You are on page 1of 41

SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN BAHASA MELAYU Perkembangan Ejaan dalam Bahasa Melayu Kuno Ismail Hamid (1987) dalam

Abdul Aziz Abdul Rahman (2001) memperincikan bahawa bahasa Melayu berkembang dengan kelahiran kerajaan Jambi. Tambahnya, ledakan sistem ejaan ketika perkembangan Bahasa Melayu Kuno memuncak pada abad ke-7 hingga abad ke-11, yakni terdapat pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh tulisan Pallava dan Nagiri dari India juga kelihatan amat menonjol dalam aspek penyuratan mahupun kata-kata pada prasasti. Ejaan sewaktu sewaktu perkembangan Bahasa Melayu Moden banyak memperlihatkan perubahan dari segi penerimaan kata-kata daripada bahasa Sanskrit untuk idea dan konsep yang baru. Hal ini jelas dilihat daripada batu-batu bersurat yang ditemui ditulis pada zaman ini. Antaranya ialah Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 Masihi), Batu Bersurat Talang Tuwo, Palembang (684 Masihi), Batu Bersurat Kota Kapur, Bangka (686 Masihi), Batu Bersurat Karang Brahi, Jambi (686 Masihi), Batu Bersurat Gandasuli, Jawa Tengah (832 Masihi), dan Batu Bersurat Bangkahulu, Bangkahulu (1000 Masihi). Ahli-ahli bahasa turut merumuskan bahawa ejaan yang digunakan sewaktu perkembangan Bahasa Melayu Kuno menunjukkan ciri-ciri seperti penggunaan katakata pinjaman daripada bahasa Sanskrit yang melampau, penggunaan geluncuran [w] atau letusan gigi [v] untuk letupan bibir [b], penggunaan vokal depan luas [a] untuk vokal tengah [] atau menggugurkan langsung vokal [a], penggunaan awalan mar- bagi awalan ber-, penggunaan awalan ni- untuk awalan ni- untuk awalan di-,dan juga penggunaan konsonan yang dihembuskan. Berikut adalah potongan petikan daripada kandungan batu bersurat Kedukan Bukit yang bertarikh 683 Masihi dengan terjemahannya dalam Bahasa Melayu Moden; Bahasa Melayu Kuno Swasti Shri Shakawarsatita 605 ekadashi Shulapaksa wulan Waishakhla dapunta hiyang naik disamvau mangalap siddhayatra. Di Saptami Shulapaksa wulan Jyetha dapunta hiyang marlapas dari Minanga Tamvan mamawa yang vala dua laksa dangan...dua ratus tshara disambau dangan jalan Sarivu tlu ratus sapuluh dua banyaknya. Datang di Matayap sukhashitta di pants hami shuklapaksa wulanlaghu mudik datang marmuat manua Shriwijaya. Bahasa Melayu Moden Selamat dan bahagia Dalam tahun Shaka 605, pada sebelas haribulan terang dari bulan Waishaka baginda naik kapal mencari untungnya. Pada tujuh haribulan terang bulan jyetsa baginda berangkat dari muara Kampar membawa bala dua laksa dengan dua ratus orang di kapal dengan yang jalan kaki Seribu tiga ratus dua belas banyaknya. Datang di Matayap dengan sukacita pada lima haribulan terang belayar mudik datang membuat benua (negeri) Sriwijaya

Sejarah kedatangan tulisan bahasa Melayu moden ke kepulauan Melayu Sebelum kita mengkaji atau meneliti secara terperinci tentang sistem perkembangan ejaan bahasa melayu, kita seharusnya mencari dari mana datangnya tulisan bahasa Melayu yang menjadi asas kepada kewujudan ejaan bahasa melayu. Tulisan ini sebenarnya datang ke kepulauan melayu bersama-sama dengan kedatangan orang Eropah. Marco Polo adalah seorang pengembara dari itali yang menetap di Sumatera selama lima bulan dalam tahun antara 1292 hingga 1293. Ketika beliau belayar untuk balik ke negara asalnya setelah melawat negara China dan diikuti oleh paderi-paderi franciscan dan pedagang-pedagang Itali yang lain, oleh itu dikatakan orang Portugislah yang mula-mula bertapak dan berkuasa di kawasan ini (Tate,1971:42). Kemunculan kuasa Portugis yang pertama bertapak di Tanah Melayu dapat dilihat apabila berjaya mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1487M, yang dipimpin oleh Bartholomew Diaz. Setelah itu, sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1497M, kapal pelayaran Portugis buat pertama kalinya telah memasuki Lautan Hindi dan sampai ke kawasan Timur. Dua belas tahun kemudian iaitu pada 1509M, kapal Portugis di bawah pimpinan Lopez de Sequiera sampai ke pelabuhan Melaka (Tate,ibid,43-48). Dua puluh tahun kemudian, iaitu pada tahun 1511, kuasa Portugis dengan diketuai oleh Alfonso d Albuquerque sekali lagi mengatasi ilmu pelayaran berbanding dengan negaranegara Eropah yang lain. Tetapi kali ini kuasa Portugis berjaya menawan dan menakluki kota Melaka. Setelah kuasa Portugis berjaya menawan kota Melaka,ini menjadi pemangkin dan penaik semangat bagi kuasa-kuasa barat yang lain terutamanya Sepanyol. Orang Sepanyol yang datang ke kepulauan Melayu yang diketuai oleh Megallen berserta lima buah kapal dari Seville pada tahun 1519M. Menurut Bausani, kedatangan Magellan ini menjadi titik tolak bermulanya sistem ejaan bahasa Melayu, dimana seorang ahli yang turut serta dalam pelayarannya iaitu Antonio Pigafetta telah membuat catatan pelayaran. Dalam catatannya telah memuatkan beberapa kosa kata bahasa seperti suku bangsa di Brazil ( lapan perkataan ), bahasa Petagonian (90 perkataan), dan suku bangsa di kepulauan Filipina (160 perkataan) (Hashim Musa,1997:378).

Sejarah perkembangan dan moden

Proses Perubahan sistem Ejaan

Bahasa Melayu

Sistem Ejaan Rumi mula diperkenalkan

oleh pihak orientalis Inggeris yang

menyusun aturan ejaan Rumi berdasarkan kaedah transliterasi daripada ejaan Jawi pada pertengahan abad ke-19. Sistem transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi menurut kaedah bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai sistem ejaan Rumi bagi kegunaan rasmi dalam urusan kerajaan Malaya pada masa itu antaranya termasuklah Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (dilaksanakan pada tahun 1878), Ejaan Rumi Maxwell (dilaksanakan pada tahun 1882) dan Ejaan Rumi Swettenham (1881). Ada dua jenis tulisan bagi bahasa Melayu, iaitu (i) Tulisan Jawi, dan (ii) Tulisan Rumi. Tulisan Jawi berasaskan huruf Arab alif-ba-ta, dan tulisan Rumi berasaskan huruf Roman a-b-c. Aturan ejaan bagi Tulisan Jawi yang digunakan dalam bahasa Melayu sekarang ialah Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang disahkan penggunaannya bermula pada tahun 1996. Kita boleh melihat sistem ejaan Jawi tersebut dalam beberapa dokumen rasmi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Aturan ejaan bagi Tulisan Rumi yang digunakan dalam bahasa Melayu mutakhir pula ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (selanjutnya disebut SERBBM) yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Sistem ini merupakan aturan ejaan Rumi bersama bagi bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Indonesia, iaitu sistem yang berasaskan aturan ejaan yang dirumuskan oleh Jawatankuasa Ejaan (Rumi) Bersama pada tahun 1967. Seperti yang dinyatakan diatas tulisan melayu yang menggunakan abjad arab dikenali sebagai tulisan jawi. Ia berpunca daripada nama umum yang diberi kepada orang jawa oleh pendagang arab yang singgah.oleh sebab mereka tidak dapat membezakan antara orang melayu dengan orang jawa, maka mereka menggangap orang melayu dan orang jawa ini sebagai orang jawi. Justeru itu, tulisan yang jawi adalah tulisan yang dapat membezakannya dengan tulisan arab. Amat juhari moain (1991) menyimpulkan bahawa tulisan jawi mengalami 4 tahap perkembangan iaitu:

1. Menggunakan

tulisan

jawi

mengikut

ejaan

arab

sepenuhnya

dengan

menggunakan tanda-tanda baris. Namaun pun begitu tulisan ini mengalami kelemahan seperti tiada tiada lambang untuk vokal // (e pepet).

2. Tulisan jawi yang meninggalkan tanda-tanda baris atau tulisan arab gondol.
Tulisan ini juga mempunyai kelemahannya kerana perkataan homograf mempunyai ejaan yang sama.

3. Sistem ejaan jawi dipengaruhi oleh melayu dengan mewujudkan huruf-huruf


saksi alif, wau dan ya. Pada permulaanya huruf saksi dibubuh pada suku pertama perkataan. Sistem ini juga mempunyai kelemahan kerana ketiadaan huruf saksi pada suku kata kedua manakala bahasa melayu banyak mengandungi perkataan demikian.

4. Sistem ejaan jawi yang diubah suai daripada tahap ketiga dengan menggunakan
huruf-huruf saksi pada suku kata kedua. Sebahagian pengubahsuaian ini digunakan dalam Ejaan Zaba (1938). Sistem ini telah disempurnakan dengan menggunakan semua huruf arab dengan enam huruf tambahan iaitu nya, pa, ga, nga,ca dan va pada tahun 1986 dan terpakai hingga kini. Oleh itu, abjad arab terdiri daripada 29 huruf tanpa Lam-Alif, iaitu enam huruf kurang untuk mewakili bunyi yang lazim pada bahasa melayu. Justeru itu, eman huruf dicipta sendiri oleh orang melayu. Menurut Ismail Hamid ( 1987:90) dalam memetik huraian Prof. Naguib Al-Attas untuk membentuk kelima-lima huruf berkenan seperti jadual dibawah: Huruf Jawi tambahan Huruf Arab yang menjadi asas Huruf dijadikan tiga titik Huruf dijadikan tiga titik Huruf dijadikan tiga titik Huruf dijadikan tiga titik Huruf dijadikan tiga titik

1) huruf 2) huruf 3) huruf 4) huruf 5) huruf

Satu huruf yang merupakan tambahan dan baru dicipta untuk sistem ejaan jawi yang disempurnakan dengan huruf va untuk melambangkan huruf v dalam tulisan rumi. Kini huruf jawi mengandungi 36 huruf untuk melambangkan fonem dalam bahasa Melayu.

