You are on page 1of 17

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

KBC3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

TUGASAN TAMBAHAN: TEORI RENZULLI

BIL NAMA P 1. SHAHFINAS BINTI SHAHMURI 2. NIK HAZIRAH BINTI NIK MAT DIN

NO I/C 891101045390 900220035146

NO. MATRIKS D20091034736 D20091034780

POGRAM FAKULTI PENSYARAH KUMPULAN

: PENDIDIKAN KHAS (PINTAR CERDAS) : PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA : DR. NASIR BIN MASRAN :A

BIL 1.0 2.0 3.0

ISI KANDUNGAN Joseph Renzulli : Satu Pengenalan Definisi pintar cerdas menurut Renzulli Teori Renzulli : Three-Ring Theory 3.1 Kebolehan yang tinggi (Above-average ability) 3.2 Kreativiti (Creativity) 3.3 Komitmen dalam tugas (Task Commitment)

HALAMAN 2 5 6 7 8 8

4.0 5.0

Proses pembelajaran Pelajar Pintar Cerdas Model Renzulli 5.1 Modul Pengayaan Schoolwide 5.2 Modul Pengayaan Triad

8 10 10 12

6.0

Rumusan Rujukan

14

RENZULLIS THREE RING DALAM PINTAR CERDAS

NIK HAZIRAH BINTI NIK MAT DIN SHAHFINAS BINTI SHAHMURI

ABSTRAK: Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk mengembangkan potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain daripada teori pintar cerdas yang hebat diperkatakan oleh Gadner, Tennenbaum, Feldhusen, Priito dan lain-lain lagi masih terdapat lagi satu teori yang juga membincangkan tentang pintar cerdas ini iaitu Teori yang dikemukaan oleh Renzulli. Berdasarkan konsep Teori Renzulli, sistem pendidikan mestilah mengambil kira setiap potensi dan keperluan setiap individu pelajar selaras dengan tahap perkembangan akal pelajar.

1.0

JOSEPH RENZULLI: SATU PENGENALAN

Rajah 1: Joseph Renzulli

Joseph Renzulli merupakan seorang professor di University of Connecticut, Neag Center yang ditubuhkan khas untuk Gifted Education and Talent Development yang merupakan National Research Center untuk Gifted and Talented. Selain daripada itu, beliau juga merupakan Fellow di dalam American Psycological Association dan merupakan seorang Konsultan di White House Task Force on Education of the Gifted and Talented di bahagian Unit Tugas Pendidikan Anak Berbakat.

Beliau dilahirkan pada 7 Julai 1936 dan kini beliau mungkin berumur 74 tahun. Beliau adalah warganegara Amerika. Beliau juga adalah seorang saintis yang terkenal dan merupakan juga seorang penulis dalam bidang yang diambilnya. Joseph Renzulli merupakan salah seorang tokoh yang mempercayai dan melihan bakat yang ada pada diri seseorang itu menjadikan mereka pintar cerdas.

Dalam mengklasifikasikan seseorang itu adalah gifted and talented, Renzulli (1986) mengemukakan modelnya yang tersendiri didalam kajian yang dibuatnya. Model tersebut dikenali sebagai Renzullis Three-Ring Model yang mengemukakan tentang tiga traits iaitu kebolehan yang tinggi (Above-average ability), penglibatan dalam tugas (task commitment) dan kreativiti (creativity). Selain itu, beliau juga mengembangkan model keberbakatan yang dikenali sebagai Schoolwide Enrichment Model". Model ini bertujuan untuk

mengembangkan bakat-bakat kreatif yang ada padi diri kanak-kanak di sekolah.

Renzulli lebih memfokuskan kajiannya kepada pengenalan dan pembangunan kreativiti dan keberbakatan yang ada pada golongan muda. Selain itu, beliau juga membuat penelitian terhadap model organisasi dan strategi kurikulum untuk memperbaiki keseluruhan sekolah di sana. Hasil pemfokusan yang telah dibuat oleh Renzulli ini telah diterapkan juga dengan strategi pendidikan berbakat untuk peningkatan pembelajaran bagi semua pelajar.

