P. 1
Linguistik

Linguistik

|Views: 59|Likes:
Published by Saliza M. Ali
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Saliza M. Ali on Jul 01, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/21/2013

pdf

text

original

LINGUISTIK UNTUK GURU BAHASA

Betulkah Guru Bahasa Malaysia Memerlukan Pengetahuan Linguistik? Perkara ini memang telah lama dan selalu dipersoalkan oleh guru dan orang ramai. Semenjak linguistik menjadi satu disiplin yang popular, ahli linguistik juga kerap bertanyakan hal yang sama. Hal ini berlaku bukan kerana mereka tidak tahu kegunaan linguistik. Memang betul ramai antara ahli linguistik yang jarang memikirkan tentang kegunaan linguistik. Mereka hanya kerap berkecimpung dengan teori dan analisis linguistik sahaja. Sebenarnya memang ramai ahli linguistik yang telah mencuba menggunakan linguistik dalam bidang lain. Ramai ahli linguistik yang telah lama berkecimpung dalam bidang pengajaran bahasa. ada pula yang berusaha dalam bidang terjemahan, sosiolinguistik, psikolinguistik, dan sebagainya. Di samping itu banyak lagi kegunaan linguistik. Mungkin juga bukan ahli linguistik yang harus menentukan bahawa ilmu linguistik itu berguna dalam pendidikan, tetapi, terpulanglah kepada para pendidik untuk menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran. Walau bagaimanapun, linguistik ialah satu ilmu baharu yang berkembang pesat, walaupun sebenarnya ilmu ini telah mula dikenali sejak zaman kesarjanaan Yunani dahulu lagi. Tetapi ilmu ini tidak begitu mudah difahami. Tambahan pula, kebanyakan buku linguistik sukar untuk dibaca dan difahami. Perkembangan linguistik amat pesat berlaku dan ini menambahkan kesukaran untuk memahaminya. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat bilangan jabatan pengajian linguistik yang telah dibuka di universiti-universiti, dan banyak pula kajian dijalankan serta penerbitan dihasilkan tentang linguistik. Kesemua perkembangan ini telah menambahkan kebingungan orang ramai. Itulah sebabnya linguistik dilihat dengan penuh kesangsian dan sukar diterima, dan malah kadang-kadang ada pihak yang terus menolaknya. Sebenarnya, kalau linguistik ini ditolak, bukanlah kerana kegunaannya kurang, tetapi kerana linguistik itu tidak dimengertikan dan tidak digunakan dengan baik. Guna Linguistik dalam Pengajaran Bahasa Kegunaan linguistik itu memang menjadi soalan yang selalu dikemukakan oleh ramai orang. Apakah gunanya linguistik terhadap pengajaran bahasa moden? Jadi bersidanglah seramai lebih kurang 200 orang ahli linguistik di Stockholm pada tahun 1963. Persidangan ini telah melahirkan Persatuan Linguistik Gunaan Antarabangsa. Persidangannya yang pertama diadakan di Nancy dan Persatuan itu menumpukan seluruh perhatian terhadap pengajaran bahasa moden. Banyak daripada butir dan isu yang disebut dalam makalah ini dikutip daripada laporan persidangan tersebut, iaitu Linguistic Theories and Their Applications, AIDELA (1967). Seseorang penulis buku linguistik akan tentu dapat menyenaraikan banyak kegunaan ilmu linguistik. Kita boleh melihat kegunaan linguistik itu dalam bidang neurologi, matematik, sains maklumat, logik, falsafah, epistemologi, sejarah sosial, kesusasteraan,

Sudah banyak kajian dan pendebatan ditumpukan kepada implikasi pengajaran yang terkandung dalam ilmu linguistik. morfologi. D. P. dan pedagogi.H. sebenarnya menggunakan pengetahuan linguistik.C. Baru-baru ini linguistik juga digunakan dalam terjemahan melalui komputer.Strevens (1977). Robins (1967 hlm.P. Semuanya memasukkan fonetik. Linguistik ini satu ilmu yang sudah lama dipelajari. Kita tidak harus berlagak seperti Pak Pandir dan menganggap linguistik baru sahaja ditemui. sintaksis. atau makna. R. Wilkins (1972). tetapi telah dapat mengajarkan bahasa Malaysia dengan baik. dan kadang-kadang termasuk juga tajuk-tajuk lain seperti psikolinguistik dan sosiolinguistik yang masing-masing memberi tumpuan kepada teori pemerolehan dan keadaan bahasa. fonologi. Betulkah linguistik itu diperlukan oleh guru bahasa Malaysia? Ada satu perkara yang jelas. fonologi. Kajian ini berterusan hingga ke hari ini. lebih-lebih lagi daripada generasi yang lalu. Diller (1971). antropologi. tidak pun mendengar istilah linguistik. dan dilengkapi pula dengan segala macam alat dan kemudahan. Ada ramai guru bahasa Malaysia. Hal ini boleh jadi benar. semantik. Linguistik telah lama digunakan oleh guru bahasa.A. tetapi masih menghasilkan pelajar yang kadang-kadang tidak pun boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik dan sempurna. kita tidak perlu pergi jauh. misalnya. K. Penggunaan linguistik dalam pengajaran selalunya dikenali sebagai linguistik gunaan dan ini termasuklah kajian fonetik. Memanglah sarjana-sarjana Yunani ini memikirkan hal bahasa dan masalah-masalah yang timbul daripada penyelidikan bahasa. sosiologi. tatabahasa. tetapi. Ini menimbulkan persoalan. linguistik moden pula bersifat struktural dan deskriptif. Dengan itu. bezanya hanyalah. mereka menggunakan linguistik tradisi yang penuh dengan pernyataan preskriptif dan normatif. Seseorang guru yang menggunakan sebuah buku tatabahasa lama untuk mengajarkan sebutan. tidaklah bijak kalau kita hanya memandang sepi terhadap segala perkembangan ini dan masih meragui kegunaan linguistik dalam pengajaran bahasa. Linguistik Bermula daripada Tatabahasa Tradisional Memang selalu kita mendengar guru mengatakan mereka tidak memerlukan linguistik untuk mengajarkan bahasa Malaysia. Hari ini guru bahasa diberi pengetahuan linguistik. Tajuk-tajuk lain juga mungkin termasuk. sintaksis. iaitu linguistik tradisional. Corder (19730.filologi. Lihat sahaja butir-butir semua panduan kursus TESL/TEFL/TESOL yang ditawarkan oleh sebarang universiti atau maktab di manamana sahaja. Linguistik dalam Kursus Perguruan Kalau mahu mencari bukti lain bahawa linguistik itu berguna dalam pengajaran bahasa. dalam buku S. hal ini memulakan apa yang kita kenali sebagai ilmu linguistik dalam pengertian yang luas. Kita ketepikan semua soalan ini dan ambil satu sahaja. psikologi. Ini terkandung. 9-40) telah menunjukkan beberapa kejayaan sarjana Yunani. Ini juga linguistik dalam pengertian yang luas. dan semantik ke . dan banyak lagi hasil karangan sarjana lain.

