1.

0 Pengenalan
Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan kognitif sosial, persahabatan, dan perhubungan dengan rakan sebaya. Pendidikan merupakan antara medium penting dalam proses sosialisasi kanak-kanak. Salah satu teori perkembangan sosial yang penting telah dikemukakan oleh Erik Erikson. Oleh kerana teori ini menekankan perkembangan sosial, maka teori ini dinamakan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Individu dikatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap peringkat perkembangan ini. Di antara lapan peringkat perkembangan sosial ini, empat peringkat yang pertama menerangkan perkembangan social di kalangan bayi dan kanak-kanak. Pandangan ini dilihat selari dengan model keperluan Maslow yang menerangkan keperluan manusia dalam bentuk berhierarki. Pengisian terhadap keperluan kekurangan (makan, minum dan tempat tinggal) dan keperluan pertumbuhan (keselamatan, kasih sayang danpenghargaan) akan membawa kepada kesempurnaan kendiri. Pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mempunyai komponen sosial, emosi, dan akademik yang kuat ini kerana pelajar tidak hanya belajar sahaja tetapi berkolaborasi dengan guru-guru, rakan-rakan mereka, dan dengan galakan daripada keluarga mereka. Emosi boleh memudahkan atau menghalang pencapaian akademik kanak-kanak, etika perhubungan kerja, komitmen, dan kejayaan sekolah. Ini kerana perhubungan dan emosi mempengaruhi bagaimana dan apa yang kita belajar, sekolah-sekolah dan keluarga perlu menangani aspek-aspek proses pendidikan untuk kebaikan semua pelajar dengan berkesan (Elias et al., 1997).
1

2006).1. Oleh itu konflik dalam kehidupan sosial bererti percanggahan kepentingan. keinginan. Melalui persaingan itu. Berkaitan dengan hal itu.1 Latar Belakang Kajian 1. Merton. Perspektif konflik lebih menekankan sifat pluralistik dari masyarakat dan ketidakseimbangan pengagihan kekuasaan yang terjadi di antara berbagai kelompok. Kekuasaan yang dimiliki oleh kelompokkelompok elit. Selain itu teori sosiologi konflik adalah altematif dari ketidakpuasaan terhadap analisis fungsionalisme struktural Talcot Parsons dan Robert K. Teori konflik muncul pada abad ke 18 dan 19 dapat difahami sebagai respon dari lahimya dual revolution. Max Weber. Kemunculan sosiologi konflik moden. Karl Marx. menyebabkan kelompok-kelompok itu juga memiliki kekuasaan untuk menciptakan peraturan.1. pendapat. iaitu demokrasi dan industrialisasi. maka kelompok-kelompok dengan kekuasaan yang berlebih akan menciptakan hukum dan aturan-aturan yang menjamin mereka dimenangkan (Quinney dalam Narwoko. Teori konflik adalah salah satu perspektif di dalam sosiologi yang memandang masyarakat sebagai satu sistem yang terdiri dari berbagai bahagian atau komponen yang mempunyai kepentingan berbeza-beza di mana komponen yang satu berusaha menaklukkan kepentingan yang lain bagi memenuhi kepentingannya atau memperoleh keuntungan yang 2 . Perspektif konflik dalam melihat masyarakat dapat dilihat pada tokoh-tokoh klasik seperti Ibnu Khaldun. dan lain-lain yang melibatkan dua pihak atau lebih. merupakan akibat dari realiti konflik dalam masyarakat Amerika. dan George Simmel. di Amerika khususnya. perspektif konflik memahami masyarakat sebagai kelompokkelompok dengan berbagai kepentingan yang bersaing dan akan cenderung saling bersaing dan akan cenderung saling berkonflik. Teori konflik lebih menitikberatkan analisisnya pada asal-usul terjadinya suatu aturan atau tertib sosial.1 Teori Konflik Konflik secara etimologi berasal dari bahasa latin “con” yang bermaksud bersama dan “fligere” yang bererti kesan atau percanggahan. Teori ini tidak bertujuan untuk menganalisis asal usulnya terjadinya pelanggaran peraturan atau latar belakang seseorang yang salah dalam bertingkah laku. yang menilai masyarakat dengan fahaman konsensus dan integratifnya. khususnya hukum yang dapat melayani kepentingan-kepentingan mereka.

