INSTITUT PERGURUAN RAJANG BINTANGOR, SARAWAK

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006

TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK KAJIAN MASALAH DISIPLIN MURID DI SALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR DI DAERAH SARIKEI

OLEH LIONG LIAN TAI SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU ANDIN SARIKEI

Sarikei Abstrak Penyelidikan ini mengkaji tentang masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah luar bandar. bersamaan 23. pentadbir mahupun pengurus sekolah untuk merancang strategi / pendekatan dan mengambil tindakan susulan yang sesuai untuk menangani masalah ini. diharap hasrat zero-defect masalah disiplin murid khasnya di sekolah yang dikaji akan menjadi satu realiti. Rekod/penyata rasmi di sekolah adalah mengikuti kriteria-kriteria yang ditentukan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah. Hasil temuduga disokong oleh rekod/penyata rasmi salahlaku/masalah disiplin bagi tahun 2005 di sekolah yang dikaji. Kajian ini merupakan satu kajian kes berbentuk tinjauan deskriptif. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan kualitatif. di daerah Sarikei. Kesemua 25 orang murid yang terlibat dengan kes salahlaku adalah dari muridmurid Tahap 2. Seterusnya. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temubual separa struktur dengan guru dan murid-murid. Pada keseluruhannya.36% pernah melakukan perbuatan salahlaku sepanjang tahun 2005. Subjek kajian terdiri daripada 25 orang murid yang ada rekod salahlaku dari sekolah yang dikaji.09 – 11 OKTOBER 2006 MASALAH DISIPLIN MURID DI SALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR DI DAERAH SARIKEI oleh Liong Lian Tai SK Penghulu Andin. Hasil kajian menunjukkan berbagai jenis salahlaku berlaku di sekolah yang dikaji. . Moga-moga hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu para pendidik. Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Tindakan susulan diambil berdasarkan dapatan penyelidikan. 25 daripada enrolmen 107 orang murid (52 orang murid Tahap 1 dan 55 orang murid Tahap 2). iaiitu 45.5% daripada murid-murid Tahap 2.

suasana nilai dan interaksi dalam sekolah. Di antaranya ialah struktur dan organisasi sekolah. Moga-moga usaha ini menjurus ke arah perubahan sikap dan perlakuan murid kepada yang lebih positif . merosakkan harta benda sekolah (vandalism). ekonomi dan nilai budayanya kerana peluang-peluang bagi mendapatkan pelajaran adalah terbuka kepada semua murid.Pendahuluan Di sekolah. sistem hukuman dan penghargaan kepada murid. disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang tenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin dan lancar. Faktor luar sekolah ini adalah amat kompleks dan sukar diatasi serta di luar kawalan kita. dan sikap. keluarga. masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media. “ Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Hasil kajian mendapati masalah disiplin murid khasnya di sekolah yang dikaji dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius. mengancam guru-guru dan muridmurid dan pelbagai lagi. tugas kita seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kita kawal dan ubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah. kekekerapan. pengaruh rakan sebaya dan pelbagai lagi. 1981. KPM 1981 Kini. Oleh itu ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di luar sekolah”. Berikut ialah petikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(1988) mengenai perkara ini. seperti menyalahgunakan dadah. Ada banyak faktor yang menyebabkan mereka melakukan perbuatan-perbuatan tersebut dan faktor-faktor ini lazimnya dikelompokkan kepada faktor sekolah dan faktor luar sekolah seperti persekitaran. iaitu dari segi sosial. Oleh itu aspek disiplin murid di sekolah haruslah diberi perhatian berat pihak sekolah dan keluarga seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia. budaya sekolah yang lebih berorientasi akademik. Oleh yang demikian usaha sekolah untuk menangani masalah disiplin di sekolah tersebut hendaklah dianggap sebagai satu langkah ke arah pengukuhan disiplin sekolah. “ Hari ini sekolah-sekolah menampung murid-murid yang lebih tidak seragam. tanggapan serta harapan para Guru”. punca mengikut pandangan murid dan cadangan cara-cara mengatasi masalah disiplin khasnya di sekolah yang dikaji. memeras ugut. faktor sekolah juga dikatakan sebagai salah satu sebab yang mempengaruhi disiplin murid. merompak. dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat. Bermacammacam jenis salahlaku dilakukan oleh para murid. Oleh yang demikian. Selain daripada itu. (KPM 1988 pp25-26) Penyelidik telah mengumpul maklumat jenis salahlaku di sekolah.

