P. 1
Tafsir Kisah Para Nabi Dari Al-quran

Tafsir Kisah Para Nabi Dari Al-quran

4.0

|Views: 1,123|Likes:
Published by Zul Aiman
pqe
pqe

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Zul Aiman on Jul 02, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/23/2014

pdf

text

original

SURAH AL-ANBIYA‟ AYAT 51-73

ISI PELAJARAN
Surah al-Anbiya` ayat 51-56 Surah al-Anbiya` ayat 66-73

 Sikap Nabi Ibrahim terhadap bapa dan kaumnya dalam menegakkan dakwah kebenaran

Surah al-Anbiya` ayat 57-65

 Nabi Ibrahim menghancurkan kemungkaran

 Nabi Ibrahim sanggup menghadapi risiko kematian kerana dakwah kebenaran

Kamilah yang sangat tahu dan mengaturnya. Kerana dia sedang Kami persediakan menjadi seorang Rasul. . dari masa remaja dia sudah dianugerahi Allah kecerdikan.Sebelum Ibrahim diangkat Allah menjadi utusanNya. Yakni kebolehan membezakan perbuatan yang benar dan salah.

Ibnu Katsir menulis dalam Tafsirnya : “Tentang cerita-cerita bahawa ayahnya menghantarkannya kepada sebuah gua di tengah padang sedang dia saat menyusu. sampai di luar dia melihat bintangbintang dan makhluk lain. Dan setelah beberapa lama dalam gua itu dia keluar. dia mendapat kecerdikan dari pemandangan-pemandangan itu dan beberapa cerita lain yang ditulis oleh beberapa penafsir .

.

batukah ini atau Tuhan? Kalau dia kamu katakan Tuhan. Ada tersebut bahawa ayahnya bernama Azar adalah seorang yang ahli membuat patung-patung berhala. atau tangan kamu sekalian yang membuatnya?” . diakah yang berkuasa menjadikan kamu sekalian. Satu pertanyaan yang benar-benar menentang : “Apa ini?‟ Kayukah ini. dan kaumnya adalah kaum penyembah berhala belaka.” (pangkal ayat 52). Maka kata Ibrahim kepada mereka : “Apakah patung-patung ini?”.“(Ingatlah) seketika dia berkata kepada ayahnya dan kaumnya.

diukir tanganmu sendiri. tidak memberi manfaat dan tidak memberi mudharat? Jangankan menolong kamu. petang dan pagi? Apa ini patung-patung yang hina. Memuja terus menerus siang dan malam.“Yang kamu sekalian terus menerus memujanya?” (hujung ayat 52). yang kamu sembahsembah? Kamu puja-puja? Patung yang tidak bernyawa. sedangkan bergerak dari tempatnya pun dia tidak kuasa kalau tidak kamu yang memindahkannya .

.

” (ayat 53).“Mereka menjawab : “Telah kami dapati bapakbapak kami menyembah kepadanya. Cuma mereka dapati bapak-bapak atau nenek moyang telah melakukannya juga sejak dahulu. Telah jadi pusaka turun menurun. Inilah suatu pengakuan yang amat lemah. . Sebab mereka sendiri pun tidak mengerti apa gunanya berhala-berhala dan patung-patung itu disembah.

.

Kesesatan itu nyata sekali. bukan berhala itu. Kamulah yang berkuasa atas berhala-hala itu. . bahawa perbuatan menyembah dan memuja berhala itu adalah jalan yang sesat semata-mata. bukanlah berhala itu yang berkuasa atas kamu. dengan tidak ada kemampuan berfikir. Kamulah yang berakal. turun-temurun. baik pada kamu atau pada nenekmoyang yang mempusakakannya kepada kamu.Dengan terus-terang Ibrahim menyedarkan akal murni mereka.

.

bukan mencela dan mengatakan sesat perbuatan itu. Anak dari salah seorang mereka yang ahli membuat berhala. Ibrahim adalah saudara mereka sendiri. Apatah lagi Ibrahim bukanlah orang lain. Yang diharap dari dia ialah turut mempertahankan. Kesesatan yang telah turun-temurun ini belum pernah ada selama ini orang yang menegurnya.Setelah mendengar celaan yang setegas itu dari Nabi Ibrahim. . mereka mengeluarkan pertanyaan demikian : Apakah kata-katamu itu sungguh-sungguh atau main-main? Dapatlah kita tinjau perasaan mereka di waktu itu. Sebab itu mereka tercengang-cengang.

.

. Sebab bukan dia menciptakan alam.Dengan jawapan Nabi Ibrahim seperti ini dengan sendirinya beliau telah menjelaskan teguran beliau itu adalah sungguh-sungguh. sebab itu DIAlah yang patut disembah. bukan main-main. Teranglah bahawa tidak ada gunanya berhala-berhala itu disembah. Dan Allah itu yang menciptakan kamu semua dan langit yang berlapis-lapis itu beserta bumi tempat kita hidup. Bumi ini Allah yang menciptakan. DIA yang menciptakan. Berhalaberhala kamu ambil dari bumi.

utusan Allah yang memikul tugas yang menunjukkan jalan yang benar bagi mereka.Dan untuk menyampaikan seruan yang sungguhsungguh ini. bukan seruan main-main selanjutnya Ibrahim berkata : “Dan aku adalah salah seorang dari orang yang naik saksi atas yang demikian.”(hujung ayat 56). Sebagai pemimpin dalam kaumnya. . Ibrahim telah menyatakan diri bahawa dia adalah salah seorang di antara orang yang naik saksi bahwa : “Tidak ada Tuhan melainkan Allah!”.

.

.

.

.

3. . Ibrahim masuk ke tempat pemujaan itu membawa alat untuk menghancurkan berhalaberhala itu. mungkin semacam kapak. Pada suatu ketika kaumnya penyembah berhala-berhala tidak berada bersama berhala. 2. Dicincangnya satu demi satu sehingga berkepingkeping. Hanya satu sahaja. iaitu berhala yang paling besar yang tidak diapaapakannya. kerana sedang urusan masing-masing atau sedang berada di rumah.1. 4.

iaitu yang paling besar tentulah sesudah keliling melihat yang hancur mereka akan kembali kepada yang tinggal satu itu. kalau semua berhala dicincang dan dikepingkeping dan satu sahaja yang tinggal. tetapi kapak yang digunakannya buat menghancurkan berhalaberhala yang kecil-kecil itu digantungkannya di leher berhala besar yang tidak dirosakkannya.5. . bahawa berhala yang besar itu tidak dirosakkan oleh Ibrahim. 6. Dalam riwayat yang disampaikan oleh as-Suddi dan Mujahid.

.

Masakan tuhan-tuhan yang dipuja. timbullah persoalan siapakah agaknya yang berbuat perbuatan keji ini Sangatlah murka mereka rupanya kepada orang yang mencincang itu. . sehingga telah dijelaskan bahawa pembuat kejahatan ini sangat zalim.Setelah mereka melihat berhala-berhala yang mereka pertuhan itu telah jadi binasa. dipuji dan disembah lalu dicincang dikeping-keping. tidak bertimbang rasa.

.

Dikatakannya bahawa menyembah berhala adalah suatu perbuatan yang bodoh. Kata orang nama anak muda itu ialah Ibrahim. Dan pernah juga anak muda itu mengatakan bahawa dia bermaksud hendak membuat tipu daya tentang berhala-berhala ini. kata orang namanya Ibrahim. Yang menjawab pertanyaan ini ialah orang-orang yang berada di tempat kejadian itu : “Kami mendengar seorang anak muda yang menyebut-nyebut mereka.” (ujung ayat 60).“Mereka menjawab:” (pangkal ayat 60). Orang itu seorang anak muda yang banyak menyebut-nyebut tentang berhala. mencela dan mencaci orang-orang yang memujanya. .

.

“Supaya mereka saksikan”.“Mereka berkata:” (pangkal ayat 61). Membawanya hendaklah disaksikan oleh orang ramai. (ujung ayat 61) .” Ertinya carilah pemuda itu sampai dapat dan bawa kemari. sangat menyinggung kepada perasaan ramai orang. Yang berkata di sini ialah pihak yang berkuasa dalam negeri. “Maka bawalah dia di hadapan mata orang banyak. iaitu Raja Namrudz dan orang besarbesarnya. Sebab kesalahan ini amat besar.

Yang menyembunyikan diri ke dalam gua ialah beberapa orang muda kerana keyakinan terhadap Allah yang berpegang kepada tauhid amat berlawan dengan kepercayaan kaumnya yang mempersukutukan yang lain dengan Allah. Tetapi berani mengerjakan pekerjaan yang sebegitu bahaya bagi seorang anak muda. . Dia masih anak muda. Kita melihat dalam al-Quran beberapa kali cerita tentang pekerjaan penting dikerjakan oleh orang muda.Dari ayat 60 dan 61 ini kita mendapat beberapa pelajaran:  Pertamanya keadaan Nabi Ibrahim waktu menghancurkan berhala itu.

Supaya pemeriksaan dilakukan dengan teliti dan jika patut dihukum. Pelajaran yang kita ambil dari ayat 61 ialah di zaman purbakala. raja memerintahkan agar dilakukan pemeriksaan di muka orang banyak. Dan Ibrahim pun tidak merasa gentar melakukan itu. Meskipun tuduhan telah telah berat kepada Ibrahim kerana ada orang-orang yang menyaksikan dia ada menyebut berhala itu. rasa keadilan dijaga. kerana percaya bahawa dia akan diperiksa dengan saksama. zaman raja-raja pemerintah belum dibatasi dengan berbagai undang-undang. ketika disuruh memanggil atau menangkap dia. . supaya hukum itu diketahui orang ramai.

Dan dalam ayat kita dapat pula mengambil kesimpulan bahawa pada zaman itu orang pun telah mula mempunyai hukum yang teratur. kerana menyembah berhala yang tidak dapat menangkis mudharatm dan tidak dapat menolong apa-apa. tidak segera menjatuhkan hukuman semena-mena sebelum mengadakan pemeriksaan dan penyelidikan Nabi Ibrahim dicari sampai dapat. bagaimana banyaknya kebodohan mereka dan sedikitnya akal mereka.Berkata Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini : “Memang inilah yang dikehendaki Ibrahim iaitu supaya mereka di hadapan pertemuan besar itu. lalu dihadapkan ke hadapan penguasa dan mulailah ditanya : .

.

hai Ibrahim?”(ayat 62). Berbuat begini.“mereka berkata: “apakah benar engkau yang berbuat begini terhadap tuhan-tuhan kami. sampai berkeping-keping hancur? Padahal semuanya adalah tuhan-tuhan dan dewadewa yang kami puja dan kami besarkan? .

.

Inilah jawaban yang telah dia sediakan sejak awal. Itu sebabnya maka yang paling besar tidak dia rosakkan dan kapak itu digantungnya pada leher berhala besar itu. Selanjutnya Ibrahim berkata: ”maka tanyalah kepada mereka itu . mengapa di samping dia mereka itu membuat lagi berhala-berhala kecil dan menyembah pula ke sana.“Dia menjawab: “Bahkan yang telah berbuat begini ialah yang terbesar di antara mereka ini.” (ujung ayat 63) . Dengan jawapan seperti ini Ibrahim hendak mengambil perhatian mereka bahawa berhala yang paling besar marah. jika mereka pandai bercakap-cakap.” (pangkal ayat 63).

mulalah dengan serta-merta tergerak fikiran mereka yang asli. . Mendengar ucapan Ibrahim yang demikian. kerana kebiasaan pusaka nenek moyang. baik yang telah hancur berkepingkeping atau berhala yang terlebih besar yang tidak turut dihancurkan oleh Ibrahim itu.Inilah suatu tantangan yang benar-benar membuat pihak kaumnya pasti terdesak. Jika mereka mengatakan bahawa berhala yang mereka sembah itu memang tuhan. tentu menurut akal yang sihat berhala itu pandai bercakap. yang belum kacau.

.

iaitu orang-orang yang berkuasa telah sampai kepada fikiran yang benar. bahawa itu tidak mungkin.” (pangkal ayat 64). Tegasnya bahawa mereka semua. bahawa tidak mungkin berhala-berhala dapat menjawab jika ditanyai siapa yang mencincang mereka. mulailah timbul fikiran dalam diri mereka masing-masing.” (ujung ayat 64). Ertinya. Jika ditanyai berhala-berhala itu sudah terang tidak ada satu juga yang akan menjawab. dan tidak mungkin pula berhala yang paling besar mengakui dialah yang menghancurkan kawan-kawannya yang kecil-kecil itu dengan kapak yang disandangnya. Inilah kelanjutan dari kata-kata mereka setelah mereka kembali kepada diri mereka masing-masing. .  “maka kembalilah mereka kepada diri mereka masingmasing. sebab semua hanya benda yang tidak bernyawa. Lalu mereka pun berkata: sesungguhnya kamulah orangorang yang zalim.