Manakala perkembangan dalam sistem ejaan rumi adalah sebahagian daripada perkembangan dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda. Keperluan kepada sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke- 20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Ianya menjadi lebih penting apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah atau sekolah dasar. Oleh itu, penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam dan lebih mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa itu. Bagaimanapun, pengkajian tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan sistem ejaan. Grafem- grafem atau hurufhuruf yang berbagai- bagai yang digunakan sebagai lambang bagi bunyi- bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bunyi- bunyi serapan atau pinjaman daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Parsi yang digunakan dalam tulisan-tulisan oleh orang-orang Inggeris dalam abad ke-19 membuktikan wujudnya ketidakseragaman dalam ejaan. Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan apabila kerajaan Negeri- negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah pada masa itu. Sistem ejaan yang dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson" itu dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan. Ejaan Wilkinson digunakan di semua sekolah umum. Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor telah memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam masyarakat. Usaha ini telah diteruskan dengan penubuhan Maktab Guru Perempuan di Melaka pada tahun 1900. Institusi- institusi inilah yang menjadi pengasas perancangan penggunaan bahasa Melayu baku yang kemudiannya diperkembang oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim sejak tahun 1922. Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku seiring dengan perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan dalam zaman penjajahan itu. Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang memperluas penggunaan sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidik di SITC. Di antaranya ialah : (i) Kitab Loghat Melayu susunan R.O. Winstedt dan Ibrahim Dato Muda Linggi (1921), (ii) Kitab Pelita Mengarang (Rumi) susunan O.T. Dussek dan Mohd.

Hashim (1923), dan (iii) Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato Muda Linggi (1924)( Ahmad Hafiz Wahy et al,2005). Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru tahun 1972 ialah "Sistem Ejaan Rumi Zaba" yang juga dihasilkan daripada SITC. Sistem Ejaan Rumi Zaba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar Ejaan Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua-petua Ejaan Rumi", yang dikarang oleh Zaba. Selain daripada sistem ejaan Zaba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun 1942- 1945, terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada ejaan Zaba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan Sasterawan 50 yang ditubuhkan sekitar bulan ogos 1950 kemudiannya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka. Tujuan penubuhan angkatan ini adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang perpaduan kebangsaan dan menganggap kemerdekaan sebagai jambatan kearah keadilan dan keamanan masyarakat. Selain daripada itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa sistem apaapa, atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem- sistem yang ada, termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan dengan agak meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah dan buku. Penggunaan pelbagai sistem atau aturan ejaan Rumi di Tanah Melayu dan Singapura menunjukkan adanya kekurangan dalam sistem ejaan Zaba dan ketidakpuasan pengguna terhadap sistem itu. Pada tahun 1956, hasil daripada rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Singapura, wujud pula "Sistem Ejaan Kongres". Perubahan- perubahan seperti ini juga berlaku di Indonesia. Dengan ini dapat dikatakan bahawa kedua- dua buah negara mengalami perubahan sistem ejaan dari semasa ke semasa. Perbezaan ejaan yang wujud di Indonesia adalah menurut sistem ejaan cara Belanda sementara di Tanah Melayu, lebih kepada cara Inggeris. Perbezaan ejaan yang wujud ini telah mendapat perhatian ahli- ahli bahasa di kedua-dua buah negara untuk mengkaji dan menyemak semula sistem ejaan yang

digunakan (Ahmad Hafiz Wahy et al,2005). Secara tidak langsung proses penyatuan dan penyamaan sistem ejaan kedua-dua negara dapat dilakukan. Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah diusahakan oleh ahli- ahli bahasa berdasarkan rumusan-rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga. Usaha-usaha ini mendapat perhatian kerajaan dan pada tahun 1957, sebuah Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk untuk menimbangkan ketetapan-ketetapan yang telah diambil dalam Kongres tersebut berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya dengan ejaan bahasa Indonesia. Soal ejaan melangkah ke peringkat antarabangsa apabila satu perjanjian persahabatan di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia tercapai pada 17 April 1959. Kemudian, satu rundingan telah diadakan di Jakarta di antara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh (Allahyarham) Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia yang dipimpin oleh Dr. Slametmuljana ( Ahmad Hafiz Wahy et al,2005). Hasil daripada pertemuan ini, wujudlah pula "Ejaan Malindo". Akibat pergolakan politik, perkembangan selanjutnya tidak berlaku sehinggalah pada tahun 1966 apabila rundingan kali kedua telah diadakan untuk mengkaji dan memperbaiki Ejaan Malindo. Pada 23 Mei 1972, satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu, (Allahyarham) Tun Hussein Onn dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mahsuri. Kenyataan Bersama tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah dipersetujui oleh para ahli daripada kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan. Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi ialah perumusan dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia pada 16 Ogos 1972. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama (ERB) yang diguna hingga kini. BEBERAPA SISTEM EJAAN SECARA TERPERINCI SISTEM EJAAN LATIN PIGAFFETA Sepertimana yang diketahui, Pigafetta atau nama sebenarnya adalah Antonio Pigafetta iaitu seorang ahli pelayaran dibawah pimpinan Magellan. Beliau telah

mencatatkan sebanyak 426 perkataan dalam bahasa Melayu dan beberapa perkataan tempatan yang lain. Walaubagaimanapun senarai perkataan yang dikutip oleh Pigefetta tidaklah secara langsung daripada Maluku tetapi dari seorang Melayu Sumatera yang digelar Hendrick, iaitu seorang hamba magellan yang telah ikut serta dalam pelayarannya. Sistem ejaan yang diperkenalkan oleh beliau ini sebenarnya adalah berdasarkan oleh sistem ejaan Itali daripada dialek Vicentina. Pigeffeta telah menamakan senarai perkataan bahasa Melayu ini sebagai kosa kata yang digunakan oleh oleh Moorish atau Muslim. Senarai kosa kata ini dipetik daripada Bausani(1960:233-240). Contohnya seperti jadual disebelah:

Senarai pigefetta

Bahasa inggeris ( terjemahan Ejaan senarai asal) God Wise man Father Mother Brother Man Horse Honey(?) Deer

bahasa

melayu

daripada bahasa itali dalam sekarang 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Allah horan pandita bapa mama, ambui saudala horan cuda gulla roza Allah Orang pendeta Bapa Mama,ibu Saudara Orang Kuda Gula Rusa

Senarai diatas sebenarnya berbeza sama sekali dengan apa yang disiarkan dan dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu seperti H. Schuchardt (1890), Le Roux (1929), J. Gonda (1938) dan Kern (1938). Kerana menurut Bausani (1960:230).........nobody among the above-named scholars took the pain of controlling the text of Pigafettas Malay list on the original manuscript of the ambrosiana library. They followed the editions of Robertson, Da Mosta, Denuce and others, who as we saw often misread the original.

Menurut ejaan ini lagi perkataan Melayu mengandungi abjad-abjad yang boleh dipadankan dengan abjad bahasa Melayu moden melalui grafem-grafem dan nilai bunyinya. Ini dapat dilihat melalui jadual di bawah: Abjad Bunyi /a/ /e/ /i/ moden A E I bahasa Melayu Abjad/ejaan pigafetta Alla Hezoch gigi,itich Ejaan moden Allah Kecil gigi,itik bahasa Melayu

Terdapat 4 catatan awal Pigafetta yang mengandungi senarai kosa kata Melayu. 4 naskhah catatan awal itu masing-masing ialah satu naskhah Itali dan tiga naskhah Perancis yang diterjemahkan dalam bahasa Itali. Menurut Bausani abjad vokal <e> pepet yang terdapat dalam bahasa Melayu atau bahasa Indonesia moden kebanyakannya dieja dengan menggunakan abjad senarai Pigafetta kecuali dalam beberapa patah perkataan contohnya gumbili (kembiri) yang dieja dengan abjad <u>. Manakala menurut beliau lagi bunyi plosif /k/ dan /t/ pada hujung perkataan tidak digunakan, misalnya tungu ( tunjuk ), dan tumi (tumit ). Selain daripada itu penggunaan bunyi fonem /l/ dengan fonem /r/ adalah pengaruh daripada bahasa tagalog atau bahasa tempatan yang lain, misalnya dala (darah), alli (hari), dan kauir (kail) (Hashim Musa,1997:394). Bausani juga mengagumi akan ketepatan ejaan Pigafetta dan bersetuju dengan pendapat Le Roux (1929) yang menyatakan bahawa Pigefetta telah mempelajari bahasa Melayu dengan Hendrick, iaitu merupakan hamba kepada Magellan yang turut serta dalam pelayarannya dan mengikut Bausani juga berkemungkinan Pigefetta telah menyemak perkataan bahasa Melayu dengan Hendrick. EJAAN RUMI CRAWFORD John Crawford telah membuat percubaan untuk merumikan tulisan jawi pada tahun 1848. Menurut Crawford (1852:32) dalam bukunya A Grammar and Dictionary of Malay Language with Preliminary Dissertation, Vol.1: Dissertation and Grammar bahawa, skrip Arab sebenarnya tidak dapat melambangkan huruf bahasa Melayu dengan sempurna . Judul ini terdiri daripada empat buku iaitu buku pertama, iaitu jilid 1 pula terdiri daripada dua buku, dan jilid 2 juga terdiri daripada dua buku. Jilid 1 buku pertama mengungkapkan sejarah bahasa Melayu. Diperlihatkan juga perbandingan perkataan bahasa Melayu dengan bahasa Jawa. Beliau juga mengatakan bahawa, skrip rumi dapat melambangkan dengan mudah bunyi-bunyi asli bahasa Melayu. Dalam proses merumikan ejaan bahasa Melayu, John Crawford telah mengambil abjad Jawa sebagai panduannya. Hal ini kerana beliau berpendapat bahawa bunyi yang dihasilkan menyamai bunyi bahasa Melayu huruf demi huruf.

