You are on page 1of 51

UNIT 1

FALSAFAH DAN SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM (1 KREDIT)

TAJUK 1: PENGENALAN DAN SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM 1.1 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.

Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting sekali. Ia menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Islam dan merupakan satu ibadat yang besar. Kedudukan dan kepentingan pendidikan itu amat jelas apabila kita meneliti ayat alQuran yang pertama diturunkan . Ia tidak dimulai dengan perintah yang berhubung perkara lain seperti ibadat, tetapi dimulakan degan perintah yang berhubung dengan pendidikan. Firman Allah s.w.t. pada ayat 1 5 surah al-Alaq: . . . . . 5 - 1 :

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. (Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran) Islam tidak melihat pendidikan dari skop yang sempit. Ia tidak terbatas pada pendidikan duniawi semata-mata, tetapi meliputi dua lapangan iaitu dunia dan akhirat. Dalam hubungan ini, Abud (1985) menyatakan bahawa Islam telah membahagikan ilmu kepada dua kumpulan yang besar. Pertama ialah fardu ain yang dituntut ke atas setiap orang supaya mengetahui dan mempelajarinya dalam melaksanakan suruhan agama. Kedua, ilmu fardu kifayah iaitu ilmu yang mesti kepada individu tertentu seperti ilmu pertukangan, kemahiran, perniagaan, kedoktoran, ekoonomi, kimia, fizik, pembuatan senjata dan sebagainya. Walaubagaimanapun, ilmu yang kedua ini menjadi fardu ain apabila tiada seorang pun muslim dalam masyarakat itu yang mempelajarinya. Untuk menggambarkan pengertian Pendidikan Islam, dikemukakan beberapa definisi oleh para sarjana Islam. Antaranya adalah seperti berikut: 1. Khurshid Ahmad (1973) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai satu latihan aqliah, jasmaniah dan ruhiyah bertujuan melahirkan manusia; laki-laki dan wanita. 2. Miqdad Yalchin (1977) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai proses melaksanakan falsafah pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnya dalam bidang pembinaan, pembentukan dan pemasyarakatan seseorang selaras dengan keperibadian yang digariskan oleh falsafah supaya sahsiah Islamiah dapat terbentuk dalam setiap tindak tanduk, tingkah laku dan sikap seseorang muslim, walau bila dan di mana sahaja berada.

3. Hassan Langgulung 1979 menegaskan, pendidikan dalam erti yang luas membawa erti merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat melalui berbagai-bagai proses. Proses pemindahan tersebut ialah pengajaran, latihan dan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari seorang ke seorang dan latihan ialah membiasakan diri melakukan sesuatu pekerjaan bagi memperoleh kemahiran sementara proses indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga proses tersebut berjalan serentak sama ada dalam masyarakat primitif atau moden. Matlamat Pendidikan Islam mengikut al Quran dan al Sunnah Setiap sistem pendidikan mempunyai matlamatnya. Sistem pendidikan bukan Islam menjurus kepada melahirkan warganegara yang baik, untuk mencapai matlamat tersebut adalah berbeza antara sesebuah negara dari segi falsafah dan kreteria tersendiri berasaskan latar belakang sejarah masyarakat, kebudayaan dan sempadan negara. Sejak akhir-akhir ini muncul pelbagai usaha daripada para penyelidik untuk menentukan matlamat am pendidikan sesuai dengan makna yang difahami daripada nas-nas al-Quran dan hadith dan daripada sejarah pemikiran dan pendidikan Islam. Matlamat pendidikan Islam adalah lebih luas dan syumul, ia bertujuan mewujudkan warganegara yang baik dan melahirkan insan saleh yang tidak mengenal batas masa, negeri, bangsa sebaliknya menuju kepada Allah dan alam akhirat. Bagi mencapai kepada insan saleh mestilah mempunyai sifat taqwa; firman Allah s.w.t. pada ayat 13 surah al-Hujurat: Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa. Manusia yang bertaqwa ialah orang yang sebenarnya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. seperti firman Allah s.w.t. pada ayat 56, surah al-Dhariyyat; "Sesungguhnya tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali beribadat kepada Ku" Ibadat yang dimaksudkan di sini ialah merangkumi setiap perbuatan, pemikiran dan perasaan yang pada keseluruhannya ditujukan untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. dengan menjaga sempadan yang diredhaiNya dan menjauhkan diri dari segala yang dimurkaiNya. Objek pendidikan ialah manusia. Ia merupakan makhluk yang mempunyai tiga unsur utama yang saling berkait antara satu dengan lain iaitu jasad, akal dan roh. Rajah berikut menunjukkan hubungkait di antara ketiga-tiga unsur tersebut;

Akal

Ruh

Jasad Rajah 1: Hubungan di antara jasad, ruh dan akal. Untuk menjaga kepentingan ketiga-tiga unsur tersebut, perlu diwujudkan aktiviti pendidikan. Tujuannya ialah untuk memberi kemahiran-kemahiran asas kepada individu sama ada lelaki atau pun perempuan. Oleh itu, segala usaha untuk membentuk watak manusia sebagai khalifah di bumi dianggap pendidikan menurut pandangan Islam. Kelayakan manusia sehingga dilantik menjadi khalifah adalah kerana ia mempunyai beberapa ciri istimewa seperti: i. ii. iii. iv. Fitrah : hakikat semula jadi manusia yang baik, bersih dari dosa. Roh: Unsur yang membezakannya dengan makhluk lain. Kebebasan kemahuan: dapat menerima dengan kemahuannya sendiri akan amanah yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk-makhluk lain. Akal: Membolehkannya membuat pilihan betul atau salah.

. Prof. Dr. A. Athiyah al-Abrasyi menjelaskan matlamat pendidikan Islam seperti berikut: Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya sempurna akhlaknya, teratur pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap dalam kerjanya, bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan lisannya serta tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik.. Berdasarkan ungkapan di atas dapatlah disenaraikan matlamat pendidikan seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Mempersiapkan warganegara yang baik. Membentuk manusia memiliki keperibadian yang unggul Membekalkan anak didik dengan ilmu pengetahuan Mendidik manusia ke arah kecemerlangan rohani dan jasmani Membentuk akhlak yang sempurna sebagai manusia yang ideal Kebolehan dan kecekapan dalam kerja supaya dapat hidup bahagia

Al-Imam al-Ghazali seorang ahli tasawuf menjelaskan matlamat pendidikan: Untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bukan untuk memperolehi kedudukan, bermegah-megah dan berlumba-lumba. Beliau menekankan matlamat pendidikan Islam yang paling utama ialah untuk membuang segala kejahilan diri sehingga individu tersebut dapat mengenali Pencipta dan matlamat ilmu yang sebenar membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada Allah. Jadi, tujuan pendidikan yang selain daripada taqarrub ilallah adalah tidak tergolong ke dalam objektif pendidikan Islam.

Ibn Khaldun pula menekankan tujuan keilmuan Islam sebagai tujuan pendidikan Islam itu sendiri. Katanya ada dua tujuan iaitu: i. Tujuan Keagamaan. Pendidikan mestilah membawa individu tersebut kepada mengenal Tuhannya, dapat beramal untuk akhirat dan dapat menunaikan hak-hak Allah yang menjadi kewajipan kepadanya. Tujuan Keilmuan. Iaitu membawa seseorang kepada kemahiran yang membolehkan individu tersebut untuk menghadapi kehidupan dunianya.

ii.

Apabila kita lihat keterangan di atas, jelas menunjukkan bahawa Ibnu Khaldun menjelaskan matlamat pendidikan adalah untuk menjaga kepentingan hidup di dunia dan di akhirat, dapat mengimbangkan kedua-duanya sebagai satu panduan hidup manusia. Ahmad Saleh Jamja'an dalam Naquib al-Attas (1984) mengungkapkan matlamat pendidikan Islam sebagai: The aim of Muslim education is the creation of the good and righteous man who worships Allah in the true sense of the term, builds up the structure of his earthly life Kita harus ingat bahawa Islam sebagai al-din yang merangkumi segala aspek penghidupan, kerana itu matlamat pendidikannya juga tentulah suatu yang ideal, iaitu untuk memperbaiki hidup di dunia mengikut tujuan hukum syarak. Ini kerana Islam itu sendiri bertujuan untuk menuju kepada kesempurnaan hidup. Mengikut Dr. Muhammad Fadhil al-Jamaly (1966) merumuskan matlamat pendidikan Islam seperti berikut: i. ii. iii. Memperkenalkan kepada manusia statusnya dikalangan makhluk dan tanggungjawab masing-masing dalam hidup mereka di dunia. Memperkenalkan kepada manusia tentang interaksinya dalam masyarakat dan tanggungjawab mereka d tengah-tengah sistem masyarakat manusia. Memperkenalkan manusia dengan makhluk (alam semester) dan membimbingnya untuk mencapai hikmah Allah dalam penciptaan alam semesta dan memungkinkan manusia menggunakannya. Mengajak manusia mengenali Tuhan pencipta alam dan mendorong untuk beribadah kepadanya.

iv.

Seorang sarjana pendidikan Islam Al-Butee menyenaraikan matlamat pendidikan Islam secara umumnya kepada tujuh matlamat berikut; i. Mendapat keredaan Allah dengan menjauhi kemurkaan dan siksaan Nya serta mengabdikan diri dengan keikhlasan keranaNya. Tujuan ini dianggap induk

daripada semua tujuan pendidikan Islam. Seperti firman Allah s.w.t. pada ayat 104 surah Al- Imran: ii. . . 104 : dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran, sesungguhnya merekalah orang-orang yang berjaya. (Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran) ii. iii. iv. Meningkatkan taraf akhlak masyarakat berdasarkan agama yang diturunkan oleh Allah untuk membimbing manusia ke arah yang diredai olehNya. Memupuk rasa cinta kepada tanahair, diri sendiri dan masyarakat berdasarkan agama Islam untuk membimbing masyarakat ke arah yang diredai olehNya. Memupuk rasa cinta kepada tanahair, diri sendiri dan masyarakat berdasarkan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan mengajar manusia akan nilai-nilai dan akhlak yang mulia, seperti firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21: . 21 : Demi sesungguhnya, adalah Rasulullah s.a.w. itu menjadi ikutan yang sebaikbaiknya, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik di hari akhirat, serta mengingati Allah di masa senang dan susah." v. vi. Mewujudkan ketenangan jiwa di samping memiliki aqidah yang teguh, penyerahan dan kepatuhan yang ikhlas semata-mata kepada Allah s.w.t. Memelihara bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran dan sebagai wadah kebudayaan dan unsur-unsur kebudayaan Islam yang paling menonjol. Menyebarkan kesedaran agama yang sebenar dan menunjukkan hakikat Islam sebagai agama yang suci dan agong. Meneguhkan perpaduan rakyat untuk keamanan tanahair dengan menyatupadukan mereka dalam satu barisan melalui usaha-usaha menghapuskan perselisihan, bergabung dan bekerjasama dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan kepercayaan Islam yang terkandung dalam al-Quran dan alSunnah. Seperti firman Allah s.w.t. pada ayat 13 surah al-Hujarat: , . 13 : Wahai manusia sesungguhnya kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak supaya kamu

vii.

