You are on page 1of 22

PCK 2 TOPIK 4: SIFAT TEMBAGA DAN GANGSA Anda telah diberikan sekeping tembaga dan sekeping gangsa yang

mempunyai saiz yang sama dan ketebalan. Membanding dan membezakan sifat-sifat mereka. Tembaga merupakan logam tulen manakala gangsa adalah bahan campuran yang yang mempunyai bahan komposisi 90% kuprum dan 10% stanum. Perbezaan antara tembaga dan gangsa ialah: Tembaga Gangsa

Atom-atom mempunyai saiz yang Atom-atom mempunyai saiz yang berbeza. sama. Mengandungi satu jenis atom sahaja. Mengandungi lebih daripada satu jenis atom. Susunan atom teratur dan sekata. Susunan atom kurang teratur dan kurang sekata. Lapisan atom mudah menggelongsor. Lapisan atom sukar menggelongsor. Mulur, tertempa dan mudah terkakis. Keras, indah dan tahan kakisan.

Apakah anda telah pelajari dari aktiviti ini? Melalui aktiviti ini saya mendapat tahu sifat- sifat gangsa dan tembaga. Tembaga ialah sejenis mineral berwarna kemerahan dan merupakan logam natif Cu. Ia merupakan logam mulur yang mempunyai kekonduksian elektrik yang sangat baik dan digunakan secara meluas sebagi pengalir elektrik, bahan binaan dan sebagai komponen di dalam aloi. Aloi ialah bahan yang terdiri daripada campuran dua atau lebih unsur atau logam dengan komposisi tertentu. Aloi terdiri daripada campuran logam utama dengan atom unsur lain yang dipanggil atom asing. Atom asing mempunyai saiz yang berlainan

daripada logam utama. Atom asing menempati ruang kosong di dalam kekisi logam tulen. Atom asing mengganggu susunan atom logam tulen yang teratur dan sekata. Ini menghalang atom-atom logam utama daripada menggelongsor. Ketertempaan dan kemuluran logam akan berkurang. Kekerasan aloi lebih tinggi daripada logam tulen. . Tujuan pengaloian ialah untuk menambahkan kekerasan dan kekuatan logam tulen. Contohnya magnalium(aloi magnesium dan aluminium) lebih keras daripada aluminium tulen. Selain itu, membaiki rupa logam dan menjadikan bahan lebih indah. Contohnya piuter (aloi timah, antimoni dan kuprum) lebih indah daripada timah tulen dan juga mencegah kakisan logam. Contohnya keluli nirkarat(aloi ferum, karbon, kromium dan nikel) sukar berkarat berbanding dengan ferum(besi) tulen. Berikut adalah contohcontoh aloi dan komposisinya:

Aloi Duralumin

Komposisi 95.5% Aluminium, 4% Kuprum, 0.5% Magnesium

Sifat Aloi Keras, tahan kakisan dan indah serta ringan. Keras, tahan kakisan dan indah.

Kegunaan Aloi Membuat badan kapal terbang, basikal lumba dan kabel elektrik. Membuat pingat, pedang dan barang perhiasan.

Gangsa

90% Kuprum, 10% Stanum

Loyang

70% Kuprum, 30% Zink

Keras, tahan kakisan dan indah.

Membuat alat elektrik dan barang perhiasan. Membuat cenderamata dan barang perhiasan. Membuat badan kenderaan, kapal dan jambatan.

Piuter

91% Stanum, 7% Antimoni, 2% Kuprum

Tahan kakisan dan indah. Keras dan tahan kakisan.

Keluli

99% Ferum, 1% Karbon

Keluli nirkarat

73% Ferum, 18% Kromium, 8% Nikel + Karbon

Keras, tahan kakisan dan indah.

Membuat alat-alat dapur.

Kupronikel

75% Kuprum, 25% Nikel

Keras, tahan kakisan dan indah.

Membuat duit syiling dan kipas turbin. Menyambung dawai elektrik dan industri kimpalan.

Pateri

50% Plumbum, 50% Stanum

Tahan kakisan.

Selain itu, saya juga mempelajari tentang logam. Logam dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu logam ferus, logam bukan ferus dan aloi.

3 jenis bahan logam

Logam ferus Logam bukan ferus

Aloi

Logam dihasilkan secara semula jadi dan banyak digunakan kejuruteraan sama ada dalam bentuk asli atau campuran logam-laogam yang lain.

Bahan Logam

Logam Bukan Ferus Logam Ferus


Timah Aluminium Tembaga

Aloi
Loyang Gangsa

Besi Tuang
Besi Kelabu Besi Putih Besi Aloi

Keluli

Berkarbon Aloi Besi Tempawan


Kromium Vanadium Krom-nikel Molibdenum Keluli Tahan Lasak Rendah Sederhana Tinggi

Di samping itu besi tuang kurang bertindak balas dengan bahan acuan kerana suhu penuangan yang lebih rendah. Walaubagaimanapun gred besi tuang biasa tidak begitu kuat dan agak rapuh, namun besi tuang digunakan dengan meluas sebagai bahan kejuruteraan kerana murah, mudah dilebur dan dituang, keboleh mesinan yang sangat baik. Besi tuang boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut kegunaanya, bentuk grafit dan jenis matriks struktur yang terkandung di dalamnya. Struktur logam, komposisi dan keratan sesuatu besi tuangan adalah penting di dalam menentukan sifat-sifat kejuruteraan. Terdapat 4 jenis utama bagi besi tuang sebagaimana ditunjukkan dalam Carta 1 di bawah:

Besi Tuang

Kelabu

Putih

Boleh Tempa

Carta 1 Jenis-jenis besi tuang

Besi tuang kelabu mengandungi karbon dalam bentuk kepingan grafit. Dinamai besi tuang kelabu kerana berwarna kekelabuan di permukaan rekahnya akibat kewujudan kepingan grafit. Mudah dimesin kerana mempunyai kekuatan mampat yang tinggi melebihi keluli. Besi tuang kelabu tidak begitu mahal harganya. Ia digunakan dengan meluas untuk menghasilkan komponen automotif mesin alat dan pelbagai

barangan industri yang lain.Besi tuang putih apabila pecah kelihatan berwarna keputihan. Ini disebabkan karbon yang terdapat di dalam besi tuang putih adalah

bentuk karbida. Besi tuang putih dengan perqtus karbida yang tinggi sangat sukar untuk dimesin tetapi boleh dicanai. Besi tuang putih juga dinamai besi tuang dingin. Ini disebabkan besi tuang ini dihasilkan dengan menggunakan logam dingin.

Logam dingin adalah bertujuan untuk memberikan permukaan yang keras dan merintangi hasu seperti menghasilkan roda keret api penggelek untuk memecah bijian dan plat ragum pemecah. Besi tuang putih juga merupakan peringkat pertama dalam penghasilan besi tuang boleh tempa. Besi tuang boleh tempa dihasilkan daripada besi tuang putih. Besi tuang putih dipanaskan lebih kurang 460F selama lebih kurang 48 jam dan disejukkan secara sangat perlahan untuk membolehkannya mudah dimesin dan dapat merintangi kejutan. Semasa proses pemanasan ini kebanyakan daripada karbon berubah bentuk dan disebarkan menjadi modul-modul karbon yang kecil di dalam matrik besi yang agak tulen. Besi tuang boleh tempa digunakan untuk membuat