 Akhirnya pun sampailah mereka kepada keinsafan bahawa perbuatan mereka bertuhan kepada berhala itu adalah perbuatan orang yang zalim. masing-masing menyalahkan kawan. tidak diterangi oleh akal sihat. gelap dan bodoh. Mereka mengaku.  . Perbuatan orang yang berjalan do tempat gelap. namun nabi Ibrahim juga yang bersalah! Sebab yang berkuasa ialah mereka. “kamulah orang-orang yang zalim” Tetapi meskipun semua sudah mengerti bahawa perbuatan mereka menyembah berhala itu adalah perbuatan zalim.

.

 . kepala mereka dibuat tuhan jadi tunduk. Ertinya. Oleh sebab itu meskipun hendak memperlihatkan kuasa. Kemudian itu ditundukkanlah kepala mereka. tetapi mereka masih hendak menunjukkan bahawa mereka berkuasa. Qatadah menafsirkan bahawa kaum itu telah mulai faham kesalahan kepercayaan mereka.”(pangkal ayat 65). mereka kembali lagi kepada kebodohan dan keras kepala mereka sehingga tidak mereka sedari. namun muka dengan tidak disedari tertunduk juga. sebagaimana ditafsirkan oleh al-Qurthubi.

tidak dapat bergerak. Erti yang terkandung dalam ayat yang pendek ini dapat kita rasakan di mana saja tentang sikap suatu pemerintahan yang telah salah. Lalu mereka hendak menimpakan kesalahan kepada orang yang menegur kesalahan mereka. Berhala itu bisu. Ini pasti perbuatan manusia.  .” (ujung ayat 65) Dengan cara demikian. usahkan mencincang! Dan manusia yang mencincang itu ialah engkau sendiri Ibrahim. Tidak masuk akal berhala yang besar yang mencincang berhala-berhala kecil. mereka tetap memberatkan kesalahan kepada Ibrahim. Begitulah yang dilakukan penguasa-penguasa itu kepada Ibrahim dengan perkataan mereka: sesungguhnya engkau sendiri sudah tahu bahawa tidaklah berhala-berhala itu dapat bercakap-cakap. Ini bukan perbuatan berhala yang tidak dapat berbuat apaapa. tetapi tidak mahu mengaku salah.

.

.

Padahal yang selain Allah itu. Jawapan berupa pertanyaan: “Dia berkata: maka apakah kamu sembah selain Allah.” (pangkal ayat 66). dan berhala kecil mustahil dapat menjawab jika ditanya. sebab dia adalah benda mati. Di sinilah Ibrahim mengeluarkan jawapan yang telah lama disediakan. Kamu sendiri tidak percaya bahawa berhala besar mustahil dapat mencincang berhala kecil. kerana dia tidak dapat bergerak dari tempatnya. mengapa kamu sembah semuanya itu?  . apa jua pun adanya: adalah sesuatu yang sedikit pun tidak memberi manfaat bagi kamu dan tidak pula membahayakan kamu?” (ujung ayat 66).

.

„Dan bagi yang kamu sembah selain Allah itu. “Apa tidaklah kamu pergunakan akal?” (ujung ayat 67). Nista kerana kebodohan. Yang kamu sembah itu pun barang-barang nista sebagaimana nistanya perbuatan kamu terhadapnya. “Nistalah bagi kamu!” ertinya amat buruk. kerana buntu fikiranmu. kerana sempit akal. amat tercela kamu dengan perbuatan itu.” (pangkal ayat 67). Kiranya kamu memakai akal untuk memikirkan seelok-eloknya dengan jujur dan dada terbuka. nescaya kamu akan sampai kepada kebenarannya.  . Yakni mengapa kamu tidak menggunakan akal untuk memikirkan perkara ini.

.

” (pangkal ayat 68). Itulah keputusan yang diambil oleh penguasa itu. iaitu untuk membela tuhan-tuhan itu. takut fikiran orang itu akan menjalar pula kepada orang lain. Alasan pembakaran sudah terang. “Mereka berkata: “Iaitu pihak kaumnya yang berkuasa dalam negeri itu. Tuhan mereka teraniaya. iaitu keluarlah perintah agar Ibrahim dihukum kerana salahnya mencincang berhala itu. dengan segera membakar orang yang mencincangnya. “Bakarlah dia.  . dan belalah tuhantuhan kamu. dia tidak dapat mempertahankan diri sebab itu maka para pemujalah yang wajib segera membela. Kalau tidak diadakan pembelaan.

Begitulah yang semestinya: “Jika kamu adalah hendak berbuat.” (ujung ayat 68). Ertinya jikalau kamu masih tetap hendak mempertahankan adat lama pusaka nenek moyang memuja dan menyembah berhala-berhala, Ibrahim ini mesti segera disingkirkan dari dunia, dibakar. Ibrahim sendiri sejak semula tentu sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan. Apabila kita perbandingkan tindakan Ibrahim mencincang berhala, nyatalah bahawa beliau telah melakukan perbuatan yang benar. Dan bahawa pemerintah yang berkuasa, akan menghukumnya dengan hukuman yang paling berat, menurut peraturan atau undang-undang yang berlaku di negeri itu ketika itu, itu pun sudah wajar.

Kerana pengalaman-pengalaman di dunia di segala zaman kerapkali menunjukkan bahawa yang benar menurut jiwa ajaran agama yang sejati belum tentu disetujui oleh penguasa duniawi. Maka Nabi Ibrahim, demi keyakinan yang dianutinya, bersedia menjadi korban kerana melaksanakan sepanjang keyakinannya. Kalau tidak ada semangat sebagai semangat Nabi Ibrahim itu, tidaklah ada perubahan kepada yang lebih baik di dunia ini. Itu sebabnya maka orang yang berjihad pada jalan Allah, lalu tewas kerana keyakinannya diberi kehormatan tertinggi dengan diberi kemuliaan syahid.

Ibrahim telah bersedia menerima hukuman.
Menurut riwayat Ibnu Ishaq, digali dengan perintah Raja Namrudz itu sebuah lubang dan ditimbunkan kayu api berpikul-pikul ke dalamnya. Lalu Ibrahim diikat dan diletakkan pada sebuah manjaniq (pelanting besar). Tersebut dalam riwayat al-Hafizh Abu Ya‟la yang diterimanya dengan sanadnya dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. berkata, setelah Ibrahim akan dilemparkan ke dalam api yang telah berkobar-kobar itu, dia bermunajat kepada Allah:

“Ya Tuhan! Sesungguhnya Engkau Maha Esa di langit dan aku pun esa pula yang menyembah Engkau di bumi.” Dan menurut riwayat lain, munajat beliau ketika akan dimasukkan ke dalam pembakaran itu ialah: “Tidak ada Tuhan melainkan Engkau! Maha Suci Engkau. Untuk Engkau segala puji-pujian dan bagi Engkau segala kekuasaan, tidak ada sekutu bagi Engkau.”
Dan riwayat lain pula: “Engkau sendiri dan aku pun sendiri di bumi. Tidak seorang pun menyembah Engkau selain aku. Penjaminku ialah Allah dan Dialah semulia-mulia tempat menyerah.”

” Ibrahim menjawab: “Bagiku cukuplah pengetahuan Tuhan tentang keadaanku ini daripada memohonkan apa-apa kepadaNya.a.” . Nabi s.w. Diriwayatkan oleh Ubbayyu bin Ka‟ab. bahawa seketika dia akan dilantingkan dengan manjaniq (pelanting besar) itu tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril bertanya: “Apakah engkau ada sesuatu keinginan?” Ibrahim menjawab: “Adapun kepada engkau tidak ada. menceritakan.” Lalu berkata Jibril: “Mohonlah kepada Tuhanmu.

.

Berkata Abi „Aliyah: “Kalau bukanlah Tuhan menitahkan “dingin dan sejahtera” nescaya dinginnya akan lebih bahaya daripada panasnya. Dinginya bukan dingin yang membahayakan. walaupun masih tetap menyala.” (ayat 69). melainkan dingin yang membawa sejahtera. Atas kehendak Tuhan. Maka datanglah ketentuan Tuhan: “Kami katakan: Hai api! Jadilah kau dingin dan sejahtera atas Ibrahim. setelah Ibrahim dilemparkan ke dalamnya. api itu menjadi dingin. Dan kalau Tuhan tidak bersabda “atas Ibrahim”. nescayalah api itu akan dingin buat selamanya.”   .

kedinginan. kerana menyangka bahawa dia akan dituju. Tafsir dari Ali bin Abu Thalib dan Ibnu Abbas: “Kalau bukanlah Tuhan menitahkan dingin dan sejahtera nescaya matilah Ibrahim.” Ka‟ab dan Qatadah berkata : Tidak ada yang terbakar dari tubuh Ibrahim ketika itu kecuali tali-tali pengikatnya. Dan kalau Tuhan tidak mengatakan atas Ibrahim nescaya dinginlah segala api yang ada ketika itu.  .

 .” Menurut riwayat dari Syu‟aib an-Nimani usia Ibrahim ketika dimasukkan ke dalam api itu baru 16 tahun. Setelah bebas pernah Ibrahim berkata: “Dalam pengalamanku tidak ada hari-hariku yang penuh nikmat melebihi apa yang aku rasai selama di dalam api itu. Menurut Ibnu Jurajj. Raja Namrudz dan orang besarbesarnya menonton dengan penuh kehairanan. jelas kelihatan Ibrahim sembahyang menyembah mensyukuri Allah. Ibrahim dilemparkan ke dalam api itu di dalam usia 25 tahun. Maka akhirnya raja memerintahkan menghentikan pembakaran itu dan membebaskan Ibrahim. Seketika api telah mulai padam kerana kayu-kayu apinya telah habis jadi bara dan abu. Menurut riwayat.

1) 2) 3) . Allah menciptakan sesuatu yang menghalang di antara dirinya dengan api. sehingga api tidak dapat sampai kepadanya. Berkata Imam Fahruddin ar-Razi di dalam Tafsirnya: “Terjadi api dingin adalah tiga pendapat ahli-ahli tafsir: Tuhan menghilangkan panasnya dan membakarnya yang tinggal nyala dan cahayanya. Atau seperti cicak salamandar yang sanggup hidup di darat dan di laut dan tahan kena api. Tuhan Maha Kuasa berbuat sekehendaknya. atau sebagai susunan tubuh burung unta. sebagai yang dijadikan Tuhan pada malaikat-malaikat penjaga neraka. tidak rosak lidahnya menelan besi panas. Tuhan jadikan pad tubuh Ibrahim penangkal panas.

.

“Tetapi Kami jadikanlah mereka itu yang sangat rugi. Dengan demikian maka wibawa pemerintah pun habis pula.” (ujung ayat 70). . Mereka menghendaki melakukan tipu daya kepada Ibrahim. iaitu dengan kekuatan titah raja demi menjaga “ketenteraman umum” Ibrahim disalahkan merosak adat kebiasaan yang telah berlaku turun-temurun. Rakyat mulai mengerti bahawa apa yang diagung-agungkan selama ini palsu belaka adanya. sehingga kebenaran perjuangannya tidak ditanggapi sama sekali. “Dan mereka menghendaki tipu daya kepadanya. kerana gagalnya usaha membakar Ibrahim dengan disaksikan orang banyak. Kerugian yang sangat bagi mereka.” (pangkal ayat 70). Kejadian yang sangat luar biasa ini menyebabkan tuah kebesaran berhala telah habis.

.

“dan Luth. “Untuk seluruh alam”. “Dan kami selamatkan dia. bumi yang diberi berkat oleh Tuhan itu ialah tanah Syam. Beliau keduanya sama-sama diselamatkan Tuhan: “Ke bumi yang telah kami beri berkat padanya.” (pangkal ayat 71). (ujung ayat 71) .” menurut tafsir yang terbanyak.” kerana Luth itu adalah putera dari saudara beliau. Sebab itu Nabi Ibrahim adalah Paman („ammi) dari Nabi Luth. dia pun diselamatkan oleh Tuhan. Iaitu setelah gagal percubaan membunuh Ibrahim dengan jalan membakarnya itu. dengan jalan mengeluarkannya dari negerinya itu.

Libanon yang berpusat di Beirut. Sampai kepada masa kekuasaan Turki Osmani semuanya itu masih bernama wilayah Syam. Kebanyakan ahli tafsir menyebut negeri Syam. yang diperintah oleh seorang wali Negeri (Gubernur) . Pada zaman sekarang daerah Syam menjadi negara-negara Suriah yang berpusat di Damaskus. Oleh kerana tidak tersebut di dalam ayat daerah mana yang dimaksudkan Tuhan dengan bumi yang berkat itu. Jordania yang berpusat di Omman dan seluruh Palestina.  . iaitu yang disebut juga Mesopotamia. maka ada yang menyatakan yang dimaksudkan ialah tanah Iraq yang diberkati oleh mengalirnya dua sungai besar Furat dan Dajlah (Tigris). Ada pula yang menyatakan tanah Mesir yang diberkati dengan mengalirnya sungai Nil.

.

” . “Dan kami kurniakan untuknya Ishak dan Ya‟kub sebagai tambahan. malaikat datang memberi khabar gembira kepada Ibrahim bahawa permohonannya ingin dapat putera soleh lagi. sekarang permohonannya itu dikabulkan: “Dan kami kurniakan untuknya Ishak.Shaffat. (Surat 37 ash. ayat 100).  Keterangan: sebagaimana tersebut di dalam Surat 11 Hud dari ayat 69 sampai 73.” (pangkal ayat 72).

sebab merasa lucu. Tetapi jarak di antara kelahiran kedua anaknya itu amat jauh. Kata riwayat sekitar 12 tahun. Ibrahim masih mengharap diberi anak lakilaki lagi. sehingga isteri yang tua itu. Lama sebelum kelahiran Ishak. Hajar. Maka dipohonnyalah Ishak ini. Agar keturunannya jangan punah. Di surat Hud ayat 69 sampai 73 itu diterangkan bahawa malaikat datang membawa berita gembira itu. kerana selama ini dia sendiri mandul dan sekarang suaminya telah tua pula baru sekarang dia akan beranak! Ajaib! Di ayat 73 malaikat menegur Sarah: “apakah engkau merasa hairan dengan kehendak Allah?” . Tuhan telah memberinya anak sulung yang bernama Ismail dari isterinya yang muda. Sarah yang belum pernah beranak tersebut tertawa mendengar berita itu. Tetapi sebagai bangsa-bangsa yang menyandarkan kekuatan dan kemegahan kepada keturunan.

Moga-moga anak-anak inilah yang akan menyambung turunan kemudian hari. iaitu Ishak. Semasa Ibrahim yang panjang umurnya itu Ishak telah dapat beliau kahwinkan. Tetapi ada lagi suatu yang terasa dalam lubuk jiwa Ibrahim. Itulah Ya‟kub! Di sinilah dapat difahamkan maksud ayat: Dan semua mereka itu Kami jadikan orangorang yang shalih. Dan belum lama Ishak kahwin dia pun dikurniakan Tuhan seorang putera laki-laki pula. Maka anak itu pun lahirlah. Anak laki-laki berdua sudah ada.” (ujung ayat 72) . Ismail dan Ishak.

dapatlah kita tilik keinginan Nabi Ibrahim sebagai seorang kekasih Allah yang amat halus perasaannya. iaitu Tuhan telah menyampaikan kehendakNya kepadanya bahawa dia telah diangkat menjadi imam dari seluruh manusia. Untuk mengetahui latar belakang ayat-ayat ini. Pengharapan demikian adalah wajar bagi seorang manusia yang mengharap keturunan. supaya ada pula dari kalangan anak cucu keturunan beliau yang dikurniai pula jabatan tertinggi itu.  . Di dalam surat al-Baqarah ayat 124 ada dilukiskan pengharapan yang sangat besar dari Nabi Ibrahim.

 Tuhan tidaklah menolak semata-mata permohonan Ibrahim. maka Tuhan tidaklah memasukkan orang semacam itu di dalam janjiNya.”  . jika Tuhan berjanji mengabulkan permohonan Ibrahim. Oleh sebab itu maka dapatlah kita fahamkan apa maksud doa Ibrahim di Surat 27 ash-Shaffat. kurnikanlah kiranya engkau kepadaku keturunan-keturunan dari orang-orang shalih. Tuhan Cuma memberi ingat. yang tidak menurut jalan yang benar. yang menurut langkah nenek moyang jua. Adapun kalau ada keturunan Ibrahim yang zalim. yang aniaya. yang masuk dalam janji itu hanyalah anak-anak keturunan Ibrahim yang taat setia kepada tuhan jua. ayat 100: “Ya Tuhanku.

Kemudian di ayat 113 dan 37 itu juga diterangkan kegembiraan keduanya dengan lahirnya Ishak. Dalam kata-kata orang sekarang ialah anugerah yang tidak disangka-sangka. mengejut. Itulah Ismail. Di ayat 101 disebutkan bahawa dia dikurniai putera yang sangat sabar. Permohonan ini diucapkan setelah dia diselamatkan Tuhan dari negerinya tempat dia nyaris dibakar itu. Maka ayat 72 Surat al-Anbiya‟ yang tengah kita tafsirkan ini dijelaskan lagi bahawa Allah memberikan anugerah tambahan baginya. Dan permohonannya itu segera dikabulkan Tuhan. . sebab sangat menggembirakan.

Dalam surat 11 Hud ayat 71 tersebut ayat yang sejalan dengan ini: “Maka Kami beri berita gembira isteri Ibrahim itu dengan Ishak. sebagai penggembira nenek tua.    . Inilah tambahan yang menggembirakan. semuanya itu adalah orang soleh. dan Ya‟kub anak Ishak sebagi kurnia yang tidak disangka-sangka. Iaitu: nenek dapat cucu! Si nenek yang telah tua masih dapat melihat cucu yang akan menyambung tugasnya. Ya‟kub pula” Tegasnya: Ismail anak pertama. Ishak anak kedua. dan di belakang Ishak itu nanti.

ayat 45. Ishak Ya‟kub. sampai kepada puteranya Yusuf. dijelaskan bahawa Ishak itu orang soleh Maka sesuai dengan janji Allah bahawa keturunan-keturunan Ibrahim yang soleh akan mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah. Ismail. Di ayat 85 dan 86 kelak tersebut nama Ismail bersama Idris dan Zulkifli. Dijelaskan bahawa semuanya orang soleh. 46. 47 dan 48 di jelaskan bahawa semua adalah orang-orang terpilih dan orang-orang baik-baik dan semua nama-nama orang mulia itu. semua menjadi Nabi dan Rasul. Shaad. Di ayat 112 dari Surat 37 ash-Shaffat. yang di dalam surat 38. .

.

tidak dicampuri dengan kepentingan peribadi. “Dan Kami jadikan mereka imam-imam yang memimpin dengan perintah Kami.  . Allah jadikan mereka imam-imam.” (pangkal ayat 73). untuk diikuti oleh orang banyak. diteladan. Permohonan Ibrahim dikabulkan kerana anak cucunya itu tidak ada yang zalim. Mereka memimpin ummah sesuai dengan yang diperintah Allah. dicontohi oleh ummat yang mempercayai pimpinan mereka. sebagai tersebut di Surat al-Baqarah ayat 124 itu. “Dan kami wahyukan kepada mereka itu perbuatanperbuatan yang baik. Sesuai dengan keinginan Ibrahim sendiri ketika dia mula diangkat menjadi imam.” yang akan ditiru.

” (ujung ayat 73) .‟ untuk memperkuatkan perhubungan dengan Allah dan mempertebalkan iman.” di samping bersembahyang menyembah Allah . kalau di samping menanam kepercayaan kepada adanya Allah Yang Maha Kuasa tidak disertai dengan upacara sembahyang menyembah Allah. „Dan mengeluarkan zakat. „Dan mendirikan sembahyang. Itu sebabnya maka selalu sejalan di antara solat dan zakat. atau bukanlah agama. “Dan adalah mereka itu orang-orang yang mengabdi kepada Kami. Nabi-nabi pun memimpin manusia agar membersihkan (zakat) hatinya daripada penyakit bakhil dan mengisinya dengan perhiasan dermawan kepada sesama manusia. Menjadi percumalah suatu agama. di antara mengabdikan diri kepada Allah dengan berkhidmat dalam masyarakat.

. bertanggungjawab dan berani menderita berbagai halangan atau akibat kebencian dari kaum mereka. Mereka itu di sini ialah Nabi-nabi tadi. Sebab tiap-tiap apa-apa saja yang mereka anjurkan. Lantaran itu mereka capailah apa yang menjadi cita-cita hidup dari tiap-tiap orang yang percaya kepada Tuhan iaitu diakui Allah sebagai hambaNya. berjalan di muka sekali. melainkan mengimami. Dikatakan: Orang-orang yang mengabdikan kepada Kami. bukanlah mereka hanya sematamata memerintahkan. baik amal soleh di dalam hidup atau ibadah kepada Allah.

Singapura: PustakaNasional PTE LTD (Jilid 7) .Dr. Tafsir Al-Azhar.Prof. HAMKA . (1990).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->