You are on page 1of 6

HURAIAN AYAT KISAH PARA NABI Ayat 51-56: Surah al-Anbiya Allah SWT berfirman mengenai kisah Nabi

Ibrahim a.s bahawa Dia telah memberinya hidayah kebenaran sejak ia masih kecil dan sebelum Nabi Musa dan Harun. Dia memberinya hidayah itu, kerana memang Ibrahim diketahuiNya patut memeperolehi itu. Hidayah yang diperoleh Ibrahim sejak kecilnya itu tercermin dalam pengingkarannya akan persembahan yang dilakukan oleh bapanya bagi patung-patung, tatkala ia berkata kepada bapanya patung-patung apakah ini, mengapa engkau tekun menyembahnya?. Bapa Ibrahim dan kaumnya berkata, Demikianlah kami mendapati bapa-bapa dari nenek moyang kami melakukannya, maka kami mewarisi persembahan ini dari mereka. Ibrahim berkata, jika demikian, maka kamu dan nenek moyangmu berada dalam kesesatan yang nyata dan menyimpang dari jalan yang lurus dan benar. Berkata mereka kepada Ibrahim. Apakah engkau bermain main dengan ucapan-ucapanmu yang mengolok-olokkan kami dan tuhan-tuhan kami ataukah engkau berkata dengan bersungguhsungguh, kerana baru kali inilah kami mendengar engkau mengucapkan dengan ucapan-ucapan yang sangat merendahkan darjat tuhan-tuhan kami. Ibrahim menjawab, Aku tidak bermain-main dengan katakataku itu, aku ingin menunjukkan jalan yang benar, bahawa bukanlah patung-patung itu tuhan yang patut disembah, tetapi Tuhanmu yang sebenar ialah Tuhan langit dan bumi yang telah

menciptakan dan mencipta kamu, Tuhan Yang Maha Esa dan tiada tuhan selain Dia. HURAIAN AYAT KISAH PARA NABI Ayat 57 65: Surah al-Anbiya Ibrahim bersumpah bahawa dia akan melakukan sesuatu terhadap berhala-berhala itu, bila kaumnya semua keluar meninggalkan kota untuk menghadiri pesta yang diadakan di luar kota pada hari raya tertentu mereka. Maka tatkala hari itu tiba dan kota menjadi kosong ditinggalkan pendududuknya, terutama di daerah di sekitar tempat berhala-berhala itu, pergilah Ibrahim dengan membawa sebuah beliung menuju ke tempat berhalaberhala itu untuk melaksanakan sumpahnya menghancurkan berhala-berhala menjadi terpotong-potong, kemudian menggantungkan beliungnya pada leher berhala-berhala itu yang sengaja ditinggalkan utuh, untuk memberi kesan bahawa dialah yang menghancurkan semua berhala itu. Mara riuh rendahlah kaum Ibrahim ketika mereka kembali dari pesta hari raya mereka dan melihat tuhan-tuhan mereka sudah hancur. Mereka bertanya-tanya antara satu sama lain. Siapakah gerangan yang berani melakukan perbuatan keji ini terhadap tuhantuhan kami?. Berkatalah seseorang yang pernah mendengar sumpahan Ibrahim, Kami mendengar seorang pemuda yang sering mencela dan mencemuhkan tuhan-tuhan kami ini, ia bernama Ibrahim, mungkin dialah yang melakukannya. Jika demikian hadapkanlah ia kemari kata pemuka-pemuka kaum Ibrahim. Ketika Ibrahim ditanya di depan orang ramai Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, engkaukah hai Ibrahim?. Ibrahim menjawab Sesungguhnya berhala yang

besar itulah yang melakukannya, tanyakan saja kepadanya jika ia dapat berbicara. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah saw bercerita tentang Ibrahim, bahawa beliau pernah berdusta hanya tiga kali sepanjang hidupnya. Pertama, tatkala ia berkata kepada kaumnya bahawa yang melakukan penghancuran berhalaberhala ialah si induk berhala, kedua, tatkala ia diajak oleh kaumnya turut menghadiri pesta hari raya di luar kota ia berpurapura sakit dan ketiga, tatkala ia berdusta mengatakan bahawa Sarah adalah saudara perempuannya dan bukan isterinya, untuk mengelabui mata seorang raja yang menginginkan Sarah isterinya. Setelah kaum Ibrahim mendengar kata-kata Ibrahim yang tidak dapat mereka bantah, mereka pun menyedari kesalahan sendiri, meninggalkan tempat persembahan mereka tanpa penjaga, kemudian setelah sejenak mereka menundukkan kepala berfikir dan bertanya tanya kepada diri sendiri, berpalinglah mereka kepada Ibrahim seraya bertanya Engkaupun mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara dan bercakap-cakap, mengapa engkau meminta kami bertanya kepadanya. . HURAIAN AYAT KISAH PARA NABI Ayat 57 65: Surah al-Anbiya Ibrahim bersumpah bahawa dia akan melakukan sesuatu terhadap berhala-berhala itu, bila kaumnya semua keluar meninggalkan kota untuk menghadiri pesta yang diadakan di luar kota pada hari raya tertentu mereka. Maka tatkala hari itu tiba dan kota menjadi kosong ditinggalkan pendududuknya, terutama di daerah di sekitar tempat berhala-berhala itu, pergilah Ibrahim dengan membawa sebuah beliung menuju ke tempat berhalaberhala itu untuk melaksanakan sumpahnya menghancurkan berhala-berhala menjadi terpotong-potong, kemudian

menggantungkan beliungnya pada leher berhala-berhala itu yang sengaja ditinggalkan utuh, untuk memberi kesan bahawa dialah yang menghancurkan semua berhala itu. Mara riuh rendahlah kaum Ibrahim ketika mereka kembali dari pesta hari raya mereka dan melihat tuhan-tuhan mereka sudah hancur. Mereka bertanya-tanya antara satu sama lain. Siapakah gerangan yang berani melakukan perbuatan keji ini terhadap tuhantuhan kami?. Berkatalah seseorang yang pernah mendengar sumpahan Ibrahim, Kami mendengar seorang pemuda yang sering mencela dan mencemuhkan tuhan-tuhan kami ini, ia bernama Ibrahim, mungkin dialah yang melakukannya. Jika demikian hadapkanlah ia kemari kata pemuka-pemuka kaum Ibrahim. Ketika Ibrahim ditanya di depan orang ramai Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, engkaukah hai Ibrahim?. Ibrahim menjawab Sesungguhnya berhala yang besar itulah yang melakukannya, tanyakan saja kepadanya jika ia dapat berbicara. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah saw bercerita tentang Ibrahim, bahawa beliau pernah berdusta hanya tiga kali sepanjang hidupnya. Pertama, tatkala ia berkata kepada kaumnya bahawa yang melakukan penghancuran berhalaberhala ialah si induk berhala, kedua, tatkala ia diajak oleh kaumnya turut menghadiri pesta hari raya di luar kota ia berpurapura sakit dan ketiga, tatkala ia berdusta mengatakan bahawa Sarah adalah saudara perempuannya dan bukan isterinya, untuk mengelabui mata seorang raja yang menginginkan Sarah isterinya. Setelah kaum Ibrahim mendengar kata-kata Ibrahim yang tidak dapat mereka bantah, mereka pun menyedari kesalahan sendiri, meninggalkan tempat persembahan mereka tanpa penjaga,

kemudian setelah sejenak mereka menundukkan kepala berfikir dan bertanya tanya kepada diri sendiri, berpalinglah mereka kepada Ibrahim seraya bertanya Engkaupun mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara dan bercakap-cakap, mengapa engkau meminta kami bertanya kepadanya. .

HURAIAN AYAT Ayat 57-65: Surah al-Anbiya

You might also like