P. 1
Refleksi Waj 3112 olahraga

Refleksi Waj 3112 olahraga

|Views: 1,053|Likes:
Published by Albert Sia

More info:

Published by: Albert Sia on Jul 02, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/28/2014

pdf

text

original

REFLEKSI Subjek olahraga disediakan kepada setiap peringkat murid sama ada sekolah rendah, sekolah menegah mahupun

university. Sebjek ini tidak ketinggalan kepada bakal guru yang sedang diberi latihan di IPG. Para guru-guru pelatih diberi pededahan dalam WAJ 3112 – olahraga. Subjek ini telah disediakan kepada guruguru pelatih bertujuan membantu guru pelatih menguasai kemahiran-kemahiran asas dan mengenali beberapa acara yang biasa dilakukan dalam sekolah khususnya Hari Sukan. Antaranya, lari pecut, lari berganti-ganti, lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh. Berdasarkan konteks tugasan, saya perlu mengumpul beberapa jenis maklumat yang berkaitan sejarah olahraga, kemahiran asas dan KOAM. Maka, tugasan ini membawa banyak manfaat kepada saya untuk bersedia menjadi seorang guru sukan yang mahir di sekolah pada masa hadapan. Dalam kuliah WAJ 3112, saya dapat mempelajari dan mengenali kemahirankemahiran asas yang terdapat dalam beberapa acara seperti lompat jauh, lompat tinggi dan sebagainya. Contohnya, acara lompat jauh mempunyai empat fasa yang perlu diketahui iaitu fasa lari landas, fasa lonjakan, fasa penerbangan dan fasa pendaratan. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui acara-acara tersebut dari segi beberapa aspek utama. Misalnya, pakaian, padang, alatan yang diguna, sejarah acara dan sebagainya. Selain itu, saya juga dapat mengetahui teknik-teknik yang digunakan untuk menjalani sesuatu aktiviti sukan. Umpamanya, terdapat beberapa jenis teknik boleh digunakan semasa menjalani aktiviti lompat tinggi seperti teknik gaya gunting, teknik western roll, teknik gaya pana dan sebagainya. Teknik-teknik yang diamalkan bergantung kesesuaian diri sendiri. Pengajaran-pengajaran para pensyarah yang melatih kami telah banyak membantu kami untuk membetulkan kesilapan yang lakukan saya semasa melatih kemahiran-kemahiran asas tersebut. Kandungan yang dimasukkan dalam nota-nota bukan sahaja dalam bentuk tulisan, tetapi juga bentuk gambar-gambar yang jelas. Maka, saya dapat meneliti fasa-fasa sesuatu acara berpandukan gambar. Tambahan pula, saya juga dapat mengesan kesilapan yang lakukan apabila melihat gaya yang terdapat dalam gambar tersebut. Justeru, saya dapat memahami proses menjalani sesuatu acara dan mempelajari gaya yang betul. Pada permulaan kuliah ini, kami telah didedahkan pelbagai ilmu tentang sejarah olahraga. Kami telah mengeksplotasi ilmu melalui proses pengumpulan dan

penapisan maklumat, saya dapat membaca dan mengumpul isi-isi penting menjadi sebuah nota yang berkualiti. Di samping itu, saya juga membuat graf yang tersusun bagi memudahkan pembacaan. Ironinya, saya dapat mengetahui sejarah

perkembangan olahraga daripada Greece Kuno sehingga masa kini dengan menganjurkan pelbagai kejohanan dan pertandingan seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Tambahan pula, undang-undang yang ditetapkan oleh KOAM juga diketahui secara mendalam dan teliti bagi menjadi seorang guru sukan yang bertanggungjawab terhadap murid-murid. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui format penulisan kertas kerja Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT). Saya dapat mengetahui beberapa ahli jawatankuasa yang penting bagi program tersebut. Misalnya, jawatankuasa teknikal, jawatankuasa pertandingan, jawatankuasa kepegawaian, jawatankuasa siaraya dan sebagainya. Di samping itu, terdapat aspek-aspek yang lain juga perlu diperhatikan seperti susunan AJK yang teratur, pembahagian ahli-ahli Jawatankuasa, penentuan tarikh dan objektifnya yang ingin dicapai. Maka, saya dapat belajar menulis satu kertas kerja yang bersistematik dengan mahir. Di samping itu, saya juga memperoleh pengalaman yang berharga dalam penganjuran KOT. Anjuran ini penting sebagai kemahiran dan pengalaman untuk menjalani pertandingan sukan di sekolah-sekolah pada masa hadapan. Bagi program ini, saya sebagai ahli teknikal yang bertanggungjawab menghitamkan garisan padang, membuat padang bagi acara-acara, menyediakan alatan sukan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cabaran telah dihadapi saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Penggunaan masa untuk menghasilkan tugasan ini adalah terhad. Hal ini disebabkan kesibukan tugasan-tugasan lain serta penglibatan aktiviti yang banyak. Ironinya, kualiti tugasan tersebut akan dipengaruhi dan kemungkinan mengabaikan isi-isi penting. Oleh itu, pengurusan masa yang sistematik perlu diamalkan saya dengan menyediakan jadual tugasan harian ataupun menetapkan matlamat kepada saya dalam jangka masa tertentu. Tindakan ini dapat membangkitkan semangat belajar dan berupaya menghasilkan tugasan dengan lancar. Cabaran yang seterusnya adalah bilangan sumber rujukan yang terhad. Walaupun, pelbagai maklumat telah dikumpul dan diperoleh, tetapi kebanyakannya berasal daripada laman web. Justeru, saya berusaha mencari sumber buku yang berkaitan di pusat sumber ataupun artikel-artikel yang sesuai dimasukkan dalam

nota-nota yang hendak dihasilkan. Di samping itu, masalah penapisan dan pemilihan maklumat juga dihadapi saya. Hal ini disebabkan maklumat yang diperoleh dalam jumlah yang banyak, maka, saya sukar menapiskannya dalam jangka masa yang pendek kerana skopnya agak luas. Seterusnya, skop tugasan yang luas terutamanya penjelasan acara-acara olahraga seperti lompat tinggi, lompat jauh dan sebagainya telah menyukarkan saya. Hal ini disebabkan maklumat bagi setiap acara hendak meliputi beberapa aspek seperti padang, alatan, pakaian, peraturan, teknik bermain, fasa-fasa acara dan sebagainya. Maka, proses penapisan maklumat adalah sukar dan mengelakkan isi-isi penting tidak berulang-ulang. Oleh itu, saya berbincang dengan ahli kumpulan dan seterusnya membahagikan tugasan kepada beberapa sub bagi mempercepatkan pelaksanaan tugasan serta mengurangkan bebanan masing-masing. Akhir kalam, saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran asas yang penting kepada seseorang guru sukan untuk mendidik muridmurid sekolah. Maka, tugasan ini telah memberi peluang kepada saya untuk menguasai teknik-teknik yang betul serta mengetahui fasa-fasa bagi setiap acara. Di samping itu, semangat kesukanan juga dapat dirasai dengan menyediakan program KOT dengan bersungguh-sungguh. Selain itu, hubungan antara ahli-ahli kumpulan juga dapat dirapatkan lagi bagi mempertingkatkan kualiti tugasan yang dilaksanakan. Akhirnya, hasilan tugasan ini dapat disimpan dan digunakan sebagai bahan nota yang berkualiti kepada saya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->