(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

)

TAJUK 2 SINOPSIS

JENIS PROSA TRADISIONAL

Bahagian ini mengandungi kosep, ciri, jenis dan gaya bahasa Prosa Tradisional khususnya lipur lara. Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 2.1 2.2 2.3 Konsep Ciri-ciri Gaya Bahasa

HASIL PEMBELAJARAN
i. ii. Membuat rumusan tentang konsep cerita lipur lara. Menghuraikan aspek-aspek ciri-ciri, jenis-jenis dan gaya bahasa cerita lipur lara.

1

(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )

2.0 Cerita Lipur Lara 2.1 Konsep Cerita lipur lara merupakan cerita yang paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu lama, dikenali juga sebagai roman rakyat (folk romances) atau fairy-tales, folktales atau merchen. Cerita ini biasanya mengisahkan rajaraja dan putera-puteri raja. Wataknya cantik, gagah serta kuat dan biasanya mengandungi unsur pengembaraan dan bersifat penghibur hati ( Mohd Taib Osman, 1974). Menurut Ismail Hamid (1987), ‘Lipur’ bermaksud ‘hibur’ dan ‘lara’ bermaksud ‘duka’ atau ‘kesedihan hati’. ‘Penglipur Lara’ bermaksud ‘penghibur hati yang duka’ atau penghibur hati yang sedih. Cerita lipur lara disampaikan secara lisan melibatkan gaya

penyampaian, lagu dan alat-alat muzik mudah. Pencerita atau penyampai dikenali sebagai Tok Selampit, Awang Batil atau Awang Belangga. Gelaran ini bersempena nama-nama alat muzik yang digunakan semasa mempersembahkan cerita. Antara cerita-cerita lipur Lara yang popular ialah Hikayat Malam Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Raja Budiman, Hikayat Raja Donan, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Seri Rama, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Muda, Hikayat Raja Ambong, Cerita-cerita Gembang, Awang Gembang, Raja Dewa dan Selampit, Raja Mahadong Bongsu, Awang Lutong dan Hikayat Terung Pipit.

2

(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )

2.2 Ciri-ciri 1. Diwarisi dan menjadi pusaka yang tinggi nilainya sejak zaman-berzaman. 2. Bertemakan percintaan wira dengan wirawati. 3. Ceritanya berpusatkan puetra atau puteri raja 4. Ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, awal, tengah dan akhir 5. Kaya dengan unsur-unsur alam super natural dan kuasa sakti 6. Berlakunya pengembaraan yang bertolak dari mimpi atau niat. 7. Terdapatnya watak manusia dan bukan manusia (jin) 8. Kemenangan sentiasa dipihak putera atau puteri raja 9. Menjadi milik bersama kerana nama penulis atau pengarang tidak dinyatakan. 10. Banyak menggunakan bahasa istana 11. Mengandungi unsur mitos dan legenda. 12. Banyak menggunakan penanda wacana pada awal ayat. Contohnya maka, sebermula, al-kisah, arakian dan sebagainya. 13. Mengisahkan tentang pengembaraan anak-anak raja yang penuh dengan kehebatan dan keperkasaan 14. Kebiasaannya cerita akan berakhir dengan kegembiraan dan kemenangan kepada wira atau wirawati. 2.4 Gaya Bahasa Cerita penglipur lara disampaikan secara lisan, oleh itu unsur-unsur irama seperti rentak, tekanan dan turun naik nada suara adalah penting. Antara gaya bahasa yang sering digunakan ialah:

3

(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )

1. Penggunaan Puisi Puisi kerap digunakan dalam cerita-cerita lipur lara, antaranya ialah : a. Rangkap ulang (runs) Rangkap-rangkap yang teratur dan menarik, diucapkan secara berulangulang pada bahagian-bahagian tertentu. Berfungsi sebagai sebagai penegasan dan pewarnaan peristiwa-peristiwa atau keadaan. Kebiasaannya digunakan untuk lain. Dalam Hiakayat Raja Donan, digambarkan sambutan rakyat terhadap perayaan diraja sempena perkahwinan wira dan wirawati. Yang capik datang bertongkat Yang buta meraba-raba Yang tua leka bertanya Yang kecil terambil lintang Yang jarak bertolak-tolakan Yang pendek tinjau-meninjau Yang kurap mengekor angin (Hikayat Raja Donan) b. Pantun Contoh pantun yang digunakan dalam cerita Poteri Bongsu berpantun meratapi dirinya ketika tidak dipedulikan oleh suaminya, Malim Deman. Ada kain songket permata Tenun Puteri Galoh Kencana Ada lain buangkan beta Kerana beta dagang yang hina 4 menggambarkan kecantikan seseorang anak raja, kehebatan, mengisahkan perjalanan, perayaan diraja dan kejadian-kejadian luar biasa yang

untuk menggambarkan kecantikan puteri-puteri raja biasanya dikatakan pipi pauh dilayang. syahadan dan sebagainya. bertitah. Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit sesuai dengan pengucapannya secara lisan. Misalnya. rambut mayang mengurai. dan biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita berkenaan dituturkan. arakian. Contohnya gering. 5. 3. Penggunaan bahasa istana terutama apabila penceritaan tentang rajaraja. Penggunaan Kata pangkal ayat. beta. Contohnya maka.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) 2. bibir delima merkah. 4. Sebagai contoh bangat. 6. Terdapat juga unsur pengulangan kata yang banyak dan ketara. mangkat dan sebagainya. Aktiviti 1: Sila buat nota ringkas tentang konsep penglipur lara dan ciricirinya dalam bentuk lembaran grafik. kuku bagai kikir taji dan sebagainya. Bahasa perbandingan Kebiasaannya digunakan untuk menerangkan sifat-sifat istimewa wira dan wirawati. terkosel-kosel dan sebagainya.diamat-amati. alkisah. biasanya digunakan sebagai penanda wacana penceritaan. mereka dibandingkan secara langsung dengan objek-objek alam. Penggunaan bahasa pertuturan seharian dalam cerita-cerita prosa tradisional. 5 .

Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang gaya bahasa yang terdapat dalam cerita-cerita lipur lara.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) Aktiviti 2 1. 6 .

