You are on page 1of 11

Pengantar Linguistik Teori Struktural

Disediakan oleh : Nurul Aina Jaludin Pg. Shukr Pg. Hj. Musa Ranger Diris Stanley Ian Junaidi Zuraimin Wahili

TEORI STRUKTURAL
Struktural merupakan suatu fahaman yang wujud di Eropah berikutan dengan kebangkitan struktural linguistik yang dipelopori oleh Leornard Bloomfield dan Ferdinand de Soussure. Pendekatan struktural ini berasaskan kepada prinsip-prinsip teori strukturalisme. Mula berkembang pada kurun ke 20. Kajian mereka adalah mengenai aspek penghuraian struktur bahasa.

Teori struktural ialah suatu percubaan untuk menerapkan teori linguistik kepada objek-objek dan kegiatan-kegiatan lain, selain bahasa itu sendiri. Saussure telah membezakan antara langue dan parole. Langue ialah aspek sosial bahasa manakala, parole pula realiti pengguna bahasa sebenar. Pemisahan dua istilah telah menjadi asas penting kepada semua teori struktural yang terkemudian .

Saussure yang merupakan seorang ahli falsafah Swiss (1857-1913) begitu percaya bahawa bahasa mempunyai struktur dalaman yang tersendiri dan mempunyai peraturan-peraturan yang sistematik (Charles E Bressler, 1999:89). Peraturan-peraturan ini menguasai dan menggerakkan semua aspek bagi bahasa termasuklah bunyi-bunyi yang dikenalpasti begitu bermakna, pelbagai kombinasi bunyi yang membentuk perkataan dan bagaimana perkataan dikendalikan untuk menghasilkan hubungan yang bermakna dalam bahasa yang disediakan (Charles E Bressler, 1999:89).

Mereka menganggap struktur bahasa adalah perkaitan antara fonem, sebagai unit bahasa, dengan fonem sebagai unit bahasa. Pendekatan struktural menintikberatkan perkara-perkara dalaman yang membentuk rangka atau struktur sesebuah teks. Struktur sesebuah teks ialah tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan. Kebiasaan struktural ini sesuai digunakan untuk genre novel, cerpen dan drama.

Tokoh struktural ini berpendapat bahawa bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari, iaitu untuk menyatakan objektif, keadaan dan konsep yang digunakan dalam perhubungan manusia. Terdapat empat ciri : 1. Bahasa ialah pertuturan 2. Bahasa ialah satu sistem 3. Sistem ialah arbitrari 4. Bahasa adalah untuk perhubungan

Prinsip-prinsip
Dalam strukturalisme juga terdapat prinsipprinsip tertentu iaitu: Kaitan Keseluruhan Transformasi Regulasi Diri Analisis Siinkronik Desentralisasi Perkara

Kaitan Pendekatan ini melihat karya sastera sebagai suatu gagasan yang saling berkait antara satu sama lain.
Keseluruhan Strukruralisme menekankan keseluruhan unsur kerana menganggap sastera sebagai suatu sistem atau struktur iaitu suatu keseluruhan yang memiliki konvensi dan tradisi sendiri. Transformasi Ahli-ahli strukturalisme tidak percaya kepada hukum sebab-akibat, mereka hanya percaya kepada hukum perubahan bentuk.

Regulasi Diri Teks mementingkan aturan-aturan kesusasteraan, corak serta peralatan yang menyebabkannya terbentuk dan keseluruhan sistem terlaksana ( teks ialah hasil sesuatu struktur yang menjadi pelengkap kepada struktur itu sendiri ).
Analisis Sinkronik Pendekatan ini menumpukan perhatian kepada permasalahan bagaimana perkataan-perkataan di dalam teks berhubungan antara satu sama lain dan bagaimana teks dapat difahami melalui aturan-aturan kesusasteraan. Hal ini berkait dengan langue dan parole. Dalam analisis linguistik, langue ialah sistem bahasa atau linguistik yang abstrak, manakala parole ialah pertuturan sebenar yang dilaksanakan oleh seseorang penutur.

Desentralisasi Perkara Unsur-unsur sejarah, pengarang dan pembaca diketepikan kerana berfokuskan kepada unsurunsur dalaman teks. Tanpa mengatasi manusia dan tujuan pengarang. Pengarang dikatakan terpaksa tunduk kepada konvensi sastera yang mengongkong kebebasan. Kreativiti pengarang hanya berlaku apabila beliau mematuhi kesuluruhan sistem sastera ini.

Sekian

You might also like