You are on page 1of 21

BUMI DAN ALAM SEMESTA

SAINS TAHUN 4

SISTEM SURIA
Sistem suria mempunyai 9 planet dan satu matahari. Ahli sistem suria yang lain ialah satelit semulajadi, asteroids, komet, dan meteor. Semua planet bergerak mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing. Masa yang diambil untuk membuat satu pusingan lengkap mengelilingi matahari (revolusi) berbezabeza bagi setiap planet. Utarid mengambil masa sangat pendek manakala pluto mengambil masa sangat panjang untuk mengelilingi matahari.
Ustaz Zuhral bawa madu dan murai zoo untuk Nur Pisa

UTARID
Planet paling hampir dengan matahari. Suhu boleh mencecah sehingga 300C pada siang hari. Mempunyai revolusi paling pendek.

ZUHRAH
Planet kedua dari matahari. Saiz utarid sama dengan bumi. Planet ini diselaputi awan karbon dioksida tebal dan wap asid. Suhu utarid terlampau panas walaupun kedua jauh dan menerima cahaya daripada matahari. Suhu permukaan boleh mencecah 450C. Mempunyai graviti hampir sama dengan bumi.

BUMI
Planet ketiga dari matahari. Planet kelima terbesar. Satu-satunya planet yang mempunyai oksigen, air dan makanan. Hanya bumi mempunyai benda hidup. Bumi mempunyai satu satelit semulajadi/ bulan.

MARIKH
Planet keempat dari matahari. Marikh juga dikenali sebagai planet merah kerana permukaan nya dilitupi habuk merah. Marikh planet sejuk dan tidak mempunyai apa-apa benda hidup.

MUSYTARI
Musytari merupakan planet terbesar dalam sistem suria ini. Planet kelima dari matahari. Kebanyakkan bahan yang terdapat pada musytari ialah gas dan ais dan sebilangan kecil batu teras. Atmosfera terdiri daripada gas dan cecair hidrogen dan bersama helium, metana dan ammonia. Musytari mempunyai 16 satelit semulajadi/bulan Musytari berputar pada paksinya sekali setiap 10 jam dan menghasilkan angin kuat dan guruh kuat. Musytari merupakan planet yang mempunyai hari yang paling pendek dalam sistem suria. Mempunyai gegelang halus.

ZUHAL
Planet keenam dari matahari. Dikelilingi oleh sistem gegelang yang menjadikan ia planet paling cantik jika dilihat melalui teleskop. Merupakan palnet kedua terbesar. Lebih ringan berbanding air yang sama saiz. Mempunyai batu teras kecil bersuhu tinggi yang dikelilingi oleh ais dan ammonia bercampur dengan gas.

URANUS
Planet ketujuh dari matahari. Uranus berwarna biru kerana ia mempunyai gas sejuk, terutamanya diperbuat daripada helium dan hidrogen. Mempunyai gelang mengelilingi tetapi tidak dapat dilihat. Mempunyai lima bulan.

NEPTUN
Planet kelapan dari matahari. Kembar uranus. Sedikit berat dan besar dari uranus. Berwarna biru kekelabuan. Terdiri daripada batu dengan sedikit batu dan gas dan mempunyai sedikit atmosfera.

PLUTO
Planet kesembilan dari matahari Planet terkecil dalam sistem suria. Terdiri daripada batu dan ais nipis. Pluto berwarna gelap dan planet paling sejuk. Suhu boleh mencecah 230C. Planet ini hanya boleh dilihat melalui teleskop kerana planet ini sangat jauh dari bumi.

SATELIT SEMULAJADI
Satelit semuladi ialah objek semulajadi yang mengorbit planet. Bulan merupakan satusatunya satelit semulajadi bumi. Semua planet mempunyai satelit semuljadi kecuali Utarid dan Zuhrah

NO PLANET BILANGAN SATELIT SEMULAJADI 1 UTARID 0 2 ZUHRAH 0 3 BUMI 1 4 MARIKH 2 5 MUSYTARI 63 6 ZOO 61 7 URANUS 27 8 NEPTUN 13 9 PLUTO 3

ASTEROID
Selain 9 planet, terdapat juga lingkaran asteroids. Lingkaran asteroid berada di antara orbit marikh dan musytari. Asteroids merupakan batu kecil bercampur dengan logam mengorbit sekelilingi matahari. Asteroids mempunyai saiz berbeza-beza. Sesetengah sekecil habuk dan sesetengah mempunyai saiz yang lebih besar dari bumi.

KOMET
Komet ialah cebisan ais kecil dan habuk yang mengorbit sekelilingi matahari tetapi laluan mereka tidak mengikut orbit. Kebanyakannya menghabis masa luar dari sistem suria dan kadangkala melebihi pluto. Komet boleh masuk ke dalam sistem suria dan boleh dilihat dari bumi. Komet paling popular ialah komet Halley yang muncul setiap 76 tahun sekali. Ia dilihat kali terakhir pada 1986 dan akan muncul pada 2061. Halley merupakan ahli astrologi yang mula-mula melihatnya. Setiap komet mempunyai kepala ( nukleus)dan ekor. Nukleus mempunyai ais dan akan cair dan mengeluarkan gas dan habuk. Ekor komet akan selalu menjauhi matahari

METEOR

Merupakan batu-batu atau logam kecil yang terapung di luar angkasa. Apabila meteor terapung berhampiran bumi, ia mungkin ditarik masuk ke dalam bumi disebabkan daya graviti. Meteoriod yang memasuki bumi dipanggil meteor. Kebanyakkan meteor akan terbakar apabila memasuki bumi disebabkan daya geseran. Ia kelihatan seperti ekor berapi dan dikenali sebagai bintang bercahaya. Meteor yang tidak terbakar sepenuhnya dan sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai meteorites

SAIZ FRELATIF DAN JARAK DI ANTARA BUMI, BULAN DAN MATAHARI


BUMI Berbentuk sfera Diameter= 12 760 km Lilitan = 40 000 km Udara di kelilingi bumi dikenali sebagai atmosfera Bahagian yang dilitupi air dikenali sebagai hidrosfera 70% bumi dipenuhi air. Bumi mempunyai daya graviti ( 9.8 ms-2) iaitu apabila objek dibaling ke tas ia akan jatuh ke bumi jua.

BULAN Kecil dari bumi dan berbentuk sfera 50 kali lebih kecil dari bumi. diameter+= dari bumi Tiada atmosfera dan air Tiada benda hidup Mempunyai banyak kawah Graviti= 1/6 daripada graviti bumi Kita akan terapung di bulan.

MATAHARI Merupakan bintang dan bukan planet. Berada di pusat sistem suria. Bintang paling hampir dengan bumi. Diameter= 1 400 000km 100 kali ganda lebih besar dari bumi. Lilitan= 400 kali lebih besar dari bumi Jarak matahari dari bumi ialah 400 kali ganda lebih jauh dari bulan.

Nisbah saiz relatif Bulan : bumi : matahari 1 :4 400

Titre
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Vivamus et magna. Fusce sed sem sed magna suscipit egestas. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Vivamus et magna. Fusce sed sem sed magna suscipit egestas.

Title
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Vivamus et magna. Fusce sed sem sed magna suscipit egestas. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Vivamus et magna. Fusce sed sem sed magna suscipit egestas. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Vivamus et magna. Fusce sed sem sed magna suscipit egestas.

You might also like