P. 1
Mempratikkan Amalan Pemakanan Yang Betul

Mempratikkan Amalan Pemakanan Yang Betul

|Views: 441|Likes:
Published by Zahri Mohamed

More info:

Published by: Zahri Mohamed on Jul 07, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/27/2015

pdf

text

original

Gaya Hidup Sihat Menurut Islam

Islam adalah al-Din yang amat menitikberatkan kesejahteraan manusia termasuklah dalam menentukan gaya hidup yang sihat. Gaya hidup sihat berkait rapat dengan kesihatan jasmani, mental, emosi dan rohani. Gabungan kesihatan fizikal, mental, emosi dan kerohanian ini akan menentukan kualiti hidup seseorang itu termasuklah prestasi kerjanya bahkan tempoh hayatnya. Oleh sebab itu, kesihatan merupakan harta yang amat bernilai dalam kehidupan seseorang insan yang perlu sentiasa dijaga dan diberi perhatian yang sebaik-baiknya. Pemakanan yang berlebihan atau kandungannya yang tidak seimbang sering menyumbang kepada berbagai-bagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan sebagainya. Perkembangan penyakit kronik di negara kita sebenarnya amat membimbangkan. Sebagai contoh, menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada masa ini terdapat lebih dari 1 juta pengidap kencing manis di negara kita dengan nisbah setiap 10 orang terdapat seorang yang berpenyakit kencing manis. Untuk mengawal keadaan ini ke arah menggalakkan amalan gaya hidup sihat, maka wajar bagi umat Islam khususnya untuk mempraktikkan dengan lebih bersungguh-sungguh apa yang dianjurkan oleh Islam sejak dari dahulu lagi iaitu bersederhana dalam pengambilan makanan dan minuman. Selain pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya supaya menggamalkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian dengan Islam. Ini bertepatan dengan saranan Saidina Umar R.A yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani: Mafhumnya: ““Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.” Ini adalah seruan yang jelas bahawa Islam meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Pepatah Melayu ada menyebut: “Minda Yang Cerdas Bermula Dari Badan Yang Sihat.” Justeru, gaya hidup sihat dalam Islam juga dapat diperolehi dengan melakukan ibadah-ibadah khusus seperti berwudhuk, bersolat, berpuasa dan sebagainya. Orang Islam digalakkan bersuci dengan berwudhuk dan membersihkan badan. Berwudhuk boleh menghilangkan jangkitan kuman dan habuk-habuk daripada terus melekat di badan atau di dalam rongga-rongga. Sesungguhnya, amalan berwudhuk lima kali sehari ini selari dengan tuntutan ilmu kesihatan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->