Inkuiri dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Date: Sunday, August 07 @ 01:22:02 MYT Topic: Pendidik Pendekatan ‘hands-on’

dan ‘minds-on’ ini membantu kanak-kanak berfikir secara kritis dan membina keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah. Ingin tahu adalah sifat semula jadi kanak-kanak yang perlu dipupuk. Mereka sentiasa bertanya soalan, menggunakan deria rasa, sentuhan, penglihatan, bau dan pendengaran supaya lebih mengetahui. Kanak-kanak menggunakan deria mereka membuat pencerapan dan membina kefahaman berhubung konsep dan prinsip saintifik dengan bantuan dan bimbingan guru dan juga ibu bapa. Dalam konteks pendidikan awal, kanak-kanak meneroka alam sekitar, membuat eksperimen, dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui cuba-jaya serta meneroka dan menyiasat mengikut keinginan dan minat mereka. Sifat ingin tahu ini adalah asas inkuiri. Memupuk dan membina rasa ingin tahu kanak-kanak ini adalah kunci pembelajaran sains. Bermain menjadi fitrah kanak-kanak dan melalui permainan kanakkanak membuat penerokaan dan penemuan sesuatu yang baru secara langsung. Kanak-kanak berpeluang mengguna, mengasah dan seterusnya menguasai kemahiran-kemahiran proses sains asas. Ciri-ciri pembelajaran yang dinyatakan ini amat serasi dengan sifat sains. Sains memerlukan kanak-kanak membuat inkuiri dan penemuan. Pada peringkat ini ia dilakukan melalui bermain. Justeru, guru perlu bijak menggunakan peluang yang ada memupuk minat dan sifat kanak-kanak yang sentiasa bertanya bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Kanak-kanak belajar melalui interaksi mereka dengan alam sekitar. Justeru, pendekatan yang sama perlu digunakan dalam pengajaran sains. Kanak-kanak seharusnya diberi peluang meneroka, menyelidik atau menyiasat serta menjalankan aktiviti ataupun eksperimen. Pendekatan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ ini membantu kanak-kanak berfikir secara kritis dan membina keyakinan mereka dalam menyelesaikan masalah. Konsep-konsep sains diperkenalkan kepada kanak-kanak semasa interaksi mereka dengan bahan-bahan, rakan dan guru melalui aktiviti-aktiviti harian yang mereka lakukan dan juga semasa bermain. Semakin muda umur kanak-kanak, semakin tak formal persekitaran pembelajaran. Persekitaran pembelajaran yang tak formal menggalakkan pembelajaran melalui permainan secara spontan yang mana kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang menarik minat mereka, seperti bermain dengan blok dan bahan-bahan permainan binaan. Namun begitu, permainan spontan bukanlah satu-satunya alternatif yang ada bagi pembelajaran akademik pada peringkat awal kanak-kanak. Dapatan-dapatan kajian menyarankan pengalaman pembelajaran pada peringkat ini memerlukan pendekatan berorientasikan intelek iaitu kanak-kanak berinteraksi dalam kumpulan kecil sambil melakukan aktiviti atau projek yang membantu mereka membina kefahaman daripada pengalaman yang dilalui. Justeru, kurikulum seharusnya merangkumi projek-projek kumpulan yang memberi peluang untuk kanak-kanak meneroka dan membuat penyiasatan. Projek-projek seperti ini membantu kanak-kanak menguasai

menjalankan eksperimen. • Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara dan mencari jawapan kepada penyoalan yang diutarakan. merancang dan menjalankan eksperimen. refleksi dan mengambil kira kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan (Herank. rasa dan bau (Whet School & Disney Learning Partnership. Dalam konteks pendidikan awal. kanak-kanak menerangkan objek ataupun proses. binaan. inkuiri adalah aktiviti yang melibatkan proses membuat pemerhatian. Proses inkuiri bermula dengan pengumpulan maklumat melalui deria penglihatan. Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat. Inkuiri juga ditakrifkan seperti berikut: • Inkuiri adalah proses mencari dan menyiasat masalah. membuat inkuiri. 