WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

TAJUK 2 KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MELAYU DAN MALAYSIA

SINOPSIS Tajuk 2 menjelaskan tentang konsep budi, bahasa dan budi bahasa dalam masyarakat Melayu dan Malaysia kepada pelajar. Turut dibincangkan ialah ciri-ciri budi bahasa.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan konsep budi, bahasa dan konsep budi bahasa; menyenaraikan ciri-ciri budi bahasa; menerangkan amalan budi bahasa masyarakat Malaysia.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Melayu dan Malaysia

Takrif Budi

Takrif Bahasa

Takrif Budi Bahasa

Ciri-Ciri Budi Bahasa

• •

KANDUNGAN ISI

Pengenalan Perhubungan sosial dalam masyarakat Melayu khususnya Malaysia diikat oleh perkongsian makna yang disimbolkan melalui bahasa, gerak geri badan dan gabungan perlakuan dan sikap keseluruhannya. Simbol ini dilambangkan dengan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh
7

Sebab itu ada bidalan: ”Biar buruk kain dipakai. Walaupun budi bahasa masih menjadi keutamaan. semakin maju masyarakat. • Takrif Budi Menurut Asma Abdullah (2009). Sebaliknya. dalam apa jua keadaan budi dan bahasa adalah citra masyarakat negara Malaysia. 8 . Namun. Perjalanan kehidupan harian dipandu oleh budi yang diwarisi daripada generasi yang terdahulu seperti yang dicerminkan dalam pantun Melayu berikut: Pisang emas dibawa belayar. maka kita akan dihormati dan berjaya dalam hidup. Budi adalah sebahagian daripada sistem etika orang Melayu dan Malaysia yang mencerminkan peribadi dan asuhan mereka. asalkan pandai membawa diri. jika kita berkebolehan menguasai hubungan sosial ini dengan baik. masak sebiji di atas peti. hutang budi dibawa mati Tegak rumah kerana sendi. kalau ada harta lebih dihormati. budi ditakrifkan sebagai intelek atau kebaikan. tegak manusia kerana budi.WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 seseorang apabila berdepan dengan alam sosialnya. Apakah kayu ukur dalam membina hubungan yang luhur ini? Adakah harta kekayaan atau budi bahasa? Budi bahasa tetap menjadi keutamaan. semakin tinggi tahap ekonomi. Kegagalan seseorang individu mengendalikan hubungan sosial ini akan menyebabkan dia disingkirkan atau dipulaukan oleh masyarakatnya sendiri. dan mempengaruhi cara mereka berhubungan dengan orang lain. semakin cenderung manusia untuk memandang ke atas. Hutang emas boleh dibayar. sistem budi bahasa juga berubah.” Tetapi.

kita bukan sahaja mampu membentuk aspek pembangunan luaran semata-mata. perasaan. tetapi perlu memperbaiki aspek dalaman yang dikenali sebagai aspek keperibadian untuk menjadikan masyarakat sebagai suatu masyarakat yang benar-benar bertamadun. pengucapan. adalah konsep kognitif. budi ialah akal. adil. Rasional membolehkan manusia mengawal dan mengeksploitasi alam semula jadi dan dapat mengelak daripada dianggap sebagai tidak berhati perut. rasa. kebijaksanaan. perlakuan dan akhlak yang menjelaskan persoalan dalaman manusia. pemikiran. kesedaran. mengerti. intergriti. pandai. bijak. Guru-guru memerlukan pembangunan budi yang terpuji seperti ketulusan. amanah dan akauntabiliti. kata hati. Budi menghendaki manusia bersifat rasional tetapi dengan sensitiviti dan keprihatinan yang sewajarnya terhadap rasa. kejujuran. • Takrif Bahasa Bahasa ialah suatu sistem simbol lisan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota sesuatu masyarakat bahasa untuk berkomunikasi dan 9 . mengetahui. Berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. berpengalaman dan berakal. Jelasnya budi ialah pancaran nilai utama yang telah menetapkan corak akhlak dan nilai manusia. Dengan ini. sikap. Pentakrifannya juga melibatkan perbuatan dan tingkah laku yang baik. Kesimpulannya. seseorang yang berbudi ialah orang yang berilmu. hati dan berhati perut. perangai dan akhlak yang baik. Budi ialah satu keseluruhan sifat.WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 Profesor Dahlan dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menggambarkan budi sebagai penguasaan rasa (rasa dalaman intuitif) ke atas pemahaman yang rasional semata-mata. Menurut Noriati (2002). Tegasnya persoalan budi berkait rapat dengan conscience.

c.2007) Selain itu. 10 . b. Bahasa ialah lambang pertuturan arbitrari yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung.1964). Hasilnya pelajar dapat berinteraksi.WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 berinteraksi sesama mereka berlandaskan kepada budaya yang mereka miliki bersama. memberi pendapat. Bahasa adalah sistem yang arbitrari iaitu simbol bunyi bersuara yang membenarkan semua orang dalam budaya itu ataupun mereka yang mempelajari sistem budaya berkomunikasi (Finocchiaro. Bahasa adalah sistem yang arbitrari bagi simbol bunyi bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi (Wardhaugh. 1972). membuat pertimbangan. membina dan mengekalkan persahabatan serta perhubungan dengan orang lain. Bahasa sebagai satu sistem kognitif manusia yang unik yang dapat dimanipulasikan oleh manusia bagi menghasilkan sejumlah perkataan yang tidak terbatas untuk berkomunikasi dan mengumpulkan ilmu pengetahuan (Mangantar Simanjuntak. bahasa adalah keupayaan fitrah manusia yang berupa satu sistem lambang bunyi bersuara arbitrari yang dipersetujui bersama oleh satu kelompok sosial dan digunakan sebagai alat berinteraksi. (Soenjono Dardjowidjojo. a. Menurut Kamus Linguistik (1997). merujuk dan berurus bagi mendapatkan maklumat dan perkhidmatan. Nik Safiah Karim (2002) mengatakan bahawa penggunaan bahasa merujuk kepada kebolehan pelajar memulakan. 1987) Dalam konteks dunia pendidikan. d. berunding. terdapat beberapa definisi yang mengungkapkan maksud bahasa.

