You are on page 1of 25

PENGHARGAAN Alhamdulillah hirabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke

hadrat ilahi dan dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus saya ini dengan jayanya. Saya menjulang setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah saya iaitu Ustaz Ismail b. Mat Ludin, pensyarah bagi matapelajaran Tilawah dan Tafsir yang telah memberikan tugasan ini kepada saya. Tambahan ,lagi, beliau telah banyak memberikan segala tunjuk ajar dan pedoman bagi menjelaskan kekeliruan kepada kami pada permulaannya. Segala didikan beliau amat berguna dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya ucapan terima kasih ditujukan khas buat kedua ibu bapa saya iaitu Jamaludin b. Ahmad bersama isteri, Normah bt. Hashim yang telah banyak menyumbangkan kerjasama dari segi kewangan mahupun bantuan dari segala

aspek yang diperlukan. Segala jasa mereka tidak dapat ditukar dengan wang ringgit. Tidak lupa juga ucapan penghargaan ini kepada rakan-rakan saya dan masyarakat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan projek tugasan saya ini. Selain itu, tugasan ini telah banyak mendidik saya menjadi pelajar yang sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai kesusahan demi untuk mencapai kejayaan bak kata pepatah Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sekian, terima kasih.

PENDAHULUAN

Tugasan ini mempunyai tiga bahagian iaitu penulisan esei, buku skrap dan penulisan refleksi. Bahagian penulisan esei memerlukan saya untuk mentafsir empat bahagian pengajian iaitu dari segi aqidah, fiqh, akhlak dan kisah para nabi. Kemudian, daripada ayat-ayat ini saya dikehendaki untuk menganalisis pengajaran ayat serta mengaitkannya dengan isu-isu semasa. Manakala, bagi bahgian kedua pula iaitu buku skrap, saya ditugaskan untuk mengkaji tentang Israiliyyat dan bahayanya terhadap Islam pada masa sekarang. Saya telah membahagikan Israiliyyat ini kepada pembahagiannya, contoh-contoh, hukum meriwayatkan dan kesannya terhadap ajaran Islam. Seterusnya ialah penulisan refleksi dimana saya dikehendaki untuk menganalisis pengalaman yang dilalui semasa menulis esei dan membuat buku skrap. Di dalam penulisan refleksi ini, saya juga perlu mengemukakan lima sebab bagaimana tugasan dapat meningkatkan kefahaman saya berkaitan dengan tajuk tugasan ini.

BAHAGIAN AQIDAH: SURAH AL-BAQARAH AYAT 1-5 TERJEMAHAN AYAT [1] Alif, Laam, Miim. [2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; [3] Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. [4] Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). [5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.

TAFSIR DAN PENGAJARAN AYAT Mengikut tafsir al-Azhar, kebanyakan penafsir-penafsir di akhir zaman ini membicarakan tentang huruf-huruf seperti di permulaan surah al-Baqarah ( )ini menurut cara mereka sendiri iaitu terdiri daripada dua golongan. Golongan yang pertama ialah yang memberikan maksud sendiri daripada huruf-huruf tersebut iaitu terdiri daripada penafsir sahabat yang terkenal iaitu Abdullah bin Abbas. Ibnu Abbas menerangkan bahawa ketiga huruf ini adalah isyarat kepada tiga nama iaitu Alif untuk nama Allah, Lam untuk Jibril dan Mim untuk Nabi Muhammad SAW. Menurut riwayat dari al-Baihaqi dan Ibnu Jarir yang diterima dari sahabat Abdullah bin Masud, bahawa beliau perna h menyatakan bahawa hurufhuruf Alif-Lam-Mim itu adalah dari nama Allah, malah dikatakannya bahawa itu adalah dari Ismullahi al-Azham iaitu nama Tuhan Yang Agung. Rabi b. Anas (sahabat Rasulullah) menagatakan bahawa Alif-Lam-Mim itu terdapat tiga kunci, Alif adalah kunci dari namaNya Allah, Lam kunci dari namaNya Lathif dan Mim kunci
3

dari namaNya Majid. Tafsir ini juga dipakai oleh Tabiin iaitu Ikramah, as -Syabi, asSuddi, Qatadah. Mujahid dan Hassan al-Bishri. Golongan kedua pula mentafsirkan ayat ini sebagai rahsia Allah, termasuk ayat mutasyabih yang kita baca dan percaya, tetapi Allah lebih mengetahui maksudnya. Apa yang dibaca oleh kita adalah daripada bacaan orang-orang Arab serta dipanjangkan. Riwayat ini diterima oleh Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Ali bin Abu Thalib. Menurut riwayat Abul-Laits as-Samarqandi, bahawa menurut Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Abdullah bin Masud berkata, Huruf potongan itu tertutup untuk ditafsirkan. Abu Hakim pula berkata, Di dalam Al-Quran kita tidak mendapat huruf-huruf, melainkan di pangkal beberapa surah, dan tidaklah kita tahu apa yang dikehendaki Allah dengan dia. Ayat yang kedua pula bermaksud inilah Al-Quran meskipun pada waktu tersebut ianya belum menjadi naskhah atau mashaf berupa buku, namun setiap ayat dan surah yang diturunkan telah menjadi hafalan oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Ianya adalah wahyu dari Allah, dibawa oleh Jibril dan bukan dikarang oleh Rasul yang ummi. Ianya adalah sebagai petunjuk kepada orang yang bertakwa. Seterusnya ialah ayat yang berkisarkan tentang kepercayaan kepada yang ghaib. Perkara yang ghaib yang dimaksudkan ialah yang tidak dapat disaksikan oleh pancaindera, tetapi dapat dirasai melalui akal seseorang manusia. Terdapat dua golongan manusia iaitu yang yang percaya kepada benda-benda yang nyata sahaja. Mereka tidak mempercayai bahawa adanya Tuhan, Malaikat serta perkara-perkara yang ghaib. Golongan kedua ialah yang mempercayai perkara-perkara yang ghaib. Contohnya, umat Rasulullah tetap mengikuti sunnah Rasulullah walaupun nabi telah wafat sekian lama. Perkara ini diertikan sebagai keimanan kepada perkara-perkara yang ghaib. Keimanan ini akan sekaligus dituruti dengan mendirikan sembahyang. Sembahyang pula didirikan apabila masuknya waktu solat dengan erti kata lain dia memelihara solatnya kepada Allah. Kesimpulan daripada ayat ini ialah kepercayaan kepada yang ghaib seterusnya dibuktikan dengan sembahyangnya. Maka, dia juga rajin untuk berkhidmat dengan masyarakat dengan menyalurkan zakat atau bersedekah kerana orang mukmin tidak mungkin dapat hidup secara berseorangan di dunia ini. Dengan itu, dia dapat membantu kehidupan masyarakat dengan penyaluran zakat dan
4

