You are on page 1of 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2013

HBEF3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: 830112115666001 : 830112115666 : 0169594886 : sitinoorzaihasramuhamad@oum.edu.my : PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH KELANTAN

HBEF3503

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Biodata Sekapur Sireh 1.0 Pendahuluan

Isi Kandungan

Halaman 2 3 4 5 5 6 7 89

2.0 Latar belakang 3.0 Rasional 4.0 Matlamat / Penyataan Masalah (Senario) 5.0 Objektif Penubuhan 6.0 Sasaran 7.0 Pengurusan Pendidikan Khas yang dijalankan oleh Badan Kerajaan 7.1 Keperluan Kesamarataan Hak Asasi 7.2 Keperluan Pendidikan Berkualiti 7.3 Keperluan Sosial 8.0 Pengurusan Pendidikan Khas yang diuruskan oleh Badan Bukan Kerajaan 9.0 Polisi Kementerian Pelajaran Malaysia 10.0 11.0 12.0 13.0 Keperluan Logistik Sokongan Kesimpulan Apendiks

10 11 11 12 12 13

10.

11. 12. 13. 14. 15.

14 - 17 18 19 20 21

830112115666001

HBEF3503

NAMA I/C T/LAHIR STATUS PENGKHUSUSAN

: SITI NOORZAIHASRA BINTI MUHAMAD : 830112-11-5666 : 12 JANUARI 1983 : BERKAHWIN : PENDIDIKAN KHAS (MASALAH

PEMBELAJARAN) PERKHIDMATAN : 8 TAHUN

ALAMAT MAJIKAN : SEKOLAH KEBANGSAAN GAAL, JALAN JERTEH, 16800, PASIR PUTEH, KELANTAN ALAMAT RUMAH : LOT 592, KG PADANG PAK OMAR,

SELISING, 16810, PASIR PUTEH, KELANTAN NO.TEL : 0169594886

830112115666001

HBEF3503

Assalamualaikum w.b.t.. Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t yang Maha Besar lagi Maha Pemurah serta selawat dan salam ke atas Rasul pilihan Allah, keluarga dan para sahabatnya. Dengan berkat dan izin dariNya dapat saya menyiapkan tugasan bagi subjek Pendidikan Inklusif (HBEF3503) dengan bimbingan tutor atau EOS iaitu Encik RosHaimi bin Mohd Yusoff. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada beliau kerana sepanjang menyiapkan tugasan ini, beliau banyak memberikan tunjuk ajar dan input yang berguna. Walaupun hanya berinteraksi secara maya hanya beberapa kali, masa yang diperuntukkan telah digunakan sebaik mungkin untuk menimba ilmu yang boleh diaplikasikan dalam

menyiapkan tugasan dan mendidik anak-anak bangsa. Terima kasih saya ucapkan buat keluarga tersayang, yang telah banyak memberikan dorongan dan sentiasa menyokong dari belakang untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga buat kedua ibubapa, kedua mertua dan adik-beradik yang sentiasa memberikan sokongan moral untuk menyiapkan tugasan untuk semester ini. Sokongan dan dorongan yang kalian berikan amat dihargai. Tidak lupa juga buat rakan-rakan sekerja dan seperjuangan yang banyak membantu dan berkongsi pandangan. Banyak suka duka yang dilalui sepanjang menyiapkan tugasan ini. TERIMA KASIH, SAHABAT. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan buat mereka yang memberikan sokongan dan dorongan secara langsung atau tidak langsung. Sekian, terima kasih.

830112115666001

HBEF3503

KERTAS KONSEP PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH 1.0. PENDAHULUAN Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. (Kamariah Jarji, 1994). Abraham, Morris and Wald (1993): one in which children with and without disabilities learn and play together. Bowe (1995): an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities.

INKLUSIF dalam bahasa yang mudah untuk difahami ialah menempatkan murid-murid bekeperluan khas di aliran perdana semasa pembelajaran samada di luar atau dalam bilik darjah. Kurikulum yang digunakan ialah kurikulum perdana dengan tenaga pengajarnya juga adalah terdiri daripada guru-guru di aliran perdana. Inklusif terdiri daripada dua jenis iaitu inklusif penuh dan inklusif separa. Inklusif penuh

membawa erti murid berkeperluan khas berada sepenuh masa di aliran perdana mengikuti semua kurikulum di sana. Inklusif separa pula ialah murid ini berada di aliran perdana pada waktu mata pelajaran tertentu berdasarkan kemampuan pencapaian mereka. Inklusif bukan sahaja difokuskan kepada mata pelajaran teras malahan boleh dilaksanakan pada mata pelajaran bukan teras.