dan seterusnya. Sebuah deskripsi bahasa akan menyedarkan guru tentang struktur bahasa yang akan diajarkan. tagmem. dan semantik mana-mana bahasa itu berguna dalam pengajaran bahasa tersebut. Deskripsi linguistik itu merupakan asas teori sesuatu bahasa. Ia juga memberikan senarai struktur atau suatu sistem rumusan bagi sesuatu bahasa yang boleh digunakan dalam kursusnya. Semua perkara ini boleh dipakai oleh guru dalam pengajaran bahasa. teori linguistik tentang pemerolehan bahasa mempengaruhi perkaedahan pengajaran bahasa. . Ini ialah kesejagatan bentuk seperti jenis-jenis rumusan yang berlainan dalam tatabahasa transformasi generatif (rumus penyingkiran. Tentulah tidak dapat kita sangkal asas teori bahawa sebarang pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran itu penting dalam pengajaran mata pelajaran tersebut. isi. dan dengan itu dapat meningkatkan kualiti isi linguistik dalam kursus bahasa. Tentu sekali pengetahuan ini berguna dalam pengajaran bahasa. Roulet (1975: 65-75) memberikan enam kegunaan linguistik dalam pengajaran bahasa: Teori linguistik memberikan maklumat tentang struktur dan fungsi sistem bahasa itu secara umum kepada guru bahasa. Kalau demikian. + statif. Ini ialah inti ilmu linguistik. lebih-lebih lagi bagaimana kursuskursus bahasa diajarkan. Sama ada secara langsung atau tidak. dan sebagainya. semuanya mengandungi unsur-unsur linguistik. fonologi. begitu juga kursus perguruan untuk bakal pengajar bahasa Malaysia. dan sebagainya) dan keseragaman kategori-kategori seperti Frasa Nama. Ada banyak cara linguistik itu boleh menjadi berguna kepada seseorang guru bahasa. atau ciri-ciri nahuan kata. Deskripsi linguistik memberi deskripsi bahasa: struktur dan fungsi bahasa itu. Perkara-perkara ini tidak akan diajarkan kalau tidak penting dalam pengajaran bahasa. Hal ini mungkin memainkan peranan penting dalam menentukan tujuan. seperti: + animat. Teori linguistik juga memberikan suatu bahasa perantaraan kepada guru. morfem. Frasa Kerja.dalam kursusnya. E. dan pendekatan sesebuah kursus bahasa. sintaksis. morfologi. Deskripsi bahasa juga memberi guru bahasa itu suatu pengetahuan tentang unit-unit unsur seperti fonem. bagaimanakah kita dapat mengatakan linguistik itu penting untuk pengajaran bahasa? Jawapannya akan dapat kita ketahui dengan melihat bagaimana fonetik. rumus transformasi.

Kedua. D. supaya mereka tidak berasa begitu gusar semasa menghadapi linguistik untuk pertama kalinya. tetapi tidaklah pula selalunya begitu. dan mungkin terus kecewa. tetapi biarlah dihadkan kepada keperluan semasa. ahli linguistik bukanlah memberikan teori atau deskripsi bahasa. Wilkins (1972) menyatakan ada tiga jenis hubungan tersebut. . linguistik memberikan deskripsi yang lengkap tentang bahasa. Ini boleh digunakan untuk membentuk bahan mengajar. Selalunya deskripsi tersebut penuh pula dengan simbol-simbol matematik. linguistik ini masih asing dan mereka kurang faham bagaimana tatabahasa menghubungkannya dengan tugas mengajar sehari-hari. Susah kita hendak menerima bagaimana sebuah bahasa itu boleh diajarkan tanpa sebuah deskripsi bahasa. Pertama. tentu ada pula yang memerlukan penyesuaian untuk diajarkan. Dengan kata lain mereka tidak mengetahui kegunaan linguistik di dalam bilik darjah. sebarang perkembangan dalam bidang linguistik itu. Oleh itu mereka hendaklah tahu hubungannya antara linguistik dengan pengajaran bahasa. Pengajaran bahasa itu tentu sentiasa mempengaruhi deskripsi bahasa. Bagi ramai guru bahasa.Suatu deskripsi bahasa memberikan satu sistem rumusan yang berentetan. tetapi tidak memberikan cara mengajar yang paling baik. sifat ilmu linguistik itu dan banyaknya bahan tentang linguistik itu harus akan membunuh sebarang minat seseorang guru bahasa yang kurang keyakinannya terhadap linguistik. kalau dia diberikan bahan tertulis dalam bentuk ciri-ciri pembeza. Ketiga. Pertama. walau bagaimanapun. Walau bagaimanapun. linguistik memang mempengaruhi pengajaran bahasa. dalam usaha mempelajari sistem bunyi bahasa Malaysia. Misalnya. Begitu jugalah dengan deskripsi tatabahasa transformasi. janganlah disalahmengertikan sebagai suatu sebab untuk membuat perubahan. Banyak daripada maklumat demikian yang akan dipakai untuk mengajarkan bahasa. Ini bukalah kesalahan guru bahasa sahaja. Kedua-dua ahli linguistik dan guru bahasa menggunakan bahasa yang sama lain. Guru bahasa memang memerlukan linguistik. tetapi seseorang guru bahasa itu hendaklah menyesuaikan maklumat tersebut untuk tujuan dan kepentingannya.A. Ada banyak sebab yang menimbulkan keadaan ini. Berapa Banyakkah Pengetahuan Linguistik yang Perlu Diketahui oleh Guru Bahasa? Mungkin ramai antara guru bahasa yang tidak begitu jelas mengetahui manfaat yang boleh mereka dapati daripada ilmu linguistik. Mereka ini perlulah diberi versi yang sudah dipermudah. Kadang-kadang rentetan itu tidaklah perlu dituruti secara rapi. nampaknya seolah-olah berbelit-belit sehingga menakutkan. seseorang guru bahasa harus akan menjadi gusar. Linguistik hanya memberikan teknik analisis.

