You are on page 1of 14

Kajian Kelemahan Tatabahasa Pelajar Cina Dalam Karangan

Kelemahan Tatabahasa Pelajar Cina Dalam Penulisan Karangan Di Peringkat Menengah Rendah Nursidah binti Ab.Hamid (Ms.PBMP) Fairose binti Sulaiman (Med.Bahasa Melayu) Jamaludin bin Badusah (Phd) Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abstrak Kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di peringkat menengah rendah agak membimbangkan. Kelemahan tersebut jika tidak ditangani oleh guru secara pragmatik bukan sahaja pencapaian mereka dalam Bahasa Melayu terjejas malahan turut menggagalkan matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah iaitu untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan. Antara faktor yang menyebabkan kelemahan tatabahasa pelajar tersebut ialah faktor persekitaran, pengaruh bahasa ibunda, pedagogi pengajaran guru dan sikap mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Sehubungan dengan hal itu, satu kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti aspek kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di sebuah sekolah menengah dalam bandar di daerah Batu Pahat, Johor. Dapatan kajian menunjukkan sembilan aspek kesalahan morfologi pelajar telah dikenal pasti. Antaranya ialah kesalahan penggunaan imbuhan awalan beR, di, ke, meN, pe, kata tugas, ganti nama diri, kosa kata dan ejaan di samping kesalahan struktur ayat. Sehubungan dengan hal itu, beberapa langkah disarankan kepada para guru untuk menangani kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di bilik darjah secara terancang supaya matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah tercapai. PENGENALAN Dalam konteks pendidikan bahasa Melayu di Malaysia, kajian tentang penguasaan bahasa pelajar terutama dalam kalangan pelajar bahasa kedua sering dilakukan oleh para penyelidik. Antaranya kajian yang telah dilakukan oleh Foziah (1992), Narayanan (1993), Mohamad Tarmizi (1994), Noor Aina (1996), Khairudin (1997) dan Rosalind (2009). Hal ini disebabkan penguasaan bahasa kedua bagi pelajar bukan Melayu seperti pelajar Cina, pelajar India dan pelajar peribumi sama ada di Sabah dan di Sarawak tidak berlaku secara semula jadi tetapi didorong oleh berbagai-bagai motif seperti untuk mengelakkan pemencilan, memajukan kerjaya, meningkatkan ilmu pengetahuan dan sebagainya, Tambahan pula, tidak semua manusia itu dilahirkan dwibahasa (Zulkifley, 1994) dan hal tersebut menyebabkan pembelajaran bahasa kedua di bilik darjah perlu terancang dan berkesan. Memandangkan terdapat perbezaan antara pemerolehan bahasa pertama dengan bahasa kedua dalam kalangan pelajar, Lyon (1968) telah menggunakan istilah penguasaan (acquisition) untuk bahasa pertama dan istilah pembelajaran (learning) untuk bahasa kedua. Sungguhpun begitu Haliday (1970), Gleitman (1986) dalam Zulkifley (1994) menyatakan bahawa bahasa kedua boleh dipelajari melalui keadaan semula jadi (sebelum tempoh masa kritikal tamat) dan melalui kaedah terancang (selepas tempoh masa kritikal). Sehubungan hal itu, Steinberg (1982) memberikan lima sebab pembelajaran terancang bagi pemerolehan bahasa kedua di bilik darjah yang amat berbeza dengan pembelajaran semula jadi. Antara sebab tersebut ialah keadaan bilik darjah memaksa pelajar menyesuaikan diri kepada proses-proses kumpulan, disiplin dan tatacara bilik darjah; kurikulum terancang dipatuhi oleh guru untuk menyempurnakan tujuan-tujuan tertentu berkenaan bahasa yang diajar; rumus-rumus nahu dipaparkan dan guru mungkin menggunakan bahasa pertama untuk menerangkan sesuatu struktur dalam bahasa kedua; penggunaan bahasa kedua di

