You are on page 1of 20

TOPIK 3

MEDIA PENGAJARAN

TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN


PENGENALAN
Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Hingga kini, media pengajaran masih menjadi salah satu domain utama dalam bidang ini. Dalam topik ini, perbincangan akan dimulakan dengan konsep media dan media pengajaran, diikuti dengan pengkelasan, fungsi, pemilihan dan penyediaan media pengajaran. Perbincangan ini diharapkan dapat memberi gambaran yang umum, tetapi jelas tentang media pengajaran yang biasanya disamakan pengertiannya dengan teknologi pengajaran.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menghuraikan konsep media dan media pengajaran; 2. merumuskan fungsi media pengajaran; 3. menghuraikan pengkelasan media pengajaran; 4. menghuraikan faktor dan cara pemilihan media pengajaran; dan 5. menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran.

OUM

29

MEDIA PENGAJARAN

TOPIK 3

PETA MINDA TOPIK


TOPIK 3: MEDIA PENGAJARAN

Konsep Media dan Media Pengajaran

Media Pengajaran

Fungsi Media Pengajaran

Kelebihan Media Pengajaran

Pengkelasan Media Pengajaran

Fungsi Media Pengajaran dalam Pengajaran

Faktor Objektif

Pemilihan Media Pengajaran

Faktor Pelajar

Penyediaan Media Pengajaran

Faktor Kadeah

Faktor Praktikal

3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN


Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Berdasarkan maksud asal media, ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Bagi Heinich et al. (2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi. Namun, media masih mempunyai pelbagai makna. Percival dan Elington (1984) membahagi media kepada dua: Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan Ini termasuklah perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya.

30

OUM

TOPIK 3

MEDIA PENGAJARAN

Pelbagai Saluran Komunikasi Massa Ini termasuklah surat khabar, radio dan televisyen.

Reiser dan Gagne (1983), pula mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Oleh yang demikian, guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa sahaja yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media. Jika diperincikan istilah di atas, gambaran sebuah media bagaikan sama seperti saluran paip. Yang menjadi fokus adalah peralatan yang membawa mesej. Konsep ini seolah-olah mengenepikan peranan mesej itu sendiri. Sedangkan, yang menggerak dan memberi kesan kepada manusia adalah mesej. Justeru, konsep ini boleh dianggap kurang lengkap. Konsep yang dikemukakan oleh Torkelson (1972) adalah amat menarik. Beliau membahagikan media kepada tiga bahagian, iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej. (Sila rujuk Rajah 3.1).

Saluran Mesej Bentuk Mesej Mesej

Rajah 3.1 : Konsep media menurut Torkelson

(a) Mesej adalah isi kandungani, iaitu apa sahaja yang terkandung dalam media itu sama ada mesej yang berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain adalah dikira sebagai mesej. (b) Bentuk Mesej pula adalah berkaitan bagaimana mesej itu disimpan. Ia terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dengan bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol, dll. (c) Saluran Mesej pula adalah peralatan fizikal sama ada yang berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar. Misalnya, televisyen, projektor filem, dll. Apakah jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar: (a) Sains mengenai rupa atom; (b) Matematik mengenai set, subset dan tindanan: (c) Perbezaan lagu-lagu klasik Timur; dan

(d) Contoh binatang-binatang terancam di Malaysia?

OUM

31

MEDIA PENGAJARAN

TOPIK 3

3.1.1

Media Pengajaran

Apakah media pengajaran? Menurut Heinich et al. (2002), jika media itu membawa mesej tentang pengajaran, maka media digelar sebagai media pengajaran. Kemp dan Smellie (1994), pula mendefinisikan media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran. Terdapat definisi media pengajaran yang kelihatan lebih kemas daripada di atas. Definisi ini berbunyi:

Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

Definisi ini jelas menunjukkan penggunaan media adalah untuk memberi kesan kepada pembelajaran. Namun, makna pembelajaran di sini adalah pembelajaran secara am, yang tidak dibataskan kepada pembelajaran di sekolah sahaja. Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk juga proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total. Pandangan ini membuka skop media pengajaran dengan luas kerana ia tidak menekankan aspek alat sahaja tetapi juga teknik dan seluruh proses pembelajaran itu. Namun, penekanan kepada aspek pendengaran dan penglihatan sahaja tidak memadai kerana manusia belajar melalui seluruh pancainderanya. Walau apapun, semua definisi di atas jelas menekankan media pengajaran sebagai satu elemen yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ia merupakan penghubung antara pelajar dan guru, antara pelajar dengan pelajar dan setiap orang yang terlibat dalam proses P&P. Penjelasan ini mungkin dapat menukarkan pandangan bahawa media pengajaran itu sama dengan alat bantu mengajar (ABM). Istilah ABM telah lama dibubarkan (sejak tahun 60an) kerana istilah ini memberi kurang perhatian kepada: pelajar; pengembangan pembelajaran; dan aspek penilaian.

Istilah ini juga tidak lagi bertepatan dengan arus pendidikan semasa yang semakin terbuka dan terdedah dengan pelbagai pilihan. Pendidikan masa ini tidak bergantung hanya kepada alat semata-mata. Pendidikan sekarang juga tidak memerlukan kehadiran guru setiap masa. Justeru konotasi membantu guru semakin kurang diterima.

32

OUM

TOPIK 3

MEDIA PENGAJARAN

Buat carta yang menunjukkan definisi media dan media pengajaran.

3.2

FUNGSI MEDIA PENGAJARAN (MP)

Berhubung dengan dunia pendidikan yang semakin demokratik, fungsi media pengajaran (MP) turut berubah dan berkembang. Bahagian ini akan memaparkan fungsi MP dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada semasa kehadiran guru mahupun tidak.

3.2.1

Kelebihan MP

Untuk memulakan perbincangan, mari kita tinjau kelebihan yang ada pada MP yang sungguh fleksibel dan dapat memenuhi kehendak P&P. (a) Memperjelaskan Penyampaian Mesej Kita selalu beranggapan, perkataan sudah memadai untuk menyatakan sesuatu mesej. Seringkali, kepercayaan itu menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah komunikasi. Justeru, adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Misalnya, untuk menyatakan besar, tunjukkan objek atau gambar yang menunjukkan saiz besar yang dimaksudkan. Dengan media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat diperjelaskan dan ini memudahkan pelajar memahami pelajaran. Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan dengan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan. (b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera: (i) (ii) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video. Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.

(iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto mahupun secara lisan. (iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah, dll. (v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

OUM

33

MEDIA PENGAJARAN

TOPIK 3

(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing. (d) Pengalaman dan Persepsi yang Sama Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.

Latihan 3.1
Dengan rigkas, nyatakan kelebihan menggunakan media dalam pengajaran

3.2.2 Fungsi MP dalam Pengajaran


Dengan kelebihan yang ada pada media ini, ia mampu berfungsi dalam pelbagai cara, bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan pengajaran masa ini. Berikut dihuraikan bagaimana media berfungsi dalam pelbagai bentuk pengajaran. (a) Pengajaran Bersama Pengajar Ini adalah penggunaan media yang paling biasa di mana ia membantu pengajar melaksanakan pengajarannya secara langsung (live). Keberkesanan media dalam konteks ini bergantung kepada bagaimana pengajar itu menggunakan media tersebut, tidak kira sama ada media itu dipilih daripada sesuatu koleksi atau disediakan oleh beliau sendiri. (b) Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama ada kerana pengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar tanpa panduan. Pelajar dibimbing oleh pereka media tersebut (seperti mana penulis membimbing anda mempelajari modul ini) dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai pengajaran kendiri. Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan sempurna, iaitu menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan menilai pencapaian sendiri. Pengajaran seperti ini tidak berhasrat untuk menggantikan tugas guru. Sebaliknya, dengan cara ini guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata.

34

OUM

TOPIK 3

MEDIA PENGAJARAN

Apakah masalah yang mungkin timbul akibat penggunaan media dalam bentuk (a) pengajaran bersama pengajar; dan (b) pengajaran tanpa pengajar?

(c) Folio Bermedia Folio adalah koleksi kerja pelajar yang menunjukkan perkembangan sesuatu peristiwa dan proses dalam satu tempoh waktu. Folio biasanya merangkumi artifaks seperti buku bergambar, persembahan video atau audio yang dibuat sendiri oleh pelajar. Penghasilan folio membina kebolehan pelajar untuk memahami, merumus dan membentang hasil fikiran mereka. Pembelajaran seperti ini dikenali juga sebagai pembelajaran dengan media (learning with media) yang didapati berupaya memupuk pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Ini adalah kerana pelajar sendiri berfungsi sebagai pereka media. Untuk itu, mereka perlu menganalisis, mendapatkan dan mentafsir maklumat, menyusun maklumat yang ada, dan menyampaikan maklumat itu kepada orang lain. Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang menitikberatkan soal ketepatan, bertanggungjawab terhadap maklumat yang dikemukakan, berupaya untuk akses pelbagai sumber maklumat dan mempunyai komitmen yang sangat tinggi terhadap tugas. (d) Pengajaran Tematik (Thematic) Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau ditentukan oleh guru. Ia bermula dengan perkongsian pengalaman yang diperolehi mungkin daripada tayangan video, lawatan ke muzium atau mendengar ceramah. Kemudian, diikuti dengan perkongsian kepakaran di mana pelajar secara bekerjasama mengumpulkan data dan maklumat, menganalisis data tersebut dan akhirnya menggariskan kesimpulan. Suatu laporan dikeluarkan dan dibentangkan untuk dikongsi oleh semua murid di dalam kelas. Tema yang biasa dilaksanakan adalah seperti sejarah sukan Olimpik, sejarah tempatan, industri tempatan dan sebagainya. (e) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Pendidikan jarak jauh (PJJ) bukan suatu yang asing lagi bagi pelajar di Malaysia. Ia kini berkembang luas dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang belajar pelbagai bidang ilmu kepada semua orang. Media yang digunakan merangkumi media cetak dan elektronik. Telekonferensi membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang secara maya. Ruangan berbual, papan buletin dan listserv turut menyokong komunikasi pembelajaran jenis ini. (f) Pendidikan bagi Pelajar Istimewa Media memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang kurang upaya. Pelajar pekak misalnya memerlukan bahan pembelajaran yang berbeza daripada pelajar normal. Teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka yang kurang berupaya/kecacatan.

OUM

35

MEDIA PENGAJARAN

TOPIK 3

Bagi pelajar pintar, yang juga terangkum dalam kumpulan pelajar istimewa, mereka disediakan dengan bahan-bahan tambahan yang membolehkan mereka memupuk kepintaran yang ada seperti menerokai sesuatu tajuk dan mempersembahkan dapatan kepada kelas. Untuk menguji kefahaman anda, sila selesaikan latihan berikut.

Latihan 3.2
Lengkapkan jadual yang menunjukkan perbezaan antara konsep teknologi pengajaran dengan media pengajaran.
Teknologi Pengajaran Media Pengajaran

3.3 PENGKELASAN MEDIA PENGAJARAN


Terdapat pelbagai klasifikasi media yang diasaskan kepada sesuatu teori tertentu. Namun, untuk tujuan perbincangan di sini, hanya sebahagian kecil sahaja yang akan disentuh. Klasifikasi media yang pertama dihasilkan oleh Hoban dan Zissman (1937). Ia berasaskan kepada kepercayaan bahawa nilai sesuatu bahan pandang dengar (istilah yang digunakan pada masa itu) terletak pada tahap realismenya. Semakin realistik sesuatu bahan, semakin tinggilah nilainya kepada pembelajaran. Dalam membangunkan konsep ini, para penyelidik tersebut menyusun pelbagai kaedah pengajaran dalam hierarki realismenya bermula daripada konkrit (situasi sebenar) kepada abstrak (perkataan). Rajah 3.2 menunjukkan kedudukan media berbanding pengalaman yang diberikan.
Media Perkataan Gambar Rajah Peta Gambar/Lukisan Filem/Video Model 3D Objek/Realia Ujikaji/Demonstrasi Komputer (Simulasi) Situasi sebenar Pengalaman

Abstrak

Konkrit

Rajah 3.2: Model Hoban dan Zissman 36

OUM

TOPIK 3

MEDIA PENGAJARAN

Edgar Dale (1946), mengambil pendekatan yang sama dengan Hoban dalam membina Kon Pengalaman Dale (sila lihat Rajah 3.3). Dalam kon ini, pengalaman konkrit dimulakan dengan pelajar sendiri melibatkan diri dalam suatu pengalaman yang sebenar. Pengalaman konkrit ini semakin berkurangan apabila peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar berkurangan. Peristiwa sebenar dalam bentuk salinan seperti rakaman video. Akhirnya, pengalaman abstrak dialami apabila pelajar mentafsir simbol visual dan lisan yang mewakili peristiwa tersebut. Menurut Dale, pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak asalkan mereka telah mempunyai banyak maklumat konkrit yang boleh digunakan bagi mentafsir konsep yang abstrak tersebut. Kon ini dianggap satu model yang praktikal bagi menganalisis ciri-ciri media pengajaran dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan.
Abstrak

Simbol/ verbal Simbol visual Rakaman audio/video gambar kaku Gambar Bergerak

Persimbolan

Pemerhatian Bahan Pameran Lawatan Tunjuk cara Pengalaman melalui lakonan atau drama Pengalaman tiruan Pengalaman sebenar Penglibatan

Konkrit

Rajah 3.3: Kon pengalaman Dale

Berdasarkan kon yang sama, Brunner (1966), membahagikannya kepada 3 pengalaman, iaitu pengalaman enaktif, pengalaman ikonik dan pengalaman simbolik atau digital (lihat Rajah 3.4). Beliau mencadangkan penyampaian pelajaran bermula daripada pengalaman enaktif (pengalaman secara langsung atau sebenar) ke pengalaman ikonik (melalui visual) dan seterusnya kepada pengalaman simbolik atau digital (melalui perkataan). Kebijaksanaan guru menyusun bahan-bahan pengajaran akan menentukan kejayaan atau penguasaan pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Prinsip penyusunan ini sama dengan yang disarankan oleh Dale.

OUM

37

MEDIA PENGAJARAN

TOPIK 3

Simbol/ verbal Simbol visual Rakaman audio/video gambar kaku Gambar Bergerak

Abstrak

Ikonik Bahan Pameran Lawatan Tunjuk cara Pengalaman melalui lakonan atau drama Pengalaman tiruan Pengalaman sebenar Enaktif

Rajah 3.4: Kon pengalaman Dale menurut tafsiran Brunner

Jika dibandingkan dengan Hoban et al. dan Dale, klasifikasi media yang dilakukan oleh Gagne dan Briggs agak berbeza. Mereka mengumpulkan media dalam enam kategori berdasarkan rangsangan fizikal yang dihasilkan oleh setiap media. Enam kategori tersebut ialah: perkataan yang diucapkan; bunyi selain daripada perkataan yang diucapkan; perkataan bercetak; gambar pegun; gambar bergerak; dan sampel sebenar.

Daripada sifat fizikal ini, ia dikaitkan dengan peralatan yang memiliki ciri-ciri ini. Misalnya, gambar pegun boleh disampaikan melalui slaid, filem, video, CD dan sebagainya. Bagi Gagne dan Briggs (1974), mengenali ciri ini adalah lebih penting dalam membuat pemilihan media, daripada terus kepada menentukan peralatan dan bahan. Misalnya, jika pembelajaran itu memerlukan pelajar mengenal pasti ciri-ciri serangga, maka ciri fizikal media yang terbabit adalah gambar pegun, perkataan yang diucapkan, bunyi dan mungkin juga sampel sebenar. Terdapat pelbagai perkakasan yang memiliki ciri-ciri gambar pegun, perkataan yang diucapkan dan bunyi seperti video, slaid berpita, televisyen, CD-ROM dan sebagainya. Mana-mana satu daripadanya dapat melaksanakan objektif yang sama. Oleh itu, keputusan perlu diambil untuk memilih satu atau lebih media ini menurut kemampuan masing-masing. Andainya kos menjadi batasan, slaid berpita mungkin menjadi pilihan terbaik. Terdapat satu pengkelasan yang juga berdasarkan ciri-ciri fizikal media. Pengkelasan ini membahagikan media kepada 8 jenis, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.
38

OUM

TOPIK 3

MEDIA PENGAJARAN

Jadual 3.1: Pengkelasan Media Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Jenis Media Media Tayang Kaku Media Tayang Bergerak Bahan Grafik Gambar Kaku Bahan Pameran Tiga-Dimensi Papan Pameran Media Audio Media Cetak Contoh transparensi, slaid dan mikrofilem pita video, cakera padat digital dan filem lukisan, poster, kartun, carta dan graf gambar foto, kad imbasan dan poskad model, boneka, diorama dan pupet papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin pita kaset, cakera padat dan komputer modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah

Latihan 3.3
Nyatakan secara ringkas jenis-jenis media pengajaran mengikut pengkelasan.

3.4

PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP)

Seperti yang telah dibincangkan dalam Topik 2, pemilihan media merupakan satu perkara yang amat penting dalam memastikan pembelajaran berkesan. Dalam topik ini, pemilihan media akan berfokuskan kepada pemilihan format atau bentuk media. Ini bermakna, pendekatan yang akan diambil oleh anda adalah untuk menghasilkan sendiri media pengajaran. Biasanya kita menganggap pelajar yang tidak belajar itu malas atau bodoh, tetapi sebenarnya mereka tidak dapat belajar kerana media yang digunakan tidak sesuai dengan kandungan pelajaran serta gaya pembelajaran mereka. Misalnya, istilah yang abstrak seperti ion dan molekul sukar dibayangkan, jika hanya diucapkan secara lisan. Akan tetapi, untuk terus berada di bilik darjah, pelajar terpaksa menghafal dan menelan apa yang diberikan tanpa mengambil kira sama ada mereka benar-benar memahami konsep ini. Mereka mungkin berjaya dalam ujian, tetapi gagal dalam pengertian. Oleh kerana itu, pemilihan MP diumpamakan sebagai memilih kasut. Kasut yang muat di kaki sedap dipakai. Kasut yang terbesar atau terkecil, walaupun cantik dan murah tidak dibeli kerana ia tidak selesa dan tidak mudah diubahsuai. Pendek kata, kita hanya membeli kasut yang benar-benar padan dengan kaki kita. Menyentuh soal padan, dalam konteks pengajaran, ia bermakna media pengajaran yang digunakan itu mestilah bertepatan dengan kehendak objektif pengajaran. Prinsip pemilihan MP menyatakan: Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan.

OUM

39

MEDIA PENGAJARAN

TOPIK 3

Ini bermaksud, kita perlu mengenal pasti objektif sebelum memulakan proses pemilihan seperti mana yang telah dibincangkan dalam model ASSURE. Seperkara lagi, pemilihan juga perlu mengambil kira keseimbangan antara soal kepentingan media itu dan keberkesanan kos. Rajah 3.5 mengilustrasikan aspek ini.

Kepentingan

Keberkesanan Kos

Rajah 3.5: Prinsip pemilihan media

Selain daripada faktor utama yang disebutkan di atas, terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi pemilihan media. Berikut disertakan carta (sila lihat Rajah 3.6) yang menunjukkan faktor yang terlibat dalam pemilihan media.
Isi pelajaran dan tahap pencapaian yang dikehendaki

Objektif pembelajaran

Populasi sasaran

Pemilihan

Perwatakan pelajar

Kekangan dalam pelaksanaan

Penggunaan media

Sikap dan kemahiran guru

Pengajaran, ruang dan kemudahan

Penggunaan

Rajah 3.6: Faktor yang mempengaruhi pemilihan dan penggunaan media pengajaran

40

OUM

TOPIK 3

MEDIA PENGAJARAN

Berdasarkan carta di atas, faktor asas dalam pemilihan media ialah isi pelajaran, objektif, kaedah dan pelajar. Faktor yang lain merupakan faktor sampingan yang boleh digolongkan di bawah satu label, iaitu praktikal. Dalam modul ini perincian akan diberikan kepada faktor asas, iaitu: objektif; pelajar; kaedah; dan praktikal.

3.4.1

Faktor Objektif

Terdapat beberapa panduan untuk memilih media berasaskan objektif. (a) Kajian telah menunjukkan terdapat hubungan antara MP dengan objektif pembelajaran. Sebahagiannya dapat dilihat daripada Jadual 3.2.
Jadual 3.2: Hubungan antara Media Pengajaran dengan Objektif Pembelajaran Objektif Pembelajaran Belajar Maklumat Faktual Sederhana Sederhana Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Belajar Belajar Mengenal Prinsip dan Pasti Visual Konsep Tinggi Tinggi Sederhana Tinggi Rendah Sederhana Sederhana Rendah Rendah Sederhana Tinggi Tinggi Rendah Rendah Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Belajar Menjalankan Membentuk Peraturan Kemahiran Sikap Motor Sederhana Tinggi Sederhana Rendah Sederhana Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana Rendah Sederhana Rendah Rendah Rendah Rendah Rendah Sederhana Rendah Rendah Sederhana Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana

Jenis-jenis Media Pengajaran Gambar Pegun Filem bergerak Televisyen Objek 3-D Rakaman video Penerangan Demonstrasi Bahan cetak Pengajaran lisan

Untuk mengetahui secara lanjut tentang taksonomi ini, anda perlu membaca buku The Conditions of Learning oleh Gagne.

OUM

41

MEDIA PENGAJARAN

TOPIK 3

Bagi menunjukan perkaitan antara MP dan objektif, lihat Rajah 3.7 berikut.
Kemahiran motor Kemahiran mental Kemahiran lisan

Sikap

Media Pengajaran Alatan mudah alih Perkakasan latihan

Media Pengajaran Carta Filem OHP Slaid/pita Kit latihan video

Media Pengajaran Carta Filem jalur Filem OHP Alatan mudah alih Slaid/pita Kit latihan video

Media Pengajaran Filem Slaid/pita Video

Rajah 3.7: Padanan antara media pengajaran dengan objektif

(b) Kon Pengalaman Dale juga boleh digunakan untuk membuat pemilihan media berasaskan objektif. Satu peraturan umum ditetapkan untuk pemilihan cara ini, iaitu: Go as low on the scale as you need to, in order to ensure learning for your group, but go as high as you can for most efficient learning. Apakah pengertian pernyataan ini? Jika kita ingin memastikan pembelajaran terjadi dengan sempurna, media yang patut dipilih adalah daripada kumpulan di tapak kon. Pendekatan ini dikatakan sebagai Slow but sure. Ia sesuai bagi mencapai objektif yang kandungannya amat sedikit diketahui atau dialami oleh pelajar. Ertinya, pelajar asing dengan persoalan objektif tersebut. Misalnya, bagi guru pelatih yang tidak ada pengalaman mengajar, objektifnya ialah supaya mereka dapat menghayati peranan guru, maka latihan mengajar adalah kaedah dan media yang paling sesuai untuk mereka. Melalui latihan ini, guru berdepan dengan suasana pengajaran yang sebenar. Akan tetapi, cara ini mahal dan prosesnya agak lama. Pendekatan yang kedua dikatakan sebagai Fast but risky. Ertinya, pembelajaran yang dirancang memanglah lebih cepat dan murah tetapi ada risikonya kerana penggunaan simbol verbal dan visual mungkin akan mengelirukan pelajar yang tidak mahir mentafsir simbol-simbol tersebut. Pendekatan ini sesuai diambil jika pengetahuan asas atau sedia ada telah dikuasai secara konkrit oleh pelajar. (c) Sifat fizikal media terdiri daripada enam ciri fizikal, iaitu: visual; perkataan bercetak; bunyi dan suara; pergerakan;

42

OUM

TOPIK 3

MEDIA PENGAJARAN

warna; dan bahan sebenar

Katakan objektif anda ialah, Pelajar dapat menyenaraikan tiga sumber elektrik. Apakah ciri media yang sesuai? Daripada ciri ini, guru dapat menentukan penyalur yang sesuai lagi mampu diadakan.

3.4.2

Faktor Pelajar

Mengetahui ciri-ciri pelajar merupakan satu lagi aspek utama dalam pemilihan MP. Dengan mengetahui siapa pelajar kita, kita dapat pastikan media yang terbaik bagi mereka, memandangkan keberkesanan media berbeza-beza menurut ciri pelajar. Model ASSURE menunjukkan bahawa terdapat tiga aspek utama dalam analisis ini, iaitu ciriciri umum, keperluan khusus dan stail pembelajaran. (a) Daripada sudut ciri-ciri umum, khususnya umur, penyelidik mendapati pelajar dewasa lebih berupaya mengendalikan pelbagai jenis pembelajaran. Mereka memerlukan panduan yang kurang berbanding pelajar yang muda. Untuk mencapai objektif kognitif, media abstrak adalah lebih sesuai untuk pelajar dewasa berbanding pelajar muda. Bagi sikap pula, media konkrit adalah penting bagi keduadua peringkat umur. Wager mencadangkan kanak-kanak didedahkan kepada ucapan daripada seseorang yang mereka pandang tinggi kerana sikap terbentuk apabila mendengar kenyataan daripada orang yang disegani. (b) Bagi keperluan khusus, visual didapati membantu pelajar yang kurang cekap membaca. Bagaimanapun, gambar foto membantu golongan yang cekap dan kurang cekap membaca. Pelajar yang kurang cekap membaca juga didapati lebih menggemari arahan yang berbentuk rakaman audio. (c) Stail pembelajaran turut menyebabkan cara seseorang belajar berbeza dan ini sekali gus memerlukan sesuatu yang sesuai dengannya. Pelajar kinestatik didapati belajar dengan lebih berkesan melalui kit pembelajaran yang terdiri daripada model dan latihan yang bersifat fizikal. Ini berlainan pula dengan pelajar audio yang lebih suka mendengar dan bercakap. Pelajar visual pula lebih suka melukis dan melakar buah fikiran mereka. Jadual 3.3 menunjukkan hubungan antara stail belajar dengan cara belajar yang sesuai.

Ini bermakna, guru harus berusaha meneliti stail yang ada di kalangan pelajar mereka. Ia tidak bertujuan untuk menonjolkan mana-mana stail, kerana setiap stail tidak lebih atau kurang daripada yang lain. Apa yang penting, stail ini disesuaikan dengan pendekatan pengajaran. Justeru, dalam pengajaran digalakkan menggunakan pendekatan yang pelbagai untuk memenuhi keperluan yang pelbagai juga. Ini bermakna, guru harus berusaha meneliti stail yang ada di kalangan pelajar mereka. Ia tidak bertujuan untuk menonjolkan mana-mana stail kerana setiap stail tidak lebih atau kurang daripada yang lain. Apa yang penting, stail ini disesuaikan dengan pendekatan pengajaran. Justeru itu, dalam pengajaran digalakkan menggunakan pendekatan yang dipelbagaikan untuk memenuhi keperluan yang pelbagai juga.

OUM

43

MEDIA PENGAJARAN

TOPIK 3

Jadual 3.3: Stail Pembelajaran Cara Mengenalpasti dan Tip Pembelajaran Cara Mengenalpasti Pelajar visual biasanya: Perlu melihat apa yang sedang dipelajari untuk memahaminya. Sangat peka terhadap warna. Berbakat seni (keupayaan artistik). Menghadapi masalah dengan arahan lisan. Berkemungkinan bertindak balas secara berlebihan terhadap bunyi. Menghadapi masalah menyukai syarahan. Kerap salah tafsir makna perkataan. Tip Pembelajaran Pelajar visual patut: Guna grafik untuk membuat pengukuhan; filem, slaid, ilustrasi, gambar rajah dan contengan. Gunakan kod warna untuk menyusun nota dan bahan-bahan persendirian. Minta arahan bertulis. Guna carta alir dan rajah untuk mencatat nota. Gambarkan perkataan atau fakta yang ingin dihafal. Pelajar auditori patut: Guna alat perakam untuk membaca dan mengikuti kelas dan syarahan. Belajar dengan membuat temu bual atau aktif dalam perbincangan. Soalan peperiksaan dan arahan dibaca secara lisan atau guna perakam.

Pelajar auditori biasanya: Lebih gemar mendapatkan maklumat dengan cara mendengar. Perlu dengar untuk memahami. Menghadapi masalah mengikuti arahan bertulis. Kesusahan dalam membaca. Bermasalah dalam menulis. Tidak berupaya membaca bahasa gerak badan dan mimik muka. Pelajar kinestatik biasanya: Lebih suka hands-on (membuat aktiviti). Boleh mencantum bahagian-bahagian alatan tanpa membaca panduan. Susah duduk diam. Belajar dengan lebih baik jika ada penglibatan pergerakan fizikal. Mungkin ada koordinasi badan yang baik dan kemahiran atletik.

Pelajar kinestatik patut: Menggunakan cara pembelajaran experiential (buat model, jalankan kerja makmal dan lakonan). Rehat dengan kerap semasa pembelajaran. Tekap huruf dan perkataan semasa belajar ejaan dan menghafal fakta. Guna komputer untuk pengukuhan jenis sensori. Menghafal atau melatih dengan berjalan dan membuat jasmani. Kebolehan diluahkan melalui tarian, drama atau gimnastik.

Sumber: Middlesex Community College, Adaptasi daripada Tutor Trainers Manual, Tyler Junior College, Tyler, TX.

Apakah stail pembelajaran anda? Adakah cara anda belajar sama seperti yang disenaraikan? Jika tidak, cuba berlatih dan lihat kesannya.

44

OUM

TOPIK 3

MEDIA PENGAJARAN

3.4.3

Faktor Kaedah

Elton (1977), telah membahagikan kesemua pengajaran dan pembelajaran kepada tiga kumpulan yang besar, iaitu: Pengajaran Beramai-ramai. Pengajaran Kendiri. Pembelajaran Berkumpulan.

Berdasarkan tiga kumpulan ini, beliau menggariskan kaedah dan media yang sesuai digunakan. Jadual 3.4 menunjukkan pekara ini.
Jadual 3.4: Tiga Kelas Kaedah Pengajaran Kaedah Pengajaran Pengajaran Beramai-ramai Contoh Kuliah konvensional, pelajaran ekspositori, siaran TV dan radio, kabel TV dan filem. Pembelajaran jarak jauh, pembelajaran berbantukan komputer, mediated selfinstruction. Tutorial, seminar, latihan berkumpulan, projek, permainan dan simulasi, selfhelp groups. Peranan Guru Penyampai tradisional, pengawal proses pengajaran. Penerbit dan pengurus sumber pembelajaran, tutor dan fasilitator. Pengurus dan fasilitator.

Pengajaran Kendiri

Pembelajaran Berkumpulan

Jika jadual di atas diperhatikan dengan teliti, pasti anda dapat melihat perbezaan media yang digunakan untuk setiap kumpulan.

3.4.4

Faktor Praktikal

Faktor praktikal berkaitan dengan isu dan sama ada pilihan ini dapat dilaksanakan. Terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab, iaitu: Adakah MP mudah diperoleh? Jika mudah diperoleh, adakah mudah digunakan? Jika tidak mudah diperoleh, berapa kos dan masa yang diperlukan? Adakah pihak pentadbir meluluskannya?

Persoalan sama ada MP mudah atau murah adalah persoalan yang relatif. Jawapan kepada persoalan ini sangat bergantung kepada individu berkenaan. Daripada konteks realiti, setiap individu mesti sanggup menghadapi kesusahan dan berikhtiar mengatasinya. Semangat ini harus ada di jiwa setiap guru. Andainya susah sedikit sudah mengalah, maka sukarlah untuk kita membangunkan pelajar yang cemerlang dan berdaya saing.

OUM

45

MEDIA PENGAJARAN

TOPIK 3

3.5 PENYEDIAAN MEDIA PENGAJARAN


Kunci kualiti sesuatu MP terletak pada perancangan yang rapi. Jika diteliti, proses penyediaan media hampir sama bagi semua jenis media. Yang membezakan adalah kemahiran teknikal yang diperlukan bagi sesuatu media tertentu. Justeru, disenaraikan langkah dalam proses penyediaan atau penerbitan media. (a) Cetuskan idea. Idea tercetus daripada pengalaman, pembacaan, pemerhatian dan sebagainya. Yang penting, fikiran diajukan kepada usaha membantu pelajar dan mengatasi masalah pembelajaran mereka. (b) Nyatakan objektif. Tuliskan dengan jelas apakah yang kita inginkan pelajar kita dapat lakukan di akhir pengajaran nanti. (c) Analisis pelajar dari segi: latar belakang; pengetahuan sedia ada; kadar pembelajaran; kemahiran asas; kebolehan bertutur; sikap; dan gaya belajar.

Analisis pelajar akan mempengaruhi: perkembangan pengajaran; kepantasan pengajaran; paras perbendaharaan kata; dan cara dan tahap penglibatan pelajar.

(d) Kumpul dan susun bahan kenal pasti sumber dengan menjalankan kajian sama ada menerusi pembacaan atau pergi terus ke lokasi berkenaan; buat sorotan menyeluruh tentang kandungan; susun isi-isi utama; dan buat satu sinopsis ringkas.

(e) Tukarkan idea ke dalam bentuk visual. Perkara ini akan dibincangkan dengan mendalam dalam Topik 4. (f) Rancangkan penglibatan pelajar . Penglibatan yang aktif akan meningkatkan keberkesanan pengajaran. Pelbagai cara boleh dilakukan seperti: memberikan soalan yang memerlukan jawapan segera, secara lisan atau bertulis; membuat kesimpulan atau menyatakan pandangan; dan membuat pemilihan, penilaian atau perkara yang berkaitan dengan membuat keputusan.

46

OUM

TOPIK 3

MEDIA PENGAJARAN

(g) Semak perancangan anda. Dalam semakan ini, beberapa soalan perlu diajukan, iaitu: Adakah ia membantu pencapaian objektif? Wujudkah kesinambungan, misalnya antara satu keping slaid atau transparensi dengan yang lain? Adakah ia membawa pertambahan pengetahuan di kalangan pelajar? Adakah ia berfokus kepada idea utama? Adakah idea itu jelas? Adakah semua perkara yang tidak penting telah diketepikan? Adakah ia dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan? Adakah tajuk jelas dan cukup pendek untuk dibaca semasa persembahan? Adakah aktiviti yang disediakan mencukupi?

(h) Penerbitan Setelah anda berpuas hati dengan perancangan yang dibuat, maka penerbitan merupakan langkah yang seterusnya. Dalam konteks ini, aspek teknikal penting dikuasai. Oleh kerana limitasi ruang, modul ini tidak mampu untuk menunjukkan secara terperinci penghasilan setiap jenis media. Namun, dalam Topik 4 akan dibentangkan prinsip reka bentuk visual yang merupakan asas dalam penerbitan kebanyakan media pengajaran. Lakarkan carta aliran penyediaan media pengajaran.

Sila cuba latihan berikut bagi menguji kefahaman anda.

Latihan 3.4
Jelaskan panduan untuk memilih media berasaskan objektif.

RUMUSAN
Media Pengajaran yang baik akan membantu agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Seorang pengajar seharusnya peka kepada faktor objektif, faktor pelajar, faktor kaedah dan faktor praktikal semasa membuat dan menyediakan media pengajaran. Penyediaan media pengajaran haruslah melalui langkah-langkah seperti: pencetusan idea; menyatakan objektif; analisis pelajar; mengumpul dan menyusun bahan;
47

OUM

MEDIA PENGAJARAN

TOPIK 3

tukar idea ke bentuk visual; rancang penglibatan pelajar; semak perancangan; dan penerbitan.

Selepas penggunaan media pengajaran, haruslah dianalisis semula media tersebut, sama ada ia berkesan atau tidak. Sekiranya masih kurang berkesan, maka perlulah disediakan semula media pengajaran tersebut. Aspek penilaian telah pun diterangkan dalam Bab 3.

GLOSARI
Media/Medium Istilah ini bermaksud saluran komunikasi, merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Reiser dan Gagne (1983), mendefinisikannya sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Kemp dan Smellie ((1994), mendefinisikan media pengajaran sebagai audio visual dan bahan bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran.

Media Pengajaran

UJIAN 1
Media digunakan untuk membantu proses komunikasi. Jelaskan.

UJIAN 2
Apakah masalah yang mungkin timbul akhibat penggunaan media dalam bentuk: (a) pengajaran bersama pengajar (b) pengajaran tanpa pengajar

48

OUM

You might also like