Diller (1971). gunanya linguistik itu ialah memberi maklumat dan analisis yang dihasilkan daripada deskripsi sesuatu bahasa tersebut. jadi. bahawa seorang guru yang cukup matang dalam tatabahasa tradisi mungkin mendapati bahawa deskripsi bahasa yang dibuat oleh ahli linguistik moden itu mengecewakan. dan juga dalam usaha menentukan bidang linguistik yang diperlukan oleh guru bahasa. Memang ada banyak hal baharu yang terdapat dalam linguistik. Ada banyak kegunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa. Deskripsi sesuatu bahasa itu bolehlah menjadi bahan mengajar. Tetapi memang tidak boleh disangkal bahawa salah satu daripada sumbangan linguistik ialah memberi pandangan baharu terhadap pengajaran bahasa. bidang inilah yang dikenali sebagai linguistik gunaan. Seseorang ahli linguistik berhadapan dengan banyak bahasa. misalnya: B Arthur (1973). Memang kadang-kadang bahan tersebut tidak berbeza isinya daripada tatabahasa tradisi.K.A. Halliday et al. Sebenarnya. Seorang guru matematik mesti mengetahui matematik pada peringkat yang hendak diajarkannya. dan ini adalah satu daripada perkembangan yang menuntut penyertaan kita. Strevens (1977). M. kalau diambil kira bahasa kandung pelajar itu. Ahli linguistik cuba bersikap objektif dan saintifik dalam menganalisis data daripada sesuatu bahasa. Kita haruslah dapat bergerak bersama-sama perkembangan.Guru Memerlukan Linguistik Normatif Memang perlu juga dimengertikan bahawa ada bezanya antara seorang guru bahasa dengan ahli linguistik. (1973). sebagai yang kita akan bincangkan kelak. tetapi guru bahasa hanya terlibat dengan satu bahasa sahaja. Guru bergantung pada ahli linguistik untuk mendapatkan bahannya. Linguistik Gunaan Oleh sebab kesukaran ini. Perbezaanperbezaan ini seharusnya membawa perhubungan yang saling melengkapi antara guru dengan ahli linguistik. dan lain-lain lagi. mungkin dua. untuk dimanfaatkan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa. Lim Keat Boey (1975). Tetapi kita hendaklah juga sedar. Jadi. Linguistik hanya mengambil jalan lain untuk menuju tempat yang sama. tetapi tatabahasa tradisi juga mungkin dapat memberikan maklumat yang sama. Kehoe (1968). M. tetapi seseorang guru bahasa hanya mengajarkan bentuk dan norma baku bahasa itu. Linguistik Adalah Bahan Mata Pelajaran Apa yang jelas ialah seseorang guru itu hendaklah mempunyai pengetahuan yang cukup tentang mata pelajaran yang diajarkannya. maka terdapatlah beberapa buah buku yang dikarang oleh ahli linguistik bertujuan khusus untuk menyelesaikan masalah tersebut. K. linguistik memang mempunyai kegunaan positif yang banyak. Dia mungkin tidak akan mendapat satu pun pengetahuan hal yang sama dalam bentuk dan ungkapan baharu. dan ahli linguistik mengharapkan guru menggunakan hasil deskripsi bahasa yang dibuatnya. seperti kata Wilkins (1972). Jadi.C. dengan alasan . P. guru lebih rapat berhubung dengan aspek normatif bahasa itu daripada aspek deskripsinya.

