1. Selepas aliran struktural, timbul pula satu aliran baru dalam tahun 1950-an iaitu aliran Transformasi Generatif (TG). Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya Syntactic Structures (1957) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965). 2.5.2 Analisis TG bertujuan membentuk rumus-rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur natif sesuatu bahasa. Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang lain yang tidak tahu bahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan. Rumus-rumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus struktur
wanmohdaffendy.blogspot.com/2012/11/konsep-tatabahasa.html

MASA, NIKMAT YANG PERLU DISYUKURI DENGAN IBADAH.

SAYA, HAMBA ALLAH SWT.

Wan Mohd Affendy Lihat profil lengkap saya

BAHAN YANG DIHAJATI Search

ARKIB BLOG

2013 (123) 2012 (76) Disember (5) November (33) Karangan Jenis Menyamb ung Cerita. Karangan Jenis Syarahan Karangan Jenis Dialog/ Perbualan

PENGIKUT Sertai tapak ini


dengan Sambung Rakan Google

Ahli (8)

Sudah menjadi ahli? Log masuk

Karangan Jenis Berita JKarangan Jenis Keperihala n Karangan Jenis Autobiogr afi Fungsi Bahasa Melayu Kesalahan tatabahas a Konsep Tatabahas a Penjodoh Bilangan Kata Pemeri Penanda Wacana Bandingan Semacam Kata Hubung Kata Sandang

2/3

6/30/13

Sesejuk mata memandang, semanis bahasa berbicara: Konsep Tatabahasa


Jenis-jenis Ayat Simpulan Bahasa Kata Penguat Kata Nafi Kata Ganti Nama Kata Bantu Ayat Aktif dan Ayat Pasif Ragam Ayat Kata Sendi Nama Kata Penegas Cabaran Perkemba ngan ICT terhadap Insan Kamil Muka... Kata Keteranga n Kata Ganda Ayat Cakap Ajuk dan Cakap Pindah Hukum D-M Kata Arah Tanda Baca Fungsi Umum Bahasa Melayu Oktober (38)

frasa dan rumus-rumus transformasi. Manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. 2.5.3 Bagi penutur asli, mereka mempunyai kecekapan berbahasa. Kecekapan ini merupakan satu set implisit iaitu dinyatakaan secara tidak langsung atau tidak secara terang-terangan. Penguasaan bahasa berdasarkan penguasaan bahasa pertama dahulu. Pengetahuan bahasa merupakan fenomena mental. 2.5.4 Struktur dalaman penutur asli membolehkan ayat berfrasa dan ayat yang mempunyai ketaksaan.Dua struktur ayat dalam teori ini ialah struktur dalaman dan struktur permukaan. Rumus-rumus transformasi berkuasa untuk menggugurkan unsur kata, menambahkan unsur kata dan mengubah atau menyusun semula. Pendekatan huraian bersifat deduktif dan kaji diri. 2.5.5 Teori ini juga menunjukkan kajian berbentuk hipotesis tentang bagaimana bahasa bertugas.Kita juga dapat lihat dalam teori ini, bahasa bersifat sejagat dan kreatif.Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan symbol untuk menganalisis nahu 3.0 Konsep penting tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. 3.1.1 Morfologi. Untuk pengetahuan anda, dalam morfologi, morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata tersebut terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. 3.1.2 Jenis Morfem. Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu morfem bebas dan morfem terikat (imbuhan). 3.1.3 Morfem Bebas. Adalah boleh berdiri sendiri contohnya: minum, cuti, sekolah dan periksa dan mempunyai maksud sendiri. 3.1.4 Morfem Terikat / Imbuhan. Adalah bentuk imbuhan iaitu mem, per, kan, ber..... serta tidak mempunyai makna tetapi mengandungi fungsi tatabahasa atau nahi yang dapat mengubah makna sesuatu kata seterusnya makna ayat.
Dicatat oleh Wan Mohd Affendy di 4:33 PTG
Syorkannya di Google

Tiada ulasan: Catat Ulasan


M a s u k k a nu l a s a na n d a . . .

Ulas sebagai: Akaun Google Terbitkan Pratonton

Catatan Terbaru
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Laman utama

Catatan Lama

Templat Picture Window. Dikuasakan oleh Blogger.

wanmohdaffendy.blogspot.com/2012/11/konsep-tatabahasa.html

3/3

You might also like