berkenalan antara satu dengan lain, sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang lebih bertaqwa. Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi amat mendalam pengetahuanNya (Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran) Setelah anda meneliti matlamat pendidikan Islam seperti yang dibincangkan di atas, anda akan dapati dalam konteks terkini; matlamat pendidikan Islam mempunyai empat halatuju iaitu: i. Melahirkan insan kamil yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Orang yang beriman dan beramal soleh telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. dengan kejayaan di dunia dan di akhirat. Sila rujuk ayat 97 surah al- Nahl. Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang sempurna, berakhlak mulia dan bertanggung jawab kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama kerana Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith yang bermaksud: Setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin. Tiap-tiap kamu bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Pemerintah adalah pemimpin, maka ia bertanggungjawab ke atas rakyat. Seorang lelaki adalah pemimpin, maka ia bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Manakala seorang perempuan itu pula adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap ahli rumahnya, suaminya dan anaknya. Orang gaji adalah penjaga harta bendanya, maka ia adalah bertanggungjawab terhadap harta tersebut. Tiaptiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap pimpinannya." iii. Menanamkan semangat cintakan Allah agar dapat melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya. Gemar kepada amal ibadat khusus yang berpusat di masjid. Patuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. Menghormati ulamak, ibu bapa, orang yang lebih dewasa dan menjamin kebebasan beragama dikalangan orang yang bukan Islam. Mengembangkan bakat intelektual secara bebas dan demokrasi kepada kadar yang paling maksimum. Ini semua berdasarkan bimbingan wahyu untuk mencetuskan manusia dan menguasai alam ini untuk kebahagian, kemakmuran dan kesejahteraan manusia sejagat.

ii.

iv.

Manakala Langgulung: Hassan (1986) menyatakan tujuan pendidikan Islam yang telah disenaraikan sama ada pada peringkat matlamat akhir, matlamat am atau matlamat khas; telah diungkapkan ke dalam bahasa dan istilah moden dan dapat dilaksanakan dalam bilik darjah dan konteks persekolahan.

Rumusan Dari penjelasan yang diberikan jelas menunjukkan bahawa Pendidikan Islam meletakkan matlamatnya kepada syumul kesempurnaan kemanusiaan yang sebenar, ia mengatasi batas-batas sempadan negara, keturunan dan kebudayaan sesuatu bangsa, namun pendidikan Islam melatih dan mendidik manusia mengikut hatinya kepada yang Maha Kuasa. Selain itu, pendidikan Islam juga membina dan melatih diri dengan disiplin-disiplin yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber asasi ini menjamin untuk peningkatan aqal, jasmani dan rohani, berbeza dengan bahan-bahan yang diberikan dalam pendidikan lain yang menjurus untuk peningkatan aqal dan fizikal semata-mata.

1.2

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH DAN FALSAF AH PENDIDIKAN ISLAM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH.

Pengertian Falsafah Falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu phylos atau phillien yang berarti menyintai. Perkataan Sophia pula bererti bijaksana atau hikmah. Oleh itu, falsafah bererti menyintai atau pengetahuan atau hikmah. Dari segi istilah falsafah terletak antara agama dengan pengetahuan. Menyerupai agama kerana mengandungi perkara yang tidak dapat diketahui dan difahami, sebelum seorang memperoleh keyakinan. Menyerupai pengetahuan kerana merupakan suatu hasil operasi akal fikiran manusia. Banyak persoalan yang tidak dapat dijawab dengan ilmu akal tetapi dapat diterima dan dirasakan oleh manusia. Al Farabi menyatakan Falsafah merupakan ilmu tentang alam yang maujud yang bertujuan untuk menyelidiki hakikatnya yang sebenar. Ringkasnya, falsafah merupakan operasi akal secara beradab dan bersistem untuk mencari kebenaran. Falsafah Pendidikan Islam Sarjana Pendidikan Islam mentafsirkan falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang menentukan tujuan akhir, maksud, objektif, nilai dan cita-cita yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan dalam proses pendidikan. Hasan Langgulung (1986) menyatakan pendapatnya berdasarkan falsafah Islam yang telah meletakkan seluruh prinsip dan norma yang meliputi keseluruhan skop pendidikan. Manakala al-Syaibani (1979) menjelaskan bahawa Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang merancangkan dengan hikmah untuk menjadikan proses pendidikan dan usaha pendidikan bagi suatu bangsa. Pendidikan juga menyiapkan generasi muda dan warganegara umumnya supaya beriman kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukan oleh Nya. Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah hidup Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam bidang pendidikan. Falsafah Pendidikan Islam menentukan keseluruhan tujuan akhir kehidupan dunia akhirat tercapai dengan jayanya. Falsafah Pendidikan Islam menegaskan bahawa manusia ialah makhluk Allah dan manusia mempunyai batasan dalam tindakannya. Oleh itu pendidikan ini merupakan satu aliran falsafah yang berbentuk keagamaan, berusaha menanam keimanan manusia kepada Allah s.w.t. dalam usaha membangunkan manusia sebagai insan ciptaan Allah dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi dalam keadaan tunduk dan patuh kepadanya. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR dan KBSM) Falsafah Pendidikan Islam telah dinyataan seperti berikut: "Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, bagi membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat,

alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat." Kementerian Pendidikan Malaysia Penyataan falsafah ini menegaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran di dalam mata pelajaran pendidikan Islam memberi penekanan kepada : a. b. c. d. e. f. g. h. Ilmu dan pengetahuan Kemahiran atau amalan Menghayati Islam Membentuk sikap Membentuk pandangan hidup atau pemikiran Islam Tanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara Mewujudkan kebaikan di dunia Mencapai kesejahteraan abadi di akhirat.

Rumusan . Falsafah Pendidikan Islam merupakan satu-satunya falsafah yang mampu memenuhi keperluan pendidikan yang berusaha mencari kebenaran dan juga mampu melahirkan insan kamil. Ini disebabkan falsafah pendidikan Islam mempunyai sumber rujukan yang berasaskan wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui al-Quran dan al-sunnah dan diikuti oleh ijma' , qiyas dan ijtihad tidak hanya berdasarkan akal semata-mata.

1.3

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH S.A.W DAN KHULAFA AR- RASYIDIN SERTA PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA HINGGA MASA KINI.

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM Zaman Rasulullah s.a.w. Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah s.a.wmemperlihatkan tahap-tahap kemajuan, pemikiran yang berubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikan tersebut memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan Islam yang berteraskan tauhid dengan pendidikan jahiliah Arab yang berasaskan pemikiran logik dan matlamat keduniaan semata-mata. Perbincangan mengenai pendidikan Islam pada peringkat ini, merangkumi skop perkembangan Pendidikan Islam pada period Makkiyah berlaku secara rahsia dan period Madiniyyah iaitu pada tahap terbuka. Bagaimanapun pemikiran pendidikan yang berlangsung pada zaman Rasulullah s.a.w. adalah berkisar di sekitar pembentukan individu mukmin dalam rangka pembentukan masyarakat Islam dan bukan seperti pemikiran pendidikan yang berlangsung dalam falsafah pendidikan moden yang ada sekarang. Ibn Khaldun meriwayatkan sebelum kedatangan Islam penduduk Semananjung Tanah Arab adalah buta huruf, hanya sebilangan kecil sahaja di antara mereka yang tahu membaca dan menulis. Menurutnya orang yang belajar menulis di Hirah ialah Sufyan bin Umaiyyah dan mempelajarinya dari Aslam bin Sidrah. Menurut sejarah orang yang mulamula mengajar menulis dan membaca sebagai satu mata pencarian di Tanah Arab ialah seorang yang berasal dari Wadi al-Qura. Ia telah berusaha memberi pelajaran kepada beberapa orang penduduk negeri itu. Semenjak dari itulah tersibarnya kemahiran tulis menulis dan membaca di Semenanjung Tanah Arab, bagaimanapun proses perkembangan tersebut berlaku secara lambat, sehinggalah kedatangan Islam. Kedatangan agama Islam membawa perubahan besar terhadap bidang ilmu pengetahuan dan pendidikan terutama mengenai pelajaran tulis menulis dan membaca. Situasi demikian adalah menurut inspirasi al-Quran sebagai wahyu Allah yang mula-mula kepada RasulNya. Perintah membaca seperti dalam wahyu pertama perintah Allah supaya menulis dan membaca adalah untuk melepaskan diri mereka daripada kongkongan kejahilan dan kemunduran dalam semua bentuk kehidupan. Menerusi pembacaan atau pemilikan ilmu manusia dapat melibatkan diri dengan pelbagai proses kemajuan dan kematangan seperti proses pengenalan (cognition) ingatan (memory) pengamatan (perception) pengucapan (verbalization) pemikiran (reasoning) daya kreatif (creatibity) dan sebagainya untuk mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan. Pembacaan juga dapat menyingkap tabir kejahilan, yang sentiasa menghalang manusia bagi mengenal Tuhan yang sebenar. Dengan membaca manusia sudah didorong kepada rasa ingin tahu atau ingin memahami hakikat kejadian yang sebenar. Berkeyakinan terhadap tuhan yang Maha Esa Pencipta Alam, dapat mengenali dan menginsafi diri sendiri. Menerusi pembacaan atau berilmu merupakan alat yang unik bagi mencapai tahap iman yang sebenar yang boleh mendorong kepada melaksanakan tanggungjawab untuk mencapai kebahagiaan hakiki di dunia dan di akhirat. Bagi menyelaras dan memantapkan penyibaran Islam yang berasaskan aqidah, syariah dan akhlak rasulullah s.a.w.