830112115666001

HBEF3503

2.0. LATAR BELAKANG Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Negara iaitu Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (Sabilah, 2006). Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan Ikrar masyarakat dunia di Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu kankakanak yang menghadapi masalah untuk belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan pelbagai aspek seperti intelek, rohani, jasmani, emosi, sosial, bakat, nilai-nilai moral dan estetika. ( Mohd Najib, 2006)

3.0. RASIONAL Pendidikan inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program inklusif akan dapat memastikan: * * perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain. * * * * pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat. menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.

830112115666001

HBEF3503

4.0. MATLAMAT / PENYATAAN MASALAH (SENARIO)

Pendidikan insklusif adalah merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak-kanak pendidikan khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.

Isu pendidikan inklusif adalah topik yang penuh kontroversi. Penyokong pendidikan inklusif berpendapat bahawa pengintegrasian pelajar kurang upaya dengan pelajar biasa dalam satu kelas adalah lebih berfaedah untuk semua pelajar. Dalam kelas yang sama, guru pendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dan ini menghasilkan pendidikan yang lebih baik untuk semua pelajar. Mereka menegaskan bahawa mengasingkan pelajar kurang upaya dan menepatkan mereka dalam kelas khas atau sekolah khas adalah tidak berkesan (Skrtic, 1995; Sailor, 1991).

830112115666001

HBEF3503

5.0. OBJEKTIF PENUBUHAN Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluangpeluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model). * Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama, mereka dapat membina suatu hubungan yang bermakna dan saling menguntungkan bersama. * Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan- rakan Khas ini tanpa mengira perbeza, kekurangan dan kecacatan. * Pendidkan insklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

830112115666001

HBEF3503

6.0. SASARAN Terdapat beberapa orang murid yang telah dikenalpasti untuk mengikuti Program Pendidikan Inklusif ini. Kesemua murid yang telah dikenalpasti iaitu seramai 3 orang merupakan murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang mempunyai potensi untuk terus maju dalam pelajaran. Murid-murid ini talah dapat menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Mereka terdiri daripada kategori Slow Learner ataupun Lembam. Berikut merupakan maklumat murid yang akan diserapkan ke Program Pendidikan Inklusif:

1. Nama No Surat Beranak Tarikh Lahir No. Kad OKU Kategori Nama Bapa Nama Ibu Alamat

: Muhammad Amirul Ashraf bin Isaha : AY36876 : 08 April 2002 : LD000134 : Slow Learner : Isaha bin Ab. Rahman : Norazmanirah bt Othman : Kg Gong Genor, Pasir Puteh, Kelantan

2. Nama No. Surat Beranak Tarikh Lahir No. Kad OKU Kategori Nama Bapa Nama Ibu Alamat

:Mohd Azrul Afendi bin Idris : BD15421 : 10 Ogos 2003 : PH000044 : Fizikal / Slow Learner : Idris bin Hassan : Rakiah bt Zakaria : Kg Sungai Gali, Pasir Puteh, Kelantan

830112115666001

HBEF3503

3. Nama No. Surat Beranak Tarikh Lahir No. Kad OKU Kategori Nama Bapa Nama Ibu Alamat

: Nabila bt Mohamad : BB07672 : 14 Oktober 2002 : LD000029 : Slow Learner : Mohamad bin Said : Zuraidah bt Ibrahim : Kg Gaal Hilir, Pasir Puteh, Kelantan

830112115666001

HBEF3503

7.0. PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIJALANKAN OLEH BADAN KERAJAAN

Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.

7.1. Keperluan Kesamarataan hak asasi

Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.

Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa

10

830112115666001

HBEF3503

pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.

7.2. Keperluan Pendidikan Berkualiti

Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas .

Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanakkanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan 11 830112115666001

HBEF3503

pusat- pusat biasa untuk memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.

7.3. Keperluan Sosial

Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak-kanak tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangka masa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

12

830112115666001

HBEF3503

8.0. PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIJALANKAN OLEH BADAN BUKAN KERAJAAN Selain Kementerian Pelajaran Malaysia, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non Government Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah : 1. Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara 2 16 tahun. 2. Pusat Bimbingan Sinar Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas berkaitan dengan kemahiran hidup serta kemahiran sosial. 3. Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa yang terlibat dengan intevensi awal bagi kanak-kanak di antara 0 6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6 16 tahun. 4. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini, yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

13

830112115666001

HBEF3503

9.0. POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS DAN KAITAN DENGAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025.

Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana-mana agensi.

Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut: Sekolah pendidikan khas: Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain); Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP): Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan Program pendidikan inklusif: Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana.

Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam program inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di sekolah pendidikan khas. 14 830112115666001

HBEF3503

Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan guru yang berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Kedua, walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus perdana. Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan mesin taip Braille.

Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini. Gelombang 1 memberikan tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada. Gelombang 2 memberikan tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan penambahan jumlah pakar bagi menangani 15 830112115666001

HBEF3503

pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga pelbagai jenis keperluan. Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang berjaya. Dalam melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan organisasi seperti Southeast Asian Ministers of Education Organisation Regional Centre for Special Education (SEAMEO-SEN). Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia ada Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas,

menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian menyasarkan pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011, kepada 88,000 menjelang 2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti program pendidikan inklusif.

Gelombang 2 (2016-2020): memperluas inisiatif Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan 16 830112115666001

HBEF3503

mengarah kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikan khas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan lebih inklusif. Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi.

Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif. Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan pada masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guruguru dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025.

17

830112115666001

HBEF3503

10.0. KEPERLUAN LOGISTIK

10.1

Tenaga Pengajar / Guru Guru merupakan satu aset yang penting dalam melaksanakan sesuatu pendidikan. Bagi melaksanakan program Pendidikan Inklusif ini, terdapat beberapa orang guru yang mempunyai pengalaman dan terlatih yang agak lama dalam bidang pendidikan khas. Oleh itu, secara tidak langsung mereka dapat membantu untuk melaksanakan program tersebut. Mereka juga perlu bekerjasama dengan guru kelas arus perdana untuk memperlihatkan hasil yang baik. Selain itu, terdapat juga guru-guru yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang atau matapelajaran tertentu seperti subjek MAtematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

10.2

Bahan Bantu Mengajar / BBM Untuk memastikan keberkesanan sesuatu pembelajaran, Bahan Bantu Mengajar amat diperlukan supaya murid dapat menumpukan perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru, terutamanya murid pendidikan khas. Namun begitu, bagi menjayakan program Pendidikan Inklusif ini, guru boleh memilih dan menggunakan bahan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid supaya murid tidak merasa bosan. Antara bahan atau kemudahan yang telah sedia ada di sekolah ialah laptop, LCD, makmal komputer, perpustakaan atau Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan sebagainya.

18

830112115666001

HBEF3503

11.0. SOKONGAN Pentadbir Dalam sebuah organisasi sesbuah sekolah, pihak pentadbir memainkan peranan yang penting sebagai tunggak kepimpinan organisasi. Begitu juga dengan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif, pihak pentadbir perlu memainkan peranan yang utama dalam memberikan sokongan samada menyokong dari segi kewangan, tenaga dan sebagainya. Ibu bapa Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak terutamanya anak-anak istimewa. Dengan itu, ibu bapa perlu memberikan sokongan yang padu dengan memberikan semangat untuk anak-anak istimewa ini terus berjaya dalam hidup mereka. PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah usaha bagi menggabungkan semua ibu bapa dan guru yang mengajar pendidikan khas. Melalui usaha ini, semua ibu bapa dapat kenal lebih rapat lagi antara satu sama lain. Melalui persatuan ini, ibu bapa dapat bertukar-tukar fikiran sesame mereka bagi menyelesaikan masalah anak mereka. Mereka dapat menyumbang dan berkongsi idea bagi saling membantu antara satu sama lain.

19

830112115666001

HBEF3503

12.0. KESIMPULAN

Program inklusif di Malaysia adalah mirip kepada konsep integrasi berfungsi yang dilaksanakan dalam dua cara iaitu inklusif penuh dan inklusif separa. Melalui program ini, murid-murid pendidikan khas belajar bersama-sama dengan murid normal dalam satu kelas yang sama dan diajar oleh guru yang biasadengan dibantu oleh guru sumber pendidikan khas. Ia bertujuan menggalakkan interaksi antara murid khas dengan murid normal di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanakkanak tanpa mengira perbezaan individu. Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan diakui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak pendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang komunikasi semua yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancang. Di samping itu juga, guru kelas biasa dan guru kelas pendidikan khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan berkeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia di persada dunia.

Disediakan oleh: _______________________ (SITI NOORZAIHASRA BINTI MUHAMAD) Setiausaha , Program Pendidikan Inklusif, Sekolah Kebangsaan Gaal

20

830112115666001

HBEF3503

13.0 APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi

Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap Pengintergrasian Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Jurnal Pendidikan, 21,33-50

Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif di sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 21 830112115666001

You might also like