You are on page 1of 5

SOALAN 1 Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato Dr Abdul Shukor Abdullah pernah menulis sebuah artikel yang

bertajuk Fokus Pengurusan Pendidikan dengan menonjolkan 10 fokus pengurusan. Dalam perbincangan mengenai fokus satu (1) iaitu Pengetua dan Guru Besar berkesan, antara lain beliau menyentuh mengenai perkara berikut : i. Proses grooming untuk sahsiah pengetua / guru besar ii. Kemahiran amalan kepengetuaan yang bersifatkan hands on iii. Keseimbangan antara The Classroom View dengan The School Wide View Huraikan ketiga-tiga perkara di atas, bagaimana ia boleh dilaksanakan di sekolah.

FOKUS 1 : PENGETUA DAN GURU BESAR YANG BERKESAN Pengetua dan Guru Besar adalah aktor utama yang melaksanakan pembangunan pendidikan negara : The principal set the bearing and tone of the school. Sistem identifikasi dan latihan untuk persediaan kepengetuaan aka diperkenalkan. ( The Preparation For Principalship). Pembinaan Ilmu Teori Pengurusan Sekolah di kalangan pengetua dan guru besar akan dipertingkatkan. Personaliti Pengetua dan Guru Besar melalui proses grooming akan diperkenalkan. Kemahiran Amalan Kepengetuaan bergerak kepada Hands on Principalship akan dilaksanakan. Matlamat pembangunan kepengetuaan adalah ke arah penguasaan The Core Technology of Schoolinh. Fokus pengurusan Pengetua dan guru besar mesti jelas dan tertumpu kepada (i) The Classroom View mempastikan Guru Mengajar dan Murid Belajar; (ii)The School Wide View mempastikan pengurusan sekolahnya mendapat pengiktirafan masyarakat setempat. Penempatan dan pemilihan pengetua akan dilaksanakan dengan efisen berdasarkan dasar back-to-back

JAWAPAN Kamus Dewan (2007) mentakrifkan terminologi pengetua merujuk kepada orang yang mengetuai (mengepalai) dan takrif guru besar adalah ketua guru yang mengetuai sesuatu sekolah. Jelas di sini, pengetua mahupun guru besar merupakan pemimpin sekolah yang perlu memainkan peranan sebagai kepimpinan profesional. Kecemerlangan kepemimpinan bermula dengan peranan pengetua.yang menjadi teladan kepada guru mahupun pelajar-pelajar Pengetua yang

mempunyai kualiti dan tret atau ciri peribadi / sahsiah yang baik akan dapat mempamer gaya kepemimpinan yang baik, cemerlang, berkesan dan lestari.

Seseorang pengetua dan guru besar perlu memiliki karisma yang tinggi dan kompeten dengan kemahiran kepimpinanan, pentadbiran dan pengurusan. Dalam ketiga-tiga elemen ini saya menggunakan istilah pemimpin atau kepemimpinan sahaja kerana aspek pentadbiran dan pengurusan adalah berkait langsung dengan kepempimpinan. Pengetua perlu mendapat kepercayaan, kebergantungan, keyakinan , sokongan, kesepakatan bekerja dan dapat meningkatkan kesetiaan serta komitmen daripada anggota organisasi, pelanggan (pelajar) dan stakeholders.

Pengetua dan guru besar bertanggungjawab ke atas kemenjadian murid-muridnya untuk memperolehi ilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi dan memiliki kepintaran pelbagai (multiple intelligence), bersahsiah cemerlang serta dapat menjadi sumber tenaga kerja yang sesuai dengan pasaran kerja dan menjadi modal insan kelas pertama.

Fokus pertama yang dinyatakan dalam Mesyuarat Penyelarasan Hal-hal Profesional Kali ke-58 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada masa itu, Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah pada 13 Mei 1998, menyentuh kepada perkara yang berkaitan dengan pengutua dan guru besar yang berkesan. Di sini saya akan mengulas berkaitan dengan ketiga-tiga perkara yang menyentuh dan berkaitan dengan fokus pertama yang telah diucapkan. i. Proses grooming untuk sahsiah pengetua / guru besar Pengetua dan guru besar yang berkualiti kerohaniannya dan keperibadiannya terdiri daripada mereka yang memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Di antara ciri-ciri seorang pengetua dan guru besar bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilaitara sahsiah atau tingkahlaku yang baik ini adalah terkandung di dalam Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan . Mereka perlu menghayati dan mengamalkan etika dan tatasusila seperti yang telah dinyatakan dalam Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan tersebut. Pelaksanaannya boleh di lakukan oleh pengetua dan guru besar dengan seringkali memperingatkan diri sendiri

untuk mengamalkan nilai-nilai murni di dalam perkhidmatan seperti berazam meningkatkan mutu perkhidmatan bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri, berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan dean berpegang teguh kepada ajaran agama.

Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara , agama diletakkan di tempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan menyebabkan seseorang guru itu menjadi bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu , berprinsip serta amanah. Oleh itu, saya sarankan pengetua dan guru besar membawa pendekatan keislaman dalam pentadbiran mereka. Mereka perlu menjadi role model kepada guru-guru dan juga pelajar dengan menunjukkan keperibadian yang mulia. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah adalah seperti bersolat jemaah dengan pelajar-pelajar pada waktu zohor sebelum pulang ke rumah, mengadakan bacaan yassin dan solat hajat serta solat dhuha dan memberi tazkirah. Jika mereka mempunyai pegangan agama yang kukuh, insyallah mereka akan terhindar dari melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral.

Di samping mempunyai pegangan agama yang kuat, pengetua dan guru besar perlu memiliki ciri-ciri mereka yang berkualiti dari segi jasmaninya. Antaranya ialah sentiasa menjaga penampilan dan imej yang baik, iaitu dari segi cara berpakaian, tingkah laku dan tutur cara. Oleh sebab itu, pengetua dan guru besar perlu sentiasa berpakaian kemas bagi mengekalkan imej mereka sebagai seorang yang berkualiti. Mereka juga mesti sentiasa menjaga tutur kata dan tingkah laku agar menjadi contoh yang baik kepada guru-guru mahupun pelajar.

Selain itu, mereka perlu memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Di antara aktiviti yang boleh dibuat untuk mengekalkan kesihatan ialah berjoging dan bersukan serta mengamalkan pemakanan yang sihat. ii. Kemahiran amalan kepengetuaan yang bersifatkan hands on Latihan dan pembangunan (Training & Development) pengetua dan guru besar adalah proses pembangunan kepakaran individu secara sistematik untuk tujuan prestasi. Latihan ini perlu diadakan dengan mengabungkan antara teori dan praktikal (hands on). Pada masa kini Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Program Latihan

NPQH (National Professional Qualification for Headship )yang memakan masa setahun telah dijalnkan oleh Institt Aminuddin Baki (IAB) dalam usahanya untuk menyediakan pelapis bagi pengurus dan pemimpin pendidikan di peringkat sekolah. Program ini melibatkan komponen kuliah selama 6 bulan dan tiga minggu komponen praktikum (hands on) di sekolah-sekolah terpilih. Penekanan kepada amalan terbaik di sekolah seharusnya diberi perhatian pada mereka pada masa ini.

Bagi pengetua dan guru besar di sekolah, mereka akan berhadapan dan terdedah dengan banyak kes sebenar di sekolah dan dengan adanya latihan yang telah diberikan, di harap mereka dapat mengadaptasikan teori yang dipelajari untuk menangani kes-kes yang dihadapi. Pengetua dan guru besar perlu membuat need analysis dan membiasakan diri dengan sesuatu kes dan memikirkan apa aktiviti atau projek atau program yang boleh mengatasi masalah dalam sesuatu keadaan. Ia termasuklah dari segi akademik, sahsiah pelajar, disiplin, kaunseling dan kokurikulum.

Di sini saya akan berikan contoh amalan(hands on) terbaik pengetua dan guru besar yang boleh diteladani oleh mereka. Mereka akan memulakan rutin harian dengan morning call bersamasama dengan staff di pejabat. Selepas itu, mereka harus masuk kelas untuk mencerap bagi memantau proses pengajaran dan pembelajaran guru iaitu dari segi kaedah, bahan, konsep yang diguna pakai oleh guru. Pengetua dan guru besar boleh berkongsi pengalaman dengan guru-guru terutamanya guru baru dalam membimbing mereka. Seterusnya mereka perlu menikmati makanan di dewan selera (jika sekolah berasrama) ataupun kantin untuk melihat kualiti makanan yang disediakan. Pada waktu petang, pengetua dan guru besar perlu ada di padang untuk bersukan sekurang-kurangnya berjogging bersama-sama pelajar. Selain dapat mendekatkan diri dengan pelajar, mereka juga dapat menjaga kesihatan diri. Pada waktu malam, (jika sekolah asrama), mereka perlu berada di asrama selepas pukul 11 malam. Luangkan masa lebih kurang 1 jam untuk meninjau perwatakan pelajar-pelajar pada masa malam.

Selain dari perkara yang dinyatakan di atas, pengetua dan guru besar guru perlu mempunyai kemahiran dalam menguruskan pejabat. Pengurusan pejabat merupakan suatu aspek yang

penting dalam pentadbiaran sekolah. Pengurusan stor, kewangan, pengkeranian, asrama dan yang lain-lain perlu diambil kira. iii. Keseimbangan antara The Classroom View dengan The School Wide View Sekolah cemerlang bukanlah sekolah yang established atau sekolah primer tetapi sekolah yang dapat menghasilkan pencapaian akademik yang tinggi, kurang menghadapi masalah disiplin dan mendapat kepercayaan di kalangan masyarakat dan guru-guru merasa puas hati bekerja.

Pengetua perlu memantau keadaan di dalam kelas di mana tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru. Mereka perlu memastikan pelajar belajar dan guru mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Cara yang biasa dilakukan sekarang adalah pencerapan di mana pengetua dan guru besar akan masuk ke dalam kelas bagi menilai dan mencerap guru-guru. Satu kaedah yang dikenali sebagai Classroom Walking-Through (CWT) perlu diperkenalkan selain dari kaedah pencerapan tradisional yang biasa dilakukan sekarang ini. Kaedah ini memerlukan pengetua dan guru besar masuk ke dalam kelas selama 3-4 minit bagi memantau proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebelum mereka masuk kelas, mereka perlu terlebih dahulu mengenalpasti elemenelemen yang hendak dinilai. Dengan cara ini, pemantauan dan pencerapan oleh pengetua dan guru besar dapat dilakukan dengan lebih kerap berbanding dengan kaedah biasa. The School Wide View adalah pandangan dari masyarakat sekeliling terhadap sekolah. Pengetua dan guru besar perlu menjadikan sekolah mereka menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka. Sebagai contoh, Sekolah Menengah Convent Bukit Nenas di Kuala Lumpur begitu terkenal dengan pasukan soarak mereka, Maktab Melayu Kuala Kangsar di Perak pula begitu hebat dengan sukan ragbinya dan Sekolah Menengah Anderson juga di Perak terkenal dengan sukan hokinya. Bagi Maktab Rendah Sains MARA dan sekolah berasrama penuh, ibu bapa melihat kepada pencapaian akademik anak-anak mereka yang begitu cemerlang sini. OLeh yang demikian pengetua dan guru besar perlu memikirkan sesuatu yang berbeza untuk menarik perhatian masyarakat setempat dengan sekolah mereka. Pada masa kini, saya rasa, setiap sekolah perlu merebut untuk mendapatkan status sekolah berprestasi tinggi.

You might also like