P. 1
Konsonan dalam Bahasa Melayu.doc

Konsonan dalam Bahasa Melayu.doc

|Views: 16|Likes:
Published by Muhd Qemry
powerrrr
powerrrr

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: Muhd Qemry on Jul 08, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/22/2014

pdf

text

original

BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _

Konsonan dalam Bahasa Melayu
Konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vocal. Sekiranya bunyi vokal itu adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi dengan udara keluar terus –menerus tanpa sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi, maka bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan (hambatan) oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan yang semasa penghasilannya pita suara digetarkan oleh arus udara yang keluar dari paru-paru, dan konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara. Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu; Konsonan asli dalam bahasa Melayu adalah konsonan yang tersedia ada dalam bahasa Melayu dan telah digunakan oleh penutur bahasa Melayu tanpa perubahan. Menurut Yunus Maris terdapat sebanyak 19 konsonan asli dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada 2 konsonan letupan dua bibir dan tidak bersuara (p,b), 2 konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara (t,d), 2 letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara (k,g), 1 konsonan hentian glottis, 2 konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara (c,j), 2 konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara (s) dan geseran glottis bersuara (h), 1 konsonan getaran bersuara (r), 1 konsonan sisian bersuara, iaitu 1 separuh vokal dua bibir bersuara (w), dan 1 separuh vokal lelangit keras bersuara (j). Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah artikulasi tertentu seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glottis, rongga hidung dan lain-lain. 1

BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _

Cara Artikulasi Bunyi konsonan memerlukan sedikit darjah penyempitan dalam terusan ujaran – sama ada sekatan sepenuhnya atau suatu penyempitan yang melebihi daripada yang didapati dalam vokal tinggi. Perbezaan darjah penyekatan inilah yang dikenali sebagai cara artikulasi.

Hentian Hentian, atau plosive, dihasilkan dengan penyekatan sepenuhnya di rongga mulut dan dengan celum dinaikkan supaya tidak ada uadara yang akan lepas keluar melalui rongga hidung. Akibatnya berlakulah tekanan di belakang titik artikulasi. Apabila sekatan itu dilepaskan, kita akan mendengar bunyi “pop” iaitu ciri bagi bunyi hentian.

Frikatif Frikatif atau malaran, melibatkan penyempitan yang sangat sempit yang membenarkan hanya satu pembukaan kecil bagi udara untuk keluar (serupa dengan apa yang berlaku jika tingkap tidak ditutup dengan selamat). Ini mengarah kepada cirri bunyi “hiss” yang dihubungkan dengan bunyi-bunyi ini. Bunyi frikatif yang paling umum sekali ialah bunyi alveolar s; kewujudan s itu hamper universal.

2

sebaliknya ia dilepaskan dengan geseran.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ Afrikat Bunyi afrikat mempunyai beberapa cirri yang sama dengan hentian dan frikatif. Likuida Bunyi likuida meliputi bunyi l dan r. Kebanyakan bahasa mempunyai sengau tambahan sama ada sengau velar atau palatoalveolar (atau palatal). bagi membolehkan udara keluar melalui mulut. Sengau Bunyi sengau. sebagaimana bunyi hentian. Pada mulanya terdapat sekatan sepenuhnya tetapi tidak seperti hentian. Geluncuran: separuh vokal Sebagaimana yang tertunjuk pada namanya. supaya aliran udara bebas keluar melalui rongga hidung. separuh vokal ialah konsonan yang menyerupai vokal. dihasilkan dengan sekatan sepenuhnya tetapi velum direndahkan. Bunyi ini dihasilkan dengan badan lidah berada pada posisi yang sama 3 . sekatan itu tidak dilepaskan dengan serta merta. Sengau labial dan dental (atau alveolar) berkemungkinan bersifat universal. Bagi bunyi sisian. tetapi sama ada atau kedua-dua bahagian tepi lidah diturunkan. lidah membuat sekatan sepenuhnay (sebagaimana dilakukan bagi bunyi hentian dan sengau). iaitu masing-masing sebagai likuida sisian dan bukan sisian.