2000). melakukan eksperimen. Tujuan pendidikan sains pada peringkat awal ini adalah memupuk dan membina minat dan kegemaran kanak-kanak supaya terus meneroka dan mencari penjelasan kepada fenomena yang diperhatikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Mengikut National Science Education Standards (1996). sains di sekolah seharusnya diajar dapat mencerminkan ‘sains seperti yang diamalkan. mengumpul data dan membuat kesimpulan menyelesaikan masalah. menjawab soalan berkomunikasi bagi berkongsi penemuan ataupun penyelesaian. menyemak semula apa yang sudah diketahui berdasarkan bukti eksperimen. menyusun dan mengelas. menyoal. Kanak-kanak perlu diberi pelbagai peluang mengumpul. menemu bual. mengemukakan soalan. lukisan. penjelasan . Pendidikan sains pada peringkat awal kanak-kanak adalah berasaskan sifat semula jadi kanak-kanak yang sememangnya ingin tahu dan suka meneroka alam sekitar mereka. membina hipotesis. menggunakan alat mencari dan menganalisis serta menginterpretasikan data. mencadangkan jawapan. Maksud Inkuiri Mengikut DeBoer (1991). 2000). membuat pemerhatian. Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen. perkataan itu adalah INKUIRI. Melalui inkuiri. inkuiri. menterjemah dan membina teori. dan membuat tinjauan (Rutherford & Algren. lakonan dan bercerita. kanak-kanak mempelajari kemahiran inkuiri apabila mereka: • Menanya soalan • Meneroka dan menyiasat • Menggunakan alat dan deria mengumpul maklumat • Membuat penjelasan yang munasabah • Menunjukkan hasil pembelajaran dalam bentuk tulisan. 1990).’Kurikulum sains seharusnya menggalakkan pembelajaran aktif. pembelajaran koperatif dan kaedah pembelajaran lain yang dapat memotivasikan kanak-kanak belajar sains.dan memantapkan kemahiran-kemahiran memerhati. apabila beliau disuruh memilih satu perkataan menerangkan matlamat pengajaran sains dalam tempoh 30 tahun yang bermula lewat tahun 1950-an. Antara matlamat pendidikan sains adalah menyediakan kanak-kanak yang faham kaedah taakulan inkuiri saintifik dan dapat menggunakan kaedah itu. menulis catatan dan melakar gambar rajah. mereka bentuk eksperimen. meneliti bukubuku dan sumber maklumat lain bagi memastikan apa yang sudah diketahui. Justeru. dan meneliti aspek-aspek yang menarik lagi penting dalam persekitaran mereka. pendengaran. penyelesaian masalah. sentuhan. Ia melibatkan pemerhatian dan pengukuran yang teliti. membuat hipotesis. • Inkuiri didefinisikan sebagai proses mencari kebenaran. maklumat atau pengetahuan melalui kaedah penyoalan.

’ Walaupun konsepkonsep ini saling berhubungan namun maksudnya tidak sama dengan pengajaran berorientasikan inkuiri. pemakanan.serta ramalan dan berkomunikasi menyebarkan keputusan ataupun maklumat yang diperoleh. Inkuiri adalah proses yang kompleks. Daripada perspektif sains. • Jangkaan pembelajaran berkaitan inkuiri saintifik dan penyiasatan atau penerokaan dicerminkan dalam amalan. 1996) Pemikiran dan proses saintifik yang terdapat dalam inkuiri saintifik dapat diterjemahkan dalam bentuk aktiviti sains. mengaitkan inkuiri dengan aktiviti ‘hands-on’ dan pengajaran berasaskan aktiviti ataupun pengalaman. Kemahiran adalah keupayaan yang dipelajari bagi melakukan sesuatu dengan baik. Ada juga yang mengaitkan inkuiri dengan pendekatan penemuan ataupun perkembangan kemahiran proses sains dan ‘kaedah saintifik. mengguna. Melalui inkuiri. Inkuiri saintifik adalah teras pengajaran sains dalam semua peringkat. taakulan dan kemahiran proses dalam membina secara aktif kefahaman saintifik. Dalam contoh ini. perdebatan dan perbincangan. seperti berfikir. dan mengimbang sifat-sifat ingin tahu. Pendekatan Pengajaran Inkuiri Pengajaran sains berorientasikan inkuiri dapat dibincangkan daripada pelbagai perspektif. Proses inkuiri ini adalah sama dengan kaedah yang digunakan ahli-ahli sains dalam membuat penemuan yang melihat sains sebagai binaan teori dan idea berasaskan alam fizikal. mengurus. mengesan habitat. pemakanan yang sesuai dan membandingkan keputusan yang diperoleh dengan ramalan atau telahan awal. (Hendricks. keterbukaan dan keraguan. Eksperimen ringkas boleh dirancang bagi menguji jenis tanah yang sesuai. kanakkanak yang mendapati cacing tanah semasa membantu ibunya menyiram pokok bunga dan sayuran di halaman rumah. Contohnya. kanak-kanak menggabungkan kemahiran berfikir secara kritis dengan pengetahuan baru mereka berhubung tanah dan cacing tanah. Inkuiri saintifik berlaku apabila: • Pengalaman pembelajaran memberi masa kepada kanak-kanak membina kefahaman berhubung sains melalui integrasi konsep dan proses dalam konteks yang menggalakkan penerokaan. Ada yang menekankan penglibatan aktif kanak-kanak. ‘inkuiri adalah tingkah laku manusia dalam usaha mencari penjelasan yang rasional berhubung fenomena yang menarik minat mereka. prihatin dan sebagainya. kanak-kanak berlatih kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Kemahiran hidup ditakrifkan sebagai kemahiran yang membantu individu berjaya dan melalui kehidupan yang produktif dan memuaskan. Aktiviti boleh bermula dengan membuat pemerhatian ke atas cacing tanah: cara bergerak. Inkuiri saintifik menggunakan pemikiran dan kemahiran proses bagi membina kefahaman berhubung pengetahuan sains secara aktif. Guru boleh merangka aktiviti bagi mendedahkan kanak-kanak dengan fungsi dan peranan cacing tanah menyuburkan tanah untuk tanaman. bentuk dan rasa pada sentuhan serta bunyi apabila ada. pengajaran berorientasikan inkuiri melibatkan kanak-kanak dalam penyiasatan sains. anjal dan tidak terikat pada langkah-langkah yang dipanggil kaedah saintifik (AAAS. Dalam inkuiri saintifik kanak-kanak menggunakan pengetahuan. Seperti Novak (1964) cadangkan. imaginasi. Kanak-kanak boleh membentangkan hasil pembelajaran mereka secara lisan ataupun dengan gambargambar yang dilukis.’ Inkuiri melibatkan . 1993). • Pengalaman pembelajaran memberi peluang kepada kanak-kanak membina.

1985).aktiviti dan kemahiran. Ada yang menggunakan kaedah inkuiri terbimbing (Igelsrud & Leonard. Implikasinya adalah pendekatan inkuiri bermula dengan keinginan mengetahui sesuatu. berkomunikasi. Sains adalah ‘proses menyedari dan memahami diri kita sendiri. membuat inferens bagi mendapatkan penjelasan. dapat dirumuskan inkuiri melibatkan pungutan dan tafsiran atau interpretasi maklumat bagi mencari jawapan pada persoalan dan penerokaan yang dilakukan. dan persekitaran melalui deria dan penerokaan peribadi’ (McIntyre. 1991). Pendidikan sains yang berasaskan inkuiri mengguna dan menggalakkan penggunaan kemahiran proses dalam aktiviti-aktiviti sains. menyusun ikut urutan. Namun begitu. Pemerhatian melalui deria seperti penglihatan. penerokaan dan membuat keputusan. Dapatan-dapatan kajian menunjukkan ‘kanak-kanak lebih mudah memahami alam semula jadi apabila mereka berinteraksi dengan fenomena. bau. (National Science Board. Komunikasi adalah proses yang membolehkan kanakkanak membuat perbandingan keputusan dan berbincang pengalaman yang sedang . namun tumpuan adalah proses aktif mencari ilmu ataupun membina kefahaman berhubung fenomena yang dikaji. dan mengguna pengetahuan bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berdasarkan maklumat. mengaitkan pengetahuan. inkuiri mencerminkan model pembelajaran konstruktivis. 27) Justeru. atau sering dirujuk sebagai pembelajaran aktif. 1984). Dalam kelas. Daripada perspektif pedagogi. 1991. Mengikut model konstruktivis. 1989). sentuhan. Melalui pemerhatian. Pendekatan sedemikian berusaha membina dan memupuk rasa ingin tahu dan rasa takjub atau kagum ke atas fenomena yang dilihat dalam kehidupan sehari-hari. pembelajaran adalah hasil perubahan dalam kerangka mental yang berlaku secara berterusan dalam usaha mencari makna daripada pengalaman yang dilalui (Osborne & Freyberg. Dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menegaskan kelebihan orang yang memerhati dan berfikir. Penyiasatan ataupun pembelajaran bermakna tidak akan terhasil apabila tidak timbul persoalan atau sifat ingin tahu yang memerlukan jawapan. kanak-kanak digalakkan membina makna melalui perbincangan dan pengajaran guru dan pengalaman dengan fenomena yang dikaji (Driver. kehidupan yang lain. 1988) dan ada yang hanya memulakan pengajaran dengan memberi arahan yang ringkas saja (Tinnesand & Chan. p. Terdapat yang lain menggunakan kaedah heuristik dalam membantu kanak-kanak menguasai kemahiran (Germann. mengelas maklumat. Sains dapat dipelajari dengan menggunakan pemikiran saintifik dan kemahiran proses sains yang menjadi sebahagian daripada inkuiri saintifik: memerhati. penyelesaian. pengajaran berorientasikan inkuiri seharusnya melibatkan kanak-kanak dalam penyiasatan bagi menjawab persoalan dan memenuhi naluri ingin tahu mereka dengan pembinaan kerangka mental yang dapat menjelaskan pengalaman mereka. 