. dan jangan terlalu bimbang tentang apa teorinya. Apa yang jelas ialah bahawa linguistik itu adalah penting dalam melatih guru bahasa. dan kita hendaklah mengetahui teori yang hendak diambil untuk pengajaran bahasa. bukan ilmu linguistik sahaja yang perlu diketahui oleh seseorang guru bahasa itu. seperti bahasa Cina dan India. Apakah Jenis Linguistik yang Diperlukan? Soalan ini mengingatkan saya kepada suatu iktibar yang diberikan oleh seorang peserta dalam Persidangan Linguistik di Stockholm pada tahun 1963. Misalnya. Ini hanya boleh dicapai sekiranya guru mengetahui kebiasaan bahasa pelajar. kita tidak perlu bimbang tentang apa jenis buah yang kita makan. Memang patut juga guru bahasa itu mengetahui seluruh deskripsi bahasa itu. Misalnya. Kalau dia memilih buah lain sebagai bandingannya. . seorang guru bahasa itu perlu juga mengetahui deskripsi bahasa kandung pelajar itu. tidak banyak terdapat deskripsi dan penjelasan tentang mana-mana bahasa telah dijalankan dengan lengkap untuk diambil dan digunakan oleh guru. linguistik amat tidak memuaskan. Sesiapa yang mengajar pertuturan hendaklah mengetahui sistem bunyi bahasa tersebut. Inilah yang dikatakan tatabahasa pedagogi. Kita hanya perlu mengambil yang baik sahaja daripada setiap buah itu. Misalnya. tetapi sebelum itu perlulah diberi sedikit definisi linguistik dan jenis-jenis teori yang wujud sekarang. Mengajar bahasa sebagai bahasa kedua memerlukan guru mengetahui masalah pelajar. dan tidak perlu berasa lemas kerana ada terlalu banyak teori linguistik itu. ada aspek lain yang juga penting bagi guru. Mungkin inilah sikap yang paling mudah boleh dipegang oleh seseorang guru bahasa itu. atau sebarang bahasa atau dialek yang berkenaan. Ada banyak teori linguistik. seorang guru bahasa memerlukan deskripsi bahasa tersebut.. Ini perlu dijelaskan lagi. Ada banyak teori linguistik tetapi bukan semuanya telah diterapkan sepenuhnya untuk kegunaan guru. Sebenarnya kita boleh juga menentukan pengetahuan linguistik yang diperlukan sekiranya kita tahu rancangan bahasa yang akan diajarkan itu. Jadi. Dia juga perlu tahu teori-teori linguistik yang akan berguna baginya semasa mengajar. mungkin akan terdapat persidangan yang lain dengan perhubungan dan kesimpulan yang berlainan pula. Iktibar ini baik. Memang hal ini tidak semudah itu apabila kita berhadapan dengan linguistik. Linguistik sahaja tidak akan dapat membentuk guru bahasa yang baik. „.yang sama. Kalau kita perluaskan iktibar yang sama. Juga tidaklah dapat ditentukan nisbah antara linguistik dengan perkaedahan. Secara ringkas dapat saya katakan selain jenis deskripsi tradisional. termasuklah sebarang penjelasan dan cara sistem bahasa itu berlaku untuk dijadikan bahan mengajar. guru bahasa hanya perlu mendapatkan sesuatu faedah daripada teori itu. di Malaysia. perancang persidangan mengingatkan bahawa linguistik ini boleh dibahagi dengan senang kepada bahagian-bahagiannya seperti ulas-ulas sebuah limau‟. Dia berkata. dalam bidang analisis dan deskripsi.

