You are on page 1of 13

Akta Pendidikan 1961

Akta Pelajaran 1961 adalah berdasarkan kepada cadangan-cadanganyang dikemukakan oleh Laporan Penyata Razak 1956. Asas utama yang dikemukakanoleh laporan tersebut adalah pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Akta Pendidikan 1961 diwujudkan untuk melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu.

Akta ini merupakan satu mandat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yangbercorak kebangsaan yang memberi tumpuan atau penekanan kepada penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, penggunaan kurikulum yang samabagi semua sekolah dan pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid.(Ahmad Fauzi 2009).

Dari segi dokumen Akta Pelajaran 1961 merupakan satu risalah perundangan pendidikan yang komprehensif, namun akta tersebut perlu disemaksemula. Setelah tempoh pelaksanaannya melebihi 35 tahun, akta tersebut telahmenampakkan kekurangan dan didapati banyak lompong (loopholes) khususnya untukmenangani pelbagai perubahan serta cabaran baru dalam sistem pendidikan negara

Laporan Jawatankuasa Kabinet


Jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974. Tujuan utama ditubuhkan adalah untuk mengkaji sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan menerusi sistem pelajaran sedia ada supaya dapat melahirkan tenaga rakyat jangka pendek dan jangka panjang untuk negara.

Jawatankuasa ini juga bertujuan melihat sama ada sistem pelajaran telah berjaya menghasilkan sebuah masyarakat yang bersatu padu, berdisplin dan terlatih.

Perubahan bagi mencapai matlamat pendidikan sekolah rendah


Kurikulum sekolah hendaklah dirancang untuk membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, manusia dengan alam sekitar dan perkembangan diri individu yang merangkumi aspek-aspek pendidikan asas. Kurikulum pada masa itu disusun untuk membolehkan pelajar lemah menguasai kemahiran asas dan pelajar cerdas lebih maju. Kajian semula untuk menentukan cara penyediaan guru dan jenis perkhidmatan.

Susunan bilik darjah perlu dikaji semula untuk memenuhi pendekatan pengajaran dan pembelajaran masa kini. Kekalkan kenaikan darjah secara automatik. Penyediaan pendidikan pemulihan bagi pelajar lemah. Jika pelajar terlalu lemah, mereka dibenarkan mengulang tahun pengajian berkenaan. Pengunaan ujian rujukan kriteria perlu diperluas. Perbaiki kaedah mengajar, bahan bantu mengajar dan peruntukan bagi pendidikan pemulihan.

Perubahan bagi mencapai matlamat pendidikan sekolah menengah rendah


Kurikulum pada peringkat ini mesti berkembang dari kurikulum sekolah rendah untuk mengukuhkan pendidikan asas. Pelajar didedahkan kepada bidang teknik dan vokasional pada peringkat menengah rendah secara meluas. Jurusan perdagangan diberi perhatian khas. Catatan pangkat pencapaian untuk tiap-tiap mata pelajaran yang lulus.

Memperkenalkan ujian rujukan kriteria dan pendidikan peralihan pada peringkat menengah rendah juga. Melanjutkan tempoh persekolahan umum dari 9 tahun kepada 11 tahun. Keutamaan diberikan kepada usaha membaiki dan meningkatkan taraf pendidikan di sekolahsekolah di kawasan mundur.

Perubahan bagi mencapai matlamat pendidikan sekolah menengah atas


Dimansuhkan penjurusan dan diadakan pendidikan umum. Bilangan sekolah vokasional ditambah. Kurikulum pendidikan vokasional dikaji semula supayalebih mirip kepada persediaan pelajar untuk memasuki pasaran pekerjaan sebagai pekerja mahir. Mengadakan latihan amali di kilang supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan kehendak sektor perusahaan.

Sistem persijilan terbuka untuk SPM dan SPMV di mana pangkat pencapaian bagi setiap mata pelajaran yang lulus dicatat. Semua calon layak mengambil peperiksaan SPM selepas dua tahun menduduki peperiksaan SRP.

Perubahan bagi mencapai matlamat pendidikan tingkatan enam dan lain-lain


Corak pendidikan perlu dikaji semua agar pelajaran jurusan sains diberi peluang mendapatkan pendedaan dalam bidang sastera dan sebaliknya. Pelajaran untuk pelajaran yang umurnya melebihi daripada yang ditetapkan untuk mengulangi pelajaran di sekolah rendah diberi dalam bidang teknik dan perdagangan.

Semua sekolah swasta perlu menggunakan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi semua peringkat persekolahan sehingga tingkatan lima. Pelajar perlu mengambil peperiksaan awam yang seragam anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia.

You might also like