You are on page 1of 15

ASPEK KEMASYARAKATAN faedah- faedah menyambut hari kemerdekaan.

(pelangi PMR Km2-6) Hari kemerdekaan negara merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh rakyat. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan dan kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya. Sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Hal ini demikian kerana, seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penyertaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung . Bak kata orang tak kenal maka tak cinta. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, perpaduan kaum dapat juga dipupuk . Pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu semasa sambutan diadakan. kepentingan sambutan ulang tahun tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum. 1.Berikan maksud rangkai kata menghayati kebaikannya. 2. Bagaimanakah sambutan hari kemerdekaan dapat memupuk semangat cinta akan negara? [4 markah]

3.Pada pendapat anda. apakah aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid?

www.cikguphong.blogspot.com 017 483 1883 Dimensi Kemasyarakatan 2013

Bahagian A(i) - Ringkasan Isi-isi: Dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Dapat memupuk perpaduan kaum. Bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila. Bahagian A (ii) - Pemahaman Maksud menghayati kebaikannya ialah merasai/ mengalami faedahnya Sambutan hari kemerdekaan dapat memupuk semangat cinta akan negara melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan melalui menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung Bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara Dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan Aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid aktiviti sukan - penglibatan pelbagai kaum dalam satu pasukan permainan aktiviti persatuan beruniform - penglibatan pelbagai kaum dalam persatuan - Tidak mengasingkan persatuan beruniform mengikut kaum aktiviti gotong-royong - penglibatan pelbagai kaum dalam satu kumpulan aktiviti dalam kelas - penglibatan pelbagai kaum dalam kumpulan perbincangan

www.cikguphong.blogspot.com 017 483 1883 Dimensi Kemasyarakatan 2013

faktor-faktor yang menyebabkan semangat kejiranan luntur . (C1-2) Pada alaf teknologi yang serba moden ini, amalan gotong-royong mahupun ziarah-menziarahi kurang diberi perhatian dalam kalangan masyarakat. Hal ini secara tidak langsung telah melunturkan semangat kejiranan, khususnya dalam kalangan masyarakat di kawasan bandar. Semangat kejiranan tidak dititikberatkan disebabkan wujudnya perbezaan kaum yang tinggal di sesuatu tempat. Masyarakat yang berbilang kaum mempunyai adat dan budaya yang tersendiri . Amalan dan cara hidup yang berbeza telah mempengaruhi amalan kejiranan dan seterusnya menyebabkan semangat kejiranan luntur. Selain itu, kediaman yang dibina menjadi penghalang untuk mereka bertegur sapa . Demi menjaga keselamatan rumah, ada yang sanggup memasang tembok yang tinggi hingga jiran tidak boleh bertentangan mata. Sikap masyarakat kota yang mementingkan diri sendiri, ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing telah memburukkan keadaan lagi. Tuntutan hidup yang begitu mementingkan budaya materialistik menyebabkan masyarakat hari ini begitu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bersosial . Umumnya , penduduk kota keluar bekerja pada awal pagi dan pulang hingga lewat petang. Maka, faktor masa menjadi penghalang kepada mereka untuk bermesra dengan jiran tetangga . Tambahan pula, masalah bahasa menjadi penghalang proses hubungan komunikasi yang baik antara jiran. Justeru, perbezaan bahasa menghalang pembinaan hubungan mesra antara jiran yang berlainan agama dan bangsa. Terdapat sesetengah daripada mereka yang mempunyai syak wasangka terhadap jiran tetangga dan bersikap ingin bersaing dengan jiran menyebabkan semangat kejiranan terbantut . Perbezaan status dan corak kehidupan seseorang juga akan mempengaruhi semangat kejiranan. Sesetengah golongan hanya mahu bergaul dengan golongan yang setaraf dengan mereka sahaja. Hal ini telah mewujudkan jurang kehidupan dalam masyarakat. Oleh itu, kita perlulah memupuk kembali semangat kerajinan supaya tidak luntur kerana semangat kejiranan sangat penting bagi mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana jiran merupakan orang yang paling hampir untuk menghulurkan bantuan jika kita menghadapi sesuatu kecemasan . Jiran juga dapat menjenguk kediaman semasa kita pergi bercuti atau pulang ke kampung. Di samping itu, semangat kejiranan dapat meningkatkan perpaduan kaum serta menjamin keselamatan negara. Rakyat yang saling menghormati dan mempercayai akan menjadikan kehidupan mereka lebih harmoni. Oleh yang demikian, kita seharusnya berganding bahu dan berbaik-baik sesama jiran tetangga, bak kata pepatah jiran sepakat membawa berkat . 1 Maksud bertentangan mata ialah _________________________________________________ 2 Semangat kejiranan sangat penting dalam masyarakat kerana jiran

3 Antara langkah untuk memupuk semangat kejiranan adalah melalui

www.cikguphong.blogspot.com 017 483 1883 Dimensi Kemasyarakatan 2013

faktor-faktor yang menyebabkan semangat kejiranan luntur termasuklah wujudnya perbezaan kaum yang tinggal di sesuatu kawasan dan mengamalkan cara hidup yang berbeza. Selain itu, sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri serta sibuk dengan kerja menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk bersosial. Masalah bahasa turut menjadi penghalang proses komunikasi yang baik antara jiran. Di samping itu, terdapat jiran yang sentiasa syak wasangka serta mempunyai sikap ingin bersaing antara jiran menyebabkan semangat kejiranan terbantut.[80 patah perkataan] 1 Maksud bertentangan mata ialah bersemuka/ berjumpa/ bersua muka/ berhadapan. 2 Semangat kejiranan sangat penting dalam masyarakat kerana jiran akan menghulurkan bantuan jika kita menghadapi sesuatu kecemasan dan dapat menjenguk kediaman semasa kita pergi bercuti atau pulang ke kampung. Selain itu, semangat kejiranan dapat meningkatkan perpaduan kaum serta menjamin keselamatan negara. Oleh itu, kehidupan rakyat lebih harmoni. 3 Antara langkah untuk memupuk semangat kejiranan adalah melalui amalan kunjung-mengunjungi semasa rumah terbuka. Selain itu, semangat kejiranan juga dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, hari keluarga, serta kempen dan ceramah oleh pihak berkenaan. Di samping itu, masyarakat juga hendaklah saling bertegur sapa dan bertanya khabar antara satu dengan yang lain.

www.cikguphong.blogspot.com 017 483 1883 Dimensi Kemasyarakatan 2013

tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). (C1-2) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mula dilaksanakan pada 16 Februari 2004 telah melatih puluhan ribu remaja Malaysia dalam usaha membentuk remaja yang berkualiti. Empat modul utama menjadi tunjang kekuatan PLKN. Modul tersebut ialah modul fizikal kenegaraan pembinaan perwatakan dan khidmat komuniti. Meskipun masih terdengar suara-suara yang meragui keberkesanan PLKN, namun kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa tanggapan tersebut tidak berasas. Hasil kajian yang dibuat oleh Jabatan Latthan Khidmat Negara (JLKN) mendapati bahawa 82 peratus remaja memiliki semangat patriotisme yang tinggi dan 88. 3 peratus pula mampu membina jati diri dan daya kepimpinan remaja. Hal tersebut jelas membuktikan bahawa PLKN mampu membentuk remaja yang memiliki semangat patriotisme yang tinggi sekali gus melahirkan generasi muda yang cinta akan negara. Dalam memupuk semangat patriotisme para peserta telah didedahkan dengan modul kenegaraan.Pendedahan ini membolehkan mereka mengetahui hal kenegaraan yang merangkumi kerajaan rakyat kedaulatan, serta cabaran dari dalam dan luar negera. Modul kenegaraan amat penting memandangkan banyak remaja kini yang tidak mengetahui hal kenegaraan selain sejarah kemerdekaan tanah air. Modul khidmat komuniti pula membuktikan bahawa mereka mampu bekerja secara sukarela. Justeru, nilai-nilai murni seperti saling bekerjasama, saling menghormati dan sikap toleransi antara kaum dapat dipupuk. Walau apapun tanggapan masyarakat PLKN sedikit sebanyak dapat membentuk budaya baharu dalam kalangan generasi muda yang berlainan bangsa, agama, warna, kulit, dan negeri selain dapat melupakan status diri masing masing. Justeru, isu perkauman perlu diberikan penerangan yang jelas dengan mengaitkannya dengan kontrak sosial agar remaja daripada pelbagai kaum dapat memaha.minya Hanya PLKN mampu mengubah sikap mereka agar menjadi generasi yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Hal ini demikian kerana melalui PLKN, mereka tidak dikongkong oleh tekanan seperti peperiksaan. Pemupukan semangat patriotisme dalam PLKN menjadikan golongan remaja lebih mentaati Tuhan dan sentiasa menghayati ajaran agama di samping dapat menghayati Rukun Negara melalui penekanan terhadap aspek keluhuran perlembagaan serta kesetiaan kepada raja dan negara. Semangat patriotisme yang tinggi mampu ditanam dalam jiwa remaja dengan mengikuti PLKN secara bersungguh-sungguh untuk melahirkan generasi yang benar-benar sayang akan negara. Sehubungan dengan itu, generasi muda perlu membuktikan bahawa PLKN benarbenar telah membentuk diri mereka dengan semangat patriotisme melalui segala tindak-tanduk dalam kehidupan seharian.(Dipetik dan diubah suai daripada PLKN Memupuk Semangat Patriotisme,Dewan Siswa, Ogos 2008) 1. Berikan maksud meragui keberkesanan dalam petikan.

2. Mengapakah semangat patriotisme ini perlu ditanam dalam jiwa generasi muda?

www.cikguphong.blogspot.com 017 483 1883 Dimensi Kemasyarakatan 2013

3. Terdapat segelintir remaja yang enggan mengikuti PLKN.Pada pendapat anda, mengapakah keadan ini berlaku?

www.cikguphong.blogspot.com 017 483 1883 Dimensi Kemasyarakatan 2013

tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha memartabatkan seni kraf tangan negara. (C1-1) Industri kraf tangan mempunyai potensi untuk dimajukan. Para pelajar harus diterapkan dengan seni kraf tangan bermula di peringkat sekolah lagi. Bermula dari situ, minat mendalam terhadap seni kraf tangan dapat disemai. Pendedahan haruslah dilakukan oleh guru-guru yang berpengalaman bagi menjana kreativiti para pelajar untuk menghasilkan seni kraf tangan yang mempunyai nilai estetika. Pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan perlu mengambil tindakan dengan menyediakan kursus-kursus berkaitan dengan seni kraf tangan kepada remaja. Usaha ini adalah untuk melahirkan lebih ramai penggemar kraf tangan. Melalui kursus, mereka akan menambah ilmu dan kemahiran untuk dipraktikkan. Selain kemahiran, kursus seumpama itu dapat mengasah bakat mereka yang berminat dalam bidang ini. Media massa pula perlu mengadakan promosi yang lebih hebat untuk memperkenalkan kraf tangan kepada umum. Kegiatan promosi dapat memberikan kesedaran dan menarik minat masyarakat tentang kepentingan industri kraf tangan. Pihak media massa seharusnya melakukan promosi dengan sebaik mungkin kerana media massa dapat mempengaruhi masyarakat. Promosi yang dilakukan harus melibatkan seluruh masyarakat, tidak kira sama ada penduduk bandar, mahupun luar bandar. Kita juga boleh menganjurkan pertandingan berkaitan kraf tangan. Pertandingan seperti ini dapat memberikan motivasi kepada penggemar kraf tangan untuk membuat ciptaan yang kreatif serta menarik orang ramai untuk melihat hasil kerja mereka. Usaha ini diikuti dengan mengadakan pameran secara besar-besaran tentang kraf tangan. Pameran seumpama itu akan mendedahkan masyarakat, khususnya generasi muda tentang krat tangan. Sekurang-kurangnya, pameran itu dapat menarik minat masyarakat kepada seni kraf tangan. Usaha yang wajar dakukan adalah dengan menyediakan pusat jualan kraf tangan yang eksklusif. Kedai jualan ini dapat menarik semua golongan masyarakat pelbagai peringkat untuk membuat pilihan dan memiliki hasil kraf tangan tersebut. Malah, sudah tiba masanya kita meletakkan hasil seni kraf tangan ini di tempat yang tinggi. Sebagai contoh, hotel-hotel dan pejabat kerajaan yang sering dikunjungi oleh orang ramai wajar menggunakan hasil kraf tangan sebagai hiasan dalaman di biik penginapan atau bilik persidangan. Usaha ini secara tidak Iangsung meletakkan martabat seni kraf tangan negara di tempat yang sewajarnya. 1 Apakah maksud rangkai kata menjana kreativiti? 2 Mengapakah media massa dianggap penting untuk mendekatkan masyarakat dengan kraf tangan?[4 markah]

3 Pada pendapat anda, mengapakah negara kita wajar memartabatkan seni kraf tangan tempatan?

www.cikguphong.blogspot.com 017 483 1883 Dimensi Kemasyarakatan 2013

tulis sebuah ringkasan tentang kesan penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta di negara ini. (sis1-1) Penubuhan Institusi Tinggi Swasta (IPTS) bertujuan membolehkan lebih banyak rakyat Malaysia meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Hal mi demikian kerana jumlah institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak dapat menampung kehadiran pelajr yang semakin meningkat dan tahun ke tahun. Walau bagaimanapun, kewujudan IPTS yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan itu telah menerbitkan kebimbangan kepada beberapa pihak bahawa akan wujud persaingan yang tidak sihat yang boleh menjejaskan kualiti pendidikan negara. Kita sedia makium bahawa syarikat swasta dan korporat yang mengendalikan IPTS meletakkan nilai keuntungan sebagai matlamat utama. Oleh itu, tidak hairanlah kalau kos pefigaian di IPTS lebih tinggi jika dibandingkan dengan kos pengajian di IPTS. Halangan mi menyebabkan tidak ramai kaum bumiputera dapat mengikuti pelbagai kursus yang mempunyai nilai komersil dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Sememangnya tidak dinafikan bahawa bagi membolehkan IPTS terus mengekalkan kewujudannya, faktor keuntungan tidak dapat dipinggirkan. Namun hal mi tidak bermakna pihak-pihak yang mengendalikan IPTS boleh tangkap muat sahaja pelajar-pelajar yang memasuki institusi mereka. Perkara yang didapati berlaku ialah terdapat IPTS yang menerima pelajar-pelajar mengikuti pengajian di institusi mereka walaupun pelajar-pelajar tersebut tidak mempunyai kelayakan akademik yang minimum. Jika situasi mi dibiarkan berlaku, kita bimbang TPTS hanya akan melahirkan bilangan graduan yang ramai tetapi tidak berjaya memenuhi spesifikasi pencapaian akademik yang ditetapkan. Dalam membincangkan soal kualiti, kitajuga perlu mengambil kira persoalan moral dan akhlak para pelajar di pusat pengajian tinggi swasta. Kebanyakan IPTS bersikap lepas tangan dalam menjalankan tanggungjawab membentuk sahsiah pelajar. Suatu waktu, kita dihantui kerisauan apabila banyak IPTS membawa masuk tenaga pengajar luar yang mengutamakan bahasa Inggeris selain membawa masuk bersama-sama mereka kebudayaan kuning yang turut mempengaruhi para pelajar kita sehingga masuk bersama-sama mereka kebudayaan kuning yang turut mempengaruhi para pelajar kita sehingga masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPTS amat membimbangkan Kita khuatir perkembangan mi akan memusnahkan aspirasi pendidikan negara bagi melahirkan individu yang bukan sahaja pintar malahan memiliki akhlak terpuji (20 markah) 1. Berikan maksud rangakai kata dihantui kerisauan. (2 markah) 2. Berdasarkan petikan, berikan c{ua masa1ahyang timbul kesan kewujudan IPTS di negara mi. (4 markah) 3. Pada pendapat anda, mengapakah pihak kerajaan mesti memantau perkembangan IPTS di negara ini? (4 markah)

www.cikguphong.blogspot.com 017 483 1883 Dimensi Kemasyarakatan 2013

tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah membendung jenayah(sis1-1) Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah mi dinamakan penjenayah. Situasi jenayah di negara kita semakin menjadi-jadi. Untuk mengurangkan risiko jenayah, banyak perumahan elit mengadakan perkhidmatan keselamatan mereka sendiri sama ada jaga di jalan masuk, rondaan, dan lain-lain lagi cara bagi memberi sedikit kelegaan kepada penduduk mereka. Bagaimana dengan rakyat Malaysia yang tiada pilihan mi? Meskipun dengan kawalan tinggi tersebut, masib belum sempurna, dan kita terdedah kepada jenayah apabila berada di luar Bagaimana menyelesaikannya? Pastinya bukan mudah, tetapi memerlukan pendekatan menyeluruh, antaranya memperkukuhkan institusi sosial dan organisasi masyarakat misalnya keluarga, tempat ibadah, persatuan penduduk untuk memainkan peranan di dalam menyokong masyarakat membendung jenayah. Selain itu, mengatasimasalah ekonomi khususnya pengangguran dan kemiskinan yang rnenyumbang kepada timbulnya jenayrah:Seterusnya meningkatkan hukuman tegas untukjenayah serius dan bagi golongan pencegah jenayah yang terbabit dengan kongsi-kongsi gelap. Kerajaan diharapkan terus menambah bilangan polis khusus untuk membanteras jenayah. Setakat mi, sudah banyak diperkatakan mengenai usaha membendung jenayah, tetapi kes jenayah terus juga meningkat. Hal mi disebabkan mangsa jenayah sendiri tidak yakin dengan keberkesanan pihak berkuasa membanteras jenayah atau menahan mereka yang terbabit dalam pelbagai bentuk perlakuan jenayah. Usaha membanteras jenayah jalanan bukan sesuatu yang mudah seperti ditonton melalui wayang atau drama, sebaliknya memerlukan pendekatan komprehensif dan komitmen semua pihak. Peningkatan kadar jenayah memberi gambaran buruk terhadap imej sesebuah negara. Malah boleh menjejaskan kemasukan pelabur atau pelancong asing. Penggunaan teknologi memainkan peranan yang besar seperti memasang kamera CCTV di tempat yang berpotensi berlaku kegiatan jenayah. Sebahagian penjenayah jalanan dilakukan warga asing. Keadaan mi menjadi punca pertambahan bilangan kes, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kerja akibat ditipu oleh pihak-pihak tertentu. Oleh itu, usaha menangani kebanjiran mereka yang masuk secara haram ke negara mi perlu turut ditangani. Selain itu, langkah konvensional lain perlu diberi perhatian, termasuk menilai semula fungsi 570,899 anggota Rela supaya menjayakan semangat sukarela membanteras jenayah. Kestabilan sesebuah negara tidak hanya terletak kepada kekuatan ekonomi sahaja tetapi turut dilihat menerusi tahap keselamatan dan keamanan. Permasalahan jenayah merupakan dun dalam dagmng yang akan mengganggu aspek keselamatan dan ketenteraman awam sekiranya tidak dapat ditangani dengan berkesan. 1)ii maksud rangkai kata memberi sedikit kelegaan. czkn akibat penambahan kes jenayah yang berlaku di negara kita. xndapat anda, mengapakah kadarjenayah banyak berlaku di bandar-bandar besar? [2 markahj [4 markah] [4 markah]

www.cikguphong.blogspot.com 017 483 1883 Dimensi Kemasyarakatan 2013

tulis sebuah ringkasan tentang kemerosotan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. (LAL-C-2) Mutu penguasaan bahasa Melayu semakin merosot. Walaupun selepas negara menikmati kemerdekaan dan bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi negara, namun masih ada dalam kalangan rakyat negara mi belum merdeka jiwa dan minda mereka. Mereka mengambil sikap endah tak endah terhadap bahasa rasmi sedangkan bahasa Melayu pentlng sebagai alat perpaduan nasional. Salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya masalah mi adalah kekurangan pengetahuan dan pelajaran tentang bahasa ibunda, terutamanya dalam kalangan penduduk luar bandar yang lebih gemar menggunakan dialek masing-masing apabila berkomunikasi. Tidak dapat dinafikan bahawa penduduk luar bandar hanya menerima pendidikan di peringkat menengah rendah sahaja dan hanya sebahagian sahaja yang menamatkan persekolahan sehingga tingkatan lima. Lantaran itu mereka tidak mengetahui selok-belok bahasa yang betul. Bagi kaum-kaum lain seperti Cina dan India, mereka hanya menggunakan bahasa Melayu semasa berada di sekolah dan menguasainya sekadar untuk lulus peperiksaan. Masyarakat pula tidak berusaha untuk mendalami penguasaan dalam berbahasa menyebabkan mutu penguasaan bahasa Melayu semakin merosot. Bagi mereka, cukup sekadar tahu bertutur dan orang lain memahami apa yang diperkatakan. Dalam masa yang sama, para pemimpin kita terutamanya para menteri bertutur dalam bahasa pasar atau mencampuradukkan dengan bahasa Inggeris. Kadang-kadang hal ml menjadi isu di media massa, tetapi kembali sepi apabila tiada sesiapa yang menegur isu tersebut. Pengaruh bahasa Inggeris yang sudah sebati dalam masyarakat elit menyebabkan berlakunya penyalahgunaan bahasa Melayu. Hal mi menyebabkan berlakunya campur aduk antara tatabahasa bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris lalu wujudlah bahasa rojak. Sikap orang ramai yang memandang rendah terhadap keupayaan bahasa Melayu tetapi mengagung-agungkan bahasa Inggeris memburukkan lagi keadaan. Bagi mereka bahasa Melayu tidak ada nilai ekonominya. Walaupun pelbagai kempen dijalankan bagi memartabatkan bahasa Melayu, tetapi masih kurang berkesan. Oleh itu, jika bukan kita sebagai rakyat Malaysia yang mendaulatkan bahasa ibunda sendiri, siapa lagi yang boleh kita harapkan. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kemahiran Berbicara Cenninan Peribadi, Pelita Bahasa, Mac 2005)

10

www.cikguphong.blogspot.com 017 483 1883 Dimensi Kemasyarakatan 2013

11

www.cikguphong.blogspot.com 017 483 1883 Dimensi Kemasyarakatan 2013

12

www.cikguphong.blogspot.com 017 483 1883 Dimensi Kemasyarakatan 2013

13

www.cikguphong.blogspot.com 017 483 1883 Dimensi Kemasyarakatan 2013

14

www.cikguphong.blogspot.com 017 483 1883 Dimensi Kemasyarakatan 2013

15

www.cikguphong.blogspot.com 017 483 1883 Dimensi Kemasyarakatan 2013

You might also like