PQE 3101

TAJUK: ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR
DISEDIAKAN OLEH: FATHIAH BINTI HASSAN FATIMAH MARDHIAH BINTI HJ.MOHD NOR

SUBTOPIK ISRAILIYYAT
ALASAN MENERIMA DAN MENOLAKNYA
CONTOH ISRAILIYYAT HUKUM MERIWAYAT PENGERTIAN CARA PENYERAPAN DALAM TAFSIR BAHAYANYA TERHADAP AJARAN ISLAM PEMBAHAGIAN PERAWI

ISRAILIYYAT

PENGERTIAN ISRAILIYAT

BAHASA
• Israiliyat adalah perkataan jamak bagi Israiliyyah, iaitu bentuk kata yang dinisbatkan kepada Israil.
ISRA = hamba ISRAIL = hamba Allah

IL =Allah

ISTILAH
Sesuatu yang menyerap ke dalam tafsir dan hadis di mana periwayatannya berkaitan dengan sumber dari Yahudi dan Nasrani.

Nasrani dan lainnya. • Cerita-cerita yang sengaja diserapkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir dan hadis yang tidak diketahui sumber.PANDANGAN ULAMA Husein Adz Dzahabi • Kisah dan dongeng yang diserapkan dalam tafsir dan hadits bersumberkan Yahudi. . Asy-Syarbasi • Kisah-kisah dan berita-berita diserapkan oleh Yahudiah ke dalam Islam.

Sayyid Ahmad Khalil • Riwayat-riwayat yang berasal dari ahli kitab.Amin al Khuli • Israiliyat adalah informasi-informasi maklumat yang berasal dari ahli kitab yang menjelaskan nas-nas al-Quran atau hadis. baik yang berhubungan dengan agama mereka atau yang tidak ada hubungannya sama sekali dengannya. • Penisbahan riwayat israiliyat kepada orang-orang Yahudi kerana para perawinya berasal dari kalangan mereka yang sudah masuk Islam. .

CARA PENYERAPAN ISRAILIYAT DALAM TAFSIR .

• Orang Yahudi telah berimigrasi secara besar-besaran ke jazirah arab untuk menghindari tekanan dan penindasan dari Nitus. orang-orang Arab pra-Islam pun sering melakukan perjalanan untuk berniaga ke negeri Yaman pada musim dingin dan ke negeri Syam pada musim panas. . • Mereka datang ke Jazirah Arab dengan membawa kebudayaan dan keyakinan agama yang bersumber dari kitab-kitab mereka. • Selain itu. seorang panglima Romawi. Mereka saling bertukar pikiran ihwal masalah-masalah keagamaan. iaitu Yahudi dan muslim melahirkan pemikiran-pemikiran yang berbeza & berlakunya perkongsian ilmu. • Kondisi dua kebudayaan ini.

Bani Al Nadir. • Di Madinah inilah banyak menetap kelompok Yahudi. Fadak dan suku Aus.• Perkembangan Islam semakin pesat ketika nabi hijrah ke Madinah. Khaibah. seperti Bani Qainuqa’. . Bani Quraidzah. suku Khazraj. Disanalah nabi dan pengikutnya diterima dengan baik oleh kaum Anshar.

sehingga mereka dapat saling bertukar informasi mengenai berbagai masalah keagamaan ataupun masalah lainnya. .• Umat Muslim dengan kaum Yahudi dapat hidup berdampingan. • Pada waktu ini kurang berlaku penyerapan israiliyat kerana segala permasalahan dirujuk terus kepada baginda. • Rasulullah menemui orang Yahudi dan ahli kitab untuk dakwah Islam. Orang Yahudi sendiri sering datang kepada Rasulullah SAW untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

• Mereka yang masuk Islam dari kalangan Yahudi dan Nasrani adalah kaum yang berperadaban tinggi. Mereka masih begangan dengan ajaran agama mereka terdahulu. . • Mereka tidak melepaskan seluruh ajaranajaran yang mereka sehingga pemahamannya sering tercampur antara ajaran Islam dengan ajaran terdahulu.