Apakah punca berlakunya masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji mengikut pandangan pelajar? 3. Mengenalpasti strategi /cadangan untuk mengurangkan/mengatasi masalah disiplin murid Skop & Batasan kajian Kajian ini hanya mengambil kira rekod rasmi/penyata salahlaku pada tahun 2005 bagi pelajar-pelajar dari salah sebuah sekolah rendah luar bandar yang terpilih sahaja di daerah Sarikei. Apakah jenis masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah rendah luar bandar yang terpilih di Daerah Sarikei? 2. . Mengenalpasti jenis masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah rendah luar bandar yang terpilih di Daerah Sarikei. ianya tidak sesuai untuk membuat generalisasi kepada sekolahsekolah lain. Oleh itu. Dapatan dari kajian ini merupakan sampel sebenar responden-responden yang terhad sahaja. Soalan-Soalan Kajian 1.dalam usaha membendung serta mengurangkan masalah tersebut ke suatu tahap yang paling minimum. Apakah strategi/cadangan untuk mengurangkan/mengatasi masalah disiplin murid? Objektif kajian 1. 2. 3. Mengenalpasti punca berlakunya masalah disiplin murid mengikut pandangan murid.

2 When anyone criticizes him or his friends. (Utusan Malaysia. 1995(pp116) Masalah disiplin yang timbul mempunyai perkaitan yang rapat dengan cara didikan dan asuhan di rumah. 1970: 27) Selain itu. setiap ibu bapa adalah lebih penting daripada taraf sosioekonomi. murid-murid mempunyai banyak masalah. When he feels that a situation is unjust. C Miller 1971: 102) Di samping itu. Masalah-masalah ini timbul disebabkan oleh banyak faktor. 1987) Murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah. sikap ibu bapa yang membantah keras langkah kementerian mengetatkan disiplin murid.93. ” Train. with no choice. 1995 (pp 24) “If he has a feeling of being trapped. 23) . 1995(pp 60) “If a child is becoming frustrated because he cannot understand something. 10.Tinjauan Literatur Sebagai manusia. Rajaguru.11. he will react with increasing difficult behaviour. (W. Mohd Daud Saad & Ibrahim Saad. or that someone has been negligent or careless. sedikit sebanyak mendorong ke arah kemerosotan disiplin murid. Di antaranya ialah disebabkan oleh keperluan asasi dan psikologi serta harapan-harapan tertentu yang dipunyai oleh seseorang murid itu tidak dapat dipenuhi seperti yang dinyatakan oleh Train (1995) “There are three main reasons why a child reacts aggressively: 1 When he feels that his objectives are being thwarted.” Train. (Berita Harian. he will be restless & will start to misbehave. 3. (A. di mana mereka tidak mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa yang cukup. 1982: 260) Kecelaruan dalam keluarga & kurang perhatian ibu bapa adalah punca kuat yang mempengaruhi jiwa remaja. Kajian Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati kerenggangan hubungan kekeluargaan menjadi punca utama remaja terjebak ke kancah maksiat. menambah kepada masalah tatatertib di sekolah-sekolah. Sikap ibu bapa berupa penekanan dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi sahsiah dan aspirasinya(Stodgil. ” Train.

