You are on page 1of 18

SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU

Oleh:

Adilah Che Ismail Fadhilah Atikah Ahmad Asli

kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591)

Dewan Bahasa Dan Pustaka, dalam buku Pedoman Umum pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992), menggariskan tujuh langkah dalam proses pembentukan istilah.

LANGKAH 1

Penggunaan perkataan Bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahnya. Contohnya :
gaya tapak defisit garis pusat hasil keluaran kuasa

LANGKAH 2

Penggunaan perkataan dalam bahasa melayu yang kurang lazim digunakan. Contohnya : peka mendap jisim cerakin hablur ketuhar

LANGKAH 3

Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim digunakan. Contohnya : gambut (Banjar) engkabang (Iban) dermaga (Jawa) nyeri (Sunda) awet (Jawa) labur (N.Sembilan)

LANGKAH 4

Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim digunakan. Contohnya : dening (Kelantan) riam (Johor) engkabang (Iban) nyeri (Sunda)

LANGKAH 5

Perkataan atau istilah daripada Bahasa Inggeris. Contohnya : atom atom electron- elektron professional profesional psychology - psikologi structure - struktur

LANGKAH 6

Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. Istilah asing (ungkapan) tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak sendeng. Contohnya :

bona fide fait accompli

esprit de corps weltanschauung

LANGKAH 7

Pemilihan yang terbaik antara 1-6 di atas, jika terdapat beberapa kemungkinan. Dalam pembentukan istilah yang menggunakan ketujuhtujuh cara di atas, ada empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu :
Ungkapan yang paling singkat Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang Ungkapan yang tidak berkonotasi buruk Ungkapan yang sedap di dengar

PENGGUNAAN POPULAR
Diterbitkan oleh penulis-penulis di dalam karya mereka seperti cerpen, sajak, dan tulisan-tulisan kreatif . Perkataan baharu mula-mula diperkenalkan secara ciptaan sendiri, melalui terjemahan atau secara ambilan keseluruhannya. Bentuk-bentuk ini kemudiannya menjadi popular dan digunakan umum.

Antara contoh perkataan ialah :


temu ramah meja berita ibu kota lidah pengarang kempen tarik diri tajuk kecil sidang media nama pena

1. Kata atau frasa yang dipilih sebagai

SYARAT-SYARAT PEMBENTUKAN ISTILAH

istilah adalah yang paling tepat untuk mengungkap konsep yang dimaksudkan dan yang stabil dari segi maknanya dalam bidang ilmu. 2. Kata atau frasa yang dipilih hendaklah

yang paling ringkas antara pilihan yang


ada dan mempunyai rujukan yang sama. 3. Kata atau frasa haruslah mempunyai

konotasi yang baik, iaitu tidak berbau


lucah atau boleh membawa implikasi buruk dari segi agama, norma suku kaum, dan hubungan antara bangsa.

Dari aspek bunyi pula :

SYARAT-SYARAT PEMBENTUKAN ISTILAH

1. Kata atau frasa mestilah memiliki bunyi


yang disedap didengar iaitu mempunyai ciri keindahan bunyi atau eufoni. Kata ini dibentuk berdasarkan kaedah yang diterima. Kesimpulannya, syarat-syarat pembentukan istilah merupakan salah satu garis panduan dalam membentuk istilah baru bagi memastikan istilah yang dibentuk boleh diterima masyarakat dan setaraf dengan istilah yang lain.

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;
Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah. Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.

Satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:
Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden,

Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau
masyarakat pemakai bahasa, Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia, Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa MelayuIndonesia; dan

Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan


istilah asal atau istilah antarabangsa.

RUJUKAN
Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur Nik Safiah Karim et. All (1993). Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like