Biasanya kebanyakan bahasa mempunyai bunyi separuh vokal yang sepadan dengan satu atau lebih vokal tingginya. Sama ada satu urutan vokal dan separuh vokal itu berfungsi sebagai diftong bergantung pada struktur bahasa berkenaan.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ sebagaimana vokal tinggi dihasilkan. Dalam kebanyakan bahasa. Kecuali lidah itu lebih hamper dengan lelangit keras. bunyi separuh vokal selalunya ialah alofon kepada vokal tinggi apabila berhampiran dengan sesuatu vokal lain. Larink ditutup rapat. apabila glotis dibuka. bunyi ‘pop’ akan kedengaran 4 . Geluncuran Glotal Bunyi geluncuran glotal ialah bunyi h. Penyempitan tambahan inillah yang menjadikannya sebagai konsonan. Untuk menghasilkan bunyi hentian glottis. bunyi h selalunya dihuraikan sebagai versi tidak bersuara(tiada penggetaran pita suara) bunyi yang berikutnya. Suatu gabungan antara vokal dan separuh vokal boleh menghasilkan diftong yang berfungsi seperti vokal tunggal. dengan merapatkan pita suara.

Udara tersekat sepenuhnya pada bibir. Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut: Di awal perkataan: panjat. sedap. pukul. b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. kemudian dilepaskan serta merta. santap 5 . c) Pita suara dibuka (direnggangkan). pokok. sepak.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ Cara penghasilan konsonan 1. atap. d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara p (seperti dalam gambar rajah). Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [ p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara p dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: a) Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang keluar ke rongga mulut. dapur. dapat Di akhir perkataan: dakap. puteri Di tengah perkataan: lepas.

tiba Di akhir perkataan: sebab. kemudian udara dilepaskan dengan serta merta. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan dua bibir bersuara (lihat pada gambar rajah). buku. lembab. Kehadiran konsonan ini dalam perkataan hádala seperti yang berikut: Di awal perkataan: burung. batu Di tengah perkataan: tubuh.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 2. c) Pita suara dirapatkan. b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. kitab. d) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut. budak. adab 6 . Letupan Dua Bibir Bersuara [b] Konsonan ini dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: a) Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. tabur. subuh.

b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. sebut. Letupan Gusi Tidak Bersuara [ t ] Konsonan letupan gusi tidak bersuara dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: a) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. c) Pita suara dibuka (direnggangkan). e) Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [ lihat pada gambar rajah] Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut: Di awal perkataan: tangan. d) Udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut keluar tanpa menggetarkan pita suara. satu. datuk Di akhir perkataan: penuntut. Udara kemudiannya dilepaskan dengan serta merta. patut. lembut 7 . kemudian tersekat pada bahagian gusi.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 3. tahu. putus. tarik Di tengah perkataan: petang. tolong.

sidang. tekad. kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta merta. padang. Letupan Gusi Bersuara [ d ] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini proses yang berikut perlu berlaku: a) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir bersuara. b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 4. Konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut: Di awal perkataan: dalam. c) Pita suara dirapatkan. (lihat gambar rajah). padah Di akhir perkataan: abad. d) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya pada gusi . dahulu. dapur Di tengah perkataan: pedang. maksud 8 . duka.

kuda. dilepaskan dengan serta merta.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 5. kemudian. pukat Di akhir perkataan: budak. emak 9 . b) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. c) Pita suara dibuka (direnggangkan). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut: Di awal perkataan: kawan. kalau. dekat. d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. pekak. Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [ k ] Konsonan letupan lelangit lembut k dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: a) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara k (lihat gambar rajah). Udara tersekat pada bahagian lelangit lembut. bakat. tengok. kita Di tengah perkataan: sukat.

Letupan Lelangit Lembut Bersuara [ g ] Bagi menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut bersuara proses berikut perlu dilakukan: a) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru. Udara tersebut kemudiannya dilepaskan dengan serta merta. dan tersekat pada bahagian lelangit lembut. syurga Di akhir perkataan: beg. ganti. agar. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut bersuara (lihat gambar rajah). d) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. monolog 10 . dialog. gantung. gajah Di tengah perkataan: agak. Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut: Di awal perkataan: guru. b) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. c) Pita suara dirapatkan. juga.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 6.

BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 7. ?ada. golo?. gala? 11 . Hentian Glotis [ ? ] Untuk menghasilkan bunyi hentian glotis proses berikut turut berlaku: a) Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya. so?al Di akhir perkataan: tida?. Contoh perkataan yang mengandungi bunyi konsonan ini ialah: Di awal perkataan: ?ibu . c) Udara dari paru-paru keluar dan tersekat dan terhenti pada bahagian glotis dan tidak dilepaskan. b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. ana?. ?ikan. d) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan hentian glotis yang terdapat dalam bahasa Melayu( lihat gambar rajah). ke?ada?an. ?orang Di tengah perkataan: sa?at. juma?at.

contoh Di tengah perkataan: suci. Letusan Lelangit Keras – Gusi Tidak Bersuara [ ] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini. koc 12 . curi. d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. banci. kunci Di akhir perkataan: mac.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 8. b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. pelepasan udara adalah lebih cepat sedikit berbanding dengan pelepasan udara untuk bunyi konsonan letusan (afrikat) dalam bahasa Inggeris seperti dalam perkataan ”Church”. Udara tersebut tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi. Bunyi konsonan c yang hadir dalam bahasa Melayu adalah seperti dalam contoh perkataan yang berikut: Di awal perkataan: cari. Proses yang berikut turut berlaku: a) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras. benci. Walau bagaimanapun untuk bunyi konsonan c dalam bahasa Melayu. c) Pita suara dibuka (direnggangkan). cuti. Kemudian udara tersebut dilepaskan dengan perlahan (bukan dengan cepat atau dengan serta merta).

Bagi bunyi konsonan j dalam bahasa Melayu pelepasan udara adalah adalah lebih cepat daripada pelepasan udara untuk bunyi konsonan j dalam bahasa Inggeris seperti untuk perkataan ”judge”. Letusan Lelangit Keras-Gusi Bersuara [ ] Bunyi konsonan letusan lelangit keras-gusi dihasilkan melalui proses seperti yang berikut: a) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras –gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. jolok. Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut: Di awal perktaan: jangan. d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan tersekat pada daerah lelangit keras gusi. terjun. janggut. c) Pita suara dirapatkan. juga Di tengah perkataan: tajam. b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk menyekat udara daripada memasuki rongga hidung. kolej 13 . bujang.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 9. Udara dilepaskan perlahan ( bukan dilepaskan dengan cepat atau serta merta). e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi j (lihat dalam gambar rajah). hujan Di akhir perkataan: imej.

d) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut: Di awal perkataan: sayang. Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ] Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara s proses yang berikut turut berlaku: a) Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan. beras 14 . c) Pita suara dibuka (direnggangkan). Pita suara tidak digetarkan. ( Lihat gambar rajah) . hiris. bilis.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 10. sedap Di tengah perkataan: basuh. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gusi tidak bersuara. sungguh. pasar Di akhir perkataan: habis. b) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tetak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung. dasar. sapu. kasar.

Kehadiran bunyi ini adalah seperti yang berikut: Di awal perkataan: habis. Proses yang berikut turut berlaku: a) pita suara dibuka (renggangkan) untuk membuka sempitan pada glotis. Geseran Glotis Bersuara [ h ] Untuk menghasilkan bunyi konsonan generan glotis h. hinggap Di tengah perkataan: lihat. tahap. c) Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glotis. jahat Di akhir perkataan: bersih. hantu. pihak. b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 11. lebih 15 . hulur. Pita suara digetarkan. d) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glotis bersuara (lihat gambar rajah). kasih. letih.

BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 12. runtuh. keras. Konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut: Di awal perkataan: rasa. kasar. lebar. laras. c) Pita suara dirapatkan. karut Di akhir perkataan: besar. ratu. rusuh Di tengah perkataan: beras. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara r (lihat gambar rajah). Geseran Gusi Bersuara [ r ] Bunyi geseran gusi bersuara r dihasilkan dengan cara yang berikut: a) Hujung lidah dikenakan pada gusi b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah dan pita suara digetarkan. edar 16 .

lupa Di tengah perkataan: selamat. Sisian Gusi Bersuara [ l ] Konsonan sisian gusi bersuara l dihasilkan dengan cara: a) Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Pita suara digetarkan. d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. pukul 17 . penggal. tetapi hanya dapat keluar melalui sisian atau tepian. b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. lambat. bulat Di akhir perkataan: tinggal. lampu. kelat. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sisian gusi bersuara (lihat dalam rajah). Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut: Di awal perkataan: lama. c) Pita suara dirapatkan. kilat. bekal.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 13.

masin Di tengah perkataan: timun. tilam 18 . Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut: Di awal perkataan: makan. Sengau Dua Bibir Bersuara [ m ] Konsonan sengau dua bibir bersuara dihasilkan dengan cara: a) bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. silam. dalam. bibir mulut dibuka semasa menyebut bunyi m dan pita suara digetarkan (lihat gambar rajah). namun. c) Pita suara dirapatkan d) Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. lima Di akhir perkataan: salam.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 14. mula. malam. timur. b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya udara dapat memasuki rongga hidung.

BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 15. panas. simpan. d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi. Sengau Gusi Bersuara [ n ] Bunyi sengau gusi bersuara n dihasilkan dengan cara: a) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau gusi bersuara (lihat dalam rajah). b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung. lontar Di akhir perkataan: papan. c) Pita suara dirapatkan. Pita suara digetarkan. binasa. Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut: Di awal perkataan: nasi. lapan. naluri Di tengah perkataan: kenari. nangka. Kemudian keluar melalui rongga hidung. nuri. sembilan 19 .

nyanyok Di tengah perkataan: banyak. nyamuk. d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit keras-gusi. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sengau lelangit keras-gusi bersuara (lihat gambar rajah). Di awal perkataan: nyanyi. tanya. Kemudian keluar melalui rongga hidung. c) Pita suara dirapatkan. Pita suara digetarkan.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 16. minyak. nyata. sunyi 20 . Sengau Lelangit Keras – Gusi Bersuara [ ] Untuk menghasilkan bunyi ini proses yang berikut turut berlaku: a) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga ke hidung supaya udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung. Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut.

b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung. singa.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 17. kemudian keluar melalui rongga hidung. tangga Di akhir perkataan: tanggung. tanjung. c) Pita suara dirapatkan d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit lembut. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau lelangit lembut bersuara (lihat gambar rajah). burung. ngiau Di tengah perkataan: bunga. gantung 21 . Pita suara digetarkan. Sengau Lelangit Lembut Bersuara [ ] Bunyi konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan melalui proses yang berikut: a) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. bangga. Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti dalam contoh yang berikut: Di awal perkataan: nganga.

wayang. c) Pita suara dirapatkan d) Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. lawan. kawat. Separuh Vokal Dua Bibir [ w ] Bunyi separuh vokal dua bibir bersuara w ini dihasilkan dengan cara: a) Bibir dibundarkan b) Belakang lidah diangkat ke arah lelangit. wang Di tengah perkataan: kawan.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 18. Semasa menghasilkan bunyi vokal u lidah dengan pantas berubah ke kedudukan (posisi) untuk menghasilkan vokal tengah e (lihat gambar rajah). waris. lewat Di akhir perkataan: sepak takraw 22 . tetapi tidak menyentuh lelangit lembut ( sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang u). Kehadiran konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut: Di awal perkataan: wau.

d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara. yatim. bayang. Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [ j ] Bagi menghasilkan bunyi konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara j proses yang berikut turut berlaku: a) depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vokal i. kemudian semasa menghasilkan bunyi itu kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah e. sembahyang 23 . e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan separuh vokal j (lihat gambar rajah). c) Pita suara dirapatkan. sayang. Semasa menghasilkan bunyi vokal i kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah e. Kehadiran bunyi konsonan ini dalam perkataan adalah seperti dalam contoh yang berikut: Di awal perkataan: yang. yakin. yuran Di tengah perkataan: dayang.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ 19. b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.

Konsonan-konsonan tersebut terdiri daripada : 1. Konsonan-konsonan ini telah umum dipakai dalam perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing. 5. d) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir gigi. fonetik Di tengah perkataan : nafkah. 8. Geseran Bibir – Gigi Tidak Bersuara [ f ] Bunyi konsonan geseran bibir-gigi tidak bersuara dihasilkan dengan cara: a) Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui ruang yang sempit. Konsonan ini hadir dalam perkataan pinjaman seperti contoh yang berikut: Di awal perkataan: fikir. faham. Inggeris dan sebagainya. b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. sifar. Seperti bahasa Arab. Sanskrit. kufur 24 . e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran bibir gigi tidak bersuara f (lihat gambar rajah). 6. 7.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ Konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu Dengan konsonan pinjaman dimaksudkan konsonan-konsonan yang bukan berasal daripada bahasa Melayu tetapi dipinjam daripada bahasa lain. Pita suara tidak digetarkan. c) Pita suara dibuka (direnggangkan). 2. sifir. fitnah. Geseran bibir-gigi tidak bersuara f Geseran bibir-gigi bersuara v Geseran gigi tidak bersuara Geseran gigi bersuara d Geseran gusi bersuara z Geseran lelangit keras tidak bersuara Geseran lelangit lembut tidak bersuara x Geseran lelangit lembut bersuara 1. 4. 3.

maaf. variasi Di tengah perkataan: universiti. c) Pita suara dirapatkan d) Udara dari paru-paru keluar dengan menggesel melalui sempitan pada daerah bibir-gigi.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ Di akhir perkataan : arif. Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut: Di awal perkataan: vokal. huruf Geseran Bibir-Gigih Tidak Bersuara [ v ] Bunyi konsonan geseran bibir-gigi tidak bersuara dihasilkan dengan cara a) bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggesel melalui sempitan b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. alif. novel 25 . Pita suara digetarkan e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran bibir-gigi bersuara v (lihat gambar rajah).

Thalatha. Pita suara tidak digetarkan. thabit. othman Di tengah perkataan: Mithal Di akhir perkataan : Hadith 26 . b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung c) Pita suara dibuka (direnggangkan) d) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan antara gigi atas dan gigi bawah. Konsonan ini hadir dalam perkataan seperti dalam contoh yang berikut: Di awal perkataan: Ithnin.BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ Geseran Gigi Tidak Bersuara Konsonan geseran gigi tidak bersuara dihasilkan melalui cara: a) Hujung lidah dihampirkan kepada daerah antara gigi atas dengan gigi bawah untuk membuat sempitan pada daerah antara gigi bawah supaya udara keluar dengan menggeser. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gigi tidak bersuara .

Fungsi dan Penguasaannya oleh penutur. Kuala Lumpur. Petaling. Dewan Bahasa dan Pustaka. ZULKIFLEY HAMID. Penterjemah AISHAH MAHDI. Penterjemah ZAHARANI AHMAD. DR ASMAH HJ. 1996. Fonologi Generatif. SANFORD A. Fajar Bakti Sdn. OMAR. BAHASA: Konsep. Dewan Bahasa dan Pustaka.1992. SCHANE.AZIZAH HUSSEIN LINGUISTIK: Pengantar Bahasa dan Komunikasi.NOR HASHIMAH JALALUDDIN. 27 .BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ BIBLIOGRAFI ADRIAN AKMAJIAN ET AL. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Nahu Melayu Muktahir. Bhd. 1980. PROF. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Bunyi bahasa Melayu. PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN. Universiti Putra Malaysia. HAMID MAHMOOD. HTTP:// WWW. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Serdang. 28 .BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ___________________________________________________________________________________________________________ _ ABD.43400 UPM.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->