Rahim Abd Rashid. melalui bahasa pelajar dapat menikmati karya sastera dan melahirkan idea serta perasaan secara kreatif. 2006) Budi bahasa ialah kebolehan menyampaikan simbol-simbol makna dalam bentuk pertuturan iaitu satu bentuk komunikasi yang paling mudah 11 . bahasa merujuk kepada keupayaan pelajar memperoleh dan menyampaikan maklumat secara berilmu. keindahan dan kehalusan bahasa. membaca dan mengakses maklumat daripada multimedia. Akhirnya pelajar dapat memproses dan menyampaikan maklumat. banding bezakan antara budi dan bahasa masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dalam bidang ’estetik’ pula. Proses mendapat maklumat adalah keupayaan pelajar memperoleh dan menyampaikan maklumat serta ilmu. Layari laman web yang berkaitan. Bidang ini juga mementingkan kenikmatan daripada hasil karya yang indah. Dengan sokongan bahan grafik.WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 Dalam bidang ’maklumat’. Maklumat boleh diterokai melalui aktiviti mendengar. • Takrif Budi Bahasa Budi bahasa merupakan satu pendekatan budaya. menunjukkan sikap mesra pelanggan dan merupakan satu elemen penting bagi meningkatkan martabat budaya bangsa (Abd. menghormati tetamu atau pelanggan. Fokus lebih kepada keupayaan pelajar menguasai aspek kebahasaan. melahirkan perasaan. membuat apresiasi dan penghayatan. komunikasi dan hubungan yang ditekankan serta mengandungi unsur-unsur sopan santun. Kemudian dapatkan seberapa banyak maklumat tentang budi dan bahasa masyarakat Malaysia.

Perkara penting bagi memelihara maruah orang lain adalah bijaksana dalam menuturkan kata-kata. Lebih banyak mendengar daripada berbicara. hormat. Sesuai dengan corak kehidupan masyarakat yang mementingkan pemeliharaan maruah orang lain. pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia.WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 difahami. tertib. bijaksana. Bahasa yang dituturkan hendaklah kata-kata yang baik. 2. Umumnya setiap gerak laku. Pada pendapat anda. Orang yang tidak berbudi bahasa dianggap berperangai rendah. tatacara hidup. tuturkata. Seseorang perlu berhati-hati apabila berkata-kata. Kempen budi bahasa menjadi sebahagian daripada agenda menyatupadukan masyarakat Malaysia berbilang kaum. aspek budi bahasa ini dititikberatkan. malu sabar dan sopan. Bersifat Sabar Kesabaran menjadi nilai yang dapat menyelesaikan segala masalah hidup dengan beransur-ansur dan bijaksana. tidak berbudi dan dianggap biadap. adil. Sifat Merendah Diri Tidak menunjukkan perasaan bangga diri yang keterlaluan semasa berkomunikasi. berani. 12 . penuh kehalusan. Oleh itu. mudah difahami dan sentiasa memuliakan orang lain. mulia. kenapakah perkara ini penting dalam kehidupan masyarakat di Malaysia ? Ciri-Ciri Budi Bahasa 1. kemahiran berbahasa penting dalam masyarakat Malaysia bagi memastikan wujudnya suasana harmoni dalam kelompok. setia.

Tertib dan Bersopan santun. Latihan 2 – Jelaskan dengan contoh bagaimana anda boleh mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru yang terdiri daripada pelbagai kaum. mesra dan manis tutur kata.WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 3. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma budaya sesuatu masyarakat agar tidak timbul kegusaran. Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan selanjutnya. 13 . Latihan 1 – Dengan merujuk bahan multimedia dan sokongan pengurusan grafik. 4. peramah. kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak lain. Boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat. Menunjukkan sikap menghormati orang lain. 5. Bersikap Positif Sentiasa memilih cara yang terbaik dengan menggunakan akal fikiran yang positif. huraikan ciri-ciri budi bahasa yang wujud dalam masyarakat Malaysia. Kesantunan Bahasa Apabila Berinteraksi Melalui cara ini mereka akan menjadi mesra dan saling mengenal hati budi masing-masing.

Ke Arah Glokal Dimensi Budaya dalam Pengurusan Malaysia. Rahim Abd Rashid. Diribut runduklah padi. (2009). Tempat budak berulang mandi. (2002). (2006). Noriati dan Sanat. Agenda Perubahan Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya. Duduk tegak ke mari tanggung TAMAT Rujukan: Abd. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Dist. Emas merah ada harga. Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing Ke-2. Hidup kalau tidak berbudi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Budi bahasa bernilai abadi. Dicupak Datuk Temenggung. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS. (2009). Asma Abdullah. sambil hayati pantun budi.WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 Hilangkan stres seketika. Naffi Mat. Perigi dikatakan telaga. 14 . Teknik Mengajar KOMSAS.