3 Jenis-jenis 4.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) TAJUK 4 Jenis Prosa Tradisional SINOPSIS Bahagian ini mengandungi kosep. Secara umumnya. Menghuraikan aspek-aspek ciri-ciri.1 Konsep 4. jenis-jenis dan gaya bahasa cerita mitos dan legenda. jenis dan gaya bahasa Prosa Tradisional khususnya mitos dan legenda. ciri. topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 4.2 Ciri-ciri 4. ii. Membuat rumusan tentang konsep cerita mitos dan legenda.4 Gaya Bahasa HASIL PEMBELAJARAN i. 7 .

bentuk khas binatang. tetapi sungguh bererti dan sangat penting kepada masyarakat khalayaknya. Mitos juga mengandungi cerita asal bermulanya kehidupan dan kematian. kisah perang dan 4.1.1 MITOS 4. Tokohnya terdiri daripada golongan para dewa atau makhluk setengah dewa. gejala alam. Hooykaas dalam bukunya Penyedar Sastera menyatakan cerita ini bersifat keagamaan dan mengandungi unsurunsur ajaib iaitu merupakan kepercayaan asal usul sesuatu bangsa atau keturunan. mitos ialah prosa rakyat yang dianggap oleh kolektifnya sebagai benar-benar terjadi dan suci (keramat). 2.1.1 Konsep Menurut Taib Osman. hubungan kekerabatan mereka. Bascom. kejadian dan perkara yang berkaitan dengannya dipercayai benar-benar terjadi oleh masyarakat pendukungnya. Peristiwa yang berlaku pula terjadi di alam yang bukan kita kenali sekarang walaupun kisah yang berlaku adalah asal terjadinya alam semesta. Sementara C. Cerita. 3. dunia atau manusia pertama.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) 4. percintaan sebagainya. mereka. cerita mitos biasanya menceritakan tentang kisah dewa-dewa dan tuhan. Menurut William R. Dari segi strukturnya. Peristiwa yang berlaku walaupun aneh dan kadang-kadang aneh dan sukar dimengertikan. bentuk topografi. kisah petualang para dewa. mitos biasanya merupakan cerita yang sederhana yang terdiri daripada beberapa motif dan plotnya mudah. 8 .2 Ciri-ciri Ciri-ciri cerita mitos ialah: 1.

2. Tokoh-tokoh yang terdapat dalam cerita mitos biasanya berkaitan dengan makhluk penting dalam pengertian budaya dan masyarakat khalayak termasuk tuhan-tuhan. kepercayaan dan penerimaan masyarakat khalayaknya.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) 4.1. tuhan meurunkan malaikat membantu Nabi Muhammad saw bagi menentang tentera kafir di bawah pimpinan Raja Khandak. Cerita Mitos Rasmi Ceriat ini ialah mengenai tuhan yang merupakan suatu sandaran kepercayaan. dewa-dewi. jembalang dan sebagainya. Nabi Adam. atau makhluk lainnya seperti penunggu. 7. Cerita Mitos Popular Selalunya mengisahkan tentang tokoh dewa. 1. 6. Masyarakat khalayak cerita mitos menganggap cerita-cerita yang terkandung di dalamnya sebagai suci dan keramat. Dasar kepercayaan ini dijadikan mitos apabila dimasukkan ke dalam sesebuah cerita. 8. Cara penuturannya disertai dengan upacara yang tertentu dan hanya boleh dituturkan oleh orang yang tertentu sahaja. Cerita mitos merupakan lambang kepada masyarakat khalayak kerana ketahanannya bergantung kepada kekuatan. Tujuan memasukkan watak-watak tuhan. Misalnya Ikan Nun dikatakan sebagai binatang yang telah menyelamatkan Nabi 9 .3 Jenis-jenis Cerita mitos terbahagi kepada empat jenis. Nabi Muhammad itu adalah untuk menarik perhatian dan meyakinkan masyarakat terhadap hikayat tersebut. Contohnya dalam Hikayat Raja Khandak. separuh dewa atau separuh tuhan yang dimasukkan ke dalam sesebuah cerita. Latar belakang masa yang terdapat dalam cerita mitos ialah berlaku pada zaman lampau (distant past). 5. 4. Dalam hikayat ini.

Penggunaan Puisi Puisi kerap digunakan dalam cerita-cerita mitos. Contohnya. 3. Berfungsi sebagai sebagai penegasan dan pewarnaan peristiwa-peristiwa atau keadaan. 4. mengisahkan tentang sesuatu kejadian luar biasa yang mana dari situ timbulnya kepercayaan hendak mendirikan dan menamakan sesuatu tempat. diucapkan secara berulangulang pada bahagian-bahagian tertentu. Contohnya. Cerita Mitos Politik Mengisahkan sesorang tokoh kebangsaan yang dianggap sebagai manusia agung kerana mempunyai hubungan dengan manusiamanusia isimewa atau dengan tuhan. antaranya ialah : a. Cerita Mitos Asal-usul Lazimnya. 10 .(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) Nuh. Rangkap ulang (runs) Rangkap-rangkap yang teratur dan menarik.1. 4. Dalam Hikayat Si Miskin. Tokoh-tokoh ini kemudiannya mendapat tempat istimewa dalam sesebuah negara atau kerajaan. dikatakan Merah Silu memeluk agama Islam terus daripada Nabi Muhammad yang menemui baginda di dalam mimpi.4 Gaya Bahasa 1. ikan ini dikatakan telah menyelamatkan Marakarmah yang dicampakkan ke dalam laut. nama Melaka diambil sempena dengan kejadian pelanduk yang menendang anjing buruan raja dan kebetulan tempat raja berteduh di bawah pokok bernama Melaka. dalam Hikayat Raja-Raja Pasai.

bibir delima merkah. kuku bagai kikir taji dan sebagainya. gurindam digunakan di dalam penceritaan membolehkan cerita yang diperdengarkan atau diceritakan lebih menarik. arakian. Terdapat juga unsur pengulangan kata yang banyak dan ketara. bertitah. terkosel-kosel dan sebagainya. mentera. Bahasa perbandingan Kebiasaannya digunakan untuk menerangkan sifat-sifat istimewa wira dan wirawati. Misalnya. dan biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita berkenaan dituturkan. mereka dibandingkan secara langsung dengan objek-objek alam. 5. 11 . syahadan dan sebagainya. Penggunaan bahasa pertuturan seharian dalam cerita-cerita prosa tradisional. beta. Sebagai contoh bangat. 4. Penggunaan Kata pangkal ayat. Contohnya maka. rambut mayang mengurai.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) b. Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit sesuai dengan pengucapannya secara lisan. 2. Contohnya gering. untuk menggambarkan kecantikan puteri-puteri raja biasanya dikatakan pipi pauh dilayang.diamat-amati. alkisah. mangkat dan sebagainya. biasanya digunakan sebagai penanda wacana penceritaan. 6. 3. Pantun. Penggunaan bahasa istana terutama apabila penceritaan tentang rajaraja.