sedekah hanya untuk mendapat keredhaan Allah. Ayat seterusnya menjelaskan tentang kepercayaan kepada rasul utusan Allah iaitu Nabi Muhammad SAW tentang apa yang diwahyukan kepadanya sebagai iman dan ikutan manusia kepada Allah. Begitu juga kepercayaan kepada ajaran yang telah diturunkan sebelum Nabi Muhammad iaitu kepada Nabi Nuh, Musa, Isa dan yang lainnya kerana mereka semua adalah Nabi utusan Allah. Ayat terakhir pula menerangkan tentang penyempurnaan iman iaitu keyakinan bahawa hidup di dunia dan kehidupan di akhirat adalah yang abadi. Sesungguhnya, individu inilah yang berada di bawah limpahan kasih sayang Allah dan termasuk dalam orang-orang yang berjaya. Pengajaran yang boleh diambil daripada keseluruhan penceritaan ayat ini ialah kita hendaklah mengimani Al-Quran sebagai rujukan pertama kita dalam menjalani kehidupan di dunia. Ini adalah kerana Al_quran adalah kalam Allah yang kita wajib beriman dengannya dengan mempercayai segala isi kandungan yang telah diperintahkan di dalamnya. Jika kita lihat kembali ayat yang pertama berbeza dengan kandungan ayat yang lain. Disini, kita perlulah mencontohi para ilmuwan terdahulu melalui sikap berusaha mereka mengkaji makna-makna Al-quran kerana Allah sendiri

memerintahkan manusia untuk mentadabbur dan merenungi makna-maknanya berlandaskan ilmu yang ada pada mereka. Justeru, kita hanya dapat menyerahkan segala makna-maknanya yang sebenar hanya kepada Allah. Sesungguhnya, Dia lebih Mengetahui. Seterusnya, diterangkan juga cara-cara untuk menjadi mukmin yang bertakwa seperti beriman kepada perkara yang ghaib, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan mempercayai ajaran yang telah diwahyukan kepada Nabi dan Rasul. Justeru, kita hendaklah menjadi orang yang bertakwa dengan mengikuti segala panduan daripada Al-Quran dalam proses mendapatkan gelaran sebagai seorang mukmin yang bertakwa.

ISU SEMASA BERKAITAN AQIDAH Dalam menempuh zaman kemodenan ini, kebanyakan individu sering melupakan tentang pembayarab zakat atau sengaja menangguhkannya hingga membawa kepada istilah terlupa dalam membayar zakat. Seseorang telah bertanyakan soalan apakah hukum individu yang berpuasa tetapi mereka tidak menunaikan zakat fitrah. Hal ini telah dibincangkan oleh Mohd Asri Silahuddin (2009) bahawa menunaikan zakat fitrah adalah wajib yang mutlak di dalam Islam dan mengabaikannya adalah haram dan berdosa di sisi Allah SWT. Ibnu Umar r.a meriwayatkan: Rasulullah telah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang-orang keluar melaksanakan solat Aidilfitri. ( Riwayat Bukhari dan Muslim). Hikmah mengeluarkan zakat fitrah ini adalah untuk membersihkan orangorang yang berpuasa daripada kelalaiannya, Ibnu Abbas menyatakan: "Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada bicara yang tiada manfaatnya dan kata-kata kotor". ( Riwayat Abu Daud ). Ulama fikah menyatakan, orang yang enggan berzakat kerana kesengajaan dan mengingkari kewajipannya, maka dia boleh jatuh kepada kekufuran. Namun, jika kerana terlupa, maka hendaklah segera dia menunaikannya walau sudah terlepas waktunya (menjadi qada) dan segeralah memohon keampunan kepada Allah SWT di atas kelalaiannya sebelum itu.

BAHAGIAN FIQH: SURAH AL-BAQARAH AYAT 228-230 TERJEMAHAN AYAT [228] Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteriisteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [229] Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteriisteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa keduaduanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. [230] Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.

