You are on page 1of 21

KEGAGALAN CERUN

MOHD HARUN B.SALIMBANGUN MUHAMMAD HIZAMI B.MOHD JAFRI MOHD AZWAN B.TALIB MOHD ZAIMI B.MOHD NADZRI MUHAMAD ZAKI B.SHAPIEE AB060129 AB060032 AB060062 AB060065 AB060009

Jenis-Jenis Kegagalan Cerun


1. Terdapat pelbagai mekanisma pergerakan cerun yang berlaku. 2. Antara kriteria utamanya adalah mengetahui punca dan bentuk runtuhan pergerakan dalam tanah. 3. Pergerakan tersebut mungkin berbentuk runtuhan (falls), gelinciran (slides) dan aliran (flow).

Pergerakan Gelinciran (Sliding)


1. 2. Ia melibatkan pergerakan tanah pada satah kegagalan yang mengalami ricih yang tinggi. Ia melibatkan pergerakan tanah pada satah kegagalan yang mengalami ricih yang tinggi.

3. Antara punca kegagalan gelinciran ini berlaku adalah kerana terdapatnya keretakan pada permukaan asal.

4. Tanah yang runtuh kemudiannya akan bergerak hingga melebihi kaki cerun dan terkumpul pada kaki cerun.

Jenis Gelinciran Putaran (Bagi Tanah Jeleket).


1. Gelinciran dalam bentuk putaran ini secara keratan boleh membentuk lengkuk bulat atau sebaliknya. 2. Gelinciran putaran yang membentuk keratan bulat selalunya berlaku pada tanah cerun yang homogen dan keratan yang tidak membentuk bulat berlaku pada tanah yang tidak homogen (Craig, 1986).

3. Dalam keadaan gagal, tanah akan meretak dan pecah secara bersiri kepada beberapa bahagian yang lebih kecil.

4. Kegagalan dalam bentuk ini biasanya terjadi pada tanah butiran halus. 5. Kegagalan jenis ini mempunyai garis lengkung kegagalan yang melengkung ke atas memberi kesan condong kepada jisim yang bakal gelincir. 6. Ini menyebabkan tanah di bahagian atas cerun menggelangsar menuruni permukaan gelinciran. 7. Kegelinciran putaran mempunyai permukaan gelincir berbentuk bulat (circular), tidak bulat (non-circular ) dan cetek.

Bentuk bentuk kegagalan cerun jenis kegelinciran

Jenis Gelinciran Lurus / Peralihan (Bagi Tanah tak Jeleket)


1. Gray dan Leiser (1982) mengkategorikan permukaan tanah

yang mempunyai satah kegagalan yang bertindak selari


dengan lapisan tanah sebagai mengalami kegagalan dalam bentuk gelinciran peralihan.

2.

Kegagalannya adalah dipengaruhi oleh kehadiran stratum bersebelahan yang mempunyai kekuatan yang jauh berbeza

antara satu sama lain dan stratum ini mempunyai


kedalaman yang cetek di bawah permukaan cerun.

1.

Lazimnya, gelinciran peralihan wujud di kawasan cerun yang mempunyai tekstur tanah yang kasar dan berpasir.

2.

Faktor: Tanah di bahagian permukaan menjadi longgar akibat tindakan cuaca dan proses luluhawa. Cerun yang homogenus dan mempunyai tanah bertekstur kasar dan berpasir. Tanah yang lemah di permukaan cerun tetapi tanah dasar cerun terdiri daripada stratum yang kuat.

Kegelinciran Peralihan

Jenis Gelinciran Majmuk


1. Gelinciran ini adalah gabungan antara gelinciran putaran dan peralihan. 2. dipengaruhi oleh kehadiran stratum bersebelahan yang mempunyai perbezaan kekuatan yang tinggi seperti gelinciran peralihan. 3. Namun gelinciran majmuk ini berbeza memandangkan stratum yang terlibat mempunyai kedalaman yang besar sehingga menyebabkan kegagalan membentuk permukaan lengkuk dan bersatah

Pergerakan Baji (Wedge)


1. terjadi apabila terdapat persilangan antara dua permukaan satah ketakselanjaran dan mewujudkan blok batuan yang berkeadaan daylight pada muka cerun. 2. maksud istilah daylight ialah apabila titik persilangan antara dua ketakselanjaran dapat dilihat pada muka cerun. 3. Blok batuan yang berbentuk baji ini berpotensi untuk menggelincir mengikut garis persilangan antara dua satah ketakselanjaran.

Pergerakan Baji

Pergerakan Satah
1. kegagalan yang disebabkan oleh satu satah ketakselanjaran yang berkeadaan daylight pada muka cerun. 2. Kegagalan jenis ini terjadi apabila kecenderungan satah yang menggelincir mestilah lebih besar daripada sudut geseran satah. 3. terdapat dua kegagalan satah yang dipertimbangkan iaitu kegagalan satah berdasarkan graviti dalam keadaan kering dan kegagalan satah berdasarkan graviti dalam keadaan kehadiran air permukaan

Pergerakan Hakisan (Erosion)


1. hakisan mempunyai dua proses asas: proses pelonggaran partikel-partikel tanah yang biasanya diakibatkan oleh impak titisan-titisan hujan. proses pengangkutan partikel-partikel tanah. 2. Hakisan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu hakisan geologikal dan hakisan terpecut (accelerated erosion). 3. Hakisan goelogikal ialah proses penghasilan tanah dan proses hakisan ini berada dalam keadaan keseimbangan. 4. Hakisan terpecut pula ialah proses hakisan yang biasanya terjadi akibat daripada aktiviti tindakan manusia.

Jenis Hakisan
1. Terdapat pelbagai jenis hakisan yang terjadi hasil daripada mekanisma luar yang bertindak terhadap tanah iaitu hakisan hentaman hujan, hakisan lapis, hakisan alur dan gaung. 2. Butiran air hujan menghentam terus permukaan tanah atau menghentam lapisan air yang nipis yang terdapat diatas permukaan tanah.

3. Hentaman hujan akan memecahkan ketulan tanah dan menghasilkan butiran-butiran halus.
4. Butiran halus ini akan menutup rongga-rongga di permukaan. Penutupan ini akan mengurangkan kadar penyusupan air ke dalam tanah dan meninggikan kadar air larian permukaan. 5. Kesan hentaman ini akan berkurang jika permukaan tanah dilindungi tumbuhan atau bahan lain.

6. Hakisan lapis adalah pemindahan sekata lapisan nipis tanah dari permukaan. 7. Peleraian butiran tanah dan aliran lapisan air dipermukaan menghasilkan hakisan lapis. 8. Hakisan ini mudah terjadi dikawasan yang tanah atasnya longgar dan lapisannya nipis manakala lapisan bawahnya padat.

9. Hakisan alur adalah hakisan yang menghasilkan lorong atau parit yang nyata disepanjang laluan tumpuan air larian permukaan.
10.Hakisan gaung menghasilkan lorong yang lebih besar serta lebih dalam daripada yang dihasilkan oleh hakisan alur. 11.Hakisan gaung adalah peringkat akhir perkembangan hakisan alur.

Pergerakan Aliran (Flow)


1. Kegagalan secara aliran lazimnya berlaku di Malaysia dalam bentuk aliran lumpur (mudflow) yang mana dikaitkan dengan kandungan air dalam sesuatu tanah (earthflow). 2. Ianya akan berlaku apabila sesuatu bahan terpecah dan bergerak tanpa tumpuan perpindahan pada sempadan ricih. 3. Kejadian aliran akan berlaku dalam tanah yang berjelekit jika kandungan lembapan melebihi had cecair.

4. Bagi tanah yang berjelekit, pergerakan aliran boleh berlaku walaupun kandungan lembapan tidak melebihi had cecair.

Kegagalan Cerun Jenis Aliran

Pergerakan Runtuhan (Fall/Toppling)


1. Pergerakan jenis ini biasa berlaku pada cerun yang sangat curam. Kejatuhan merupakan keadaan apabila tanah tertanggal terus dari cerun dan jatuh.

2. Kegagalan runtuhan melibatkan pusingan lapisan batu.


3. Dalam kes yang lain, runtuhan ini bermula dengan pemisahan lapisan disebabkan oleh pergerakan mengikut arah galian. 4. Pemisahan lapisan mungkin berlaku dengan cepat atau dalam jangka masa yang panjang. 5. Pemisahan yang cepat disebabkan oleh berat blok dan daya tekanan perbezaan ketinggian antara bukit dan lembah. 6. Pemisahan yang lambat pula kebiasaannya mempunyai hubungan dengan proses alam sekitar seperti pembekuan.

You might also like