1987). kita mula memahami ciri-ciri objek dan bagaimana manusia berinteraksi dengan objek yang terdapat di sekeliling mereka. dan menggunakan deria membuat pemerhatian dan menggunakan alat-alat atau instrumen bagi meningkatkan keupayaan mereka. rasa dan pendengaran adalah jalan utama ke arah mendapatkan ilmu. membanding dan mengukur. Terdapat perbezaan daripada segi pendekatan guru dalam melibatkan kanak-kanak secara aktif bagi mencari ilmu pengetahuan.

• Menyesuaikan dan memadankan pengetahuan sains bagi memenuhi minat. Penekanan pengajaran inkuiri tidak bermaksud buku-buku teks dan bahan-bahan . menyoal. Mengait dan menggabungkan semua idea abstrak dan konkrit penting bagi mendapatkan penjelasan ataupun menguji fenomena.dilalui. sikap positif ke atas sains (Kyle et al. taakulan saintifik dan pemikiran kritikal bagi membina kefahaman berhubung konsep-konsep saintifik. Rakow. menyusun dan mengelas membolehkan kanak-kanak melihat pola dalam data dan mungkin menemui prinsip dan hukum saintifik. pemikiran kritikal. Membandingkan data membolehkan kanak-kanak mempelajari perkara yang tidak diketahui dengan melihat persamaan dan perbezaan dengan perkara yang sudah diketahui. bukan syarat bagi apa yang dianggapkan sebagai inkuiri saintifik yang baik. • Menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam membuat inkuiri dan penemuan. • Memupuk literasi saintifik dan pemahaman berhubung proses sains (Lindberg. Walaupun pemikiran saintifik dan kemahiran proses adalah asas pada program sains berteraskan inkuiri. Kelebihan Inkuiri Pendekatan inkuiri membolehkan kanak-kanak menggabungkan kemahiran proses sains. • Memberi perhatian serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan. Proses membuat inferens memerlukan kanak-kanak menggunakan pengetahuan yang ada pada mereka bagi menyelesaikan masalah. 1985. • Memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang dapat diguna atau di kitar semula. 1985. meningkatkan prestasi dalam ujian pengetahuan prosedural dan membina pengetahuan logico-mathematical. Membuat inferens membantu dalam membuat ramalan berhubung fenomena tanpa bukti yang dapat dilihat secara terus. 1988). serta berkongsi idea dan pendapat. Antara kelebihan pendekatan inkuiri dalam pengajaran-pembelajaran sains adalah: • Meningkatkan prestasi kanak-kanak.. kosa kata dan pemahaman konseptual (Lloyd & Contreras. 1987). • Menjadikan soalan sebagai pencetus perbincangan dan inkuiri. Melalui penglibatan interaktif dalam pengalaman sains. kanakkanak membina kefahaman dalam pengetahuan. terutama berkaitan dengan kemahiran amali dan kemahiran melakar graf dan mentafsir data (Mattheis & Nakayama. Program sains berteraskan inkuiri menggabungkan semua kemahiran proses sains bagi menggalakkan pemikiran dan taakulan saintifik dan pembinaan pengetahuan sains dan menyokong pembelajaran melalui pengalaman. Antara ciriciri pengajaran sains berteraskan inkuiri • Masa diberi untuk kanak-kanak membuat kesilapan. • Mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang. dan seterusnya membantu kanak-kanak menjadi celik sains apabila meningkat dewasa. namun harus diingat pemikiran dan kemahiran ini cuma alat. Perasaan ini umpama tanah yang subur bagi benih pengetahuan bercambah dan berkembang. pengetahuan dan perkembangan kanak-kanak. dan merangsang mereka menggunakan inkuiri saintifik dalam kehidupan seharian. Mengajar sains melalui inkuiri memerlukan guru sama-sama meneroka alam sekitar daripada sudut pemandangan kanak-kanak serta berkongsi kegembiraan dalam memahami alam penuh misteri ini. 1990). 1986). Kanak-kanak yang terlibat dalam pembelajaran sains secara inkuiri berupaya membina kefahaman yang mendalam termasuk menghargai pengetahuan dan proses penemuan dalam sains. • Menghormati persekitaran yang dipelajari. Mengumpul. merenung.

semakin banyak bahan-bahan yang dapat dipilih bagi membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. menerangkan dan membuat inferens. Penemuan dapat ditakrifkan sebagai proses mental mengasimilasikan konsep dan prinsip (Shulman. Proses inkuiri didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginan memahami sesuatu ataupun menyelesaikan masalah. ramalan. mengesan pola dalam data pemerhatian. pengukuran. Guru inkuiri yang mahir mampu memadankan pengalaman pembelajaran dengan minat dan keperluan kanak-kanak. Seseorang individu menggunakan proses mentalnya dalam usaha mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip. Pembelajaran inkuiri-penemuan adalah pendekatan pem-Penerokaan ini didorong oleh pertanyaan demi pertanyaan dan membuat penemuan dalam usaha mencari kefahaman baru. Pembelajaran ini memerlukan kerjasama aktif antara sesama kanak-kanak. Guru yang menggunakan pendekatan inkuiri dengan . melakukan aktiviti. Penemuan berlaku apabila seseorang itu menggunakan proses mental dalam usaha mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip. Proses mental itu adalah seperti membuat pemerhatian. membincangkan aktiviti yang sedang dilakukan dalam kumpulan. 1938). Fenomena yang diperhatikan biasanya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengalaman mahu pun pemahaman sedia ada kanak-kanak. Hasil yang diperoleh daripada proses ini disebut penemuan. Proses yang digunakan bagi mendapat penyelesaian. fakta. Model pembelajaran melalui pengalaman yang mana kanak-kanak melakukan sendiri aktiviti penerokaan.lain tidak diperlukan lagi. Empat proses itu adalah. Dengan perkembangan pesat yang berlaku dalam teknologi. 1968). membuat pengitlakan. hipotesis dan konsep awal. menerangkan. meramal. mengaitkan aktiviti dengan contoh dalam kehidupan harian. Sifat ingin tahu seterusnya merangsang tindakan supaya terus membuat pemerhatian. Proses inkuiri bermula daripada sesuatu pemerhatian yang menarik minat dan seterusnya menimbulkan persoalan. seperti yang dicadangkan oleh Kolb (1984). pertanyaan. dan menggalakkan pembelajaran turut meningkatkan sifat ingin tahu kanak-kanak. pengukuran. pengalaman. mengandungi empat proses. dan menghubungkan kanak-kanak dengan sumber rujukan yang relevan. bila menyediakan peralatan yang diperlukan. memberi fokus. bila memberi maklumat. membuat refleksi dan mengemukakan soalan. Model Pembelajaran Inkuiri Penemuan Penemuan sering dikaitkan dengan inkuiri. pengelasan. Dalam persekitaran pembelajaran yang mana guru membimbing. Menyediakan pengalaman sahaja tidak membina pengalaman pembelajaran (Dewey. Semua mesti ada bagi menghasilkan pembelajaran yang optimum. yakni dapatan daripada apa yang dipelajari dan yang dibina dalam minda kanak-kanak. Guru memberi bimbingan membangkitkan dan merangsang sifat ingin tahu dan intelek kanakkanak. dan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam konteks yang sama ataupun berbeza yang seterusnya mencetus pengalaman pembelajaran baru. konsep atau prinsip adalah inkuiri. mencabar. membuat inferens dan sebagainya. meramal. menjana soalan daripada pemerhatian dan faham bagaimana menggunakan generalisasi dalam situasi yang lain. Pengalaman menghasilkan pembelajaran apabila kanak-kanak faham proses yang berlaku. dan tahu bila dan bagaimana membimbing. Proses mental itu adalah membuat pemerhatian. pengelasan.