Ejaan Crawford b ch w n _ bangkit puchuk luwar balana, buni

Ejaan Melayu Moden bangkit pucuk luar balanya, bunyi

Selain itu, terdapat perbezaan pada ejaan diftong ai yang menggunakan huruf e. Ejaan Crawford Pake Pande Ejaan Melayu Moden pakai pandai

s Crawford telah merumikan abjad-abjad yang melambangkan konsonan Arab yang dipinjam oleh bahasa Melayu. Huruf Jawi Huruf Rumi Crawford f h

m EJAAN RUMI HOUTMAN Awang Mohammad Amin (1983) telah memperjelas sejarah Ejaan Rumi Houtman secara terperinci. Menurutnya, Ejaan Rumi Houtman merupakan salah satu skrip Rumi dalam perkataan Melayu yang dihasilkan dalam abad ke-16 yakni diilhamkan oleh seorang pelayar Belanda bernama Cornelis de Houtman sewaktu beliau sampai ke Kepulauan Melayu pada tahun 1596. Beliau dikatakan telah melakukan penyenaraian terperinci mengenai perkataan Melayu semasa menjadi tahanan di Penjara Bantam, setelah ditangkap oleh Sultan Bantam III, Pengeran Muhammad. Beliau diarah supaya dipenjarakan kerana dikatakan berkonflik dengan Baginda atas soal salah faham dan kekasaran orang-orang Belanda. Namun, Houtman telah ditebus oleh pihak Belanda dan dibawa kembali ke Belanda pada tahun 1598. A.W. Hamilton telah membuat ulasan dan menyiarkan senarai kutipan perkataan yang dilakukan oleh C.Houtman. Senarai

10

C.Houtman tersebut yang dinamakan oleh A.W. Hamilton (1947) sebagai The first Dutch-Malay Vocabulary dinyatakan seperti berikut:

SENARAI HOUTMAN Bewangdarner Terymacache Botonuum Balmary Tyngal Engat Backy Benue Tsuyka Chynta Kytab Esteedat Aly Bygimana Capelle Tauwn Lambhyber Tambagle Dyngijn Toulong Monda Kiunal Buda Negry Tyma

MAKSUD

DALAM

BAHASA EJAAN

MELAYU

INGGERIS To let blood Thank you Found Yesterday Remain with God Remember Leg To Kill Vinegar Sad (?) Book Custom The heart How are youm Head Year Lip Copper Cold To help Young Small Child Land Lead

MODEN Buang darah Terima kasih Bertemu Kelmarin Tinggal Ingat Kaki Bunuh Cuka Cinta Kitab Istiadat Hati Bagaimana Kepala Tahun Bibir Tembaga Dingin Tolong Muda Kecil Budak Negeri Timah

Sistem Ejaan Rumi menerusi senarai C. Houtman bagi bahasa Melayu pada hakikatnya tidak memperlihatkan kestabilan jika dibandingkan dengan yang ada dalam senarai Pigafetta. Banyak bunyi bahasa Melayu telah dilambangkan oleh lebih daripada satu bentuk abjad atau grafem yang berbeza yang berbeza-beza. Bahkan sepuluh jenis bunyi yang telah dilambangkan oleh tiga grafem yang berbeza-beza atau lebih. Antaranya termasuklah dua bunyi yang mempunyai lima lambang abjad iaitu bagi bunyi e pepet, abjad yang digunakan ialah a, e, I, o, y dan bunyi // abjad atau grafem yang digunakan ch, ts, tc, s, sy. Dua bunyi yang lain dilambangkan oleh enam abjad atau grafem. Bunyi tersebut ialah bunyi // dilambangkan oleh abjad atau grafem I, tg, y, s, g, i

11

dan bunyi /k/ dilambangkan oleh abjad atau grafem b, , c, k, q, I. Hanya tiga bunyi sahaja yang mempunyai padanan abjad yang sama, iaitu bagi bunyi e talling dilambangkan oleh abjad e (perak = peca), bunyi /d/ dilambangkan oleh abjad d (darah = darna), dan bunyi /I/ dilambangkan oleh abjad I (telur = teloot) Ada tiga bunyi yang mempunyai padanan abjad yang berlainan sama sekali iaitu bunyi /f/ padanannya ialah abjad f = v (Feringgi = vrangy), bunyi /d/ padanan grafem ialah dh = dd (kadhi = cadda), dan bunyi /w/ padanan abjadnya ialah w = v (nyawa = iagava). Bunyi diftong bahasa Melayu pula dilambangkan oleh satu abjad sahaja iaitu diftong /a/ dilambangkan oleh abjad vokal o (pondara = saudara) dan diftong /a/ dilambangkan oleh abjad vokal I (bygimanan = bagaimana). Satu bunyi, iaitu bunyi geseran glottis /h/ yang lemah sifat artikulasinya dan mungkin tidak kedengaran oleh Houtman ketika mendengar sebutan kata-kata Melayu itu, tidak dilambangkan oleh sebarang abjad pada mana-mana posisi pun contohnya (tauwn = tahun), benu = bunuh, ariju = hati.

EJAAN RUMI THOMAS BOWREY Ejaan Rumi Thomas Bowrey diperkenalkan oleh Thomas Bowrey (1710) dan hasilnya dijilidkan menerusi Kamus pertama Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu Melayu dalam tulisan Rumi yang dicatat oleh Bowrey dalam kamusnya. yang diterbitkan di London. Berikut disusunkan senarai beberapa perkataan dan ungkapan

SENARAI BOWREY Kitta poonea Tuan poonea Dea poonea Camee poonea Camoo poonea Deaoran poonea Pecataawan Janjeawn Jamooawn Kookoorawn

BAHASA INGGERIS My Thy, yours His Ours Yours Theirs -

EJAAN SEKARANG Kita punya Tuan punya Dia punya Kami punya Kamu punya Dia orang punya Perkataan Janjian Jamuan Kukuran

12

Kirrimawn Perboorooawn Kajadeawn Todohan Jamat Gocho Penoojoo Chabang rampak Warna salang Karoot Toolah Singah Googoor Dukun

Accusation Advice Slap Please Main branch Changeable colour Rumple Punishment To call at Fall of hair Native doctor

Kiriman Perburuan Kejadian Tuduhan Jamat (?), jimat (?) Gocoh Penuju (?), setuju (?) Cabang rampak Warna selang Kerut Tulah Singgah Gugur Dukun

Selain senarai dan ungkapan, Bowrey turut menurunkan ayat-ayat perbualan sehari-hari dan juga dialog-dialog mengenai pelbagai tajuk. Antaranya termasuklah dialog antara dua sahabat, dialog dengan raja, dialog dengan shahbandar, dialog dengan penyukat rempah, dialog antara pedagang dengan rakan sekongsinya, dialog tentang pelbagai pelayaran, dialog tentang pelayaran dan sebagainya. Sebahagian potongan daripada teks tersebut diperturunkan seperti berikut menerusi olahan R.Mee (1929): TOOTOORAWN EANG CA SO POOLOO TOOTOORAWN ANTARA ORAN MALAYO ORAN NEGREE LAEN. De negree mana tuan. Kita oran Melayu, catawee de Darat besarr eang adda ka sabla Salatan Siam ca oojong tanjong etoo sabla Salatan eang namaee Tanjong Johor, daen enee la de sebootcan negree Malayo, lagee menampang ca Pooloo banyak etoo eang adda de bava angina. Sooda tuan menjalanee ca Passack negree Malayo, lagee menampang ca Pooloo banyak etoo eang adda de bava angina. Ea tuan, kitta soda menjalanee daen Menampang ca negree negree itu banyak tawon. TERJEMAHANNYA: TUTURAN YANG KESEPULUH TUTURAN ANTARA ORANG MELAYU DAN ORANG BARANG NEGERI LAIN. Dari negeri mana tuan?

13

Kita orang Melayu, ketahui di darat besar yang ada ke sebelah selatan Siam sampai ke hujung tanjung di sebelah selatan yang dinamai Tanjung Johor, dan inilah yang disebutkan negeri Melayu. Sudah tua menjalani ke pasak negeri Melayu, lagi menambahkan ke pulau-pulau banyak itu yang ada di bawah angin? Ya tuan, kita sudah menjalani dan menampang ke negeri-negeri itu banyak tahun. Dengan mengamati senarai perkataan dan juga dialog atau percakapan yang dinyatakan oleh Thomas Bowrey, maka satu padanan abjad antara ejaan Rumi bahasa Melayu moden dengan ejaan Rumi Bowrey bagi bahasa Melayu dapat dibuat seperti yang berikut:

ABJAD BAHASA Melayu A E I Au B

ABJAD BOWREY A Ae E I I E Ee Oo B

CONTOH EJAAN BOWREY Appa, kitaa daen Edong,ecor killing Kitta, singgah ecan, eto, jeka lagee, negree pooloo bandar, choba

EJAAN BAHASA MELAYU MODEN Apa, kita Dan hidung, ekor Keeling kita, singgah ikan, itu, jika lagi, negeri Pulau bandar, cuba

Sistem ejaan Rumi Thomas Bowrey sememangnya memperlihatkan cirri-ciri keantikannya, terutama sekali penggunaan gugus konsonan yang sama misalnya gg, dd, ll, rr, ss dan tt dan gugus vokal yang sama, iaitu ee dan oo, kesemuanya seolah-olah menonjolkan kepanjangan konsonan ataupun tasydid dan juga kepanjangan vokal untuk lambang vokal itu. Kehilangan lambang vokal e pepet tidak begitu ketara dalam Ejaan Rumi Thomas Bowrey ini, kerana hal tersebut hanya berlaku pada segelintir kata sahaja. Misalnya kata brat, praw, sabla dan frangee. Pada kata yang lain, e pepet dikekalkan. Misalnya besarr, segalla, sedekit, negree, dan lain-lain.

14

Misalnya: e ----- a tampat (tempat), sacaran (sekarang), salatan (selatan) e ----- u dungan (dengan), buggetoo (begitu), e ----- oo booloon (belum), persoombaawn (persembahan). e ----- ke Quedah (Kedah). Lambang bunyi yang mempunyai banyak kepelbagaiannya; iaitu empat varian dan lebih ialah e pepet (enam varian) ai, (empat varian) dan k (empat varian). Lambanglambang yang mempunyai tiga varian adalah u, h, ng, ny, dan r.

SISTEM EJAAN VAN OPHUIJSEN Pada tahun 1901 telah diadakan pembakuan ejaan bahasa Indonesia yang pertama kali oleh Prof. Charles van Ophuijsen dibantu oleh Engku Nawawi gelar Sutan Makmur dan Mohd. Taib Sultan Ibrahim. Hasil pembakuan mereka yang dikenal dengan Ejaan Van Ophuijsen ditulis dalam buku yang berjudul Kitab Logat Melajoe (1929, Cetakan ke-8 ) yang berasaskan sistem ejaan bahasa belanda. Dalam kitab ini telah menetapkan enam lambang vokal, dua lambang diftong dan 24 lambang konsonon. Daripada keseluruhan lambang ini, terdapat sembilan huruf yang berbeza iaitu 2 vokal e(e), oe(u) dan tujuh konsonon lain antaranya adalah ch (kh), dj (j),j (y), (k,?) dan tj (c) Dalam kitab itu juga dimuat sistem ejaan Latin untuk bahasa Melayu di Indonesia. Van Ophuijsen adalah seorang ahli bahasa berkebangsaan Belanda. Ia pernah jadi instaktor sekolah di maktab perguruan Bukit tinggi, Sumatera Barat. Kemudian menjadi profesor bahasa Melayu di Universiti Leiden, Belanda. Setelah menerbitkan Kitab Logat Melajoe, Van Ophuijsen kemudian menerbitkan Maleische Spraakkunst (1910). Buku ini kemudian diterjemahkan oleh T.W. Kamil dengan judul Tata Bahasa Melayu dan menjadi panduan penutur bahasa Melayu di Indonesia. Selain daripada padanan abjad atau huruf, Ophuijsen juga telah menubuhkan kaedah-kaedah ejaan seperti imbuhan, bentuk klitik dan partikel yang digandingkan dengan kata dasar. Seperti rumahku, dan lihatlah tetapi untuk perkataan ke, di dan se akan dipisahkan jika mendahului kata nama khas yang berhuruf besar dipangkalnya.

15

Manakala bentuk ejaan ka dan sa akan dieja dengan ke dan se. Dalam mengeja perkataan kata majmuk atau senyawa, jika perkataan tersebut sudah lazim dieja bercantum, maka ia terus dieja sedemikian dan terdapat juga perkataan yang jamak tidak menggunakan tanda sempang. Ini bermakna kata tersebut sudah mantap misalnya matahari, adakala, manakala, dan barangkali. Tanda angka dua sebagai pengganda boleh diletakkan pada hujung perkataan yang mengalami pergandaan penuh atau dieja dua kali seluruhnya. Namunpun begitu, jika berlaku pergandaan terhadap sesetengah perkataan seperti pergandaan separa, maka bahagian yang digandakan mesti dieja dua kali dan tidak boleh menggunakan angka dua. SISTEM EJAAN WILKINSON Ejaan Wilkinson (1901-1904) adalah ejaan yang digunakan dalam pendidikan sekolah Melayu di seluruh Malaya pada ketika itu. Sistem Ejaan Rumi Wilkinson yang digunakan secara rasmi di semua sekolah-sekolah umum adalah sama dan seragam dengan yang digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya Wilkinson sendiri yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an. Pedoman ejaan Rumi Wilkinson adalah berdasarkan kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun oleh beliau pada tahun 1903. Wilkinson mengambil pendekatan terjemahan daripada Jawi kepada Rumi sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. Wilkinson menyebut bahawa ada dua sistem yang logik bagi perumian bahasa Melayu. Sistem yang pertama ialah perumian secara harapiah menurut ejaan manakala sistem yang kedua pula ialah perumian secara fonetik menurut sebutan sesuatu kata. Yang dimaksudkan secara harapiah ialah pengambilan huruf-huruf Jawi yang membentuk sesuatu kata dan memadankannya dengan huruf-huruf Rumi tertentu yang diterima. Kebaikan kaedah harapiah adalah kerana ia dapat menjurus kepada keseragaman dengan maksud mengurangkan kaedah tersendiri seseorang penulis manakala kelemahannya adalah kerana sistem vokal bahasa Arab tidak cukup untuk disamakan dengan bunyi-bunyi vokal Melayu. Kelemahan sistem ini adalah wujudnya kelemahan fonetik dengan suatu tempat dalam bahasa Melayu terdapat dialek. Mengikut kaedah fonetik semua perkataan Inggeris yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu akan dieja mengikut sebutan Melayu. Selain daripada itu, perkataan arab juga mengalami perubahan apabila digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh perkataan arab yang belum diserap sepenuhnya, proses untuk transliterasi dicadangkan

16

untuk tidak membezakan antara huruf yang hampir serupa seperti perkataan yang membawa hampir sama bunyinya. Seperti tho dan ta, sin dan sod dan kaf dan qof (Hashim Musa,1997:429). Menurut Hashim Musa (1997:429) perkataan bahasa melayu sebenarnya menunjukan makna atau pembentukan katanya yang lebih jelas dan terang seperti perkataan kemudian (bukannya kemedian),demikian (bukannya demekian) dan arakian (bukanya arekian). Perkataan kata dasar yang mempunyai imbuhan adalah sama maksudnya dengan kata dasarnya walaupun ada perbezan bunyi. Misalnya menyabelah dari perkataan sa-belah dan bukanya menyebelah seperti ejaan yang kita gunakan sekarang. Menurutnya lagi, terdapat cara pemilihan antara vokal o dengan vokal u dalam perkataan yang hampir sama dari segi sebutannya contohnya vokal o digunakan jika pada suku kata akhir yang berpola ong, oh dan ok misalnya kepong, buloh, dan merbok. Tetapi jika terdapat keserasian vokal o-o dalam sesuatu perkataan, maka vokal o digunakan walaupun pada suku kata akhir berpola tersebut seperti pohon, bobos, kotor dan bogot. Manakala pemilihan vokal u adalah untuk suku kata akhir berpola um, un, ut, ul, us dan ur mialnya bagi perkataan minum, tahun, turut, betul, hangus dan labur. Bagi perkataan yang berbunyi antara vokal e dan i pada suku kata yang berakhir dengan bunyi h dan k, digalakkan supaya penggunaan vokal e, misalnya kata aleh dan chantek. Pada kedudukan yang lain, vokal i dipilih misalnya untuk perkataan kepit, keping, kerdil dan mancit (Hashim Musa,1997:430). Dalam sistem ejaan ini, berlaku keselarasan vokal pada praakhir dan akhir kata bersuku dua tertutup. Contoh keselarasan vokal adalah a-e (taling) bagi perkataan aleh, (pepet) e(taling) bagi perkataan lbeh dan u-e (taling) bagi perkataan usek (Ensiklopedia Malaysia,1999:708). R.O. Winstedt (1914:43) dalam bukunya telah menyatakan kekagumannya terhadap jawatankuasa ejaan rumi pimpinan wilkinson dalam bukunya yang bertajuk malay grammar pada halaman 43 hingga 50. buku ini mengandungi ulasa tentang usaha-usaha terdahulu untuk merumikan bahasa melayu seperti wilkinson, marsden dan lain-lain. Dalam ulasannya itu, beliau berpendapat sistem ejaan wilkinson dalam penggunaan sempang hendaklah dikurangkan sebanyak mungkin. Namun sempang digunakan untul memisahkan kata depan dan partikel

17

daripada kata dasar misalnya sa-kali pun, ka-rumah dan di-dalam-nya (Hashim Musa,1997:431). Pada tahun 1895, M, R.J. Wilkinson menyusun kamus Inggeris-Melayu. Menurut Harun Aminurrashid (1996) berpendapat bahawa kamus ini sangat berguna dan sangat mendalam penyiasatan bahasa Melayunya. Tidak lama selepas itu, Wilkinson menyusun kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang diterbitkan pada tahun 1902 M. Wilkinson bertugas sebagai nazir sekolah di Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan). Beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ejaan. Sejak daripada itu terkenallah Ejaan Wilkinson, iaitu ejaan yang terdapat di dalam kamusnya tersebut. Kamus ini dapat dianggap unik kerana abjadnya mengikut abjad Jawi. Oleh yang demikian, di bawah kata masukkan A, terdapat juga U, E, I, dan O. Ini berlaku kerana alif mewakili semua vokal. Setelah kata masukan alif, ia diikuti oleh ba, ta dan seterusnya sampai ya. Selain daripada itu, koma atas seperti () dan () masing-masing melambangkan hamzah dan ain. Tanda ini digunakan sama ada pada awal kata, akhir suku kata atau pada akhir kata, contohnya, pada awal kata, alam, amal, dan alim. Manakala pada akhir suku kata, seperti rayat, taat, saat, dan pada akhir kata, seperti dato, dan enche (Ensiklopedia Malaysia,1999:708). SISTEM EJAAN KONGRES (1956) Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan di Singapura dan Johor Baharu pada 16 hingga 21 September 1956.Dalam sidang tersebut, Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu telah menghasilkan kertas kerja yang bertajuk Ejaan Bahasa Melayu dengan Huruf Rumi. Kertas kerja tersebut ditulis oleh Asraf yang merupakan salah seorang ahli bahasa yang menganggotai Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Tujuan diadakan kertas kerja tersebut adalah kerana, pada waktu itu, terdapat berbagai-bagai ejaan yang membuatkan kekeliruan pengguna bahasa terhadap ejaan sekolah. Oleh sebab itu, kertas kerja Asraf mencadangkan perkara berikut:

18

1) Satu sistem yang lebih baik serta praktis perlu difikirkan dan diwujudkan dalam pelaksanaan. 2) Sistem ejaan baku ini haruslah semudah-mudahnya tetapi tidak harus dipermudah-mudahkan. 3) Ejaannya haruslah merupakan ejaan persekutuan yang boleh dijadikan dasar untuk penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang sebenarnya satu dan sama sahaja. Berdasarkan kertas kerja tersebut, jelas menunjukkan bahawa sistem ejaan ini bermatlamat untuk menyatukan sistem ejaan rumi yang digunakan di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. Sistem ejaan Rumi di Tanah Melayu dan Indonesia berbeza disebabkan oleh penjajah kedua-dua negara ini berbeza. Sistem ejaan yang wujud di Indonesia adalah menurut sistem ejaan cara Belanda sementara di Tanah Melayu, lebih kepada cara Inggeris. Kelainan- kelainan yang wujud ini telah mendapat perhatian ahli- ahli bahasa di kedua-dua buah negara untuk menyamakan dan menyatukan sistem ejaan. Melalui sidang kongres tersebut, mereka telah membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa, dan satu ketetapan tentang tulisan jawi. Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi atau fonemik iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja. Ejaan Zaba sy ch ng ny e Ejaan Kongres c e

Huruf vokal diberi nama yang sama dengan nilai bunyi fonemnya. Vokal dalam sistem ini terdiri daripada vokal a, e, , i, o, dan u. Dari segi vokal, Kongres telah menetapkan penggunaan vokal i atau vokal u dalam suku kata akhir tertutup tanpa sebarang kekecualian.

19

Ejaan Zaba balek jatoh datok burong bubor

Ejaan Kongres balik jatuh datuk burung bubur

Huruf konsonan pula, hanya dapat dibuat setelah mendapat bantuan daripada vokal rumi asli dalam sistem ejaan ini yang berjumlah 17. Konsonan yang dimasudkan ialah [b], [c], [d], [f], [h], [j], [k], [l], [m], [n], [], [p], [q], [r], [s], [t], dan [w]. Sementara konsonan [g], [v], [x], dan [z] digolongkan ke dalam huruf pinjaman kerana konsonan tersebut hanya digunakan apabila mengeja kata pinjaman. Ejaan Kongres juga menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan sebutannya yang asal atau yang lebih menghampiri ejaan Indonesia. Ejaan Zaba ayer kerana sadikit pesaka wang erti ugama kesah ka sa Melalui sidang kongres tersebut juga, tanda Ejaan Kongres air karena sedikit pusaka uang arti agama kisah ke se sempang dihapuskan

penggunaannya kecuali pada tiga tempat sahaja iaitu pada kata gandaan, kata majmuk dan digunakan untuk memisahkan bahagian yang tidak dapat ditulis sepenuhnya kerana kehabisan halaman.Imbuhan di-, ke-, ter-, -kan, -an, serta partikel lah, -tah, -kah, dan nya, dicantumkan dengan kata dasar tanpa penggunaan sempang.

20

Ejaan Zaba bila-kah apa-lah

Ejaan Kongres bilakah apalah

Namun, ejaan Kongres ini tidak dapat dilaksanakan secara meluas. Sebaliknya ejaan zaba terus digunakan dalam sistem pendidikan Malaya. Hal ini kerana masalah kerumitan untuk melambangkan beberapa huruf atau grafem yang tidak terdapat dalam mesin taip atau alat cetak. Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah diusahakan oleh ahli- ahli bahasa berdasarkan rumusan- rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga. Usaha- usaha ini mendapat perhatian kerajaan dan pada tahun 1957, sebuah Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk untuk menimbangkan ketetapan-ketetapan yang telah diambil dalam Kongres tersebut berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya dengan ejaan bahasa Indonesia. EJAAN RUMI ZABA Sistem Ejaan Rumi Zaba muncul apabila Pendita Zaba telah membuat perubahan kepada sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ini juga dikenali sebagai Ejaan sekolah. Sistem ini digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu. Sistem ejaan Rumi Zaba daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi. Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Zaba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an. Menurut Sistem Ejaan Rumi Zaba dalam penggunaan ejaan rumi pada ketika itu kerap kali telah menimbulkan kekeliruan dan keraguan sama ada kerana kesalahan ataupun kerana tidak sekata dalam mengikuti peraturan tersebut. Pendita Zaba telah menggariskan sebanyak lapan tempat yang seringkali mencetuskan persoalan, iaitu :

21

i. ii.
iii.

Pada segenlintir suku kata tertutup, iaitu sama ada menggunakan vokal i atau vokal e, dan vokal u atau vokal o; Pada bunyi diftong (Zaba: bunyi berkait) sama ada menggunakan ai atau ai atau ae, dan ui atau ui atau ue; Pada perkataan dialek yang berbeza sebutannya menyebabkan berbeza ejaannya; Pada ejaan yang menggunakan dua abjad g tetapi kerap menggunakan satu g sahaja; Pada kata pinjaman Arab dan Inggeris sama ada hendak dieja menurut sebutan asal atau sebutan Melayu; Pada ejaan awalan se dan ke, sama ada hendak dieja seperti demikian atau sa dan ka; Pada penggunaan sempang, iaitu tidak tetap sama sempang; ada patut

iv.
v.

vi.
vii.

menggunakan sempang, atau perlu disambung tanpa menggunakan viii. Pada penggunaan huruf besar, juga tidak tetap.

Untuk mengatasi kelapan-lapan masalah tersebut Zaba telah menyusun kaedah ejaan Rumi Bahasa Melayu, yang sebahagian besarnya berdasarkan Ejaan Wilkinson. Zaba telah membahagikan abjad-abjad bahasa Melayu kepada dua kumpulan iaitu: i. ii. Huruf saksi yang merupakan vokal yang terdiri daripada enam abjadi iaitu a, e, e, i, o, dan u, dan; Huruf benar, iaitu konsonan yang terdiri daripada 21 abjad.

Zaba tidak menyenaraikan abjad-abjad itu, hanya beliau menonjolkan abjadabjad konsonan yang tidak berpadanan satu lawan dengan abjad Jawi. Pada hakikatnya hal tersebut sama seperti yang dilakukan menerusi Sistem Ejaan Wilkinson. Oleh itu bolehlah dianggap bahawa senarai abjad konsonan Zaba menyamai senarai konsonan Ejaan Wilkinson. Untuk mengatasi lapan masalah yang disebutkan di atas, Zaba telah mengemukakan 40 peraturan. Peraturan 1 hingga 5 menyentuh keserasian vokal dalam suku kata pertama dan kedua jika jika suku kata kedua itu suku kata tertutup. Antara beberapa peraturan yang dimaksudkan tersebut adalah seperti yang berikut:

22

i.

Jika h dan k adalah huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup, maka vokal e yang dipilih bukan vokal i pada suku kata itu. Contohnya aleh, leteh, sireh, tueh, balek, batek, chantek dan sebagainya, kecuali jika terdapat deretan bunyi diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan. Contohnya, naik, baik, raih, dan sebagainya.

ii.

Jika suku kata akhir tertutup, bukan diakhiri oleh konsonan h dan konsonan k, maka vokal i digunakan bukannya vokal e. Contohnya nasib, katil, kutip, pasir dan sebagainya, kecuali jika vokal dalam suku kata pertama ialah vokal o dan vokal e, maka vokal e digunakan bukannya vokal i. Contohnya deret, leher, bogel, chomel, montel dan sebagainya.

iii.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab jika belum diasimilasi sepenuhnya, hendaklah dieja mengikut bunyi asalnya (memakai tanda dan sebagainya) dan ditulis dengan huruf condong. Contohnya: wasalam, ahlun-nujum, amiruI-minim, dan sebagainya.

iv.

Imbuhan pe- dan me- tidak mengalami perubahan bunyi jika digandingkan dengan kata dasar yang berawalkan huruf i, m, n, ng, ny, r, w,dan y.

v.

Perkataan yang menggunakan huruf r pada akhir suku kata pertama dikekalkan ejaan menurut sistem ejaan Wilkinson. Misalnya: (r sahaja) berteh, terbang, terpa, terkam, merdu dan lain-lain, (re) meregang, berebut dan sebagainya.

vi.

Semua perkataan yang mengandungi huruf nga dan ga yang berderet, dalam tulisan Jawi dieja dengan dua g dalam tulisan Rumi. Contohnya: langgar, hinggap, manggis, menanggong, menenggelamkan dan sebagainya.

vii.

Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang sudah diasimilasi sepenuhnya dengan bunyi Melayu, dieja mengikut sebutan Melayu. Contohnya: saman, repot, pereman, geran, sain, rasip dan sebagainya.

viii.

Jika kata dasar berawalkan huruf b dan p, maka awalan pe- dan memengalami perubahan jika disepadukan dengan kata dasar yang berawalkan huruf i, m, n, ng, ny, r, w dan y. Contohnya: pelawat, melawat, pemalas, penaung, penyanyi dan sebagainya.

23

ix.

Jika perkataan perkataan asal berawalkan huruf a, e, e, i, o, u, g, h, k, maka imbuhan pe- dan me- berubah menjadi peng- dan meng-. Misalnya, (pe) pengaku, pengempang, pengekor, pengikut, penggali, penghubung, pengait dan (me) mengaku, mengamok, mengelak, mengata dan sebagainya. Manakala sebagainya. Huruf k dalam kata dasar gugur kerana tak bersuara, kecuali dalam kata pinjaman Arab yang mengekalkan huruf k. Misalnya mengkitabkan, dan juga dalam perkataan mengkemudiankan.

x.

Bentuk si- (yang sebenarnya partikel) dan tetap dieja dengan sempang, dan huruf s dalam bentuk si- dieja dengan huruf besar jika berganding dengan nama khas. Contohnya: si-mati, si-laki, si-Abu, dibawa, dan sebagainya. Kekecualiannya ialah dalam ejaan perkataan sianu dan siapa yang tidak memakai sempang.

xi.

Huruf besar digunakan dengan menurut dua kaedah, yang pertama pada awal perkataan di pangkal ayat, kemudian daripada noktah, kemudian daripada tanda Tanya jika bukan percakapan pengarang, kemudian daripada tanda seruan jika seruan itu bukan percakapan pengarang, huruf pertama pada perkataan yang mendahului setiap baris syair atau pantun, huruf pertama pada cakap ajuk dan huruf pertama dalam perkataan teriakan. Yang kedua pada huruf awal dalam kata nama khas atau gelaran,nama Tuhan kata gantinya, nama tempat, nama bangsa, nama gelaran atau pangkat, nama kitab-kitab, surat khabar, tajuk atau fasal dalam kitab, nama-nama ilmiah dan bidangbidangnya, nama bulan, hari cuti dan sebagainya, dan nama perkara atau benda yang diserukan.

Sistem Ejaan Zaba ini telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan intitusi pendidikan di Malaya sehingga ke tahun lima puluhan, walaupun sewaktu pendudukan Jepun, adanya Ejaan Fajar Asia. Di Indonesia, terdapat sistem Ejaan Soewandi yang juga terkenal dengan nama Ejaan Republik yang mula digunakan pada tahun 1947 (S.T. Alisjahbana, 1964:32), yang menukarkan Ejaan Van ophuijsen antara lain vocal oe kepada u, menghilangkan tanda gores di atas e talling sehingga tidak membezakannya dengan e pepet dan menghilangkan dua titik di atas vocal yang

24

berderet untuk membezakannya daripada diftong, tetapi bentuk-bentuk ch, tj, dj, sj, nj dan j masih dikekalkan. Perbezaan ini telah menimbulkan beberapa keraguan dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan penuntut universiti. Kesan daripada kelemahan sistem-sistem yang ada dan cara penggunaan yang beragam-ragam itu telah mendorong beberapa pihak tertentu menampilkan beberapa sistem baru ejaan Rumi dalam tempoh tahun 1940 hingga 1959. Tiga percubaan yang mendapat perhatian ialah aturan ejaan Rumi yang dikenal sebagai Ejaan Rumi Fajar Asia (1943), Ejaan Kongres (1956) dan Ejaan Rumi PBMUM (1959). SISTEM EJAAN RUMI BAHARU (ERB). Perjumpaan antara pihak Malaysia dengan Indonesia dalam meneliti ejaan Malindo telah mengemukakan pendapat lain iaitu satu kertas kerja tentang ejaan baharu. Setelah kedua-dua pihak membuat penelitian dan pemerhatian yang mendalam terhadap usul-usul yang dikemukakan berdasarkan tiga prinsip iaitu praktis, ekonomi dan ilmiah maka pada 27 Jun 1967, satu laporan lengkap yang berkaitan tentang sistem ejaan baru telah di tandatangani oleh kedua-dua pihak. Akhirnya pada 16 Ogos 1972 satu kenyataan bersama telah di tandatangani antara Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia. Oleh itu, secara rasminya pada 16 Ogos 1972 sistem ejaan ini telah diguna pakai oleh kedua-dua buah negara. Sistem ejaan ini dinamakan sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu. Sistem ejaan ini berjaya dicipta hasil kerjasama antara Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Bahasa Melayu Malaysia yang diketuai oleh Syed Nasir bin Ismail dengan Kumpulan Ahli Bahasa Indonesia yang diketuai oleh S.W. Rudjati Muljadi (Ensiklopedia Malaysia,1999:706). Maka, terhasil satu bentuk ejaan daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa

25

Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standartitasiyang tinggi berbanding sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan sistem wahana yang cekap dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan datang.

Menurut Sulaiman Masri et al. (2006:5) perkara-perkara penting yang terdapat


dalam sistem ini ialah penggunaan abjad, penulisan kata dan penulisan unsur serapan. Dalam sistem ini ejaan baru ini mengandungi 26 huruf iaitu a, b, c, d, e, f, g, h, i, j, k, l, m, n, o, p, q, r, s, t, u, v, w, x, y dan z. Dokumen yang menjadi rujukan rasmi tentang Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) termasuklah penerbitanpenerbitan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka anataranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975, edisi kedua 1987), Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975, edisi semakan 1991), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981, edisi kedua 1988), Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1996), Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu (1994), Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (1996), Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986, edisi kedua 1987, edisi ketiga 1993), Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996) dan Daftar Kata Bahasa Melayu, Jilid I (A-K) dan Jilid II (L-Z) (2001). SISTEM EJAAN RUMI 1878 Pengenalan kepada Ejaan Rumi 1878 merupakan hasil inisiatif yang dicetus menerusi jawatankuasayang ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di bawah kerajaan British. Hal ini lanjutan daripada satu pekeliling ajaran Lord Carnavon yang mengesyorkan pembentukan satu sistem ejaan Rumi yang baku untuk mengeja namanama orang dan kawasan tempatan di negeri-negeri ini. Jawatankuasa ini telah memperkenalkan sistem perumian berdasarkan tiga kumpulan bunyi, iaitu vokal, diftong dan konsonan, seperti yang berikut: 1) Vokal Ada enam lambang vokal. Lima daripadanya mempunyai bentuk pendek dan panjang. Bentuk pendek ditandai dengan lambang diakritik di atasnya, manakala bentuk

26

panjang tiada sebarang tanda. Berikut disenaraikan beberapa senarai abjad vokal dan contoh bunyinya dalam bahasa Inggeris, serta contoh ejaan perkataan Melayunya:

VOKAL A E O U 2) Diftong

BUNYI

DALAM

BAHASA CONTOH

DALAM

INGGERIS Diploma Ten Provokasi Full

BAHASA MELAYU makan sendok tongkat tunjuk

Ada dua bunyi diftong, iaitu huruf au dan ei, yang digunakan dalam bahasa Melayu. Misalnya: au ---- bakau, kerbau ei ----- sungei, bagei

3) Konsonan Jawatankuasa ini turut membezakan bunyi konsonan yang digunakan dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan konsonan yang terdapat dalam perkataan pinjaman Arab sepenuhnya. Hal tersebut dapat dilihat seperti yang berikut:

KONSONAN MELAYU B G Ng T Th

SEBUTAN

DALAM NAMA MELAYU ba ga Nga Ta

BAHASA INGGERIS Seperti dalam gain seperti dalam singing lembut, hujung lidah di

gigi seperti dalam thick Tha Jika di tengah kata hamza menandakan pemisah

27

suku

kata

seperti

sa

orang, jika di hujung kata sama dengan k

KONSONAN ARAB D S T

BUNYI Keras Keras seperti ss Keras, di langit mulut

NAMA MELAYU Da sod Ta

Namun begitu, pengenalan jawatankuasa ini telah menerima kecaman daripada Maxwell dan juga Shellabear (1899). Shellabear mengkritik penggunaan lambang e untuk mewakili bunyi vokal seperti dalam Perumian Jawatankuasa 1878 di atas. Beliau telah mengesyorkan supaya vokal pendek itu tidak dilambangkan oleh sebarang ejaan kerana mungkin menimbulkan kesalahan dari segi ejaannya.

SISTEM EJAAN MALINDO Masalah ejaan dahulunya merupakan masalah kebangsaan, sudah menjadi masalah antarabangsa dengan adanya rundingan pihak Malaysia (yang dahulunya malaya) dengan Indonesia. Selama dua tahun menjalankan kajian dan rundingan akhirnya pada tahun 1959, termaktublah perjanjian persahabatan diantara Persekutuan Tanah Melayu dan republik Indonesia. Satu perjumpaan diantara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail pengan panitia pelaksanaan dan penyelidikan bahasa Indonesia iaitu Dr. Slametmuljana pada tahun yang sama telah menghasilkan satu ejaan baru yang dikenali sebagai Ejaan Malindo. Menurut Asmah Haji Omar (154:1993) Ejaan Malindo ini tidak pernah diumumkan. Oleh itu kita tidak tahu bentuk dan sistem ejaannya. Walaubagaimanapun Ejaan Malindo yang dihasilkan ini terbantut usahanya disebabkan tercetusnya konfrontasi. Setelah itu ia disambung semula setelah terhenti kira-kira hampir 7 tahun iaitu pada 1966 dan hasil rundingan ini menimbulkan