Baru-baru ini beliau telah dilantik sebagai Board of Trustees Distinguished Professor di University of Connecticut. Walaupun hanya mendapat lebih daripada 20 juta dalam bentuk geran pendidikan, beliau telah berjaya di dalam pogram yang dibuatnya iaitu pogram untuk pelajar muda berbakat yang lebih dikenali sebagai The UConn Mentor Connection Program. Pogram ini telah diadakan pada musim panas di UConn dan bermula pada tahun 1978 dan beliau berjaya melayani ribuan guru dan pentadbir di seluruh dunia.

2.0

DEFINISI PINTAR CERDAS MENURUT RENZULLI

Dalam buku Conception Giftedness, Renzulli menyatakan sejarah tidak mengingati mereka yang mendapat markah tertinggi dalam ujian IQ ataupun mereka yang belajar dengan sempurna. Hal ini dibuktikan seperti Albert Einstein bukan seorang yang bijak semasa di sekolah. Menurut Renzulli (1978) mencadangkan tiga faktor utama untuk mengenalpasti tahap keupayaan kanak-kanak. Tiga ciri dalam model Renzulli iaitu komitmen kerja, kreativiti dan kebolehan purata. Selain itu, model Renzulli yang diperkenal menjelaskan bakat individu boleh dikembangkan.

Model Renzulli bukan model kecerdasan tetapi merupakan model kepada kemampuan untuk mengembangkan bakat yang ada. Menurut Gagne (1991) menyatakan model Renzulli tidak mengambarkan tahap pencapaian kanak-kanak pintar cerdas dan juga penyokong perkhidmatan hanya untuk anak-anak yang sudah berjaya akademik (Gross 1993a). Renzulli (1986) menyatakan kanak-kanak tidak perlu menunjukkan ketiga-tiga ciri iaitu keupayaan tinggi, kreativiti dan komitmen tugasan tetapi masih dikenalpasti sebagai pintar cerdas jika mereka mempunyai potensi menunjukkan perkembangan ketiga-tiga ciri utama.

Berbeza dengan Feldhusen dan Hoover (1996) menyatakan bahawa kebolehan biasa, bakat spesifik merupakan salah satu pencapaian yang tinggi kepada potensi kecerdasan. Mereka percaya bahawa rasa diri (sense of self) akan mencipta motivasi untuk belajar dan meningkatkan potensi. Manakala, Renzulli menerangkan aspek motivasi dan kreativiti berdasarkan Feldhusen dan Hoover berpendapat hasil dari persekitaran menyumbangkan kepada rasa diri (sense of self). Mereka berpendapat bahawa, walaupun motivasi dan kreativiti adalah tujuan pendidikan yang bermanfaat, ini tidak menyebabkan kecerdasan atau bakat dan kerana itu tidak perlu mendefinisikannya. Terdapat kritikan terhadap model Renzulli kerana ciri-ciri bakat disebabkan ciri dalaman individu. Tetapi, merujuk kepada Abraham dan Tannenbaum (1983, 1997) menerangkan bakat dan produktiviti merupakan hasil daripada pengaruh dalaman dan luaran kanak-kanak.

3.0

TEORI RENZULLI

Sumber : Davis & Rimm (1998: 19) di dalam buku Gifted

Rajah 2: Konsep Renzullis Three-Ring

Young Children.

Model oleh Joseph Renzulli iaitu berkonsep tiga ciri pintar cerdas dan berbakat telah terkenal tiga puluh tahun yang lalu. Renzulli telah membuat andaian bahawa kepandaian merupakan multi-dimensi dan ia boleh diletakkan di setiap kawasan kemampuan manusia. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pencapaian seseorang iaitu kebolehan purata, kreativiti dan komitmen kepada tugasan. Jika ciri tersebut digabungkan akan membentuk tingkah laku yang berbakat. Hal ini menunjukkan ketiga-tiga ciri tersebut adalah berkait-rapat untuk menjadikan seseorang itu berbakat kreatif.