10

dipertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam kepada umatnya. Baginda bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam kepada umatnya. Sebagai langkah pertama baginda memperkenalkan pembacaan al-Quran dan asas-asas di samping pelajaran tulis menulis dan membaca sebagai alat utama bagi mencapai ilmu pengetahuan. Al-Quran sebagai sumber pertama dikuatkan lagi dengan penafsiran yang dilakukan sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w. yang berupa percakapan, perbuatan dan pengakuan. Tahap pendidikan di peringkat awal kebangkitan berlaku semasa di Mekah bermula dengan pengajaran al-Quran khusus kepada kaum keluarga baginda. Hasil daripada usaha ini Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah telah memeluk agama Islam dan meyakini ketauhidan Allah. Di kalangan sahabat baginda yang menerima terus pengajaran daripada baginda Rasulullah s.a.w. ialah saidina Abu Bakar al-Siddiq. Melalui perantaraan Abu Bakar, Islam mula berkembang dengan penerimaan aqidah tauhid oleh Uthman bin Affan, Zubair bin alAwwam, Saad bin Abi Waqqas, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidullah, Abu Ubaidah bin Jarrah, Arqam bin Abi al-Arqam, Fatimah binti al-Khattab, Said bin Zaid alAdawi dan lain-lain. Pertambahan penganut Islam telah mewujudkan suatu bentuk pendidikan yang mula tersusun. Rumah baginda menjadi pusat pendidikan pertama dan selepas itu rumah Arqam bin Abi Arqam. Rasulullah menyampaikan setiap wahyu yang diterimanya kepada para sahabat dan kaum muslimin tanpa disembunyikan, seperti firman Allah s.w.t. pada ayat 67 surah al-Maidah. Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada engkau daripada Tuhan engkau, kiranya engkau tidak melakukan demikian, maka tidaklah engkau menyampaikan risalahNya. Strategi pembelajaran yang dilakukan ketika itu dengan mendengar kuliah daripada Rasulullah s.a.w. sendiri secara talaqqi dan musyafahah. Pembelajaran berlaku secara hafazan iatu menghafaz ayat-ayat al-Quran yang dibacakan dan melalui tunjuk cara. Seterusnya baginda menyuruh umat Islam atau para sahabat mempraktik, mengamal dan menghayati isi pelajaran tersebut. Sebagai seorang rasul dan guru , baginda telah mendidik, melatih dan memandu pengikut-pengikutnya dengan penuh mesra dan perasaan kasih sayang. Beliau mendidik dan memandu mereka bukan sahaja dari segi pengetahuan (kognitif) malah dari segi sikap, peribadi dan tingkahlaku dengan memperlihatkan contohcontoh dan tauladan yang dilakukan nya sendiri. Ayat surah al-Hijr (rujuk ayat 94); memerintahkan Rasulullah s.a.w. menyebarkan Islam secara terang-terangan, bermula dari sini pendidikan Islam dilakukan secara umum kepada seluruh lapisan masyarakat. Pusat pendidikan Islam terbuka luas meliputi lorong-lorong, pasar, kawasan perumahan dan disekitar Kaabah. Kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih tertumpu kepada pembentukan aqidah tauhid, kerana itu isi pelajaran yang disampai oleh baginda tertumpu kepada penolakan adat istidat, kepercayaan dan cara beribadat kaum jahiliah yang mensyirikkan Allah s.w.t. Pada tahap ini juga perkembangan pendidikan Islam tersebar ke Habsyah, Jaafar bin Abi talib menerangkan kepada Raja Habsyah iaitu Najasyi berkaitan dengan Islam dan membaca al-Quran di hadapannya.

11

(a)

Pendidikan Islam di Madinah

Perpindahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa perubahan dan pengertian yang besar terhadap penyibaran dan kestabilan agama Islam. Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar kepada memenuhi tuntutan perundangan dan perhubungan antarabangsa. Institusi pendidikan Islam memilih masjid sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di masjid dan dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. Fungsi masjid mengikut terminologi Islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan aktiviti ibadat, pelajaran dan pendidikan. Al-Abrasyi menyatakan Rasulullah s.a.w. menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat belajar mengenai urusan dunia dan agama di samping beribadat. Situasi masjid lebih bebas dan sesuai sebagai tempat belajar. Rasulullah s.a.w. telah mendirikan sebuah surau yang bersambung dengan masjid , dikenali sebagai al-suffah. alsuffah merupakan sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan lebih sistematik. Matapelajarannya termasuklah al-Quran, asas agama (Aqidah, syariah, akhlak) khat, sejarah dan bahasa. Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan rohani dan jasmani yang menjadi keperluan kepada individu dan masyarakat. Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk :

Struktur Pendidikan Islam di Madinah

Pendidikan Umum

Pendidikan Khusus

Pendidikan Institusi

Rajah 2: Struktur Pendidikan Islam di Madinah i. Pendidikan umum: dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. atau para sahabat daripada khulafa al-Rashidun. Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian pidato selepas sembahyang fardu atu selepas sembahyang jumaat. Kurikulum nya merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti menunggang kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari. ii. Pendidikan khusus: pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira tempat atau masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar

12

as-Siddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah di antar orang yang sering mendapat pendidikan khusus berupa tunjuk ajar secara langsung. iii. Pendidikan Institusi: Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat Madinah. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendiakawan Islam pada masa selanjutnya. (b) Zaman Khulafa Ar-Rasyidin dan Zaman Umaiyah

Modul ini akan membincangkan sejarah pendidikan Islam pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rashidin (11H/623M 40H/661M) yang diperintah oleh empat orang sahabat Rasulullah s.a.w. bertindak sebagai Uli al-Amr memelihara kesetabilan dan keselamatan negara bahkan memberi penekanan yang begitu intensif terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H 13H) pula ditugaskan memelihara keutuhan negara daripada berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar orang-orang munafik dan musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian berat terhadap perkembangan ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja menggalakkan umat Islam supaya mempelajari dan menghayati al-Quran dan al-Sunnah bahkan bertindak mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-Quran di dalam sebuah Mashaf. Manakala khalifah Umar al- Khattab memberi perhatian yang sama terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Ahli-ahli sejarah menyatakan, seluruh Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan Islam pada masa pemerintahannya. Dikatakan tidak terdapat sebuah desa pun yang tidak didirikan masjid dan surau sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat pelajaran dan pendidikan Islam. Beliau memberi penekanan yang serius terhadap ilmu pengetahuan yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping menekankan ilmu pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang, menunggang kuda dan memanah. Galakan tersebut dapat dilihat melalui perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah, anataranya dengan menyebut: Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda dan riwayat-riwayat yang baik dan syair-syair yang indah . Begitu juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan mengenai pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabat-sahabat untuk menulis dan membukakan al-Quran. Dengan usaha beliau itu, ianya dapat menyelamatkan pembacaan al-Quran mengikut Rasm Uthmani. Peringkat Pendidikan Islam Di Zaman Khulafa Al-Rasyidin Dan Umaiyah. Pendidikan Islam pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah bermula pada 40H/660M hingga 130H/750M. Pada peringkat ini para sahabat dan tabiin berlumba-lumba mewujudkan institusi pengajian Islam di masjid-masjid, kuttab, istana dan rumah. Sebagai contoh Khalifah Muawiyah bin Abi Sufiyan sentiasa mengundang para ulama dan cendiakawan ke istananya untuk perbincangan ilmu antaranya ialah sejarah bangsa Arab, sejarah peperangan dan sejarah raja-raja Farsi, sistem pemerintahan dan pentadbiran raja-raja berkaitan.

13

Khalifah al-Walid bin Abd. Malik (86H/705M 96H/715M) berusaha mengembangkan ilmu pengetahuan dan menghapuskan buta huruf di kalangan umat Islam dengan mendirikan di seluruh wilayah Islam Masjid-masjid dan kuttab-kuttab dijadikan sebagai pusat ilmu pengetahuan dan pendidikan di samping pusat ibadat. Masjid biasanya dijadikan pusat pengajian bagi orang-orang dewasa, sementara kuttab pula untuk kanak-kanak. Pengajaran dan pembelajaran bagi orang dewasa disampaikan dalam bentuk kuliah atau syarahan.

Formal

Informal

Menengah Formal Rendah Kuliah

Menengah Tinggi

Informal Tempat Awam Rumah Sahabat Masjid

Kurikulum
Menengah Rendah

Kuliah Membaca Tempat Rumah Masjid Menulis Awam Sahabat Membaca al-Quran Hafazan Aqidah Fardu Ain Akhlak Sastera Syariat Sukan Rajah 3: Peringkat Pendidikan Islam di zaman khulafa al-Rasyidin dan Umaiyah. Pendididikan Islam di Zaman Abbasiyyah Zaman Kerajaan Bani Abbasiyah (132 -656H/750-1258 M ), Terutamanya Semasa Pemerintahan Khalifah Harun Al Rashid Dan Khalifah Al Makmun Merupakan Zaman Kemajuan Dan Kegemilangan Ilmu Pengetahuan Dan Pendidikan Islam. Majid, Surau, Kuttab, Istana Dan Lain-Lain Dijadikan Pusat Pembangunan Ilmu Pengetahuan Dan Pendidikan. Di Samping Institusi Tersebut, Pusat Pengajian Yang Lebih Moden Dan Lengkap Didirikan Di Seluruh Negara Terutama Di Kota Baghdad, Madinah, Kufah,

Menengah Tinggi Al-Quran Tafsir Hadith Fiqh

Kurikulum

14

Qahirah, Balkh Dan Lain-Lain. Semuanya Dikenali Sebagai Madrasah. Pengajian Peringkat Rendah, Menengah Dan Tinggi.

Ia Mencakupi

Kurikulum Pelajarannya Termasuklah Akidah Dan Syariah, Ilmu Hisab, Kimia, Astronomi, Mantik, Falsafah Kemanusiaan, Sejarah, Seni Muzik Dan Seni Binaan. Kursus Pengajian Dibahagikan Kepada Tiga Peringkat, Iaitu Permulaan, Menengah Dan Pakar. Kanak-Kanak Memulakan Pengajian Di Kuttab. Mereka Belajar Membaca Al Quran, Menulis Dan Mempelajari Asas-Asas Agama, Bahasa Dan Ilmu Hisab . Apabila Berjaya Mereka Diajar Pula Menulis Beberapa Potongan Ayat Kemudian Disuruh Menghafalnya. Kaedah Ini Menolong Pelajar Menambahkan Kemahiran Menulis, Membaca Dan Menghafal Zaman Abbaasiyah adalah zaman kemuncak kegemilangan ilmu pengetahuan. Bukan hanya Fardhu Ainn yang berjaya dikembangkan keseluruh wilayah Islam bahkan juga Ilmu fardhu Kifayah yang berhubung dengan kehidupan dan kemasyarakatan umum. Hasilnya lahirlah para ilmuan Islam seperti Abu hanifah, Malik, Shafei dan Ahmad Ibnu hanbal dalam bidang Perundangan Islam. Al Bukhari, Musli, Al Nawawi dan lain-lain terkenal dalam bidang Hadis. Al farabi, Ibnu sina, Ibnu Rusd, al Ghazali, ibnu Khaldun, Ibnu Majah dan Ibn hazm dan lain-lain dalam bidang falsafah dan perubatan. Al Khalil Abd Qahir alJurjani dan Al jahiz dalam bidang bahasa dan Kesusasteraan Arab.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA Pelajar-pelajar yang dikasihi! Cuba anda cari satu sudut yang selesa untuk anda berinteraksi dengan tajuk ini. Tajuk ini memberi penekanan kepada Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia yang merangkumi perkembangan Pendidikan Islam di Zaman Kerajaan Melayu Melaka, Zaman Penjajahan dan Zaman Selepas Merdeka

Zaman Sebelum Merdeka

I.