komponen automotif, paip dan peralatan industri pertanian. Sektor logam bukan ferus di Malaysia meliputi produk-produk seperti timah, aluminium, tembaga, zink dan plumbum. Besi tempa adalah merupakan jenis besi yang paling tulen berbanding dengan jenis-jenis besi yang lain. Kandungan karbonnya adalah kurang daripada 0.12% dan kandungan sangga adalah di atara 0.6% hingga 3%. Besi ini terdiri daripada zarahzarah besi logam yang halus berpadu dengan satu kuantiti sangga yang halus dan teragih segaya. Pengeluaran besi tempa daripada besi jongkong adalah melibatkan pembuangan karbon, dan ini boleh dilakukan dengan proses melopak. Logam bukan ferus merupakan logam yang lain daripada logam besi dan keluli. Logam ini

digunakan untuk keperluan kejuruteraan samada sebagai logam tulen ataupun aloi. Logam bukan ferus lebih mudah berubah sifat berbanding logam ferus apabila dilakukan kerja-kerja mekanikal, tidak begitu terpengaruh oleh tindakan haba dan tidak mudah berkarat. Terdapat 38 jenis logam yang lain yang diketahui manusia dan dicatatkan di dalam Jadual Perkalaan Unsur. Di antara logam-logam lain yang sering digunakan di dalam bidang kejuruteraan adalah seperti berikut :a) Aluminium d) Plumbum g) Zink j) Molydenum m) Manganese b) Perak e) Timah h) Kromium k) Magnesium n) Tembaga c) Kuprum f) Nikel i) Emas l) Kobalt

Aluminium ialah sejenis logam yang banyak terdapat di dunia dan telah digunakan secara komersial sejak 100 tahun yang lalu. Penggunaan aluminium amat meluas sekali dan menduduki tempat kedua selepas keluli. Aluminium telah menjadi logam bukan ferus yang paling penting dalam pelbagai industri seperti pengangkutan, pembinaan, elektrik, kontena, peralatan mekanikal dan barangan pengguna. Hampir separuh daripada bekalan aluminium dalam pasaran dihasilkan sebagai logam tulen berbentuk kepingan, keratan gulung, tiub, bar dan dawai. Kuprum juga merupakan logam penting dalam kerja-kerja kejuruteraan telah pun digunakan sejak 6000 tahun yang lalu. Kuprum telah menjadi bahan utama dalam industri elektrik dan digunakan dalam keadaan yang tulen.

Kuprum juga menjadi unsur penting di dalam aloi kejuruteraan yang penting seperti gangsa dan loyang. Proses yang digunakan untuk mengasingkan kuprum daripada bijihnya adalah bergantung kepada jenis bijih tersebut. Secara umum, prosesproses yang terlibat ialah pembasuhan dan pengisaran bijih berkenaan, diikuti oleh panggangan, penurunan dan pembersihan.Loyang terhasil apabila kuprum dialoikan dengan zink atau tembaga kuning mengikut sukatan tertentu. Loyang lebih kuat

daripada kedua-dua bahan asalnya. Terdapat beberapa jenis atau kategori loyang, bergantung kepada peratus komposisi zink yang digunakan serta struktur hablur kuprum yang terhasil. Sedikit penambahan unsur-unsur lain seperti plumbum, timah, silikon, aluminium, nikel, fosforus dan arsenic, boleh mengawal sifat-sifat loyang. Dua atau lebih logam lembut boleh dicampur untuk membentuk logam yang lebih kuat yang dinamakan aloi. Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur pada komposisi tetap tertentu yang mana utamanya adalah logam. Kebanyakan logam tulen adalah lembut dan lemah. Sifat-sifat logam tulen boleh diperbaiki dengan membentuknya menjadi aloi. Tujuan pembuatan aloi adalah untuk membuatkannya lebih kuat, lebih keras, tahan kakisan, dan mempunyai sifat kilauan dan hiasan yang lebih baik. Logamlogam yang biasa dialoikan ialah kuprum dan zink. Kuprum boleh dialoikan dengan banyak unsur termasuklah zink, timah, plumbum, besi, perak, fosforus, silikon, tellerium dan arsenik. Aloi kuprum bertindak seperti logam tulen. Aloinya tidak boleh dilakukan rawatan haba dan tidak boleh dikeraskan dengan mengenakan haba dan diikuti dengan lindap kejut. Kekerasan yang diperoleh melalui pengerjaan sejuk dan pelembutan dihasilkan dengan memanaskannya melebihi suhu penghabluran semula.

Bahagian mana daripada kurikulum sains sekolah rendah mengajar topik tentang sifat tembaga dan gangsa? Topik ini diajar pada murid-murid tahun empat dalam topik 5 bahan iaitu di bawah subtopik bahan-bahan semula jadi dan buatan manusia. Dalam subtopik bahan semula jadi itu murid-murid hanya mempelajari tentang logam dan sifatsifatnya secara umum.

Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Saya akan mengadakan amali Sains bagi menguji sifat-sifat tembaga dan gangsa bersama pelajar. Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen mengikut arahan yang diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan. Selain itu, saya juga mengarahkan para pelajar membuat satu projek berkaitan dengan tembaga dan gangsa. Melalui projek ini pelajar dapat mengambil insiatif sendiri untuk mendapatkan maklumat secara sendiri. Pelajar juga dikehendaki menyiapkan projek khas ini mengikut bimbingan dan panduan pengajar. Selain itu, saya juga akan bahan konkrit dengan membawa sekeping tembaga dan gangsa ke bilik darjah dan mengarahkan para pelajar untuk membandingbezakan cirri-ciri terdapat antara dua bahan tersebut.

Apakah peranan dimainkan oleh guru dalam aktiviti ini. Guru berperanan sebagai penasihat, pakar rujuk dan penilai apabila para pelajar menjankan projek dan amali Sains mengenai tembaga dan gangsa. Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. Sekiranya pelajar tidak tahu cara menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini menjejaskan pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti akan aktiviti

pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya.Penilaian mungkin merupakan bidang yang paling rumit dari seluruh proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia melibatkan pelbagai macam hubungan. Seorang guru yang peka selalu menilai murid-muridnya menurut tanggapan mereka terhadap situasi

belajar. Tidak mustahil bahawa guru boleh jadi mempunyai penilaian yang salah mengenai bagaimana seharusnya tanggapan para muridnya. Kerana penilaian hanya berikutan dengan tanggapan yang dapat disaksikan terus, maka mustahillah membuat penilaian mengenai banyak pengaruh kecil-kecil yang mengubah hidup seseorang bertahun-tahun, setelah pengalaman-pengalaman di kelas yang sesungguhnya dilupakan. Dalam membuat penilaian, guru mesti memahami para murid dalam hubungannya dengan lingkungan serta tempatnya di dalam situasi sekolah, masyarakat atau universiti. Ia perlu mengetahui hal-hal yang berpengaruh pada pekerjaan muridnya. Murid pula berkepentingan untuk

mengetahui apa yang telah ia capai dalam kelas. Ia ingin tahu bagaimana penilaian guru mengenai dirinya meskipun menilai umum adalah rumit sifatnya. Namun, penilaian yang paling bererti ialah yang terjadi pada waktu guru memberi tanggapan langsung terhadap murid menurut hasil pekerjaan murid tersebut.

PCK 4 TOPIK 10: PENYEDIAAN AMMONIA, ASID SULFURIK DAN ASID NITRIT DALAM INDUSTRI Ammonia menunjukkan sifat kealkalian dan menukarkan warna kertas litmus kepada biru. Manakala asid sulfurik atau asid nitrit menunjukkan sifat keasidan dan menukarkan warna kertas litmus kepada merah. Kumpulkan pelbagai jenis pelarut daripada sumber yang berbeza. Tentukan sifat pelarut-pelarut dengan menggunakan kertas litmus. JENIS-JENIS PELARUT

BAHAN BERASID

BAHAN BERALKALI

JUS NANAS

PELARUT DETERGEN

JUS HALIA JUS OREN

BAHAN BERASID

BAHAN BERALKALI

UBAT GIGI JUS TOMATO

PIL ANTISEPTIK JUS ANGGUR

SABUN JUS PISANG

BAHAN BERASID

BAHAN BERALKALI

DOVE SYAMPU COCA COLA

MANDIAN JOHNSON BABY CUKA

JUS LEMON

KOPI

BAHAN BERASID

BAHAN BERALKALI

JUS KIWI

LOSYEN

ASAM JAWA

PERIA

DADIH

SUSU MAGNESIA

Apa yang telah anda pelajari dari aktiviti ini? Melalui aktiviti saya dapat mengenalpasti tentang sifat keasidan dan kealkalian sesuatu bahan dapat ditentukan dengan menggunakan kertas litmus dan rasa mereka.Semua bahan mempunyai sifat-sifat masing-masing. Bahan boleh dikelaskan sebagai bahan asid, alkali dan neutral berdasarkan sifat-sifatnya. Bahan yang mengandungi asid dikenali sebagai bahan berasid. Bahan yang mengandungi alkali dikenali sebagai bahan beralkali. Bahan yang tidak mengandungi asid atau alkali dikenali sebagai bahan neutral.Sifat-sifat bahan boleh ditentukan dengan menggunakan kertas litmus. Kertas litmus mempunyai dua jenis iaitu kertas litmus biru dan merah. Bahan yang berlainan bertindak balas secara berlainan dengan kertas litmus. Selain itu, semasa saya menjalankan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Ramakrishna saya telah menjalankan satu eksperimen tentang asid dan alkali bersama dengan murid-murid tahun lima Kambar. Tujuan saya menjalankan

eksperimen ini adalah untuk menyiasat hubungan antara jenis bahan dengan pertukaran warna kertas litmus. Melalui aktiviti eksperimen saya mendapat tahu bahan berasid menukarkan kertas litmus biru lembap kepada merah. Bahan beralkali menukarkan kertas litmus merah lembap kepada biru. Bahan neutral tidak menukarkan warna mana-mana kertas litmus. Seterusnya, saya juga mendapat tahu sifat-sifat bahan ini juga boleh ditentukan dengan rasa mereka. Makanan yang berlainan mempunyai rasa yang berlainan. Ada makanan yang berasa manis dan ada yang masin, masam, pahit atau tiada rasa. Kita boleh membezakan rasa makanan dengan lidah kita. Makanan berasid mempunyai rasa yang masam. Makanan beralkali mempunyai rasa yang pahit. Makanan neutral mempunyai rasa sama ada manis, masin atau tiada rasa. Secara keseluruhannya, saya mendapat tahu bahawa semua bahan-bahan yang kita menggunakan dalam kehidupan seharian sama ada makanan atau pun bahan kimia mempunyai sifatnya sendiri. Kedua-dua bahan yang mempunyai asid dan alkali

mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri. Oleh itu, kita berhati-hati semasa menggunakannya agar kita dapat menjaga diri kita dengan selamat. Bahagian mana daripada kurikulum sekolah rendah mengajar topic tentang asid dan alkali? Dalam kurikulum sekolah rendah , bahagian asid dan alkali ini diajar kepada muridmurid tahun lima dalam topik sembilan tajuknya adalah asid dan alkali. Bincangkan bagaimanakah anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda . Saya menggunakan aktiviti eksperimen dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Saya akan memberi arahan kepada para pelajar supaya membawa bahan-bahan kegunaan harian ke sekolah. Saya akan menyediakan kertas litmus berwarna biru dan merah di makmal. Apabila para pelajar membawa barang-barang seperti yang telah diberitahu saya akan memberitahu prosedur yang betul bagi membuat eksperimen dengan cara yang selamat. Pelajar akan membuat eksperimen secara berkumpulan dan merekodkan hasil dapatan dalam bentuk jadual dalam buku amali Sains mereka. Melalui eksperimen para pelajar dapat mendapatkan hasilnya atas usaha mereka sendiri. Para pelajar dapat membangkitkan semangat ingin tahu dan sifat inkuiri mereka melalui kaedah eksperimen. Selain itu, saya juga menggunakan kaedah teknologi pendidikan seperti menggunakan powerpoint slide untuk memberitahu para pelajar mengenai asid dan alkali. Saya juga mengadakan beberapa tayangan video mengenai asid dan alkali Selepas tayangan video, saya akan memberi lembaran kerja bagi mengukuhkan lagi pemahaman para pelajar dalam topik tersebut. Kemudian guru juga membahagikan beberapa kumpulan dalam kelas dan mengarahkan para pelajar supaya membuat perbentangan mengenai topik asid dan alkali untuk memantapkan lagi pengetahuan mereka.

Apakah peranan dimainkan oleh guru dalam aktiviti ini? Guru memainkan peranan sebagai mentor dalam aktiviti ini. Mentor merupakan pembimbing atau penasihat yang arif dan berpengalaman dalam bidang tertentu, misalnya bidang pendidikan. Semasa murid-murid melaksanakan sesuatu eksperimen, guru membimbing mereka menjalankan aktiviti eksperimen itu dengan prosedur yang betul. Selain itu, guru juga membimbing murid-murid menyelesaikan soalan-soalan yang kompleks. Bagi murid-murid yang pasif dalam bilik darjah, seperti rasa takut, bosan dan suka mengasingkan diri mereka dari rakan sekelas dan sebagainya, guru hendaklah membimbing murid-murid ini supaya mereka dapat membina sifat kenyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif dengan muridmurid yang lain. Guru juga perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Selain itu, semasa menjalankan eksperimen, guru perlu membantu pelajar supaya membuat keputusan yang rasional. Guru juga perlu menjadi teladan yang baik kepada muridmurid dan mengajar mereka sentiasa bersikap jujur semasa menjalankan eksperimen untuk mendapatkan hasil yang betul. Guru juga memainkan peranansebagai pakar rujuk para pelajar semasa mereka menghadapi masalah berkaiatan dengan tajuk yang diajar oleh guru mereka kerana guru dianggap sebagai pendidik yang berilmu pengetahuan. Oleh itu, guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar. Secara kesimpulannya, guru perlu menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

PCK 6 TOPIK 15 : KERTAS Kita boleh menggunakan semula kertas dengan mengitar semula. Kitarkan semula kertas anda sendiri. Hasilkan sesuatu bahan yang berguna daripada kertas yang dikitar semula yang anda telah dibuat. Sila melayari internet untuk mendapatkan cadangan-cadangan tentang bagaimana untuk mengitar semula kertas. Proses mengitar semula kertas untuk menghasilakan kertas tandas

Apakah anda telah pelajari dari aktiviti ini? Melalui aktiviti ini saya telah mempelajari bagaiman menghasilkan kertas tandas daripada kertas yang dikitar semula. Kertas tandas ini sangat berguna kepada kita untuk tujuan pembersihan. Saya juga mendapat tahu kepentingan kitar semula. Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kita boleh membantu mengurangkan jumlah sampah yang dibuang dengan melakukan kitar semula. Kitar semula akan mengurangkan jumlah barangan buangan dan ini akan mengurangkan keperluan serta jangka hayat tapak pelupusan sampah. Pencemaran juga dapat dikurangkan dan mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Kitar semula juga lebih murah dan mudah dilaksanakan berbanding dengan penyelenggaraan tapak atau sistem pelupusan sampah yang lain. Paling penting kitar semula meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup kita. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa. Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .

Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .

Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).

Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.

Selain itu, kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.

Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.

Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.

Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi. Tambahan pula, kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya. Melalui kitar semula kita dapat meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air. Kita juga boleh mengurangkan belanjawan kewangan dan menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula. Selain itu kita perlu memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.

Seterusnya, melalui aktiviti ini saya mendapat tahu pelbagai cara untuk kitar semula Sekiranya kita tahu bagaimana untuk mengitar semula, ianya akan menjadi lebih mudah dan senang. Langkah awal kitar semula yang efisien adalah dengan mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitarnya semula. Kitar semula mengikut jenis barang Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya. Beli produk yang boleh dikitar semula Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca. Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut. Elakkan dari membeli barangan yang merbahaya Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitar semula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan toksik. Tong kitar semula dan pusat pengumpulan Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.

Bahagian mana daripada kurikulum sains sekolah rendah mengajar topik tentang kertas? Topik kertas ini diajar kepada murid-murid tahun empat dalam topik 5 bahan di bawah subtopik guna semula,kurangkan penggunaan dan kitar semula.

Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Saya akan menganjurkan kempen kitar semula di sekolah supaya memberi kesedaran kepada murid-murid mengenai alam sekitar. Saya akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti membina sesuatu benda yang beguna daripada kertas yang dikitar semula, kuiz kitar semula dan menyediakan sudut informasi mengenai topic kitar semula. Selain itu, saya juga mengadakan pameran sains mengenai topik ini. Dalam pameran ini saya meminta para pelajar mempamerkan hasil ciptaan mereka daripada bahan yang dikitar semulauntuk tontonan orang lain. Seterusnya, saya juga mengedarkan kertas latihan yang mengandungi beberapa gambar. Kemudian meminta murid-murid menamakan barang-barang terdapat di dalam gambar itu dan meminta murid-murid mewarnakan barang-barang yang dikitar semula. Selepas itu, saya bersoal jawab dengan murid-murid mengenai kegunaan barang-barang yang boleh dikitar semula seperti yang terdapat di dalam gambar tersebut. Saya juga menyediakan beberapa lembaran kerja mengenai topic kertas bagi memantapkan lagi pengetahuan murid-murid dalam topik ini.

Apakah peranan dimainkan oleh guru dalam aktiviti ini. Dalam aktiviti ini guru memainkan peranan penting bagi menyampaikan ilmu pengetahuan menyampaikan maklumat memberi kemahiran serta memupuk nilai-nilai murni dan luhur untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang menghasilkan proses pengajaran tersebut.Ia dapat mengubah

tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar.Dalam bahasa yang mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkat kemahiran dalam aspek kognitif dan manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani. Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani. Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung kepada kepakaran guru terhadap bahan pengajaran, keperluan bahan pengajaran, pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran digunakan oleh guru dan kemahiran berkomunikasi mereka Di samping itu, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan. Ini termasuklah matlamat dan sasaran pengajaran guru setiap hari dan matlamat dan sasaran pencapaian akademik sekolah. Selain itu, sikap guru dan sikap pentadbir sekolah,kemahiran guru dan kemahiran pentadbir sekolah dan motivasi guru dan motivasi pentadbir sekolah. guru juga perlu mempunyai misi dan visi guru dan misi dan visi pentadbir sekolah. Keikhlasan guru dan pentadbir sekolah ketika melakukan pekerjaan juga turut mempunyai saham yang penting ke arah keberkesanan pengajaran guru berkesan. Di samping faktor yang disebutkan di atas tadi, faktor pelajar juga boleh mempengaruhi dan menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan. Jika terdapat seorang guru yang mengajar dengan cara yang berkesan dalam sebuah kelas tetapi pelajar yang mengikuti pengajarannya tidak tahu peranan mereka sebagai pelajar yang berkesan, maka usaha tersebut akhirnya akan sia-sia sahaja. Guru juga berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing dalam aktiviti pameran sains. Guru hanya memberi bimbingan manakala pelajar yang melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meneroka ilmu yang baharu.

You might also like