You are on page 1of 2

1.

TIP untuk penulisan Jurnal Reflektif: Adakah pengetahuan dan pengalaman yang telah anda perolehi menjadikan anda lebih memahami perayaan/aktiviti keagamaan kaum lain? Adakah anda terfikir bahawa anda juga mungkin kurang mengetahui sejarah perayaan/aktiviti keagamaan sendiri? Adakah anda akan cari maklumat seperti ini untuk perayaan/aktiviti keagamaan sendiri? Dan lain-lain perkara yang anda fikirkan. TIP untuk penulisan Jurnal Reflektif:

2.

Hakisan nilai/amalan mungkin berlaku. Apakah tindakan anda? Adakah anda akan berusaha untuk memupuk semula nilai/amalan yang baik dan patut dikekalkan dalam kalangan murid-murid, rakan sekerja, masyarakat setempat? Mungkinkah gambaran/pandangan serupa berlaku untuk perayaan/aktiviti keagamaan anda? Apakah reaksi anda? Mungkinkah secara tanpa disedari, anda turut terlibat dengan hakisan nilai-nilai dan/atau amalan-amalan dalam perayaan/aktiviti keagamaan sendiri? Apakah tindakan anda? Dan lain-lain perkara yang anda fikirkan. TIP untuk penulisan Jurnal Reflektif:

3.

Adakah suasana sambutan yang anda alami sama dengan gambaran yang anda dapat daripada pembacaan dan juga temubual? Jika berbeza, kenapa ianya berlaku? Apakah tindakan anda sebagai seorang guru dalam perkara ini? Mungkinkah perkara sama berlaku untuk perayaan/aktiviti keagamaan anda sendiri? Dan lain-lain perkara yang anda fikirkan.

4. AKTIVITI 4: JURNAL REFLEKTIF (T1A4) 1. Sebagai penamat kepada Tugasan 1; anda perlu membuat aktiviti terakhir ini iaitu menulis Jurnal Reflektif. 2. Jurnal Reflektif merupakan catatan luahan perasaan/emosi; reaksi; fikiran anda semasa membuat Aktiviti-aktiviti 1 hingga 3; dan secara terus mengalami peristiwa sambutan perayaan atau aktiviti keagamaan yang berbeza. Malah sepanjang anda melakukan Aktiviti 1, Aktiviti 2 dan Aktiviti 3; anda telah diberikan tip-tip untuk mencatat perkara-perkara penting yang anda alami. 3. Tuliskan semua catatan anda dalam bentuk karangan esei; dan buat satu rumusan keseluruhan. Berikan cadangan-cadangan atau tindakan susulan dimana perlu. 4. Anda dinasihati membuat refleksi dari aspek seorang individu; seorang ibu/bapa; seorang anak; seorang ahli masyarakat majmuk Malaysia; dan seorang guru yang bertanggungjawab membentuk generasi akan datang. 5. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif kepada 3-5 muka surat sahaja. 6. Upload Jurnal Reflektif anda pada Assignment page di portal EPIC.

You might also like