TAFSIR DAN PENGAJARAN AYAT Menurut tafsir Al-Azhar, ayat 228 surah al-baqarah membawa maksud wanita yang diceraikan itu hendaklah menahan diri mereka daripada berkahwin dengan lelaki lain selama tiga kali suci daripada haid. Penahanan ini bertujuan untuk mengosongkan rahim wanita yang telah diceraikan daripada benih suaminya yang lama. Pada masa ini, wanita tersebut hendaklah memaklumkan statusnya sama ada hamil, dalam keadaan haid ataupun tidak. Ayat seterusnya pula menjelaskan tentang proses rujuk iaitu suami merujuk kembali isterinya dalam tempoh iddah jika mereka bertujuan untuk berdamai. Dalam pada itu, wanita-wanita yang telah diceraikan itu juga mempunyai hak yang sama bermaksud wanita yang telah diceraikan mestilah menyedari tugasnya iaitu bersama-sama dengan suami untuk merujuk kembali jika suami mengkehendakinya. Ini kerana persefahaman adalah penting pada waktu ini untuk mereka bersama-sama membina kembali hubungan yang telah diputuskan. Pengajaran yang boleh diambil daripada ayat 228 daripada surah Al-Baqarah ini ialah hikmah memaklumkan status wanita yang telah diceraikan oleh suaminya sama ada hamil, dalam keadaan haid ataupun tidak yang bertujuan untuk menjaga kemaslahatan bagi kedua-dua belah pihak. Ditafsirkan juga bahwa suami yang menyedari tentang tanggungjawabnya selepas dimaklumkan isterinya yang

diceraikan ketika hamil, berkemungkinan besar akan merujuk kembali isterinya dalam tempoh iddah tersebut yang bertujuan untuk perdamaian. Rasulullah SAW juga menyarankan untuk menjaga adab dalam proses menceraikan isteri dan melarang keras daripada mentalak isteri dalam keadaan haid. Diceritakan bahawa Saidina Abdullah bin Umar pernah dicela oleh Rasulullah kerana menjatuhkan talak kepada isterinya dalam keadaan haid. Selain itu, kita juga hendaklah menghayati maksud Allah telah memberikan satu darjat ketinggian kepada suami untuk merujuk kembali isterinya walau tanpa persetujuan wanita tersebut. Sebagai wanita, kita hendaklah saling memberikan kerjasama kepada suami apabila ditimpa musibah penceraian ini. Secara umumnya, lelaki iaitu pihak suami lebih berfikiran matang dalam membuat keputusan. Oleh sebab itulah, kuasa penceraian hanya diletakkan ke atas suami. Wanita hendaklah mengamalkan sikap toleransi dalam menjalinkan hubungan kekeluargaan supaya
8

suami tidak berasa tercabar seterusnya melafazkan kalimah penceraian terhadap isterinya. Mengikut tafsiran yang sama melalui ayat 229 dalam surah al-baqarah ini, imam Ibnu Kathir telah menjelaskan bahawa talak bermaksud lepas sementara akad perkahwinan bermaksud ikatan. Jadi, dapat disimpulkan bahawa talak ialah melepaskan ikatan perkahwinan. Maksud dua kali dalam ayat ini ialah berpisah yang boleh dirujuk hanya dua kali tetapi bukan bermaksud mengucapkan lafaz talak dua atau tiga dalam satu keadaan kerana ianya hanya akan menghasilkan penceraian sebanyak sekali sahaja. Selepas itu, ayat ini menjelaskan jika telah merujuk isteri untuk kali yang kedua hendaklah mereka menjalankan kewajipan sebagai pasangan suami isteri mengikut syarak tetapi jika berlaku juga penceraian, suami dilarang untuk meminta ganti rugi daripada isterinya kecuali jika penceraian berlaku atas kehendak isterinya sendiri. Kaedah ini disebuat sebagai khulu atau tebus talak. Pengajaran yang dapat diambil daripada ayat ini ialah lelaki iaitu suami dilarang untuk meminta harta isterinya jika berlaku penceraian terhadap mereka. Ini kerana harta tersebut adalah kepunyaan isterinya sendiri yang telah diberikannya sewaktu perkahwinan mereka masih aman. Jadi, sebagai seorang suami hendaklah bertimbang rasa kepada bekas isterinya kecuali suami boleh menuntut harta sepencarian mereka semasa mereka bersama-sama bekerja dahulu. (njnkjnknkkknk 2008). Menurut Dr. Peunoh Daly(1994) khulu ialah sa tu sistem penceraian dengan cara tebusan. Menurut Syaid Sabiq (1990) pula, tebusan adalah sebagai ganti rugi kepada penceraian. Jika tidak ada, maka penceraian adalah tidak sah. Tafsir al-Azhar melalui ayat 230 menghuraikan maksud bahawa jika penceraian kali yang ketiga berlaku, maka wanita tersebut adalah haram untuk suami itu merujuk kembali isterinya walaupun dalam tempoh iddah. Seterusnya, tafsiran ini menjelaskan bahawa wanita yang telah diceraikan untuk kali yang ketiga boleh dirujuk kembali jika wanita tersebut berkahwin dengan lelaki lain dan mereka telah bersetubuh bersama. Apabila berlaku penceraian wanita tersebut dengan suami yang kedua, suami yang pertama boleh merujuk kembali isterinya dengan syarat suami kedua tidak merujuk kembali setelah tamat tempoh iddah mereka. Pengajaran yang boleh diambil daripada tafsiran ayat 230 ini ialah kita hendaklah mematuhi hukuman yang telah disyariatkan Allah apabila berlakunya
9

penceraian untuk kali yang ketiga. Talak ini dikategorikan sebagai talak bain kubr a. Maksud talak jenis ini ialah talak yang dijatuhkan sebanyak tiga kali oleh suami kepada isterinya. Maka, pasangan tersebut akan terpisah daripada menjadi suami isteri buat selama-lamanya melainkan isteri tersebut mengadakan akd nikah yang baru dengan lelaki lain dan bercerai dengannya atau suaminya itu meninggal dunia. Seperti yang telah ditetapkan oleh Allah dalam ayat ini jika berlaku penceraian iaitu dalam ayat: Maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. Jelas disini bahawa Allah menghalalkan perkahwinan suami dan isteri yang ingin berkahwin semula selepas talak bain kubra berlaku mengikut aturan -aturan yang telah ditetapkan melalui Al-Quran. Mereka perlu mengadakan akad

perkahwinan yang baru dengan syarat bekas isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain dan telah melakukan persetubuhan. Disini, Allah juga menegaskan perkahwinan dengan akad baru boleh dilakukan jika mereka yakin perkahwinan mereka

bermatlamatkan Allah dan ingin memperbetulkan kembali hubungan mereka yang gagal dahulu untuk mencapai keredhaan Allah. Justeru itu, kita hendaklah mengambil pelajaran daripada apa yang berlaku sebelumnya dan tidak boleh sewenang-wenangnya melafazkan talak mengikut emosi dan perasaan. Kesan yang bakal berlaku sesudah penceraian juga perlu dititik beratkan oleh pasangan untuk menjamin kesejahteraan secara bersama.