Zaman Kerajaan Melayu Melaka

Kedatangan Islam ke Alam Melayu berlaku di sekitar tahun 630 Masehi, iaitu di Zaman hayat Rasulullah SAW atau dipertengahan abad ke 7 Masehi yang dibawa oleh saudagarsaudagar Arab dengan alasan bahawa hubungan perdagangan antara saudagar-saudagar Arab dengan Nusantara telah pun berlaku sebelum daripada itu. Dengan semangat dakwah Islamiah yang membara dan memikul tanggungjawab sebagai

15

umat Islam, saudagar-saudagar tersebut tidak ketinggalan memperkenalkan Islam di rantau ini. Jika ditinjau sejarah kedatangan Islam ke Nusantara amnya dan ke Tanah Melayu khususnya ahli sejarah berselisih pendapat tentang tarikh yang tepat kedatangannya. Begitu juga dengan daerah di Tanah Melayu yang mula-mula didatangi atau menerima Agama Islam Dalam konteks Pendidikan Islam di Tanah Melayu ia telah bermula sejak terdirinya Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 Masehi, iaitu dari Zaman Kesultanan Melaka di mana tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru agama dari golongan pedagang, pengembara, pendakwah, utusan raja dan para tentera keturunan sayid dan sheikh. Mereka datang dari serata pelusuk seperti Mesir, Cina, India Jawa dan Parsi. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu untuk singgah atau berdagang. Kehadiran mereka ini telah membantu golongan istana dan penduduk tempatan dengan hal-hal yang berkaitan dengan Agama Islam khasnya dalam Hukum Fiqh dan Pengajaran al Quran Pendidikan Islam di negara ini bermula dari rumah imam atau guru kemudian berkembang ke pondok-pondok selepas itu menjadi madrasah dan akhirnya menjadi sekolah-sekolah agama. Perkembangan Pendidikan Islam di Melaka bolehlah dilihat dari carta berikut

Golongan Istana Golongan Pembesar Istana Rakyat (masyarakat)

Haron Din dan Sobri Salamon (1988) menyatakan bahawa secara kasarnya perkembangan Pendidikan Agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu mengalami empat tahap, iaitu; i Institusi Rumah Imam / Guru ii Institusi Pondok iii Institusi Madrasah iv Sistem sekular Sistem Pendidikan Islam di zaman ini telah mantap dari segi sifatnya, sukatan pelajarannya dan institusinya. Termasuklah para guru dan pelajar. Sekali pun Tulisan Jawi menjadi dasar dan bahasa pengantar. Kedatangan penjajah (Belanda , Portugis, Inggeris, Jepun) telah menganggu corak Pendidikan Islam. Penampilan pendidikan sekular Barat dan Jepun telah memaksa masyarakat Melayu khususnya Pendidikan Islam menerima pengaruh-pengaruh luar yang tidak selaras dengan akidah dan keimanan Islam

16

II Zaman Penjajahan

Penghakisan Pendidikan Islam oleh penjajah khususnya di Tanah Melayu di buat secara halus melalui pengenalan Pendidikan Sekular bermula sejak tahun 1816 dengan penubuhan Penang Free School. Kewujudan Sekolah Inggeris kurang dirasakan oleh orang-orang Islam kerana Pendidikan Madrasah atau Sekolah Arab masih kuat pengaruhnya. Sekolah Inggeris yang ditadbirkan oleh mubaligh Kristian. Sekolah Melayu diproduk oleh British berpandukan kepada Sistem Grama yang telah diubahsuai. Sekolah Melayu yang ditaja oleh missionary bermatlamatkan sekular menghasilkan petani dan nelayan yang boleh mengenal angka dan huruf. Pada masa yang sama juga wujud sekolah pondok yang bertujuan untuk melahirkan imam-imam dan ulama-ulama . Sepanjang zaman penjajah , sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu sentiasa mengalami konflik dengan pendidikan missionary. Berbagai isu kontroversi dan prejudis sentiasa memecahkan masyarakat Melayu dalam hal-hal yang berkaitan akidah dan budaya hidup yang tulin. Pertelagahan ini timbul dalam masalah menyediakan tenaga profesional, teknokrat dan ulama sehingga mewujudkan satu pertembungan dualisme pendidikan antara agama dan dunia. Sekolah-sekolah Inggeris samada oleh kerajaan atau mubaligh telah membuka pintu seluas-luasnya kepada anak-anak Melayu khususnya anak-anak orang berada di bandarbandar. Proses pensekularisasi pendidikan anak-anak Melayu terus berlaku dengan pesat dan radikal. Pengajian Agama Islam dan al Quran di Sekolah Melayu telah diketepikan dari jadual rasmi sekolah dan diarah supaya diajar pada waktu petang. Maka wujudlah jurang pemisah antara golongan moden dengan golongan tradisional. Golongan moden berpengaruh dan berkuasa sementara golongan tradisional sebaliknya. Dalam situasi kemajuan sekolah sekular, sekolah-sekolah agama terbiar. Pihak penjajah dengan taktik hal-hal agama adalah hak Raja-raja Negeri telah melupakan samasekali kewujudan sekolah-sekolah agama atau Arab. Sekolah-sekolah ini bergantung kepada pembiayaan Majlis atau Jabatan-Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Akibatnya kemudahan belajar terhad , .biasiswa tidak diberikan dan kurikulum berbeza. Peperiksaan dikendalikan secara persendirian. Pengiktirafan sijil juga berbeza. III Sistem Pendidikan Pondok

Institusi pengajian pondok asalnya dimulai oleh sistem pengajian di rumah tok guru yang kebanyakkanya tamat pengajian agama di Mekah. Setelah terdapat banyak peningkatan pelajar maka tempat pengajiannya dipindahkan ke masjid atau pun surau.

17

Sistem Pendidikan Islam dari Mesir, Madinah serta negara-negara Arab lainnya dijadikan model dalam sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu. Pelajar-pelajar yang tamat pengajiannya melalui sistem pondok telah melanjutkan pelajarannya ke negara-negara Timur Tengah dan apabila balik menubuhkan pondok-pondok dan kemudiannya menjadi sebagai sekolah Agama Arab atau Madrasah. Terdapat juga yang masih meneruskan sistem pondok dan enggan menukar namanya sebagai Sekolah Agama Arab . Contohnya Pengajian Pondok di Masjid al-Muhammadi, di Kota Baharu telah berkembang menjadi Maahad al-Muhamadi (1915), Maahad Mahmud di Kedah asalnya Madrasah Al-Hamidiah (1936), Sekolah Menengah Agama Arab Sungai Bakap, yang dahulunya Sekolah Pondok. Para pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Arab, pondok dan madrasah boleh menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi dalam dan luar negeri .

PENDIDIKAN ISLAM SELEPAS MERDEKA

Selepas merdeka kerajaan Tanah Melayu telah merancang untuk membina kembali corak pendidikan Negara yang telah diruntuhkan oleh penjajah. Maka Resolusi Pendidikan telah dibentuk. Hasilnya penubuhan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang kemudian lahirlah pelbagai bentuk Laporan, Penyata, Ordinan, Akta dan Jawatankuasa Pelajaran untuk memenuhi tujuan tersebut. Impliikasi dari itu lahirlah Pendidikan Islam dalam Dasar Pendidikan Negara. Pendidikan Islam telah berjalan di zaman penjajahan selama lebih 400 tahun sehinggalah wujudnya Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960). Dalam kedua-dua penyata tersebut, Pendidikan Islam telah dibicarakan untuk diletakkan bersama di dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta Pelajaran (1961), telah memasukkan matapelajaran Agama Islam di dalam jadual waktu. Hasil daripada Pendidikan Islam (Pengetahuan Agama Islam) dalam dasar pendidikan negara telah mewujudkan satu golongan pelajar yang kemudiannya mendesak supaya matapelajaran agama ditambah dan diajar di maktab-maktab perguruan. Pelajaran Agama Islam / Tamadun Islam juga perlu diajar di pusat-pusat pengajian tinggi. Universiti Islam hendaklah diwujudkan dan mata pelajaran Agama Islam wajib diambil dalam peperiksaan awam Jika Akhir tahun 1980 an merupakan tahun-tahun reformasi dan penjelmaan kembali Pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara dengan berani telah menjadikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sebagai teras dan dasar penjurusan segala aktiviti pendidikan. Malah tidak keterlaluan dikatakan Falasah Pendidikan Negara telah mendukung cita-cita dan hasrat falsafah Pendidikann Islam. Bertolak dari Falsafah Pendidikan Negara, keseluruhan struktur kurikulum Pendidikan Kebangsaan telah diubah suai agar setiap mata pelajaran sama-sama mendokong cita-cita FPN dengan menerapkan nilai-nilai murni sejagat ( yang mana keseluruhan nilai-nilai tersebut adalah nilai atau ajaran Islam). Malah dari segi pendekatan pengajarannya,

18

terdapat beberapa matapelajaran (Sains dan Geografi umpamanya) telah diterapkan dengan Akidah dan Syariat Islamiah )

Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum Sebelum anda menyambung kepada tajuk seterusnya

Ok pelajar-pelajar , sekarang masa anda untuk menyambung kepada tajuk seterusnya Institusi Pendidikan Islam di Malaysia Selepas Merdeka Satu kajian yang dibuat oleh Lembaga Penasihat Penyelarasan Pembelajaran dan Pendidikan Islam (LEPAI), melaporkan bahawa pada keseluruhannya Sekolah Agama di negara ini terletak di bawah tanggungjawab pihakpihak berkuasa yang berlainan. Dari segi pentadbiran, Sekolah Agama di Malaysia selepas merdeka terbahagi kepada tiga jenis iaitu : Sekolah Agama Kementerian Pendidikan (SMKA) Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN) Sekolah Agama Rakyat (SAR)

SMKA, terletak di bawah pengawasan Kementerian Pendidikan. SAN terletak di bawah penguasaan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri manakala SAR dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan pelajaran dan lain-lain. Sekolah Menengah Agama Kementerian Pendidikan (SMKA) SMKA terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Kementerian Pendidikan. Sekolah-sekolah ini hanya bermula di peringkat menengah sahaja iaitu mulai dari tingkatan satu. Semua urusan dan keperluan SMKA ditadbirkan mengikut susunan tertentu melalui Pejabat Pendidikan dari peringkat daerah hingga ke peringkat negeri dan pusat. Keputusan-keputusan utama dan dasar-dasar dibuat oleh kementerian. Di samping itu terdapat pegawai-pegawai yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sekolah-sekolah ini. Manankala pengetua sekolah-sekolah tersebut juga diberi latihan bukan sahaja dalam bidang pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.

