You are on page 1of 4

Disediakan Oleh : Yusrizam Bin Ibrahim

1.0 Pengenalan Program seminar kesedaran keselamatan kebakaran merupakan sebuah program yang diadakan bagi memenuhi kursus dalam perkhidmatan bagi kakitangan SJK(C) Puay Chai 2 dan telah berlangsung dengan jayanya. Program ini dijalankan hasil kerjasama pihak pentadbiran sekolah dengan sebuah syarikat swasta yang terlibat dengan penjualan alat cegah kebakaran iaitu Fire Prevention Centre. Berikut ialah butiran program :

Nama Program Tarikh Masa Tempat

: Seminar Kesedaran Keselamatan Kebakaran : 27 April 2013 : 10.30 pagi-11.30 pagi / 2.00 petang-3.00 petang : Dewan Utama(Untuk Murid) / Perpustakaan (Untuk Guru)

2.0 Objektif Program ini mempunyai beberapa tujuan penting iaitu :

1. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga SJK(C) Puay Chai tentang keselamatan kebakaran. 2. Memberi pencerahan tentang keperluan alatan pencegahan kebakaran. 3. Melatih warga SJK(C) Puay Chai 2 untuk berfikir dan bertindak dengan betul apabila menghadapi masalah kebakaran. 4. Meningkatkan implimentasi alatan kebakaran di sekolah. 5. Memenuhi tuntutan Kursus dalam Latihan(LADAP) yang perlu dilalui oleh semua penjawat awam.

3.0 Aktiviti

Program ini tertumpu kepada seminar santai dan menarik yang dibawa oleh pihak penganjur tentang kebakaran di dua tempat yang berbeza dan dua kumpulan sasaran yang berbeza iaitu guru dan murid. Seminar ini juga dijalankan sebanyak 2 kali iaitu pada sesi pagi dan sesi petang. Seminar bermula pada jam 10.30 pagi sebaik sahaja selesai waktu rehat murid. Dan dijalankan di dua tempat iaitu dewan utama SJK(C) Puay Chai 2 untuk murid dan Perpustakaan SJK(C) Puay Chai 2 untuk guru. Terdapat 2 orang penceramah yang disediakan oleh pihak Fire Prevention Centre untuk memberi input dalam program ini.

Pada permulaan program ini, pihak penceramah telah menerangkan tentang apa itu yang dikatakan sebagai api dan apa perkara yang boleh berlaku disebabkan oleh api. Kemudian, penceramah menunjukkan kejadian kebakaran sebenar yang berlaku dan statistik terkini yang diperolehi. Penceramah juga menerangkan jenis-jenis kebakaran termasuk disebabkan oleh litar pintas dan bagaimana untuk mencegah kesemua jenis kebakaran tersebut. Pada pertengahan program, penceramah menerangkan tentang apa yang perlu dilakukan oleh mangsa sekiranya berlaku kebakaran termasuklah menilai lokasi dan bahan atau material yang boleh menyelamatkan diri seperti selimut. Penceramah juga menunjukkan dan menerangkan penggunaan alat pencegahan kebakaran antaranya alat pemadam api dan siren pencegahan kebakaran. Alatan ini boleh dibeli dan didapati daripada pihak penceramah. Program berakhir dengan sesi soal jawab antara penceramah dengan murid dan guru. Sesi pagi berakhir pada pukul 11.30 pagi manakala sesi petang berakhir pada jam 3.00 petang.

4.0 Penutup Program Seminar Kesedaran merupakan salah satu program yang mampu menarik perhatian guru dan murid SJK(C) Puay Chai 2 kerana kebakaran merupakan perkara umum yang sangat dekat dengan semua orang dan boleh menjadi menarik dengan paparan kejadian yang sebenar serta penggunaan alatan sebenar untuk mencegah kebakaran yang semakin canggih dan kompleks. Program seumpama ini akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa di bawah unit 3K dan Hal Ehwal Murid atas faktor kepentingannya untuk meningkatkan kesedaran warga SJK(C) Puay Chai 2 terhadap bahaya kebakaran.

You might also like