dalam bilik darjah terhad dan guru mengunakan bahan bantu mengajar untuk melaksanakan matlamat yang ditetapkan oleh guru. Banyak cabaran yang dihadapi oleh guru dalam usaha mencapai objektif utama pengajaran bahasa kedua. Para guru bukan sahaja berusaha untuk mencapai objektif pengajaran untuk membolekan pelajar memahami pertuturan, menghasilkan pertuturan, kebolehan membaca dan menulis bahkan guru juga memastikan pelajar boleh menghasilkan ayat-ayat gramatis dan seterusnya membina kebolehan memproses bahasa pada tahap wacana. Dalam hal ini, Juriah Long (2009) menegaskan bahawa senario pendidikan di Malaysia pada abad ke-21 dipengaruhi oleh perubahan pesat yang berlaku dalam semua aspek kehidupan rakyat Malaysia hasil daripada kemajuan sains dan teknologi serta tindakan maklumat. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia dihadapkan pula dengan cabaran baru iaitu hasrat Malaysia menjadi negara maju dalam bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan menjelang 2020. Oleh yang demikian, menurut beliau lagi, pendidikan menjadi salah satu asas utama dalam pembangunan negara Malaysia. Sejajar dengan hasrat pembangunan negara, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyemak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan menggubah semua berdasarkan penggunaan bahasa untuk membolehkan pelajar menggunakan bahasa Melayu bagi menghadapi rintangan dan cabaran pendidikan alaf ke-21. Oleh yang demikian antara tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui aspek kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di peringkat menengah rendah. Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu guru-guru memilih dan menyesuaikan kaedah pengajaran bahasa kedua supaya matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002). BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa kedua bagi mereka yang mempunyai bahasa pertama seperti Mandarin, Tamil, Iban dan Dusun. Penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kedua memperoleh bahasa tersebut melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal tersebut menyebabkan tatacara penguasaan bahasa tersebut adalah berbeza dengan penutur jati (Hornstein dan Lightfoot 1991, Zulkifley Hamid 2000). Oleh itu, bahasa Melayu sebagai bahasa kedua merujuk kepada bahasa Melayu yang dikuasai dan digunakan oleh penutur bukan Melayu di Malaysia. Akta Pelajaran 1961 memperuntukkan beberapa perkara tentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah. Antaranya ialah penggunaan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan, bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan mata pelajaran bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah rendah, menjadikan bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran yang wajib dipelajari di semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SRJK) dan sekiranya munasabah dan praktikal dan sekiranya ibu bapa lebih daripada lima belas orang murid memohon kemudahan pengajaran bahasa Cina dan Tamil boleh diadakan; menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah menengah kebangsaan, manakala bahasa Inggeris diajar sebagai mata pelajaran wajib; dan pengajaran bahasa kebangsaan adalah wajib bagi semua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil boleh diajar sekiranya praktikal dan munasabah, dan sekiranya lebih daripada lima belas orang ibu bapa yang memohon. Berdasarkan Akta Pendidikan 1961, ternyata bahawa peruntukan dasar bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan yang ternyata secara eksplisit dalam Akta Pelajaran 1961 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah rendah dan menengah kebangsaan. Sementara itu, bahasa Inggeris diajar sebagai mata pelajaran wajib. Hasrat ini adalah selaras dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara seperti yang termaktub dalam perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967(Juriang Long, 2009).