Menurut James Dananddjaja.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) 4.2. Merupakan peristiwa atau perkara yang memang pernah terjadi dalam masyarakat pendukunnya. legenda adalah prosa rakyat yang dianggap oleh yang empunya cerita sebagai suatu kejadian yang sungguhsungguh pernah terjadi. Legendrus yang bermaksud sebuah cerita lama yang tidak dapat dipastikan kebenarannya tetapi popular dan digunapakai dari satu generasi ke satu generasi sejak zaman dahulu lagi. Misalnya pembentukan Gunung Jerai di Kedah yang dikaitkan dengan tiga watak putera dan puteri raja yang berkelahi yang kemudiannya ditegur oleh Sang Kelembai. Robert A Georges dalam American Folk Legend. menyatakan legenda aialah sejenis komunikasi lisan yang mengandungi cerita yang pernah terjadi pada masa lampau atau masa terdekat yang dipercayai benar oleh penutur atau pendengarnya. 12 . Tokoh ialah manusia biasa yang berdarah daging yang memang benar-benar wujud dalam sejarah bangsa tersebut.2 Ciri-ciri Ciri-ciri cerita legenda ialah: 1. 3.2 LEGENDA 4. 4.2. Wataknya terdiri daripada manusia biasa yang mempunyai sifat dan ciri-ciri yang istimewa seperti mempunyai ilmu kebatinan. 2.1 Konsep Perkataan legenda berasal daripada bahasa Latin.

Contohnya Iskandar Zulkarnain.3 Jenis-jenis Terbahagi kepada dua jenis : 1. 5. Legenda tempatan boleh dibahagikan kepada: a.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) kegagahan yang luar biasa dan sebagainya.2. Legenda dari luar Cerita-cerita mengenai tokoh yang sangat popular di dunia meresap masuk ke dalam cerita legenda Melayu. Muhammad Ali Hanafiah dan lain-lain. Legenda Kebangsaan c. Latar masa yang berkaitan dengan cerita tersebut tidak semestinya masa lampau tetapi ada hubungkait antara masa silam dengan masa kini. Tokoh-tokoh yang wujud dalam cerita menjadi idola dalam masyarakat pendukungnya. 13 . yang biasanya diingati secara berpanjangan oleh masyarakat kolektifnya. 6. 4. 4. Cerita legenda sangat jelas unsur tempatannya kerana mengandungi nilai sejarah tempatan. Legenda Setempat b. Legenda Tempatan Legenda tempatan merupakan tokoh-tokoh legenda yang diambil dari sejarah tempatan atau direka sendiri oleh orang Melayu apada masa dahulu. Legenda Islam 2. Amir Hamzah.

(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) 4. diucapkan secara berulangulang pada bahagian-bahagian tertentu. Rangkap ulang (runs) Rangkap-rangkap yang teratur dan menarik. antaranya ialah : a. Berfungsi sebagai sebagai penegasan dan pewarnaan peristiwa-peristiwa atau keadaan. untuk menggambarkan kecantikan puteri-puteri raja biasanya dikatakan pipi pauh dilayang. 3.2. Bahasa perbandingan Kebiasaannya digunakan untuk menerangkan sifat-sifat istimewa wira dan wirawati.diamat-amati. 4. b. Penggunaan bahasa pertuturan seharian dalam cerita-cerita prosa tradisional.4 Gaya Bahasa 1. Sebagai contoh bangat. Pantun. dan biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita berkenaan dituturkan. beta. Penggunaan Puisi Puisi kerap digunakan dalam cerita-cerita legenda. bertitah. Penggunaan bahasa istana terutama apabila penceritaan tentang rajaraja. mangkat dan sebagainya. bibir delima merkah. mentera. mereka dibandingkan secara langsung dengan objek-objek alam. gurindam digunakan di dalam penceritaan membolehkan cerita yang diperdengarkan atau diceritakan lebih menarik. terkosel-kosel dan sebagainya. 14 . Contohnya gering. rambut mayang mengurai. Misalnya. kuku bagai kikir taji dan sebagainya. 2.

arakian. biasanya digunakan sebagai penanda wacana penceritaan. Penggunaan Kata pangkal ayat. Terdapat juga unsur pengulangan kata yang banyak dan ketara. Contohnya maka.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) 5. Aktiviti 1: Buat banding beza antara cerita mitos dengan cerita legenda. alkisah. 15 . Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit sesuai dengan pengucapannya secara lisan. syahadan dan sebagainya. 6.

4 Gaya Bahasa HASIL PEMBELAJARAN i. jenis-jenis dan gaya bahasa Prosa moden. Menceritakan tentang watak dan perwatakan dalam kehidupan. Novel Konsep Novel merupakan karangan berbentuk fiksyen. topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 5. Perkataan novel berasal daripada bahasa Itali 'novella'. Secara umumnya. 2. ii.1 Konsep 5. Menghuraikan aspek-aspek ciri-ciri.Novel lebih panjang dan kompleks daripada cerpen sekurangkurangnya 40 000 patah perkataan.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) TAJUK 5 Jenis Prosa Moden SINOPSIS Bahagian ini mengandungi kosep. Ciri-ciri 1. jenis dan gaya bahasa Prosa Moden. Novel tidak terikat oleh sebarang bentuk atau format. 16 . ciri. daripada bahasa Perancis 'nouvelle' yang bermaksud 'sepotong berita'.3 Jenis-jenis 5.2 Ciri-ciri 5. dikategorikan sebagai prosa naratif mengandungi cerita panjang yang ditulis dalam bentuk prosa. 3. Membuat rumusan tentang konsep Prosa Moden.

