You are on page 1of 4

Pembinaan Keluarga Bahagia

Salam..
Selalunya ana menconteng bila mahu mencapai sesuatu. Jalan-jalan kerja yang perlu ana
selusuri. Berikut adalah salah satu intisari dalam buku conteng ana.

Bismillah.

 Niat - hanya kerana Allah SWT, ikut sirah Nabi SAW


- kebahagian dan kehampaan hanya datang dengan izin Nya
- membentuk peribadi keluarga bahagia yang mentaaati perintah Allah
SWT.
 Peringkat-peringkat ;
a) Muhasabah/Kenali diri dan keluarga
- kenali sifat ahli keluarga; pemarah?degil?lembut hati?
- Selidiki mutu ibadah; Solah? Al Quran? Zikir? Sunat?
- Kaji hobi dan kesukaan untuk memujuk/ambil hati.

b) Bentuk Peribadi diri untuk membimbing


- tanamkan keyakinan yang tinggi sebagai seorang pendakwah.
- berakhlak baik dengan ibu bapa
- amalan agama yang istiqomah/penggunaan masa
- Jangan berputus asa.

c) Sediakan Perancangan
- buat jadual masa untuk kerja rumah/sekolah. (giliran
memasak/membasuh dan masa belajar)
- Tetapkan masa untuk ta’alim,tazkiran dan muzakarah.
(istiqomah)
- Biasakan dengan memperbanyak muzakarah sesama ahli.
- Bentuk suasana berjemaah. (solah,makan, keluar rumah)
- Bimbing ahli keluarga mencapai cita-citanya.
- Galakkan menabung dan belanja sekadarnya di hujung
minggu/bulan/bersedekah.

d) Penguatkuasaan
- jadi seorang hakim yang adil
- tetapkan hukuman bagi pengabaian tugas (tahap degil)
- Tetapkan ganjaran buat beberapa ketika (yg umur kecik)
- Pastikan solah, tilawah dan kefahaman ilmu yang dipelajari
sentiasa diperiksa.
- Laksanakan matlamat yang perlu dicapai.
- Amalkan sistem hukuman tegas (jgn sambilewa)

e) Lapangkan Masa Bersama


- luang masa untuk keluar makan angin/majlis ilmu
- berbelanja bersama (ajar berhemah/merancang perbelanjaan)
- makan bersama di luar

f) Perhatian
- Prihatin tarikh lahir setiap ahli family.
- Ganjaran capai matlamat (budak2 je)
- Tunaikan keinginan yang baik-baik je.

g) Muhasabah
- Lihat kesan dari pelaksanaan
- Lihat hubungan kekeluargaan.
- Lihat ‘tahap’ kesolehan anak-anak.
- Lihat kelemahan yang wujud, cari penyelesaian.
- Doa sungguh2, penyerahan diri yang total kepada Allah.
Alhamdulillah.

-------------------------

Manusia ni banyak ragamnye kan? Tapi begitulah dunia. Ana tidak mengharap dunia ini
bersih dari orang-orang yang tidak menyenangkan kita. Pokok pangkal segalanya, Allah
jua yang menilai baik buruk kita, hati kita.

Suatu hari pernah menegur seorang budak perempuan darjah 3. Sengaja sebab memang
ana faham keadaan family mereka.
”Kama mengaji Quran sampai mana dah?”
”Dah lama Kama tak ngaji, lepas pakngah meninggal.” ana fhm arwah mmg sering azan
di surau.
”Malam ni datang rumah na? Mak Njang blh ajar sembahyang dengan ngaji.”

Alhamdulillah, berlangsung beberapa minggu. Tengok mak pun senang hati nak ngajar
anak orang.

Kelmarin, emak Kama, budak tersebut datang dengan bercekak pinggang sambil
memulangkan Muqaddam. Ana tiada di rumah.
”Awat kak?”
”eh? Suri kata apa kat anak kak? bohsia?”
Mujur ana tiada di rumah,klu x,mungkin ana x thn dengar dia herdik mak begitu.
”Ya Allah kak..kata apa? Kalau kak tak percaya sekejap saya nak ambil air
sembahyang,pegang Quran,sumpah saya tak kata apa.” (lazim bagi org dulu2..)
Mak ana kata Makcik tu lembut hati lepas dengar tu. Ya Allah,warisikanlah ketenangan
mak ana pada ana...huhu

Lepas beberapa hari, baru lah tahu yang anak perempuan mereka yang berumur 14 tahun
yang buat cerita. Entah apa motifnya. Budak si Kama pun dah tak datang lagi dah.

”Mak, mak terasa hati dak?”


”Nak terasa hati apa? Mmg mcm2 perangai orang,abang. Buat apa nak kisah.”
”Um..tkpelah. tak payah la abang nak pujuk mak..”
”Pujuk apa? Toksah nak mengarut..” hee...

**ahmad fikry : Jom sama-sama..kita doa. ”Ya Allah, ampunilah segala dosa kami dan
mereka. Bagilah hidayah,petunjukMu untuk kami dan mereka. Kekalkan kami dalam
jalanMu.. Ameen.” Ok..turun tangan.

--------------------

Dari awal bulan postpone ke tengah bulan.. alhamdulillah ada juga masa extra untuk
pemantapan organisasi dalam keluarga. Uhuk...

Dalam pada tu, nak menulis sikit-sikit dengan apa yang bakal ditempuh nanti.

Ikhlas, terlalu banyak alasan,’lemah iman’ yang ana dengar. Dari teman-teman terdahulu
mahupun yang baru. Ana gambarkan seolah-olah rintangan yang dihadapi mereka terlalu
besar sehingga bersandar atas alasan ’lemah iman’. Betul ke lebai?

Ana;fikry, bukan sekadar bercakap. Kerana ana sendiri pernah menghadapi keadaan-
keadaan yang dikatakan ”lemah iman”, ”tengah sejuk”. Selalu je minta kawan2 doakan.
Tapi berbalik pula kepada usaha kita untuk menghangatkan kembali iman, mana pergi?

Kita abai tanggungjawab kita bila mengenal ’tempurung’ kerja,isteri,keluarga,atau


suasana baru. Walhal ’tempurung’ ini dapat kita pecahkan menjadi sumber kekuatan kita.
Mampu?

Akhi, terlupakah akhi ttg manisnya kesusahan dalam perjuangan. Mana akhi letak syukur
dan kesedaran akhi saat melihat teman bimbingan akhi mendekati Allah. Mana saat
mengalirnya air mata pertama akhi dalam merenung betapa kurangnya akhi bercerita
tentang keagungan Allah, kehebatan ciptaan Nya. Mana kesedaran akhi sewaktu
tertancapnya keazaman bahawa usaha dakwah adalah urat nadi akhi.

Akhi,kita lemah tapi bukan alasan untuk kita terus melemah..suburkan hati akhi. Akhi
mampu melahirkan generasi bertaqwa dengan izin Allah. Orang yang membantu agama
Allah tetap berjaya di akhirat.

Pernah sekali kita bersama melihat seorang abang yang masam mukanya, gelap dan
garang, dan penuh tanggapan. Dia syak. Namun tetap meluahkan keinginan sanubarinya.
Sudahnya kini,kita melihat wajahnya yang berseri dengan senyuman, berjubah dan
ramah. Ciri-ciri seorang mukmin padanya. Akhi...alhamdulillah.

Akhi, Allah mampu jadikan burung dan pepohon berdakwah kepadaNya. Tapi mahukah
akhi dipinggirkan?
Sahabat, fikry yang menulis sama akhlaknya dengan fikry yang bercakap di hadapan
kalian. Jangan tersasar dalam menilai yang baik. Padan muke.hoho

Jom, mai nak papah. Nanti kot-kot ana tersadung akar rumput ujian, korang la pulak
papah..lagi kes berat..hehe

------------------------

You might also like