PERNYATAAN MASALAH Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi sekolah-sekolah menengah di negeri Johor sejak tiga tahun belakangan menjadi isu dalam kalangan pendidik di negeri ini lantaran peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar amat kecil sekali. Pada tahun 2007 pencapaian yang ditunjukkan ialah 71.74%, tahun 2008 ialah 73.82%, dan pada tahun 2009 sebanyak 73.41% (Jabatan Pelajaran Negeri Johor, 2009). Sementara itu, keputusan Bahasa Melayu PMR bagi daerah Batu Pahat pada 2007 ialah 91.24%, tahun 2008 91.69% dan tahun 2009 ialah 91.15%. Manakala keputusan Bahasa Melayu sekolah tempat responden dipilih pada tahun 2009 ialah 86.29% berbanding 91.79 % pada tahun 2008 dan 89.24% pada tahun 2007 (Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat,2009). Tambahan pula analisis peratus pencapaian karangan dalam kalangan responden menunjukkan tahap yang sangat lemah iaitu 12% daripada 34 pelajar memperoleh markah lulus. Hal ini disebabkan terdapat banyak kesalahan aspek tatabahasa dalam karangan yang dihasilkan. Menurut Abdul Aziz (1996), penilaian secara analisis boleh dilakukan oleh guru untuk mendapatkan maklum balas subkemahiran penting yang berkaitan karangan misalnya dari aspek struktur dan gaya, pemilihan isi, penyusunan isi, tatabahasa, penggunaan perbendaharaan kata, dan aspek mekanis dalam penulisan karangan. Maklumat analisis tersebut merupakan asas untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar secara umum dan akan digunakan oleh guru dalam pengajaran pemulihan. Selain itu, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pejabat Pelajaran Batu Pahat pada 2009, bilangan guru Bahasa Melayu yang mengajar di peringkat menengah rendah yang bukan opsyen adalah lebih banyak jumlahnya berbanding guru-guru opsyen Bahasa Melayu. Guru-guru tersebut bukan sahaja mempunyai pengalaman mengajar antara 01-05 tahun malah mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan seperti Teknologi Maklumat ( 15%), Akaun dan Ekonomi (10%), Alam Sekitar (02%), Sains dan Matematik (20%), Pendidikan Seni dan Muzik (15%), Sejarah dan Geografi (25%) dan lain-lain (13%). Sementelahan itu, bilangan guru opsyen yang mengajar Bahasa Melayu menengah rendah di sekolah responden ialah 16% berbanding bilangan guru bukan opsyen sebanyak 84%. LATAR BELAKANG KAJIAN Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Dua (2002) telah menetapkan bahawa tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks ketetapan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Antara aspek morfologi yang diberi tumpuan ialah struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi bagi kata Melayu asli dan kata pinjaman bahasa Melayu, bentuk kata seperti kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda, dan golongan kata yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Manakala aspek sintaksis yang diberikan tumpuan pula ialah unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat, jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan, ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif, susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang, binaan ayat iaitu ayat dasar, ayat tunggal, dan ayat majmuk, proses penerbitan ayat seperti konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses penyususnan semula, proses peluasan dan aspek tanda baca. Aspek tatabahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu PMR merupakan salah satu kriteria yang diberi perhatian dalam pemberian markah sama ada bagi penulisan karangan Bahagaian B iaitu karangan berdasarkan bahan rangsangan yang memperuntukkan 20 markah atau penulisan karangan respon terbuka iaitu karangan Bahagian C yang memperuntukkan 40 markah. Antara kriteria untuk menentukan peringkat pencapaian calon dalam karangan Bagaian B sama ada cemerlang, baik, sederhana, lemah atau belum menguasai ialah ayat yang gramatis, kata dan kosa kata yang tepat, kesalahan penggunaan kata yang minimum, ejaan dan tanda baca yang betul. Manakala kriteria untuk menentukan sesuatu peringkat calon bagi karangan respon terbuka ialah penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat, penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum, penggunaan penanda wacana yang betul, ejaan

dan tanda baca yang betul, di samping penggunaan kosa kata yang luas dan tepat. KAJIAN LITERATUR Menurut Palmer (1969), latar belakang bahasa para pelajar terhadap cara, prestasi dan permasalahan yang bakal dihadapinya dalam sesuatu bahasa baru perlu mengambil kira bahasa pertama mereka. Hal ini disebabkan bahasa pertama merupakan elemen penting yang harus diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu program pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pendapat Palmer itu, para guru perlu melihat bahasa pertama pelajar dalam usaha mencapai matlamat kurikulum Bahasa Melayu di sekolah menengah. Awang Sariyan (1988) melihat faktor dialek dan pengaruh bahasa ibunda ialah salah satu faktor yang menghambat kemajuan pelajar untuk menguasai bahasa Melayu baku sama ada dari segi sebulan, bacaan dan tatabahasa. Oleh itu bagi pelajar Cina, mereka sukar menyebut sengauan lelangit keras ny dan lelangit lembut ng dengan tepat . Nik Safiah (1992) menyatakan gangguan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam masyarkat majmuk bukan sahaja disebabkan sekurang-kurangnya empat bahasa daripada empat keluarga bahasa yang berlainan dituturkan sebagai bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu, bahasa inggeris, bahasa Cina (berbagai-bagai dialek) dan bahasa Tamil (dan bahasa-bahasa lain dari India Selatan), tetapi ada juga beberapa bahasa daripada keluarga Austronesia yang dituturkan sebagai bahasa pertama, terutamanya di Malaysia Timur. Masalah gangguan tersebut terbit daripada hakikat bahawa seseorang individu (dewasa atau kanak-kanak yang telah pun menguasai sistem linguistik mencuba pula menguasai sistem linguistik yang kedua yang rendah penguasaannya, pada peringkat permulaan. Menurut Nik Safiah lagi, walaupun gangguan tersebut tidak menganggu perhubungan yang berkesan dalam kalangan masyarakat tetapi penting di peringkat persekolahan kerana bahasa bukan sahaja diajarkan dengan sepenuhnya sebagai alat pencapaian ilmu tetapi sekolah merupakan badan yang menghasilkan generasi akan datang bagi sesebuah negara. Dapatan kajian Juriah Long et al (2003), Siti Normaninseh (2005) dan Hamidah (2004) menunjukkan bahawa sebahagian dariapada guru-guru (28%-37%) yang mengajar di sekolah-sekolah menengah tidak mengkhusus dalam bidang Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu semasa di institusi pengajian tinggi. Justeru, mereka bukan sahaja tidak boleh mentafsir dan menterjemah kandungan kurikulum untuk dilaksanakan secara tepat dan berkesan dalam pengajaran mereka tetapi mereka juga tidak peka terhadap kesalahan-kesalahan baahasa yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan analisis kesalahan bahasa dalam tulisan respondoen, Rosalind (2009) mendapati bahawa tahap penguasaan bahasa kedua dalam kalangan peribumi Sabah dipengaruhi oleh latar belakang sosial, ekonomi dan lokasi. Manakala berdasarkan soal selidik, beliau mendapati responden sangat bergantung kepada pihak sekolah dan guru-guru, khususnya guru Bahasa Melayu. Kebergantungan tersebut perlu diseimbangkan agar para pelajar mempunyai kesedaran kendiri. Pendedahan yang meluas tentang penggunaan bahasa Melayu melalui aktiviti kebahasaan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah memainkan peranan penting untuk menanam budaya berbahasa Melayu standard. ASPEK KESALAHAN ASPEK TATABAHASA PELAJAR CINA DALAM KARANGAN Dapatan analisis kesalahan tatabahasa responden menunjukkan kesalahan yang kerap dilakukan oleh mereka ialah penggunan imbuhan awalan beR, imbuhan awalan di, imbuhan awalan ke, imbuhan awalan meN dan imbuhan awalan pe. Didapati responden banyak melakukan kesalahan dalam aspek penggunaan imbuhan awalan kerana mereka keliru dengan bunyi sebutan imbuhan awalan serta tidak menguasai aspek makna imbuhan tersebut (Azman wan Chik, 1989). Manakala Abdullah (1989) menyatakan pelajar melakukan kesalahan dalam imbuhan disebabkan mereka tidak memahami fungsi imbuhan. Contoh kesalahan penggunaan imbuhan ber ialah ...supaya boleh

bercapai keputusan yang baik [sepatutnya ditulis ...supaya mencapai keputusan yang baik..], ...kita bertandingan... [sepatutnya ditulis...kami bertanding...], ... mereka bersembah... [sepatutnya ditulis ... mereka membuat persembahan...]. Kesalahan penggunaan imbuhan awalan di seperti ....adalah dipilih mereka [sepatutnya ditulis ...adalah untuk memilih mereka]. Contoh kesalahan penggunaan imbuhan awalan ke.. ialah mereka kelihatan anak-anak... [sepatutnya ditulis...mereka melihat anakanak...], ...menyampaikan hadiah kepada kejohanan...[sepatutnya ditulis...menyampaikan hadiah kepada johan...], Kesalahan imbuhan meN pula adalah seperti...acara memulakan...,[sepatutnya ditulis...acara dimulakan...],....kita menyedia [sepatutnya ditulis...kami bersedia].....pihak sekolah mengadakan...(sepatutnya ditulis.... pihak sekolah mengadakan]. Contoh kesalahan penggunaan imbuhan pe...mengambil bahagian dalam pembarisan...[sepatutnya ditulis...mengambil bahagian dalam perbarisan], ...banyak penontong ... [ sepatut ditulis...banyak penonton...] Kesalahan penggunaan kata ganti nama diri yang banyak dilakukan oleh responden ialah kita. Ganti nama diri kita merujuk kepada diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (Kamus Dewan, 2005). Contoh...kita kumpulan..[sepatutnya ditulis ... kumpulan kami...] Menurut Azman Wan Chik (1989) kesalahan ini berlaku kerana pelajar mengangkap tiada apa-apa perbezaan antara perkataan kita dengan kami. Hal ini timbul kerana aspek kebudayaan berbahasa tidak mendapat perhatian yang sewajarnya sewaktu guru mengajar bahasa di bilik darjah. Responden juga membuat kesalahan dalam aspek kata tugas bagi kata hubung dan sendi nama. Contohnya ...saya dikalahkan pada...[sepatutnya ditulis...saya dikalahkan oleh...], ....pulang rumah...[sepatutnya ditulis....pulang ke rumah],... pergi di rumah...[sepatutnya ditulis... pergi ke rumah], ...rambut yang sebagainya...[sepatutnya ditulis.... rambut dan sebagainya...] Antara kesalahan kosa kata yang dilakukan oleh responden ialah ...acara mulai...[sepatutnya ditulis....acara dimulakan...], ....berbaris dengan sombong...[sepatutnya ditulis...berbaris dengan bangga...], ... sekolah saya menjalankan...[ sepatutnya ditulis....sekolah saya mengadakan...], ...guru besar menyampaikan...[sepatutnya ditulis...pengetua menyampaikan...], ...pukul 10.30 am...[sepatutnya ditulis...10.30 pagi....]. Responden cenderung mengeja perkataan mengikut sebutan dialek, ejaan dalam bahasa Inggeris, dan mereka tidak dapat membezakan antara ejaan bagi kata nama khas dengan ejaan bagi kata nama am. Contoh kesalahan ejaan...acara sukan dan balapar...[sepatutnya ditulis...acara sukan dan balapan...],..belajar-belajar berbaris...[sepatutnya ditulis...pelajar-pelajar berbaris...], ...comender...[sepatutnya ditulis ketua pasukan], Pada 3 March...[sepatutnya ditulis...Pada 3 Mac...], ...beberapa minutes...[sepatutnya ditulis...beberapa minit...],...100 metres...[sepatutnya ditulis...100meter...],..saya pensan...[sepatutnya ditulis...saya pengsan],...setelah programe tamat...[sepatutnya ditulis...setelah program tamat...],... hari rabu...[sepatut ditulis...hari Rabu...], ...pasukan sejohn...[sepatutnya ditulis....pasukan St.John...], ...pergi ke summit...[sepatutnya ditulis...pergi ke Pasar Raya The Summit...],dan pasukan temenggong... [sepatutnya ditulis...pasukan Rumah Temenggong...] Semua responden didapati melakukan kesalahan dalam struktur binaan ayat. Antara kesalahan itu, Pada hari 3 March 2010... [sepatutnya ditulis, Pada 3 Mac 2010...], Ada banyak persatuan kumpul...[sepatutnya diulis...Banyak persatuan berkumpul...], Rancangan sudah mula...[sepatutnya ditulis...Acara sudah bermula...], Semua persatuan ahli teliti untuk kawad kaki...[sepatutnya ditulis, Semua ahli persatuan bersedia untuk kawad kaki]. ...memberitahu kita esok hari sukan...[sepatutnya ditulis...kami diberitahu bahawa esok hari sukan...], pergi pertandingan menyertai...[sepatutnya ditulis...pergi menyertai pertandingan...], ...memberi peserta sokongan... [sepatutnya ditulis...memberi sokongan kepada peserta...], Contoh acara terdapat ...[sepatutnya ditulis...Antara acara yang dipertandingan...], dan ...menyampaikan hadiah kepada kejohanan...,[sepatutnya ditulis...menyampaikan hadiah kepada johan...] Kesalahan Imbuhan Awalan

Bilangan

Jumlah bercapai ..................... mencapai /// 3 bertandingan ..................... bertanding // 2 bersembah ..................... persembahan / 1 berhimpunan ..................... perhimpunan / 1 belajar-belajar ..................... pelajar-pelajar / 1 belari ..................... berlari / 1 dipilihkan ..................... memilih // 2 dijalankan ..................... menjalankan / 1 kejohanan ..................... johan //// 4 kelihatan ..................... melihat / 1 kecemasan .....................

cemas / 1 memulakan ..................... dimulakan // 2 melari ..................... berlari // 5 menyedia ..................... bersedia // 2 menadakan ..................... mengadakan / 1 menucapkan ..................... mengucapkan / 1 pembarisan ..................... perbarisan / 1 pemilih ..................... dipilih / 1

30 Kesalahan Kata Ganti Nama Kita ..................... kami

///// ///

8 Kesalahan Kata Tugas saya dikalahkan pada pulang rumah pergi di rumah rambut yang sebagainya .... .... .... .... oleh pulang ke rumah pergi ke rumah rambut dan sebagainya / // // / 1 2 2 1 6 Kesalahan Kosa kata mulai sombong menjalankan guru besar 10.30 am berlaku .... .... .... .... .... .... dimulakan bangga mengadakan/menganjurkan pengetua 10.30 pagi diperoleh //// / /// ///

/ / 4 1 3 3 1 1 13 Kesalahan Ejaan pensan penontong pograme blapar belajar-belajar Metres metar Senjohn March serious minutes comender maskos summit rabu pasukan temenggong .... .... .... .... .... .... .... .... .... .... .... .... .... .... .... pengsan penonton program balapan pelajar-pelajar meter meter St. John Mac serius minit

komander maskot Pasar Raya Summit Rabu Rumah Temenggong

/ / / / /// / / //// / // / / // // //

1 1 1 1 3 1 1 4 1 2 1 1 2 2 2 23 Kesalahan Struktur Ayat Pada hari 3 Mach 2010 .... Pada 3 Mac 2010 Ada banyak persatuan kumpul .... Banyak persatuan berkumpul Rancangan sudah mula .... Acara sudah bermula Semua persatuan ahli teliti untuk kawad kaki .... Semua ahli persatuan bersedia untuk kawad kaki Kita kumpulan kawad kaki .... Kumpulan kawad kaki kami Memberitahu kita esok ada hari sukan .... Kami diberitahu bahawa esok hari sukan

Pergi pertandingan menyertai .... pergi menyertai pertandingan Pada hari itu yang pagi .... Pada pagi hari itu Memberi peserta sokongan .... Memberi sokongan kepada peserta Selepas itu, pertama ialah pasukan temenggung .... Tempat pertama ialah pasukan Rumah Temenggung Contoh acara terdapat .... Antara acara yang dipertandingkan Comender cakap berasa gembira .... Ketua pasukan menyatakan perasaan gembira acara berlari yang sudah keluar .... setelah tamat acara larian ///// /

//// /

// //

//

// //

//

////

5 1

4 1

2 2

2 2

1 29 N = 34 orang KESIMPULAN DAN SARANAN Kesimpulannya, dapatan analiisis menunjukkan bahawa 89% responden bukan sahaja lemah dalam penguasaan tatabahasa terutama aspek penggunaan imbuhan awalan untuk membentuk kata kerja sama ada kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif bahkan kata nama terbitan. Selain itu mereka ysng melakukan kesalahan dalam aspek kata tugas sebanyak 24%, kesalahan kosa kata 39%, dan kesalahan kata ganti diri 24%. Kesalahan responden dalam aspek tatabahasa terutama kata kerja dan elemen bahasa yang lain menyebabkan ayat yang dihasilkan mereka tidak gramatis. Antara kesalahan kata kerja transitif yang dikesan ialah pemadanan imbuhan awalan meN dengan kata kerja dasar yang salah atau kurang tepat. Oleh itu, ayat dibina tidak gramatis kerana kata kerja transitif tidak diiikuti objek kata nama. Dengan perkataan lain, ayat-ayat yang dibina oleh responden tidak gramatis justeru idea yang hendak disampaikan kurang jelas. Selain kesalahan penggunaan imbuhan awalan, 68% responden membuat kesalahan ejaan. Didapati pengaruh bahasa Inggeris mendominasi kesalahan ejaan responden terutama dalam penggunaan istilah tertentu. Sebanyak 86% responden pula melakukan kesalahan dalam struktur ayat. Struktur ayat yang dibina oleh responden memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda iaitu penggunaan objek kata nama pada pangkal ayat. Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk menghasilkan kecemerlangan pendidikan pada

abad ke-21, guru-guru mestilah berperanan untuk memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara dan bahasa penghantar ilmu. Justeru, para guru sebagai pelaksana dasar perlu menyelesaikan beberapa masalah pendidikan bahasa Melayu sebagai agenda penting abad ke - 21. Masalah tersebut ialah masalah kualiti bahasa Melayu para pelajar dan guru, ketrampilan mengajar guru dari segi asas bahasa dan pedagogi bahasa. Oleh sebab itu kelemahan aspek tatabahasa dalam kalangan para pelajar berbangsa Cina perlu diatasi dengan segera oleh guru-guru supaya pencapaian mereka dapat ditingkatkan agar matlamat kurikulum bahasa Melayu akan terlaksana. Guru-guru yang mengajar para pelajar ini hendaklah sentiasa peka terhadap pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu supaya dapat dimanafaatkan oleh para pelajar. Antara perkara yang disarankan kepada guru-guru Bahasa Melayu pada peringkat menengah rendah ialah kaedah permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (Siti Hajar,1996), kaedah terjemahan (Abdullah, 1994), kaedah terus dan kaedah sugestopedia (Zulkifley, 1994) Terdapat pelbagai bentuk permainan bahasa yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu seperti kuiz dan cantuman kad. Menurut Siti Hajar (1996), permainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri pelajar. Bahasa yang digunakan dalam permainan itu tidak seharusnya terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja. Pelajar biasanya seronok apabila dihadapkan dengan permainan mencabar. Melalui permainan bahasa, secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari. Kamarudin (1988) mencadangkan para guru menggunakan sama ada pendekatan induktif, pendekatan deduktif atau pendekatan eklektif untuk mengajar tatabahasa kepada pelajar kerana tatabahasa merupakan satu bidang yang menerangkan peraturan-peraturan penggabungan katakata untuk menimbulkan bunyi dan ayat-ayat dengan menggunakan formula dan peraturan tertentu. Ahmad Mahmood Musanif (2000) turut menyatakan pendekatan semantik boleh digunakan untuk menghuraikan imbuhan bagi mengatasi masalah kesalahan dalam morfologi. Akhir sekali, bukubuku lain yang perlu dibaca oleh guru-guru Bahasa Melayu ialah Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (1982), Ayat Pasif Bahasa Melayu oleh Abdul Hamid Mahmood, (1992), Sintaksis Bahasa Melayu Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan oleh Ramli Haji Salleh (1995) dan Menguasai Bahasa Melayu Tinggi oleh Abdul Hamid Mahmood (2000). Manakala antara buku yang perlu dijadikan pegangan para guru Bahasa Melayu ialah Tatabahasa Bahasa Melayu oleh Arbak Othman (1981),Nahu Mutakhir oleh Asmah Haji Omar (1982), Tatabahasa Dewan Edisi Baru oleh Nik Safiah Karim et al (1993), Tatabahasa Dinamika oleh Abdulllah Hassan (1994), dan Kursus Bahasa Melayu oleh Abdul Hamid Mahmood (2006).

Bibliografi Abdullah Hassan (1987). 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Abdullah Hassan (1989), Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ahmad Mahmood Musanif (2000). huraian Penambah bahasa melayu dari pendekatan semantik dalam Monograf bil.3. Mei 2000 Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Unversiti Putera Malaysia Awang Sariyan (1988), Isu-isu Bahasa Melaysia, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd Azman Wan Chik (1989). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 1:Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Homstein, N and Lighfoot,D. (1981). Exploration in linguistics:The Logical problem of language acquisition. New York:Longman Group Limited Foziah Hashim (1992). Analisis Kesalahan Penggunaan Imbuhan Kerja dalam karangan pelajar tingkatan empat di SMK Tun Syed Sheikh Barakbah,Sg. Bakap, Pulau Pinang. Penulisan Ilmiah Juriah Long (2009). Pendidikan Bahasa Melayu Pada Abad ke-21: Antara Hasrat dengan

Pelaksanaan dlm Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, 28-30 September 2009 Jabatan Pelajaran Johor (2009). Keputusan PMR 2007-2009 Kamarudin Husin (1988), Pedagogi Bahasa.Kuala Lumpur:Longman Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia (1971). Laporan Jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu Tingkatan Dua. Kuala Lumpur Khairudin Ismail (1997). Analisis binaan ayat dalam penulisan karangan pelajar sekolah menengah dlm. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Okt. 1997 Lyon, J. (1968). Introduction to Teoretical Linguistics, London: Unversiti Cambridge Mohamamed Tarmizi Razali (1994). Gangguan Bahasa Ibunda dalam Kalangan pelajar Orang Asli dalam pembelajaran bahasa Melayu di sebuah sekolah di Tapah, Perak. Penulisan Ilmiah Bacelor Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang Narayanan Kunchi Raman (1993). Kesalahan bahasa dalam karangan bahasa Melayu murid sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil) dlm.Jurnal Dewan Bahasa. Mei. hal.456-465 Nik Safiah Karim (1981). Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka Nor Aina Dani (1996). Sistem antarabahasa dalam pemerolehan bahasa kedua dlm. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka Nov.1996 Palmer, F.R (1969). Prosodic Analysis, London : Longman Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat (2009).Keputusan PMR 2007-2009 Rosalind Gelunu (2009). Penguasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Dalam Penulisan Karangan Pelajar Peribumi Sabah dlm Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Dunia, 28-30 September 2009 Steinberg, D.D.(1982). Psycholinguistic:Language, Mind and Word. London: Longman Zulkifley Hamid (1994).Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Zulkifley Hamid (2000). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Malaysia : Hambatan dan Permasalahan dlm. Dewan Bahasa 44: 8 Ogos hal.818-825 http://nursidahny59.blogspot.com/2010/05/kajian-kelemahan-tatabahasa-pelajar.html

You might also like