You are on page 1of 8

SELOKA

DEFINISI SELOKA
Perkataan seloka berasal perkataan Sanskrit iaitu shloka. daripada

Seloka merupakan puisi yang paling tua dalam kesusasteraan Melayu yang bermaksud berseloroh atau berjenaka sambil menyindir.

Seloka dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama dengan perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara.

Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan antara buku terawal yang ditulis dalam bentuk seloka.

Justeru itu, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran yang memberi pengajaran dan teladan kepada pembaca. Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap dan dalam bentuk bebas, iaitu setiap baris menjadi isi seloka berkenaan.

Merupakan puisi bebas atau tidak terikat. Digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair atau perumpamaan. Tidak mempunyai pembayang.

CIRI-CIRI SELOKA
Rangkap : Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap. Perkataan : Jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap. Suku kata : Jumlah suku kata dalam sebaris juga tidak tetap. Rima : Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.

JENIS SELOKA
Seloka sindiran Seloka mengejek Seloka menempelak Seloka nasihat Seloka pengajaran Seloka khayal Seloka gurau senda

FUNGSI SELOKA
# Untuk menyindir seseorang # Untuk mengejek seseorang # Untuk menempelak seseorang # Untuk melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia # Sebagai alat kawalan sosial / sosial protes

You might also like