Instrumen Kajian Tiga jenis instrumen telah digunakan untuk melaksanakan kajian. 1.Kajian yang dibuat oleh Universiti Chicago (Czikszentmihalyi. tindakan pihak sekolah dan cara-cara menangani masalah tersebut. Mereka sepatutnya mengunjungi sekolah sekali-sekala supaya lebih memahami situasi anak mereka di sekolah. Rakan Sebaya memberi peluang kepada mereka untuk mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek-aspek gaya pakaian. Temubual separa struktur dengan Guru Besar. murid dan rekod rasmi/penyata salahlaku yang ada di sekolah. 1991). Rakan sebaya di alam persekolahn adalah kumpulan rujukan murid yang memberikan ‘sokongan moral’ dalam mencari identiti pembentukan imej. Guru Disiplin. 1987) mendapati purata masa yang dikongsi oleh remaja dan ibu bapa yang bekerja hanya 12 jam seminggu. Mahmood. (Lampiran 1) 2. Masalahnya timbul apabila pendedahan seperti ini biasanya melibatkan nilai-nilai buruk yang membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral mereka. Ibubapa juga tidak sepatutnya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak mereka kepada guru sepenuhnya. (Lampiran 2) 3. orientasi kepada muzik. pertuturan. 1990. ( Pomberi. tarian. Analisis berdasarkan rekod rasmi/penayta salahlaku/masalah disiplin /SSDM  Jenis salahlaku pelajar dan kekerapan  Perbandingan kekerapan salahlaku di antara murid lelaki dan perempuan  Jadual punca salahlaku  Jadual jenis tindakan disiplin/hukuman . Tugas mereka sekadar menyediakan keperluan kewangan dan persekolahan bagi tujuan membesarkan anak. iaitu temubual separa struktur dengan guru. Temubual separa struktur dengan pelajar yang ada rekod masalah disiplin di sekolah yang dikaji. Warden dan Penyelia Asrama mengenai masalah disiplin secara keseluruhan di sekolah tersebut. tayangan filem dan lain-lain. Ini mengakibatkan kekurangan masa bagi ibu bapa untuk mengasuh. mendidik dan membimbing anak mereka.

Ia menunjukkan jenis salahlaku. perbezaan kekerapan di antara murid lelaki dan perempuan. 60 orang murid yang tinggal di asrama dan 57 orang murid harian.Prosedur Melaksanakan Kajian Kajian kes berbentuk tinjauan deskriptif ini adalah berdasarkan data masalah disiplin di salah sebuah sekolah rendah luar bandar yang terpilih di daerah Sarikei. punca berlakunya masalah disiplin mengikut pandangan murid dan tindakan pihak sekolah untuk menangani masalah ini. . Analisis Data Analisis data mengenai soalan kajian adalah berdasarkan maklumat temubual separa struktur dengan murid dan pihak pengurus sekolah yang dikaji untuk mendapatkan maklumat/pandangan sumber lisan disokong dengan rekod/penyata rasmi salahlaku/masalah yang sedia ada di sekolah yang dikaji. Rekod Jenis Salahlaku. Penyelidik telah mengadakan temubual separa struktur kepada guru besar. Hasil temubual dianalisis secara kualitatif. berkelakuan kasar terhadap murid. gender dan bilangan murid yang terlibat dan jumlah kekerapan berlaku kes salahlaku. Murid sekolah ini terdiri daripada dua kumpulan. Semua murid sekolah ini berasal dari sekitar kawasan setempat dalam lingkungan 10 km dari sekolah yang dikaji. ponteng untuk ‘private study’dan dua kes lain-lain salahlaku. Sekolah ini berasarama dan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang asas. Perjalanan ke sekolah ialah melalui jalanraya bertar dan separuh jalan kampung. Maklumat yang diperolehi daripada temubual dan disokong dengan rekod rasmi masalah disiplin telah dianalisis secara kualitatif juga. Antara maklumat yang diperolehi ialah yang berkaitan dengan jenis masalah disiplin. berkuku panjang. warden dan guru disiplin sekolah tersebut. Penyelidik juga telah menemubual 15 dari 25 orang murid yang ada rekod masalah disiplin di sekolah. Gender dan Bilangan Murid Yang Terlibat dan Jumlah Kekerapan Kes Salahlaku Jadual 1 ialah salinan rekod rasmi kes salahlaku yang terdapat di sekolah yang dikaji. ponteng sekolah. Jenis salahlaku yang dicatatkan merangkumi kesalahan seperti mencuri. iaitu keluar dari kawasan sekolah pada waktu petang tanpa izin. kekerapan.

Daripada 55 orang murid tahap 2 di sekolah pada masa yang dikaji. 1988. bersamaan 45. SK ______ 2005 Petunjuk : *B – Bilangan murid yang terlibat dengan kes salahlaku * K – Kekerapan berlaku kes salahlaku 1 14 1 16 1 11 2 12 2 25 3 28 3 4 3 4 4 0 4 0 7 4 7 4 2 4 2 4 332 553 3 1 5 1 2 0 2 0 5 1 7 1 Jadual 1 menunjukkan 14 orang murid lelaki telah terlibat dengan 16 kes salahlaku manakala 11 orang murid perempuan telah terlibat denagan 12 kes salahlaku. bersamaan 23. seramai 25 orang murid telah terlibat dengan 28 kes salahlaku di sekolah yang dikaji sepanjang tahun 2005. Pada keseluruhanya. 25 daripada enrolmen 107 orang murid.36% muridmurid pernah melakukan perbuatan salahlaku sepanjang tahun 2005. 25 orang murid.Jadual 1: Jenis Salahlaku dan Kekerapan dalam Tahun 2005 Jenis Salahlaku Kekerapan / Bilangan murid yang terlibat L P *B *K *B *K 0 2 0 2 2 2 2 2 Jumlah murid yang terlibat Jumlah kekerapan berlaku kes salahlaku Kod Tingkahlaku Jenayah 112 121 Mencuri Mengancam/memukul/mencederakan murid lain Kekemasan Diri Berkuku panjang Berkelakuan kasar terhadap murid Ponteng 882 887 Ponteng Sekolah Ponteng untuk “private study” Tiada rekod kes L01 Tiada rekod kes Jumlah Sumber: Buku Rekod Salahlaku/Masalah disiplin Kementerian Pendidikan Malaysia. .5% daripada murid-murid Tahap 2 pernah melakukan perbuatan salahlaku. Pada keseluruhannya. Perbandingan Kekerapan Salahlaku antara Murid mengikut Gender Jadual 2 menunjukkan perbandingan kekerapan antara murid mengikut gender dan kelas.

Jadual 3: Punca Salahlaku Murid-murid Tahap 2. Tahun 2005 Bil. Tahun 2005 Jadual 3 menghuraikan 4 kategori punca salahlaku yang telah dikenalpasti mengikut pandangan murid-murid. keluarga. Punca Salahlaku Murid-Murid Tahap 2. Tahun 2005 Pembolehubah Gender Lelaki Perempuan Jumlah 27 25 52 29 26 55 0 0 0 14 11 25 0 0 0 16 12 28 Enrolmen Murid Tahap 1 Tahap 2 Bilangan kes Salahlaku Tahap 1 Tahap 2 Kekerapan Salahlaku Tahap 1 Tahap 2 Sumber: Buku Rekod Salahlaku/ Masalah disiplin Kementerian Pendidikan Malaysia. 2 kes dari faktor keluarga dan 2 kes dari faktor sekolah. murid-murid Tahap 2 sahaja yang terlibat dengan kes salahlaku. sekolah dan persekitaran merupakan faktor yang menyebabkan salahlaku di sekolah yang dikaji. 12 kes telah dikenalpasti adalah berpunca dari diri murid. Faktor diri murid. SK __________ 2005 Pada keseluruhannya. SK __________ 2005 . 1988.Jadual 2: Perbandingan kekerapan salahlaku mengikut gender. Seramai 14 orang lelaki telah terlibat dengan 16 kes salahlaku manakala 11 orang murid perempuan telah terlibat dengan 12 kes salahlaku. 1988. 9 kes dari faktor persekitaran. 1 2 3 4 Punca Salahlaku Diri Pelajar Keluarga Persekitaran Sekolah Jumlah Bilangan Kes Salahlaku L P 7 5 1 5 1 14 1 4 1 11 Jumlah 12 2 9 2 25 Sumber: Buku Rekod Salahlaku/ Masalah disiplin Kementerian Pendidikan Malaysia.