Perbincangan Perbincangan dalam kumpulan kecil dapat menggalakkan pembelajaran inkuiri melalui perdebatan dan pertukaran idea dan pendapat. contohnya. pembelajaran kolaboratif dapat me-ningkatkan kreativiti kanak-kanak.kanak-kanak sebenarnya turut menunjukkan contoh kemahiran yang diperlukan bagi inkuiri. Namun. Bimbingan mungkin perlu pada peringkat awal. Guru perlu menggalakkan mereka menerangkan pemerhatian dan mencadangkan penyiasatan tambahan atau susulan. Strategi ke arah Pembelajaran Inkuiri-Penemuan Pengajaran inkuiri membimbing kanak-kanak melalui pengalaman inkuiri saintifik. ianya mesti dirancang dengan teliti supaya kanak-kanak berpeluang berinteraksi secara bermakna semasa tunjuk cara dilakukan dan mereka terpanggil memikirkan perkara yang diperhatikan. Kanak-kanak memang tidak pernah kehabisan soalan. Pembelajaran inkuiri-penemuan dapat dilaksanakan melalui strategi: Penyoalan Kemahiran inkuiri asas yang perlu kanak-kanak pelajari adalah bertanya soalan. Lawatan memberi peluang pembelajaran inkuiri dijalankan dalam konteks sebenar. Dengan memberikan mereka fenomena yang dapat diperhatikan membuatkan mereka bertanya. meminta kanak-kanak memberi tumpuan pada aspek-aspek tertentu dalam pemerhatian mereka. Guru boleh. Cuba tanya soalan-soalan pengetahuan berkaitan tajuk berkenaan. walaupun tidak diminta. membuat rujukan termasuk pakar. Pengajaran inkuiri memerlukan guru-guru yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan berhubung isi kandungan dan pedagogi merangka pengalaman pembelajaran yang mencabar kanak-kanak mencadangkan soalan dan membentuk pembelajaran mereka sendiri melalui perbincangan dan perdebatan sesama sendiri. Andaikan anda sedang mengajar tajuk tumbuhan-tumbuhan. membuat perbandingan dan mencari persamaan. Perbincangan juga menggalakkan penglibatan aktif kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Pembelajaran kolaboratif Pendekatan ini melibatkan usaha intelek bersama antara kanak-kanak dan guru. . Pengajaran inkuiri memerlukan kanak-kanak menggabungkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan kemahiran saintifik yang baru diperoleh. Kanak-kanak membina kefahaman berhubung idea-idea saintifik melalui pengalaman terus dan interaksi dengan bahan-bahan manipulatif. Dalam pendekatan ini. Eksperimen Eksperimen mudah serta kajian lapangan atau lawatan luar turut menggalakkan inkuiri. mencadangkan alternatif atau meramalkan kemungkinan hasilan atau kesan dan akibat dapat menggalakkan pemikiran inkuiri. dan berbincang sesama sendiri. menggalakkan mereka menjelaskan serta mempertahankan idea-idea mereka dan mencari penyelesaian bersama. kanak-kanak bekerja dalam kumpulan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang sama. Science Teaching Reconsidered mencadangkan tunjuk cara yang menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam kehidupan seharian dan kanak-kanak diminta membuat ramalan atau mencadangkan hasilan yang mungkin. Soalan-soalan jenis terbuka yang memerlukan kanak-kanak menjelaskan atau menghuraikan konsep. bertanya soalan-soalan berkaitan dengan pemerhatian. Tunjuk cara Tunjuk cara juga menggalakkan inkuiri. Apabila dirancang dengan teliti. Guru yang berkesan menunjukkan kegembiraan dan minat membuat penerokaan dan sekali gus menanam minat yang sama ke atas sains dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak.

