Friday, October 23, 2009

KENALPASTI PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN
Setiap individu mempunyai kreativiti yang tiada batasannya. Cuma ada di antara mereka kurang menyedari tentang kebolehan yang ada. Di sini saya kongsikan tiga langkah mudah sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Jadi, mari kita sama-sama cuba kenal pasti apa yang perlu dilakukan. Langkah pertama        Senaraikan peluang-peluang yang anda minati Selidiki potensi untuk maju Apakah ia boleh bermula secepat mungkin? Kenalpasti kemampuan modal anda Mengkaji persaingan sedia ada dan baru. Menyenaraikan apakah risiko yang bakal dihadapi Membuat kiraan untung rugi secara kasar Langkah kedua     Sentiasa meninjau peluang Memasarkan barangan yang sedia ada (produk MLM atau trading produk usahawan lain) Memasarkan produk yang boleh membantu pengguna Memasarkan keluaran atau produk baru Langkah ketiga    Anda harus tahu tentang sumber kewangan Mengenalpasti saiz pasaran Mempunyai pengetahuan dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi Posted by amsputra at 8:43 AM No comments: Labels: peluang perniagaan, rancangan perniagaan

Format dan Panduan Isi kandungan Rancangan Perniagaan

Kemaskini 9/9/2012: semua download link ini tak boleh digunakan lagi, sila ke page Download Contoh Kertas Kerja yang baru.
Di sini dikongsikan contoh-contoh panduan format dan isi kandungan membuat kertas kerja rancangan perniagaan. Boleh dikatakan format kertas kerja bagi setiap agensi pemberi pinjaman tidak jauh bezanya. Apa yang lebih penting ialah persembahan dan isi kandungan kertas kerja perniagaan anda.

Contoh Pelan Perniagaan

com/?d=BR11DW5 Panduan dan format Rancangan Perniagaan http://www. rancangan perniagaan juga penting dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi institusi kewangan. rancangan pemasaran.com/?d=00VPIW2R Panduan Penyediaan Rancangan Perniagaan http://www. keperluan modal.megaupload.megaupload.megaupload.http://www.com/?d=6BTTO3ZJ Penyediaan Rancangan Perniagaan http://www.megaupload. Selain daripada merekodkan informasi penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan.com/?d=2LC7TNGL Panduan Menyediakan Kertas Projek http://www. Ini untuk memudahkan usahawan dan pembaca untuk mengetahui serta melangkau terus ke topik yang dikehendaki dengan mudah. Jadual kandungan Menerangkan apakah intipati serta aspek aspek utama yang bakal ditonjolkan dalam sesebuah rancangan perniagaan.com/?d=6KI81CJL Pengenalan Rancangan Perniagaan http://www.megaupload.com/?d=OBEDOHBO Kertas kerja format TEKUN http://www.megaupload. 2.megaupload.com/?d=YI51LYSG Posted by amsputra at 8:28 AM 9 comments: Contoh-contoh Kertas kerja Rancangan Perniagaan sila ke page Download Contoh Kertas Kerj Posted by amsputra at 8:22 AM 5 comments: Lagi panduan Rancangan Perniagaan – Pengenalan dan Panduan Menulis Rancangan Perniagaan Pengenalan Kepada Rancangan Perniagaan (RP) Rancangan Perniagaan atau RP ialah dokumen yang menerangkan secara terperinci berkenaan dengan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal. jualan dan unjuran keuntungan. Ringkasan Eksekutif/Sinopsis . Antara kegunaan rancangan perniagaan:  Membolehkan usahawan membuat penilaian terhadap perniagaan yang bakal atau sedang dijalankan dari pelbagai sudut teknikal dan kewangan  Menjadi blue print atau panduan selepas operasi perniagaan dilancarkan  Membuat kajian pasaran serta menilai sama ada perniagaan mempunyai prospek atau potensi untuk maju atau sebaliknya  Meyakinkan institusi kewangan atau pihak yang mampu memberikan pinjaman perniagaan menerusi dokumentasi yang lengkap Kandungan Dalam Rancangan Perniagaan Isi kandungan yang penting dan perlu ada dalam sebuah rancangan perniagaan adalah seperti berikut: 1.

