You are on page 1of 9

Fitur Makna dalam Bahasa Melayu

Fitur Makna dalam Bahasa Melayu


Sifat makna Kelas makna Lewah dalam makna

SIFAT MAKNA
Makna bersifat dinamis dan evolusi. Dinamis-boleh berubah-rubah. Evolusi-boleh berkembang.

Ciri-ciri Yang Menentukan Sesuatu Makna


Pilihan : ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian, jika tidak ungkapan tersebut adalah tidak bermakna. Budaya : budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya.

Konteks : makna juga ditentukan bergantung kepada situasi dan perasaan penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu. Makna dalam peribahasa : makna dalan peribahasa (kiasan/simpulan bahasa/pepatah dll) digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal.

Faktor Perubahan Sifat Makna


Perkembangan bahasa itu sendiri. Tanggapan penutur Perluasan makna Pembatasan/penyempitan makna Tujuan simbolik dan stilistik

KELAS MAKNA
Makna denotasi - makna tersurat Makna konotasi - makna tersirat. Makna emotif - makna yang belaku akibat reaksi induvidu daripada apa yang didengar (cth;hei,lembu!) Makna kognitif - makna yang boleh dijelaskan melalui analisis komponen Makna referensial - makna yang merujuk pada sesuatu benda/perkara Makna piktorikal - makna yang muncul daripada bayangan pendengar/penutur mengikut kefahaman masing-masing.

LEWAH DALAM MAKNA


lewah bererti penggunaan kata/gabungan kata yang berlebihan dengan makna kata. Contohnya seperti :
mereka semua papa kedana demi untuk kasut boot

Faktor Berlakunya Lewah Dalam Makna


Pengulangan
mereka-mereka ibu bapa-ibu bapa

penambahan imbuhan yang tidak diperlukan


memperbesarkan, sepatutnya memperbesar dipersetujui, sepatutnya disetujui diperhalusi, sepatutnya dihalusi

kata sendi yang berturut-turut


demi untuk selain daripada itu

You might also like