You are on page 1of 2

Kuliah 3: Teori Perubahan

Oleh: Dr. Mohd Izham bin Mohd Hamzah

Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan

A) Konsep Perubahan dalam Pendidikan

 Pendidikan merupakan satu bidang yang menjadi faktor utama dalam menyediakan
manusia untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

 Perubahan sentiasa berlaku dalam pendidikan dan tidak dapat dielakkan mengikut
keadaan semasa dan kemajuan yang dicapai oleh sesebuah negara.

 Oleh itu, perubahan lebih bercirikan pendidikan berbanding kestabilan (Oliver,


1996).

 Kadangkala, perubahan akan menyebabkan ketidakpastian kepada seseorang


individu.

 Ketidakpastian ini seharusnya dielakkan kerana akan memberi kesan buruk pada
masa depan generasi akan datang.

 Jadi, pendidikan adalah bidang yang unik dan dinamik kerana berlaku perubahan
dari segi pertambahan pengetahuan melalui kajian-kajian yang dijalankan.

B) Jenis-jenis Perubahan

Terdapat 4 jenis perubahan menurut Dessler, 1995, iaitu;

1) Perubahan ke arah peningkatan

• Perubahan yang memberi kesan kepada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesebuah organisasi.

• Contohnya; - perubahan dalam struktur organisasi.


- pengenalan kepada penggunaan teknologi baru.
- usaha meningkatkan produktiviti staf melalui program-program
pembangunan staf.

• Dalam bidang pendidikan, teknologi berperanan tidak hanya sebagai ‘alat’ malah
sebagai pengupaya (pemudahcara/pembantu) dalam pelaksanaan tugasan harian.
Jadi, teknologi bukanlah satu ‘peristiwa’ yang mana hanya digunakan pada waktu-
waktu tertentu sahaja.
2) Perubahan strategik organisasi

• Perubahan ini melibatkan keseluruhan sesebuah organisasi.

• Contohnya; - menstruktur semula sesebuah organisasi dan strategi yang


digunakan.
- pembentukan semula tugas, peranan dan tanggungjawab staf
mengikut kesesuaian dan kebolehan bagi mencapai objektif
organisasi.

3) Perubahan reaktif

• Perubahan ini berlaku hasil tindak balas secara langsung atau desakan daripada
pelanggan dan pihak berkepentingan.

• Contohnya; - kesedaran dan kepekaan pelanggan serta pihak berkepentingan


terhadap sesuatu isu yang timbul, menyebabkan sesebuah
organisasi melakukan perubahan.

4) Perubahan akibat daripada jangkaan

• Perubahan akibat daripada kesedaran pihak pengurusan yang memikirkan


tentang perlunya perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan.

• Perubahan tersebut penting bagi;


a. Menghadapi pesaing baru.
b. Sebagai persiapan menghadapi perubahan kehendak pelanggan.
c. Perlunya perubahan apabila muncul teknologi baru dalam sesebuah organisasi.

You might also like