28

kesefahaman diantara kedua-dua pihak terutamanya pihak indonesia. Dalam rundingan ini beberapa perkara dititik beratkan antaranya adalah tentang soal bahasa dalam jangka masa panjang, pertukaraan antara bahan-bahan yang berkenaan dengan bahasa dan sastera, dan soal pemakaian istilah-istilah. Kolonel wahju sukatjo iaitu seorang pemimpin bahasa indonesia telah berkunjung ke dewan bahasa dan pustaka bersama dengan delegasi kebudayaan pada bulan September 1966. Dalam rombongan tersebut beberapa isu telah dibangkitkan, antaranya yang menjadi perhatian adalah berkaitan dengan pengesyoran perlaksanaan Ejaan Malindo (1959) kepada kedua-dua kerajaan. Begitu juga dengan penyelarasan istilah diantara bahasa Indonesia dengan bahasa Malaysia. Oleh itu, satu kertas kerja telah dibentangkan bagi perlaksaan sistem ejaan ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa perubahan dan pembaharuan dalam Sistem Ejaan Malindo ini kerana sistem ejaan ini belum lagi dilaksanakan dikedua-dua buah negara. Oleh itu, kata sepakat telah dicapai dan dipersetujui oleh kedua-dua negara dan ejaan yang telah dipersetujui itu mula dikenali sebagai Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia yang ikenali secara umum sebagai Ejaan Baharu. Sistem Ejaan Rumi Baharu (ERB). Perjumpaan antara pihak Malaysia dengan Indonesia dalam meneliti ejaan Malindo telah mengemukakan pendapat lain iaitu satu kertas kerja tentang ejaan baharu. Setelah kedua-dua pihak membuat penelitian dan pemerhatian yang mendalam terhadap usul-usul yang dikemukakan berdasarkan tiga prinsip iaitu praktis, ekonomi dan ilmiah maka pada 27 Jun 1967, satu laporan lengkap yang berkaitan tentang sistem ejaan baru telah di tandatangani oleh kedua-dua pihak. Akhirnya pada tahun 1972 satu kenyataan bersama telah di tandatangani antara menteri pelajaran Malaysia ketika itu dengan menteri pendidikan dan kebudayaan Indonesia. Oleh itu secara rasminya pada 16 Ogos 1972 sistem ejaan ini telah diguna pakai oleh kedua-dua buah negara. Sistem ejaan ini dinamakan sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu. Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu

29

serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standart yang tinggi berbanding sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan sistem wahana yang cekap dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan datang. Menurut Ensiklopedia Malaysia (1999:706) dalam sistem ejaan ini, hanya ada satu huruf e bertanda () atau huruf e pepet terdapat dalam sistem ejaan Zaba digugurkan contohnya mak menjadi emak, kledek menjadi keledek. Walaupun digugurkan, fungsi huruf e yang melambangkan pepet dan e taling dikekalkan. Perubahan konsonan juga berlaku dalam sistem ejaan baru ini. Contohnya gabungan 2 perkataan yang di gugurkan salah satunya yang membawa maksud yang sama seperti ch akan menjadi c dalam perkataan chuba menjadi cuba dan chuacha akan menjadi cuaca. Manakala bagi perkataan lain adalah dh menjadi d dalam perkataan mudharat menjadi mudarat dan sh menjadi sy dalam perkataan sharat menjadi syarat. Manakala perubahan dalam penggunaan () dan () yang melambangkan

hamzah dan ain akan digugurkan dan digantikan dengan konsonan k contohnya maana menjadi makna dan perkataan enche menjadi encik. Dalam sistem ini juga konsonan v dan x diperkenalkan untuk digunkan secara meluas. Sistem ejaan ini menetapkan 18 keselarasan yang utama. Keselarasan disini bererti kesesuaian huruf vokal yang membentuk dua suku kata pradasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku praakhir dengan huruf vokal pada suku kata tertutup. Jadual dibawah menunjukkan perubahan keselarasan vokal sistem Zaba: a-e taling a-o a pepet-e taling Menjadi Menjadi Menjadi ai au ei Aleh menjadi alih batok menjadi batuk Lebeh menjadi lebih

EJAAN RUMI FAJAR ASIA

30

Sistem ejaan rumi Fajar Asia digunakan oleh majalah Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura. Majalah berbahasa Melayu yang menggunakan sistem ejaan ini terbit pada awal tahun 1940-an, iaitu semasa Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura. Ejaan ini mempunyai persamaan dengan sistem Ejaan Soewandi yang digunakan di Indonesia. Hal ini berlaku kerana dasar pemerintahan Jepun pada waktu itu hendak menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. Huruf yang digunakan dalam Sistem Ejaan Fajar Asia hamper sama dengan huruf yang digunakan dalam Sistem Ejaan Wilkinson dan Sistem Ejaan Rumi Zaba. Asmah Haji Omar (1993) mengatakan bahawa, huruf Vokal dalam Sistem Ejaan Fajar Asia juga menggunakan enam vokal yang terdiri daripada a, , e, i, o, dan u. Huruf konsonannya pula adalah mengikut Sistem Ejaan Zaba. mereka. 1) Konsonan b ch d g h j l m n ng 2) Vokal a e anak blok kelak I o u ikan otak upih budak chuacha desa getah hantu jari lari muda nasi pisang r t w y z sh kh dh ny s rehat tuan wang yang zat sharat khabar dhuka nyiru sebat Ejaan Fajar Asia ini kemudiannya digunakan oleh Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) sebagai ejaan rasmi

31

3) Diftong ai au sampai limau oi amboi

4) Imbuhan Sistem ejaan ini menetapkan supaya imbuhan (awalan dan akhiran) ditulis serangkai dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan. a) Imbuhan awalan berterberjalan termakan b) Imbuhan akhiran -lah -kah tidurlah salahkah

EJAAN BARU BAHASA INDONESIA (1966) Lukman Ali (2000) menyatakan bahawa pada tanggal 17 April 1959, diadakan perjanjian persahabatan antara Republik Indonesia dengan Persekutuan Tanah Melayu. Republik Indonesia diwakili oleh Perdana Menteri Ir. H. Djuanda Kartawidjaja, manakala Persekutuan tanah Melayu diwakili oleh timbalan Perdana Menteri Dato Hussein Onn. Seterusnya pada tanggal 4 hingga 7 Desember 1959 telah diadakan sidang bersama antara Panitia Pelaksana Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Prof. Dr. Slametmuljana dengan Jawatankuasa Ejaan Rumi Baharu Persekutuan Tanah Melayu yang dipimpin oleh Syed Nasir bin Ismail yang berlangsung di Jakarta. Sidang bersama tersebut telah menghasilkan Pengumuman Bersama Ejaan Bahasa MelayuIndonesia (Malindo). Pengumuman bersama tersebut menyatakan bahawa kedua-dua pemerintah akan merasmikan Ejaan Malindo selewat-lewatnya pada bulan Januari 1962. Namun Ejaan Melindo tidak dapat dilaksanakan kerana masalah Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia.

32

Namun disebabkan keinginan kedua-dua negara untuk memperbaiki

ejaan,

maka Lembaga Bahasa dan Kebangsaan Indonesia telah ditugaskan untuk membina dan mengembangkan bahasa Indonesia dalam segala aspek. Seterusnya persidangan bersama antara Panitia Pelaksana Kerjasama Bahasa MelayuBahasa Indonesia dengan Jawatan kuasa Ejaan Rumi Baharu Persekutuan Tanah Melayu telah dibuat selepas berakhirnya kofrontasi dan menghasilkan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Indonesia. Bahasa Indonesia mempunyai 22 konsonan dan 6 vokal, dan masing-masing mempunyai variasi bunyi berdasarkan posisinya dalam sebuah kata. Huruf-huruf konsonan bahasa Indonesia dilambangkan seperti di bawah: Contoh-contoh konsonan bunyinya /b/ /d/ / f/ /g/ /h/ / j/ /k/ / l/ /m/ /n/ bantu damai film ganti hari jala kamar lari mana nama a b c d e f a ba ca[tja] da e ef Daftar Abjad Indonesia serta

33

EJAAN BAHASA INDONESIA YANG DISEMPURNAKAN (1972) Pada 20 hingga 25 September 1966, satu perundingan telah diadakan di Jakarta, dan hasilnya kedua-dua pihak iaitu Malaysia dan Indonesia telah mencapai persetujuan untuk mengkaji semula ejaan baharu yang telah dibuat oleh jawatankuasa Malaysia. Hasilnya satu persetujuan telah tercapai mengenai beberapa masalah dasar yang penting. Kedua-dua Negara bersetuju untuk memperbaiki ejaan masing-masing bagi mencapai keseragaman atas dasar-dasar yang berikut: 1) Kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan kosep ilmiah, terutama dalam bidang ilmu bahasa yang baik. 2) Kekurangan-kekurangan yang masih terdapat pada ejaan sekarang, dalam hal mencerminkan kesaggupan bahasa Malaysia dalam bahasa Indonesia. 3) Perlunya usaha kodifikasi dalam pemakaian huruf dan tanda baca, yang dapat berlaku untuk kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia. 4) Peranan yang akan dimainkan oleh bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia di Asia Tenggara dan di seluruh dunia. 5) Pentingnya pengajaran membaca dan menulis. Abdul Hamid Mahmood (1998) menyatakan bahawa dalam usaha memperbaiki sistem ejaan itu, Jawatankuasa harus juga mengambil kira perkara-perkara dari segi teknik, praktis, dan ilmiah. Perkara dari segi teknik adalah menggunakan satu huruf bagi melambangkan satu fonem. Perkara dari segi praktis pula ejaan yang hendak digunakan hendaklah boleh digunakan dengan mudah, sesuai dari segi mesi taip da mesin cetak. Manakala dari segi ilmiah pula menghendaki sistem ejaan itu menunjukkan satu hasil kajian yang ilmiah yang boleh digunakan dengan baik dalam kemajuan bahasa dan imu. Berdasarkan pertimbangan-pertimbangan tersebut, Jawatankuasa Bahasa

Melayu Malaysia dan pasukan Ahli Bahasa KOTI dari Indonesia telah mengadakan perundingan di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur selama beberapa hari dan telah mencapai persetujuan mengadakan satu sistem ejaan bersama antara Malaysia dan Indonesia. Ejaan baharu yang diputuskan itu harus ilmiah, ekoomis, dan praktis, iaitu sesuai digunakan dikedua-dua Negara Malaysia dan Indonesia.

34

Pada tanggal 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dato Hussein Onn, dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesi, Bapak Mashuri.Kedua-dua Negara kemudiannya melaksanakan system ejaan baru yang disempurnakan pada 16 ogos 1972. Lukman Ali (2000) menyatakan bahawa sistem Ejaan yang Disempurnakan ini di Indonesia disahkan secara rasmi oleh Presiden Soharto melalui surat keputusan no. 57, bertarikh 17 ogos 1972. 1) Abjad sistem Ejaan yang Disempurnakan Huruf Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm 2) Vokal a e i 3) Diftong ai Oi pandai amboi au harimau asah emak ikan o u orang ubat Bunyi a be ce de e ef ge ha i je ka el em Huruf Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz Bunyi en o pe ki er es te u fe we eks ye zet

35

4) Konsonan a) Konsonan yang tidak berubah: b d g h k l m bahasa dua guna hari kami lemas maka n ng p r s t w nanti ngilu pasang rumah siap tutup wanita

b) Konsonan yang berubah: Ejaan lama dj j nj tj sj ch djalan pajung njonja tjakap sjarat tarich Ejaan baru j y ny c sy kh jalan payung nyonya cakap syarat tarikh

c) Lain-lain (dirasmikan penggunaannya) f v z maaf valuta zeni Huruf-huruf q dan x yang lazim digunakan dalam ilmu-ilmu eksakta juga digunakan dalam system ejaan ini.

Walaupun sistem ejaan bersama yang baharu itu telah digunakan secara rasmi di Malaysia dan Indonesia, namun beberapa perkara kecil mengenai ejaan tersebut dirasakan perlu diselesaikan dengan segera. Beberapa masalah kecil mengenai ejaan tersebut telah dibincangkan dan diselesaikan bersama oleh jawatankuasa yang dibentuk dan dikenali dengan nama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Majlis Bahasa IndonesiaMalaysia dalam persidangannya yang kelima yang diadakan di Johor Bahru pada 2 hingga 4 Disember 1974, telah bersetuju untuk mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lebih lengkap bagi kegunaan kedua-dua negara. Pada 27 Ogos 1975, Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan telah dirasmikan.

36

EJAAN UNIVERSITI MALAYA Apabila tamatnya konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1966 menghidupkan semula keinginan Indonesia dam Malaysia untuk mewujudkan sistem ejaan bersama. Pada akhir tahun 1967, satu sistem telah digubal dan disetujui bersama, tetapi disebabkan masalah-masalah tertentu, sistem ini terpaksa dipendamkan. Dalam pada itu, kalangan awam di Malaysia sudah resah menuggu sistem ejaan yang standard. Institusi-institusi sudah mulai menggubal sistem ejaan masing-masing berdasarkan system sistem yang yang sudah ada. Universiti Malaya, misalnya pada tahun 1970 dengan penuh semangat melancarkan rancangan pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan dalam urusan-urusan rasmi di universiti itu sendiri (kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi di universiti tersebut sebelum tarikh ini), dalam pengajaran mata-mata pelajarannya, sungguhpun dalam urusan yang kedua ini, sudah ada rancangan yang disediakan oleh berbagai-bagai fakulti untuk menghadapi peralihan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia. Untuk melaksanakan dasar itu dengan kesannya, Universiti Malaya memerlukan satu sistem ejaan untuk digunakan oleh setiap orang di universiti itu dalam bidang pentadbiran Ejaan Zaba, atau juga akademik. atau Walau bagaimanapun, Universiti 1967, jika universiti berkenaan mungkin. itu tidak menyelesaikan masalahnya dengan memilih salah satu sistem ejaan yang lama, iaitu Ejaan Sistem Kongres Ejaan sebagainya. hendak Walau menggunakan Malaysia-Indonesia

bagaimanapun, sistem ini pada waktu itu belum dirasmikan, menurut persetujuannya, oleh kedua-dua Negara berkenaan. Oleh sebab sistem ini tidak dihebahkan untuk penggunaan umum, system itu hanya dikenal oleh mereka yang menganggotai jawatankuasa tersebut di kedua-dua belah pihak, Malaysia dan Indonesia. Sistem ejaan Universiti Malaya, adalah untuk tujuan kepraktisan, tidak menggunakan tanda diakritik sama sekali. Dengan demikian, sistem-sistem ini mempunyai satu grafem untuk dua fonem. Sistem-sistem ini mempergunakan keselarasan vokal dalam kata-kata yang mempunyai fonem-fonem tersebut untuk membezakan pepet daripada taling. Ini bermakna bahawa hanya penyenaraian grafem untuk vocal tidak dapat menunjukkan kelainan yang satu daripada yang lain. Hanya daripada konteks kata-kata dalam tatabahasa dapat kita kenal sama ada suatu lambang itu mewakili pepet atau taling. Ejaan Universiti Malaya juga mengetepikan kejelasan untuk mencapai kesederhanaan, yakni dengan menyisihkan tanda-tanda diakritik.

37

EJAAN SOEWANDI (1947) Ejaan soewandi merupakan sistem ejaan dengan menggunakan huruf rumi untuk bahasa Indonesia selepas Indonesia mencapai kemerdekaan. Sistem ejaan ini dilaksanakan berdasarkan surat perintah No. 264 / Bhg. A yang ditandatangani oleh Soewandi, Menteri Pengajian Pendidikan dan Kebudayaan ketika itu, bertarikh 19 Mrc 1947. tujuan sistem yang baru ini adalah untuk menyederhanakan sistem ejaan sebelumnya (Ejaan Ophuijsen). Berdasarkan surat perintah tersebut, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk meneliti system Ejaan Ophuijsen dan beberapa usul telah diperoleh dan diperhatikan khusus. Hasilnya beberapa perubahan dilakukan. Ejaan Lama a ai Ejaan Baru a ai Keterangan ha, ah, nah, Ahmad, hawa, naskah hai, air, kail, pakai. Pembentukan kata-kata, mulai, sukai, mengenai, iaitu dengan akhiran i. tidak boleh ditandai dengan titik dua di atas huruf i. hal ini diterangkan dalam pelajaran ilmu au au bahasa (paramasastra). kau, engkau, tembakau, gurau, lampau. Berhubung dengan pasal 19 au juga akan dipakai untuk menggantikan aoe, b d dj g b d dj g misalnya: kaum, laut, saur, pauh. batu, babu, sebab, nasib, lembab. di, dik, ahad, tekad, abad. djuga, hudjan, djandji. gelang, gedung, balig. Aliran untuk menggantikan b-d-g pada akhir suku kata dengan p-t-k yang tidak beralasan phonologie. Lagi pula hendaklah sama dengan ejaan Latin bagi bahasa h h Daerah dan Arab, misalnya rebab, sebab, ahad, akil-balig. ha, ah, tahun, tahan, hotel. Aliran untuk menghapuskan h pada tahun, tahan dan sebagainya. Dalam praktiknya tak dapat i j k l m n i j k l m n dijalankan, sebab dalam bahasa gagah h tetap dipakai. ia, ilmu, kail, hasil. ja, saja, jakin, sajang. kami, anak, sukar. lama, hal, lampau. mu, kamu, mandi, kolam. tani, nikmat, nenas, taman.

38

ng nj o oe p r tj

ng nj o u p r tj

telinga, lubang, lengang. njaman, anaknja, mengenjam olah, bohong. guru, maut, laut. lupa, asap, pasir. baru, paras, pasar. tjertja, tjemburu, tjukur, katjang

Tanda terma yang terdapat pada vokal i yang merupakan akhiran yang ditambahkan pada kata dasar yang berakhir dengan vokal a dihapuskan dalam system Ejaan Soewandi. Gabungan antara vokal a dengan vokal i baik yang berupa diftong atau yang bukan diftong tidak perlu dibezakan. Huruf e pepet dan huruf e taling yang terdapat pada Ejaan Ophuijsen disamakan dalam Ejaan Soewandi. Vokal oe yang terdapat dalam sistem Ejaan Ophuijsen yang berbunyi u dalam bahasa Melayu ditukar menjadi vokal u dalam sistem Ejaan Soewandi. Bunyi hamzah atau bunyi yang hampir sama dengan bunyi hamzah yang ditandai dengan koma di atas huruf dalam Ejaan Ophuijsen diganti dengan huruf k dalam sistem Ejaan Soewandi. Manakala kata yang diulang atau perulangan kata boleh menggunakan angka dua. Jika kata tersebut hanya diulang sebahagian sahaja, maka tanda angka dua (2) hendaklah diletakkan selepas bahagian yang berulang. Kata baru bahasa Indonesia (yang dipinjam daripada bahasa asing, terutama daripada bahasa Belanda dan Inggeris) yang terdapat bentuk konsonan rangkap, bentuk tersebut dikekalkan.

BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Abdul Rahman (2001). Kursus Lengkap Sarjana STPM Bahasa Melayu Kertas 1 & 2. Subang Jaya: Pustaka Sarjana Sdn Bhd.

39

Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Bintang Baru Sdn. Bhd. Abdullah Hassan (1987). Isu-isu perancangan bahasa: pengintelektualan bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar (2004). Muafakat bahasa: sejarah MBIM/MABBIM sebagai pembina bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Balai Pustaka (1984). Pedoman umum ejaan bahasa Indonesia yang disempurnakan. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa departmen pendidikan dan Kebudayaan, Balai Pustaka. Bausani A ( 1960 ). the first italian-malay vocabulary by antonio pigeffeta. East and west new series II . Departemen Pendidikan Nasional (2000). Sejarah ejaan bahasa Indonesia. Jakarta: Perputakaan Pusat Bahasa. Ensiklopedia Malaysia (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Harun Aminurrashid (1996). Kajian sejarah perkembangan Bahasa Melayu. Singapura: Pustaka Melayu Hashim Musa (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hamid (1987). Perkembangan bahasa melayu dalam sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Lukman Ali (2000). Sejarah ejaan bahasa Indonesia. Jakarta: Pusat Bahasa.

40

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Rain Shaari (2006). Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd Tate,D.J.M (1977). The Making of Modern South-East Asia, Vol l,The European Conquest, Kuala Lumpur: Oxford University Prees.

41

You might also like