Cox, Daniel dan Boston (1985) menyatakan bahawa teori Renzulli melihat kepada ucapan yang telah dibuat oleh Whitehead bahawa pendidikan haruslah mempunyai irama roman, ketelitian dan generalisasi. Henry Levin, telah memegang kepada teori yang telah dikemukaan oleh Renzulli dan model yang berkaitan tentang pengayaan Schoowide. Teori yang dikemukakan oleh Renzulli menunjukkan diagram Venn, yang berpendapat bahawa seseorang yang berbakat mempunyai jumlah kecerdasan yang lebih tinggi, kreativiti dan mempunyai komitmen dalam tugas. Oleh itu, satu langkah kecerdasan yang tinggi dalam intelektual dan kreativiti untuk sekolah telah dianjurkan tetapi menggunakan instrumen seperti senarai semak dan ujian kreativiti.

Menurut Renzulli dan Reis (1989), perilaku seseorang yang berbakat mencerminkan interaksi dasar antara tiga dasar kumpulan yang terdapat pada diri seseorang manusia itu iaitu mereka yang mempunyai kecerdasan yang tinggi secara umum ataupun khusus dalam sesuatu perkara, mempunyai komitmen tugas yang tinggi dan mempunyai tahap kreativiti yang tinggi. Individu seperti ini juga mampu mengembangkan sifat yang ada pada dirinya dan menerapkannya keseluruh kawasan yang berpotensi meningkatkan prestasi seseorang manusia itu.

Memandangkan bahawa bakat yang dibangunkan hanya dilihat pada orang dewasa, definisi bakat yang dicadangkan kepada kanak-kanak ialah sesuatu potensi yang dilihat di dalam dirinya dalam kegiatannya sebagai seorang yang kritis dalam sesuatu bidang yang mampu meningkatkan moral, fizikal, emosi, sosial, intelektual atau kehidupan umat manusia. Sesungguhnya definisi yang diberikan ini berdasarkan teori iaitu mereka yang melihat dari segi kedudukan falsafah tentang sifat seseorang yang berbakat.

3.1

KEBOLEHAN YANG LEBIH TINGGI (Above-average ability)

Faktor pertama ialah kebolehan purata mempunyai perbezaan antara keupayaan biasa dengan keupayaan spesifik. Contoh kebolehan biasa ialah memproses maklumat, pemikiran abstrak dan pengalaman bersepadu. Manakala, kebolehan spesifik ialah kemapuan menyimpan pengetahuan dan menunujukkan dalam aktiviti. Menurut teori ini, individu tidak dinilai berdasarkan keupayaan yang tinggi atau hebat. Oleh itu, kebolehan purata tidak harus disamakan dengan kecerdasan intelektual yang tinggi. Beliau menganggap individu yang paling produktif tidak selalu mempunyai skor di atas lima peratus dari ujian kemampuan umum. Walau bagaimanapun, beliau menolak ujian kemampuan intelektual umum untuk menentukan kebolehan purata. Hal yang demikian, beliau menyarankan kecerdasan atau ujian potensi akademik digunakan hanya untuk pengesan awalan atau untuk menetapkan tahap prestasi minimum.

3.2

KREATIVITI (Creativity)

Faktor kedua ialah kreativiti. Menurut pengkaji menggambarkan kategori kecerdasan iaitu kreativiti. (Khatena dan Sawyers 1987, Taylor 1978). Pengkaji percaya bahawa kreativiti merupakan ciri-ciri kecerdasan (Albert dan Runco 1986), Renzulli (1986) dan Runco (1993). Namun, kurang persetujuan dengan istilah kreativiti. Menurut Cropley (1997) dan Ebert (1994) menjelaskan kreativiti digunakan pelbagai untuk ditafsirkan seperti siapa kreatif, produk dan proses pemikiran. Manakala, ,terdapat empat cirri kreatif yang dikemukan oleh Guilford dan Torrance (Wallace 1986b). Pertama ialah ciri kelancaran iaitu kemampuan untuk menjana pelbagai idea. Kedua ialah fleksibiliti iaitu membenarkan perubahan. Ketiga ialah keaslian iaitu kemampuan mencipta dan menghasilkan idea yang luar biasa. Keempat ialah penghuraian iaitu kemampuan untuk mengolah idea, serta kesan dan akibatnya. Merujuk kepada Khatena (1992) dan Renzulli (1986) menerangkan kemampuan untuk berfikif kreatif yang membezakan kanak-kanak pintar cerdas dengan kanak-kanak normal.

3.3

KOMITMEN DALAM TUGAS (Task commitment)

Dalam komitmen tugas, Renzulli menjelaskan motivasi berubah menjadi tindakan seperti ketekunan, daya tahan dan bekerja keras. Beliau berpendapat bahawa tanpa komitmen tugas prestasi tinggi sangatlah tidak mustahil. Oleh itu, komitmen tugas juga berkait rapat antara ciri-ciri lain untuk mencapai ciri berbakat.

4.0

PROSES PEMBELAJARAN PELAJAR PINTAR CERDAS

Menurut Renzulli (1978), perkembangan bakat amat dititik beratkan. Setiap individu adalah unik. Oleh itu, peluang pembelajaran harus diberikan mengikut tahap keupayaan, minat dan cara pembelajaran individu itu sendiri. Di samping itu, proses pembelajaran lebih berkesan jika pelajar seronok melakukan kerja yang diberikan. Oleh itu, pengalaman pembelajaran perlu di bina dan dinilai untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Di samping itu, cara untuk membantu kanak-kanak seperti memberi tugasan yang berguna akan meningkat bakat sedia ada. Hal ini kerana tugasan yang diberi kepada mereka akan mencipta beberapa kreativiti. Menurut teori ini, keperibadian dan faktor persekitaran akan mengembangkan tiga ciri yang terdapat dalam model ini. Faktor keperibadian menurut
8

Renzulli ialah faktor co-kognitif yang membantu mengembangkan sosial dan intelektual. Faktor ini meliputi optisme, keberanian, displin, keprihatinan kepada manusia. Ciri-ciri keperibadian seperti ini berinteraksi dengan ciri-ciri kognitif untuk mengembangkan potensi pelajar. Berdasarkan pandangan ini, pendidikan berbakat mempunyai dua tujuan. Pertama ialah pendidikan berbakat merupakan salah satu usaha untuk memaksimumkan peluang untuk mengembangkan potensi dalam diri pelajar. Keduanya ialah pendidikan berbakat bertujuan intuk meningkatkan jumlah orang yang dapat memajukan measyarakat melalui penyelesaian masalah dan dapat menghasilkan sumbangan atau idea baru dan bernas.

Terdapat banyak model pembezaan kurikulum yang fleksibiliti dan sesuai menjadi pilihan kepada pelajar yang berbeza di dalam bilik darjah. Pembezaan ( differentiation) merujuk kepada kaedah pengajaran dan cara untuk mewujudkan kaedah pembelajaran yang berlainan kepada pelajar yang mempunyai pelbagai tahap IQ (Farmer 1996). Manakala, bagi pelajar pintar cerdas melibatkan keberkasanan pembezaan model termasuklah

mengembangkan dan mengubah suai kurikulum yang lebih menyeronokkan dan mencabar untuk meneroka minat masing-masing serta menyediakan peluang dan menggalakkan pembelajaran kepada pelajar pecutan kurikulum.

Menurut model Renzulli (1997) telah mengembangkan lima demensi model yang berkait rapat matlamat di dalam bilik darjah. Antaranya ialah kandungan (content). Kandungan merupakan matlamat kepada guru untuk meletakkan kurikulum yang mendalam berdasarkan konsep organisasi kurikulum dan pengetahuan sedia ada. Kedua ialah proses (process) iaitu matlamat guru dengan menggunakan pelbagai cara atau kaedah dan bahanbahan untuk meningkatkan motivasi dalam cara belajar pelajar. Ketiga ialah bilik darjah (classroom)iaitu matlamat guru dengan menambahbaikan kumpulan yang selesa dan persekitaran fizikal yang kondusif kepada pelajar. Keempat ialah guru (teacher) iaitu matlamat guru dengan menggunakan modifikasi artistik iaitu berkongsi pengetahuan peribadi yang berkaitan dengan kurikulum seperti minat, hobi dan isu-isu persekitaran di luar bilik darjah.

5.0

MODEL RENZULLI

5.1

MODEL PENGAYAAN SCHOOLWIDE

Rajah 2: Model Pengayaan Schoolwide.

Model Pengayaan Schoolwide merupakan salah satu model cetusan idea oleh Renzulli yang merupakan satu pogram yang dirancang untuk anak-anak pintar cerdas. Disebabkan pengaruh yang dibawa oleh Dewey, Whitehead, Phenix, dan yang lain-lain telah mendorong Dr. Renzulli membawa satu konsep kecerdasan iaitu yang berkaitan dengan Above-average ability, creativity dan task-commitmen menjadi satu model yang telah merubah pandangan pendidik terhadap kecerdasan intelektual.

Sesungguhnya, pogram ini telah menjadi salah satu program yang paling popular untuk mengembangkan bakat anak-anak. Selain itu, dengan menggunakan model pendidikannya, sebagai contoh, Model Pengayaan Schoolwide ini, ribuan guru telah melaksanakan teorites yang diperkenalkan oleh Dr. Renzulli ke dalam kelas. Hal yang demikian akhirnya menjadikan model tersebut sangat popular dan berpengaruh. Model dan

10

konsep yang diperkenalkan oleh Renzulli ini begitu signifikan kerana melalui konsep yang diperkenalkan oleh Renzulli ini secara tidak langsung mendorong orang ramai menjauhi konsep yang dibawa oleh Spearman tentang kecerdasan, psikometri kesatuan ke konsep yang lebih sesuai untuk membentuk pelbagai maklumat dan penilaian.

Di dalam Model Pengayaan Schoolwide ini dikatakan sebagai salah satu model yang terbaik yang banyak digunakan di sekolah-sekolah (Renzulli & Reis 1989). Melalui model ini, Renzulli memperkenalkan tiga jenis tingkatan yang dianjurkan untuk digunakan sebagai salah satu struktur di dalam sekolah. Antara jenis-jenis tingkatan yang ada ialah Jenis I (pengayaan Schoolwide), Jenis II (pengajaran langsung dari strategi untuk berfikir lebih kreatif dan kritis), dan Jenis III (projek khas individu dan kumpulan). Kegiatan ini yang diperkenalkan ini akan memberi penekanan kepada pengelompokkan pelajar secara heterogen. Pelajar di pilih untuk memasuki pogram ini melalui tatacara yang dikenali sebagai Revolving Door. Melalui pogram Revolving Door ini, para pelajar yang terpilih menyertai aktiviti ini akan diarahkan membuat sesuatu projek pada sesuatu masa dan akan membuat projek yang lain juga pada waktu yang lain. Walaupun terdapat sedikit kontravasi yang berlaku antara Renzulli dengan Paul George tentang kumpulan peserta yang harus dibuat secara heterogen namun Renzulli mempunyai hujahnya yang tersendiri ketika sidang Persatuan Sekolah Kebanggsaan (1997) berkaitan penyajian Model Pengayaan Schoolwide (Beach, 1997).

Di dalam model yang diperkenalkan oleh Renzulli ini, beliau telah menulis di dalam sebuah rencananya tentang tiga komponen perkhidmatan yang terdapat di dalam model tersebut. Yang pertama adalah The Total Talend Portfolio yang merupakan cara yang sistematik untuk mengumpul dan merakamkan maklumat tentang kemampuan pelajar, minat, dan keutamaan gaya belajar. Yang kedua pula adalah Curriculum Modification Techniques termasuklah curriculum differention, penyediaan pengalaman belajar yang lebih mendalam, dan integrasi kegiatan pengayaan. Yang ketiga pula adalah pengayaan dalam belajar dan mengajar secara cluster kepada pelajar multi-usia di dalam kumpulan heterogen. Oleh hal yang demikian, dapat di lihat di sini bahawa model pengayaan Schoolwide ataupun Schoolwide Enrichment Model (SEM) dapat berfungsi sebagai struktur bagi sekolah yang cuba mengembangkan bakat pelajar (Renzulli, 1995).

11

5.2

MODEL PENGAYAAN TRIAD

Rajah 3: Model Pengayaan Traid.

Model Pengayaan Triad direka untuk menggalakkan produktiviti kreatif pada bahagian golongan muda untuk mereka menonjolkan topik, bidang yang diminati,bidang pengajian dan model ini juga bertujuan untuk melatih mereka melaksanakan kandungan yang telah dipelajari, memberi proses latihan kemahiran dan memberi mereka latihan metodologi ke arah minat mereka. Oleh hal yang demikian, Renzulli telah memasukkan tiga jenis pengayaan di dalam modelnya ini.

Pengayaan Jenis I direka khusus untuk menonjolkan diri pelajar dalam pelbagai disiplin ilmu, topik, pekerjaan, hobi, orang, tempat, dan peristiwa yang tidak terdapat dalam kurikulum biasa. Setiap sekolah yang menggunakkan model Renzulli ini akan ditubuhkan sebuah pasukan pengayaan yang terdiri dari orang tua, guru, dan pelajar dan diberi tugasan dalam menghasilkan satu organisasi dan rancangan untuk aktiviti yang dibuat di dalam pengayaan jenis I. Mereka sendiri yang perlu menghubungi penceramah, menetapkan minicourse, demonstrasi atau persembahan, menempah dan mengedar filem, gambar dan keset yang boleh dilakukan sama ada melalui cetakan atau media.

12

Di dalam pengayaan Jenis II pula, terdiri daripada bahan dan kaedah yang dirancang untuk mempromosikan pembangunan proses berfikir dan merasa. Beberapa latihan pengayaan Jenis II adalah umum dan biasanya dilakukan sama ada di dalam ke;as dan di dalam pogram pengayaan. Kegiatan latihan yang dijalankan merangkumi pembangunan iaitu berfikiran kreatif dan penyelesaian masalah, berfikiran kritis, dan proses yang afektif. Yang kedua adalah belajar bagaimana untuk mempelajari kemahiran tertentu. Seterusnya, yang ketiga adalah kemahiran dalam penggunaan bahan rujukan lanjutan tingkatan yang tepat dan akhir sekali adalah lisan dan kemahiran komunikasi visual. Pengayan Jenis II yang lainnya adalah lebih khusus kerana tidak dirancang terlebih dahulu dan biasanya melibatkan arahan metodologi di dalam bidang yang dipilih oleh pelajar. Sebagi contoh, selepas menjalani pengayaan Jenis I, pelajar yang minat dalam botani, akan menjalani latihan tambahan dalam bidang yang dipilihnya dengan melakukan pembacaan tentang bidang botani, menyusun strategi dan melaksanakan percubaan tanaman dan mencari kaedah yang lebih maju seterusnya mereka harus menjalani latihan sekiranya ingin pergi lebih jauh lagi.

Pengayaan Jenis III melibatkan pelajar yang tertarik untuk menjalani latihan di kawasan yang menjadi pilihannya sendiri dan bersedia untuk mengambil alih lajutan kandungan dan menjalani proses latihan dimana mereka berperanan sebagai seorang pendidik. Tujuan pengayaan Jenis III adalah seperti memberikan kesempatan untuk kepentingan pelaksanaan, pengetahuan, idea-idea kreatif dan menjadi lebih komitmen dalam tugas untuk masalah yang dipilihnya sendiri atau bidang kajian yang dipilihnya. Selain itu, adalah untuk memperoleh tahap pemahaman yang lebih baik dari segi pengetahuan (isi) dan metodologi (proses) yang digunakan dalam disiplin ilmu tertentu, kawasan kajian seni ekspresi dan disiplin. Tujuan lainnya juga adalah untuk membagunkan produk-produk yang otentik yang dikatakan untuk memberikan kesan dikehendaki kepada khalayak yang tertentu. Pengayaan Jenis III berujuan untuk mengembangkan kemahiran self-directed learning dalam bidang perancangan, organisasi, pemanfaatan sumber daya, pengurusan masa serta membuat keputusan dan penilaian diri. Ia juga bertujuan untuk membentuk komitmen tugas yang tinggi di dalam diri peserta selain membentuk kepercayaan diri dan prestasi yang lebih kreatif.

13

6.0

RUMUSAN

Pelajar pintar cerdas berbakat kreatif merupakan salah satu aset negara yang sangat bernilai dan mereka perlu diberi perhatian sewajarnya. sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini menuju kea rah pembentukan peluang pendidikan yang sama bagi semua pelajar dan sekolah menjadi institusi pertama yang memberi perhatian terhadap potensi intelek pelajar (Rosadah, Noriah dan Zalizan 2005). Namun begitu, pendidikan di sekolah sewajarnya tidak terlalu mementingkan sukatan pelajaran yang diajar sehingga kepentingan dan keperluan unik pelajar terabai (siva Subramaniam 2005). Menurut Ng dan Sandiyao (2005) merumuskan pelajar pintar cerdas berbakat kreatif merupakan golongan pelajar yang dikategorikan mempunyai keperluan pembelajaran yang khusus. Selain itu, mereka juga dilihat sebagai kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka.

Menurut Renzulli (2000) menyatakan setiap individu yang dikenalpasti berpotensi tinggi atau berbakat wajar perlu diberi peluang untuk memaksimumkan perkembangan kognitif dan perkembangan kendirinya sehingga mereka cemerlang dan pintar cerdas dalam bidang-bidang atau domain bakat tersebut. Fenomena tidak mencapat tahap (TMT) atau underachievement amat merugikan semua pihak terbabit seperti kerajaan dan ibu bapa. Menurut Baum, Renzulli dan Herbert (1999) memberi pendapat pihak ibu bapa dan pendidik amat rugi jika mengabaikan bakat dan kecerdasan pelajar dan seolah-olah mereka dibaziri.

Sejak dari zaman Plato lagi, falsafah tentang sebuah masyarakat yang ideal ialah sebuah masyarakat di mana setiap ahlinya memberi khidmat masyarakatnya berdasarkan kemampuan dan potensi yang ada dalam diri masing-masing. Menurut Feldhusen (2000) menyatakan bahawa sehingga hari ini berlaku perubahan besar dalam bidang pendidikan untuk pelajar pintar cerdas dan berbakat kreatif. Cabaran kepada pendidik dalam bidang pintar cerdas dan berbakat bukan lagi untuk menentukan pelajar pintar cerdas berbakat berlandaskan ukuran darjah kecerdasan atau IQ. Sebaliknya, pendidik pintar cerdas berbakat berperanan untuk mengenalpasti potensi serta bakat-bakat tertentu yang ada pada diri setiap pelajar. Bakat-bakat tersebut terdapat dalam pelbagai domain yang bermanfaat dan bernilai kepada masyarakat. Antaranya ialah domain akademik, muzik, matematik, kepimpinan, sukan, drama, penulisan kreatif, literasi komputer dan penguasaan bahasa.

14

Menurut Renzulli (1997) menyatakan pelajar berkeperluan khas yang lain disediakan program khas bagi menghadapi kesukaran pelajar tetapi tiada program untuk pelajar pintar cerdas. Model Penggayaan Seluruh Sekolah (MPSS) atau School Wide Enrichment Model (SEM) menerapkan ilmu-ilmu tentang pendidikan pintar cerdas bagi sebuah perancangan yang sistematik untuk penambaikan keseluruhan warga sekolah. Manakala, perkhidmatan berdasarkan Model Penggayaan Triad dibentuk daripada dimensi SEM yang merangkumi pelbagai pilihan program tambahan. Oleh itu, model ini dapat membuka peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat dalam bidang pengkhususan yang mereka minati.

Akhir sekali, program yang diperlukan oleh kumpulan pelajar pintar cerdas perlu meliputi strategi bagi menghubungkan tahap pengalaman pembelajaran dan kemahiran berfikir yang tinggi dalam kokurikulum. Menurut Roznowski dan Reith (2000) menyatakan strategi program dapat membantu meningkatkan keupayaan, minat, prestasi mereka. Oleh yang demikian, pendedahan kepada bentuk kokurikulum baru yang akan memberi manfaat kepada mereka. Kemahiran yang diperoleh semasa pelaksanaan program membantu mereka menggunakan bakat yang sedia ada dengan sebaik mungkin.

