You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2009

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KOTA

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KOTA,MELAKA. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk membuat lawatan sambil belajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota. Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga adalah sebahagian daripada subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidkan Jasmani. 2.0 LATAR BELAKANG Pembangunan Modal Insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Lawatan sambil belajar ini merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar PISMP semester lima ambilan Januari 2010. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dimana pelajar dikehendaki membuat lawatan sambil belajar ke sebuah sekolah yang menjalankan program pembangunan sukan dan belajar untuk cara-cara mengendalikan sesebuah organisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang

tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

3.0 OBJEKTIF LAWATAN i. Mempelajari struktur, pentadbiran sekolah sukan yang merangkumi Perlembagaan dan Pentadbiran organisasi, dan Pengurusan Kewangan. ii. Mendalami ilmu Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan yang merangkumi Kepimpinan, Sumber Kewangan, Membuat Keputusan, Penyelesaian berkaitan. iii. Memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang program-program pembangunan iv. v. Mengenalpasti sukan yang telah diadakan antaranya dan program dan Pembangunan Jurulatih dan Atlit. perkaitan antara undang-undang sukan pengaplikasian liabiliti dalam sukan. Melahirkan guru pelatih yang sentiasa peka tentang isu-isu dalam sukan seperti wanita dan sukan, politik dan sukan dan cabaran sukan kepada negara membangun. vi. vii. viii. Menanamkan semangat kesukanan dalam diri guru pelatih melalui lawatan ilmiah yang dijalankan. Menguji kebolehan guru pelatih mengelola pertandingan permainan tradisional Memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran Pengurusan dan Pentadbiran . Masalah, Penilaian, Pengurusan Stor dan perkara Pengendalian Mesyuarat,

4.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN 4.1 Program lawatan sambil belajar ini diadakan untuk memberi peluang kepada guru pelatih untuk menimba pengetahuan bersama komuniti sukan, membina dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan interaksi sesama guru pelatih dan juga masyarakat setempat serta dapat menimba ilmu dalam cara menguruskan sesebuah organisasi. Selain itu guru pelatih juga dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan luar dari teori ke aplikasi. Program lawatan sambil belajar ini akan diadakan mengikut butiran berikut : Tempat Tarikh Masa : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota ,Melaka : 23 Februari 2012-24 Februari 2012 :

Bilangan Peserta : 47 orang pelajar 4.2 Bilangan pensyarah pengiring yang terlibat ialah seperti berikut : 1. Dr. Azita bin Amrin Ketua Jabatan Kajian Sosial/Pensyarah 2. En. Mohammad Hamzah bin Sarimun Ketua Unit Pendidikan Jasmani/Pensyarah 4.3 Senarai Ahli Jawatankuasa Program Lawatan Sambil Belajar Rujuk lampiran 1 4.4 Pelaksanaan Aktiviti Rujuk lampiran 2

5.0 KAEDAH PEMEROLEHAN MAKLUMAT i. Pembahagian tugasan mengikut kumpulan Guru pelatih telah dibahagikan kepada 11 kumpulan. Tugasan dan kumpulan dinyatakan dalam lampiran 4. ii. Temubual Guru pelatih menjalankan sesi temubual berkenaan Pentadbiran dan pengurusan program pembangunan Sukan bersama guru penasihat . iii. Sesi Ceramah Pihak sekolah mengadakan sesi ceramah bersama guru pelatih.

.60 BELANJAWAN Rujuk lampiran 3 7.0 PENUTUP Aktiviti yang dirancang adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan guru yang berdisiplin, tabah menghadapi cabaran dan beriltizam dalam apa jua bidang. Diharap agar permohonan ini diluluskan dengan segera supaya aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan.

Disediakan oleh,

........................................ (Mohd Syamim Waqiyuddin Bin Ramli)

Setiausaha Lawatan PISMP Ambilan Jan 2010

Disemak oleh,

......................................... (Muhammad Zulhisham Bin Zakaria) Pengerusi Lawatan PISMP Ambilan Jan 2010

Disokong oleh,

....................................... (Dr. Azita Bin Amrin) Ketua Jabatan Kajian Sosial Institut Pendidikan Guru

Kampus Bahasa Antarabangsa

Diluluskan oleh,

........................................ (Dr. YM Raja Azizah Hanim binti Raja Abdul Aziz) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa

Lampiran 1 Senarai Ahli Jawatankuasa Lawatan Jawatankuasa Program Lawatan sambil belajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota,Melaka Penasihat Pengerusi : Dr. Azita Bin Amrin En Mohammad Hamzah Bin Sarimun : Muhammad Zulhisham Bin Zakaria

Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Ahli Jawatankuasa :-

: Jasmine Low Hui Jean : Mohd Syamim Waqiyuddin Bin Ramli : Nur Farhana Binti Omar 1. Perhubungan - Wan Saiful Azami Bin Wan Mustama 2. Cenderahati - Zuraidah Binti Che Azmi 3. Pengangkutan - Ismail Bin Ibrahim

Lampiran 2 Pelakasanaan Aktiviti Pelakasanaan aktiviti kami pada hari berikut adalah seperti tentatif program di bawah : Tarikh : Hari : 8.30 pagi 9.00 pagi 9.30 pagi 11.00 pagi 1.30 tengahari 2.00 petang 4.00 petang 4.00 petang 5.00 petang 6.30 petang Tarikh : Hari : 8.00 pagi 8.30 pagi 9.00 pagi 11.30 pagi 1.00 petang 2.00 petang 3.30 petang 5.00 petang : Bergerak ke SMK Seri Kota : Taklimat Permainan Tradisional : Pertandingan Permainan Tradisional : Majlis Penutup : Bergerak ke MSSN Melaka :Melawat kawasan MSSN Melaka :Taklimat berkenaan pengurusan sukan oleh pegawai MSSN :Bergerak pulang ke institut : Berkumpul di tempat letak bas dan mendengar taklimat. : Bertolak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota. : Tiba di sekolah menengah kebangsaan seri kota dan mendengar taklimat. : Melawat kawasan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota. : Makan Tengahari dan solat zohor : Taklimat daripada guru penasihat : Penyerahan saguhati : Pengurusan diri dan Solat Asar : Sukan rakyat : Pengurusan diri

Lampiran 3 Belanjawan Belanjawan untuk Program Lawatan sambil belajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Sarapan pagi dan makan tengahari akan disediakan oleh pihak sekolah. Beg cenderahati Air mineral : 10 beg : 4 kotak

Antara aspek-aspek yang perlu diberi perhatian sepanjang lawatan ini ialah : Pentadbiran Sekolah Pembangunan Sukan Perlembagaan organisasi badan sukan sekolah Pentadbiran organisasi sukan Pengendalian komuniti sekolah Belanjawan dan pengurusan kewangan

Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan Kepimpinan Mengenalpasti dan penggunaan sumber Pengurusan sumber manusia Bekerja dengan sukarelawan Sumber kewangan Perancangan Penyelesaian masalah Membuat keputusan Penilaian Komunikasi Teknologi dalam sukan Pengurusan kemudahan Pengurusan stor

Program pembangunan sukan Aspek perancangan, pengelolaan dan pentadbiran Pembangunan jurulatih Kenalpasti bakat Pembangunan atlit

Undang-undang dan pentadbiran sukan Kaitan undang-undan dan sukan Liabiliti perundangan dalam sukan

Isu-isu dalam sukan Wanita dan sukan Sukan dan media massa Politik dan sukan Insentif dan atlit Perjudian dan sukan Cabaran sukan negara membangun masa kini

Nilai dan etika dalam sukan Permainan bersih (fair play) Penyalahgunaan bahan dalam sukan Keganasan dalam sukan Gangguan dalam sukan

You might also like