Kelas dalam pandangan Weber merupakan sekelompok orang yang menempati kedudukan yang sama dalam proses produksi. Namun terdapat persamaan diantara teori konflik dengan fungsionalisme iaitu pendidikan adalah sebagai alat untuk mencapai tujuan-tujuan ekonomi masyarakat. Kuasa pula merupakan bentuk kepimpinan yang menyebabkan seseorang individu memaksa orang lain bagi mencapai matlamat individu ataupun organisasi. distribusi maupun perdagangan. Weber mengelaskan Perkembangan kapitalisme di barat bukanlah disebabkan faktor tiga dimensi konsep iaitu kelas. Pandangan Weber melengkapi pandangan Marx yang 3 . Teori konflik menjelaskan bahawa pendidikan berfungsi untuk memenuhi kehendak ekonomi dan pendidikan juga dianggap sebagai superstruktur yang diguna oleh sistem kapitalis iaitu pihak yang dominan ialah mereka yang berkedudukan tinggi.1 Teori konflik Max Weber (1958). Dan dengan ini wujudnya persoalan-persoalan persaingan kelas sosial. Weber menghujahkan bahawa perubahan sosial masyarakat bukanlah hanya disebabkan oleh faktor konflik kelas sosial yang berpunca daripada faktor ekonomi semata-mata tetapi turut berpunca daripada pelbagai faktor. Perspektif konflik dalam pendidikan moden lebih memberi perhatian kepada masalahmasalah pendidikan dalam masyarakat moden. Berlainan dengan anak-anak dari golongan yang miskin.1. Social inequality merupakan konsep dasar yang menyusun pembahagian suatu struktur sosial menjadi beberapa lapisan yang saling berkaitan.1. kuasa dan kelas sosialtetapi ditentukan oleh gaya hidup.banyak. Status merupakan penghormatan sosial yang terdapat dalam struktur sosial yang tersendiri. Contohnya orang yang berkedudukan tinggi atau bangsawan akan menghantar anak mereka ke sekolahsekolah swasta di mana kelulusan mereka telah pun terjamin. mereka perlu berusaha gigih untuk mencapai keputusan yang baik. 1. ketidaksamaan dan ketidakadialan dalam peluang pendidikan. Status bukanla dinilai berdasarkan kekayaan. Konsep pengeluaran sahaja tetapi disebabkan oleh faktor keagamaan. kelas weber menyerupai konsep Marx kerana turut dihubungkan dengan faktor ekonomi tetapi tidak bersetuju dengan pandangan Marx yang menyatakan kuasa hanya berpunca daripada faktor ekonomi. status dan parti. Dalam proses menganalisis. Konsep ini memberikan gambaran bahwa dalam suatu struktur sosial ada ketidaksamaan posisi sosial antara individu di dalamnya. tetapi turut dipengaruhi oleh faktor lain iaitu status dan parti.

1. Namun demikian status juga dipengaruhi oleh banyak faktor. kemudian kekuasaan dan sumber-sumber pertentangan dinetralisir atau dilangsungkan. namun didalam menafsirkannya Coser menyatakan bahwa konflik itu bersifat fungsional (baik) dan bersifat disfungsional (buruk) bagi hubungan-hubungan dan struktur-struktur yang tidak terangkum dalam sistem sosial sebagai suatu keseluruhan.2 Teori konflik Lewis Coser Teori konflik yang dikemukakan oleh Lewis Coser sering kali disebut teori fungsionalisme konflik kerana ia menekankan fungsi konflik bagi sistem sosial atau masyarakat. Sedangkan status oleh Weber lebih ditekankan pada gaya hidup atau pola konsumsi. b. Konflik juga boleh menyebabkan anggota-anggota masyarakat yang terpencil menjadi aktif. Meskipun definisi tersebut mefokuskan pada adanya pertentangan. 4 . perjuangan memperoleh sumber yang langka. 1970). usia dan agama (Beteille.1. Keduanya menyatakan kelas sebagai kedudukan seseorang dalam hierarkhi ekonomi. Jadi dari beberapa teori konflik di atas dapat disimpulkan bahawa. Salah satu hal yang membezakan Coser dari tokoh teori konflik lainnya ialah bahwa ia menekankan pentingnya konflik untuk mempertahankan keutuhan kelompok. Konflik antara kelompok dapat menghasilkan perpaduan didalam kelompok tersebut dan perpaduan itu boleh membawa kepada hubungan-hubungan dengan kelompok-kelompok lain. yakni dimana setiap orang berusaha untuk mendapatkan keuntungan yang lebih dari orang lain. Lewis Coser menyebutkan beberapa fungsi dari konflik iaitu. c. konflik dengan masyarakat lain bisa menjadi kekuatan yang mempersatukan. Dalam masyarakat yang perpecahan dan terancam. namun juga meliputi kesempatan dalam meraih keuntungan dalam pasar komoditas dan tenaga kerja.menyatakan kelas hanya didasarkan pada penguasaan modal. atau dieliminir saingan-saingannya. Coser mendefinisikan konflik sosial sebagai suatu perjuangan terhadap status yang langka.1. a. elemen-elemen teori konflik mempunyai kepentingan yang berbeza-beza sehingga mereka berjuang untuk saling mengalahkan satu sama lain bagi meperolehi kepentingan. Konflik dapat memperkuat perpaduan kelompok yang agak longgar. seperti ras.

Perkembangankanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiaptahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidakmenjejaskan perkembangan kanak-kanak.Menurut karl Marx konflik merupakan salah satu kenyataan sosial yang boleh ditemui diman-mana. kemudian menurut Jonathan Turner konflik sebagai suatu proses dari peristiwa-peristiwa yang mengarah pada interaksi yang disertai kekerasan antara dua pihak atau lebih. Erik Erikson adalah antara tokoh psikologi telah membentuk Teori Perkembangan Emosi 5 . Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan merekabergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan sosial juga merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.1. emosi dan sosial. lalu menurut Lewis Coser Ia memusatkan perhatiannya pada fungsi-fungsi dari konflik.2 Perkembangan Sosial. Perkembangan sosial dapat diertikan sebagai proses seseorang belajar untuk menyesuaikan diri terhadap normanorma kelompok. sedangkan menurut Ralf Dahendorf masyarakat mempunyai dua wajah yakni konflik dan konsensus. Perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. iaitu faktor kendiri.Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhiperkembangan individu.1 Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangka masa kehidupan mereka.2.1. moral dan tradisi dengan meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan bekerjasama. 1. 1.

emosi. Teori Erikson adalah berdasarkan lima prinsip iaitu: a. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas. ketidakpercayaan kepada orang lain timbul dalam diri bayi yang akan menimbulkan ketakutan dan berprasangka Tahap 2: Autonomi lawan Rasa Malu/Sangsi Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan dan pelbagai lagi.Psikososial. Hal ini demikian bermakna. e. dan sosial. jika tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti penyusuan. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikut Selain itu juga. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap tertentu. b. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. Erikson telah membahagikan perkembangan emosi manusia kepada lapan tahap yang utama iaitu: Tahap 1: Percaya lawan Tidak Percaya Bayi mestilah menjalinkan hubungan kasih sayang serta kepercayaan dengan pengasuh atau sebaliknya membentuk perasaan tidak percaya. tidak dijaga atau lampin tidak bertukar. Teori ini adalah hasil pengalaman kehidupannya sendiri dan apa yang dipelajari melalui Freud. Rasa percaya kepada keupayaan diri timbul jika berjaya dan menerima sokongan. d. Setiap tahap mempunyai konflik dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya. Sekiranya gagal mereka akan ragu-ragu terhadap keupayaan diri Tahap 3: Inisiatif lawan Rasa Bersalah 6 . c. Beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri.

Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada keupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial dengan individu di persekitaran mereka Tahap 5: Identiti lawan Kekeliruan Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pelbagai aspek seperti pekerjaan. Mereka akan meniru identiti orang lain di persekitaran.ragu. peranan jantina. sekiranya gagal akan merasa terasing dan tersisih. kegagalan dan tidak cekap. menghadapi risiko perasaan rendah diri. dan akan mengalami pelbagai masalah di peringkat seterusnya Tahap 6: Kemesraan lawan Pengasingan Pada tahap ini manusia akan membentuk keintiman dalam perhubungan menuju ke alam perkahwinan serta membina kerjaya. Sekiranya gagal.Kanak-kanak pada tahap ini akan cuba berdikari melakukan sesuatu dan jika gagal perasaan bersalah akan timbul. Mereka meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran-kemahiran baru. rasa tidak selamat. dan sebagainya jika tidak perasaan rendah diri akan timbul. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain (suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri 7 . Mereka juga suka bertanya dan meminta penjelasan dan rasa bersalah terhadap diri sendiri akan timbul apabila kanak-kanak dihukum atau tidak diberi peluang semasa mencuba kemahiran Tahap 4: Ketekunan lawan Rasa Rendah Diri Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya. ragu. akan timbul kecelaruan identiti. Kemahiran yang diperoleh berkisar di alam persekolahan. social.

Misalnya. Kini terdapat pandangan popular tentang emosi.1. iaitu tindak balas fizikal yang dikawal oleh otak yang membolehkan manusia terselamat daripada ancaman persekitaran. Ada pula yang melihat tindak balas emosi itu bersifat sampingan berbanding dengan apa yang berlaku dalam otak. degupan jantung meningkat 8 . Hakikat ini jelas apabila data yang diperolehi daripada kajian-kajian neurobiologi memperlihatkan bahawa emosi akan bertindak balas dengan tubuh manusia dengan sejenis tindak balas biologi. 1. Perkataan emosi berasal daripada perkataan Latin motere yang bermaksud bergerak.3 Perkembangan Emosi Emosi pada mulanya dianggap sebagai tindak balas fizikal yang muncul daripada perjuangan manusia untuk hidup. 1997). atau sebaliknya akan membawa kepada perasaan mementingkan diri serta hanya memusatkan kepada perkembangan atau aktiviti diri. apabila muncul emosi marah maka darah mengalir dengan banyak di tangan dan ini menyebabkan ia mudah untuk mengambil sesuatu seperti senjata.Tahap 7: Generativiti lawan Pemusatan Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik dapat memuaskan hati. Beliau seterusnya menyatakan bahawa emosi tidak muncul daripada perasaan yang sedar tetapi ia lahir daripada perlakuan dan pengkhususan-pengkhususan fisiologi. Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain Tahap 8: Kesepaduan lawan Putus Asa Merupakan kemuncak perkembangan iaitu berkaitan dengan kejayaan hidup berkeluarga dan karier akan menimbulkan kepuasan dalam diri. Emosi atau motus anima secara literal bermaksud “semangat yang menggerakkan kita” (Cooper dan Sawaf. Bagi LeDoux. Perkara sebaliknya jika gaga akan membawa kepada kedukaan dan kekecewaan di hari tua dan berputus asa dengan kehidupannya. emosi secara implisit cenderung untuk bertindak. Dengan kata lain. emosi mempunyai peranan biologi kepada saraf. iaitu emosi adalah fikiran tentang sesuatu situasi di mana manusia itu menemui diri mereka.

awal remaja adalah peringkat yang paling bermasalah disebabkan perubahan dramatik psikologi yang berlaku pada masa ini. zina. Menurut Sternbeg (1985).097 remaja yang membabitkan seawal usia 13 hingga 17 tahun. Statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2010 yang menunjukkan kes remaja lari dari rumah meningkat dengan angka mencatatkan sebanyak 4. Pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengatasi masalah konflik tersebut dengan adanya tanggungjawab dan kerjasama antara remaja. penyalahgunaan dadah. rempit dan lumba haram. Kes-kes jenayah yang semakin meningkat seperti pembuangan bayi. Bapa Psikologi Remaja iaitu Stanley Hall mengelaskan remaja dalam kumpulan ‘storm and stress’ iaitu masa bergelora yang paling tinggi berbanding dengan peringkat-peringkat perkembangan lain. individu menginjak usia remaja ketika berumur 12 tahun dan berakhir pada umur 21 tahun. Statistik gejala moral dan jenayah yang melibatkan remaja akhir-akhir ini sangat membimbangkan. Manakala Sigmund dan Anna Freud menyatakan bahawa. Tindakan segera perlu diambil. Pemasalahan yang sering kali wujud dalam kalangan remaja disekolah disebabkan cabaran yang harus dihadapi remaja seperti perubahan-perubahan fizikal. 1. Peringkat awal remaja bermula semasa umur 12 hingga 15 tahun. beberapa sikap yang baru berkembang dan berbentuk ialah sikap ingin tahu. memasuki kumpulan dan kebebasan. khususnya oleh ibu bapa dan keluarga apabila mendapati anakanak mereka terlibat dalam jenayah dan salah-laku.2 Pernyataan Masalah Menurut pandangan beberapa ahli psikologi. manakala peringkat akhir remaja pula bermula kirakira umur 16 tahun hingga 21 tahun.dan hormon seperti adrenalin banyak dihasilkan untuk membentuk tenaga yang kuat untuk bertindak. emosi . Remaja adalah masa yang penuh dengan permasalahan. emosi dan sosial . mencari kelainan.sosial dan pemikiran. Ini adalah kerana. hubungan seksual. ponteng sekolah dan sebagainya memerlukan tindakan secara kolektif dan bersepadu. Kes-kes jenayah di 9 . dan ibu bapa serta masyarakat sekeliling. remaja adalah merupakan golongan yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. guru. Alam remaja melibatkan pelbagai perubahan terutama dalam aspek fizikal.

Ia akan dapat membantu pelajar membuat refleksi kendiri dan berusaha memantapkan lagi pengetahuan mereka dan memahami kaedah pengurusan konflik ini dengan sebaiknya untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka kelak. Para guru : Melalui kajian ini.3 Kepentingan Kajian Kementerian Pelajaran Malaysia : Melalui kajian ini. kajian ini juga diharapkan dapat menjadi petunjuk kepada kementerian dan pihak university sekiranya ingin melaksanakan pendekatan ini secara menyeluruh dalam system pendidikan. 1. Ia bermula apabila ibu dan bapa tidak mampu lagi mengawal tingkah laku anak-anak mereka. maklumat yang diperoleh akan dapat membantu pelbagai pihak khususnya Kementerian Pelajaran Tinggi untuk mengetahui sejauh mana pengurusan konflik dapat mengatasi masalah sosial di kalangan pelajar. Ini adalah penting demi melahirkan modal insan yang menjadi penggerak kepada kemajuan negara kelak. 10 .kalangan remaja hari ini sebenarnya bermula dari rumah.guru-guru dapat mengkaji semula kaedah pengajaran mereka dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran mereka dengan menggunakan kaedahkaedah yang terbaik dan lebih berkesan dalam usaha memastikan ilmu yang ingin disampaikan diterima oleh pelajar-pelajar. Para pelajar (siswazah) : Kajian yang dijalankan ini secara tidak langsung dapat memberikan panduan kepada para pelajar terutamanya pengetahuan mereka dalam kaedah penurusan konflik.selain itu. Kadang-kadang ibu bapa seolah-olah 'menghalalkan' perbuatan anaknya apabila tidak melakukan sebarang tindakan apabila melihat anaknya melakukan maksiat di hadapan mata. Pihak institusi pengajian tinggi (IPT) : Pihak institusi pengajian tinggi khususnya fakulti pendidikan akan dapat mengetahui Memahami cara bagi menangani masalah perubahan sosial yang berlaku di kalangan pelajar lantas pihak IPT akan dapat memikirkan dan berusaha menyediakan satu kaedah pembelajaran yang lebih efektif bagi memastikan para pelajar mencapai standard pemikiran yang diinginkan dan memahami dengan lebih mendalam tentang kaedah pengurusan konflik ini.

rakan sebaya.1. saudara-mara. 1987) di dalam model “ecological” seperti yang dipetik oleh Rice (2000) seperti berikut. kejiranan. 2. orang dewasa yang ada hubungan dengan mereka.0 Sorotan Kajian 2. adik-beradik. 11 . Memahami konflik diri pelajar dan kaitannya dengan perkembangan sosial pelajar. perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh ibu bapa. negara dan dunia tempat mereka tinggal dan dibesarkan.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah: 1. kawan-kawan. rumah-rumah ibadah dan kumpulan atau pertubuhan dimana mereka adalah sebahagian daripadanya. komuniti. 2. Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh perhubungan sosial di dalam keluarga. Mengenalpasti perkaitan teori perkembangan sosial dengan pergaulan sosial pelajar.1 Pengaruh Sosio-Budaya Ke atas Kanak-Kanak Kanak-kanak tidak berkembang di dalam sebuah vakum. sekolah. Dalam konteks ini. Pola pengaruh sosial keatas kanakkanak seperti yang dimaksudkan di atas telah digambarkan oleh Bronfenbrenner (1979.

seperti peristiwa yang belaku kepada ibu bapa yang bekerja di tempat kerja mereka lambat laun akan mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak. Lingkungan ‘exosystem’ termasuk persekitaran dimana kanak-kanak tiada peranan di dalamnya tetapi mempengaruhi mereka kerana kesan persekitaran tersebut keatas ‘microsystem’. Pengaruh dalam lingkungan ‘mesosystem’ adalah meliputi perhubungan yang wujud secara resiprokal dikalangan persekitaran ‘microsystem’. rakan sebaya. Beberapa 12 . jiran. seperti peristiwa yang berlaku di rumah akan mempengaruhi peristiwa yang berlaku di sekolah dan sebaliknya. orang-orang dalam kumpulan ibadah dan mereka yang terlibat perkhidmatan kesihatan.Jadual 1 : Model Bronfenbrenner. Model ‘ecological’ seperti yang digambarkan oleh Bronfenbrenner menerangkan pengaruh dalam linkungan ‘microsystem’ adalah merupakan pengaruh paling utama (immediate influences) yang mana persekitarannya terdiri daripada orang-orang yang paling hampir dengan kanak-kanak itu seperti keluarga. sekolah. Begitu juga pertubuhan-pertubuhan kemasyarakatan yang menyediakan khidmat sokongan keluarga akan memberi kesan kepada cara kanak-kanak itu dipelihara.

Goleman telah membahagikan lima komponen kecerdasan emosi. antara kaum dan etnik serta kumpulan-kumpulan berdasarkan sosio-ekonomi. jiran.Komponen kedua ialah kemahiran dalam mengatur emosi dan berupaya mengatur kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan 3. ketepatan menilai diri sendiri dan keyakinan kendiri. Lima komponen tersebut merangkumi mengenali emosi diri sendiri. kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan individu lain. pertubuhan dan perkhidmatan kemasyarakatan. nilai.0 Perbincangan 3. mengatur emosi diri sendiri. media massa. 2.2 Kecerdasan Emosi Menurut Goleman (1995). memotivasikan diri sendiri. Bagi komponen pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itu dapat merasai apakah keadaan emosi mereka pada ketika itu dan dapat membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Keputusan yang dilakukan mestilah melalui keyakinan diri yang kukuh. ‘mores’ serta adat dan pantang-larang sesuatu budaya. tempat kerja.1 Implikasi konflik terhadap perkembangan sosial 13 .elemen yang terdapat dalam ‘exosystem’ adalah keluarga luas (extended family). Beliau cuba menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui ujian kecerdasan IQ. Tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi. rakan-rakan keluarga dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang dibenarkan. mengenal emosi orang lain dan membina hubungan. Lingkungan ‘macrosystem’ termasuklah ideologi. manakala dua komponen berbentuk kompetensi sosial. sikap. undang-undang dan peraturan. Budaya pula adalah berbeza mengikut negara. Subkompetensi yang dikenalpasti merangkumi tiga iaitu kesedaran emosi.

identifikasi. Proses ini selanjutnya memerlukan kewujudan faktor-faktor motivasi luaran seperti galakan dan ancaman dan dalaman seperti kepuasan diri dan keinginan untuk dilihat benar. tetapi terjadi akibat adanya konflik yang menghasilkan kompromi-kompromi yang berbeza dengan keadaan yang asal. permodelan dan tiruan. Menurut al-Na’imy (1994) pula. Imam al-Ghazali juga turut menekankan faktor pembelajaran sosial iaitu pergaulan dengan orang-orang yang soleh sebagai salah satu daripada tiga kaedah membentuk akhlak yang mulia dalam diri seseorang (Muhamad Abul Quasem1975). Ibn Khaldun menjelaskan. Manakala perubahan sosial dapat disimpulkan sebagai perubahan-perubahan yang terjadi pada masyarakat yang mencakupi perubahan dalam aspek-aspek struktur pada masyarakat. Menurut beliau.Teori konflik adalah teori yang memandang bahawa perubahan sosial tidak terjadi melalui proses penyesuaian nilai-nilai yang membawa perubahan. persekitaran mampu memberi kesan terhadap penghayatan nilai akhlak seseorang. kepatuhan. persekitaran yang baik perlu bagi menghasilkan akhlak yang baik dan akhlak yang baik itu perlu lahir dari diri sendiri berdasarkan pengamatannya kepada faktor-faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi tabiat hidup manusia. perubahan komposisi penduduk. keadaan geografi. dia akan memperolehi dalam dirinya sesuatu kebaikan daripada orang tersebut dan secara tidak disedari banyak mempelajari sesuatu daripadanya (M. tindak balas. dan perubahnan sistem hubungan sosial.Umaruddin 2003). manusia berbeza berdasarkan persekitaran di mana ia 14 . Jika seseorang itu bergaul dengan seseorang yang baik dalam tempoh tertentu. Namun konflik dilihat lebih banyak mendatangkan implikasi negatif terhadap perkembangan sosial pelajar. Ini adalah kerana manusia itu secara semulajadi bersifat meniru di mana seseorang itu boleh memperolehi kedua-dua sifat baik dan buruk daripada keadaan seseorang yang lain. peneguhan. Konflik boleh mendatangkan implikasi positif dan negatif terhadap perkembangan pelajar. penghayatan nilai akhlak merupakan peringkat akhir dari proses pengakuran sosial yang dibentuk melalui pembelajaran sosial yang menggabungkan asas-asas pembelajaran sosial seperti rangsangan. Konflik boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran dan perbezaan kelas sosial. ataupun perubahan kerana terjadinya perubahan dari faktor lingkungan. Hassan (1987) berpendapat.

maka dia lebih cenderung untuk menjadi golongan yang baik dan begitu juga sebaliknya.berada. Joel (1986) juga mengatakan bahawa. Children of the upper classes are more likely to attend college” 15 . therefore. Dr. Terdapat 5 tahap status sosial ekonomi dalam masyarakat seperti yang dinyatakan oleh Charon. Sesiapa yang mendapati dirinya berada dalam persekitaran dan pendidikan yang membantunya ke arah kebaikan. penyebaran dan penggunaan bahan serta perkhidmatan dalam masyarakat. Joel (1986) iaitu: Jadual 2 : Kelas sosial dalam masyarakat Konflik kerap berlaku terhadap murid dari 2 tangga ke bawah iaitu kelas bawahan dan miskin. “the importance of education receives greater emphasis in upper classes. Hardil’s iaitu Diskriminasi Terhadap Kanak-kanak Yang Kurang Berpelajaran Dari Keluarga Berpendapatan Rendah yang mendapati kanak-kanak dari kelas sosial rendah hanya mempunyai 76% peluang untuk memasuki sekolah aliran akademik sedangkan kanak-kanak dari kelas sosial tinggi mempunyai 96% peluang untuk dipilih walaupun gred yang sama yang diambil kira. Rothman (2005) mendefinisikan kelas sosial sebagai satu kumpulan individu atau keluarga yang berada pada satu kedudukan yang serupa dalam sistem ekonomi pengeluaran. Selain itu faktor yang menyebabkan berlakunya implikasi negatif terhadap perkembangan sosial adalah status sosial ekonomi pelajar. Hal ini turut dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Prof Dr. Malahan Charon.

perkembangan sosial pelajar akan terjejas dan tidak akan dapat mencapai keperluan yang seterusnya. Hal ini adalah kerana menurut Maslow. Jika keperluan sedemikian tidak disediakan secara memuaskan. Pelajar yang berada di sekolah memerlukan pihak pengurusan yakni guru yang dapat menghayati keperluan mereka. sokongan moral. Keperlua kasih sayang dan sosial bermaksud memerlukan kemesraan.Abraham Maslow (1943) percaya bahawa manusia perlu memenuhi keperluan-keperluan dalam hidup dan setiap keperluan tersebut memainkan peranan yang penting untuk membentuk tingkah laku dan motivasi. Terdapat 5 hierarki keperluan seperti yang dinyatakan oleh Maslow iaitu: Jadual 3 : Teori Keperluan Maslow Berdasarkan perbezaan dan rajah di atas pengurusan yang bersesuaian mampu mempertingkatakn perkembangan sosial di kalangan pelajar. dan perasaan kekeluargaan daripada orangorang di sekeliling mereka. keperluan di peringkat atas hanya menjadi utama apabila keperluan di peringkat bawah telah diperoleh dan 16 . peka terhadap masalah yang mereka hadapi serta memberi sokongan moral terhadap proses pembelajaran mereka.

1975. Eleman-elemen perkembanagn dan pembelajaran sosial yang sedia wujud dalam kehidupan pelajar perlu digerakkan secara bersepadu agar mereka turut memberi sumbangan yang positif terhadap pembinaan generasi muda yang dinamik. dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.” Rujukan Abul Qasem. peneguhan. merasa tidak diiktiraf dan seterusnya tidak dapat mengembangkan potensi diri. The Ethics of al-Ghazali: A Composite Ethic in Islam. Hal ini seperti yang dijelaskan dalam al-Quran ayat ke 8 hingga ke 10 Surah al-Shams yang bermaksud: “Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya. tiada keyakinan diri. Oleh itu.dipenuhi. maklum balas dan nasihat secara langsung bagi menggalakkan pembelajaran sosial yang positif. Perkembangan sosial pelajar dan perkembangan potensi pendidikan bukan hanya terletak dalam konteks persekolahan sematamata.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya. US: The University of California. Hal ini sekaligus mengisyaratkan bahawa konflik sememangnya tidak dapat dielakkan namun kita mampu untuk menguruskannya dengan baik. malah perlu dilakukan secara holistik oleh semua pihak yang terlibat melalui pelbagai pendekatan pembelajaran sosial seperti permodelan. pelajar tersebut akan merasa rendah diri. 4. sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). 17 . berketrampilan dan berakhlak mulia. Muhammad. hasil daripada perbincangan dapat disimpulkan bahawa faktor persekitaran dan kelas sosial merupakan antara penyebab berlaku konflik di kalangan pelajar.

(1997). (1986) Sociology: a conceptual approach Cooper. VA: Association for Supervision and Curriculum Development. (1997). (1996). P. J. Human Development: A Life-Span Approach.. K. Emotional Intelligence. The Emotional Brain. S. M. 2003. D.. So Few Pages: A Review Essay (pages 573–588) Population and Development ReviewVolume 31. Alexandria. R. T. J. Issue 3Pages 407–603 Sternberg. London.Charon J.. Weissberg. K. Upper Saddle River : New Jersey. Executive EQ : Emotional Intelligence in Business. The Ethical Philosophy of al-Ghazali. Philip (2001). So Many Civilizations. New York: Cambridge University Press. Promoting social and emotional learning: Guidelines for educators. M.. India: Adam Publishers. R. J. Haynes.. J. et al. (1995). Zins. Beyond IQ: A triarchic theory of human intelligence. M. Dan Ayman Sawaf. 18 . (1985). Frey.. M. R. N. Umaruddin. E. Greenberg. New York : Simon & Schuster Rice. Rothman H (2005). Goleman. Orion Business Books. New York: Bantam. Elias. F. M. LeDoux.