muncullah Al-Syiqaq I karya Shahnon Ahmad. Ialah Salamah? (1928). Arbain karya Sabda S. Oleh yang demikian.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) 4. Beliau digelar Bapa Novel Melayu Asli. Antara novel yang dihasilkan oleh Ahmad Rashid Talu ialah Kawan Benar (1927). Novel saduran Mengambil kisah daripada negara lain contohnya Hikayat Setia Asyik kepada Masyuknya atau kemudiannya dikenali sebagai Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh Al-Hadi yang menyadurkan novel daripada Mesir. 2. 6. 5. Kesemua novel yang dihasilkan oleh beliau mengemukakan persoalan moral dan agama. Mereka Yang Tertewas karya 17 . latar dan gaya.Ceritanya mempunyai kaitan erat dengan masyarakat dan dapat dikatakan sebagai satu dokumentasi sosial. 3. Novel berunsur Islam Persoalan novel berunsur Islam dan moral semakin mendominasi Kesusasteraan Melayu Moden pada tahun 1960-an dan 1970-an. perwatakan. Jenis-jenis Jenis-jenis novel dibahagikan kepada beberapa jenis. Seorang Guru Tua karya Abdul Rahman Harun. 1. Novel Melayu Asli Menggunakan latar dan watak bangsa Melayu. Pengarang mengajak khalayak mendalami dan mempraktikkan ajaran agama Islam. Novel yang baik dikatakan mengandungi unsur penceritaan. sudut pandangan dan dialog. Ahmad Rashid Talu merupakan seorang novelis yang pertama menghasilkan nivel jenis ini. Mengejar Kedamaian karya Manap Abdul Malik. dan 12 Kali Sengsara (1929). Di Sebalik Sebuah Kubah karya Harun Haji Salleh. Terdiri daripada tiga elemen utama iaitu plot.

7. 4. Novel remaja Khalayak bagi novel ini ialah golongan remaja. Novel konvensional Kesemua novel yang disebutkan di atas mematuhi kovensi penulisan novel. Rowling ke dalam bahasa Melayu. 18 . Lelaki Berkaki Kayu. Sehubungan itu. Utusan Melayu-Public Bank telah menganjurkan sayembara penulisan novel remaja pada tahun 1997. 5. Terdapat juga novel-novel yang lain seperti Terminal Tiga karya Othman Puteh. boleh dikategorikan ke dalam novel konvensional. Ghazali Ngah Azia menulis novel Misteri Azrul dan Adi Alhadi menulis novel Pulau Impian dan Hantu Pulau Kambing dan sebagainya. Novel kanak-kanak Banyak penulis yang terlibat dalam penulisan novel kanak-kanak. Antara pengarangnya adalah seperti Shamsiah Mohd Nor. Akhdiat Akasah dan Sri Diah. Novel popular Golongan muda merupakan sasaran bagi novel jenis ini yang menggemari bacaan ringan.K. Oleh itu. Novel kanak-kanak turut diperluas dengan menterjemah karyakarya Enid Blyton dan siri Harry Potter karya J. lahirlah novel-novel seperti Julia karya Abu Hassan Morad dan Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) Hasanudin Mat Isa dan pada tahun 1990-an. Imam karya Abdullah Hussein. Antaranya Siti Aishah Ali telah menulis novel-novel Penerbangan QR 13. 6. Meniti Kaca karya Raja Sabarudin Abdullah dan Panas Salju karya Talib Selamat. Budi.

“Aku minta maaf kerana apa yang telah berlaku kerana ketika itu aku bukan manusia.. Wan Derus dan Sultan Mahmud Melaka karya Harun Aminurrashid. Aku masih dipengaruhi oleh roh beruang yang menguasai kulit itu” “Oi. Novel absurd juga tergolong dalam kategori novel tidak konvensional. Pengarang mutakhir yang menulis novel sejarah ialah Zaharah Nawawi yang menulis novel Panglima Sulong. Hiperbola Sinkope Inversi Jidin menyelak daun-daun hijau dan pertama yang dia lihat Kata Ganda adalah mata biru Samantha. Antara contoh novel ini adalah seperti Panglima Awang. Gaya bahasa Contoh gaya bahasa yang terdapat dalam Novel Kembara Amira. Ketika itu jugalah seorang lelaki menerkam lalu menikam bertalu-talu ke arah dada haiwan itu menyebabkan haiwan itu Personifikasi meraung dan dia akan tersedar dari tidurnya. 9. Tun Mandak. kau tak teringin benda ni?” Amira bersuara dengan kuat untuk menarik perhatian Jacinta Kita hanya perlu berjalan mungkin satu atau dua jam dan di sana kamu nanti semua boleh lihat sendiri apa yang saya maksudkan. Simile Nafasnya naik turun kerana bagai mengejar kelajuan Itai melangkah. Novel absurd / Novel tak konvensional Terdapat beberapa orang novelis yang menghasilkan novel beraliran anti-realisme.. Anak Panglima Awang. 19 . Novel sejarah Novel sejarah bermaksud menceritakan tentang ketokohan seseorang tokoh sejarah atau peristiwa sesuatu sejarah. Rahman Yusof menulis novel absurd yang berjudul Warnawarna.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) 8. Novel Sampah karya Shahnon Ahmad merupakan sebuah lagi novel absurd.

Cerpen berbeza dengan novel. panjangnya antara 500 hingga 15.000 patah kata.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) Peribahasa Akhirnya ikan akan pulang ke lubuk jua walaupun kita cuba menghalang takdir. . Tokoh-tokoh penulis cerpen antaranya. Abd Rahim kajai. Mohamad. Ahmad 20 .lebih banyak menggunakan istilah ‘cerita’. Genre ini bermula pada tahun 1925. Mahmud Ahmar. watak. jangka waktu yang pendek dan pertalian ceritanya tidaklah kompleks. Akhbar-akhbar yang turut menyiarkan cerpen ialah Utusan Zaman. bertujuan untuk mengajar . terutamanya melalui plot di samping banyak mempunyai unsur lain seperti tema. Cerpen tersebut diterbitkan dalam majalah Guru. Antara penulis cerpen yang terawal ialah Harun Muhamad Amin.didaktik. Cerpen yang ditulis pada zaman sebelum Perang Dunia lebih berbentuk. Cerpen mengemukakan cerita dalam latar tempat yang terhad. Ishak Hj.tidak mementingkan struktur penulisan . Yusof Arshad. latar. Cerpen yang ditulis pada zaman selepas Perang Dunia mengalami sedikit perubahan. Cerpen Konsep Cerpen atau cerita pendek dapat didefinisikan sebagai kisah rekaan yang ringkas. Warta Ahad dan Warta Jenaka. terutamanya dari segi cerita yang berpusat pada sesuatu watak yang menggambarkan satu siri aksi atau peristiwa yang terbatas. Cerpen mempunyai kesatuan yang dicapai. gaya dan sebagainya. Antara penulis cerpen pada ini ialah Keris Mas.lebih terpengaruh dengan bentuk sastera lisan dan tradisi bercerita .

baik secara langsung maupun tidak langsung.    Bersifat rekaan (fiction) . 21 .  Dalam sebuah cerita pendek sebuah insiden yang terutama Cerita pendek harus mempunyai seorang yang menjadi pelaku menguasai jalan cerita. Bersifat naratif . Ceritanya pendek .(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) Boestamam. dan Memiliki kesan tunggal. Pendapat lain mengenai ciri-ciri cerita pendek di kemukakan pula oleh Lubis dalam Tarigan (1985 : 177) sebagai berikut.  Cerita Pendek harus mengandung interprestasi pengarang tentang konsepsinya mengenai kehidupan. Abdul Samad Ismail. Cerpen-cerpen yang dihasilkan pada zaman ini dan seterusnya mempunyai tema yang pelbagai seperti romantis dengan semangat perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Percintaan Ketidakadilan masyarakat Kepincangan dan keburukan masyarakat Percintaan dan kahwin campur Sindiran tajam (sinis) Pembangunan Pemikiran falsafah Politik jenaka Ciri-ciri Menurut pendapat Sumarjo dan Saini (1997 : 36) sebagai berikut.  atau tokoh utama.

dan gerak (scena.  Ciri-ciri utama cerita pendek adalah singkat. 3. and alert). suggestive. Cerpen panjang 4. Kesemua cerpen absurd memanfaatkan aliran absurdisme. ciri-ciri cerita pendek adalah sebagai berikut. cerpen 'Cerpan Kemajuan Dunia' karya Ismail Sulaiman dan 'Cubaan Kasih' oleh Jentayu. toko. and intensity). padu. Selain itu.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN )  Cerita pendek harus satu efek atau kesan yang menarik. Manakala dalam Majalah Guru berlatarkan negara Eropah. Menurut Morris dalam Tarigan (1985 : 177). and action).  (incicive. Cerpen dalam cerpen Penyuluh berlatarkan China dan Indonesia. Cerpen berunsur Islam 22 . Cerpen absurd Antara contoh cerpen absurd ialah 'Gap-gup-gup' oleh Othman Puteh 'Fakurdafakia' oleh Mana Sikana dan kumpulan cerpen Parasit oleh Anwar Ridhwan.  character. dan menarik perhatian (brevity. Cerpen yang tersiar dalam Pengasuh dan Panduan Guru selepas itu menggunakan latar negara-negara Barat dan Timur Tengah. unity. sugestif. Cerpen pertama berjudul 'Kecelakaan Pemalas' karya Nor bin Ibrahim. 2. dan intensif Unsur-unsur cerita pendek adalah adegan. Jenis-jenis 1. Bahasa cerita pendek harus tajam. Cerpen konvensional Aliran penulisan karya yang digunakan ialah realisme.

2. FN + FA dan FN + FK. FN + FS. Gaya bahasa 1. Arus deras menunda sampah sarap yang tesangkut pada 23 . Pembinaan ayat yang mantap Ayat yang baik lahir dari struktur yang betul. dan Rejab F. Contonya perkataan lihat. Dalam tatabahasa bahasa Melayu ada empat pola ayat yang mendominasikan pengolahan ayat. Pemilihan kata Bagi menghasilkan penulisan yang baik. tengok.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) 5. Struktur itu ialah FN + FN. pemilihan kosa kata yang tepat amat penting. 6. (i) Air sungai menyenak ke tebing. Lihat bentuk gaya bahasa puitis dalam ayat di bawah. Azizi Hj Abdullah (Paku Payung dan Limau Mandarin). Semua cerpen di atas disenaraikan sebagai konvensional dan beraliran realisme. tinjau. Hujan semalaman menjadikan sungai sebak. Cerpen berdasarkan karya tradisional Ketiga-tiga cerpen di atas disenaraikan sebagai konvensional dan beraliran realisme. intai. Kesilapan menggunakan sesuatu perkataan menyebabkan pemahaman pembaca tersasar jauh daripada apa yang difikirkan oleh penulis.I (Hadiah Hari Guru). tilik semuanya menggambar apa yang dilihat oleh mata tetapi setiap perkataan memberi maksud yang berbeza. Cerpen kanak-kanak Penulis terkenal dalam cerpen jenis ini ialah Ali Majod ( Dalam Diri). penggunaan kata diperindahkan dengan menggunakan bahasa puitis. Dalam penulisan karya sastera.

hiperbola (ii) Sago berasa kepedihan hatinya perlahan-lahan surut. DBP hal.129) 24 .imejan 3. Dialog yang mantap Dialog dalam cepen mempunyai fungsi yang besar menghidupkan penceritaan. Tapi sudah lama tinggal di KK. Dia teringat pada mimpi-mimpi yang memberi harapan lain saban malam sejak dua bulan terakhir ini." " Dia kerja apa? " " Setiausaha sebuah firma yang besar di sana. 128 . Saya tidak tahu nama firma itu. Sebagai contoh . Dia sekampung dengan saya. (i) memperkenalkan watak Dialog memberi kesan kepada pembaca apabila dialog itu sendiri memperkenalkan watak-watak dalam penceritaan. (Dharmala N. lihat dialog di bawah. " Siapa dia? " " Namanya Pipah. Antologi SPBS." kata Baitah. Tetapi dipanggil Pip saja.personifikasi kepedihan hatinya perlahan-lahan surut . (Cerpen Sebuah Pekan Bernama Semporna karya Abdullah Hussein.S Cerpen Rakit) Air sungai menyenak – personifikasi Hujan semalaman menjadikan sungai sebak – Hiperbola Arus deras menunda sampah .(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) tunggul-tunggul berceranggah di tepi tebing . Cerpen Sempena Ganja Iras) mimpi-mimpi yang memberi harapan lain . (Baharuddin Kahar.

" " Dan kau memulangkan kembali cintanya? " " Entahlah. Lavasqui. " Aku telah mengira kau sebagai penyokongku yang pertama. aku punyai sesuatu nak aku katakan padamu. ada baiknya juga jika dialog itu diberi keterangan supaya pembaca benar-benar dapat memahami apa yang diceritakan oleh pengarang." ujar Lavasqui secara tebuka sehari selepas berita itu tersiar di akhbar." komen Dave. " Tapi aku tak percaya aku cinta padanya sepertiia mencintai aku. Lihat pula dialog dari cerpen Susanne dan Penyair yang pulang karya Zakaria Ali (Dewan Sastera." " Apa? " " Tentang Leonard Weekend ini meyakinkan aku bahawa ia tetap cinta padaku.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) (ii) Dialog tanpa penjelasan Dialog yang kemas tidak memerlukan keterangan suasana. (iv) Menukar dialog kepada cakap pindah 25 . Ogos 1973: 1) " Jebat. " Kau memerlukan dua pertiga majoriti ahli jawatankuasa pusat. Aku sayang padanya'" bisik sussane. Dia cuma merenung tepat ke muka sahabatnya." (iii) Dialog dengan penjelasan Namun begitu. Memadai pembaca membaca dialog." Dave menyepi. Pembaca sudah tahu siapa yang berkata dan kepada siapa dia berkata. Saya mengambil contoh seperti dialog berikut. " Aku akan megusulkan undi tidak percaya terhadap pucuk pimpinan parti.

pengarang perlu menulis secara terperinci tentang sesuatu perkara. kemudian dia berdiri lalu menyalakan lampu yang tidak bertudung dan kelihatanlah sebuah katil putih besar dengan cadarnya berwarna putih seperti kapur sebuah almari kayu oak berwarna keemasan dan permaidani merah bersih yang terhampar yang warnanya telah bertukar menjadi kecoklatan dengan tepinya yang meleding (hal. 1981) bahasa pelukisan ini digarap dengan baik. Perhatikan gambaran di dalam bilik itu dengan perabot yang sama sekali tidak diceritakan oleh pengarang. Dia ditanya apa tujuannya datang ke kota mati itu. Marwilis Publisher. Inilah pelukisan bahasa dalam sesebuah karya sastera. Telah dua jam dia duduk di kerusi goyang kecil yang keras di bilik itu dengan melunjurkan kedua-dua kakinya ke lantai dan menepuk-nepuknya untuk menghilangkan rasa kebas itu menjalar naik dan turun hingga ke buku lalinya.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) Terdapat juga penulis yang menukar dialog kepada cakap pindah. katanya sama seperti mendulang emas di kali yang memang tidak mempunyai emas. Dia memberi jawapan bahawa dia tanpa tujuan sebenarnya dan tidak mengharapkan penemuan yang luar biasa. Hanya sesudah lampu dipasang. 1989: 59 – 60) 4. Dia sudah terbiasa untuk menemui kekosongan dalam hidupnya. Itu. Lampu neon di papan tanda itu melontarkan sinar merah redup ke bilik Jim Nolan. Dalam novel terjemahan berjudul Perjuangan Sia-sia karya John Steinbeck (DBP. Contohnya Anwar Ridhwan dalam karyanya berjudul Di Negeri Belalang menulis begini. Akhirnya malam menjelang. 1). 26 . Pelukisan Untuk memberi gambaran yang tepat. Perincian penulisannya itu menyebabkan pembaca benar-benar berpuas hati . Di luar lampu-lampu jalan telah menyala dan lampu neon pada papan tanda restoran berkelip-kelip memancar sinar merah menyala ke udara. baharu dapat dilihat dengan jelas keadaan bilik yang dihuni oleh Jim Nolan. ( Novelet Di Negeri Belalang.

baik sebagai isi mahupun sebagai cara persembahan. Aksi dan dialog penting dalam drama. Komedi Mengutarakan kisah hidup sehari-hari dengan pelbagai peristiwa lucu yang boleh menyebabkan penonton ketawa.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) Drama/ Teater Konsep Drama dapat diertikan sebagai suatu kisah yang diceritakan dalam bentuk lakonan oleh para pelakon yang memegang peranan sebagai watak-watak dalam kisah tersebut. Mesti ada konfliks 2. 3. Ciri-ciri konfliks Mesti ada Harus dilakonkan aksi Tiada Tempoh ulangan masa dalam kurang satu daripada masa 3 jam Ciri-ciri drama adalah seperti berikut. Tragedi Mengandungi cerita tentang kemalangan dan kesedihan. 2. Drama cuba menggambarkan satu aspek kehidupan manusia dengan mengemukakan konflik melalui aksi dan dialog para watak. Harus dilakonkan 4. Opera 27 . 1. 4. Sesuatu drama dinikmati oleh penonton secara langsung dan tanpa henti pula. Itulah sebabnya sesuatu karya untuk drama tidak boleh terlalu panjang dan harus mempunyai tarikan yang kuat untuk memikat perhatian penonton. Lazimnya. Tempoh masa kurang tiga jam 5. Mesti ada aksi 3. skrip atau naskhah lakon drama memang dirancang untuk dipentaskan. Tiada ulangan dalam satu masa Jenis-jenis 1. Tragi-Komedi Mengandungi unsur-unsur kesedihan dan lucu.

