PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

TAJUK 1 PENGENALAN SENI ALAM MELAYU
1.1 Sinopsis Pengenalan Seni Alam Melayu menerangkan tentang seni tampak masyarakat di Alam Melayu khususnya di Malaysia. Seni tampak yang dimulai dengan lukisan-lukisan gua di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Seterusnya tentang artifak-artifak peninggalan zaman prasejarah. Seni kaum peribumi seperti kaum Jah Hut, Mah meri dan tenunan pua kumbu oleh kaum Iban juga dibincang untuk lebih mengenali seni Alam Melayu. Simbol-simbol mesej yang ingin disampaikan. yang digunakan pada karya seni mereka dan maknanya dikaji untuk mentafsirkan

1.2 Hasil Pembelajaran: 1) Menganalisis bentuk dan makna hasil lukisan gua, artifak dan Seni Pribumi. 1.3 Kerangka Tajuk-tajuk

1

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 1.4 Pengenalan Seni di Alam Melayu telah lama wujud. Kewujudannya dibuktikan dengan penemuan-penemuan pelbagai artifak sejarah khususnya artifak seni di beberapa tapak arkeologi di seluruh negara. Artifak-artifak sejarah meliputi hasil seni seperti artifak peninggalan Zaman Logam. Selain artifak-artifak, lukisan-lukisan di gua juga merupakan manisfestasi manusia terhadap kehidupan mereka dan membuktikan bahawa manusia di zaman dahulu telah mempunyai cara untuk mengekspresi perasaan mereka seperti lukisanlukisan gua yang terdapat di Bukit Tambun, Perak, Gua Balambangan, Sabah dan Gua Niah, Sarawak. Lakaran pada dinding-dinding gua menunjukkan hubungkait yang sangat rapat antara kehidupan dan alam sekitar. Lakaran-lakaran yang dihasilkan kelihatan tidak bertindih di antara satu sama lain. Penceritaan tentang sesuatu peristiwa itu sangat signifikan dan istimewa seolah-olah dirancang. Pada asalnya seni tampak di Alam Melayu lahir kerana keinginan manusia untuk menghasilkan peralatan bagi memudahkan urusan atau kehidupan seharian mereka. Penghasilan peralatan seperti peralatan memburu dan pertanian telah membuktikannya. Penghasilan patung-patung dikalangan kaum pribumi bukan untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum-kaum pribumi yang masih kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi. Manusia zaman dahulu juga ingin mengekpresikan hubungan antara alam dan kehidupan mereka. Semangat alam diadun dengan kepercayaan dan disebatikan dalam kehidupan. Kepercayaan mereka terhadap alam telah melahirkan beberapa pantang larang dalam transformasi bentuk alam ke bentuk tampak. Motif-motif pada pua kumbu misalnya, tidak akan dihasilkan sewenang-wenang oleh

2

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI penenunnya. Pelbagai pantang larang masih dipegang untuk menghindarkan penenun daripada ditimpa pelbagai musibah. 1.5 Lukisan Gua Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia, lukisan gua telah dijumpai di Gua Tambun di Perak, Gua Niah di Sarawak dan Gua Balambangan di Sabah. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

Lukisan gua di Bukit Tambun Menurut M. Matthews, seorang penulis yang menulis di dalam terbitan isu ‘Malaya Dalam Sejarah – Majalah Persatuan Sejarah Malaya’ pada bulan November 1959 berkata, “Lukisan di Gua Tambun menggunakan satu warna – tidak jelas. Dalam sesetengah kumpulan, warnanya unggu pekat dan dalam kumpulan lain, warnanya merah pudar. Banyak lukisan ini memaparkan individu-individu lelaki yang dilukis kasar. Ada di antara haiwan yang dilukis ini mudah untuk dikenalpasti tetapi ada juga yang kurang jelas dan imaginasi diperlukan untuk membayangkan apa sebenarnya yang cuba digambarkan oleh pelukis tersebut.”

3

lukisan dinding sepanjang 200 kaki telah dijumpai. Sungai Siput. yang terletak berdekatan dengan Gua Niah. di Pahang dan juga di Kedah. dan rusa. geometrik. Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan 4 . Perak. Selain itu. sampan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Tetapi kebanyakan lukisan di sini agak jelas di lihat dan memaparkan haiwan seperti dugong. Kebanyakkan pengkaji percaya bahawa ia telah dilukis oleh masyarakat Zaman Noelitik. Gambaran haiwan di dinding Gua Tambun Sesetengah kajian mengatakan bahawa hematit (bahan yang menghasilkan warna merah) telah digunakan untuk menghasilkan lukisan-lukisan gua di Gua Tambun. lukisan yang membentuk galeri gambar ini terpampang sepanjang lebih dari seratus kaki. Lukisan-lukisan tersebut boleh dikelompokkan ke dalam beberapa bentuk iaitu bentuk manusia. tetapi masa dan cuaca telah menghapuskan sebahagian besar lukisan ini. tapir. haiwan. di Hulu Kelantan. unsur alam dan juga bentuk abstrak. terdapat juga lukisan lain di gua tersebut yang dipercayai dilukis oleh masyarakat awal orang asli seperti yang terdapat di Lenggong. Pada bahagian lain di Gua Kain Hitam. Rusa yang dilukis di sini amat menarik kerana kesemuanya kelihatan seperti rusa betina yang sedang bunting dan salah satu darinya juga mempunyai bayangan anak rusa di dalam perutnya! Pada suatu masa dahulu. Ia dihasilkan dengan menggunakan arang.

5 . Bentukbentuk sebegitu mungkin satu bentuk abstrak yang menggambarkan satu fenomena di ketika itu. Lukisan-lukisan ini dilukis menggunakan tanah atau batu merah yang berada tidak jauh dari gua tersebut.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI susunan manusia yang menari. unsur alam. Lukisan ini menggunakan arang dengan gambaran motifmanusia. 1. tembikar China dan manik kaca. sampan dan abstrak.6 Artifak Artifak bermaksud barang-barang buatan manusia (terutama alat perkakas dan senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. Sabah menggambarkan cantuman bentuk laktis ( oval berjalur) dengan garisan memanjang. haiwan. Di Gua Tasob Madai pula terdapat lukisan gua yang mewakili lukisan gua Zaman Neolitik. Gambaran aktiviti manusia di dinding Gua Kain Hitam Gambaran haiwan di dinding Gua Kain Hitam Manakala lukisan di dinding Gua Balambangan. Turut dijumpai di Gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama. Motif-motif ini menjadi bukti tentang aktiviti manusia di ketika dahulu. Tempoh prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400.

Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian utara. melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar. Satu-satunya peninggalan binaan yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong. 6 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Faktor cuaca banyak memberi kesan pada artifak-artifak prasejarah termasuk barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu dan besi. manakala di pantai barat pula adalah berdekatan kawasan sumber bijih timah. Kehidupan di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia.000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah. atau di kawasan-kawasan Mesolitik. termasuklah di Gua Niah di Sarawak. Kebanyakan artifak. Gua Cha di Kelantan dan Gua Kechil di Pahang. Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13. Johor. Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu dramatik sekali di sekitar 5. termasuk kawasan perkuburan. telah ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua. Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri. Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula tertumpu di kawasankawasan yang mempunyai sumber emas.

Topeng-topeng ini pada mulanya diukir oleh bomoh atau batin. Bes.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Loceng Gangsa dari Zaman Logam Layari Internet Dapatkan maklumat tentang 10 artifak yang telah didaftar dalam Daftar Warisan Kebangsaan 2009 yang dikenali sebagai Objek Warisan Ketara.7 Seni Pribumi Di kalangan masyarakat Asli tempatan seperti kaum Mah Meri di Pulau Carey dan Jah Hut di Pahang. topeng adalah tunggak budaya mereka. Kaum asli ini membuat topeng untuk tujuan penyembahan dan perubatan. Pelbagai jenis topeng yang terdapat dalam masyarakat Asli serta diberi nama tertentu seperti Roh.muzium negara. Moyang.my) 1. Poyang. (www. dan Hantu. 7 .gov.

mistik.7.2 Kaum Mah meri Mah Meri merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang tinggal di Malaysia dan tergolong di dalam kumpulan besar yang digelar orang Senoi. Pengukiran kayu merupakan salah satu sumber pendapatan kaum Jah-hut. Selain hasil anyaman.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 1. keagamaan. 1. "Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam istilah. Segala ciptaan dari ukiran kayu adalah berasaskan kepada imaginasi dan mimpi yang menggambarkan kuasa baik atau jahat yang ada perkaitan dengan sistem kepercayaan dan kehidupan mereka. bertam. Mereka juga dikenali sebagai orang laut. sesuai dengan lokasi penempatan mereka yang berhampiran dengan laut iaitu di sepanjang pantai Negeri Selangor dan Pulau Carey. Setiap ukiran mempunyai pelbagai maksud dari segi kepercayaan.7. lagenda serta gambaran kehidupan mereka.1 Kaum Jah-hut Suku kaum Jah-hut adalah suku bangsa Senoi yang mendiami negeri Pahang. kaum Jah-hut juga sememangnya sinonim dengan pengukiran kayu terutama penghasilan arca dan merupakan lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka. Kaum ini terkenal dengan hasil anyaman dari mengkuang dan pandan. buluh dan rotan. Moyang Harimau Berantai 8 . Mahmeri memberi maksud bersisik.

Ukiran serta makanan tersebut kemudiannya ditinggalkan di tepi laut setelah upacara tersebut selesai. Ukiran kayu kaum Mah Meri melambangkan roh atau semangat yang wujud dan mempunyai pengaruh ke atas pelbagai aspek kehidupan mereka sama ada secara positif atau pun negatif. alam flora dan fauna amat menakjubkan. Ukiran kayu Mah Meri bukan dicipta untuk tujuan beribadat atau untuk disembah.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Kaum Mah Meri terkenal dengan hasil ukiran topeng kayu serta ukiran yang digunakan di dalam amalan kerohanian tradisi mereka. Moyang Sauh yang digambarkan dalam ukiran Mah Meri mempunyai bentuk seakan-akan seekor ikan atau naga laut menjadikannya sebuah ukiran yang kelihatan menyeramkan namun sangat indah pada masa yang sama. Kaum Mah Meri yang kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi . 9 . Kreativiti mengukir patungpatung berbentuk dewa-dewa. Ukiran yang dinamakan Moyang Sauh dipercayai berpengaruh ke atas keselamatan para nelayan ketika mereka turun ke laut. bomoh Mah Meri akan menghasilkan ukiran Moyang Sauh dan mengadakan satu upacara di tepi pantai dengan menyediakan pulut kuning dan makanan yang lain sambil meminta pertolongan Moyang Sauh agar nelayan mereka selamat di laut hinggalah mereka pulang ke darat. figura manusia. Untuk memastikan para nelayan selamat pulang.

sentiasa menjadi sebutan. salah seorang ahli keluarga pesakit tersebut perlu menghasilkan ukiran kayu yang melambangkan roh atau semangat yang dipercayai berpengaruh ke atas penyakit tersebut. sakit perut dan penyakit yang berkaitan dengan pembuangan air kecil. Nama seperti Moyang Tetek Lanjut. Selalunya topeng ini dipakai oleh batin dan bomoh sebagai perantara alam metalizik dan realiti. Ukiran ini kemudian diberikan kepada bomoh mereka yang akan menjalankan upacara bagi ‘mengalihkan’ penyakit tersebut dari pesakit kepada ukiran kayu itu dan kemudian membuangnya ke laut atau ke dalam hutan. penyembahan dan hiburan. Nama topeng dalam masyarakat Mah Meri berdasarkan cerita dan kepercayaan masyarakat untuk tujuan perubatan. lalu secara simboliknya ‘mengeluarkan’ penyakit itu dari badan pesakit. Moyang Labi-Labi dan Moyang Katak Kala. Untuk mengubati pesakit. 10 . gaya dan piuhan. Bentuk-bentuk topeng masyarakat Asli ini tidak menggunakan warna tetapi rupa topeng dibezakan melalui corak.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Moyang Jantung Moyang Sauh Moyang Naga Ukiran Mah Meri juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mereka untuk menyembuhkan penyakit seperti demam.

11 . menakut serta melucukan. setiap ukiran yang dihasilkan adalah seunik urat-urat kayu nyireh batu yang membentuk ukiran itu sendiri. Ukiran topeng Kaum Mah meri Jenis kayu yang paling digemari untuk dibuat ukiran adalah kayu nyireh batu. Ukiran berukuran satu kaki tinggi memakan masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan. maka topeng menjadi mekanisme penjelmaan mereka dari manusia kepada makhluk magis. Kebanyakan bomoh di kalangan masyarakat Asli berperanan sebagai tabib dan hakim. Setiap ukiran tertakluk kepada tafsiran pengukir yang menghasilkannya. Selain daripada ukiran kayu.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Terdapat topeng yang dipiuhkan untuk menimbulkan imejan yang menggerun. Oleh sebab ini. hasil anyaman juga memainkan peranan yang penting dalam budaya Mah Meri lebih-lebih lagi bagi kaum wanita Mah Meri. Keindahan ukiran ini terserlah bukan sahaja pada alunan urat kayu nyireh yang indah atau warna kayu yang menarik tetapi juga pada rekabentuk ukiran itu sendiri yang ringkas tetapi sungguh anggun serta membawa makna di dalam budaya kaum Mah Meri. kepakaran pengukir untuk membentuk kayu ini serta keunikan mutu kerja pengukir tersebut. Terutamanya topeng untuk tujuan penyembuhan penyakit.

Kain tenunan ini berwarna kemerah-merahan atau coklat tua. Kepercayaan Dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang Biasanya.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Sebelum mereka dianggap layak untuk berkahwin.7. Pua kumbu menjadi kemegahan di kalangan wanita kaum Iban dan jika dilihat dengan teliti. 12 . Bagaimanapun. seorang wanita kaum Mah Meri perlu menguasai kemahiran menganyam pelbagai jenis barangan seperti bakul memburu. LAYARI INTERNET Layari internet dan dapatkan gambar beserta nama 5 patung kaum Jah-hut dan Mah meri 1. tikar serta perhiasan upacara.3 Pua Kumbu Pua Kumbu merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Pua kumbu ditenun oleh wanita kaum Iban yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. motif ini hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah Fauna Buaya panjang mempunyai kuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman padi). motif-motif itu kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang larang mereka. Antara motif-motif yang digunakan: Motif Engkeramba Penerangan Merupakan gambaran figura roh. ia turut memaparkan corak kehidupan seharian masyarakat Iban. bekas simpanan.

mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu labah-labah. bulan. membawa petanda buruk dimana kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu dantidak ditenun Katak dengan sewenang-wenangnya ditenun dengan gaya seperti manusia. menurut kepercayaan kaum Iban. kunang-kunang. kala jengking dan lipan Ular Alam & Alatan Mengikut kepercayaan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Motif Penerangan Kepercayaan Mempercayai bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka. selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak dan dikatakan Harimau dan tikus kasturi Burung mempunyai kuasa untuk mencipta bayi sering dikarang dalam bentuk abstrak Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian. Maksud memakan diri itu pula adalah 13 . pucuk rebung. biji benih dan bunghabungaan. ia dipercayai akan 'memakan diri' dan kain tersebut tidak dapat dihasilkan. pucuk paku. jika seseorang itu berkeras untuk menghasilkan motif atau corak pua kumbu di luar kemampuannya. awan larat. pembawa alamat baik kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan Rusa Serangga Flora rotan. buahbuahan. alat tenun dalam apa pekerjaan.

Penenun yang mencapai tahap tertinggi boleh dikenali dengan tatu di badan mereka. Walaubagaimanapun. penenun akan membuat sebuah tatu di tangan yang bermakna penenun tersebut adalah pakar atau telah ditauliahkan. Dahulu jika seseorang wanita Iban yang tidak mempunyai kepandaian menenun kain. dia tidak akan dipilih sebagai calon isteri dan lambat bertemu jodoh. menyambut kepala (selepas ngayau/memenggal kepala) dan upacara bercucuk tanam. 14 . malah kebolehan itu juga pernah menjadi faktor tarikan utama kaum lelaki suatu ketika dulu. Kemahiran menghasil kain tenunan merupakan satu kemestian bagi wanita suku kaum Iban.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI pembuat itu akan jatuh sakit dan ada sahaja perkara lain yang menghalangnya untuk menyiapkan tenunan tersebut. Pua kumbu pada zaman dahulu sering digunakan dalam upacara kelahiran. pua yang dihasilkan adalah antara yang terbaik di kalangan suku kaum Dayak. Mereka akan mempunyai tatu di beberapa tempat di anggota badannya termasuk di bahagian leher. perubatan. perkahwinan. Penenun yang mahir biasanya memperoleh motif serta corak menerusi mimpi yang kemudiannya diterjemahkan dalam tenunan pua kumbu. pengkebumian. Bagi masyarakat Iban. Kini sebahagian kecil sahaja masyarakat Iban yang memiliki kemahiran menenun pua. seni tangan itu bukan sahaja menggambarkan kerajinan dan ketekunan malah sikap bertanggungjawab di dalam rumahtangga. Apabila selesai setiap pua kumbu dihasilkan.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pua Kumbu. motif: buah terabai/Lang Tuai 15 .

Penggunaan motif atau simbol boleh dikaitkan dengan kepercayaan dan budaya hidup masyarakat di alam Melayu. motif: tangga begi 1.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pua Kumbu.8 Rumusan Seni di Alam Melayu sangat unik. 16 . Ia menggambarkan hubungan antara manusia dan alam secara rohaniah.

2 Hasil Pembelajaran: 1) Menganalisis pengaruh Seni Barat dalam Seni Oriental dan Seni Malaysia 2) Membanding beza dan menghubungkaitkan pengaruh Seni Visual Barat dengan Seni Visual Di Malaysia. perkembangan Seni Visual seperti berikut: .Catan Cina .Seni bina .Seni Moden . 5) Menunjukkan sikap patriotik terhadap karya seni Malaysia 17 yang dibincangkan adalahh mengikut tajuk-tajuk .Seniman . Sejarah perkembangan seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan Maklumat negara-negara lain.Artifak . 4) Menganallisis perkembangan Seni Visual selepas merdeka. Ia meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual yang menjadi tradisi Melayu adalah daripada pelbagai bidang seni.Karya-karya terkenal 2.Seni Plastik .Seni Arca .Seni Bina .Catan air . 3) Menggunakan pengetahuan dan menerangkan kronologi perkembangan Seni Visual Malaysia selepas merdeka.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi maklumat dan latihan berkaitan seni visual di Malaysia merujuk kepada seni visual sebelum merdeka dan selepas merdeka.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI TAJUK 2 PENGENALAN SENI VISUAL MALAYSIA 2.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.3 Kerangka Tajuk-tajuk

2.4 Kandungan Isi 2.4.1 Perkembangan Seni Visual Sebelum Merdeka

Apakah yang anda faham tentang seni visual sebelum merdeka ?

2.4.1.1 Artifak Artifak adalah barang-barang sejarah hasilan manusia seperti peralatan, senjata atau ornamen.

18

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI A) Tembikar Seni tembikar telah wujud dalam budaya Melayu di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Ini terbukti dengan penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha, Kelantan, Bukit Tengku Lembu, Perlis, Ulu Tembeling, Pahang, Bukit Tambun, Perak dan Gua Niah, Serawak. Ragam hias pada permukaan pada permukaan serpihan tembikar berbentuk sederhana yang ditemui didapati dibuat secara spontan dan dibakar pada suhu sebarang suhu. Di Johor, dijumpai pecahan tembikar yang dihiasi Para pengkaji sejarah dengan motif geometri berbentuk ‘tulang ikan’.

menggunakan serpihan-serpihan tembikar yang ditemui sebagai petanda untuk menggambarkan tamadun dan budaya zaman silam B) Keris Keris menjadi sejenis senjata warisan Melayu sejati yang telah digunakan di Tanah Melayu sejak lebih daripada 700 tahun yang lalu. menjadi kemegahan serta kebanggaan bangsa dan negara. Contoh keris yang wujud di Malaysia Keris Semenanjung, Keris Taming Sari, Keris Pekaka, Keris Panjang dan Keris Madura. 2.4.1.2 Catan Cina Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima Selain sebagai senjata untuk mempertahankan diri, keris juga merupakan satu lambang yang

19

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI

Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin. Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926. 2.4.1.3 Catan air Sejarah seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Ia meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual bukan menjadi tradisi Melayu. Seni visual ini wujud oleh perintis karya-karya cat air dan cat minyak para pegawai Kolonial British yang berkhidmat di Pulau Pinang pada akhir tahun 1770an yang mengikut estetik zaman Victoria. Seni lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930an dengan terciptanya karya-karya catan awal oleh Yong Mun Seng, Abdullah Ariff dan lain-lain lagi. Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisanlukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.

20

monumen. Terdapat bangunan-bangunan yang menarik disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik. sejarah. sekolah. Kedah (1735). stesen keretapi. (3) Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur. Turner dan Constable. Futurisme dan Konstruktivisme. 1995).4. Contohnya.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme. (6) Balai Seni di Alor Setar. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme. Dianggarkan terdapat lebih kurang 35.1. Wilayah Persekutuan (1888). arkeologi. Surealisme. (4) Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir. masjid. tembok. Contoh senibina sebelum merdeka: (1) Bangunan Stadthuys di Banda Hilir. Kedah (1893). Melaka (1641). Fielden (2000) berpendapat bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai senibina.000 buah bangunan sebelum perang yang berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara wajar dipulihara (Syed Zainol Abidin Idid. pusat pengajian. Kubisme. bangunan pentadbiran kerajaan. George Anglican di George Town. Melaka (1728). zaman Pre-Raphelites.4 Seni bina Tidak dapat dinafikan masyarakat dahulu kala mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang seni bina. sosial dan juga politik serta rohani yang simbolik. 2. estetik. Pulau Pinang (1817). ekonomik. (2) Balai Besar di Alor Setar. (5) Gereja St. istana. 21 . rumah berhala. dan lain-lain lagi. dokumentari.

Era baru dalam aliran naturalis dan figura manusia. Seniman mengenalpasti dari aspek perletakan imej di dalam ruang plastik merujuk kepada keperluan 22 .5.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Rumusan : Perkembangan seni visual Malaysia sebelum merdeka adalah sebagai minat atau rekod sejarah.1 Bincang dan hasilkan jadual kronologi tentang perkembangan seni visual sebelum merdeka berkaitan : Stail dan bentuk tema bahan gaya aliran tahun 2.1 Seni Plastik Istilah plastik digunakan kepada semua imej-imej spatial. Latihan 1.5 Perkembangan Seni Visual Selepas Merdeka Apakah perbezaan di antara aliran seni visual sebelum merdeka dan selepas merdeka? 2. Merupakan zaman baru bagi pelukis Malaysia dan seni halus tidak dipentingkan. Aktiviti seni dipengaruhi oleh suasana penjajah iaitu menekankan genre lukisan dan catan lanskap dalam aliran Realisme.

ruang. imbangan dan kestabilan yang merangkumi objek tiga menerapkan ciri ’nasional’ atau keaslian’ seni plastik moden. Seni plastik juga adalah satu terma dalam seni visual yang memberi maksud unsur plastik dalam bahan-bahan yang boleh dibentuk dan dibina. 2. besi. 23 . ukiran. arca. mencantum dan sebagainya. membentuk. Seniman dan peminat aliran realisme rasa tercabar dan telah bangkit. mengurut. Bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini ialah batu. menjalin. struktur. dimensi. Sekitar dekad 1980-an dan 1990-an memperlihatkan cubaan serius untuk Seniman pada Unsur plastik ini menjurus kepada aspek seni dari segi bentuk. bahan dan proses berkarya. Dalam lewat tahun 50-an telah berlaku konflik dalam seni akibat perbalahan dominasi oleh pengamal aliran abstrak dan ekspresionistik. Gaya ’avantgarde’ yang dipolori oleh Abstrak Ekspresionisme Amerika telah diberi penghargaan. menguli. jalinan. senibina. tidak terikat pada media. logam. keluli dan sebagainya. melentur. batu dan sebagainya. menyambung. Membentuk ialah teknik menghasilkan karya dengan cara mengukir. dan menggelek.5. Membina pula ialah menghasilkan karya seni dalam bentuk tiga dimensi secara mengikat. Seni plastik di Malaysia melibatkan hasil karya catan. tanah liat.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI permukaan dan perasaan seniman. tembikar. tenunan senjata dan sebagainya. Dalam tahun 1960-an pemilihan gaya abstrak adalah lebih formalistik dan berbentuk individualistik. menempa. kayu. Bahan yang digunakan ialah kayu.2 Seni Arca sekitar tahun 80-an menghasilkan karya di luar ciri seni plastik konvensional dan Arca dihayati sebagai satu cabang kesenian yang berkaitan dengan pengkajian bentuk-bentuk tiga dimensi yang melibatkan formalistik seni seperti ruang.

Mad Anuar Ismail. budaya. Dari segi tema. Ramlan Abdullah. Teo Tien Eng. “Forest” (1968) dan “Ecstacy” (1986) Dekad 1970-an memperlihatkan perkembangan arca yang pesat. Institut Teknologi Mara merupakan salah sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan ramai pengarca ternama dan berpotensi seperti Zakaria Awang. Chan Teck Meng. berbanding dengan catan. Kuala Lumpur. para pengarca berinteraksi terhadap persekitaran seperti persoalan agama. Antara karya awal Anthony Lau adalah arca “Djin Api” (1959).K. Yeoh Jin Leng dan Tang Tuck Kan membangkitkan halhal yang menghubungkan catan dengan arca. Menurut T. struktur dan rupa. karya-karya arca Syed Ahmad Jamal. Cheong Laitong. Seni arca moden mula berkembang di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI warna. Peningkatan minat dan kecenderungan seniman kepada seni arca dan media campuran jelas Seni arca di Malaysia boleh dikatakan masih baru 24 . Antara yang turut serta adalah Anthony Lau. yang sama tema dengan catannya.Sabapathy (1976). Wan Ahmad Wan Mohamod. Arca-arca yang bersifat figuratif dan representasi dapat dilihat menerusi karyakarya Anthony Lau. karya Syed Ahmad Jamal “The Link” (1963). Raja Shahriman dan Bayu Utomo. alam dan kehidupan secara umumnya. Kajian Seni Lukis dan Seni Reka. Contohnya. Ham Rabeah Kamarun. Pada tahun 1976 satu pameran “Tinjauan Seni Arca Moden Malaysia” telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara. Zulkifli Yusof. Latiff Mohidin. Aliran Ekspresionisme dan Abstrak Ekspresionisme meresap ke dalam seni arca. Syed Ahmad Jamal. Tengku Sabri Tengku Ibrahim. Ariffin Ismail. Cheong Laitong dan Latiff Mohidin.

anglo-Indian. 5. Bangunan-bangunan perniagaan. tugu peringatan dan sebagainya. muzium 25 . bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (1959). persekitaran. Yang dimaksudkan dengan senibina adalah melingkupi: 1. elektik dan sebagainya. suatu aspek yang turut mengalami perubahan ketara ialah gaya rupa seni bina. Pelbagai bentuk arca terhasil. 3.3 Seni Bina Sebagai sebuah negara yang mempunyai kebudayaannya sendiri. dan sebagainya. menara. perpustakaan. 4. 6. bersifat galeri. Menjelang era pasca. Aspek-aspek umum seperti pintu gerbang. senibina Malaysia mengandungi unsur-unsur budaya kebangsaan yang berteraskan kebudayaan masyarakat berbilang kaum. Taman-taman dan kawasan rekreasi. Stadium Negara (1964). Bangunan-bangunan awam seperti masjid. Antara bangunan-bangunan utama yang dapat digolongkan dalam senibina moden ialah bangunan istana raja-raja Melayu di tiap-tiap negeri.merdeka. hospital. pemasangan ( installation) atau pun arca 2. Para arkitek yang baharu sahaja menamatkan pengajian di luar Negara telah membawa fahaman baru dalam seni bina di bandarbandar utama Negara yang sebelum ini dikuasai oleh gaya rupa senibina kolonial. sama ada secara konvensional. Bangunan-bangunan kerajaan. Binaan tempat kediaman iaitu rumah atau taman perumahan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI kelihatan awal dekad 1990-an. bangunan parlimen (1963).5. 2.

Tay hooi Keat. Ivor Shipley (arkitek JKR yang merekabentuk bangunan Parlimen) mengadaptasi factor-faktor setempat ke dalam rekabentuk moden. Masjid Negara. Bank Bumiputra. Lee Joo For. Lim Tong Juan dan William K. Beberapa orang arkitek seperti Howard Ashley. 26 . Pada tahun 1957 Frank Sullivan telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Menjelang kemerdekaan seni telah menjadi salah satu simbol kepada perpaduan kaum di Malaysia. Thursday Art Group telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan matlamat yang sama dengan Wednesday Art Group. Hisham Albakri (kumpulan arkitek JKR yang mereka bentuk Masjid Negara) dan W. Lau. Ini membawa kesan yang mendalam dalam perkembangan seni Malaysia kerana usaha-usaha Sullivan yang bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan para pelukis tempatan serta karya-karya mereka. Baharuddin Kassim. Persepsi masyarakat terhadap seni telah mula berubah.5. Bentuk dan corak senibina moden memperlihatkan perubahan-perubahan yang nyata tetapi disesuaikan dengan ciri-ciri senibina asli Malaysia. mengadakan kelas-kelas melukis. Kuo Ju Ping. Dari semasa ke semasa binaan-binaan baru didirikan bagi memenuhi keperluan pembangunan Negara dan keperluan masyarakat. Ahli-ahli terdiri daripada Abdullah Ariff. Seni daripada taraf rendah (kedaerahan) meningkat ke peringkat antarabangsa. 2. Perdana Menteri Malaya yang pertama. sesi perbincangan dan pameran. Dayabumi.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Muzium Negara. Mereka memperkenalkan konsep-konsep baru. bangunan berkembar Petronas dan Menara Telekom.K. Bangunan Sultan Abdul Samad.4 Seni Moden Pada tahun 1957.

Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Tan Sri Ghazali Shafie. syarahan. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya Chen Wen His. Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Chuah Thean Teng. Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato’ Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit. Tan Sri Kamarul Ariffin. pencinta seni. Cheong Lai Tong. Tan Sri Dato’ Azman Hashim. Antaranya ialah perbincangan. Puan P. 27 . Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal. Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Tan Sri Zain Azraii. ceramah. Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen. Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. laporan. Mohd Hoessein Enas. Nik Zainal Abidin.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Balai Seni Lukis Negara di 109. Peter Harris. Patrick Ng. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Lim dan ramai lagi. pameran dan sebagainya. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Professor Ungku Aziz. Syed Ahmad Jamal. Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun. antara yang telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an.G. ahli politik dan diplomat.

Fine Metal. Photography dan Commercial Art. Pottery and Ceramics. Sulaiman Haji Esa. pop. Photography. Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini. Pendekatan gaya catan mereka yang berasaskan optik dan maklumat telah mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan 28 . op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga menyarankan seni melibatkan kepintaran. Graphics. Cheong Laitong. Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Fine Art. masyarakat umum. nilai-nilai mistika dan metafisika iaitu maklumat dan ilmu yang luar dari bidang catan. Lee Joo For. Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and Sculpture). Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Anthony Lau. Chong Kam Kow. Mereka terdiri dari kumpulan ’New Scene’ seperti Redza Piyadasa. Joseph Tan dan lain-lain lagi. Fashion dan Industrial Design. Sculpture. Textiles. Ceramics. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan yang mencabar. Tan Teong Eng. Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Chinese Brush Painting. Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal.

Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis. Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an. Studio Seni lukis dan Sejarah Senilukis dan Kemanusiaan. Teori-teori Seni. maktab dan sekolah-sekolah serta para profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Fotografi. Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Rekabentuk Grafik. sambungan akademik aliran 29 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow. Seni Arca. Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia. telah mula membeli karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan. Aspek-aspek Seni Asia Tradisional. Badanbadan swasta seperti firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada . USM juga menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah Senilukis. Kursus Ijazah selama tiga tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan. memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar negara. Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naif. Aspek-aspek Keseniaan Asia Moden dan latihan Ilmiah. Ini termasuk USM menawarkan kursus Seni halus bagi Catan. Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut.

Chuah Thean Teng. 30 . Syed Ahmad Jamal. Cheong Laitong. Anthony Lau. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal.5. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya seniman terkenal seperti Chen Wen His. Tay Mo Leong dan Toya turut menerima pengiktirafan antarabangsa. Peter Harris. Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI realisme dan karya-karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang kaya di rantau ini. Patrick Ng. Seterusnya pelukis-pelukis batik yang lain seperti Khalil Ibrahim. Nik Zainal Abidin. Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini. dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan. Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato’ Loke Wan Tho dan Koleksi hasil-hasil kaligrafi dinasti Sung yang didermakan oleh Lee Kah Yeow bernilai 2 juta ringgit. Pelukis Malaysia pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun 1959. Lee Joo For. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. 2. Kejayaan Chuan telah membawa seni Malaysia kepada seni antarabangsa. Cheong Lai Tong.5 Seniman Balai Seni Lukis Negara di 109. Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Mohd Hoessein Enas.

6 Karya-karya terkenal 2.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an. Joseph Tan dan lain-lain lagi. Mereka terdiri dari kumpulan ’New Scene’ seperti Redza Piyadasa.2 Abdullah Ariff 31 . Sulaiman Haji Esa.5. Pohon-Pohon Kelapa Media : Cat Air Tahun :1951 2. Tan Teong Eng. Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow.5.6.6. Rumah Atap Di Tepi Pantai Media : Cat Air Tahun : 1960 2. Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia. Chong Kam Kow.5.1 Yong Mun Sen (1896 -1962) 1. 2.

3 Dato’ Mohd Hoessein Enas 32 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Abdullah Ariff. Cat Air. 1960 2. Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya. Cat Air.5. 1948 Abdullah Ariff.6. Coconut Plantation – Dawn.

Cat Minyak. Gadis Melayu. 1959 3. Nobat Media : Cat Minyak Tahun : 1962 33 . 1958 Dato’ Mohd Hoessein Enas . Potret Diri. Pastel Kapur.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Dato’ Mohd Hoessein Enas.

Cat Minyak Atas Papan.6. Mandi Laut. Mengutip Daun Tembakau Media : Cat Minyak Tahun : 1963 5. Datuk Syed Ahmad Jamal Perhubungan ( Arca ) Media : Besi Waja Tahun :1963 Datuk Syed Ahmad Jamal. 1957 2.6.5.5. Pengantin Perempuan Iban Media : Cat Minyak Tahun : 1963 2.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 4.4 1.5 Anthony Lau (1933 ) 34 .

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Anthony Lau. Djin Api. Kayu. 1959 2. Lembu Liar ( Arca ) Media : Batu & Habuk Simen Tahun : 1963 35 .

Pulau Pinang Media : Dakwat Tahun : 1952 3. Pemandangan Pohon Media : Campuran Tahun : 1961 Tay Hooi Keat. 1968 4. Pondok Melayu. Kapal Haji Media : Cat Minyak Tahun : 1966 36 .6.5. 1958 5. Besi.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Anthony Lau.6 1.1989) Jalan Pinang Media : Cat Minyak Tahun :1955 2. Lembu Berlaga. Cat Minyak. Hasil Rimba ( Arca ) Media : Besi Tahun : 1966 2. Tay Hooi Keat (1910 . Rimba.

Arkrilik. Zulkifli Dahalan Di Dalam Ruang Rumah Media : Cat Minyak Tahun :1974 2. Are You Alone Out There ?. Pak Utih.8 1. Campuran.5. 1967 Ibrahim Husin.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.6.6.5. Satu Hari Di Bumi Larangan 37 . Ibrahim Husin (1939 Kekecuhan Media : Arkrilik Tahun :1969 ) Ibrahim Husin. 1969 2.7 1.

Kapur Pastel. Kapal Kertas. Membakar Semut Media : Kapur Pastel Tahun : 1967 Dzulkifli Buyung.9 Dzulkifli Buyung (1948 ) Dzulkifli Buyung. Kapur Pastel 2.5. Kelambu.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Media : Cat Imulsi Tahun : 1977 2.6. 1966 4. Lidi Media : Kapur Pastel Tahun : 1962 38 .

5. 1962 2. Latiff Mohidin A.Latiff Mohidin.6.6.Latiff Mohidin. Imago Senja ( Cetakan ) Media : Kayu Tahun : 1969 A. Pago – Pago.5.10 A. Cat Minyak. Kayu 2.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 2.11 Mazli Mat Som 39 . Siri Langkawi.

12 Khaw Sia 1. Menyeberang Sungai Media : Cat Air Tahun :1958 2.6.5. 1965 2. pastel. Yati. 1964 Mazli Mat Som.6. Menanti Nelayan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Mazli Mat Som. Cat Minyak.5.13 Lai Foong Moi 40 .

5.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Lai Foong Moi.14 Patrick Ng Kah Onn (1932 ) Patrick Ng Kah Onn. 1958 2. Waktu Pagi Di Kampung. Cat Minyak.6. 1961 41 . Menjemur Kain. Gauce.

5. Cat Minyak.15 Yeoh Jin Leng (1929 1. Cat Minyak.16 Jolly Koh Jolly Ko.6.17 Khalil Ibrahim 42 .6. Paku Kipas.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Patrick Ng Kah Onn.5.5. Tanah Dan Air.6. 1958 2. Sawah Padi Media : Cat Minyak Tahun :1963 ) 2. 1968 2. Semangat Angin.

18 Chua Thean Teng 1.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 1. Di Tepi Pantai Media : Lilin Dan Pewarna Batik Tahun :1958 43 . Pantai Timur 1 Media : Lilin Dan Pewarna Batik Tahun :1988 Khalil Ibrahim.6.1978 2.5. Pantai Timur 2. Lilin Dan Pewarna Batik.

Musim Buah. Lilin Dan Pewarna Batik. 1968 Rumusan Seni visual selepas merdeka semakin matang dan menjadi bidang professional. Latihan 2. Institut dan akedemi seni swasta memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. arca dan karya mula menggunakan perisian komputer.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Chua Thean Teng. Seni visual juga menjadi salah satu simbol perpaduan kaum. Kemunculan catan hard-edge.1 Bina jadual perbandingan perkembangan seni visual selepas merdeka daripada hasil analisa terhadap bahan bacaan dan internet mengenai : 44 . Persepsi masyarakat terhadap seni visual mula berubah daripada peringkat rendah ke peringkat antarabangsa.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI .stail TAJUK 3 APRESIASI KARYA SENI ORIENTAL 3.bentuk dan makna .bentuk aliran karya .1 Sinopsis Menurut Drs. Sidi Ghazalba.tahun .tema . dalam bukunya ’Pandangan Islam Tentang Seni’ menerangkan seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan 45 .tokoh .

Manusia memerlukan satu media perantaraan untuk meluahkan perasaaan dan emosi untuk dikongsi bersama manusia lain.2 Hasil Pembelajaran: 1) Menganalisis penulisan tokoh dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman. 2) Mengaplikasikan teori apresiasi untuk melihat dan menghayati karya seni. 3. Menurut Zakaria Ali. Menghayati seni adalah satu bidang yang perlu diberikan perhatian. 3.3 Kerangka Tajuk-Tajuk 46 . apresiasi seni adalah latihan yang melibatkan deria pandang dan sentuh yang mampu membantu kita menikmati karya dengan lebih seronok lagi.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI oleh sekelompok manusia melalui pancaindera kelima ekoran fitrah semula jadi yang cinta kepada seni. Penghayatan karya seni memerlukan bahasa seni iaitu bahasa lisan dan tulisan. Penerapan bahasa dalam penghayatan seni adalah dalam bahasa visual atau seni tampak.

Istilah Seni Oriental secara tradisionalnya merujuk kepada aktiviti seni dari daerah Timur Tengah. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana 47 . Istilah Oriental telah digunakan oleh masyarakat Barat untuk menjelaskan tentang kebudayaan. Asia Selatan dan Asia Timur.4. karya seni yang dihasilkan pada zaman Pra Sejarah lebih menggambarkan situasi dan aktiviti mereka sendiri. (a) Seni Islam Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Karya seni yang dihasilkan biasanya mempunyai tujuan yang tersirat dan tersurat. Ia termasuklan Seni Islam. Seni China dan Seni India.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Tuliskan esei pendek mengenai pengertian seni oriental dan ciricirinya. Sebagai contoh.4 KANDUNGAN ISI 3. negara-negara dan peralatan yang berasal dari kawasan tersebut.1 Pengenalan Seni Oriental Di dalam dunia ini terlalu banyak karya-karya seni telah dihasilkan secara individu atau berkumpulan. 3.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. kehendak. perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat. Seni Islam terdiri daripada elemen yang diulang-ulang berbentuk geometri. seni bina dan seni pentas. Kesenian Cina yang terawal sekali ditemui pada akhir Zaman Batu ialah Seni Tembikar. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia. muzik. Islam membenarkan umatnya berimiginasi dan berkreativiti dalam pemikiran mereka. Kesenian boleh mendidik manusia supaya menjadi insan yang baik dan insan yang hampir kepada Allah. sifat. Kesenian Islam perlu mempunyai mesej yang jelas. keinginan. Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada Tuhan. Dalam jiwa. Tiada pemisahan antara seni dan agama. perasaan. Seseorang seniman perlu memahami ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan. Sunnah dan Ijma' Ulama. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. nafsu. Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkan agama. pada semua tempat. 48 . Para seniman mempunyai tanggungjawap sosial dalam konteks syariah islamiah. zaman dan situasi menepati citarasa. (b) Seni China Menurut ahli sejarah. Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah. perasaan dan akal fikiran manusia." Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Tiada elemen-elemen figura.

(c) Seni India Kesenian India bermula dari Dinasti Maurya. contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Bentuk-bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal dan berbadan kecil. Karma – prinsip asas bagi aliran pemikiran falsafah dan agama yang berasal dari India. Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan. contoh Stupa Sanchi.m. tanggungjawab dan aturan memberi makna kepada kehidupan manusia iaitu memberi individu identiti dan makna kepada peranannya dlm hidup. contoh Taj Mahal dan Jami masjid.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Bidang Kesenian Cina Seni Tembikar Kebanyakkan tembikar neolitik yang terbaik di dunia datanganya dari negeri Cina. Kepercayaan kepada Tuhan – kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batas pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas pemikiran agama orang Hindu. Dharma dikaitkan degan tugas.1 Jelaskan tentang perzezaan seni Islam dengan keagamaan. imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang. contoh Tiang Asoka. contoh Tiang Asoka. Zaman Muslim. imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. contoh Stupa Sanchi. Tembikar Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. Latihan 1. Nilai-Nilai Dharma – dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan apa yang harus dilakukan. Seni Bina dan Seni Ukir berkembang maju pada zaman Maurya. Berasaskan kepada keagamaan dan pemujaan. seni India dari sudut 49 . Ianya mencapai kegemilangan pada zaman Gupta. tahun 132 s. Ia berkembang maju pada zaman Maurya. Zaman Muslim. kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang. Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta.

Plato. Maka ’Philosophia’ secara jelasnya membawa maksud ’mencintai akan kebijaksanaan’. Tokoh-tokoh tersebut boleh diibaratkan sebagai kompas yang memberi panduan. Tohoh-tokoh falsafah yang ternama adalah seperti Socrates.2 Falsafah dan Stail Pengenalan ’Philos’ dalam bahasa Yunani bermaksud kecintaan terhadap sesuatu manakala ’Sophia’ bermaksud kebijaksanaan atau pengetahuan. Falsafah seni bukan sahaja merupakan proses mencari jawapan kepada keindahan malahan juga memberikan gambaran tentang gabungan nilai keindahan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI 3. Falsafah seni pula adalah proses mencari jawapan kepada keindahan.4. Socrates. Plato dan Aristotle merupakan ahlli falsafah Yunani yang terkenal. rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seorang pengkarya seni dalam karya yang mereka hasilkan. kesenian Islam berbeza dengan bentuk kesenian lain. (a) Falsafah Seni Islam Sejarah telah membuktikan bahawa. Leonardo da Vinci. 50 . Mohd Taib Osman dan lainlain. Atistotle. Kesenian yang dihasilkan adalah berlandaskan kepercayaan kepada kitab Al Quran dan hadis Nabi. Idea mereka telah mempengaruhi perkembangan falsafah seni di barat juga di Malaysia. falsfah Islam dan falsafah timur. Falsafah seni adalah sesuatu yang global dan secara umumnya terbahagi kepada falsafah barat. Malahan ia juga memberikan gambaran gabungan nilai keindahan. pendapat dan idea tentang keindahan seni kepada para seniman. rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan.

didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. dapat dipandang. Manakala menurut Al-Faruqi.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak. Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt. Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. 51 . Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan). Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Dia adalah Pencipta yang Esa dan Mutlak’. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam. halal dan berakhlak. konsep seni Islam adalah berlandaskan konsep Tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan. Beliau menegaskan bahawa:‘Setiap motif ‘arabesque’ dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran estetika yang tiada Tuhan melainkan Allah. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. makhluk dan alam sekitar'. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia.

Khat Diwani : Catatan atau antologi karangan. Khat Thuluth : digunakan untuk hiasan seperti dalam mushaf Usmani. Jenis-jenis Seni Khat Tamudun Islam kaya dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Farisi. penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Seni Khat Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal. inspirasi dari model khat lain. Hanya digunakan untuk hiasan sahaja. Khat Diwani Jali : Lebih bervariasi berbanding khat diwani. Tulisan ini mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Riq'ah. Diwani. Antara Seni Khat yang terkenal ialah Nasakh : diperindah oleh Ibn Muqla Khat Riq'ah : tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat dan sesuai dengan gerakan tangan. Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. nama kitab atau buku . disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya. Diwani Jali dan Raihani. Khatnya mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini. 52 . Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). mudah dirobah. Thuluth. Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. memandangkan penulisannya menggunakan huruf-huruf al-quran. Nasakh. Seni khat mempunyai kaitan rapat dengan jiwa islam. Antaranya khat utama ialah Kufi. Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain.

surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Khat Kufi berasal dari Kufah. juka dibandingkan dengan khat diwani. ia lebih banyak bentuknya . nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain. Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran). pemerintahan. kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul. Ia banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan. Khat Diwani. Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian. rumit penulisannya. Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal. Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Ia digubah dalam bentuk perahu. jelas serta tidak mengelirukan Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai bangunan masjid. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth. ikan. lebih indah dan estatik. Seni Bina 53 . Digunakan secara meluas semasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Khat Diwani Jali. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini. Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku berkenaan keagamaan. burung dan sebagainya. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.

Lukisan dan Arca ( Ukiran) Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan. piring. makam. buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Buktinya daat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak 54 . Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. bekas air. tembikar. buyung. Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding. tungku dan topi besi perang. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh. perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling. sejadah. pohon dan batu mahal dan ukiran seni halus ini juga terdapat pada perabot rumah. Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. cerek. kulit buku. Seni lukis pula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk arabesque dengan pilihan warna emas. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas. daun pintu. lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain. jubin.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan. tikar permaidani. gading dan lain-lain. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawang. reka bentuk yang direka oleh manusia. Pada zaman tersebut. barang-barang tenunan sutera dan sebagainya.

dewa atau patung.2: Khat Thuluth Rajah 1.3: Khat Diwani 55 .PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI termasuk benda-benda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan. Rajah 1.1: Corak-Corak Arabes 7 Rajah1.

langit dan bumi serta lelaki dan perempuan. Kesinambungan dan perhubungan di antara kedua-dua unsur yang berpasanagn dan bertentangan ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat China. seorang ahli falsafah China menyatakan bahawa semua benda di dunia ini termasuk ilmu terbahagi kepada dua kategori umum: Yin dan Yang.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Rajah 1.5: Seni Bina 1. manusia perlu dididik tentang cara bagaimana mereka harus bertindak dalam masyarakat mengikut suatu upacara adat istiadat. Oleh itu. Yin dan Yang adalah simbol mengenai keharmonian yang saling bertindak di antara unsur-unsur yang bertentangan dan berpasangan pada alam ini seperti kegelapan dan kecerahan. 56 . kelembapan dan kepanasan.2 Senaraikan jenis-jenis khat dan dan kegunaannya masing-masing (b) Falsafah Seni China Mencius. Confucius pula mempunyai pendapat bahawa manusia bukan hidup berseorangan atau bersendirian serta terasing daripada masyarakat.

Falsafah Toisme juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. menggunakan glaze kelabu kekuningan yang diperbuat dari timah hitam. kesabaran menanggung penderitaan kepada kepantasan pembangunan dan perluasan kebudayaan di 57 . bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal berbadan kecil. kerajaan yang paling berkesan ialah kerajaan yang paling kurang memerintah. ada terdapat bukti teknik tuangan bentuk huruf atas bejana-bejana telah dilakukan. Kebanyakan kesenian tembaga ketika itu adalah peralatan rumah dan sebahyang yang ditiru dari bentuk-bentuk tembikar. masyarakat dan negara. Pada akhir Wangsa Chou. Seni Tembikar Kebanyakan tembikar neolithic yang terbaik di dunia datangnya dari negeri Cina. Undang-undang dan peraturan yang paling sedikit yang diperkenalkan oleh sesebuah kerajaan itu. Tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. Penekanan kepada alam pula telah menggalakkan pengikut Toisme menerokai sains dan teknologi. akan memudahkan kefahaman rakyat.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Jika wujud sifat hormat menghormati. Menurut Falsafah Toisme pula. Tembikar Cina zaman akhir Neolithic pula berwarna hitam dan berkilat. Seni Tembaga Kesenian tembaga bermula pada zaman Wangsa Shang. kesusilaan dan tanggungjawab dalam masyarakat maka akan wujudnya keamanan dalam keluarga. kesopanan. Pokok buluh pula adalah simbol China. Bentuk-bentuk bejana kepada kekuatan. Tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan glaze yang terang pada permukaan tembikarnya. Tembikar zaman Wangsa Ha.

Di guagua Tung Huang. Kebayakan catan menggambarkan keindahan panorama alam dan semulajadi. Zaman Sung. Shensi. Catan Cina lazimnya dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat. Seni kaligrafi Seni tulis cina yang terawal ditemui pada zaman Wangsa Shang (2000 S.M) yang ditulis di atas permukaan buluh. Arca-arca diperbuat daripada tanah liat yang diwarnakan. Taoism dan Confucianism. pelukis Cina menggunakn ciri-ciri pemandangan san kemanusiaan a) Ciri-ciri catan Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan barat. Perkembangan seni catan terkenal di Zaman Wangsa Tang yang banyak berunsur ugama Budha. tulang dan kulit kura-kura. diperbuat daripada marmar. kesenian dan tulisan orang China. terdapat banyak tulisan pada permukaan bejana tembaga 58 . Kehadiran Confucius dan Lao-Tzu pada zaman Wangsa Chao.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI berasaskan bentuk binatang. Dalam tahun 1928-221 SM. membantu menggalakkan pertumbuhan falsafah. batu dan tembaga. Terdapat banyak imej-imej Budha ditemui di candi-candi di Gua Yun Kang. Catan mempunayi falsafah Arca dan Ukiran Dikesan sejak zaman Wangsa Shang dengan terjumpanya dua arca berbentuk harimau dan burung hantu. bejana tersebut digunakan untuk 2 tujuan iaitu kegunaan harian dan istiadat keagamaan Catan Dikatakan catan Cina bermula dengan gambar binatang. Kansu terdapat imej-imej Budha diukir pada dinding gua tersebut.

Seorang artis harus dapat berinteraksi secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan falsafahnya melalui catan. tulisan bentuk kasar (Rough Script) dan tulisan sambung (Curcive Script) Senibina Senibina di China dikatakan dapat dilihat dengan pesat pada zaman Ming. air. Catan lanskap Catan lanskap mendapat tempat yang istimewa sekali dalam perkembangan seni catan China. Tulisannya mempunyai ukuran yang sama. iaitu tulisan bentuk biasa (pattern script). awan. Sejarah catan China berkembang dengan pesat dalam zaman Dinasti Sung. beratap genting melengkungn ke atas. Catan lanskap China (Shan Shui) membawa maksud gunung dan air. a) Ciri-ciri Catan lanskap Tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepasda ekspresi yang membawa pengnertian terrhadap keseluruhan catan.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI dan batu. apabila Peking dijadikan Pusat Pentadbiran menggantikan Nanking a) Ciri-ciri Senibina Berdinding kayu beratap genting curam. Hukum Catan China (Berasaskan Prinsip Shi-Vitalize Spirit). Komposisi: mementingkan rangkaian ruang berasaskan garisan tegak dan mendatar. Konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan lanskap China iaitu keseimbangan dengan yang melalui perlambangan kabus. Ton dan suasana: “Chi Yun Sheng Tungn” ton yang memberi suasana yang ghairah 59 . Terdapat 3 tulisan dicipta dalam zaman wangsa Han. Bangunan kuil dan pagoda mempunyai pintu gerbang. Monokrom: penggunaan cat air dengan ton warna yang terhad bagi mendapatkan impak mendalam. burung dan lembah.

Kesesuaian lukisan dengan objek: Walaupun lukisan tidak sama dengan objek sebenar tetapi perlu ada persamaan dalaman. Lakaran: penting sebagai pembentukan awal sesuatu gambaran.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI dan dinamik.dibuat secara spontan dan simbol kepada alam semula jadi. Seni Bina Seni Arca 60 . Struktur dan sapuan berus: Sapuan awal berus memberi pengertian .

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Seni Tembikar Seni Catan 61 .

. Confucius dan Toisme Tuliskan satu essei pendek tentang konsep Yin dan Yang berdasarkan catan lanskap 62 . Rajah : Falsafah China terbahagi kepada Mencius.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Rajah : Menunujukkan lukisan zaman klasik China yang banyak memberikan gambaran kawasan pergunungan iaitu pengaruh Yin dan Yang dalam kehidupan mereka.

Semua benda dikatakan diperbuat daripada 4 jenis paramanu (atom) iaitu atom bumi. akasha (eter). Terdapat 5 unsur dlm pembentukan dunia iaitu dik (ruang). Pendukung aliran Nyaya ialah Gautama dan karyanya Nyaya Sutra bertarikh kurun ke-2 SM. Kesemua aliran ini menerima sepenuhnya ajaran kitab Veda. Mimamsa dan Vedanta. Dua realiti mutlak iaitu purusha (jiwa) dan prakriti (jirim). Yoga. sebab dan akibat. Konsep Tuhan mutlak iaitu memperjelaskan realiti Tuhan. Sankhya bererti bilangan iaitu falsafah yang menghuraikan mengenai realiti dalam bilangan yang terhad dan pengetahuan yang sempurna. Inferens (anumana). manas (minda) dan atma(jiwa ). Terdapat empat sumber ilmu pengetahuan iaitu persepsi (pratyaksha). api dan udara. Dipelopori oleh Kapila (kurun ke-7SM) dan karyanya ialah Sankhya Sutra. Dikenali sebagai astika darshana. air. kala (masa). Sankhya. Aliran Sankhya merupakan Sistem falsafah terawal. Analogi/perbandingan (upamana) dan Testimoni/pembuktian (shabda) Aliran Vaisheshika dikenali sebagai Vaisheshika Darshana. Rajas .dan Tamas Pendukung Aliran Yoga ialah Patanjali (kurun ke-2 SM) dan karyanya ialah Yoga Sutra. Penyatuan roh individu dengan roh duniawi menjadi tujuan hidup. Pengasas aliran ini ialah Kanada (kurun ke-3 SM) dan karyanya berjudul Vaisheshika Sutra. Konsep Triguna (tigasifat) alam semesta iaitu Sattva. Nyaya bermaksud pertimbangan logik. Latihan minda dan fizikal iaitu 63 . Vaisheshika.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI (c) Falsafah Seni India Terdapat Enam aliran (sekolah) dalam Sistem Falsafah India iaitu Nyaya.

penting menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat. Pengetahuan benar yg merangkumi kebaikan. belas kasihan. kerana 64 . Pendukungnya ialah Jaimini yang menyusun falsafah ini secara sistematik dan mencipta teks Purva-mimansa Sutra pada 400 SM. minda. Vedanta dikenali sebagai Uttara Mimansa. murah hati. Perpaduan – masyarakat dari pelbagai kaum dan agama.Vedanta. Pelopor ialah Badarayana yang mencipta karya Brahma Sutra (400SM) atau juga dikenali sebagai Vedanta Sutra.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI latihan mengawal serta mematikan fungsi anggota badan. Brahma Sutra dan Bhagavad Gita. tindakan yg benar. Satya – kebenaran. Mimansa bererti siasatan. Seni Arca Merupakan kesenian tertua di India dan berkait rapat dengan patung-patung keagamaan. Dvaita (didukung oleh Ramanuja dan Madhva) menyatakan Atman dan Brahman adalah berlainan tetapi tidak terpisah.Vedanta dan Madhva dikenali sebagai Dvaita. Pendukung falsafah ini yang terkenal ialah Sankara. pancaindera. keadilan. Seni Bina dan Seni Ukir Bidang Kesenian India. Mengelak daripada melakukan kekejaman atau mencederakan. Dua aliran utama iaitu Advai ta (non-dualistic) dan dvaita (dualistic). Disiplin minda dan fizikal membantu mencapai moksha. simpati. Dibuat daripada batu marmar. Kepentingan – sistem tafsiran Veda. Objektif utama ialah menegakkan kewibawaan kitab Veda serta ritualnya. intelek dan ego tanpa menghilangkan kesedaran diri iaitu pengalaman jiwa. Aliran Ramanuja disebut Vis is tadvaita. Ahimsa – terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang. jasa dan pengorbanan diri. Teks asas ialah karya-karya Upanishad.ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan. Advaita (yang didukung oleh Sankara) menyatakan Atman (jiwa) dan Brahman (Tuhan) bukanlah dua entiti yang berbeza.

Patung Lord Siva antara arca seni dalam pergerakan istimewa. Berkembang maju pada zaman Maurya. contoh Tiang Asoka.merupakan zaman pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi. maka banyak patung-patung berbentuk manusia yang disimpan di kuil-kuil untuk tujuan keagamaan. contoh Stupa Sanchi. Seni arca bermula dengan patung. Zaman Muslim. Dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Seni Lukis Dalam bidang Seni Lukis pula kesannya boleh dilihat di dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. Ada juga menggunakan bahan-bahan dari besi dan gangsa. Zaman kegemilangan seni arca India ialah pada zaman Guptas. Zaman Muslim. Telah mendorong ramai tukang-tukang arca India menghasilkan pelbagai bentuk arca. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan. Badami dan Bagh. Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta. kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang. 65 .pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi. Contoh Gua Ellora. Zaman Muslim. imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Badami dan Bagh.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI ia lebih tahan dari tanah liat. Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan. Contoh Gua Ellora.

PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Stupa dan Brobodur Seni Arca 66 .

Menurut Al Ghazali. Al-Ghazali.4.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Lukisan Miniatur Radhe Krishna Lukisan Miniatur Rajasthani Hasilkan satu essei pendek mengenai enam aliran dalam sistem falsafah India 3. Beliau menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. juga telah mengemukakan teori estetika yang menyentuh aspek keindahan yang terdapat dalam sesuatu karya seni. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang 67 . Al Ghazali tidak melihat sesuatu karya seni dari aspek fizikal kerana baginya manusia yang taksub pada kebendaan tidak akan berjaya memperoleh kebahagiaan yang hakiki. Drs. ahli falsafah terkenal Islam. keindahan yang terhasil mempunyai nilai tersendiri yang perlu dihayati.3 Perbandingan PandanganTokoh-tokoh (a) Pandangan Tokoh Islam Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan.

Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama : • Seni melaui pendengaran seperti muzik. Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis. cendekiawan Islam yang dilahirkan di Jaffa Palestin pada tahun 1921 telah membincangkan hal berkaitan karya seni Islam dan estetikanya. Estetika yang terhasil adalah berdasarkan daripada pengamatan dan pengalaman manusia itu sendiri. seni pakaian dan sebagainya. • • • Al Faruqi. memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera. seni bina. (b) Pandangan Tokoh China Seni China dikatakan mempunyai kepelbagaian gaya. tablo. Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa. Al Faruqi menegaskan bahawa Tauhid merupakan prinsip utama dalam estetika Islam. seni hias. Pandangan ahli-ahli falsafah mengenai spentingeni China telah bercanggah sejak zaman China purba lagi. senia suara dan sebagainya. filem dan sebagainya. Namun pendapat tersebut ditentang oleh Mozi yang menyatakan bahawa seni muzik dan seni halus adalah satu pembaziran dan membuang masa kerana ianya dikatakan untuk golongan berada dan bukan golongan miskin. manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat. 68 . Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama. Justeru itu. teater. beliau turut menegaskan bahawa Tuhan tidak dapat digambarkan dalam bentuk estetika. prosa. Confucius telah menyumbangkan peranan dalam kesenian dan kemanusiaan (terutama dalam bidang muzik dan puisi).PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. deklamasi puisi.

Keagamaan dan falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni mereka. Berdasarkan Kapila Vatsayan. Latihan 1. Teori ‘rasa’ juga berkembang secara signifikan dengan estetika Kashmiri dalam puisi klasik. Konsep saster Hindu seperti ‘Rasa’.3 Bincangkan kepentingan estetika dalam penghasilan karya seni RUMUSAN 69 . sastera (kaavya). (c) Pandangan Tokoh India Seni Hindu adalah berbentuk spiritual dan falsafah. Keagamaan dan falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni yang banyak. Kalidasa pula menghasilkan puisi yang mengaitkan karya seni beliau dengan ‘rasa’ yang mengetengahkan konsep estetika sepenuhnya. adalah gambaran emosi yang diluahkan oleh penulis yang berkaitan dengan sensitiviti penonton. Setiap bentuk seni dalam kesenian Hindu ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain iaitu gambaran persembahan antara simbol dan bentuk spiritual ang lebih sempurna. seni arca. Krya seni ini adalah gambaran keagamaan. seni catan. Teori ‘rasa’ mula berkembang dengan teks Sanskrit iaitu Natyashastra iaitu karya seni yang dihasilkan untuk Bharata Muni iaituTuhan dalam persembahan drama ‘Fifth Veda’. bentuk seni bina klasik Hindu. berhubungkait dengan gambaran simbolisme.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Gu Kaizhi telah menjelaskan teori dalam seni lukis yang membantu pengkarya seni dalam menghasilkan karya seni mereka. muzik dan tarian mempunyai aturan tersendiri.

Manakala falsafah India pula disebut Darsana. Falsafah China mengutamakan kehalusan seni dan direalisasikan dengan sangat abstrak dan kreatif. Maka hasil seni Islam kebanyakannya berbentuk geometrik. spiritual dan percaya bahawa seni berkait rapat dengan masyarakat. Malahan ia juga memberikan gambaran tentang gabungan nilai keindahan. 70 . rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan. di mana hasil seni tidak harus menyerupai apa-apa objek sekalipun. Kesenian Islam dilarang meniru bulat-bulat keindahan ciptaan tuhan. Falsafah seni Islam lebih berkonsepkan keagamaan. Confucius dan Taoisme. Pemahaman falsafah China dipecahkan pula kepada Mencius.PSV 3110 SEJARAH DAN APRESIASI SENI Falsafah seni oriental seperti falsafah seni yang lain juga merupakan satu proses mencari jawapan kepada keindahan. yang bersifat ketuhanan.