19

Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN) SAN terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Ada juga di bawah kelolaan badan-badan tertentu seperti Lembaga Pendidikan Islam Melaka dan Yayasan Islam Kelantan Sekolah-sekolah ini ditadbir oleh Kerajaan Negeri . Oleh yang demikian terdapat perbezaan di antara sekolah-sekolah tersebut . Sejak tahun 1963 SAN telah menerima Sukatan Pelajaran Kementerian Pendidikan dengan mengadakan peperiksaan SRP (1963) dan SPM (1965), dan seterusnya Tingkatan Enam Aliran Agama (1968) untuk memasukki Fakulti Pengajian Islam di UKM Sekolah Agama Rakyat (SAR) SAR dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan pelajaran dan lain-lain. Pentadbirannya di bawah kelolaan Lembaga atau Jawatankuasa sekolah masing-masing . Tidak ada sebuah badan berkuasa yang mewakili kerajaan menjalankan peranan sebagai penentu dan mengawal perjalanan sekolah-sekolah tersebut. SAR tertakluk kepada undang-undang pentadbiran Agama Islam Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Oleh itu SAR digalakkan supaya mendaftar dengan Majlis atau Jabatan Agma Islam Negeri . Pendaftaran ini bertujuan memudahkan pihak kerajaan ( negeri dan pusat) menyalurkan apa-apa bantuan dan nasihat. Walau bagaimanapun ada beberapa buah negeri yang menyerapkan kurikulum pelajran agama dari negeri lain. Ini dilakukan kerana sijil yang dikeluarkan oleh sekolah berkenaan telah diiktiraf oleh beberapa buah institusi pengajian agama dari dalam dan luar negeri Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

TUGASAN TUTORIAL
i ii Bandingbezakan Sistem Pendidikan Islam di Malaysia sebelum dan selepas merdeka Bincang kesan kemerdekaan terhadap perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia

20

1.4 (a)

SAHSIAH DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM Sifat Guru Pendidikan Islam

Guru sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat tentulah mempunyai tugas yang banyak serta memegang peranan yang penting di dalam masyarakat. Tugas guru bukan sahaja mengajar atau memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid, malah guru juga ditugaskan untuk memberi pendidikan yang berkesan kepada generasi muda. Untuk melaksanakan segala tugas tersebut, guru mestilah membuat persediaan mengajar, mesti membaca, mesti membetulkan kerja-kerja murid dan mesti membuat persediaan untuk peperiksaan. Guru juga mesti membuat berbagai-bagai penyelidikan untuk mendapatkan maklumat-maklumat baru supaya dengan mudah dapat mencapai matlamat pengajarannya dengan lebih sempurna dan berkesan. Guru berperanan sebagai pendidik, pemimpin masyarakat pembimbing dan pengajar. Mereka diharapkan memimpin generasi muda ke arah kehidupan yang selamat dan sejahtera. Orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya, bagaikan sebuah daftar yang berguna kepada orang lain, tetapi ia sendiri kosong daripada ilmu, atau bagaikan batu asahan yang dapat menajamkan besi, sedang ia sendiri tetap tumpul; ia laksana sumbu lampu, bila orang menyalakannya, ia memberi cahaya selalu, tetapi hangus membakar dirinya. Belajar dan mengajar adalah tanggungjawab yang difardukan ke atas umat Islam. Orangorang yang memiliki ilmu pengetahuan berkewajipan menyampaikan ilmu kepada orang yang memerlukannya. Tugas menyampaikan ilmu Allah kepada seluruh masyarakat, samada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah untuk keperluan individu serta masyarakat merupakan tugas utama para ulama dan ilmuan Islam. Menyampaikan ilmu secara sukarela dan ikhlas semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t. merupakan satu jihad yang tertinggi di mata Islam. Profesyen perguruan merupakan tugas yang paling utama dan quddus di antara tugastugas duniawi lain. Penglibatan diri secara ikhlas dan jujur dalam bidang tersebut demi kepentingan agama merupakan suatu ibadah dan jihad yang paling agong di sisi Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk menyebarkan agama dengan mengajar ilmu pengetahuan serta mendidik manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Guru adalah golongan yang ditugaskan untuk menyemaikan semangat keislaman yang tulen ke dalam jiwa murid-murid. Dalam erti kata lain, kita adalah terlibat secara langsung di dalam pendidikan Islam di sekolah-sekolah. Kerana itu kita perlu mencapai prestasi yang tinggi. Bagi mencapai tahap kejayaan yang maksimum kita haruslah mengatur strategi pengajaran yang rapi serta mengambil kira segala keperluan semasa supaya apa yang kita sampaikan itu dapat menyaingi segala teknik-teknik baru yang diaplikasikan oleh orang lain. (b) Sahsiah dan Peranan Guru Pendidikan Islam

Syakhsiah bermaksud keperibadian (Kamus Dewan) ia juga bermaksud tingkah laku, tabiat atau perangai. Syakhsiah dalam Islam lebih merujuk kepada akhlak Islamiah yang berpaksikan keperibadian dan amalan Rasulullah s.a.w. sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab: 21

21

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w. contoh teladan yang baik bagimu. Guru adalah faktor yang terpenting dan berpengaruh dalam kejayaan proses pembealajaran murid. Peranan guru tidak lagi sekadar menghuraikan buku teks tertentu atau mengulang-ulang ungkapan bahkan peranan gurulebih kompleks dari itu. Proses pengajaran memerlukan kefahaman watak murid, ciri, kecenderungan, tahap pencapaian akal mereka, keperluan kejiwaan, sosial dan keperluan-keperluan secara khusus. Jika kita melihat tugas dan peranan guru yang sebenar, kita tentu dapat menerima pendapat yang mengatakan guru ialah pendidik generasi. Di tangan merekalah terletaknya kemajuan dan memunduran ummah. Oleh yang demikian seseorang itu tidaklah seharusnya menerima jolokan sebagai guru sekiranya dia tidak mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas tadi. Sebaliknya orang yang mempunyai ciri-ciri itu tidak pula seharusnya dia merasa puas dengan apa yang dicapainya. Akan tetapi sebaliknya dia haruslah terus berusaha mempertingkatkan usaha ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Tiada seorang pun yang dapat berbuat demikian kecuali jika dia beriman dengan janji-janji Allah terhadap guru. Para sarjana pendidikan Islam telah mengemukakan berbagai-bagai sifat yang perlu dimiliki oleh guru pendidikan Islam khususnya dan kepada guru-guru amnya. Sifat-sifat tersebut adalah saling melengkapi. Ini menunjukkan guru perlu memiliki sifat-sifat yang terpuji sesuai dengan sifatnya yang paling mulia di sisi agama Islam. Ciri-ciri guru yang baik dalam konteks profesionalnya sebagai seorang guru muslim adalah tidak terlepas daripada ibadat. Oleh itu disamping mempunyai ciri-ciri di atas tadi, guru muslim juga mestilah menghias dirinya dengan akhlak yang tinggi dan sifat-sifat yang mahmudah, seperti berikut: Berilmu Beramal Hikmah Iffah syajaah iltizam ikhlas Ilmu pengetahuan menjadi alat terpenting yang amat berkesan dalam kehidupan manusia, bagi mencapai kebahagian hidup di dunia dan kebahagian yang kekal abdi di akhirat nanti. Ianya didaulatkan ke tahap yang paling tinggi di antara semua urusan hidup manusia. Tanpa ilmu pengetahuan, segala kegiatan tersebut akan menempah kegagalan dan tidak akan sampai kepada matlamat yang sebenar. Iaitu mardatillah (keredaan Allah). Menurut persfektif Islam, ilmu pengetahuan juga merupakan suatu kriteria yang nyata bagi mengkategorikan antara individu dan masyarakat dengan masyarakat yang lain. Al-Quran menjelaskan pada ayat 39 surah: katakanlah adakah sama orang yang berilmu pengetahuan dengan orang- orang yang tidak berilmu pengetahuan . Ilmu pengetahuan juga merupakan alat untuk mencapai tahap keimanan yang kamil dan pengukur ketakwaan seseorang terhadap Tuhannya. Seorang muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi mengukur ketakwaannya kepada Allah. Ia tidak dinilai dari segi keturunan, status, bangsa, kekayaan, rupa dan warna kulit. Allah telah meletakkan orang-

22

orang yang beriman dan berilmu pengetahuan ke tahap yang paling tinggi, seperti firman Allah pada ayat 58 surah: "Allah meninggikan orang-orang yang berilmu di antara kamu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat. Al-Imam al-Ghazali menyatakan, peringkat mencari ilmu adalah sama dengan orang yang mencari harta. Iaitu : a. mencari dan mengusaha b. mengumpul hingga tidak perlu untuk bertanya c. Meneliti iaitu menggunakan ilmu yang telah dikumpul serta memanfaatkannya. d. Mengajar ilmu kepada orang lain. Inilah yang termulia kerana orang yang berilmu dan beramal, kemudian mengajar, ia dianggap sebagai orang besar di alam ini, ia bagaikan kasturi yang membaeri haruman kapada yang lain, sedangkan ia semerbak pula harumnya. ( b ) Peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Islam mengikut Al-Quran dan As-Sunnah Marilah sama-sama kita membaca dan merenungkan maksud hadith yang diriwayatkan oleh al-Turmizi dan Muslim. Rasululluah s.a.w. bersabda: Berdasarkan maksud hadith tersebut, jelas menunjukkan untuk menjadi seorang guru pendidikan Islam yang berkesan perlulah menunaikan hak dan kewajipannya terhadap Tuhannya, tanggungjawabnya terhadap dirinya sendiri, dan kewajipannya terhadap ahli-ahli keluarganya iaitu orang-orang yang di bawah pimpinannya. Hak dan kewajipan guru pendidikan Islam membawa maksud kewajipan yang perlu dituntut dan dilaksanakan oleh setiap guru pendidikan Islam, berusaha melengkapkan diri sebagai seorang muallim, murabbi, muaddib, dan mursyid Untuk melengkapkan diri sebagai seorang guru yang berkesan perlulah memiliki kriteria yang cukup seperti asas pengetahuan yang luas, kemahiran yang tinggi, keikhlisan yang unggul, dan mempunyai semangat yang cekal untuk memajukan prestasi pendidikan, disamping bertanggungjawab kepada masyarakat juga kepada Allah s.w.t. Bukan sekadar itu sahaja, malah seorang pendidik Islam perlulah mempunyai kesediaan dalam perkara berikut: a. b. c. d. e. Pengukuhan iman dan penyucian jiwa Peningkatan dan penguasaan ilmu Pengamalan ilmu Keikhlasan amal. Beramal mulia

Pengisian dalaman dan kebersihan jiwa adalah kekuatan utama yang perlu dimiliki oleh guru pendidikan Islam dalam melaksanakan amanah dan tugas yang berat. Abu ala al-

23

Maudidi (1985:57) menerangkan bahawa kecintaan dan taqarrub kepada Allah s.w.t. boleh dicapai melalui ketaatan dan ibadah kepadaNya. Untuk meningkatkan penguasaan ilmu guru-guru pendidikan Islam perlulah melengkapkan diri dengan menambahkan bahan-bahan bacaan ilmiah, samada dari buku-buku, internet atau melibatkan diri dan mengikuti kursus-kursus dan seminar-seminar, perbahasanperbahasan ilmiah. Guru juga perlu mengetahui dengan jelas pelajaran yang diajar kepada anak didik, berusaha mempermudahkan penyampaian ilmu kepada anak didik. Sebenarnya tidak cukup setakat itu sahaja, sebaliknya pendidik muslim juga perlu menguasai seberapa banyak maklumat berhubung dengan subjek yang diajar bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran. Tanpa penguasaan ilmu yang mantap seseorang guru tidak mungkin dapat mengajar dengan berkesan seperti kata pepatah Arab: Orang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat sesuatu Pelajar-pelajar sekalian, dewasa ini ramai orang yang berilmu dan memiliki sijil tetapi kurang beramal dengan ilmunya. Sebagai seorang guru pendidikan Islam wajib menambahkan ilmu dan mengamalkan segala yang dimilikinya supaya ilmu yang disampaikanya itu menjadi berkat dan berkesan kepada anak didiknya. Dalam hal ini, Allah s.w.t. sentiasa memperingati manusia supaya menjadi seorang pendidik yang bertanggungjawab, firman Allah s.w.t. pada ayat 44 surah al-Baqarah: Adakah kamu menyuruh manusia berbuat baik, sedangkan kamu lupa kepada diri kamu sendiri Seorang guru pendidikan Islam sangat perlu menampilkan diri dengan akhlak yang mulia dalam usaha menyediakan diri mereka sebagai guru yang berkesan. Akhlak mulia merupakan perbuatan-perbuatan yang baik lagi terpuji oleh akal dan syarie. Marilah kita sama-sama merenung sabda Rasulullah s.a.w. berikut: Sesungguhnya kamu tidak akan dapat mempengaruhi manusia dengan harta kamu, sebaliknya pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan budi pekerti yang mulia. Pelajar-pelajar selalulah ingat, bahawa guru juga mempunyai peranan sebagai pewaris nabi, penyampai ilmu, pembina masyarakat, pembimbing murid-murid dari tidak tahu membaca hingga murid-murid dapat membaca, guru juga berperanan sebagai penggerak untuk mempertingkatkan potensi individu baik dari segi akal, fizikal, emosi dan rohani, malah guru berperanan memperkenalkan tugas dan tanggungjawab manusia sebagi khalifah yang membangunkan kehidupan di dunia dan di akhirat.

24

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENDIDIK MUSLIM

Mudarris

Muallim

Mursyid

Muaddib

Murabbi

Rajah 7 : Peranan dan tanggungjawab Pendidik Muslim.

TUNGGU !!! Jangan terus ke topik di bawah.. Pastikan anda telah mencatat isi penting topik di atas..

25

1.5 PRINSIP ASAS PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam mempunyai kedudukan yang penting yang dapat dilihat dengan jelas dan Sunnah Rasulullah s.a.w. seperti berikut: Menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap muslim. (Riwayat al-Baihaqi) , , Bahawa kamu keluar bagi mempelajari satu bab dari ilmu, sama ada diamalkan atau tidak, adalah lebih baik dari kamu sembahyang (sunat) seribu rakaat. (Riwayat Ibn Majah) Tuntutlah ilmu sekalipun sampai ke negeri Cina. (a) Kewajipan belajar ke atas setiap Muslim Setiap individu muslim wajib belajar apa juga yang benar yang dia tidak tahu daripada orang yang lebih mengetahui darinya, malah merupakan fardhu kepada bidang-bidang ilmu tertentu. (b) ilmu

Kewajipan mengajar ke atas setiap Muslim Apabila seseorang itu mempunyai ilmu maka wajib pula disampaikan ilmu tersebut kepada orang lain berdasarkan kepada hadith Rasulullah yang bermaksud sampaikanlah walaupun satu ayat. Kewajipan menuntut ilmu sepanjang hayat ke atas setiap Muslim Di dalam menuntut ilmu, bukan hanya terbatas kepada masa yang tertentu sahaja, malah ia berlaku secara berterusan sepanjang hayat selagi hayat dikandung badan. Kewajipan mengajar ilmu sepanjang hayat ke atas setiap orang Islam. Seseorang yang mempunyai ilmu wajib disampaikan kepada orang lain selagi mana terdaya dan termampu olehnya berbuat demikian dan selagi diperlukan.

(c)

(d)

Selepas mebaca tajuk ini , sila buat rujukan di perpustakaan supaya anda lebih memahami tajuk ini dengan mendalam

Sebelum menyempurnakan tugasan anda..semak sekali lagi catatan penting andaadakah ia sudah lengkap ?

26

TUTORIAL 1. 2. 3. 4. 5. Sejauhmanakah anda memahami konsep, matlamat dan falsafah Pendidikan Islam dan jelaskan realiti yang berlaku pada diri anda sendiri. Dengan menggunakan grafik banding beza , jelaskan perbezaan antara sejarah perkembangan pendidikan Islam zaman Rasulullah dan zaman Khulafa Ar Rashidin Huraikan kesan perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia sebelum dan selepas merdeka dengan perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia masa kini. Dengan merujuk kepada tokoh-tokoh Pendidikan Islam, huraikan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang guru yang cemerlang. Dengan membuat rujukan dari pelbagai sumber huraikan dengan jelas prinsipprinsip asas pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Itu sahaja tugasan anda Simpan nota ringkas anda untuk rujukan masa depan.. Selamat Maju Jaya

27

TAJUK 2: PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM j-QAF Para pelajar sekalian Di dalam unit ini anda akan didedahkan dengan konsep j-QAF , termasuk model-model yang diguna pakai dalam bidang Fardhu Ain, Al-Quran, bahasa Arab dan Jawi. Setiap satu model perlu anda kuasai dan fahami dengan mendalam kerana ini merupakan tugas dan tanggungjawab anda sebagai guru j-QAF. Anda merupakan tempat rujukan utama di sekolah di dalam segala aspek berkaitan dengan j-QAF. Sebelum anda mendalami keseluruhan isi kandungan unit 1.2 ini, eloklah anda melihat dahulu rajah ringkasan isi kandungan unit ini secara sepintas lalu:

PENGENALAN PENGENALAN PENDIDIKAN PENDIDIKAN ISLAM ISLAM

SEJARAH DAN KURIKULUM

j-QAF
j-jQAF QAF

MODEL-MODEL j-QAF

28

2.1: SEJARAH DAN KURIKULUM j-QAF Mukadimah Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana menteru menyampaikan ucapan pada perjumpaan dengan ulama dan pegawai-pegawai agama sempena Majlis Tilawah alQuran Peringkat Antarabangsa Keli ke 45 di Kuala Lumpur, antara lain ada menyebut tentang khatam al-Quran, mewajibkan pembelajaran bahasa Arab dan menghayati amalan fardhu ain. Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Beliau mencadangkan supaya perkara tersebut dilaksanakan seeberapa segera yang boleh. Kementerian pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengadakan beberapa mesyuarat dan bengkel, dan akhirnya mengadakan seminar Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-Qaf) pada 3 hinga 5 Mac 2004. Semiman ini telah bersetuju menerima beberapa model untuk dilaksanakan sebagai projek rintis pada April 2004 sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun 2005 secara berperingkat-peringkat. Konsep j-Qaf j-Qaf adalah satu projek memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Projek ini dilaksanakan diperingkat persekolahan rendah. Objektif j-Qaf Setelah projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan diharapkan semua murid yang menganut agama Islam, semasa di sekolah rendah dapat i menguasai bacaan dan tulisan jawi ii khatam al-Quran iii mempelajari bahasa Arab dan iv mantap dan menghayati fardhu ain Kepentingan j-Qaf i. Kepentingan Jawi Jawi telah diajar sebagai komponen Pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 6 bulan pertama di tahun 1. Laporan pemantauan mendapati penguasaan bacaan Jawi dalam pendidikan Islam sematamata masih belum mencukupi dan berkesan Kepentingan al-Quran Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan tilawah al-Quran pada masa ini. Namun tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Qudan. Ia hanya mengutamakan kebolehan membaca sahaja. Kepentingan Bahasa Arab Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahaan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya Kepentingan Fardhu Ain Ibu bapa masih belum berpuas hati dengan pencapaian dan penguasaan anakanak mereka dalam Fardhu Ain terutama hal ibadah mendirikan solat.

ii.

iii.

iv

29

Kepentingan Projek j-Qaf pada keseluruhan Masa pengajaran PI Sekolah Rendah pada masa ini ialah 6 waktu, 5 waktu di SJKT dan 4 waktu di SJKC. Peruntukan waktu ini tidak membolehkan aktiviti-aktiviti khatam al-Quran, pemulihan dan pengukuhan Jawi dan latihan amali Fardhu Ain yang mencukupi di laksanakan di sekolah-sekolah. Manakala Bahasa Arab di sekolah- sekolah diajar oleh guru Pendidikan Islam sedia ada. Ini menyukarkan pelaksanaan Bahasa Arab di semua sekolah sekiranya guru Bahasa Arab yang hakiki tidak diwujudkan.

Pelaksanaan j-Qaf j-Qaf telah dilaksanakan mulai tahun 2005 secara berperingkat-peringkat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi maklumat yang lebih lengkap mengenai cara pelaksanaan model-model yang terpilih serta persiapan-persiapan khusus bagi pelaksanaan 2005. Panduan modul yang terkandung di dalam buku ini adalah maklumat awal yang berguna untuk persiapan kearah pelaksanaan sebenar. Ia tidak menggambarkan keadaan sebenar pelakasanaan j-Qaf melainkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil keputusan mengekalkan panduan dan modul yang terkandung dalam buku ini.

Setalah membaca topik ini, dengan menggunakan grafik buatkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Islam dengan Kurikulum j-Qaf.

2.2 : PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KEN BESTARI SOLAT

30

Pelajar sekelian, Seminar Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain ( j-QAF ) Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah berlangsung pada 3 hingga 5 Mac 2004 telah memutuskan supaya Model Bestari Solat dilaksanakan secara rintis bersama model-model projek j-QAF yang lain bagi menguji sejauhmana kelemahan dan kekuatannya. Program Kem Bestari Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kejayaan Program j-QAF. Kerjasama dan hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa amat penting bagi mempastikan hasrat murni dapat direalisasikan. Tahukah pelajar apakah maksud Kem Bestari Solat? Kem Bestari Solat ialah aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan murid boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah. Apakah objektif Kem Bestari Solat diadakan ? Kem Bestari Solat diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat: mengetahui kepentingan solat berwuduk dengan sempurna mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu melaksanakan semua perbuatan dalam solat dengan betul menguasai bacaan dan mengaplikasikannya dalam solat dengan betul dan lancar

Siapakah yang diwajibkan mengikuti Kem Bestari Solat ?

Murid Tahun 2 di sekolah Projek Rintis dan Semua murid Islam sekolah rendah.

Pelajar sekelian, Sekiranya anda ditugaskan untuk melaksanakan Kem Bestari Solat di sekolah anda, apakah langkah-langkah yang perlu dibuat anda ambil ? Bagi memastikan Kem Bestari Solat berjalan dengan lancar , beberapa langkah perlu diambil:

31

1. Panitia Pendidikan Islam hendaklah menyediakan kertas kerja dan dibentangkan dalam mesyuarat bagi memutuskan perkara-perkara berikut: Membentuk Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah Menetapkan tempat dan masa untuk mengadakan Kem Bestari Solat Menentukan guru layak untuk menjadi fasilitator Menyediakan jadual pelaksanaan aktiviti Kem Bestari Solat Mengagihkan murid-murid yang akan mengikuti Kem Bestari Solat mengikut kumpulan yang ditentukan. Memberi taklimat kepada fasilitator sebagai panduan tenaga pengajar dalam Kem Bestari Solat. 2. Program ini dilaksanakan dua kali dalam tempoh setahun. 3. Aktiviti ini dilaksanakan dalam bentuk kursus intensif di luar waktu P & P sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. 4. Setiap kem peringkat sekolah tidak melebihi 60 orang murid dan setiap kumpulan tidak melebihi 10 orang. 5. Antara pengisian aktiviti Kem Bestari Solat ini ialah latihan amali wuduk, amali solat, solat berjemaah, ujian penilaian pra dan pasca program, riadah, pertandingan bacaan dan amali solat. 6. Instrumen penilaian perlu disediakan bagi menentukan tahap kebolehan murid dalam mendirikan solat ( seperti di lampiran 1 ) 7. Menyusun pengisian aktiviti kem ( seperti cadangan Jadual Aktiviti Kem Bestari Solat di lampiran 2 ) 8. Mengumpul maklumat murid yang tidak tahu solat selepas tamat Kem Bestari Solat 9. Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali aktiviti dilaksanakan. ( Seperti di lampiran 3a dan 3b ). 10. Melaporkan rekod pencapaian murid kepada guru yang mengajar, ibu bapa, penjaga, ketua panitia dan guru besar. 11. Borang Catatan Pelaksanaan Solat. ( seperti di lampiran 4 ) Borang Catatan Pelaksanaan Solat diedarkan kepada ibu bapa dan penjaga. Ibu bapa / penjaga hendaklah mencatat pelaksanaan amalan solat murid di rumah selama dua bulan Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada pihak sekolah untuk dianalisa. Pihak sekolah akan menyediakan laporan untuk pelaksanaan Kem Kedua. 12. Kem Bestari Solat Kedua dilaksanakan setelah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan Kem Bestari Solat Pertama.

Para pelajar sekelian, Sebelum melaksanakan Kem Bestari Solat, sebuah jawatankuasa pelaksana perlulah ditubuhkan.(seperti Cadangan Panduan Tugas di lampiran 5 ). Jawatankuasa Pelaksana terdiri daripada : 1. Penaung 2. Penasihat 3. Pengerusi

32

4. Setiausaha 5. Bendahari 6. Ahli Jawatankuasa : i. Urusetia ii. Pendaftaran dan Penginapan iii. Makanan dan Minuman iv. Keselamatan / Kebajikan / Disiplin v. Dokumentasi / Penilaian vi. Riadhah vii. Kem Komandan viii. Siaraya ix. Warden x. Teknik & Peralatan xi. Sijil dan Hadiah. 7. Kewangan 7.1 Sumber 7.1.1 Peruntukan kewangan khusus 7.1.2 Sumbangan PIBG 7.1.3 Sumbangan swasta dan lain-lain 7.2 Perbelanjaan ( seperti lampiran 6 ) 7.2.1 Penyediaan Bahan ( Kertas Kerja, kertas Edaran, Fail ) 7.2.2 Perbelanjan Runcit 7.2.3 Perbelanjaan makan dan minum 7.2.4 Hadiah galakan

8. Fasilitator 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 9. Penutup Program Kem Bestari Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kejayaan Program j-QAF. Bagi mencapai hasrat murni ini, kerjasama dan hubungan erat pihak sekolah dan ibu bapa amat penting. Mudah-mudahan ia menambah rasa tanggungjawab dan minat murid terhadap perintah Allah s.w.t. Guru Pendidikan Islam ( Dalaman / Luaran ) Guru-Guru Akademik yang berkebolehan Ibubapa / Penjaga yang berkebolehan Guru-Guru KAFA Pihak lain yang berkelayakan dan dipersetujui oleh pihak pengurusan Sekolah.

33

LAMPIRAN 1 (a) SOALAN UJIAN PENILAIAN PRA KEM BESTARI SOLAT NAMA : ... TAHUN : TANDAKAN Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 PADA RUANGAN BERKENAAN Soalan Saya selalu menunaikan solat fardu. Saya dapat membaca niat solat lima waktu dengan betul. Saya hanya solat pada waktu tertentu sahaja. Saya menunaikan solat jika diarahkan oleh ibu bapa. Saya dapat menghafaz doa iftitah dengan betul. Bacaan al-Fatihah saya sangat baik. Ibu bapa saya tidak pernah memarahi jika saya tidak menunaikan solat fardu. Saya menunaikan solat tanpa membaca surah pendek. Saya membaca tasbih 3 kali ketika rukuk. Ibu bapa saya tidak pernah menyuruh saya solat. Bacaan doa ketika duduk antara dua sujud dapat saya baca. Saya dapat membaca tasbih ketika sujud dengan tertib. Saya dapat membaca doa Qunut dengan bacaan yang baik. Bacaan Tahiyyat Awal saya betul. Saya tidak dapat menghabiskan bacaan Tahiyyat Akhir. Ya Tidak

34

LAMPIRAN 1 (b) UJIAN LISAN PASCA KEM BESTARI SOLAT NAMA : ........................ TAHUN : .. 1. a) b) c) d) e) 2. a) b) c) d) e) 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Sila sebut lafaz niat solat fardu berikut: Solat Subuh Solat Zuhur. Solat Asar. Solat Maghrib. Solat Isyak. Beri erti lafaz-lafaz solat di atas. Solat Subuh Solat Zuhur. Solat Asar. Solat Maghrib. Solat Isyak. Sila baca doa iftitah. Sila baca surah al-Fatihah. Sila sebut bacaan ketika rukuk. Sila sebut bacaan ketika iktidal. Sila sebut bacaan ketika sujud. Sila sebut bacaan ketika duduk antara dua sujud. Sila sebut bacaan Tahiyyat awal dan akhir. SKOR : .

35

Lampiran 2 CADANGAN JADUAL AKTIVITI BESTARI SOLAT MASA HARI 5.30 6.30 7.30 7.00 8.00 8.00 10.00 10.00 10.30 10.30 12.30 12.30 2.30 2.30 4.30 4.30 5.15 5.15 6.00 6.00 7.00 7.00 9.00 9.00 10.00 10.00

JUMAAT

Pendaftaran & pembahagia n kumpulan Kemas diri & Solat Subuh Kuliah Subuh Sarapan Makan & solat

taklimat

Solat & kuliah Maghrib 1

Kemas diri dan makan

LDK 1

Solat dan minum

Minum & Tidur

SABTU

LDK 2

LDK 3

LDK 4

Riadah

Solat & kuliah Maghrib 2

LDK 5

Solat dan minum

AHAD

LDK 6

Ujian & Penilaian (Amali Solat)

Majlis Perasmian Penutup (12.30 1.15)

LDK LDK LDK LDK LDK LDK

1 2 3 4 5 6

- Amali Solat Solat Fardhu Isya - Amali Wudhu - Amali Solat Fardhu Subuh - Amali Solat Fardhu Zuhur - Amali Solat Fardhu Asar - Amali Solat Maghrib

* Setiap aktiviti amali wudhu dan solat hendaklah dijalankan dalam kumpulan beredasarkan borang senarai semak

36

LAMPIRAN 4 REKOD CATATAN PELAKSANAAN SOLAT FARDU NAMA :

TAHUN : BULAN : H/B SUBUH 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 Pengesahan Guru Pendidikan Islam, ( ) Tarikh: ZUHUR WAKTU ASAR MAGHRIB ISYAK PENGESAH AN IBU / BAPA

37

LAMPIRAN 5 PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA KEM BESTARI SOLAT 1. PENGERUSI Membentuk Jawatankuasa Pelaksana. Mempengerusi dan mengendali mesyuarat pelaksanaan.

2. SETIAUSAHA Menguruskan surat menyurat. Menyelaras dan menyelia persiapan Jawatankuasa Program. Membentuk Jawatankuasa Kecil, mencatat dan menyedia minit / keputusan Mesyuarat. Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa. Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program.

3. BENDAHARI Menyedia anggaran perbelanjaan. Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa. Mengurus / menyelia perolehan dan perbelanjaan. Menyediakan laporan kewangan.

4. URUSETIA Menentukan perkataan Backdrop . Menentukan pengerusi majlis. Menentukan fasilitator bertugas pada setiap aktiviti. Mengagihkan kumpulan peserta. Menyedia borang-borang.

5. PENDAFTARAN Menyediakan keperluan pendaftaran o o o Meja Tempat Senarai nama peserta

o Fail Mengedarkan buku program

38

6. PENGINAPAN Menyedia dan menyelia hal-ehwal penginapan peserta, fasilitator serta tetamu Memberi taklimat penginapan kepada peserta dan semua Jawatankuasa

7. MAKAN DAN MINUM 8. Membentuk Jawatankuasa Kecil Menyedia menu kepada peserta, fasilitator dan tetamu. Menyedia anggaran perbelanjaan makan dan minum. Menentu tempat, masa dan bentuk jamuan. Memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi sepanjang program. Mengurus bil pembayaran tempahan makan dan minum melalui Bendahari.

FASILTATOR DAN PENCERAMAH Menyedia bahan dan tajuk ceramah yang sesuai. Membimbing dan memudah cara peserta melaksana aktiviti dan Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ).

9.

KESELAMATAN, KEBAJIKAN DAN DISIPLIN Memberi taklimat kepada peserta sebelum aktiviti bermula. Menyedia peralatan dan bantuan kecemasan. Menyedia senarai barangan keperluan peserta.

10. PELAPORAN, DOKUMENTASI DAN PENILAIAN Mengurus fotografi dan rakaman audio-video. Menyedia dan menerbitkan laporan penuh aktiviti. Menyelaras agenda post-mortem program

11. RIADHAH

39

Menyedia tenaga pembimbing riadhah dan sukan. Menyelaras aktiviti bersenam dan permainan.

12. KEM KOMANDEN Menyelaras dan mengelolakan setiap arahan kepada peserta. Memastikan program berjalan menepati masa dan jadual.

13. SIARAYA DAN PUBLISITI Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk semua slot. Menyediakan banner dan sepanduk publisisti.

14. TEKNIK DAN PERALATAN Menyediakan dan menyusun tempat aktiviti. Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti. Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada gangguan.

15. BUKU PROGRAM Membentuk Jawatankuasa Kecil Menentukan isi kandungan, bentuk dan saiz. Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Kerja. Mendapatkan senarai nama fasilitator dan penceramah. Memastikan buku program diterbitkan dan diedarkan dengan lancar.

40

Lampiran 6 CADANGAN PERBELANJAAN KEM BESTARI SOLAT 1. Penginapan dan Makan Urusetia dan Fasilitator RM30.00 x 2 hari x 15 orang Peserta RM30.00 x 2 hari x 60 orang RM3,600.00 RM5,400.00 2. Alatan dan Bahan Cetak RM4.00 x 60 orang 3. Hadiah dan Cenderamata RM7.00 x 60 orang 4. Pengangkutan RM300.00 x 2 buah bas Jumlah kecil 5. Perbelanjaan Runcit ( 10% ) JUMLAH KESELURUHAN RM600.00 RM5,760.00 RM576.00 RM6,336.00 RM420.00 RM240.00 RM900.00

41

Lampiran 7 SENARAI ALATAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA KEM BESTARI SOLAT 1. PAKAIAN Uniform Sekolah. Pakaian Harian. Pakaian Sukan / Riadah. Kasut. 2. ALATAN SOLAT Pakaian yang sesuai Songkok ( L ) Sejadah Telekong 3. ALATAN MANDI Tuala Kain Basahan Sabun Berus Gigi dan Ubat Gigi 4. ALATAN TIDUR Bantal Selimut Tikar / Alas Tidur yang sesuai 5. KEPERLUAN HARIAN Minyak Rambut

42

Sikat Bedak Selipar Ubat ( jika perlu ) LAMPIRAN 8 BORANG MAKLUMAT PESERTA KEM BESTARI SOLAT PERINGKAT SEKOLAH 2004 Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Nama Peserta Tahun Alamat No Telefon

43

T.T. Guru Besar / Cop Sekolah ..

Tarikh ...

LAMPIRAN 9(a) REKOD PENCAPAIAN MURID KEM BESTARI SOLAT NAMA : ..

TAHUN : .. TAJUK : WUDUK BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 PERKARA BACAAN BASMALAH (S) MEMBASUH DUA TANGAN (S) BERKUMUR (S) MEMASUKKAN AIR KE HIDUNG (S) NIAT WUDUK (R) MEMBASUH MUKA (R) BASUH DUA TANGAN HINGGA KE SIKU (R) MENYAPU AIR KE KEPALA (R) MENYAPU KEDUA-DUA BELAH TELINGA (S) MEMBASUH KEDUA-DUA BELAH KAKI (R) BACAAN DOA LEPAS WUDUK (S) (S=Sunat) TAHAP PENCAPAIAN MENGUASAI BELUM MENGUASAI

(R=Rukun) Disahkan oleh,

.. ( ) Guru Besar,

44

LAMPIRAN 9(b) REKOD PENCAPAIAN MURID KEM BESTARI SOLAT NAMA : ..

TAHUN : .. TAJUK : SOLAT BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 PERKARA NIAT SOLAT SUBUH NIAT SOLAT ZUHUR NIAT SOLAT ASAR NIAT SOLAT MAGHRIB NIAT SOLAT SUBUH TAKBIRATUL IHRAM (R) MEMBACA DOA IFTITAH (S) MEMBACA SURAH AL-FATIHAH (R) MEMBACA DUA SURAH (S) BACAAN RUKUK (S) BACAAN IKTIDAL (S) BACAAN SUJUD (S) BACAAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD (S) BACAAN TAHIYYAT AWAL (S) BACAAN TAHIYYAT AKHIR (R) SALAM PERTAMA (R) SALAM KEDUA (S) BACAAN DOA QUNUT (S) PERGERAKAN (S=Sunat) TAHAP PENCAPAIAN MENGUASAI BELUM MENGUASAI

(R=Rukun) Disahkan oleh,

.. ( )

45

Guru Besar,

LAMPIRAN 10 ANALISA CATATAN PELAKSANAAN SOLAT KEM BESTARI SOLAT BULAN : TARIKH 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 SUBUH BILANGAN MURID : . CATATA N

JUMLAH MURID YANG SOLAT ZUHUR ASAR MAGHRIB ISYAK

Disediakan oleh,

46

. ( ) Ketua Panitia, Pendidikan Islam.

2.3 MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI 1. PENDAHULUAN Buku ini bertujuan menjelaskan tentang pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi. 2. TAKRIF Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pemulihan untuk memulihkan murid keciciran dalam jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada. 3. OBJEKTIF Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf tunggal, sukukata terbuka, sukukata tertutup dan perkataan-perkataan mudah yang dibina daripada sukukata terbuka dan sukukata tertutup. 4. KUMPULAN SASAR Kumpulan sasar kelas ini ialah murid-murid yang tidak dapat melepasi ujian khas iaitu tidak dapat mengenal huruf tunggal atau sukukata terbuka. 5. STRATEGI PELAKSANAAN 5.1 Menubuhkan jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar. 5.2 Jawatankuasa Pelaksana bermesyuarat bagi memutuskan perkara tersebut: a. Mengenalpasti murid-murid yang keciciran melalui ujian khas atau maklumat daripada guru yang mengajar. Jumlah murid bagi satu kelas pemulihan hendaaklah di antara 6 hingga 10 orang. b. Penyediaan tempat bagi pelaksanaan kelas pemulihan. c. Penyediaan bahan bantu mengajar. 5.3 Melaksanakan Kelas pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah ditentukan. 5.4 Proses pengajaran dan pembelajaran akan menekankan kaedah permainan dan nyanyian yang menyeronokan. 5.5 Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali kelas dilaksanakan. 6. PENJADUALAN

47

Kelas pemulihan jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi biasa. 6 hingga 10 orang sahaja murid yang dikenal pasti layak untuk dipulihkan akan dimasukkan ke kelas khas dan diajar oleh seorang guru j-qaf bagi setiap kelas pemulihan 7. AGIHAN TUGAS 6.1 Guru besar bertanggungjawab; a. b. c. d. menubuhkan Jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanakan Kelas Pemulihan jawi. memastikan Kelas pemulihan jawi ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. memantau pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi

6.2 Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab: a. bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah. b. Bekerjasama dengan guru pemulihan dan guru-guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi. c. Menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran dan guru pemulihan 6.3 Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab: a. membuat ujian khas untuk memilih pelajar yang akan mengikuti Kelas Pemulihan Jawi. b. Meneruskan pengajaran mengikut jadualk persekolahan biasa. 6.4 Guru Pemulihan bertanggungjawab: a. melaksanakan kelas pemulihan jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. b. Merekodkan hasil penilaian yang dilakukan selepas proses pengajaran dan pembelajaran c. Melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada Ketua Panitia

48

8. AGIHAN KEMAHIRAN Murid yang hendak dipulihkan diberi kemahiran-kemahiran seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR. Berikut dikemukakan contoh agihan kemahiran untuk dua belas waktu pengajaran: Waktu Waktu 1 Waktu 2 Waktu 3 Waktu 4 Waktu 5 Waktu 6 Waktu 7 Waktu 8 Waktu 9 Waktu 10 Waktu 11 Waktu 12 10. Kemahiran Memperkenalkan huruf tunggal Memperkenalkan huruf tunggal Memperkenalkan huruf tunggal Memperkenalkan huruf tunggal Memperkenalkan huruf tunggal Memperkenalkan huruf tunggal Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf Membaca dab menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bagi memastikan keberkesanan Kelas Pemulihan Jawi dan bersesuaian dengan kemampuan murid, guru dicadangkan banyak menggunakan kaedah permainan dan nyanyian semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Permainan dan nyanyian yang dicadangkan ialah: 8.1 Permainan Bagi Kemahiran Huruf Tunggal: a. Boling b. Tenteng c. Main kad d. Kereta api 8.2 Permainan Bagi Kemahiran Sukukata: a. Sahibba b. Pancing ikan 8.3 Nyanyian: a. Rasa Sayang Jawi b. Eja dan Baca c. Vokal dan Sukukata

49

10. PENILAIAN Guru hendaklah melaksanakan penilaian setiap kali kelas dijalankan. Penilaian hendaklah menguji kemahiran membaca dan menulis huruf-huruf dan sukukatasukukata yang dipelajari. Hasil penilaian hendaklah direkodkan ke dalam Borang Kelompok Penilaian Jawi.

2.4 MODEL TASMIK KHATAM AL-QURAN Model Tasmik ialah satu program merekodkan perkembangan bacaan murid-murid secara individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam alQuran. Ia dilaksanakan di luar jadual waktu sekolah. Murid akan belajar dan membaca al-Quran dengan guru-guru al-Quran di sekolah atau luar sekolah. Guru boleh terdiri daripada ibu bapa murid atau guru-guru al-Quran yang dilantik oleh pihak sekolah. Murid akan belajar dan membaca al-Quran dengan guruguru al-Quran di sekolah atau luar sekolah. Guru boleh terdiri daripada ibu bapa murid atau guru-guru al-Quran yang dilantik oleh pihak sekolah. 2.5 MODEL 6 BULAN KHATAM AL QURAN Model 6 bulan menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran pada 6 bulan pertama tahun satu dan aspek khatam al-Quran pada 6 bulan pertama pada tahun dua hingga tahun lima. Ia dilaksanakan dalam 4 waktu (120 minit) mata pelajaran Pendidikan Islam selama enam bulan pertama setiap tahun. Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi bermaksud pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi diperluaskan kepada semua murid beragama Islam. Model ini dilaksanakan selama dua waktu iaitu 30 minit satu waktu dalam jadual waktu rasmi persekolahan.

2.6 MODEL PERLUASAN PELAKSANAAN BAK Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi bermaksud pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi diperluaskan kepada semua murid beragama Islam. Model ini dilaksanakan selama dua waktu iaitu 30 minit satu waktu dalam jadual waktu rasmi persekolahan.

Sila ambil perhatian.

50

Untuk model Perluasan Bahasa Arab, Model 6 Bulan Khatam Quran dan Tasmik Sila Rujuk Buku Panduan Pelaksanaan Model Dan Modul Pengajaran & Pembelajaran keluaran Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral. Sila buat rujukan untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam dan juga sebagai panduan dalam pelaksanaan program.

Soalan-soalan berikut memerlukan anda memahami dengan mendalam tajuk yang dibincangkan.. sediakan nota ringkas sebagai bantuan !

Perbincangan dalam Tutorial 1. 2. Bincang konsep j-QAF Bincangkan dalam kumpulan bagaimana anda merancang pelaksanaan program j-Qaf seperti berikut: i. Kem Bestari Solat ii. Kelas Pemulihan Jawi 3. Bincangkan kesan program pemulihan jawi yang telah anda rancang, nyatakan juga masalah-masalah yang anda hadapi serta langkah mengatasi masalah tersebut. Anda telah pun memahami tentang program Kem Bestari Solat yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bincangkan bersama rakan anda tentang Kepentingan Kem Bestari Solat dalam melahirkan insan yang bertaqwa.

8.

51

You might also like