• Pilih aktiviti yang sesuai dengan persekitaran kanak-kanak. konsep atau generalisasi yang dapat kanak-kanak pelajari hasil pembelajaran yang dilakukan. • Sekali sekala minta cadangan daripada kanak-kanak ataupun lanjutkan penerokaan topik-topik yang menarik perhatian kanak-kanak. Melalui pengalaman terus ini kanak-kanak dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian. membolehkan kanakkanak mendapat manfaat yang sewajarnya dan bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan. sains diintegrasikan dalam kurikulum. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan adalah: • “Apakah yang saya hendak kanak-kanak pelajari?” • Fakta. merangsang kanak-kanak meneroka lebih jauh bagi meningkatkan kefahaman. • “Apa yang perlu DILAKUKAN oleh kanak-kanak?” • Perincikan aktiviti kanak-kanak bagi meneroka konsep dan peranan anda dalam membimbing kanak-kanak. • “Apakah cara yang paling baik melakukannya?” • Perincikan aktiviti yang akan dilakukan termasuklah permulaan atau pengenalan pada pengajaran. guru dapat menghasilkan pembelajaran yang menggembirakan lagi bermakna kepada kanak-kanak. dirangka bagi meningkatkan kekaguman kanak-kanak ke atas fenomena yang diperhatikan. Dengan merancang pengajaran. • Beri perhatian pada personaliti dan tabiat sosial kanak-kanak. Ada projek yang boleh dijalankan secara individu dan ada yang perlukan kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan. membantu mereka memperkembangkan kemahiran berbincang. • Soalan-soalan yang boleh dikemukakan kepada kanak-kanak bagi merangsang pemikiran dan mencetus perbincangan. • “Apakah bahan-bahan yang saya perlukan?” • Senaraikan bahan-bahan perlu bagi menjayakan aktiviti yang dirancang. • Penutup • Kesimpulan atau rumusan yang perlu kanakkanak buat. bertanya soalan-soalan jenis terbuka dan memperkenalkan konsep dan prinsip saintifik yang ingin diketengahkan kepada kanak-kanak. Rumusan Sains bagi kanak-kanak adalah mencari penjelasan bagi memahami alam sekeliling. Aktiviti adalah berpusatkan kanak-kanak dan berbentuk hands-on. membantu kanak-kanak menghargai dan gembira menggunakan deria bagi meneroka dan mendiskriminasikan serta menggalakkan mereka memperkembangkan kebolehan mencari jawapan dengan melakukan eksperimen- . Guru-guru digalakkan menggunakan peluang semasa bermain ini. Pada peringkat awal kanak-kanak. Apabila tidak pasti.Perancangan Pelajaran Inkuiri Perancangan aktiviti-aktiviti pembelajaran sains penting bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna. berkomunikasi dan merekodkan pembelajaran. pilih sesuatu yang mudah supaya tidak menimbulkan anggapan yang negatif berhubung pelajaran sains. • “Bagaimana saya menilai pengajaran dan pembelajaran yang berlaku?” Pemilihan Aktiviti Beberapa perkara yang dapat dijadikan panduan dalam memilih aktiviti bagi dijalankan bersama kanak-kanak adalah: • Galakkan aktiviti yang tidak terlalu sukar ataupun mudah dan sesuai dengan minat kanak-kanak. • Aplikasi dalam kehidupan seharian. memperkenalkan cara-cara penerokaan dan menyusun pemerhatian. • “Apakah aktiviti susulan yang dapat dilakukan?” • Soalan-soalan perbincangan. Kurikulum berasaskan inkuiri menitikberatkan penerokaan persekitaran. Pembelajaran yang bermakna memberi penekanan pada penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih berkesan.

air dan sebagainya. aktif. . Menyediakan bahan-bahan yang selamat serta mudah diakses untuk kanakkanak menjalankan eksperimen adalah suatu langkah penting ke arah penerokaan sains yang berkesan. Pendekatan inkuiri diharapkan mampu memupuk minat dan sikap yang positif dalam diri kanak-kanak dan membantu mereka dalam pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Aktiviti penyiasatan sains juga membantu kanak-kanak membina kosa kata. kesediaan membaca dan menggerakkan perkembangan literasi. sentuhan. haiwan.eksperimen yang mudah. rasa. aktiviti-aktiviti yang bercorak hands-on. Pada peringkat awal kanak-kanak. Satu cara lagi meneroka konsep-konsep sains adalah melalui buku-buku yang menggabungkan konsep-konsep sains dalam cerita seperti konsep cuaca. bau. autentik dan yang dimulakan sendiri oleh kanak-kanak adalah penting. Kanak-kanak yang sedang membesar belajar melalui penglihatan. pendengaran dan manipulasi bahanbahan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful