You are on page 1of 3

1.

3 MIKROORGANISMA YANG BERFAEDAH Sesetengah mikroorganisma adalah berguna dan memberi faedah kepada kita

Pencernaan makanan

Penguraian

Kegunaan mikroorganisma

Perubatan Pertanian

Perindustrian

1. Pencernaan makanan Terdapat bakteria dan protozoa tertentu yang terdapat di dalam usus manusia dan sesetengah haiwan Mikroorganisma ini membantu dalam proses pencernaan dan menghapuskan mikroorganisma yang merbahaya Mikroorganisma ini juga menghasilkan vitamin (Cth: Vitamin K) Contoh bakteria: Lactobacillus acidophilus, Bifidobacteria, Streptococcus thermophilus and Lactobacillus bulgaricus Dalam perut haiwan herbivor dan salur penghadaman anai-anai terdapat protozoa yang merembeskan enzim selulase untuk menukarkan selulosa kepada glukosa

2. Penguraian Kebanyakan bakteria membantu dalam proses penguraian organisma mati dan bahan buangan haiwan Bakteria saprofit dan kulat saprofit menguraikan tumbuhan, haiwan dan bahan organik yang mati bagi mengelakkan bahan-bahan tersebut terkumpul dan mencemari alam sekitar Mikroorganisma ini menguraikan bahan-bahan tersebut kepada humus yang kaya dengan mineral Bakteria juga digunakan dalam pembersihan tumpahan minyak untuk menguraikan minyak kepada bahan yang kurang berbahaya Dalam perawatan air kumbahan, bakteria digunakan untuk memecahkan bahan pejal kepada bahan yang kurang merbahaya iaitu karbon dioksida. 3. Perubatan Sesetengah jenis mikroorganisma boleh digunakan untuk menghasilkan antibiotic (Cth: Kulat Penicillium notatum digunakan untuk menghasilkan ubat penisilin). Antibiotik ialah bahan yang boleh melemahkan atau memusnahkan mikroorganisma lain. Bakteria dan virud tertentu juga digunakan untuk menghasilkan vaksin. Vaksin ialah mikroorganisma yang telah dilemahkan atau mati yang disuntik ke badan manusia untuk merangsang penghasilan antibodi dalam badan manusia. Mikroorrganisma tertentu juga boleh digunakan untuk menghasilkan vitamin (Cth: Kulat Vitamin B12) 4. Perindustrian Dalam penghasilan minuman beralkohol, yis digunakan. Tindak balas yis dan glukosa semasa proses penapaian akan menghasilkan alkohol. Dalam pembuatan kek dan roti, tindak balas yis dengan karbohidrat dalam tepung menghasilkan karbon dioksida yang akan menyebabkan adunan kek dan roti menjadi kembang dan lembut. Bakteria Lactobacillus digunakan untuk membuat yogurt daripada susu. Bakteria Acetobacter dicampurkan dengan alcohol untuk menghasilkan cuka. Bakteria juga digunakan dalam pembuatan mentega dan keju daripada susu.

5. Pertanian Bakteria pengikat nitrogen pada nodul akar tumbuhan legume mengikat gas nitrogen dalam udara kepada sebatian nitrat dalam tanah. Haiwan perosak dapat dihapuskan dengan menggunakan mikroorganisma parasit. Proses penguraian haiwan dan tumbuhan mati oleh bakteria dan kulat akan membebaskan ammonia yang boleh menambahkan kandungan nitrogen dalam tanah dan menambahkan kesuburan tanah. Potensi penggunaan mikroorganisma Dalam penyelidikan bioteknologi, bakteria berupaya menguraikan bahan pencemar. Tindakan bakteria terhadap bahan-bahan reput menghasilkan biogas yang boleh dijadikan sebagai sumber tenaga alternatif bagi petroleum. Kejuruteraan genetik menghasilkan hormon insulin dengan menggunakan bakteria. Enzim-enzim boleh diekstrak daripada bakteria digunakan dalam industri makanan. Uji minda 1. Bagaimana bakteria membantu dalam proses penghadaman haiwan herbivor? 2. Namakan bahan yang dihasilkan oleh bakteria semasa proses perawatan air kumbahan. 3. Namakan bahan yang digunakan untuk mengubati penyakit yang disebabkan oleh bakteria. 4. Apakah peranan bakteria pengikat nitrogen dalam tanah? 5. Bagaimana yis memainkan peranan dalam pembuatan roti?

You might also like