15

RUJUKAN An Influential Model of Giftedness (2005). Diperoleh pada September 27, 2010 daripada www.uni-bielefeld.de/paedagogik/Seminare/.../Renzulli.html. Cox, J., Daniel, N. & Boston, B. O. (1985). Educating able learnes: Pograms and promising practices. Austin :University of Texas Press. Davis, G.A. dan Rimm, S.B. (1998). Education of the gifted and talented edn: Allyn & Bacon, Baston, MA. Feldhusen, J.F., Van Winkle, L., dan Echle, D.A. (1996). Is it acceleration or simply appreciate instruction for precocious youth?. Teaching exceptional children, vol. 28, no 3, pp 4851. Gifted Education Program Review (2009). Diperoleh pada September 27, 2010 daripada www.peel.edu.on.ca/.../Final_-_Literature_Review_password_pat.pdf. Guilford, J.P. (1959). Three faces of intellect American psychologist vol. 14, no. 8, pp 469479. Khatena, J. (1992). Gifted: challenge and response for education F.E. Peacocok, Chicago, IL Ng Sen Fa & Sandiyao Sebestian (2005). Masalah Sosio-emosi kanak-kanak pintar cerdas. Masalah Pendidikan : 5-12. Porter (1999). Gifted young children: a guide for teachers and parents. Buckingham: Open University Press. Renzulli, J. S. (1986). The three-ring conception of giftedness: A developmental model for creative productivity. In R. J. Sternberg & J. E. Davidson (Eds.), Conception of giftedness (pp. 53-92). Renzulli, J. S. (1976). The enrichment triad model: A guide for developing defensible programs for the gifted and talented. Gifted Child Quarterly, 20, 303-326. Renzulli, J. S., & Resi, S. M (1989). The enrichment triad/revolving door model : A schoolwide plan for the development of creative productivity. In J. Renzulli & S. Reis (Eds.), Systems and models in gifted education (pp. 217-275). Manfield Center, CT: Creative Learning Press. Renzulli, J. S. (1999). Building a bright between gifted education and total school improvement. Nasional Research Center on the Gifted and Talented Talent Development Researchbased Decision Making Series 9502. Strrs, CT: The University of Connecticut. Renzulli J.S. (2005). The three-ring conception of giftedness: a development model for promoting creative productivity. New York: Cambridge University Press.

16

Runco, M. A. (1993). Divergent thinking, creativity and giftedness Gifted Children Quarterly vol. 37, no. 1, pp 16-22. Rosadah Abd, Majid, Noriah mohd Ishak dan Zalizan mohd Jelas (2005). Profil pemprosesan kognitif pelajar pintar cerdas akademik di sekolah menengah. Jurnal pendidikan 30: 35-49. Roznowski, M. dan Reith, J. (2000). A further look at youth intellectual giftedness and its correlates: values, interest, performances and behavior. Intelligence 28(2): 87-113. Sawyer, R.N (1988). In defense of academis figor . journal for the education of the gifted vol 11, no.2, pp 5-19. Siva Subramaniam a/l Nagaratnam (2003). Education for all: is commitment enough? Kertas kerja An International Conference on Reaching and Nutruring children with high potential (CHiP) in Malaysia. HELP Institut Kuala Kumpur. 16-17 Ogos. Tannenbaum, A.J. (1997). The meaning and making og giftedness. In handbook of gifted education 2nd edn, eds N. Colangelo & G. Davis, Allyn & Bacon, Boston, MA. The Three-Ring Conception of Giftedness (2010). Diperoleh pada September 27, 2010 daripada http://www.dukegiftedletter.com/movabletype/mt-tb.cgi/345. Torrance, E.P (1998). Economically disadvantaged children on the young gifted chid: potential and promise, an anthology ed. J.F. Smutny, Hampton Press, Cresskill, NJ. Wallance (1986). Creativity some definitions: the creative process and the creative classroom.Gifted Education International vol. 4, no.2, pp. 68-73.

17

You might also like