ISU SEMASA BERKAITAN FIQH Salah satu isu tentang permasaalahan talak ialah seorang suami menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isteri ketika beliau dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak seperti berikut: Selepas habis pantang, maka jatuh talak satu ke atas engkau!

10

Ketika kejadian tersebut , suami itu menyatakan bahawa beliau sedang keadaan

dalam

tidak normal kerana mengambil ubat tidur secara berlebihan. Jadi,

persoalannya ialah sama ada jatuh talak atau tidak melalui SMS dan sama ada jatuh talak oleh suami yang pada masa itu dikatakan tidak normal kerana mengambil ubat tidur berlebihan. Bagi menjawab isu ini, rujukan perlu dibuat terhadap rukun dan syarat sah rukun talak. Menurut pendapat Imam Shafie, rukun talak ada lima iaitu pentalak, sighah (lafaz), mahal (isteri iaitu perempuan ditalak), wilayah (ada kekuasaan) dan ada qasad ( niat ). Kejadian ini telah banyak dibincangkan dan majoriti pendapat jatuh talak melalui SMS jika pada SMS itu dibuat adanya lafaz dan niat yang jelas daripada suami seperti, aku ceraikan kau, aku talak kau atau maka tertalaklah engkau. Persoalan ini lebih menjurus kepada sama ada jatuh talak jika lafaz dibuat ketika suami tidak normal iaitu kerana minum ubat batuk secara berlebihan. Disyaratkan bahawa suami yang melafazkan talak adalah suami yang mukallaf (baligh dan berakal) dan tidak dipaksa. Menurut Dr Wahbah al Zuhaily dalam kitabnya al Fiqh Islami wa Adillatuhu, bagi talak oleh pentalak yang mabuk atau tidak normal kerana mabuk itu sampai pada peringkat percakapan merepek dan tidak menentu, bercampur-campur dan tidak sedar apa diperkatakan ketika mabuk, maka fuqaha sepakat berpendapat tidak jatuh talak daripadanya jika ia mabuk yang tidak diharamkan. Maksud mabuk yang tidak diharamkan ialah seperti orang mabuk kerana darurat, terpaksa, kerana dipaksa atau kerana makan sejenis tumbuhan memabukkan walaupun bukan kerana sesuatu keperluan. Menurut pendapat yang kuat bagi jumhur fuqaha, jika seseorang mengambil atau menggunakan bahan memabukkan tanpa sesuatu keperluan atau darurat, maka jatuh talak yang dilafazkan olehnya dalam keadaan mabuk sebagai hukuman dan cegahan terhadapnya daripada melakukan perbuatan maksiat. Lagipun, dia mengambil bahan yang memabukkan itu dengan pilihan sendiri tanpa ada paksaan dan tanpa darurat. Orang yang mukallaf (bertanggungjawab terhadap tindakannya), juga kerana ijma sahabat Nabi SAW menyatakan kata-kata yang dilafazkan ketika mabuk seperti menuduh perempuan suci berzina dan lain-lain akan dikenakan tindakan. Berdasarkan pendapat jumhur fuqaha, talak yang dijatuhkan melalui penghantaran
11

SMS walau dalam keadaan boleh dikatakan tidak normal kerana tindakan sengaja mengambil ubat tidur secara berlebihan, boleh dikira sah kerana mencukupi rukun pentalak itu sendiri.

BAHAGIAN AQIDAH: SURAH AL-MUMINUN AYAT 1-11 TERJEMAHAN AYAT [1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman [2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang; [3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia- sia; [4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); [5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, [6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela: [7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; [8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; [9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang; [10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi[11] Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

HURAIAN AYAT Ayat 1 iaitu Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu

orang-orang yang beriman yang tetap berjaya mencapai keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak ialah orang-orang yang mengerjakan
12

suruhan Allah dan menjauhi larangannya yang diterangkan dalam ayat-ayat yang berikutnya. Ayat 2 Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya - sembahyang yang sempurna ialah yang dikerjakan dengan khusyuk yakni dengan sepenuh-penuh hormat dan ingatan meliputi anggota-anggota badan dan hati. Ayat 3 dan 4 Orang-orang yang beriman ini akan sentiasa menjauhkan diri mereka dari melakukan perbuatan atau tindakan-tindakan dan mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Malah mereka juga tidak lupa untuk membersihkan harta mereka dengan melaksanakan kewajipan mengeluarkan zakat. Ayat 5 dan 6 Dan mereka yang menjaga kehormatannya yakni yang menjaga nafsu syahwatnya dari perbuatan zina dan sebagainya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya yakni hamba-hamba perempuan (gundik), yang berasal dari tawanan Perang Sabil yang berlaku di antara orang-orang islam dengan orangorang kafir yang menceroboh. Ayat 7 - Yakni sesiapa yang mengadakan hubungan (bersetubuh) dengan yang bukan isterinya atau hamba sahayanya, maka merekalah orang-orang yang melanggar larangan Allah. Ayat 8 Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya - yakni orang-orang yang beriman yang berjaya itu ialah mereka yang apabila diberikan memegang amanah, mereka tidak mengkhianatinya, bahkan mereka akan menjaganya serta menyerahkannya kepada tuannya; dan apabila mereka berjanji, mereka tidak mencabulinya, bahkan mereka akan menepatinya; kerana perbuatan khianat dan mencabuli janji itu ialah sifat orang-orang munafik, sebagaimana yang tersebut di dalam hadis-hadis Nabi (s.a.w). Ayat 9 Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang - yakni yang tetap mengerjakannya pada waktunya dengan cara yang sempurna iaitu 5 waktu bagi orang yang tetap dan 3 waktu bagi orang musafir (berjalan) begitu juga bagi orang yang sakit. Ayat 10 dan 11 - Oleh kerana balasan di akhirat ialah natijah dari amal usaha yang dikerjakan di dunia, lalu ditegaskan dalam ayat ini bahawa orang-orang yang
13

beriman yang bersifat dengan sifat-sifat yang mulia itulah yang akan beroleh sebaikbaik balasan di dalam syurga Jannatul-Firdaus.

TAFSIR DAN PENGAJARAN AYAT Selepas meneliti huraian ayat 1-11 surah al-Muminuun di atas, menurut tafsiran daripada tafsir Fi Zilalil Quran, dibangkitkn dengan beberapa persoalan seperti: 1) Siapakah para Muminin yang dituliskan untuk mereka segala kebajikan, kebahagiaan, taufik dan kenikmatan hidup yang baik di muka bumi ini? 2) Siapakah para Muminin yang dituliskan untuk mereka segala kemenangan, keselamatan, pahala dan keredhaan Allah di akhirat? 3) Apakah balasan-balasan lain sama ada di dunia dan di akhirat yang tidak diketahui sesiapa kecuali Allah?

Bagi menjawab persoalan tersebut, Allah telah menjelaskan sifat-sifat orang tersebut selepas ayat pembukaan surah ini bermula dari ayat 2 hingga ayat 9. Ciri-ciri yang pertama ialah orang yang khusyuk dalam solat mereka. Allah telah mengkategorikan khusyuk dalam solat sebagai tingkatan yang paling tinggi dalam mencapai kejayaan. Ia adalah sebagai satu peringatan kepada orang-orang yang tidak khusyuk dan lalai dalam melakukan ibadat solat kepada Allah bahawa mereka adalah golongan yang paling bawah dalam tingkatan yang paling bawah untuk menempa kejayaan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya solat itu adalah ketenangan hati, kerendahan diri dan permohonan jiwa dan kamu mengangkat kedua belah tanganmu dan berkata: Ya Tuhanku! Ya Tuhanku!, barangsiapa tidak melakukan seperti itu, maka solatnya tidak akan sempurna(kurang syarat-syaratnya). Mereka yang khusyuk di dalam solat akan berasa gementar apabila berdiri menghadap Allah. Hal ini ditafsirkan dengan keadaan hati mereka yang tenang dan khusyuk sehingga menjalar perasaan tersebut ke seluruh tubuh badan mereka
14

sehingga pergerakan mereka sekalipun. Ingatan mereka hanta tertumpu kepada Allah sehingga jiwa mereka dipenuhi dengan keagungan terhadap kekuasaan Allah SWT. Ayat yang seterusnya ialah berkenaan dengan ciri ora ng mumin yang menjauhkan diri dari segala perkara yang sia-sia. Hati mereka akan sentiasa

dipenuhi dengan tugas-tugas akidah yang akan membersihkan hati dan jiwa mereka. Tambahan lagi, hati-hati mereka juga dibebani dengan tugas melakukan yang makruf dan meninggalkan segala perkara yang mungkar. Daya tenaga manusia adalah terbatas sama ada daya itu dihabiskan dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti mengislah, membangunkan dan memajukan kehidupan atau daya tenaga tersebut dihabiskan dengan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah atau sia-sia. Seterusnya ialah berkisarkan tentang zakat yang dapat membersihkan hati dari sifat bakhil, dapat mengatasi cinta terhadap diri sendiri, dan juga dapat menolak bisikan syaitan yang menakut-nakutkan seseorang menjdi miskin apabila

mengeluarkan zakat. Melalui pemebrian zakat juga, ia dapat menanam sikap kepercayaan bahawa terdapatnya ganjaran dan balasan di sisi Allah tentang segala yang kita kerjakan. Pemberian zakat juga bermatlamatkan kepada pemeliharaan masyarakat Islam dari kemiskinan pada sebelah pihak dan kemewahan terhadap satu pihak yang lain. Ia merupakan jaminan sosial untuk seluruh individu serta golongan yang lemah. Ciri-ciri mumin yang berjaya seterusnya ialah orang yang menjaga kemaluan mereka. Penjagaan ini bermaksud mengelakkan diri daripada melakukan zina. Allah telah menggariskan sebaris ayat di dalam Al-Quran tentang perkara yang halal bagi mengelakkan zina di antara hubungan lelaki dan perempuan iaitu, Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Oleh itu, sesiapa yang mencari kenikmatan di luar daripada itu akan termasuk ke dalam kategori berbuat kepada benda yang haram dengan melakukan zina bersama dengan perempuan yang tidak halal baginya atau sebaliknya.

15

Orang yang menjaga amanah pula bermaksud orang yang dapat menjaga fitrahnya. Allah telah menjadikan fitrah itu selaras mengikut sunnatullah. Ia mengakui kewujudan Allah sebagai pencipta dan mengakui wahdaniah-Nya iaitu kekuasaan Allah melalui perasaan dalamannya yang merasakan adanya persamaan undangundang yang mengendalikannya dan undang-undang yang mengendalikan alam ini. Tambahan lagi, ciri-ciri orang mukmin ialah yang dapat menjaga amanat yang diberikan kepada mereka. Itulah sifat-sifat orang mukmin yang tetap pada setiap masa. Kehidupan sesebuah masyarakat pula tidak akan betul melainkan segala amanat yang dikurniakan dapat dijaga dengan sebaiknya. Tafsir al-Azhar juga menjelaskan ciri-ciri mukmin yang berjaya ialah orang yang menjaga solatnya. Orang yang memelihara solat dapat menunaikan solatnya tepat pada waktunya sama ada solat fardhu atau solat sunat mengikut aturan-aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Pada permulaan ayat yang ke-2, Allah telah memberi penekanan kepada solat iaitu menjaga kekhusyukan solat kemudian diakhiri dengan ayat yang ke-9 yang bererti mereka yang tetap menjaga solat mereka. Ia adalah untuk menunjukan darjat ketinggian solat dalam membentuk iman kerana solat merupakan satu bentuk ibadah dalam mengabdikan diri kepada Allah yang paling sempurna. Kehidupan di muka bumi ini tidak akan sempurna walau dengan kekayaan, kenikmatan dan kekuasaan manusia. Sedangkan Allah mengkehendaki supaya orang mukmin yang terus mengikuti jalan hidayah Allah dan akan ditempatkan di dalam syurga Firdaus dan kekal di dalamnya. Menerusi surah Al-Muminuun ayat 1- 11, terdapat banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dan pedoman untuk menjadi muslim dan muslimah yang beriman yang tetap berjaya dan diredhai oleh Allah SWT. Diantaranya ialah sebagai seorang muslim, kita haruslah mengerjakan sembahyang pada waktunya dengan cara yang sempurna dan khusyuk. Ini kerana tujuan Allah menjadikan manusia untuk menghuni alam yang fana ini agar mereka mengabdikan diri kepadanya. Allah sesekali tidak membenarkan kita meninggalkan sembahyang kerana Allah telah memberi jaminan bahawa sesiapa yang mendirikan sembahyang akan selamat di dunia dan di akhirat. Sebagai pengajarannya, orang yang khusyuk dalam sembahyang hatinya akan meninggalkan segala lintasan dunia. Segala perhatian dalam sembahyang hendaklah tertumpu kepada menunaikannya dengan baik.

16

Sembahyang dengan hati yang lalai atau tanpa khusyuk adalah tidak memberi apaapa manfaat. Sebagai seorang muslim kita dikehendaki menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan, tindakan-tindakan dan perkataan yang tidak berfaedah atau sia-sia kerana perbuatan seperti ini tidak akan mendatangkan manafaat kepada kita. Kita juga diingatkan supaya menunaikan zakat kerana dengan berzakat ia boleh membersihkan harta benda yang diperolehi. Sebagai muslim kita mestilah menjaga kehormatan iaitu tidak melakukan perbuatan zina dan sebagainya kerana perbuatan ini akan menjadikan kita sebagai orang-orang yang tercela, melampaui batas dan melanggar larangan Allah s.w.t. Setiap sesuatu yang diamanahkan, sebagai muslim kita mesti menjaganya dengan sebaik mungkin, jangan sesekali mengkhianati amanah tersebut dan haruslah menyerahkan kembali kepada tuannya. Begitu juga jika kita berjanji, kita harus menunaikan dan menepati janji tersebut. Untuk mewarisi syurga jannatul Firdaus, kita harus menjadi orang yang beriman yang berjaya dan bersifat dengan sifat-sifat yang mulia dengan mematuhi perintah Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya.

ISU SEMASA BERKAITAN AKHLAK Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia. Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun. Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia. Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam. Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka.

17

Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaianpakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang. Abu Hurairah r.a Sudah jelas, keadaan sekarang menepati seperti mana hadis Nabi Muhammad s.a.w bahawa di akhir zaman perbuatan zina akan berleluasa dan perbuatan tersebut dilakukan secara terbuka tanpa segan silu. Malah ada yang menganggap bahawa perbuatan tersebut adalah hak individu yang perlu diberi penghormatan sehingga dianggap perbuatan yang mulia dikalangan sesetengah pihak. Perbuatan penyebaran zina secara terbuka seperti promosi pelacuran di ruangan awam seperti facebook adalah tidak wajar kerana ia akan memberi kesan negatif kepada pelbagai pihak termasuklah budak-budak bawah umur. Facebook kebanyakan digunakan oleh setiap lapisan masyarakat termasuklah dikalangan remaja dan kanak-kanak. Sekiranya promosi perbuatan zina berlaku di ruangan facebook ia adalah malapetaka yang besar ke atas umat manusia. Keadaan ini lah yang di kenali sebagai fitnah di akhir zaman yang kebanyakannya tidak disedari oleh kebanyakan pihak berwajib. Penyalahgunaan facebook harus dikenakan tindakan oleh pihak berwajib dan bagi pihak pengguna pulak tidak seharusnya anda semua mendedahkan maklumat peribadi di ruangan siber tersebut kerana pelbagai kemungkinan fitnah yang lebih dasyat akan berlaku. Maklumat peribadi seperti gambar seharusnya tidak dimuatnaikkan dalam akaun facebook kerana pelbagai pihak lain boleh

memanipulasikan gambar tersebut tanpa disedari.

18

BAHAGIAN KISAH NABI-NABI: AYAT 51-56 SURAH AL-ANBIYA TERJEMAHAN AYAT [51] Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya. [52] Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah hakikatnya patungpatung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?" [53] Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya". [54] Ia berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata". [55] Mereka bertanya: "Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar (sebagai seorang Rasul), atau engkau dari orang-orang yang bermain-main sahaja?" [56] Ia menjawab: "(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dia lah yang menciptanya; dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu.

TAFSIR DAN PENGAJARAN AYAT Ayat 51 surah ini berkisarkan tentang kebenaran yang telah diberikan Allah kepada Ibrahim untuk membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah dalam urusanNya iaitu sebelum memberikan kitab Taurat kepada Musa dan Harun kerana baginda layak menerima kenabian tersebut dari Allah. Mengikut tafsir Al-Azhar mengenai ayat 51 surah al-Anbiya ini ialah tentang kecerdikan yang telah dianugerahi Allah kepada Ibrahim sejak zaman mudanya lagi iaitu sebelum Allah mengangkatnya menjadi seorang Nabi. Baginda telah diberi pengetahuan supaya dapat membezakan antara hak dan batil. Seterusnya, ayat 52 memberi maksud tentang persoalan yang sengaja

dipersoalkan oleh Nabi Ibrahim kepada ayah serta kaumnya kerana baginda telah mengetahui tentang hakikatnya sebagai batu atau kayu yang kemudian dijadikan
19

sebagai sembahan. Menurut tafsir ini lagi, ayah nabi Ibrahim bernama Azar iaitu seorang pembuat patung-patung berhala. Nabi Ibrahim membangkang tentang penyembahan mereka kepada berhala dengan berkata, Jika dia (berhala)yang dikatakan sebagai Tuhan kamu, diakah yang berkuasa menjadikan kamu sekalian, atau tangan kamu sendirikah yang membuatnya?. Kemudian ayat seterusnya menerangkan tentang jawapan mereka yang mengikuti sesembahan nenek moyang mereka. Keadaan ini ditafsirkan bahawa mereka hanya mengikuti budaya nenek moyang mereka dan ianya dianggap sebagai amalan turun temurun. Kemudian, Nabi Ibrahim menegaskan secara

terang-terangan bahawa perbuatan mereka iaitu membuat dan menyembah berhala merupakan perbuatan yang sesat sejak dari keturunan nenek moyang mereka lagi. Setelah mendengar celaan yang tegas dari Nabi Ibrahim, lalu pertanyaan seperti di dalam ayat 55 surah ini dibangkitkan. Ia adalah kerana mereka tidak pernah ditegur tentang perkara itu sebelumnya. Ditambah pula, Nabi Ibrahim merupakan salah seorang dari saudara mereka dan anak kepada pembuat berhala. Mereka mengharapkan pembelaan dari Nabi Ibrahim tetapi sebaliknya telah berlaku. Lalu, nabi Ibrahim dalam ayat seterusnya menjelaskan bahawa teguran itu bukan dalam keadaan main-main dan dijadikan sebagai bahan untuk senda gurau tetapi teguran tersebut bermaksud bahawa baginda menegaskan bahawa penyembahan berhala yang dilakukan oleh mereka adalah sia-sia kerana dia tidak mampu berbuat apa-apa sebaliknya hanya Allah yang layak disembah kerana hanya Dia yang meciptakan alam ini. Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah Nabi Ibrahim menentang penyembahan berhala kaumnya ialah kita hendaklah berani menegakkan kebenaran bahawa Allah hanyalah satu. Tidak ada yang patut disembah melainkan Allah sahaja. Keberanian Nabi Ibrahim berhadapan dengan ayahnya sendiri yang menyembah berhala menunjukkan bahawa Islam menganjurkan taat kepada kedua ibu bapa asalkan ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Dalam hal ini, bapa Nabi Ibrahim adalah seorang pembuat berhala dan sering menyeru kepada agama nenek moyang mereka. Justeru, Nabi Ibrahim mengajak bapanya supaya meninggalkan penyembahan berhala dan berani menegaskan bahawa berhala yang disembah oleh mereka hanyalah sia-sia dan tidak berkuasa dalam segala hal.
20

Kita juga hendaklah sentiasa mengamalkan amar makruf nahi mungkar pada setiap masa. Perkataan dakwah amar makruf dan nahi mungkar ini selalu digunakan merujuk kepada mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Kewajipan Muslim melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagai tugas dakwah juga disebut dalam hadis yang bermaksud: "Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemahlemah iman." (Hadis Riwayat Muslim) Rasulullah SAW menggunakan istilah taghyir yang bermaksud kewajipan untuk mengubah perkara tidak baik kepada yang lebih baik dan mencegah sesuatu kemungkaran daripada berlaku. Hadis itu juga menunjukkan setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar secara berperingkat. Pertama, ialah dengan tindakan; kedua dengan perkataan; ketiga dengan hati. Berdasarkan hujah itu, perkataan dakwah mencakupi perbuatan amar makruf dan nahi mungkar kerana amar makruf ialah ajakan melakukan amalan baik, manakala nahi mungkar ajakan menjauhi perbuatan tidak baik. Justeru, kita sebagai orang yang beriman kepada Allah hendaklah sekurang-kurangnya mencegah kemungkaran walaupun dengan sekecil usaha supaya Allah tidak mempersoalkan kita sebab untuk kita tidak melakukannya sedangkan dengan hati juga sudah dikira sebagai percubaan mencegah kemungkaran.

ISU SEMASA BERKAITAN PENGAJARAN KISAH NABI Isu semasa yang boleh dikaitkan dengan ayat 51-52 surah al-Anbiya ini ialah tentang isu ramalan sotong Paul yang terjadi menjelang perlawanan bola sepak bertujuan untuk meramal kemenangan pasukan yang diminati oleh mereka. Ini bermakna mereka menggunakan ramalan kepada sesuatu benda untuk

mendapatkan keuntungan kepada dirinya. keadaan ini akan mewujudkan satu keadaan yang mengharapkan pergantungan selain daripada Allah dan termasuk ke dalam golongan orang yang syirik. Ini dapat dikukuhkan dengan firman Allah yang bermaksud:
21

Katakanlah:Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang gaib, kecuali Allah. Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya selain Dia sendiri. Yang Mengetahui yang gaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang gaib itu. Kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya. {QS Jin: 26 -27} Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahui hal-hal yang ghaib kecuali yang diberitahukan Allah kepadanya melalui wahyu, firman Allah yang bermaksud: Katakanlah,Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah, dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.

22

REFLEKSI Saya telah mendapat tugasan kerja kursus ini pada 03 Mac 2013 dan diminta menghantarnya pada 07 April 2013. Tugasan ini adalah merupakan tugasan individu dimana ianya akan dapat memupuk semangat berdikari dalam mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan. Tugasan ini memerlukan saya mengakaji tentang

empat pengajaran ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan aqidah, fiqh, akhlak dan kisah para nabi yang telah dipelajari dengan isu-isu semasa. Selain itu, saya juga ditugaskan untuk membuat buku skrap tentang Israiliyyat dan kesannya terhadap ajaran Islam pada masa sekarang. Disini, saya telah menggariskan lima sebab bagaimana tugasan kerja kursus ini dapat meningkatkan kefahaman saya sebagai seorang bakal pendidik kelak. Pertamanya, tugasan ini memerlukan saya untuk mencari pelbagai maklumat daripada sumber yang berlainan supaya isi yang bakal dilampirkan menepati kehendak soalan di samping dapat memperluaskan pengetahuan saya dalam bidang keagamaan ini. Maklumat yang telah saya dapati daripada perpustakaan dan laman web ini saya kumpulkan dan dijadikan sebagai draf permulaan tugasan saya. Saya tidak menghadapi masalah untuk mencari bahan-bahan ini kerana pilihan tajuk tugasan yang telah diberikan banyak dan kami bebas untuk memilih mana-mana tajuk yang disukai. Selain itu, dalam proses mengumpulkan maklumat juga saya berpeluang untuk mengkaji serta mengamati sendiri pelbagi tafsiran untuk menjawab kehendak soalan tugasan. Jadi, ia adalah salah satu sebab penting yang menyumbang kepada penambahan ilmu pengetahuan. Antara tafsir yang menjadi rujukan saya ialah tafsir Al-Azhar dan Tafsir Fi Zilalil Quran. Kemudian, melaui penafsiran ini saya telah membuat pengajaran yang terdapat dalam ayat yang dikaji dan mengaitkannya dengan satu isu semasa yang merangkumi keseluruhan objektif ayat. Saya juga telah bergerak secara berkolaborasi dengan rakan- rakan yang lain untuk bertanyakan tentang soalan-soalan yang tidak difahami. Ini sekaligus dapat meningkatkan lagi kefahaman kami berkenaan dengan tajuk tugasan. Pensyarah juga banyak membimbing serta memberikan tunjuk ajar semasa di dalam kelas. Penjelasan secara musyafahah ini lebih jelas berbanding dengan rujukan buku yang

23

hanya merujuk idea penulisan penulis di dalam buku berbanding dengan idea seorang pensyarah yang menyampaikan maklumat secara berhadapan. Tambahan lagi, setelah pemilihan maklumat dibuat dan direka bentuk dalam penulisan draf, saya banyak berbincang dengan rakan-rakan di dalam kelas sebagai satu inisiatif ke arah pemahaman yang lebih jelas. Dengan cara tersebut, saya dapat memecahkan persoalan saya tentang perkara yang tidak difahami terutamanya dalam membuat rujukan tafsiran daripada tafsir-tafsir yang telah dipilih. Tambahan juga, rakan-rakan kelas saya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang ini. Ini sekaligus dapat menambahkan kefahaman saya tentang tajuk-tajuk yang telah dipilh. Bagi saya, tugasan ini sangat memberi kesan terhadap profesion saya dalam bidang pengajian agama. Saya dapat mengkaji tentang ayat-ayat dari setiap aspek yang berlainan iaitu fiqh, aqidah, akhlak dan sirah nabi. Kemudian, saya dapat mengaitkan pengajaran daripada ayat dengan isu semasa yang berlaku sekarang. Sebagai bakal guru, kita bukan sekadar membuat kerja kursus secara membuta tuli tetapi kita harus menggunakan semua bahan yang ada untuk mencapai objektif yang telah dirancangkan. Tambahan juga, pengaplikasian segala nilai-nilai murni adalah sangat penting demi untuk merentasi kurikulum yang tersedia di hadapan kita. Pemikiran juga haruslah maju ke hadapan tanpa berasa ragu-ragu lagi. Saya bersyukur dan ingin mengucapkan ribuan ucapan terima kasih kepada Ustaz Ismail bin Mat Ludin dan rakan-rakan yang lain kerana telah banyak membantu saya. Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan

kesusahan namun saya tetap bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini tepat seperti tarikh yang telah ditetapkan di dalam kertas pembahagian tugasan yang telah diberikan.

24

BIBLIOGRAFI BUKU Ustaz Mahadi bin Dahlan dan Ustaz Azharuddin Sahil (2007), AlQuran Rasm Uthmani, Bertajwid dan Disertai Makna, Jilid 6. Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid.

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran (1995) Cetakan keenam, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Dr. Peunoh Daly(1994). Sdn.Bhd.

Hukum Perkahwinan Islam. Selangor: Thinkers Library

Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah, 1984, Tafsir Al-Azhar, Indonesia: Yayasan Nurulislam. Syaid Sabiq. (1990). Fikih Sunnah ( Drs. Moh Thalib). Kuala Lumpur: Victory Agencie. INTERNET Kelahiran Nabi Ibrahim Dan Sumbangan Kepada Umat Islam. Dilayari pada Mac 15, 2013 di URL http://az-esei-jan2010.blogspot.com/2010/04/kelahiran-nabi-ibrahim-s-dansumbangan.html Pembahasan Talak Rajie Dan Bain. Dilayari pada Mac 15, 2013 di URL http://doaharian.blogspot.com/2005/12/pembahasan-talak-raji-dan-talak-bain.html Kajian Dan Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 1-5. Dilayari pada Mac 20, 2013 di URL http://www.facebook.com/note.php?note_id=100114101314

25

You might also like