Stail dialog mirip dengan perbualan sehari-hari .untuk menimbulkan kesan realistik. 6. 5. Contohnya perkataan kamu/mu.Pemilihan perkataan lebih tepat. cerpen dan drama. Watak-watak bercakap/berdialog dalam bahasa kolakial/bahasa sehari-hari. Meninggalkan gaya bahasa tradisi drama puitis. 6. biasanya menggunakan gaya bahasa prosa dan seboleh-bolehnya meniru gaya orang bercakap. Gaya bahasa 1. Pemilihan kata-kata dibuat dengan berhati-hati. 28 . Nyatakan perbezaan antara novel. cerpen dan drama.sesuai untuk menghidupkan suasana realistik 2. hendak/nak. 4. lancar di samping mudah difahami dan jelas 3. 3. Sila jelaskan konsep novel.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) Mengemukakan cerita yang digabungkan dengan muzik. Baca sebuah cerpen dan analisis gaya bahasa yang terkandung di dalamnya. Pantomin Lakonan yang dipersembahkan melalui gerak badan dan memek muka yang berlebihan untuk menyatakan aksi dan perasaan watak. Penggunaan unsur gaya bahasa singkof. misalnya bahasa Inggeris digunakan untuk menggambarkan kehidupan moden. 2. Bangsawan Para pelakon membentuk dan mengubah sendiri dialog-dialog yang ingin disampaikan. tidak/dak. 1. 5.

1 Bentuk/ciri-ciri 10. 10. ii. Membuat huraian tentang bentuk dan fungsi syair. ciri bahasa dan gaya bahasa syair..3 Gaya Bahasa HASIL PEMBELAJARAN i. Secara umumnya.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) TAJUK 10 SINOPSIS Syair Bahagian ini mengandungi bentuk. iii. fungsi. Syair merupakan karya kreatif lisan genre puisi tradisonal. ii.2 Fungsi 10. topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkaraperkara berikut: 10. Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. 29 . Dipercayai diperkenal oleh Hamzah Fansuri pada abad ke-16 (1580-1630) untuk mengajar agama Islam. Terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap). Menghuraikan aspek-aspek ciri-ciri dan gaya bahasa syair. Syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun.1 Bentuk/ciri-ciri i. Istilah syair berasal daripada perkataan Arab shi’r (puisi/sajak) dan sha’ir (penulis puisi/penyajak).

teknik dan penyusunan plot seperti cereka/ ada subjek dan huraian tentang subjek berkenaan secara berurutan) 10. viii. vi. xiii. ii. Isi bercorak cerita atau huraian panjang mengenai subjek. xvi. urutan peristiwa. vii. xvii.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) iv. v. tidak dipentingkan rima tengah. xi.pertukaran lenggok suara dan melodi. Wujud hentian sebentar (pause) di pertengahan baris dan jeda (caesura) di hujung baris . v.2 Fungsi i.a(serima) . iv.a:a. ix. vi. Bahasanya padat dan puitis. iii. xv. vii. Syair ialah cerita lengkap (ada watak. xii. Bercerita Hiburan Amanat/pengajaran Nasihat/panduan moral Ilmu Keagamaan/rasul/nabi/Allah Panduan/bimbingan Sejarah Kemasyarakatan Percintaan/rasa hati Pengetahuan Ketokohan Semangat patriotik Kiasan/alogari/perbandingan Kisah kemasyarakatan/kebudayaan Peristiwa peperangan Gambaran kosmopolitan 30 . xiv. x. viii. Skima rima hujung a.

3 Gaya Bahasa a. perwatakan. Laksana kayu dimakan bubuk. watak. atau hal-hal yang abstrak. latar. Personifikasi Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan. binatang. umpama. idea. bak. Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan. Asonansi Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris syair. d. Contohnya: pengulangan vokal “a” dalam Syair Nasihat Kepada Perempuan. Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia. e. Syair ikan Terubuk (hlm 105). Memandang suamimu seperti rusa 31 . sama ada dari segi perasaan. ibarat. atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati. Diksi Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) 10. Metafora Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti. dan mesej b. dan sebagainya. c. Simile Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung) Contoh: Hati dan jantung bagai serbuk.

Pengulangan Berlaku pada kata. 32 . h. Orang bercerai pulang balik.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) f. atau rangkap yang diulang dalam syair. pagi melambangkan usia k. baris. I.pengulangan kata dalam baris yang sama. anafora . Iaitu penyingkatan perkataan “tidak” menjadi “tak”. epifora . Jejak ditikam mati juga. repitisi . Contoh : Sebulan dagang mengalas. Hiperbola – iaitu perbandingan yang melampau. j. Paradoks – iaitu pertentangan isi ataau kenyataan. Contohnya : Setahun padi tak jadi.pengulangan kata pada akhir baris. atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam contohnya: senja melambangkan usia tua. Aliterasi . ungkapan. keadaan. Singkof – iaitu satu perkataan telah disingkatkan.pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris gurindam g. Contohnya : Orang berlaki cerai ungkai. Perlambangan Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda.

Selain itu. 33 . 2.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) Aktiviti 1 1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang syair. anda juga dikehendaki melagukan syair dengan nada dan intonasi yang betul.

1 Bentuk/ ciri-ciri 10. ii. topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 10. Secara umumnya.3 Bentuk dan ciri-ciri Fungsi Gaya Bahasa 34 . fungsi. Membuat huraian tentang bentuk dan ciri-ciri gurindam. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga empat patah perkataan. Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan bentuknya iaitu yang terikat dan yang tidak terikat.1 11.2 Fungsi 10. dan gaya bahasa gurindam.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) TAJUK 11 GURINDAM SINOPSIS Bahagian ini mengandungi bentuk. Gurindam Gurindam ialah sejenis puisi tradisional Melayu yang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui "Gurindam Dua Belas" yang dikarang pada tahun 1846.2 11. ciri-ciri.3 Gaya Bahasa HASIL PEMBELAJARAN i. 11. Menghuraikan aspek-aspek fungsi dan gaya bahasa gurindam.

1 Bentuk dan ciri-ciri 1. Skima rima hujung bercorak serima iaitu a.3 Gaya Bahasa a. Ilmu Pengetahuan 5. Empat hingga enam patah perkataan/ 8. bangsa dan negara. Lazimnya gurindan terdiri daripada dua baris serangkap namun terdapat juga gurindam yang mempunyai empat atau lebih baris dalam satu rangkp. Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk memberi pengajaran atau menyatakan perasaan cinta. 2. 7. Menyampaikan pendidikan kepada manusia agar menjadi manusia berilmu. Amanat/pengajaran 3. Diksi Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya.a 5. Keagamaan/rasul/nabi/Allah 6.2 Fungsi 1. watak.12 suku kata sebaris 3. Jumlah rangkap dalam seuntai gurindan tidak ditentukan 4. Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat dan induk kalimat (baris pertama) dan jawab atau anak kalimat (baris kedua). 2.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) 11. latar. bermoral. Panduan/bimbingan 11. Nasihat/panduan moral 4. 11. dan mesej 35 . berakhlak dan berguna kepada agama. Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan. Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi pada perkataan dalam baris 6.

e. Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia. Di situlah jalan masuk dusta f. atau hal-hal yang abstrak. Asonansi Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris gurindam Contohnya: pengulangan vokal “a” dalam baris Fasal ketujuh Gurindam 12 Apabila banyak berkata-kata. Metafora Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti. dan sebagainya. bak. perwatakan.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) b. atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati. Simile Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung) d. binatang. ibarat. Personifikasi Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan. sama ada dari segi perasaan. Aliterasi Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris gurindam Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan 36 . umpama. c. idea.

keadaan. Pengulangan Berlaku pada kata.pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. pagi melambangkan usia Aktiviti 1: Berdasarkan gurindam dan seloka yang anda kaji. atau rangkap yang diulang dalam sajak. ungkapan. 37 .(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) g. repitisi . senaraikan unsur-unsur bahasa yang digunakan di dalamnya. Contohnya: Fasal Ketujuh Gurindan Dua Belas epifora .pengulangan kata dalam baris yang sama. atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam contohnya: senja melambangkan usia tua. anafora . Perlambangan Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda.pengulangan kata pada akhir baris. h. baris.

38 . Membuat huraian tentang bentuk dan ciri-ciri seloka.1 Bentuk/ ciri-ciri 10.2 Fungsi 10. ciri-ciri. topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 10. dan gaya bahasa seloka.3 Gaya Bahasa HASIL PEMBELAJARAN i. Menghuraikan aspek-aspek fungsi dan gaya bahasa seloka. fungsi.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) TAJUK 11 SELOKA SINOPSIS Bahagian ini mengandungi bentuk. ii. Secara umumnya.

berjenaka atau menyindir. Dalam bahasa Melayu seloka bererti berseloroh. Walaipun seloka merupakan puisi yang bercorak senda gurau namun isinya mengandugi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca. ejekan dan sindiran. 10. Seloka mempuyai 2 bentuk iaitu : terikat dan bebas. bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka. olokan.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) SELOKA Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka. Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal yang tertulis dalam bentuk seloka. Contoh seloka bentuk bebas.1 Bentuk/ ciri-ciri Seloka mempunyai beberapa ciri seperti berikut : 1. Seloka merupakan puisi yang paling tua dalam Kesusateraan Melayu yang dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Sebagai puisi tradisional karangan berrangkap atau bahasa berirama seloka lebih merupakan pepatah. gurau senda. Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Ada nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran Mudik menongkah surut Hilir menongkah pasang Ada isteri dibunuh Nyaris mati oleh tak makan Masa belayar kematian angin Sauh dilabuh bayu berpupuk Ada rumah bertandang duduk 39 .

hlm 67) 2. Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda. Karangan berangkap yang menggunakan pertentangan bunyi rima hujung. 5. Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan. Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.2 Fungsi 1. malang Pak Kadok. latar. Kisah Kemasyarakatan 4. (Anak Laut. 4. Hiburan 3. hlm 9) Contoh seloka berbentuk terikat (pantun/syair) Buah pinang buah belimbing Ketiga dengan sibuah mangga Sungguh senang berbini sumbing Walau marah ketawa juga (Warisan Puisi Melayu.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) Aduhai. dan mesej 40 . 3.3 Gaya Bahasa a. Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap. Diksi Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya. 6. 10. watak. Pengajaran 2. Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat). kebudayaan masyarakat. 10. Kiasan/alogari/perbandingan 5.

Metafora Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti. Contohnya: pengulangan vokal “u” dalam Seloka Pak Kadok. f. 41 . sama ada dari segi perasaan.pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. bak. Aliterasi Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris seloka. c.pengulangan kata pada akhir baris. Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia. baris. g. e. Pengulangan Berlaku pada kata. Sauh dilabuh bayu berpupuk. epifora . ibarat. ungkapan. atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati. Simile Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung) d. repitisi . atau rangkap yang diulang dalam sajak. Asonansi Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris seloka. binatang. dan sebagainya. anafora . umpama.pengulangan kata dalam baris yang sama.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) b. Personifikasi Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan. idea. atau hal-hal yang abstrak. perwatakan.

Perlambangan Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda. atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam contohnya: senja melambangkan usia tua. keadaan. 42 . pagi melambangkan usia Aktiviti 2: Buat banding beza antara gurindam dan seloka dari segi konsep dan ciri-ciri.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) h.

(1987). Melayu Moden: Nik Naemah Bt. :Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tanggapan dan kaedah pengajaran puisi. Sejarah dan kritikan sastera. Ismail Yusoff. Shah Alam: SNP Panpac (M) Sdn. (2006) Kesusasteraan melayu tradisional . Intisari Kesusateraan Petaling Jaya: Fajar Bakti.(1987). nasihat dan pengajaran.(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) BACAAN TAMBAHAN Rujukan Asas Harun Mat Piah. Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rujukan Tambahan Che Zainon Omar et al. 43 . Dharmawijaya. (2004) modul pengajaran dan pembelajaran komsas tingkatan 4 dan 5. Othman Putih. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Hashim Awang.(2008) Kesusateraan Melayu Lama dan Baru: Sintok: Universiti Utara Malaysia.al. (2004) Puisi melayu tradisional. (1985) Mendekati Kesusasteraan Melayu: Petaling Jaya: Fajar Bakti. Bhd. Dharmawijaya. Harun Mat Piah et. (2006). Petaling jawa:International Book service.

(PKP 3117 SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN ) 44 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful