P. 1
Kes Study Sem Autisme Dan Hyper

Kes Study Sem Autisme Dan Hyper

|Views: 4|Likes:
Published by Fazlee Zubair

More info:

Published by: Fazlee Zubair on Jun 30, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/18/2014

pdf

text

original

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023

)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (AT 10)

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

TAJUK: Kajian Kes Kanak-kanak Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Arfan Hadri Bin Mohd Zahari)

DISEDIAKAN OLEH: NURUL HUDA BINTI ARIF D20091034785

PENSYARAH: DR. MD. NASIR BIN MASRAN

1

PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Perkembangan Fizikal, Emosi, dan Sosial 2.1 Perkembangan Fizikal 2.2 Perkembangan Emosi 2.3 Perkembangan Sosial 3.0 Teori dan Model 3.1 Teori Perkembangan Psikososial

HALAMAN 1-2 3-7

8-12

Erik Erikson 3.2 Teori Perkembangan Sosio-Emosi

Sigmund Freud 4.0 Metodologi Pengesanan Awal 5.0 Kajian Kes 5.1 Latar Belakang Responden 5.2 Aplikasi Teori Erikson dan Freud 13 14-15

Dalam Bilik Darjah 6.0 Ulasan Senarai Semak 7.0 Strategi Jangka Pendek 8.0 Perancangan Jangka Panjang (Program) Untuk Membantu Responden 9.0 Penutup Rujukan 24 16-18 19-20 21-23

2

dan pandangan orang lain terhadap rnereka rnenyebabkan rnasalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai.0 PENGENALAN Menurut United States Office of Education. Pada masa yang sarna. Antara masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas termasuklah konsep kendiri. diskriminasi terhadap golongan ini. Sebagai golongan minoriti. masalah keluarga. pintar cerdas adaIah: Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. ms. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya rnemperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. 18) Berdasarkan definisi di atas telah jelas menekankan dua perkara berikut yang berkaitan dengan kanak-kanak pintar cerdas:  kebolehan pencapaian kanak-kanak pintar cerdas yang tinggi  mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengembangkan potensi yang ada pada mereka. kelebihan ini akan menimbulkan beberapa masalah dalam kehidupan mereka. Oleh yang demikian. These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by regular school programs in order to realize their contribution to self and society.PERKEMBANGAN FIZIKAL. 3 . emosi dan sosial. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) 1. Perkara ini penting untuk mengelak daripada potensi kanak-kanak tersebut berada di bawah tahap pencapaian sebenar mereka. dan masalah mengembangkan potensi. semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggi keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya. fobia. Menurut Davis & Rimm (1998). faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi. (Marland dIm Davis & Rimm. rnasalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistern persekitaran. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri rnereka. perkernbangan fizikal. 1998.

iv. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) Selain itu juga. iii. David George (1997) telah memfokuskan beberapa komponen bagi kanak-kanak pintar cerdas iaitu kecerdasan merujuk kepada: i.PERKEMBANGAN FIZIKAL. kecemerlangan dalam subjek akademik. dan mempunyai pemikiran abstrak yang baik. vii. daya ingatan yang baik. v. berterusan. ii. memproses maklumat dengan cepat. mempunyai kemahiran belajar yang baik. 4 . vi. memahami arahan dengan baik.

dan ceria. KESEIMBANGAN PERGERAKAN MANIPULASI • Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti • Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut • Manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya. dan manipulasi (manipulation). Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. perkembangan 5 . perkembangan adalah suatu proses yang rencam (kompleks). Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model peralihan. 2003). pergerakan (locomotion).0 2. Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut Selain itu juga. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) 2.PERKEMBANGAN FIZIKAL. EMOSI DAN SOSIAL Perkembangan Fizikal Menurut tokoh. selamat. mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman. Menurut Gallahue (1993). perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah keseimbangan (stability). Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas.

persekitaran sekolah. aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi perhatian. otot. keselamatan. Oleh itu. Faktor-faktor ini menghalang mereka daripada membangunkan potensi mereka sepenuhnya. Perkara ini menjelaskan mengapa tidak semua individu berbakat dapat mencapai produktiviti dan kreativiti dalam hidup mereka. 6 .2 Perkembangan Emosi IQ tinggi dianggap sebagai penunjuk yang kuat kejayaan dan kesejahteraan dalam segala bidang hidup. seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan dapat mencapai kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau persekitarannya kurang sihat.PERKEMBANGAN FIZIKAL. Namun demikian. dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Misalnya. Justeru itu. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan. kesihatan. Oleh yang demikian. kanak-kanak pintar cerdas menghadapi pelbagai masalah sosio-emosi yang disebabkan oleh ciri-ciri unik dalam dirinya sendiri serta lingkungan faktor seperti kehidupan keluarga. berikut merupakan definisi yang jelas berkaitan emosi dan kecerdasan emosi seseorang.kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebersihan alam sekitar. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) fizikal kanak. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. dan salah faham dari orang lain. dan psikomotor. dalam proses mendidik kanak-kanak. kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam cara amalan dan langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut 2.

Satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi. 7 . diri. dan psikologi.PERKEMBANGAN FIZIKAL. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) EMOSI Perkataan yang berasal dari perkataan Greek “emovere” yang bermaksud “untuk keluar” Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.

EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) Kebolehan untuk mengenalpasti emosi diri sendiri dan orang lain untuk memotivasikan diri Kemampuan sendiri & mengurus memahami emosi. emosi dengan baik menyelaminya. Satu kebolehan untuk mengekang perasaan atau emosi negative serta memfokuskan kepada emosi positif KECERDASAN EMOSI 8 . dan dalam diri serta membina hubungan membina hubungan begi meningkatkan dengan orang lain pengetahuan dalam dengan memahami memahami emosi diri emosi diri dan orang dan orang lain lain.PERKEMBANGAN FIZIKAL.

Persekitaran sosial yang baik seperti masyarakat yang harmoni. Oleh itu. Begitu juga jika tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut dikenakan dendaan maka tingkahlaku itu akan cuba mereka elak atau tidak mengulanginya sama sekali. suasana kerjasama dan kerukunan antara jiran tetangga akan dapat menggalakan pertumbuhan kanak-kanak yang lebih baik. Walaubagaiamanapun. dendaan atau peniruan. dalam perkembangan tingkahlaku kanak-kanak. Sesuatu tingkahlaku yang ditunjukkan kanak-kanak dipengaruhi oleh proses peneguhan. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) 2. saling melambaikan tangan dan berjabat tangan. anak-anak boleh bermain bersama akan menimbulkan suasana yang baik untuk perkembangan kanak-kanak. ganjaran atau pujian biasanya adalah disebabkan suatu tingkahlaku yang mereka tunjukkan yang bersesuaian dengan peraturan sosial mereka. berbual.PERKEMBANGAN FIZIKAL. hubungan antara jiran tetangga yang baik. Persekitaran sosial mempengaruhi perkembangan seseorang kanak. Interaksi sosial ini bermaksud keadaan dimana seseorang melakukan hubungan saling berbalas respon dengan orang lain. Sesuatu tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanakkanak akan diulangi sekiranya kanak-kanak tersebut memperoleh ganjaran atau pujian akibat dari tingkahlaku yang ditunjukkan tersebut. sesuatu tingkahlaku akan diulangi jika model tingkahlaku itu bersesuaian dengan diri kanak.3 Perkembangan Sosial Aspek sosial pula berkaitan dengan pergaulan dan interaksi kanak-kanak dengan mereka yang berada di persekitarannya. antara aktiviti yang melibatkan permulaan interaksi sosial ini adalah dari saling melempar senyum. 9 .kanak tersebut.kanak. Perkembangan sosial melibatkan interaksi sosial seseorang dengan seseorang yang lain. Selain itu. dan seterusnya bersaing dalam olahraga.

Hal ini demikian bermakna.0 3. Beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri. iv. dan sosial. tidak dijaga atau lampin tidak bertukar. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas iii. ii. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap tertentu Setiap tahap mempunyai konflik dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya v. ketidakpercayaan kepada orang lain timbul dalam diri bayi yang akan menimbulkan ketakutan dan berprasangka 10 . EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) 3.1 TEORI DAN MODEL Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson Erik Erikson adalah antara tokoh psikologi yang membentuk Teori Perkembangan Emosi Psikososial. emosi.PERKEMBANGAN FIZIKAL. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikut Selain itu juga. Erikson telah membahagikan perkembangan emosi manusia kepada lapan tahap yang utama iaitu: TAHAP HURAIAN Tahap 1: Percaya lawan Tidak Percaya Bayi mestilah menjalinkan hubungan kasih sayang serta kepercayaan dengan pengasuh atau sebaliknya membentuk perasaan tidak percaya. Teori Erikson adalah berdasarkan lima prinsip iaitu: i. jika tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti penyusuan. Teori ini adalah hasil pengalaman kehidupannya sendiri dan apa yang dipelajari melalui Freud.

PERKEMBANGAN FIZIKAL. dan Mereka mencuba persekitaran kemahiran-kemahiran baru. kegagalan dan tidak cekap. Rasa percaya kepada keupayaan diri timbul jika berjaya dan menerima sokongan. Kemahiran yang diperoleh berkisar di alam persekolahan.Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada keupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial dengan individu di persekitaran mereka 11 . EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) Tahap 2: Autonomi lawan Rasa Malu/Sangsi Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan dan pelbagai lagi. Sekiranya gagal mereka akan ragu-ragu terhadap keupayaan diri Tahap 3: Inisiatif lawan Rasa Bersalah Kanak-kanak pada tahap ini akan cuba berdikari melakukan sesuatu dan jika gagal perasaan meneroka bersalah akan timbul. Mereka juga suka bertanya dan meminta penjelasan dan rasa bersalah terhadap diri sendiri akan timbul apabila kanak-kanak dihukum atau tidak diberi peluang semasa mencuba kemahiran Tahap 4: Ketekunan lawan Rasa Rendah Diri Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri.

atau sebaliknya akan membawa kepada perasaan mementingkan diri serta hanya memusatkan kepada perkembangan atau aktiviti diri.ragu. peranan jantina. sekiranya gagal akan merasa terasing dan tersisih. rasa tidak selamat. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) Tahap 5: Identiti lawan Kekeliruan Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pelbagai aspek seperti pekerjaan. Sekiranya gagal. ragu. akan timbul kecelaruan identiti. dan akan mengalami pelbagai masalah di peringkat seterusnya Tahap 6: Kemesraan lawan Pengasingan Pada tahap ini manusia akan membentuk keintiman dalam perhubungan menuju ke alam perkahwinan serta membina kerjaya. dan sebagainya jika tidak perasaan rendah diri akan timbul. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain (suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri Tahap 7: Generativiti lawan Pemusatan Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik dapat memuaskan hati. Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain 12 .PERKEMBANGAN FIZIKAL. Mereka akan meniru identiti orang lain di persekitaran. social.

Kajian beliau membolehkannya membahagikan perkembangan emosi setiap individu kepada lima peringkat mengikut peringkat pertambahan umur yang selaras dengan perkembangan fizikalnya.PERKEMBANGAN FIZIKAL. Freud mengklasifikasikan ciri-ciri perkembangan emosi kanak-kanak dari 0 hingga 3 tahun kepada dua peringkat iaitu peringkat oral dan peringkat anal. 3. apa yang dilalui pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan pada peringkat berikutnya. Perkara sebaliknya jika gaga akan membawa kepada kedukaan dan kekecewaan di hari tua dan berputus asa dengan kehidupannya. Pengalaman yang berkaitan dengan trauma dan konflik pada peringkat awal kanak-kanak akan mempunyai kesan jangka panjang yang akan menyebabkan seseorang dikawal oleh sejenis daya secara senyap. 13 . EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) Tahap 8: Kesepaduan lawan Putus Asa Merupakan kemuncak perkembangan iaitu berkaitan dengan kejayaan hidup berkeluarga dan karier akan menimbulkan kepuasan dalam diri. Freud berpendapat bahawa perkembangan emosi manusia adalah berkait rapat dengan perkembangan fizikalnya. Daya ini secara perlahan-lahan akan mengundang perlakuan-perlakuan yang akan dipamerkan semasa seseorang itu bergaul dengan masyarakat.2 Teori Perkembangan Sosio-Emosi Sigmund Freud Menuru Freud.

Konflik yang dialami pada peringkat oral. Keadaan ini dipanggil elektra kompleks bagi kanak-kanak perempuan. dan menelan selepas berumur 8 bulan. Pada peringkat ini juga timbul perasaan ingin memilik sesuatu timbul pada diri kanak-kanak dan membentuk personaliti yang agresif dan suka mengejak orang jikatidak mendapat kepuasan diri. PERINGKAT LATENSI (6 TAHUN HINGGA 11 TAHUN) PERINGKAT GENITAL (12 TAHUN KE ATAS) 14 . menggigit. Pada peringkat ini. perkahwinan serta tentang kerjaya dan keluarga. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang untuk bersosial akan menunjukkan tungkahlaku yang negatif apabila dewasa. Manakala bagi lelaki pula dinamakan oedipus kompleks iaitu mereka lebih tertarik kepada ibunya dan meniru cara bapanya. anal. PERINGKAT ANAL (1 HINGGA 3 TAHUN) • Pada tahap ini kanak-kanak memperolehi kepuasan daripada aktiviti membuang air besar. Mereka akan belajar cara mengawal pembuangan air besar dan kecil bertujuan untuk mendapat perhatian. Mereka mula memikir isu seperti "dating". Ibu bapa atau guru perlu mendekati remaja yang bermasalah pada tahap ini secara diplomasi dan mengambil berat terhadap mereka serta sentiasa memotivasikan mereka. dan falik akan menjadi tenang kerana kanak-kanak mula terdedah kepada beraneka pengalaman baru atau keinginan seksual mereka terpendam sementara waktu. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) PERINGKAT ORAL (0 HINGGA 1 TAHUN) • Perkembangan pada peringkat ini ialah kanak-kanak akan memperolehi kepuasan dari belajar menghisap. Personaliti kanakkanak juga akan terbentuk hasil daripada pengalaman yang dilalui. • Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat Pendaman. Mereka akan lebuh tertarik kepada bapanya dan meniru cara ibunya. dan merasa diri terkongkong. suka menarik diri. PERINGKAT FALIK (3 HINGGA 6 TAHUN) • Kanak-kanak mula mengenali organ kejantinaan dan dilihat mereka gemar memegang kawasan kemaluan kereka. • Kanak-kanak mula memasuki alam remaja dan menunjuk minat pada rakan sebaya yang berlainan jantina. Pada peringkat ini kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka. suka mengasingkan diri. mereka sudah mula pandai menggunakan helah bela diri dalam mengatasi masalah penyesuaian. Mereka akan sukar bergaul.PERKEMBANGAN FIZIKAL. Kanak-kanak akan membentuk personaliti pemarah jika latihan tandas yang diberi terlalu tegas.

0 METODOLOGI PENGESANAN AWAL PENILAIAN ULASAN  Mengenal huruf dengan cepat tetapi tidak pandai membaca tetapi apabila diajar responden cepat belajar dan mempunyai daya yang ingatan kuat  Sukar untuk diajak bergaul pada permulaannya  Bergaul apabila responden berasa perlu Pemerhatian Ibu bapa  Semasa usia kanak-kanak sedang aktif responden hanya banyak mendiamkan diri dan bermain seperti berada di dalam dunianya sendiri.PERKEMBANGAN FIZIKAL. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) 4.  Apabila ingin meminta sesuatu reponden hanya menarik tangan ibunya untuk mengambil barang yang diingini.  Mudah menghafal perkara yang diajar kepadanya. Responden  Suka melihat gambar-gambar berwarna  Gemar bermain permainan dalam computer Lain-lain (guru-guru. Merupakan murid yang pandai di dalam kelas  Mudah memahami pelajaran yang diajar  Suka membaca dan melihat gambar berwarna 15 . mara) saudara.

Pembentukan sosio-emosi yang baik dalam diri kanak-kanak pintar cerdas dapat dihasilkan iaitu dengan mengaplikasikan teori-teori ini dalam dalam bilik darjah.0 5. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) 5.PERKEMBANGAN FIZIKAL.1 KAJIAN KES Latar Belakang Responden NAMA TARIKH LAHIR PENDIDIKAN BIL.2 Aplikasi Teori Erikson Dan Freud Dalam Bilik Darjah Responden Pengetahuan dan pemahaman berkaitan teori perkembangan dapat membantu guru melaksanakan aktiviti atau program yang bersesuaian kepada murid. Antara aplikasi teori dalam bilik darjah yang boleh dilaksanakan ialah: 16 . ADIK-BERADIK MASALAH YANG DIHADAPI PEKERJAAN BAPA PEKERJAAN IBU Arfan Hadri Bin Mohd Zahari 14 Ogos 2004 2 Orang (anak ke-2) Sek Sri Budiman 2 Autism dan Hiperaktif Bisnes software Pembantu Tadbir Sekolah 5.

PERKEMBANGAN FIZIKAL. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) Cuba memahami perasaan atau emosi responden sebelum sesuatu pengajaran dimulakan atau sebelum memberi sesuatu arahan Memberi responden peluang untuk mencuba sesuatu aktiviti yang baru dan sentiasa memotivasikan responden untuk mencuba perkara baru Membantu responden untuk dengan kanak-kanak lain membentuk persahabatan Memasukkan nilai-nilai keagamaan dan moral dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran Memastikan responden berasa dihargai dan selamat apabila berada di dalam bilik darjah atau apabila meluahkan perasaan atau pendapat 17 .

reponden yang seorang biasa secara kreatif. dapat barang yang Kreativiti itu.  Oleh menjadi pendiam. aktif. dan pelik 18 . EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) 6.PERKEMBANGAN FIZIKAL.  Mempunyai imaginasi yang daya tinggi.  Kreatif terutamanya dalam menguasai Mereka menggunakan ataupun peralatan kemahiran.  Hal ini demikian kerana reponden mengalami masalah autism yang mana menyebabkan sentiasa dunianya responden dalam tanpa berada sendiri mempedulikan orang di sekelilingnya.0 ULASAN SENARAI SEMAK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS KANAK-KANAK PINTAR CERDAS  Seorang yang peramah dan suka bertanya kepada guru mengenai sesuatu perkara yang tidak difahami ASPEK CIRI-CIRI RESPONDEN Personaliti  Responden bukan seorang yang peramah dan bertanya sesuatu palajaran yang tidak difahami kepada guru.

 Perasaan ingin mencuba reponden sangat tinggi. tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam bilik darjah serta rajin  Belajar membuat latihan yang diberikan oleh guru dengan mudah.PERKEMBANGAN FIZIKAL.  Masalah hiperaktif yang 19 kawalan emosi yang baik  Mampu bersosial dengan cepat .  Penyesuaian sosial dan Emosi  Dengan masalah autism yang dialami responden mengalami masalah dalam bersosialisasi. guru kelas. menunjukkan minat dalam pembelajaran pencapaian reponden cemerlang. tetapi akademik sangat cepat dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi  Berminat pembelajaran dalam dan pencapaian akademik yang tinggi  Bijak serta  Responden menerima  Menurut responden dalam mudah pelajaran menerima Kognitif mudah sesuatu ilmu yang diajar oleh guru dengan mudah  Peka reaksi sesuatu berupaya masalah dan menunjukkan kepada dan pelajaran dengan cepat. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023)  Suka belajar dengan memberi Gaya Belajar  Responden hanya belajar melalui seperti komputer. merupakan segera tugasan murid yang paling bijak.  Responden tidak pemerhatiannya penggunaan sistematik.  Daya ingatan responden juga sangat baik menyelesaikan berbanding yang kanak-kanak dengan sebaya responden.

 Mempunyai perbendaharaan kata yang banyak. 20 . apabila perkataan diajar atau didengar dengan mudah pelajaran reponden dapat mengingatinya dalam jangka masa yang panjang tanpa perlu diulangi. berat badan. tepat. psikomotor fizikal akan atau semua yang responden adalah normal. kekuatan. sesuatu mempunyai dalam walaupun tantrum tanpa terutamanya sesuatu tidak mengekal atau mengingat apa yang dibaca dan sudah berumur 6 tahun. dan kesihatan Fizikal  Pertumbuhan  Manakala. dan Bahasa  Responden masalah berkomunikasi  Tetapi. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) ada pada responden juga menyebabkan emosi responden tidak stabil dan sering dijangka apabila keperluannya dituruti.PERKEMBANGAN FIZIKAL.  Melebihi purata dari aspek ketinggian. kemahiran halus responden adalah kurang kerana masih tidak mampu menguruskan diri ketika membuang air besar.  Responden mengingati mengekalkan perkara didengarinya.

0 STRATEGI JANGKA PENDEK Dalam mereka atau melaksanakan aktiviti atau program untuk responden. ciri-ciri masalah yang dihadapi oleh responden telah dikaji bagi memastikan strategi yang digunakan dapat mengurangkan atau menghapuskan masalah tersebut bagi masa terdekat.PERKEMBANGAN FIZIKAL. Menggalakkan responden bergaul bersama kanak-kanak normal iii. STRATEGI BAGI MASALAH: AUTISM i. dan terapi bahasa. vi. Memberi pelukan setiap kali program pendidikan inklusif v. Jaga HIPERAKTIF pemakanan (mengawal hiperaktif) bersendirian iii. dan menghapuskan 21 . beberapa strategi jangka pendek telah dilaksanakankan terhadap responden bagi memastikan masalah autism dan hiperaktif responden dapat dikurangkan seterusnya mengadakan program bagi menonjolkan bakat atau ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas yang terdapat pada responden agar tidak terhapus begitu sahaja. Melakukan terapi seperti terapi cara kerja. Token ekonomi (menggalakkan i. Oleh yang demikian. Pengurusan tingkahlaku sama ada mengurangkan. Memasukkan responden dalam iv. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) 7. Memberi respon yang pantas setiap perkara responden lakukan untuk v. terapi pertuturan. responden mengalami tantrum Membenarkan responden melakukan perkara yang disukai mengekalkan. menambahkan. perlakuan yang diingini) Menggunakan dalam proses pelbagai sensori dan pengajaran pembelajaran iv. Tidak membiarkan responden ii. Perubatan (Ritalin): meningkatkan tumpuan responden vi. ii.

Kaedah yang digunakan perlulah berpandukan prinsip-prinsip pembelajaran dalam modifikasi tingkahlaku iaitu prinsip peneguhan.PERKEMBANGAN FIZIKAL. • Terdapat juga beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum melaksanakan hukuman termasuk reaksi agresif yang mungkun timbul daripadanya. membuat teguran. 22 . dan berkaitan dengan isu etika PENGHAPUSAN • Merupakan satu cara untuk mengurangkan atau menghapuskan sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini • Penghapusan bermaksud tidak mempedulikan tingkahlaku yang tidak diingini yang ditunjukkan oleh kanakkanak PENEGUHAN • Apabila kanak-kanak menunjukkan tingkahlaku yang baik. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) Selain itu juga. mereka dipujisupaya tingkahlaku ini dapat diteruskan. konsep peneguhan negatif boleh digunapakai di mana kanak-kanak akan diberi perhatian sekiranya tidak menunjukkan tingkahlaku tersebut. timeout dan respones cost. HUKUMAN • Antara hukuman yang diberi adalah hukuman fizikal. menghasilkan tingkahlaku mengelak atau melarikan diri. terdapat beberapa kaedah bagi mengawal tingkahlaku tidak diingini dalam kalangan kanak-kanak yang bermasalah oleh guru. • Bagi mengelakkan kanak-kanak bertingkahlaku yang tidak diingini. penghapusan. dan hukuman.

saya telah berbincang bersama ibu bapa responden untuk memberi pandangan cara bagi membantu responden agar bakat yang ada tidak terhenti begitu sahaja. Justeru itu. 23 . Bagi memastikan tidak menyinggung persaan kedua-dua pihak saya telah berbincang secara dua hala iaitu juga meminta pendapat ibu bapa responden seterusnya mencadangkan program yang difikir bersesuaian dengan responden.0 PERANCANGAN JANGKA PANJANG (PROGRAM) UNTUK MEMBANTU RESPONDEN Dalam merancang program untuk responden. reponden menghadapi autism dan Tetapi.PERKEMBANGAN FIZIKAL. Responden menggunakan pandai komputer mendalam untuk memberi kefahaman penggunaan sebenar komputer tersebut walaupun masih berusia 5 tahun dan dengan masalah yang dialami. mempunyai tanpa bantuan orang lain dan hanya melihat cara penggunaannya sambil dipantau  Mengajar secara kelebihan yang tersendiri. Antara program yang telah dirancang adalah berdasarkan kelebihan yang terdapat pada responden seperti berikut: PENGENALAN KEPADA RESPONDEN KELEBIHAN ATAU KEKURANGAN PERANCANGAN JANGKA PANJANG (PROGRAM)  Responden seorang murid  Mudah yang bijak menerima  Mendaftar dalam program pendidikan inklusif pelajaran dan mempunyai daya ingatan yang kuat  Pencapaian akademik yang cemerlang  Responden merupakan  Menggunakan komputer  Memberi peluang kepada responden mengendalikan komputer bersendirian kanak-kanak yang pintar walaupun masalah hiperaktif. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) 8.

ii. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) berikut merupakan  Melibatkan responden program yang dicadangkan bagi membantu responden agar mengembangkan bakatnya akan sahaja. Tentukan yang akan digunakan untuk ke tandas. supaya dapat lagi tidak begitu dalam pertandingan yang melibatkan penggunaan komputer peringkat kanakkanak terkubur  Responden berusia 6 tahun  Mempunyai tetapi masih tidak dapat mengawal pembuangan air besar atau kecil dalam motor halus masalah  Menjalani perkembangan i.PERKEMBANGAN FIZIKAL. Sediakan tandas atau “potty chair” yang dengan dan bersesuaian usia responden biarkan atau responden warna “potty “bahasa” memilih sendiri corak chair” tersebut. Sentiasa memberi 24 . iv. latihan ke tandas seperti berikut: Melihat lain kanak-kanak berusia yang dengannya membuang air besar dan air kecil di tandas. iii.

vi. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) galakan kepada selepas dan pujian responden berjaya melakukan latihan ke tandas.PERKEMBANGAN FIZIKAL. Mengajar tentang menjaga semasa latihan seperti anggota responden kepentingan kebersihan dan ke selepas tandas membasuh badan atau membasuh tangan. Berikan kepada kerana positif ganjaran responden tingkahlaku yang telah ditunjukkan. v. 25 .

0 PENUTUP Kesimpulannya.PERKEMBANGAN FIZIKAL. Justeru. emosi. pemerhatian yang khusus. dan sosial kanak-kanak amat penting bermula dari sejak lahir sehingga mereka meningkat dewasa. Seterusnya. Hal ini demikian kerana pelbagai masalah akan timbul akibat perkembangan yang terbantut sejak kecil dan memberi impak yang negatif pada masa akan datang. pelbagai cara atau kaedah dapat digunakan bagi mengenalpasti masalah kanak-kanak seperti senarai semak tingkahlaku kanak-kanak. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) 9. perkembangan fizikal. 26 . mengaplikasikan teori atau model dalam usaha membantu mengembangkan bakat yang terpendam dalam diri kanak-kanak agar tidak disia-siakan begitu sahaja. Oleh yang demikian. dan sebagainya. Ibu bapa dan guru haruslah prihatin terhadap perkembangan kanak-kanak agar masalah yang dihadapi dapt dikurangkan terlebih awal. strategi atau intervensi awal harus dilakukan kepada kanak-kanak yang dikenalpasti menghadapi masalah tersebut.

Memahami tingkahlaku kanak-kanak. Richard. & Zionts. L. & George. P. Bhd. Birmingham: Thomson. Mahani Razali. P. P. California: Corwin Press.B. Canada: Pembroke. (2001). Students at risk: solution to classroom challenges. Classroom management for students with emotional and behavioral disorders: a step-by-step guide for educators. Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). Emotional behavioral problems: a handbook for understanding and handling students. Gargiulo. Richard. Laura. G. EMOSI DAN SOSIAL MURID-MURID PINTAR CERDAS (KBC 3023) RUJUKAN Cheryll. (2001). Bhd. Special education in contemporary society: an introduction to exceptionality.S. University of Alabama. Selangor: YCR Distributors Sdn. (2002). Kuala Lumpur: McGraw Hill Malaysia Sdn. Mahzier Hamzah & Nor Junainah Mohd Isa (2009). California: Corwin Press. (2006). D. Psychology: an introduction. Roger. (2008).PERKEMBANGAN FIZIKAL. (7th ed). Psikologi Pendidikan: pendekatan kontemperori.. M.. B. 27 . Boston: McGraw Hill Co. Lahey.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->