Mereka akan menangguhkan jika kisah. Riwayat dan ahli Kitab menjadi salah satu rujukan. • Mereka akan menolak jika menjumpai kisah israiliyyat yang bertentangan dengan syari'at Islam. • Akibatnya.kisah itu diperselisihan. muncullah kelompok mufassir yang berusaha meraih kesempatan itu dengan memasukkan kisah Israiliyat tersebut dalam penafsiran mereka terhadap kisah yang ada dalam al-Qur’an. . tafsir itu penuh dengan kebohongan.• Terdapat kaum Muslim pada waktu itu untuk mengetahui sepenuhnya tentang seluk beluk bangsa Yahudi yang berperadaban tinggi. sahabat mula berijtihad terhadap hal yang tidak dijumpai. bahkan mendekati khurafat dan tahayul. Setelah Rasul wafat. • Maka.

• Sumbernya adalah ahli kitab yang masuk Islam .• Adz-Dzahabi mengatakan para sahabat tidak berlebih-lebih dalam meriwayatkan israiliyat • Pada era tabi'in. • Ilmu hadis tidak dituliskan sanadnya secara lengkap. . • Keinginan yang kuat dari orang-orang untuk mendengar kisah-kisah dalam kitab mereka. • Muncul sekelompok mufassir yang ingin mengisi kekosongan pada tafsir dengan memasukkan israiliyat. • Sikap selektif dalam periwayatan semakin hilang. cerita israiliyat dalam tafsir semakin berkembang.

BAHAYA ISRAILIYAT TERHADAP AJARAN ISLAM .

• Dalam riwayat Israiliyyat terdapat unsur penyerupaan Allah & mensifatkan Allah dengan sifat yang tidak sesuai dengan keagungan dan kesempurnaan Allah bagi merosakkan aqidah umat islam.dan Kami sedikit pun tidak ditimpa kelelahan“ (Qaf : 38) . Allah telah beristirehat pada hari ke-7 untuk melepaskan penat lelah. • Contohnya dalam fasal 2 kitab Sifrut-Takwim menyatakan selepas Allah selesai ciptakan dunia. • Sedangkan al-Quran dengan jelas menyatakan : "Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit & bumi dan apa yang ada diantara keduanya dalam 6 hari (masa).

• Ia juga mempunyai unsur-unsur penafian terhadap sifat maksum para Nabi dan Rasulullah. berzina dengan dua orang puteri kandungnya. • Sebagai contoh. kisah bahwa Nabi Luth a. serta menggambarkan mereka dengan dalam bentuk yang menonjol syahwatnya. . suka buat perbuatan buruk & perbuatan tidak sesuai bagi orang yang jadi Nabi. • Sedangkan al-Quran dengan jelas menyatakan Nabi Luth sangat benci terhadap perbuatan kaumnya iaitu masalah perzinaan dan segala bentuknya.s.

bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas" (asy-Syu'ara : 165-166) .Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu."Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki diantara manusia.

• Cerita-cerita Israiliat ini memalingkan manusia dari maksud & tujuan al-Quran. . • Iaitu memalingkan manusia dari memikirkan ayatayat al-Quran. mengambil manfaat dari nasihatnya serta membahas hukum-hukum & hikmahnya kerana manusia akan sibuk menghabiskan waktu kepada hal-hal kecil yang takde nilai & faedahnya.

• Cerita-cerita Israiliat ini menggambarkan seolah-olah Islam itu agama yang penuh dengan khurafat. maka menangislah dia kerana akan tinggalkan syurga hingga air matanya bagaikan lautan & diantaranya kapal boleh belayar.khayalan & kebohongan yang tidak ada sumbernya.Masa dia turun ke bumi. kepalanya sampai ke awan ataupun langit & sampai menyondolnya hingga botaklah kepalanya. • Diriwayatkan tentang sifat Nabi Adam. .

• Cerita-cerita Israiliat membuatkan manusia hilang kepercayaan kepada Ulama' Salaf. • Banyak cerita-cerita Israiliat yang mungkar ini disandarkan kepada golongan Ulama' Salaf yang selama ini dianggap sebagai sumber agama ataupun penyelesai masalah-masalah agama yang penting bagi umat Islam yang akhirnya mereka dipandang keji kerana kononnya para Ulama' ini telah menipu umat Islam. baik dari kalangan para sahabat ataupun tabi'in. .

• Kaum Yahudi selalu berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mengikis aqidah dan melemahkan kepercayaan umat Islam terhadap Al-Quran dan Al-Hadits. • Mereka juga berusaha menggoyang kepercayaan umat Islam terhadap golongan salafussalih yang memiliki peran dalam memikul risalah umat Islam dan menyebarkannya ke segala penjuru dunia. .• Inilah akibat Riwayat Israiliyyat terhadap aqidah umat Islam dan juga terhadap kesucian ajaran Islam.

PEMBAHAGIAN ISRAILIYYAT Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah membahagikan Israiliyyat kepada 3 bahagian: (Rujuk-Ibnu Taimiyyah.Muqaddimah dalam Usul Tafsir. m/s 100): Israiliyat yang sama dengan apa yang ada di dalam al-Quran dan as-Sunnah 1 2 Kisah Israiliyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah 3 Kisah israiliyat yang tidak dapat dipastikan kedudukkannya iaitu (maskut anhu) .

. • Contoh: Riwayat yang menyebut rakan seperjalanan Nabi Musa a.s ialah Nabi Khidir yang diceritakan di dalam al-Quran dan hadith nabi s.w. • Bahagian ini disebut maqbul(diterima) dan harus meriwayatkannya.a.Pertama: Israiliyat yang sama dengan apa yang ada di dalam al-Quran dan as-Sunnah • Israiliyyat yang telah diumumkan oleh pendapatpendapat termasyhur akan kebenarannya.

Contoh2 lain seperti kisah nabi-nabi yang terdapat dalam kitab al-Quran dan kitab hadits sahih seperti nabi yunus yang ditelan oleh ikan nun. kisah ketampanan nabi yusuf (Surah Yusuf:31) dan sebagainya yang dibenarkan di dalam islam. .

zina dan sebagainya. . • Bahagian ini disebut mardud (ditolak) dan tidak sah diriwayatkan. apabila menyebutkan bahawa baginda yang berkeinginan kepada isteri pembesar Al-Aziz dan sebagainya yang mengaitkan para nabi dengan dosa syirik.Kedua: Kisah Israiliyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah • Israiliyyat yang telah dicatatkan sebagai dusta atau sesuatu yang sengaja diada-adakan.s. • Contoh: Kisah-kisah yang mencemar maruah kenabian seperti dalam riwayat kisah Nabi Yusuf a.

. kerana setiap nabi dan rasul yang diutus oleh Allah itu tidak kami bezakan antara mereka. • Bahagian inilah yang disebut maskut/mendiamkan diri. riwayat-riwayat yang menyebut bahagian anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil. Bahkan hendaklah dikatakan ‘Aku beriman dengan apa yang diturunkan kepada kami dan apa yang telah diturunkan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum kami.Ketiga: Kisah israiliyat yang tidak dapat dipastikan kedudukkannya iaitu (maskut anhu) • Israiliyyat yang tidak diketahui sama ada benar atau dusta.’ • Contohnya.

Abu Hurairah SAHABAT Abdullah Bin Salam Abdullah Bin Amar Bin al-Ash PERAWI TABI’IN Kaab Bin al-Ahbar Wahab Bin Munabbih TABII TABI’IN Ibnu Ishaq Ibnu Juraih .

w. . Seorang yang diiktiraf keilmuannya dalam kitab Taurat dan Al-Quran serta seorang yang thiqah dikalangan para sahabat Nabi s.BIOGRAFI PERAWI ISRAILIYYAT • Abdullah Bin Salam Salah seorang sahabat baginda yang memeluk Islam ketika ketibaan Nabi di Madinah.a.

• Imam Muslim. • Mahir dalam tafsir dan juga kitab Taurat.Kaab Bin al-Ahbar • Seorang yang diiktiraf keilmuaannya sehingga digelar Al-Ahbar (yang berilmu). Al-Nasai turut meriwayatkan hadith dari beliau menunjukan pengiktirafan mereka terhadap ketokohan dan thiqah beliau dalam ilmu tafsir dan hadith. Al-Tirmizi. Abu Daud. .

Al-Nasai. • Majoriti ulama mengiktiraf ketokohan dan thiqah beliau. Ibnu Abbas.Wahab Bin Munabbih • Diiktiraf sebagai seorang ulama tabi’in. Abu Sa’id Al-Khudri. Banyak meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah. Al-Tirmizi dan Abu Daud turut meriwayatkan hadith dari beliau. . • Imam Bukhari. Ibnu Umar. • Seorang yang alim dengan kitab Taurat dan turut mengarang kitab. Muslim.

TIDAK HARUS MERIWAYAT HARUS MERIWAYAT .

katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami . m/s 55-56) . al-Israiliyyat dalam Tafsir dan hadis.a.PANDANGAN 1: TIDAK HARUS MERIWAYATKAN PERKARA ISRAILIYAT • Dalil yang menyokong pandangan ini ialah hadis nabi s. (Az-Zahabi.‫وال تصدقوا أهل الكتاب والتكذبوهم‬ Maksudnya: Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka. (HR Bukhari) Hadis ini melarang umat Islam daripada mengambil ceritacerita Ahli Kitab yang bersumberkan Kitab Taurat dan sebagainya.w: ‫ وقولوا آمنا باهلل وما انزل الينا‬. .

(Surah al-Maidah:41) . mereka ini mengubah serta meminda perkataanperkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempattempatnya Yang sebenar. mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu.HUJAH GOLONGAN PERTAMA  Orang Yahudi mengubah ayat Allah menyebabkan mereka tidak amanah. demikian juga dari orang-orang Yahudi. mereka orang-orang yang sangat suka mendengar beritaberita dusta. 41.

 Larangan al-Quran berkata sesuatu tanpa ada asas dan ilmu dan israiliyyat antara kata-kata tanpa ilmu.’ (Surah al-Isra’ ayat 36) . Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati. semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. Firman Allah: ‘dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.

‫بلغوا عنى ولو آية‬ ‫متعمدا فليتبوأ مقعده من النار‬ Maksudnya: Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.‫ وحدثوا عن بنى اسرائيل ال حرج‬.w: ‫ ومن كذب على‬. tiada salahnya.a.PANDANGAN 2: HARUS MERIWAYATKAN PERKARA ISRAILIYAT • Dalil yang menyokong pandangan ini ialah hadis nabi s. Sesiapa melakukan penipuan terhadapku dengan sengaja. maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya di dalam neraka. riwayatkanlah daripada Bani Israil. (HR Bukhari) .

mereka melihat harus bagi orang Islam menyebut riwayat daripada Bani Israel dan perbuatan tersebut bukanlah satu kesalahan. .• Berdasarkan hadis ini. • Pandangan ini tertolak kerana maksud sebenar hadis ini ialah sampaikan kepada orang Islam tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada Bani Israel. dan jelaskan kepada mereka tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Bani Israel kerana sejarah mereka yang penuh dengan kehinaan kecuali nabi-nabi dan orang-orang soleh di kalangan mereka.

CONTOH ISRAILIYAT DALAM TAFSIR .

• Syadad telah mendengar khabar tentang keagungan & keindahan syurga. maka beliau menyuruh rakyatnya membina sebuah bandar di tengah-tengah padang pasir di negeri Adan selama 300 tahun. ayat 6-8 : Maksudnya : ‘’Tidakkah kamu perlihatkan bagaimana diperbuat oleh Allah dengan kaum ‘Ad yang mendirikan kerajaan yang agung yang mana tidak pernah dijadikan sepertinya dalam mana-mana negeri. Kerajaan keduanya adalah teragung dan mempunyai kekuasaan yang luas biasa.CONTOH 1 Surah al-Fajr.’’ • Menurut al-Zamahsyari telah diriwayatkan bahawa ‘Ad mempunyai 2 orang anak lelaki yang bernama Syalid dan Syadad. .

maka mereka didatangi oleh Allah dengan satu suara teriakan yang kuat dari langit sehingga binasalah kerajaannya.• Bandar ini besar & indah. • Menurutnya lagi. . perak. • Ibn Khaldun menegaskan bahawa ia hanyalah cerita dogeng khurafat Ahli kitab yang tidak ada sumber yang sah mengenai riwayatnya. yang diperbuat daripada emas. dikelilingi pohon yang subur & sungai yang sejuk. zabarjad dan yaakut. bandar yang diceritakan itu tidak wujud sebagaimana yang telah digambarkan. • Sehari Syadad dan pengikutnya berjalan di bandar tersebut.

ATH-THABARI ‫فلما بلغ معه السعي قال يبني اني ارى في المنام اني اذبحك‬ ‫فانظرماذا ترى قال يابت افعل ما تؤمر ستجدني ان شاءا هللا‬ ‫من الصبرين‬ Mafhumnya : Maka tatkala anak itu sampai (Pada umur sanggup) berusaha bersama-sama dengan Nabi Ibrahim. "Wahai Bapaku. kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. sesunguhnva aku melihat dalam mimpi aku meyembelihmu. . Nabi Ibrahim berkata: "Hai anakku. Pikirkanlah apa pendapatmu? Ia menjawab. Insya Allah kamu akan mendapatkanku termasuk orang-orang yang sabar ".

• Pendapat kedua menurut Ibnu Katsir dan mufassir lainnya berasal dari israliyat. • Sebahagian ulama’ mengatakan bahawa Nabi Ismail as dan sebahagian lagi mengatakan Nabi Ishaq as. • Kerana : sumber tafsiran ini berasal dari keinginan mengangkat nenek moyang bangsa Yahudi yaitu Ishaq as. .• Berlaku pendebatan mengenai siapa anak yang bersama Nabi Ibrahim ketika itu.

ALASAN MEMASUKKAN ISRAILIYAT DALAM TAFSIR .

Mereka menyaksikan Nabi SAW telah melakukan hal yang serupa diwaktu dulu seperti dialog dengan para tokoh ahlul kitab Mereka memerlukan ahli kitab untuk mentafsirkan ayat yang berhubungan dengan kisah-kisah terdahulu .kerana itu semua tidaklah mengapa.ZAMAN SAHABAT DAN TABI’IN Sabda Nabi : riwayatkan lah atau bertahadits lah kamu dengan bani israil.

HUJAH MENOLAK KEMASUKAN ISRAILIYYAT DALAM TAFSIR .

.MEROSAK AQIDAH UMAT ISLAM • Terdapatnya penyelewengan dan juga penggubahan dalam kitab-kitab ahli Kitab selepas kewafatan nabinabi terdahulu. kita selaku umat Islam seharusnya sentiasa mengambil sikap berjaga-jaga dan sentiasa meneliti kebenaran sesuatu perkara. • Justeru itu.

t dan Rasulnya. sudah cukup bagi orang Islam memahami mesej yang hendak disampaikan Allah s. • Keutamaan untuk tidak meriwayatkan Israiliyat dalam tafsir Al-Quran adalah yang terbaik kerana tafsiran yang terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah nabi s.w bersama usaha keras para mufassir menggunakan aqal yang dipandu syarat yang tetap.a.w. .KESUCIAN AL-QURAN DICEMARI • Sebarang riwayat Israiliyat yang melampau kepalsuannya perlu ditolak kerana mencemari kesucian al-Quran.

berzina dengan dua orang putri kandungnya.UNSUR-UNSUR PENAFIKAN • Riwayat Israiliyyat mengandungi unsur-unsur penafikkan terhadap sifat maksum para nabi dan rasul. • Contoh: kisah Nabi Nuh as. serta menggambarkan mereka dengan imej keji dan aib yang tidak layak bagi manusia yang dimuliakan oleh Allah. . minum anggur sampai mabuk dan kisah bahwa Nabi Luth as.

.. dan Wahab bin Munabih. • Ada banyak dongeng Israiliyyat yang riwayatnya dinisbahkan kepada kalangan salafus salih. • Riwayat-Riwayat Israiliyyat menyimpang kepercayaan umat Islam terhadap sebahagian ulama salaf dari kalangan sahabat dan Tabi’in. • Salafus salih yang dimaksudkan seperti Abu Hurairah ra. Abdullah bin Salam ra.. BAIK SAHABAT ATAU TABI’IN. Ka’ab Al Ahbar.MENGHILANGKAN RASA KEPERCAYAAN TERHADAP SEBAGIAN ULAMA SALAF.

BERPOTENSI UNTUK MEMALINGKAN MANUSIA DARI TUJUAN AL-QURAN • Riwayat Israiliyyat melalaikan umat dari pelajaran dan pemahaman maksud ayat-ayat Al-Quran. melalaikan umat dari pengambilan manfaat dan iktibar. serta nasihat-nasihat yang terkandung di dalamnya atau pemahaman tentang hukum-hukum yang terdapat di dalamnya. .

KESIMPULAN • Israiliyyat merupakan cerita-cerita berkaitan dengan warisan Yahudi. . Ia tersebar melalui berbagai peringkat dan suasana sehingga mampu bertapak di dalam karya warisan Islam. • Tiada jalan pilihan bagi kita melainkan kita menolak segala rupa bentuk Israiliyyat yang menyalahi pegangan kita sebagai orang Islam. tafsir dan hadis.

html .blogspot. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.RUJUKAN BUKU RUJUKAN • Rozali Adam. INTERNET • http://pemudaiman.com/2010/08/manhajberinteraksi-dengan-riwayat.com/2011/01/riwayatisrailiyyat-menurut-perspektif. Al-Quran di antara Tafsir dan Israiliyyat.html • http://jomfaham.blogspot.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful