You are on page 1of 1

LAPORAN PROTIM MATEMATIK SK ASSUNTA DUA, PETALING JAYA SEHINGGA MEI 2013

Ujian Pra PROTIM bagi tahun 4, 5 dan 6 telah dijalankan pada 8 April sehingga 12 April 2013. Ujian Pra PROTIM ini terdiri daripada 4 bahagian kemahiran iaitu menambah, menolak, mendarab dan membahagi. Kesemua calon yang dipilih untuk menduduki Ujian Pra PROTIM ini adalah terdiri daripada murid yang gagal dalam peperiksaan PKBS . Borang pelaporan dan analisis Ujian Pra PROTIM yang lengkap telah pun dihantar ke PPD pada 15 April 2013 dan kelas pemulihan PROTIM telah pun dijalankan mulai 23 April 2013. Keputusan ujian Pra PROTIM adalah seperti berikut : Tahun Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Bilangan calon 20 21 15 Bilangan calon menguasai 0 5 1 Bilangan calon tidak menguasai 20 16 14

Kesemua murid yang tidak menguasai akan menjalani kelas pemulihan PROTIM yang akan dijalankan oleh guru matematik masing masing. Guru guru PROTIM yang terlibat adalah seperti berikut : Bil 1. 2. 3. 4. Nama Guru Pn Nur Hidaya Yusop Pn Chin Nyok Lan Cik Ummu Hani Ahmad Salim Pn Sapinah Abdullah Kelas 6K 4K 5H 6H 5K 4H Waktu kelas protim Jumaat masa kelas tambahan Waktu P & P Jumaat masa ke 9 dan 10 Setiap Khamis (sinar pagi) Jumaat masa ke 9 dan 10 Waktu P & P

Ujian Pra Protim yang telah dijalankan ini sedikit sebanyak membantu guru mengenalpasti murid- murid yang masih tidak menguasai operasi asas matematik dan membolehkan guru memberikan penekanan terhadap serta bimbingan secara individu. Diharapkan, bilangan murid yang menguasai PROTIM akan bertambah pada ujian Pasca PROTIM kelak.

Disediakan oleh , (UMMU HANI AHMAD SALIM) Penyelaras PROTIM Matematik

You might also like