berapa kuantiti yang bakal dihasilkan dalam tempoh yang tertentu? Jika ianya adalah perniagaan pembuatan. nombor telefon. Untuk senarai kakitangan. servis dan sebagainya. Latar Belakang Pemilik/Pemegang Saham Butir butir pemilik dan pemegang saham seperti nama. Bagaimana dengan strategi penyimpanan stok. prospek pelanggan dan pasaran am. 3. dan bagaimana? 9. Latar Belakang Industri. Maklumat Pengurusan dan juga Organisasi Apakah visi dan misi syarikat? Bagaimanakah struktur organisasi syarikat (sertakan carta) serta senaraikan kakitangan dan pekerja yang bakal terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat dan perniagaan. Gaji dan imbuhan yang bakal diberikan kepada pekerja juga hendaklah dinyatakan sekali. Lokasi Premis. Barangan/Perkhidmatan Yang Ditawarkan. Rancangan Pengeluaran/Operasi Jika perniagaan adalah berasaskan produk. Adakah ia untuk memohon pinjaman atau pembiayaan kewangan dari pihak tertentu? Atau rancangan untuk melaksakan projek terbaru/mengembangkan perniagaan? Atau ianya sebagai sumber rujukan usahawan dalam menguruskan perniagaan? Atau tujuan tujuan lain? 5. Tujuan Penyediaan RP Perlu nyatakan dengan jelas apakah tujuan utama penghasilan rancangan perniagaan tersebut. 7. Saiz pasaran perlu diukur dalam usaha mendapatkan jumlah potensi pelanggan dalam masa yang tertentu (seperti dalam setahun dan sebagainya). Trend Pasaran Kini dan Masa Hadapan. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat Apakah nama perniagaan tersebut? Di manakah alamat operasi serta nombor telefon yang boleh dihubungi? Apakah bentuk perniagaan yang dijalankan? Apakah kegiatan utama dalam perniagaan? Bilakah tarikh mula perniagaan? Apakah nombor pendaftaran syarikat/perniagaan? Berapakah jumlah modal perniagaan/modal benar? Siapakah pemegang saham syarikat/perniagaan? 6. 8. Apakah kelebihan dan ciri ciri yang anda pada produk/perkhidmatan perniagaan kita? Adakah ia mudah diperolehi menerusi pesaing pesaing perniagaan yang lain? Apakah faktor faktor yang bakal menarik minat pelanggan? Bagaimana penentuan harga dibuat – adakah ia lebih tinggi dari pasangan. Rancangan pemasaran yang baik akan meneliti produk/servis yang bakal diberikan. Adakah sebilangan pengedar akan dilantik atau pengedaran akan dilakukan secara terus? Berapakah anggaran kos yang terlibat dalam proses pemasaran produk dan perkhidmatan? Apakah teknik teknik promosi yang bakal dijalankan. Maklumat yang perlu ialah: Nama Syarikat. Apa akan berlaku kepada stok berlebihan? . lebih rendah atau sama sahaja? Bagaimana pula dengan strategi pengedaran. Tarikh Mula Perniagaan. 4.Menerangkan secara ringkas tentang kandungan rancangan perniagaan dan serba sedikit tentang perniagaan yang bakal/sedang diceburi dan juga tujuan penghasilan rancangan perniagaan. kelulusan akademik serta pengalaman & kemahiran perlu dijelaskan di sini. Pengenalan Mengandungi maklumat maklumat penting syarikat. Analisis terhadap pasaran perlu dibuat untuk membolehkan unjuran jualan serta analisis saingan hampir kepada ramalan. Jenis Perniagaan Yang Diceburi. Rancangan & Strategi Pemasaran Antara kandungan yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. bagaimanakah proses pembuatan/pengilangan produk? Sertakan carta alirnya. Manakala kos yang terlibat dalam pembelian alatan pejabat juga tidak harus ditinggalkan. nyatakan jawatan mereka serta tugas dan peranan. produk.

 Bentuk perniagaan . Sebagai panduan. untuk jangka masa 3 tahun) dan analisis pulangan modal (break-even analysis). pemasaran dan perancangan Anggaran kos projek. sumber pembiayaan kewangan (sama ada modal sendiri.Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan.Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn.  Tarikh dan Nombor Pendaftaran. panduan rancangan perniagaan. Bhd. contoh rancangan perniagaan. kertas kerja. October 20. Rancangan Kewangan Rancangan kewangan adalah satu lagi aspek yang amat penting dan kritikal dalam penghasilan rancangan perniagaan. sewa beli atau lain lain sumber).Latarbelakang Perniagaan Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:  Alamat .Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan. . untuk jangka masa 3 tahun). Ia penting untuk memastikan analisis dan andaian andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran. Merancang perlaksanaan projek. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja. pinjaman bank. aliran tunai (bulanan dan tahunan. penyata pendapatan (tahunan. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan Memohon menyewa             Bahagian 3 . Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Bahagian 2 . panduan kertas kerja. pentadbiran. perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan. . 2009 Kandungan Rancangan Perniagaan / Kertas Kerja Bahagian 1 .Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.Bagaimanakah penyimpanan bahan mentah (jika ada) dibuat? Berapa ramaikah senarai buruh/pekerja yang terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan? Bagaimana pengendalian mesin/alatan operasi dibuat? 10. contohnya. bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut: Syarikat Jenis perniagaan yang diceburi Nama dan lokasi/alamat perniagaan Status dan saiz projek Produk Peluang. Rancangan kewangan mengandungi aspek: kos dan modal perlaksanaan perniagaan. Posted by amsputra at 6:43 AM 2 comments: Labels: contoh kertas kerja. rancangan perniagaan Tuesday. jualan dan kos kos yang terlibat adalah realistik.Pengenalan Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.). Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif. kandungan.

Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.Kedudukan Projek Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.Objektif Projek Membincangkan objektif projek secara terperinci.              .Rancangan Pentadbiran Pentadbiran Carta Organisasi Senarai jawatan dan bilangan Pekerja Spesifikasi Tugas Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji Senarai Keperluan Pejabat Perbelanjaan Pentadbiran Bahagian 8 .Rancangan Operasi 1.Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan. Bahagian 5 .Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham Nama penuh No. Mesin dan peralatan . 5.        Bahagian 7 . Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran. Nyatakan status pekerja berkenaan.Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi.  Bank .).Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan.Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. 2. Bahagian 6 . Tenaga Kerja . Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman. Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja. 4. Bahagian 4 . Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn. Nyatakan sumber pembekal mesin. Keperluan bahan . Carta aliran Proses . Unit pengeluaran / jam operasi .Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan.Bhd. kad pengenalan Tarikh lahir Umur Alamat Tetap No telefon Taraf perkahwinan Kelulusan akedemik Kursus yang pernah dihadiri Kemahiran Pengalaman Pekerjaan sekarang Perniagaan yang pernah diceburi.Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya. Modal Permulaan .Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. 3.

Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Strategi Promosi Bentuk Promosi yang dicadangkan iii. Kekuatan dan kelemahan pesaing .Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan. Strategi edaran Corak pengedaran yang dicadangkan. 8. Bahagian 10 . Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek 2.Rancangan Kewangan Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut: 1.Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masingmasing. Overhead operasi . Susun atur Ruang Operasi . 7. v. iv. Kunci kira-kira iv. gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi. perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan. Strategi Pemasaran i. 5.Rancangan Pemasaran 1. Perbelanjaan Operasi . Bahagian 9 . Syer pasaran .Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta. 7.Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik. Strategi Barangan Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej Corak pembungkusan dan jenama berkaitan. ii. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Ramalan Jualan . Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan 2. 4.Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali. 6. Kenderaan atau kakitangan pemasaran. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan. Lokasi.6.Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli. Saiz Pasaran . Strategi harga Harga seunit yang dicadangkan. Penyata pendapatan iii. Penyata-penyata kewangan: i.Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama.Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. 3. Jadual pembayaran hutang jangka panjang.Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. 8. Kos pelaksanaan Projek . Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. 9. Pesaing-pesaing utama . Aliran wang tunai ii. Sasaran Pasaran .

marzuqfood.com Posted by amsputra at 7:45 AM No comments: Labels: bantuan kewangan. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja. kandungan. Prestasi penyata Aliran Wang Tunai Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Modal Pusingan .Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan. Termasuk juga kos ubah suai. vii. Nilai kini bersih ii.vi. Prestasi Penyata Pendapatan Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat. rancangan perniagaan . Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Prestasi Kunci kira-kira Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan. 5. iii. Tempoh pulang modal Nilai kini bersih Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiaptahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. ii. Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal. Nisbah faedah kos iv. lesen dn sebagainya) 3.Lain-lain perbelanjaan . Kadar Pulangan Dalaman Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Diantara petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerapdigunakan ialah: i. Analisis Daya Maju Kewangan Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah.com http://www.marzuqfood. Marzuq Group http://www. kertas kerja. Kadar Pulangan dalaman iii. Pelaburan aset tetap . Nisbah Faedah Kos Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset.com http://health. Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetapperniagaan. Sumber Pembiayaan Projek (SPP) i. Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.Merangkumi perbelanjaan pentadbiran. pemasaran dan operasi viii. Nyatakan harga aset-aset ini. 7. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos. Tempoh Pulang Modal Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek. 6.marzuqfarming.Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. (mesin operasi peralatan dan kenderaan) 4. Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset.

2. Secara tidak langsung anda membuat perancangan terhadap perniagaan yang anda akan lakukan. Dalam kebanyakan kes. banyak maklumat yang tidak tepat ataupun si usahawan tidak tahu apakah yang ditulis di dalam kertas kerjanya. Ramai yang membuat kertas kerja apabila mahu mendapatkan bantuan kewangan.Kenapa anda perlu membuat kertas kerja? Kertas kerja ataupun 'rancangan perniagaan' diperlukan kebiasaanya apabila anda hendak mendapatkan bantuan kewangan daripada agensi atau badan-badan tertentu. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit. 5. "jika anda gagal untuk merancang. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan. Apakah kepentingan menyediakan kertas kerja? 1. maka anda merancang untuk gagal" . Sepatutnya kertas kerja dibuat semasa anda mahu memulakan perniagaan. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak. Ada juga yang mendapatkan khidmat konsultant ataupun individu tertentu yang menawarkan khidmat membuat kertas kerja. 3. dan terperinci. Kenapa anda perlu mengupah orang lain membuat kertas kerja untuk anda. Memberi peluang kepada usahawan melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti. 4. Bantuan kewangan yang dimaksudkan ialah sama ada permohonan pinjaman atau permohonan geran kerajaan. sedangkan perniagaan itu adalah kepunyaan anda. Ada yang gagal mendapatkan bantuan kewangan setelah gagal daam temuduga tentang kertas kerjanya. usahawan yang mengupah seseorang membuat kertas kerja untuk perniagaannya. Membantu usahawan menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumbersumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas. Kedua-dua perkara ini sebenarnya satu kesilapan.