Guru Memerlukan Pendeskripsian Bahasa Ungkapan Dinneen (1967) dalam mendefinisikan bahasa. Gleason. Palmer. Istilah „saintifik‟ itu bermaksud bahawa dia menggunakan eksperimen terkawal yang mengandungi faktor-faktor variabel yang telah ditentukan dengan secara objektif. h. Jadi. Setakat ini sebenarnya mazhab inilah yang menghasilkan deskripsi bahasa yang agak lengkap dengan erti kata bahawa deskripsi itu meliputi semua aspek bahasa. deskripsi demikian tidak boleh dikatakan sesuai dengan ilmu linguistik moden sahaja. Di samping buku deskripsi tatabahasa bahasa Malaysia ini terdapat pula beberapa buah kamus seperti . bidang linguistik tidaklah merupakan sesuatu yang hanya dihasilkan menurut agakan. kita tidak bermaksud untuk hanya mengemukakan model-model deskripsi linguistik yang utarakan oleh beberapa mazhab linguistik sahaja.F. untuk bahasa Malaysia sudah terdapat kajian seperti The Malay Sound System oleh Yunus Maris (1980). Kita akan melihat contoh yang dimaksudkan. tekaan atau emosi seseorang penulis sahaja.R. Lyons 1968: 1). Seorang ahli linguistik sahaja tidak mungkin berbuat demikian. sintaksis. ini termasuklah fonetik. The Malay Phonology and Morphology oleh Farid Onn (1976). F. Hockett. Walau bagaimanapun. sebagai yang telah lama berlaku. dan ketepatan hasilnya boleh diuji. Tidak ada guru yang akan dapat mengajarkan bahasa tanpa pengetahuan deskripsi linguistik bahasa itu. Ini berlaku semasa membentuk gabungan bunyi-bunyi yang mungkin dan dalam membentuk gabungan unsur-unsur yang bermakna dalam sesuatu bahasa itu.Linguistik bolehlah didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa (J. dan lain-lain. Mazhab ini telah banyak mengeluarkan deskripsi bahasa. Jadi. Ini bermaksud bahawa linguistik itu adalah satu bidang ilmu yang lengkap dengan teori dan perkaedahannya. kajian saintifik ini hendaklah empirikal. dan The Syntax of Interrogatives oleh Mashudi Kader (1981). khusus. Deskripsi bahasa itu dalam bentuk tatabahasa tradisi boleh juga digunakan. fonologi. morfologi. Mazhab ini dianggap sebagai mazhab struktur deskriptif. Guru bahasa memang telah lama bergantung pada deskripsi bahan yang demikian untuk menjalankan tugasnya sebagai guru di dalam bilik darjah. Dinneen 1967:4). R. dan dipelopori oleh sarjana-sarjana seperti L. Contoh deskripsi yang paling popular ialah deskripsi struktur yang dijalankan dalam tahun 50-an. Perkaedahannya juga diterangkan supaya hasilnya dapat diberi verifikasi.a. Bahasa Malaysia Syntax oleh Nik Safiah Karim (1978). Misalnya. dan leksikon. Z. Dia mengatakan bahawa deskripsi bahasa itu pada asasnya adalah bunyi-bunyi yang boleh dideskripsikan secara linear dan sistematis. Bahan bahasa yang sudah dianalisis ini bolehlah disifatkan sebagai menjadi bahan untuk mengajarkan bahasa. The Morphology of Malay oleh Abdullah Hassan (1974). C. amatlah sesuai digunakan di sini. bahan demikianlah yang dihasilkan oleh ramai sarjana linguistik. Harris. dan objektif (F. Robinss.H. Dalam mendefinisikan teori-teori linguistik ini. Bloomfield. Kita patut juga menerima deskripsi dan penjelasan yang diterbitkan oleh ilmu linguistik secara umumnya.

Tatabahasa Skala dan Kategori (M. mengajarkan sebutan dengan berpandukan ciri-ciri pembeza memang tidak akan memudahkan guru atau pelajar. Tatabahasa transformasi generatif yang amat popular itu pun tidak pernah mendeskripsikan mana-mana bahasa dengan lengkap. Hanya bahan yang meliputi semua aspek bahasa. Cooks 1969). Uldall 1930). Teori deskripsi yang baharu ini menunjukkan beberapa kebaikan berbanding dengan deskripsi lama bahasa-bahasa. Anderson 1971). Pike 1954. Mengajar Tatabahasa oleh Arbak Othman (1985). Tatabahasa Tingkatan (S. memang benar antara mode ini.A. dan tatabahasa mazhab Inggeris itu menunjukkan kemungkinan kegunaan yang berlebih sedikit. hasil dua tiga orang ahli linguistik mungkin diperlukan untuk mendapatkan deskripsi yang lebih lengkap tentang sesuatu bahasa itu. dan lain-lain.J. Rumus penerbitan ayat-ayatnya adalah tersusun. Mungkin agak sesuai tatabahasa transformasi generatif dijadikan dasar kepada latihan mengajarkan struktur.K. bunyi.M.L. tatabahasa. Tidak ada yang menghasilkan deskripsi yang lengkap tentang mana-mana bahasa.Kamus Dewan (1970/1981). Baru-baru ini ada pula Tatabahasa Hubungan. Halliday 1961). seperti yang disebut di atas tadi. Halliday juga ada menyusun bahan mengajarkan bahasa Inggeris berdasarkan teori mazhab Inggeris yang menunjukkan kemampuan yang tinggi. . Omar (1980). Tatabahasa Jenis Lain Di samping jenis deskripsi ini ada banyak teori dan model deskripsi bahasa. dalam hal ini. Tagmemik (K. Memang ada beberapa teori moden yang nampaknya banyak mempunyai kebaikan atau gunanya dalam pengajaran bahasa. tetapi masih belum diusahakan sepenuhnya. dan Tatabahasa Dewan Jilid I: Ayat oleh Nik Safiah Karim et al. dan Tatabahasa Generatif (N. tatabahasa transformasi generatif. Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Tetapi malangnya kebanyakan teori baharu ini hanya membuat deskripsi tentang sebahagian atau aspek kecil sesuatu bahasa itu sahaja.A. tetapi juga menunjukkan persamaan struktur sintaksis yang pada permukaannya kelihatan berbeza.M. tetapi tidak ada antara model ini yang pernah mendeskripsikan keseluruhan bahasa. (1986). Lamb 1966). 1958 dan W. Katz & P.. Glosematik (J. Postal 1964). J. Walaupun demikian kemungkinan terapannya agak jelas juga daripada contoh-contoh terhad yang diberikan. dan makna seperti inilah yang dapat dianggap berguna dalam pengajaran bahasa. Kemungkinan kegunaannya memang baik. untuk berbuat demikian tatabahasa itu bukan hanya sekadar mampu menunjukkan perbezaan-perbezaan antara struktur ayat ayang pada permukaannya nampak serupa. ia mestilah mampu mendeskripsikan seluruh bahasa itu sebelum hasilnya dapat dianggap berguna untuk pengajaran bahasa. Chomsky 1957. Walau bagaimanapun. 1964. Apa sahaja teori atau model deskripsi bahasa ini. Tatabahasa Kasus (J. Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia oleh Abdullah Hassan (1986). Oleh yang demikian kita hanya berbincang tentang kemungkinan penggunaan bahan-bahan demikian sahaja. seperti.

motivasi pelajar. Hasil Penyelidikan Perlu Disesuaikan untuk Pengajaran Walau bagaimanapun. teori pemerolehan bahasa. Yang jelas ialah guru itu terpaksa memilih deskripsi dan pernyataan tatabahasa yang paling lengkap. linguistik bolehlah mempengaruhi pengajaran bahasa. Deskripsi yang hanya sebahagian tidaklah akan berguna sangat. apa yang difikirkan dasar oleh seorang ahli linguistik. kalaulah seorang guru itu telah belajar atau didedahkan kepada sistem bunyi. diperlukan banyak sifat dan pengetahuan yang lain. kita hendaklah faham tentang arah penerapan tersebut. pengajaran bahasa bolehlah memakai hasil deskripsi linguistik seperti suatu rumusan tatabahasa. seperti bahan mengajar. yang jelas ialah. sikap yang sihat. Kesimpulan Dalam bab ini kita telah meninjau sedikit tentang bagaimana teori dan deskripsi bahasa dapat membantu pengajaran bahasa. kaedah. Wilkins (1972) dan Roulet (1975) telah menunjukkan bahawa hubungan ini hendaklah berlaku dalam dua arah. mungkin tidak menjadi dasar kepada guru bahasa. apa yang dihasilkan oleh ahli linguistik itu mungkin tidak merupakan apa yang diperlukan oleh guru bahasa. masih belum terjamin yang dia akan menjadi guru bahasa Malaysia yang biak. Ini akan membolehkan kita memahami bahan yang diajarkannya itu. tatabahasa kasus. tetapi. Kita tidaklah perlu mementingkan sangat sama ada kita mengatakan bentuk pasif dalam bahasa Malaysia itu ialah “Apabila objek penderita menjadi subjek penderita atau FN1 + me + KK + FN2  FN2 + di + KK + oleh + FN1. Agak mustahil bagi . Pengetahuan linguistik bahasa Malaysia itu akan menjadi alat sahaja. persekitaran yang mendorong.Dalam mencadangkan penggunaan linguistik dalam pengajaran bahasa. tatabahasa tagmemik. dan sebagainya. Misalnya. dan sebaliknya pengajaran bahasa hendaklah juga mempengaruhi linguistik. tatabahasa. Deskripsi Tatabahasa Perlu Tuntas Agak sukar juga bagi seorang ahli linguistik yang bukannya seorang guru menentukan jenis model linguistik yang diperlukan oleh seseorang guru bahasa. hasil deskripsi linguistik itu hendaklah disesuaikan. begitu juga. misalnya. memang betul. Deskripsi ini tidaklah pula selalunya boleh digunakan tanpa sebarang penyesuaian. sama ada tatabahasa tradisi.” Yang pentingnya ialah Ali memukul anjing menjadi Anjing dipukul oleh Ali. tatabahasa skala-dan-kategori. Dengan itu memang ada faedahnya jikalau seseorang guru bahasa itu mempunyai pengetahuan linguistik walaupun sedikit supaya dia dapat memilih apa yang baik antara model deskripsi bahasa tersebut. dan sebagainya (Roulet 1975). dan struktur makna dalam bahasa Malaysia. Setiap satu hal ini sama pentingnya. Untuk menjadi seorang guru yang baik. alat bantu. atau tatabahasa hubungan. Hal-hal ini juga amat penting dalam pengajaran bahasa. dan sebagainya. tatabahasa transformasi. sosiolinguistik. Dalam penerapannya banyaklah isu yang boleh dibangkitkan.

Latihan guru bahasa Malaysia juga menjadi sebab. Kekurangan pengetahuan linguistik memangnya menjadi satu sebab. iaitu guru yang tidak terlatih mengajar bahasa Malaysia. maka harus ada banyak sebabnya. Kalau seorang guru bahasa itu gagal mencapai tujuan sesebuah rancangan mengajarkan bahasa itu. Guru yang tidak mahir dalam bahasa Malaysia ditugaskan mengajarkan bahasa Malaysia. Wilkins (1972) mengatakan kita jangan harus menerima sahaja hasil linguistik dan terus mencari kegunaannya. Misalnya. iaitu memberi maklumat tentang bahasa itu. Guru-guru seperti ini tidak akan berjaya. Apa yang patut dilakukan ialah kita mengenali semua masalah pengajaran bahasa dan kemudian baru melihat jawapannya dalam linguistik.kita memahami bagaimana seorang guru itu akan dapat mengajarkan bahasa Malaysia tanpa pengetahuan sistem dan bagaimana sistem itu berlaku. Ada banyak sebabnya dan kita tidak harus menyalahkan mana-mana satu pihak sahaja. kegagalan mengajarkan bahasa Malaysia di sekolah itu boleh disebabkan oleh banyak hal. Inilah sumbangan besar linguistik kepada pengajaran bahasa. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->