2 Penahanan 3. Perkara-perkara ini diklasifikasikan seperti berikut. Jenis Tindakan Disiplin / Hukuman yang Telah Diambil. Ini diikuti dengan faktor persekitaran. 1 2 3 Jenis Tindakan Disiplin L Pembuangan Penggantungan Hukuman-Hukuman Biasa 3. faktor keluarga dan faktor sekolah. Semoga matlamat sekolah berteraskan konsep “Sekolahku Syurgaku” dan “Sekolah Penyayang” menjadi kenyataan. Ahli jawatankuasa sekolah ini telah mengambil keputusan memberi nasihat/bimbingan kepada murid yang telah melakukan salahlaku dengan harapan murid berkenaan akan sedar dan hormat kepada rakan. guru dan sekolah.3 Denda 3.1 Hukuman dera/rotan 3. Kesemua 25 orang murid yang terlibat dengan kes salahlaku telah diberi bimbingan dan nasihat.4 Amaran 3. tindakan memberi nasihat lebih kerap diambil oleh AJK Disiplin sekolah untuk menangani masalah salahlaku di sekolah yang dikaji. faktor diri murid mencatatkan punca salahlaku yang paling kerap menyebabkan salahlaku di sekolah yang dikaji. Walaubagaimanapun.5 Nasihat 14 Jumlah 14 Sumber: Buku Rekod Salahlaku/ Masalah disiplin Kementerian Pendidikan Malaysia. Data daripada temuduga separa struktur dapat memberikan beberapa perkara yang boleh diambil kira dalam analisis. 1988. Tahun2005 Jadual 4 menunjukkan jenis tindakan disiplin / hukuman yang telah diambil untuk menangani salahlaku murid di sekolah yang dikaji. . SK __________ 2005 Bilangan Kes P 2 Dari asrama Catatan 9 11 Pada keseluruhannya. Analisis Kualitatif Data diperolehi daripada temubual separa struktur dengan guru dan murid juga boleh menyokong maklumat /rekod /penyata rasmi salahlaku murid yang ada di sekolah. 2 daripada 25 orang murid tersebut telah digantung dari asrama selama seminggu setelah AJK Disiplin menimbangkan seriusnya salahlaku tersebut. Jadual 4: Jenis tindakan disiplin/hukuman yang telah diambil. Tahun 2005 Bil.Pada keseluruhannya.

ponteng sekolah. Jumlah murid lelaki & perempuan yang terlibat dalam salahlaku adalah lebih kurang sama seperti yang dinyatakan oleh Guru B. tiada masalah disiplin murid yang serius pernah berlaku. Ini dapat diperkukuhkan dalam contohcontoh transkrip temubual separa struktur dengan guru-guru seperti berikut “Jumlah murid lelaki dan perempuan yang terlibat dalam salahlaku adalah lebih kurang sama. mengancam murid alin. berkelakuan kasar terhadap murid lain.” (Guru B) “Pada tahun 2005. Lelaki tidak terlibat dengan kes mencuri.” (Guru C) Punca Salahlaku Kajian yang dijalankan di sekolah yang dikaji telah berjaya mengenalpasti empat kategori punca salahlaku. 25 orang murid telah terlibat dengan 28 kes salahlaku di sekolah yang dikaji.” (Guru A) . berkuku panjang. Pada keseluruhannya.Bentuk/Jenis masalah disiplin murid Masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji merangkumi kesalahan seperti mencuri.” (Guru C) Bilangan murid terlibat dan kekerapan salahlaku Sepanjang tahun 2005. . Bentuk/jenis salahlaku murid lelaki dan perempuan adalah sama kecuali murid lelaki tidak terlibat dengan kes mencuri. berkelakuan kasar terhadap murid. Ini ditunjukkan dalam transkrip temubual separa struktur seperti contoh-contoh di bawah “Masalah disiplin pelajar sekolah ini adalah merangkumi kesalahan seperti mencuri.“Bentuk/jenis salahlaku murid lelaki dan perempuan adalah sama. seramai 25 orang murid lelaki & perempuan telah dicatatkan pernah terlibat dengan kes salahlaku di sekolah seperti yang dinyatakan oleh Guru C. berkuku panjang. ponteng ‘private study’ dan lain-lain (keluar dari kawasan sekolah tanpa izin). Punca salahlaku boleh dirumuskan seperti berikut. mengancam murid lain.” (Guru D) “Salahlaku murid perempuan keluar dari kawasan sekolah adalah lebih rumit berbanding dengan kesalahan murid lelaki keluar dari kawasan sekolah. ponteng sekolah. ponteng ‘private study’ dan keluar dari kawasan sekolah tanpa sebab.

dia marah. bersamaan 48% telah dikenalpasti melakukan salahlaku kerana kehendak diri sendiri. Gambaran yang lebih jelas bagi dapatan ini ditunjukkan dalam transkrip temubual dengan Murid R dan Murid U. Lebih baik saya ponteng sekolah.” (Murid V) Pada keseluruhannya. “Saya rasa bosan. Kalau saya tidak menurut. Abah dan emak menorah getah. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh Murid S. bersamaan 8% telah melakukan salahlaku kerana faktor sekolah. diikuti dengan faktor persekitaran. “Saya disuruh mengacau ( rakan sebaya ) oleh ( rakan sebaya ).” (Murid U) b) Faktor keluarga 2 daripada 25 orang murid. murid-murid yang ditemubual telah didorong melakukan perbuatan salahlaku atas alasan seperti masalah kewangan. “Saya ingin membeli ( jenis makanan ) seperti ( rakan sebaya). “Saya ponteng sekolah kerana emak suruh saya menjaga adik. Ini dapat ditunujukkan dalam transkrip temubual dengan murid V seperti berikut.” (Murid S) d) Faktor sekolah 2 daripada 25 orang murid. bersamaan 8% telah melakukan salahlaku kerana faktor keluarga. ( Muird R) “ Saya tidak yakin saya boleh lulus.” (Murid T) c) Faktor persekitaran 9 daripada 25 orang murid. Guru memberi terlalu banyak kerja rumah setiap hari. Saya tidak ada duit. faktor diri murid paling kerap menyebabkan murid melakukan perbuatan salahlaku. faktor keluarga dan faktor sekolah. bersamaan 36% telah melakukan salahlaku kerana faktor keluarga. Saya ambillah duit daripada beg ( nama mangsa). Pada keseluruhannya.a) Faktor diri murid 12 daripada 25 orang murid. Cara mengatasi masalah disiplin . tiada hiburan di sekolah. Saya takut. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh Murid T.

Ini juga ditunjukan dengan transkrip hasil temuduga seperti berikut: “Saya suka dengan (Guru). bermakna dan bernas kepada saya supaya tidak mencuri lagi. pihak pengurusan sekolah mengambil keputusan menangani masalah disiplin murid dengan pendakatan ‘tegas’. Dari itu. Pihak sekolah boleh menubuhkan Jawatankuasa Disiplin di kalangan guru-guru yang bertanggungjawab mengesan menangani dan menyelesaikan masalah/salahlaku murid. Dia telah memberi nasihat yang baik. budaya dan iklim sekolah ini. Keberkesanan Tindakan Pada tahun-tahun lepas. murid-murid bertambah ganas. Guru B dan Guru E seperti berikut.Pihak sekolah haruslah mempunyai sikap positif terhadap disiplin murid. Setelah lebih kurang 6 bulan dalam pemerhatian dan pelaksanaan.” (Guru B) Dalam usaha melaksanakan tugas hariannya. amaran dan merotan walaupun pada tapak tangan sahaja. bertimbang rasa dan bersimpati serta bijak dalam menghadapi masalah. Denda yang dikenakan haruslah setimpa dengan kesalahan murid. guru seharusnya mencari pendekatan yang sesuai supaya mencapai matlamat akhir iaitu membentuk disiplin yang baik dalam muridmurid itu sendiri. Untuk mencapai matlamat akhir ini. “Denda dan tindakan yang dikenakan haruslah setimpa dengan jenis dan beratnya sesuatu salahlaku murid. Langkah-langkah yang telah diambil oleh sekolah yang dikaji boleh ditunjukkan dalam transkrip temubual dengan Guru A.” (Murid W) . bersopan santun. Semua staf hendaklah bekerjasama dan konsisten dalam tindakan-tindakan disiplin ke atas murid. (Guru A) “Semua guru dan staf sokonan hendaklah sentiasa bekerjasama untuk memastikan disiplin murid di sekolah sentiasa terkawal. Disiplin diri sepatutnya datang dari kerelaan dan kesukaan hatinya sendiri dan bukan disebabkan oleh paksaan atau perasaan takut. Saya amat menghormatinya. berbudi bahasa. malah ada ibubapa yang masuk campur dalam soal salahlaku murid di sekolah. guru sendiri seharusnya mempunyai disiplin yang baik dan menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid dengan sentiasa bertatatertib. pendekatan memberi nasihat atau bimbingan kaunseling boleh dianggap lebih sesuai dengan masyarakat.” (Guru E) “ Kami mendapati pendekatan bimbingan & kaunseling atau nasihat adalah lebih sesuai dan berkesan bagi murid-murid sekolah ini. Ini dapat dibuktikan dengan bilangan kes salahlaku bagi bulan Januari hingga Jun 2006 yang kurang berbanding dengan Tahun 2005. memberi peringatan dan khidmat bimbingan.

guru-guru di sekolah yang dikaji menjadi lebih arif dan prihatin terhadap kebajikan dan disiplin murid-murid yang diajar. guru-guru mahupun pihak pengurus sekolah yang terlibat perlulah mengenalpasti/ memliti jenis maslah disiplin murid. Dia tidak lagi suruh saya menolongnya di kebun waktunsekolah. bersamaan 23. punca berlakunya masalah ini dan seterusnya mengenalpasti strategi/tindakan yang sesuai untuk mengurangkan/mengatasi masalah tersebut. Terima kasih.“Bapa saya sudah sedar. semua staf pihak sekolah haruslah bekerjasama dan konsisten dalam tindakan-tindakan disiplin ke atas murid agar hasrat zero-defect masalah disiplin murid khasnya di sekolah yang dikaji akan tercapai. Ini dijangka akan membantu menyelesaikan/mengurangkan masalah disiplin murid dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid.” (Muird X) “Terima kasih. tentu saya tidak bersekolah lagi. kalau Cikgu tidak menasihati ibubapa saya. cadangan berikut dikemukakan yang mungkin boleh dijadikan dasar rujukan dan tindakan susulan yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk menangani masalah disiplin murid di sekolah.” (Murid Y) “Maafkan saya Cikgu. penyelidik. Untuk mencapai objektif kajian. inovatif dan bijak membuat keputusan dan seterusnya mengikis faktor sekolah yang menyebabkan masalah disiplin murid.” Kesimpulan Kajian ini mengkaji tentang masalah disiplin di salah sebuah sekolah rendah luar Bandar di daerah Sarikei. Hasil kajian ini juga menunjukkan masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius. Semua guru hendaklah memainkan peranan penting dalam usaha memastikan disiplin murid di sekolah terkawal bagi mewujudkan persekitaran dan suasana yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan ke arah memenuhi matlamat Dasar pendidikan Negara kita. Cikgu. Melalui kajian ini.36% pernah terlibat dengan kes salahlaku sepanjang ahun 2005. Oleh kerana itu. Dia mahu saya belajar bersungguh-sungguh. saya akan belajar bersungguh-sungguh. Cikgu. Faktor sekolah yang menyebabkan (Muird Z) . iaitu seramai 25 orang daripada enrolmen 107 orang murid. Cadangan Daripada dapatan kajian ini. Guru haruslah kreatif.

konsisten. mengambil tindakan segera dan wajar ke atas mana-mana murid yang telah didapati melakukan salahlaku disiplin. biasiswa dan lain-lain bantuan. Murid-murid digalakkan untuk melapor kepada pihak berkuasa sekolah sekiranya mereka melakukan sebarang kerosakan ke atas harta benda sekolah (mungkin secara tidak sengaja) dengan jaminan bahawa tindakan/hukuman yang dikenakan boleh diringankan. menghasilkan murid cemerlang. Kursus keibubapaan di peringkat sekolah boleh diadakan untuk para ibubapa agar mereka lebih prihatin terhadap perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa melalui PIBG juga adalah bertanggungjawab dan berperanan dalam usaha mengawal disiplin anak-anak sama ada di rumah maupun di sekolah dengan sekurangkurangnya memberi sokongan penuh dalam sebarang tindakan wajar pihak sekolah dalam membanteras dan membendung masalah-masalah disiplin. RMT. . AJK disiplin mengesyorkan supaya status sosio ekonomi murid-murid perlu dipertimbangkan untuk permohonan bantuan kewangan KWAPM. Seterusnya. ini akan mengikiskan faktor keluarga yang menyebabkan masalah disiplin murid di sekolah. mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa. Ini juga boleh menggalakkan sikap jujur dan rasa bertanggungjawab di kalangan murid.masalah salahlaku akan dikikis. AJK bimbingan pula haruslah berperanan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah kewangan ini melalui kaunseling serta melapor kepada Guru Besar hasil dapatan-dapatan mereka mengenai murid tersebut bagi membantu Guru Besar dalam mengambil tindakan seterusnya. Sekolah mempunyai iklim yang sesuai untuk AJK disiplin sekolah haruslah aktif dan komited.

Rujukan Abdullah Sani Yahaya (2005) Mengurus Disiplin Pelajar. T. Shah Alam.2002 Berkaitan Pengurusan Disiplin Murid Sekolah Roy. Guernsey Ang. Murid Dan Proses pembelajaran Asas Pendidikan 2. (1995). S. (1993) Pengurusan dan Pemuliharaan Bangunan Sekolah: Bicara Pendidik ’93. Channel Island: The Guernsey Press Co. A. Ltd. Guernsey Alan. Channel Island: The Guernsey Press Co Ltd. The Bullying Problem. Kementerian Pendidikan Malaysia : Dewan Bahasa & Pustaka 1988 Pekeliling-Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia 1968 . (1993). Bhd. How To Deal With Difficult Children. Pelanduk Publications Ee. K. Bhd. T. M (1995). Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distibutors Sdn. H. London. Bentong Alan. Unit Disiplin Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 1994 Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru. A Whole – School Behaviour Policy : A Practical Guild. Understanding Children. Helping The Aggressive Child. Great Britain: Biddles Ltd. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Guildford and King’s Lynn . L (1996). Kementerian Pelajaran Malaysia: 1981 Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah. Panduan Am Disiplin Sekolah-Sekolah. Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak Chiam. (1995). T. How to Deal With Difficult Children.

Instrumen Temubual Dengan Guru Besar/Warden/Guru Disiplin Sekolah Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Soalan Berapa lamakah Cikgu _____ sudah bertugas di sekolah ini? Berapakah jumlah murid sekolah ini? Adakah semua pelajar tinggal di asrama? Adakah murid sekolah ini pernah melakukan kesalahan disiplin? Pelajar dalam darjah berapakah melakukan kesalahan disiplin? Apakah masalah utama disiplin pelajar di sekolah tuan? Berapakah kekerapan berlakunya masalah disiplin murid? Adakah kekerapan salahlaku di antara pelajar lelaki dan perempuan berbeza? Adakah bentuk salahlaku di antara pelajar lelaki dan perempuan berbeza? Adakah sekolah mempunyai rekod rasmi untuk setiap salahlaku pelajar di sekolah ini? Apakah punca berlakunya masalah disiplin murid? Bagaimanakah pihak sekolah menangani masalah ini? Sejauh manakah keberkesanan langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah ini? Adakah pihak atasan dimaklumkan tentang masalah Respon Catatan .Lampiran 1 Contoh A.

disiplin di sekolah tuan? 15 Apakah tindakan susulan pihak atasan untuk membantu pihak sekolah dalam perkara ini? Contoh Lampiran 2 B. A1 2 3 4 B1 2 3 4 C1 2 3 4 D1 2 3 4 Soalan Adakah anda menumpukan perhatian semasa guru mengajar dalam kelas? Mengapa? Bagaimanakah keputusan ujian bulanan anda bagi bulan lepas? Adakah murid yakin kepada diri sendiri? Siapakah yang mendorong anda melakukan perbuatan salahlaku? Adakah murid suka kepada ibu bapa? Adakah ibu bapa sayangkan murid? Adakah ibu bapa pentingkan pelajaran murid di sekolah? Adakah murid selalu dibawa oleh ibu bapa untuk menolong mereka bekerja? Berapa jauhkah rumah anda dari sekolah ini? Adakah anda suka kepada kawan-kawan di sekolah? Adakah anda mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya? Adakah anda mudah menyesuaikan diri dengan kawan-kawan? Adakah peraturan sekolah sesuai dan praktikal? Adakah kerja-kerja rumah yang disuruh oleh guru cukup dan mudah diselesaikan? Adakah guru mengambil berat terhadap masalah pelajar? Apakah hukuman yang dikenakan kepada pelajar Respon Catatan . Instrumen Temubual Dengan Murid Yang Ada Rekod Masalah Disiplin Bil.

yang melanggar peraturan sekolah yang anda tahu? .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful