You are on page 1of 1

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Tahniah dan syabas saya rakamkan buat Jawatankuasa Sidang Redaksi Majalah Sekolah atas kejayaan dalam menerbitkan Majalah Sekolah pada tahun ini. Bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, segala usaha dan sumbangan kalian dalam penerbitan majalah ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025, saya dan warga pendidik merupakan penggerak bagi meneruskan usaha dan semangat bagi memastikan PPPM ini dapat dilaksanakan sebaiknya. Pelan ini mempunyai aspirasi bagi mentransformasikan pendidikan di negara kita. Sejak negara mencapai kemerdekaan, 1957, komitmen kerajaan dalam meningkatkan kualiti guru dan kemenjadian pelajar secara menyeluruh. Terdapat lima aspirasi sistem yang perlu dicapai bagi membolehkan kita melihat kemenjadian pelajar. Kementerian berharap dengan terlaksananya kelima-lima aspirasi ini, keberhasilan pelajar akan menyerlah menjelang 2025. Pelajar merupakan aset yang sangat berharga kepada negara. Justeru, PPPM telah menetapkan enam aspirasi pelajar. Untuk mencapai lima aspirasi sistem dan enam aspirasi pelajar tersebut, 11 anjakan telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan dalam tiga peringkat atau gelombang bermula dari 2013 hinggalah 2025. Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar sekolah menengah yang bakal melangkah ke alam pendidikan yang lebih tinggi perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang jitu, nilai kerohanian yang mantap, literasi teknologi terkini, dan kemahiran komunikasi yang berkesan. Sesungguhnya, kejayaan transformasi pendidikan ini amat penting bagi memastikan hasrat negara maju tercapai menjelang 2020. Akhir kata, marilah kita sama-sama meningkatkan kapasiti pendidikan dan kredibiliti warganegara Malaysia yang mampu menggalas cabaran untuk mengangkat martabat bangsa Malaysia yang berjaya. Sekian, terima kasih. TRANSFORMASI PENDIDIKAN MEMENUHI ASPIRASI NEGARA TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

You might also like