You are on page 1of 84

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Oktober 2010

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Oktober 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR). MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Oktober 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

KANDUNGAN MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata Alu-aluan Rektor Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk Tajuk 1.0 Media dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 1.1 Konsep Media Pengajaran 1.2 Kepentingan Media Dalam Pendidikan 1.3 Jenis-jenis dan Klasifikasi Media 1.4 Justifikasi Penggunaan Media Dalam PengajaranPembelajaran Tajuk 2.0 Prinsisp Asas Grafik Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 2.1 Konsep Asas Grafik 2.2 Prinsip Asas Grafik Prinsip Mudah Prinsip Kesatuan Prinsip Penegasan Prinsip Keseimbangan Prinsip Kontra 2.3 Perancangan

i ii v vi viii ix 1 1 1 1 2 3 5 6

10 10 10 10 11 12 12 12 13 13 14 15

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Saiz Susunatur Rekabentuk Warna Penghurufan

15 15 16 16 17

Tajuk 3.0 Media Unjuran Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 3.1 Jenis-jenis dan Penggunaan Media Unjuran 3.2 Jenis-jenis Projektor Projektor Lutsinar Projektor Slaid Projektor LCD Projektor Terus

20 20 20 20 21 21 21 22 22 23

Tajuk 4.0 Teknik-teknik penghasilan lutsinar dan penggunaan OHP Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 4.1 Teknik Penghasilan OHP Tulis Terus Bertingkap Berjalur Bertindih 4.2 Penggunaaan OHP Dalam Pengajaran

26 26 26 26 28 28 28 28 29 30

Tajuk 5.0 Penggunaan Alatan/Bahan Pandang Dengar dalam Pengajaran dan Pembelajaran

33

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 5.1 Pengenalan Audio dan Video 5,2 Teknik Rakaman Audio 5.3 Perancangan dan Penyediaan Rakaman Audio 5.4 Teknik Rakaman Video 5.5 Penggunaan Bahan Video Dalam Pengajaran

33 33 33 34 35 36 37 40

Tajuk 6.0 Media Bukan Unjuran Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 6.1 Bahan-bahan Dua Dimensi Gambar atau Gambar Foto Grafik Carta Poster Kad Imbasan Kad Gambar

43 43 43 43 44 44 45 45 45 46 46

6.2 Bahan-bahan Tiga DImensi Relia Model Diorama Akuarium Terarrium Boneka, Patung, Topeng Boneka Sarung Tangan Boneka Bertali

47 48 49 50 51 51 52 52

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Wayang Kulit Topeng 6.3 Penggunaan Bahan 2D dan 3D Dalam Pengajaran

52 52 52

Tajuk 7 Jenis dan Pernggunaan Papan Pengajaran Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 7.1 Jenis-jenis Papan Pengajaran Papan Tulis Papan Putih Papan Magnetik Papan Flip Papan Kenyataan Papan Flanel Papan Gulung Papan Slip Papan Elektronik 7.2 Penggunaan Papan Pengajaran dalam Pengajaran

54 54 54 54 55 55 55 56 56 57 58 59 59 60 61

Bibliografi Panel Penulis Modul Panel Pemurnian Modul Lampiran A Lampiran B

64 65 66 67 72

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

KATA ALU-ALUAN

Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru yang kreatif, berketerampilan dan berakhlak mulia. Pendidikan Guru adalah bersifat dinamik dan senantiasa disemak dan diubah suai bagi memenuhi keperluan semasa pendidikan negara seperti yang termaktub dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi Negara (GTP).

Modul ini merupakan usaha Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru selaras dengan perubahan semasa dalam arena pendidikan dalam dan luar negara. Dengan pembaharuan pembelajaran yang menggunakan modul akan dapat menggalakkan pembelajaran kendiri yang lebih efektif dan berupaya mengkekalkan kualiti seperti dalam pembelajaran bersemuka. Justeru itu tujuan modul ini digubal adalah untuk menggantikan interaksi bersemuka antara pelajar dengan pensyarah.

Modul Pengurusan Sumber (Teknologi Pendidikan) Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) menuntut pelajar membuat anjakan minda untuk melahirkan guru permulaan yang kompeten dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme global. serta berjiwa pendidik yang mampu bersaing di persada

(DATUK Dr. HAILI BIN DOLHAN) Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Oktober 2010
v

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun

meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini, anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mmempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau merujuk kepada laman web atau bukubuku berkenaan.

Modul ini akan menggantikan sepuluh jam interaksi bersemuka dalam bilik darjah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

vi

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus di buat. Lampiran B menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Modul ini merupakan modul untuk membantu pelajar melengkapkan tugasan yang diberikan kepada anda.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan. Setelah membaca modiul ini teruskan mambaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulagkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda. 8. Ruang membuat nota telah disediakan pada tempat-tempat tertentu dalam modul. Anda boleh gunakan ruang kosong ini untuk membuat nota atau membuat ringkasan sesuatu tajuk. Ini bertujuan untuk membolehkan anda menjadikan modul ini bahan yang lengkap untuk anda membuat rujukan dan ulangkaji pada masa depan.

vii

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

PENGENALAN

Modul Pengurusan Sumber ini digubal bagi pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Major Prasekolah. Modul ini merupakan modul pembelajaran kendiri yang berjumlah satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Agihan tajuk dalam modul ini adalah mengikut sukatan pelajaran Pengurusan Sumber (Teknologi Pendidikan) KPLI SR dan disusun mengikut tujuh tajuk utama iaitu Tajuk 1 Media dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Tajuk 2 Prinsip Asas Grafik, Tajuk 3 Media Unjuran, Tajuk 4 Teknik-Teknik Penghasilan Lutsinar dan Penggunaan OHP, Tajuk 5 Penggunaan Alatan/Bahan Pandang Dengar dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Tajuk 6 Media Bukan Unjuran dan Tajuk 7 Jenis dan Penggunaan Papan Pengajaran. Bagi setiap tajuk, nota ringkas disediakan untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan kursus. Selain daripada mempelajari bahan dalam modul ini, pelajar digalakkan merujuk kepada pelbagai sumber lain yang relevan kepada mata pelajaran Pengurusan Sumber (Teknologi Pendidikan). Dalam setiap tajuk disediakan aktiviti-aktiviti untuk membantu anda lebih memahaminya. Semoga modul ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan ke arah kecemerlangan pendidikan.

viii

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

MAKLUMAT AGIHAN TOPIK DALAM SUKATAN NAMA KURSUS: PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN) AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan 10 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk: Bil. Tajuk/Topik Jumlah Jam

1 2 3 4 5 6 7

Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Asas Grafik Media Unjuran Teknik-teknik Penghasilan Lutsinar dan Penggunaan OHP Penggunaan Alatan/Bahan Pandang Dengar Dalam Pengajaran Media Bukan Unjuran Jenis dan Penggunaan Papan Pengajaran

2 1 1 1 1 2 2 10

JUMLAH

ix

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

TAJUK 1.0

Media dalam Pengajaran dan Pembelajaran

SINOPSIS Tajuk ini mengandungi konsep media dan media pengajaran yang merupakan salah satu domain dalam teknologi pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan pengkelasan, kelebihan serta fungsi untuk menentukan pemilihan, pembinaan dan penggunaan media pengajaran sebagai saluran komunikasi. HASIL PEMBELAJARAN I. II. III. IV. Menjelaskan konsep asas media Menyenaraikan kepentingan media dalam pendidikan Menyatakan pengkelasan media pengajaran Menganalisis faktor dan cara permilihan media pengajaran

KERANGKA TAJUK-TAJUK Media dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Konsep Asas dan Definisi

Kepentingan dalam Pendidikan

Pengkelasan dan Justifikasi Penggunaan Media dalam Pengajaran dan Pembelajaran

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

1.1 KONSEP MEDIA PENGAJARAN Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. Media pengajaran juga merujuk kepada peralatan atau perkakasan dan bahan (perisian) media yang dikenalpasti (dipilih), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran (Yusup, 1992).

AKTIVITI 1 Berdasarkan kepada penerangan media tersebut, apakah contoh-contoh media ? .................................................................................................................................. MEMIKIR

(a) Cuba lihat sekeliling anda, kenalpasti media yang dilihat. (b) Adakah media tersebut boleh digunakan dalam pengajaran? (c) Cuba bayangkan bagaimana CD boleh membantu anda mengajar kemahiran menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan.

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

1.2 KEPENTINGAN MEDIA DALAM PENDIDIKAN (a) Memperjelaskan Penyampaian Mesej Pada masa-masa tertentu perkataan sahaja tidak dapat menyampaikan sesuatu mesej dengan jelasnya. Dalam keadaan seperti ini, adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan akan lebih berkesan dan menarik seperti melalui penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.

(b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera: (i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video. (ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography. (iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto mahupun secara lisan. (iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah, dan lain lain. (v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

(c) Meningkat Minat dan Interaktiviti Dalam Pengajaran-Pembelajaran Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

(d) Menghasilkan Pengalaman dan Persepsi Yang Sama Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza
3

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.

(e) Membolehkan kaedah pengajaran yang lebih fleksibel Penggunaan media dalam pengajaran-pembelajaran memberikan lebih banyak pilihan tentang kaedah pengajaran yang boleh digunakan, contohnya, aktiviti kumpulan, aktiviti individu dan sebagainya MEMBUAT NOTA

Cuba anda catatkan peranan-peranan media dalam pendidiakan. Catatkan juga peranan-peranan selain daripada yang tersebut di atas. 1 2 3 4 5 6 AKTIVITI 2 (a) Kenalpasti media yang sesuai untuk mengajar topik My body. ..................................................................................................................

(b) Bagaimana objektif pengajaran boleh dicapai melalui penggunaan media tersebut? ......................................................................................................................
4

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

...................................................................................................................... 1.3 JENIS-JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA Media boleh dibezakan melalui: a. Bentuk fizikal atau format b. Atribut atau ciri Media pengajaran terbahagi kepada dua: a. Media cetak b. Media bukan cetak Klasifikasi media boleh diringkaskan dalam rajah di bawah:

Media Pengajaran

Media Bukan Cetak

Media Cetak

Media Tayang

Media Bukan Tayang

Media Tayang Kaku

Media Tayang Gerak

Grafik

Gambar Kaku

Media Pameran

Media Paparan

Media Audio

Klasifikasi Media Mengikut Atribut

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

AKTIVITI 3 Dalam jadual di bawah, cuba berikan seberapa banyak contoh untuk setiap jenis media.

Pengkelasan Media 1 2 3 4 5 6 7 8 Media Tayang Kaku Media Tayang Bergerak Bahan Grafik Gambar Kaku gambar

Bahan Pameran TigaDimensi Papan Paparan/Pameran Media Audio Media Cetak

1.4

JUSTIFIKASI PENGGUNAAN MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak. Rajah-rajah di bawah menunjukkan justifikasi sesuatu media digunakan.

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Dales Cone of Experience

Media yang baik adalah media yang dapat memperjelaskan, menggambarkan, mengawal dan menarik tumpuan pemikiran dan emosi murid untuk memahami dan mengekalkan kefahaman dalam tempoh jangka panjang. Pemilihan media yang baik dan bertepatan dengan objektif pengajaran dapat meringankan tugas guru.

Faktor-faktor lain seperti masa penghasilan, perbelanjaan, bahan, berat atau ringan alatan media, kemudahan tempat serta faktor masa pengajaran memainkan peranan dalam pemilihan media. Penggunaan media yang maksima dalam pengajaran akan memastikan pembelajaran murid lebih berfokus. MEMIKIR (a) Apakah media yang selalu anda gunakan semasa pengajaran? (b) Adakah anda berpuashati dengan bahan media yang telah anda gunakan dan setakatmana media itu membantu mencapai objektif pengajaran? (c) Bagi pendapat anda, setakat mana multimedia interaksi membantu menwujudkan pengalaman yang konkrit?

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

PENILAIAN KENDIRI

1.

Apakah yang anda faham tentang media?

2.

Lukiskan satu peta konsep bagi membuat klasifikasi media yang terdapat dalam inventori sekolah dan yang boleh digunakan dalam pengajaran-pembelajaran anda.

3. Cuba buat satu refleksi tentang media pengajaran yang anda gunakan dan nyatakan keberkesanannya. Jenis media Keberkesanan Ya/Tidak Alasan

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

MEMBUAT NOTA

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

TAJUK 2.0
SINOPSIS

Prinsip Asas Grafik

Tajuk ini mengandungi prinsip-prinsip asas grafik bagi penghasilan media pengajaran. Ia memuatkan elemen dan prinsip reka bentuk visual memandangkan kebanyakan media mengandungi atribut visual. Prinsip-prinsip di atas diaplikasikan melalui penghasilan bahan-bahan media unjuran dan bukan unjuran. HASIL PEMBELAJARAN I. II. III. IV. Menerangkan konsep grafik Menghuraikan peranan grafik dalam pengajaran-pembelajaran Mengaplikasikan prinsip-prinsip asas grafik Menyenarai, menjelaskan dan mengintegrasikan komposisi grafik yang menggabungkan elemen dan prinsip grafik dengan baik dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran. KERANGKA TAJUK-TAJUK Prinsip Asas Grafik

Perancangan

Warna

Penghurufan Alat Penghurufan

10

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

MEMIKIR (a) Adakah gambar foto itu sama dengan grafik? (b) Bagaimanakah grafik dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu sesi pengajaran-pembelajaran di bilik darjah anda? (c) Apabila membuat sesuatu bahan grafik, adakah terdapat prinsip-prinsip yang boleh diikuti?

2.1 KONSEP ASAS GRAFIK Grafik adalah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama grafik adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran.Namun, sebahagian besar daripada kejayaan pengajaran , adalah berdasarkan kualiti yang ada pada grafik tersebut. Ini hasil daripada perancangan yang rapi dan kesesuaian teknik yang digunakan. Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Grafik ialah kombinasi gambargambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.

AKTIVITI 1 Labelkan Grafik atau Gambar pada rajah di bawah:

....................................

............................

11

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

MEMIKIR Adakah terdapat cara lain dari melukis untuk menghasilkan grafik yang cantik?

2.2 PRINSIP ASAS GRAFIK Grafik memainkan peranan yang amat penting dalam komunikasi. Terdapat ciri-ciri tertentu dalam sesuatu grafik yang boleh menghidupkan komunikasi. Prinsip grafik berperanan menghasilkan sesuatu produk yang menarik dan berkesan. Ianya berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya produk yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat memandu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan grafik yang baik. Sekarang kita akan meneliti prinsip-prinsip tersebut.
(a)

Prinsip mudah (simplisiti)

Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan. Konsep yang hendak dipaparkan hendaklah mudah difahami oleh guru dan pelajar. Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar (outline) hendaklah dibuat dengan garisan tebal. Garisan yang tidak perlu harus ditinggalkan supaya tidak mengelirukan. Pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca.
(b)

Prinsip Kesatuanan (unity)

Elemen-elemen yang digunakan dalam setiap grafik haruslah bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan. Elemen-elemen yang digabung dengan cara ini akan berfungsi bersama sebagai satu keseluruhan. Mereka saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan. Prinsip ini dapat diaplikasi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentukbentuk tertentu, warna dan sebagainya.

12

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Contoh prinsip kesatuan (c)

Prinsip Penegasan (Emphasis)

Penegasan merupakan sesuatu elemen atau idea yang menjadi pusat tumpuan atau fokus utama. Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea atau elemen tersebut.

MEMIKIR Dalam gambarajah di sebelah, apakah yang menjadi fokus? Adakah penegasan seperti ini berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej?

Prinsip Penegasan (d)

Prinsip Keseimbangan (Balance)

Kesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat sebelah. Perimbangan merupakan susunatur elemen-elemen visual dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang. Perimbangan terdiri daripada perimbangan formal (symmetrical) dan perimbangan tidak formal (asymmetrical).

13

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Perimbangan formal

Perimbangan tidak formal

(e)

Prinsip Kontra (Contrast)

Elemen-eleman yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak. Ini terjadi bila wujudnya dua elemen yang berbeza. Tujuan penggunaan elemen kontra ialah dengan menjadikan perbezaan-perbezaan itu nampak kontra. Empat kaedah yang sering digunakan untuk mewujudkan kontra, iaitu dengan menggunakan saiz, nilai, warna dan fon yang berbeza-beza.

Contoh-contoh aplikasi prinsip kontra dalam grafik 14

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

MEMIKIR Apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk mencapai kontra dalam gambarajah di atas?

AKTIVITI 2

Cuba lihat gambar atau grafik di sekeliling anda. Adakah prinsip-prinsip asas gambar dan grafik diaplikasikan? Anda boleh melayari Internet untuk membaca tentang prinsip-prinsip asas grafik

2.3 PERANCANGAN Perancangan yang teliti perlu diadakan supaya visual yang dibuat itu menepati objektif yang hendak dicapai. Mulakan dengan lakaran kasar mengenai idea visual tersebut berdasarkan prinsip-prinsip rekabentuk. Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi menentukan kesesuaian dan mengelakkan pembaziran.Perlu tahu bentuk visual sama ada untuk tayangan (lutsinar, slaid, filem, video), bukan tayang (carta, buku, pena) atau pameran.(poster, lukisan). Aspek-aspek berikut akan juga perlu diberi perhatian semasa membuat perancangan. (a) Saiz Saiz grafik ditentukan oleh jarak penonton dengan grafik, tempat grafik akan diletakkan dan tujuan grafik berkenaan. Kesesuaian jarak pandangan mata membolehkan grafik dilihat secara keseluruhan dan berfokus. (b) Susunatur Elemen-elemen untuk dimasukkan dalam grafik perlu memenuhi prinsip-prinsip asas visual seperti yang tersebut dalam bahagian 2.1.3 di atas. Ini ialah supaya visual yang dihasilkan berkesan untuk digunakan dalam pengajaran.

15

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

(c) Rekabentuk Beberapa elemen biasanya digabungkan dalam membuat sesuatu reka bentuk. Elemen-elemen grafik antaranya, terdiri daripada garisan, warna, huruf, bentuk, ruang, ilustrasi, jalinan dan rupa. Elemen-elemen yang digabungkan secara kreatif dapat menghasilkan pengajaran yang berkesan. (d) Warna Warna memberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong menambah kesan penyatuan.Penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu bahan visual akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu. Walaupun begitu penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan batasannya.Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik.

Skema Warna Skema warna merupakan pilihan warna dalam sesutu grafik. Ianya bertujuan untuk menghasilkan gaya tertentu. Pemilihan skema warna yang sesuai akan menghasilkan satu grafik yang selesa kepada mata. LAYARI INTERNET
Untuk menambahkan fahaman anda tentang elemen Warna, anda boleh merujuk kepada buku atau melayari Internet. Anda boleh merujuk di bawah topik color , color scheme dan sebagainya.

MEMIKIR

Di antara alat-alat mewarna seperti pena bermata felt, pensel warna, kapur, cat air, cat sembur, krayon, plastik berwarna, mana satukah yang anda selalu gunakan? Mengapa anda pilih alat-alat tersebut?
16

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

(e) Penghurufan

Jenis huruf akan menentukan sama ada visual tersebut dapat dibaca dengan mudah atau tidak. Secara amnya, gunakan jenis huruf yang ringkas dan mudah seperti huruf san serif (contoh, arial), serif (contoh, times new roman), dokoratif (huruf

berbunga seperti dalam kad raya). Prinsip penghasilan huruf ialah saiiz huruf yang ditulis, jarak antara huruf dengan huruf, perkataan dengan perkataan dan baris dengan baris; kontras diantara huruf dengan warna latar; jenis atau bentuk huruf yang digunakan. Saiz dan jarak huruf Huruf yang digunakan mestilah cukup besar (mengikut tahap) supaya dapat dibaca dengan baik.
Jarak dari visual 2,5 cm 5.0 cm 10.0 cm 20.0 cm Saiz minima huruf kecil 0.6 cm 1.3 cm 2.6 cm 5.2 cm

Jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan mestilah sepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh dibaca dengan mudah. Beberapa petua yang boleh diikuti ialah seperti berikut: Dekatkan huruf-huruf bulat (O,G,S,C) Jauhkan huruf-huruf lurus (E,H,L,M,N) Gabungkan jarak-jarak untuk huruf-huruf bercampur Tinggalkan jarak bersaiz M (besar) di antara perkataandengan perkataan Jarak di antara baris dengan baris mestilah kurang satu huruf O kecil.

Alat Penghurufan
i.

Tulisan bebas Huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas dengan cepatnya, dengan menggunakan berus dan dakwat atau cat warna. Carta ini sentiasa digunakan untuk grafik yang besar seperti carta dan poster.
17

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

ii.

Huruf yang dipotong Huruf dan perkataan serta gambar boleh dibuat dengan cara potongan dari bahan-bahan akhbar, kertas berwarna atau kain dan kemudian dilekatkan pada bahan grafik.

iii.

Huruf pindah kering (Dry transfer lettering) Bahan pemindahan kering ini boleh dibeli dalam bentuk huruf, simbol, angka dalam berjenis-jenis saiz, bentuk dan warna. Saiz hurufnya ditetapkan dalam tiap-tiap kepingan mengikut pointnya. Saiz yang biasa dalam kepingan huruf pindah kering ialah 6 pt. hingga 192 pt.

Contoh-contoh Huruf pindah kering

iv. Huruf stensil Untuk tulisan huruf yang kurang dari satu inci, stensil tulisan ( huruf blok) boleh digunakan. Stensil ini ada dua bahagian- satu berbentuk huruf ( stensil guide) dan pen khasnya. AKTIVITI 3 Dapatkan beberapa keping gambar atau rekaan visual kesukaan anda. Kaji prinsip grafik yang digunakan dan mengapa ia digunakan. Bincangkan dan huraikan apakah prinsip grafik dan elemen grafik yang terdapat dalam gambar tersebut.

18

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

PENILAIAN KENDIRI

Apakah elemen-elemen yang membentuk sesuatu grafik? Cuba bincangkan peranan sesuatu elemen
. . . . MEMBUAT NOTA

19

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

TAJUK 3.0

Media Unjuran

SINOPSIS Tajuk ini membincangkan mengenai klasifikasi dan jenis-jenis media unjuran yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 4 jenis media unjuran yang digunakan oleh para guru. Teknik penggunaan yang betul dan penghasilan bahan yang sesuai untuk setiap media unjuran akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. HASIL PEMBELAJARAN I. II. III. IV. V. Menyatakan konsep media unjuran. Membandingbeza pelbagai media unjuran Mengenalpasti jenis-jenis projector media unjuran Menyatakan kepentingan media unjuran dalam pengajaran Menggunakan media unjuran untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Media Unjuran

Jenis-Jenis Media Unjuran

Jenis-Jenis Projektor Media Unjuran

20

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

3.1 JENIS-JENIS MEDIA UNJURAN Media unjuran merupakan format media yang perlu dibesarkan dan ditayangkan pada sesuatu skrin. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan filem transparen (contohnya, transparensi, slaid dan juga filmstrips), membesarkan imej melalui kanta dan seterusnya memaparkan imej tersebut pada skrin. Jenis media unjuran berlainan memerlukan alat projectok yang berlainan. Jenis-jenis media unjuran yang sering digunakan dalam pendidikan ialah seperti: Transparensi Slaid Filmstrips

AKTIVITI 1 Mengapa sesuatu media yang diunjurkan mempunyai kelebihan berbanding dengan media kaku?

3.2 JENIS-JENIS PROJEKTOR (a) Projektor Lutsinar lutsinar adalah merupakan sebuah alat pandang dengar yang boleh

Projektor

digunakan dalam keadaan bilik darjah biasa. Alat ini dapat memancarkan dan menayang imej-imej atau gambar melalui transperensi atau lutsinar yang ditulis atau di cetak. Penggunaan OHP dapat menyampaikan maklumat pengajaran yang

mengandungi konsep, langkah-langkah pelajaran dan fakta-fakta rumusan kepada kumpulan sasaran kecil hingga kumpulan sasaran yang besar. Penggunaannya membolehkan pengajaran yang disampaikan oleh guru menjadi lebih efektif dan sistematik.
21

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Projektor ini merupakan satu alat bantuan mengajar dalam mencapai pengajaran yang lebih berkesan, di mana pelajar-pelajar akan menerima pembelajaran dengan cara melihat dan mendengar.

Projektor lutsinar

(b)

Projektor Slaid

Slaid adalah satu jenis media unjuran tanpa gerak yang merupakan sejenis transperansi positif berukuran kecil. Ia boleh ditayangkan menggunakan projektor slaid untuk dipancarkan kepada skrin tayangan. Pita slaid menngandungi slaid

(pandang/visual) dan pita rakaman (dengar/audio). Slaid boleh disediakan dengan menggunakan kamera, disalin atau dilukis dan sebagainya. Kebiasaannya pemidang slaid berukuran 2 inci x 2 inci atau berukuran 5 cm x 5 cm yang dimuatkan filem positif

Projektor Slaid

(c)

Projektor LCD

LCD ialah Singkatan bagi Liquid Crystal Display. Projektor jenis digunakan untuk memancar imej lebih besar daripada monitor untuk kegunaan audian secara
22

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

berkumpulan. Panel LCD disambung terus daripada komputer dan apa sahaja yang muncul pada skrin monitor akan dipancarkan ke skrin besar. Ia juga boleh disambung terus dengan menggunakan peralatan lain seperti perakam video, perakam kamera dan pemain VCD atau DVD.

Projektor LCD

(d)

Projektor Terus (Opaque Projector)

Ini merupakan jenis projektor yang menayangkan bahan-bahan opak dengan memancarkan lampu yang sangat terang ke atas bahan opak itu dari atas. Ianya biasanya digunakan untuk menayangkan halaman-halaman buku, lukisan, bahan mineral, daun-daun sebagainya

Contoh-contoh Projektor Terus

23

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

MEMBUAT NOTA

Jenis-jenis Projektor:
1. 2. 3. 4.

AKTIVITI 2 Sambungkan projektor LCD ke Laptop dan punca kuasa elektrik. Cuba pasangkan ON. Bukan satu persembahan dan dapatkan imej yang paling jelas. MEMIKIR 1. 2. 3. Apakah media unjuran yang selalu anda gunakan semasa pengajaran? Sejauhmanakah media itu membantu mencapai objektif pengajaran? Bagi pendapat anda, setakat mana simulasi membantu mewujudkan pengalaman yang konkrit?

PENILAIAN KENDIRI Anda bercadang untuk mengajar topik Bunyi yang dikeluarkan oleh haiwan. Apakah jenis media unjuran yang sesuai digunakan? Bincangkan kelebihan media tersebut.
24

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

MEMBUAT NOTA

25

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

TAJUK 4.0

TEKNIK-TEKNIK PENGHASILAN LUTSINAR DAN PENGGUNAAN OHP

SINOPSIS
Tajuk ini menjelaskan teknik penghasilan transparensi serta teknik penggunaan OHP dalam pengajaran dan pembelajaran. Turut dibincangkan faktor-faktor yang

mempengaruhi penghasilan transparensi yang berkesan dan juga penggunaan transparensi secara berkesan dalam pengajaran-pembelajaran. HASIL PEMBELAJARAN I. II. Menerangkan teknik menghasilkan lutsinar Menerangkan cara menggunakan projektor OHP dalam pengajaranpembelajaran III. Menerangkan faktor-faktor berkaitan dengan penghasilan transparensi yang berkesan. IV. V. Membincangkan kelebihan dan kelemahan penggunaan OHP. Membincangkan penggunaan OHP dalam pengajaran dan pembelajaran.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

OHP Dalam P & P

Teknik-Teknik Penghasilan Lutsinar

Penggunaan OHP dalam P & P

26

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Pengenalan Projektor OHP merupakan satu alat yang telah pun lama digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun projektor LCD telah digunakan secara meluas pada zaman digital ini, namun peranan projektor tidak boleh diabaikan. Projektor OHP masih merupakan alat bantu mengajar yang utama di banyak sekolah, terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar.

MEMIKIR

Cuba anda fikirkan sebab-sebab projektor OHP masih memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

LAYARI INTERNET

Tahukah anda jenis-jenis transparensi yang boleh digunakan? Cuba layari Internet untuk mengenal pasti jenis-jenis transparensi dan isikan tempat-tempat kosong di bawah.

1 2 3 4

27

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

4.1 TEKNIK PENGHASILAN LUTSINAR (TRANSPARENSI) Terdapat pelbagai teknik dalam menghasilkan transparensi: (a) Tulis Terus Semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan atau komputer secar terus di filem transparensi. Ia ditayangkan secara terus kepada penonton.

MEMIKIR Apakah kebaikan menggunakan cara ini?

Teknik Tulis Terus

(b)

Bertingkap

Tekink tertingkap disediakan dengan menggunakan potongan kertas yang dilekatkan di atas bingkai transparensi. Terdapat tertingkap yang membolehkan bahagian tertentu dibuka satu persatu dan menutup bahagian yang lain oleh guru mengikut susunan langkah pelajaran. Kertas lutsinar tebal digunakan, contohnya, kertas manila. (c) Berjalur Mempunyai beberapa jalur samada secara melintang atau menegak. Ianya dibuka satu hala sahaja tidak seperti teknik tetingkap yang dibuka dua hala. Hanya terdapat 3 hingga 4 jalur dalam satu transparensi.

28

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

(d) Bertindih (Overlay) Teknik bertindih juga dikenali sebagai overlay. Teknik ini memerlukan beberapa keping transparensi yang disediakan di atas satu bingkai. Ianya terdiri daripada filem dasar yang diletakkan terus pada satu bingkai tetap dan beberapa filem tambahan yang diletakkan pada bahagian tepi bingkai mengikut urutan jam. Kesemua transparensi diatur dan ditayangkan satu persatu mengikut urutan dan akhirnya semua maklumat disatukan secara bertindih.

MEMIKIR

Teknik bertindih

Kenapa tranparensi masih menjadi pilihan guru dalam pengajaran walaupun terdapat pelbagai pilihan teknologi yang lain? Bincangkan juga kekangan atau had penggunaan OHP. AKTIVITI 1 Penyediaan sesuatu transparensi akan mempengaruhi keberkesanan satu sesi pengajaran-pembelajaran. Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam menyediakan transparensi? Cuba anda catatkan faktor-faktor tersebut dalam jadual berikut. Anda boleh rujuk kepada buku atau Internet untuk membantu anda.

29

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

1 2 3 4

4.3 PENGGUNAAN OHP DALAM PENGAJARAN

AKTIVITI 2 Berdasarkan pengalaman anda, apakah petua-petua utama semasa menggunakan lutsinar (transparensi) dalam pengajaran dan pembelajaran? Catatkan seberapa banyak petua yang anda rasa penting. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

PENILAIAN KENDIRI

Untuk setiap teknik penghasilan lutsinar (transparensi) di bawah, cadangkan satu topik pengajaran yang sesuai. 30

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Bil Teknik Penghasilan Transparensi 1 Bertindih

Cadangan topik Tempat kediaman

Cadangan Sub Topik Cara pembinaan sebuah rumah

2 3 4 5 6

LAYARI INTERNET

Cuba anda layari Internet untuk melihat jenis-jenis projektor yang lebih moden yang boleh digunakan dalam pengajaran-pembelajaran selain daripada jenis-jenis yang tersebut dalam unit ini.

31

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

MEMBUAT NOTA

32

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

TAJUK 5.0

Penggunaan Alatan/ Bahan Pandang Dengar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

SINOPSIS Tajuk ini menjelaskan format audio audio untuk perancangan, penghasilan dan penggunaan audio sebagai media dalam pengajaran dan pembelajaran. Tajuk ini seterusnya menjelaskan format dan peralatan video untuk perancangan, penghasilan dan penggunaan video sebagai media dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil Pembelajaran I. Merakam audio dan menyunting menggunakan perisian tertentu bagi menghasilkan format yang dikehendaki. II. Merakam video menggunakan kamera video dan menyunting menggunakan perisian yang bersesuaian untuk mendapatkan hasil dikehendaki III. Menggunakan peralatan pandang dengar yang bersesuaian supaya pengajaranpembelajaran berkesan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Penggunaan Alatan/ Bahan Pandang Dengar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pengenalan Video dan audio

Teknik rakaman Video dan audio

Perancangan penyediaan rakaman audio

Penggunaan Bahan Video Dalam Pengajaran

33

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

5.1 PENGENALAN AUDIO DAN VIDEO Audio dan video memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini terutamanya jika kumpulan sasaran kita ialah murid-murid di prasekolah. Audio dan video yang sesuai dan relevan akan dapat mencungkil minat murid-murid dan seterusnya prestasi mereka. Pendengaran merupakan salah satu saluran untuk menerima maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rakaman audio yang diperdengarkan mampu memberi gambaran kepada pelajar tentang sesuatu situasi atau informasi melalui penganalisisan terhadap apa yang dituturkan atau melalui kesan bunyi maupun melalui muzik latar yang terdapat pada rakaman tersebut. MEMIKIR

Pita Kaset

Ingatkah lagi zaman pita kaset ini digunakan? Apakah masalah yang sering dihadapi semasa menggunakan pita kaset ini? Apakah media-media untuk menyimpan fail audio pada masa kini?

LAYARI INTERNET Pernahkan anda dengar bentuk fail audio seperti MP3, MIDI dan WAV? Apakah perbezaan jenis-jenis fail ini? Apakah bentuk fail audio yang lain? Cuba anda layari Internet atau buku untuk mendapat jawapan-jawapannya.

34

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

5.2 TEKNIK RAKAMAN AUDIO

Bahan audio yang disimpan dalam bentuk digital mempunyai file extension yang berbeza mengikut proses audio streaming yang dilakukan. Sebagai contoh fail MP3 (MPEG Audio Layer 3) melalui proses pemampatan (compression) dimana saiz failnya lebih kecil dan mudah diakses melalui internet. Fail Midi (.mid) adalah hasil bunyi daripada alat muzik sintizer seperti keyboard yang menghasilkan nada muzik tiruan. Manakala fail Wave (.wav) adalah fail audio yang kerapkali digunakan untuk membuat penyuntingan kerana bunyinya lebih berkualiti tetapi mempunyai saiz fail yang lebih besar. Terdapat beberapa fail audio yang lain mengikut perisian dan tujuan

penggunaan yang tertentu. Fail audio boleh ditukar ke dalam pelbagai format melalui perisian audio converter. Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah yang tersedia ada pada kaset audio. Mikrofon yang berasingan (external microphone) pengadun audio (audio mixer) boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan bunyi.

Dalam perkembangan teknologi sekarang, rakaman audio boleh dibuat secara digital melalui pekakasan komputer serta mengikut perisian penyuntingan audio (audio editing software) yang tertentu daripada yang mudah kepada yang lebih canggih. Perisian yang sedia ada pada sistem operasi windows seperti audio recorder atau audacity (perisian daripada open source) mampu membuat rakaman audio yang mudah. Manakala perisian komersial seperti Sound Forge, Ulead Media Studio, Sonar 6, Neundo dan Adobe Audition 3 mampu mengadun dan menyunting audio dengan lebih canggih melalui bilangan trek audio yang banyak serta menghasilkan audio dalam pelbagai format fail.

AKTIVITI 1

35

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Cuba anda gunakan fitur Sound Recorder untuk merakam satu klip audio. Ucaplah sesuatu dan menyimpan audio itu atas nama rakaman saya

MEMIKIR Apakah langkah-langkah perancangan yang perlu dilakukan dalam proses penyediaan media audio untuk tujuan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran? Pada pandangan anda apakah kebaikan media audio dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

5.3 PERANCANGAN DAN PENYEDIAAN RAKAMAN AUDIO 1. 2. Tetapkan matlamat mengikut topik dan hasilan pembelajaran Mengumpul dan memilih bahan seperti fakta, kesan bunyi dan muzik latar yang sesuai. 3. Memilih format audio yang sesuai untuk dihasilkan dengan perisian yang akan dimainkan nanti 4. Memilih dan menyediakan perisian dan perkakasan yang sesuai dengan format penghasilan audio 5. 6. 7. 8. 9. Menulis skrip dalam format papan cerita (story board) yang mudah Membuat rakaman dan penyuntingan Ujilari hasil rakaman Pengubahsuaian dari aspek isi kandungan (content) dan teknikal Menyediakan format penyimpanan sama ada dalam bentuk CD-Audio, kaset atau fail klip audio 10. Penggunaan bahan audio 11. Maklum balas dan penilaian daripada pengguna

36

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

LAYARI INTERNET

Cuba baca dalam Internet tentang ciri-ciri istimewa pada video yang membolehkan ianya digunakan secara berkesan dalam pengajaran anda.

Video Video merupakan salah satu daripada media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan; Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang bergerak seperti merakam seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan melambatkan pergerakan. Pergerakan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah. Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh penonton.


Kaset Video

MEMIKIR Pernahkah anda menggunakan alat ini? Apakah alat-alat yang menggantikan alat ini pada zaman moden ini?

5.4 TEKNIK RAKAMAN VIDEO Video boleh dirakam melalui kamera video digital yang menggunakan mini kaset DV (DV cassette) atau analog yang menggunakan Pita Video format VHS. Pita Video VHS boleh dimainkan semula pada pemain video (video player) tetapi memerlukan

peralatan khas iaitu kad perakam video (video capture card) pada komputer untuk 37

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

ditukarkan ke bentuk klip video digital. Sedangkan kamera video digital yang menggunakan mini kaset DV boleh terus dirakam ke cakera keras pada komputer melalui penyambungan kabel USB dengan menggunakan perisian tertentu. AKTIVITI 2 Senaraikan perisian-perisian yang boleh digunakan untuk menyunting video: Bil Perisian Penyunting Video 1 2 3 4 5 Setiap perisian mempunyai keistimewaannya masing-masing terutama dalam menghasilkan pelbagai bentuk kesan khas (special effect) audio dan video yang mampu memberi penarikan kepada penonton. AKTIVITI 3 Buat rakaman satu klip video selama 5 minit dengan menggunakan perakam video atau telefon bimbit anda. Simpan klip video tersebut. Perhatikan format fail video itu. Dapatkan bantuan daripada kawan tentang cari memindahkan fail audio tersebut ke komputer anda.

Bahan audio dan video boleh juga dimuat turun daripada pelbagai sumber laman web tertentu seperti yang terdapat pada youtube. Walau bagaimanapun penggunaannya tertakluk kepada terma dan syarat yang terdapat dalam Panduan Penggunaan Bahan Hak Cipta (sila rujuk Fair use guidelines for educational multimedia

www.libraries.psu.edu/mtss/fairuse/guideline.doc.html)

38

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Bahan video yang telah disunting boleh dijadikan klip video dan disimpan ke cakera keras atau disimpan dalam format VCD atau DVD dengan perisian tertentu seperti Windows movie maker, DVD movie maker (terdapat pada Windows Vista), Ulead movie factory, Roxio creater DE, Nero burner atau mana-mana perisian yang seumpama dengannya. Perlu diingat, penerbitan video haruslah bersifat informatif, mudah difahami, ringkas, menarik, dalam jangka masa yang besesuaian dengan tujuan pengajaran.

39

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

5.5 PENGGUNAAN BAHAN VIDEO DALAM PENGAJARAN

AKTIVITI 4 Penggunaan bahan video dalam pengajaran dan pembelajaran harus dirancang dengan teliti agar mencapai hasil yang optima. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diambil kira untuk tujuan penggunaan bahan video dalam pengajaran. Langkah-langkah tersebut tidak disusun mengikut turutannya. Berdasarkan

pengalaman anda, susun langkah-langkah dibawah supaya mengikut turutan yang betul dengan menulis angka di sebelahnya. Langkah pertama telah ditetapkan untuk anda. Turutan Langkah-langkah penggunaan bahan video dalam pengajaran 1 Tetapkan Tujuan dan Objektif dalam pengajaran Sediakan Bahan dan Peralatan Membuat Rakaman Audio Proses menukar video dari DV ke bentuk klip Bersedia Membuat Penggambaran Mengenalpasti, mengumpul dan memilih bahan grafik dan bahan audio yang sesuai Menukar ke format yang sesuai untuk tujuan penyimpanan (storage) Gunakan Dalam Pengajaran Pengubahsuaian/penyuntingan Prebiu hasil rakaman Mulakan Penggambaran Buat Penyelidikan Proses penyuntingan dan pengadunan audio dan video Pilih bahan (fakta) yang sesuai Maklum balas dan penilaian Menulis skrip melalui format papan cerita

40

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

LAYARI INTERNET Cuba anda layari Internet untuk melihat jenis-jenis perisian yang sering digunakan untuk memainkan video dalam komputer. Catatkan nama perisian dalam jadual di bawah: Bil. Perisian untuk memainkan video 1 2 3 4

PENILAIAN KENDIRI Cadangkan cara untuk menggunakan satu klip video dalam pengajaran satu topik kepada kelas murid-murid pra sekolah. Cuba isikan tempat-tempat kosong di bawah: Topik yang dipilih Apakah kebaikan menggunakan video untuk mengajar topik ini berbanding dengan media lain?

Tulis secara ringkas bagaimana video akan digunakan untuk mengajar topik in?

Apakah masalah yang mungkin dihadapi bila menggunakan video klip ini dalam kelas? Apakah yang boleh anda buat supaya masalah tersebut tidak timbul?

41

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

MEMBUAT NOTA

42

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

TAJUK 6.0
SINOPSIS

MEDIA BUKAN UNJURAN

Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata. Tajuk ini menjelaskan kepelbagaian bahan dan media 2D dan 3D serta bagaimana menghasilkan dan menggunakannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Media Bukan Unjuran

Bahan-bahan dua dimensi


gambar grafik carta peta poster kad imbasan kad gambar

Bahan-bahan tiga dimensi


realia model diorama akuarium dan terrarium patung topeng

Penggunaan Bahan Dua Dimensi & Tiga Dimensi Dlam P & P

HASIL PEMBELAJARAN I. II. Membanding bezakan bahan-bahan 2D dan 3D yang berlainan Menghurai kekeberkesanan penggunaan bahan 2D dan 3D yang pelbagai jenis dalam pengajaran-pembelajaran III. Menggunakan bahan 2D dan 3D dalam pengajaran-pembelajaran
43

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

MEMIKIR Bagaimanakah bahan 2D dan 3D berkesan sebagai bahan bantu mengajar? Nyatakan contoh-contoh penggunaan bahan 2D dan bahan 3D yang bersesuaian bagi sesuatu tajuk. 6.1 BAHAN-BAHAN DUA DIMENSI Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.

AKTIVITI 1 Cuba lihat di sekitar bilik darjah anda dan senaraikan contoh bahan dua dimensi yang ada. Catatkan bahan-bahan tersebut di sini: . . Bahan-bahan 2D mungkin memerlukan cara untuk memaparkannya. Biasanya papan paparan digunakan. Antara papan paparan yang boleh digunakan ialah: papan hitam, papan putih, papan pelabagai guna, papan magnetik, dan flip charts

(a) Gambar Atau Gambar Foto

Gambar foto sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Ianya dihasilkan dengan menggunakan kamera digital atau kamera bimbit. MEMIKIR Apakah kebaikan menggunakan gambar dalam sesuatu pengajaran?
44

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

(b) Grafik Grafik adalah gambar yang dilukis dalam bentuk hitam putih atau berwarna-warni. Anda boleh merujuk kepada Tajuk 2 untuk mendapat penerangan tentang grafik.
(c) Carta

Carta merupakan kumpulan gambarajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama iaitu melibatkan gambaran satu proses atau pun aliran perubahan sesuatu. Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan carta tersebut mempunyai tujuan pengajaran yang jelas. Amnya carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual.Terdapat pelbagai jenis carta, contohnya, carta organisasi, garis aliran (time lines), carta aliran (flow chart) dan graf. AKTIVITI 2 Cuba anda buka perisian Microsot Excel dan kenalpastikan jenis-jenis carta yang boleh dihasilkan.

MEMIKIR

Bolehkah anda kenalpasti satu topik yang sesuai untuk anda menggunakan carta dalam pengajaran murid-murid pra sekolah anda?

(d) Poster

Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan penggunaan garisangarisan, huruf-huruf serta warna-warna dalam satu persembahan visual yang
45

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan. Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna bagi menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesej dengan spontan. Guru harus berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus.
(e)

Kad Imbasan (Flash Card)

Kad imbasan merupakan satu kad yang mempunyai maklumat ringkas, contohnya, nombor, perkataan, huruf dan sebagainya. Maklumat pada kad imbasan perlu jelas, ringkas dan tepat. Ianya merupakan bahan yang sangat sesuai digunakan dalam bilik darjah pra sekolah. Kad imbasan tulisan selalunya berukuran 1/8 daripada kertas manila. MEMIKIR Dalam pengajaran anda selama ini, apakah situasi-situasi yang sesuai sekali digunakan kad imbasan?
(f)

Kad Gambar

Kad gambar merupakan kad imbasan yang mempunyai gambar. Ianya selalu berukuran daripada kertas manila. Selalunya hanya satu gambar sahaja yang terdapat pada satu kad. Kad jenis ini juga sangat sesuai digunakan untuk murid-murid pra sekolah.

MEMIKIR Melalui pengalaman mengajar anda, apakah aspek-aspek yang harus diberi perhatian dalam pemilihan media supaya pembelajaran boleh berlaku dengan berkesan. Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum

46

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

kepada situasi/media yang abstrak (Sila rujuk kepada Model Dales Cone of Experience dalam Tajuk 1.

Edgar Dales Learning Experience

MEMIKIR Apakah kaitan gambarajah di atas berkaitan dengan penggunaan media dalam pengajaran-pembelajaran anda? 6.2 BAHAN-BAHAN TIGA DIMENSI Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Bahan 3 dimensi adalah benda yang memiliki panjang, lebar, dan tinggi. Istilah ini biasanya digunakan dalam bidang seni dan animasi.
AKTIVITI 3

Cuba ingat kembali. Catatkan bahan-bahan 3D yang telah anda gunakan dalam pengajaran anda. Catatkan juga topik yang terlibat semasa anda menggunakan bahanbahan tersebut.
47

Jenis bahan 3 D: ............. Topik pengajaran: .. Jenis bahan 3 D: ............. Topik pengajaran: .. Jenis bahan 3 D: ............. Topik pengajaran: ..

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Jenis bahan 3 D:

............. Topik pengajaran: .. Jenis bahan 3 D: ............. Topik pengajaran: .. Jenis bahan 3 D: ............. Topik pengajaran: ..

Pada pandangan anda, adakah penggunaan bahan-bahan tersebut berkesan dalam pengajaran anda? Bahan manakah tersebut yang paling berkesan sekali?

............................................................................................................................................. ............................................................................................................................................

Jenis-Jenis Bahan Tiga Dimensi Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai media pengajaran antaranya ialah:
(a)

Relia

Realia adalah bahan-bahan yang sebenar atau maujud. Kelebihan bahan relia ialah murid boleh melihat, menyentuh, merasa dan mendengar sesuatu yang sebenar.

48

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Relia Asli Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya atau bahan sebenar bukan hidup seperti mesin, jentera dan lain-lain. Relia Awet Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bekas tertentu. Spesimen 1. Merupakan contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri lazim yang terdapat pada kumpulan hidup tersebut. 2. Biasanya spesimen didapati sebagai bentuk awetan. 3. Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukkan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan. 4. Contoh : Kutu daun, udang, labah-labah, daun, bunga
(b) Model

Model adalah binaan rupa bentuk bahan yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin, getah, simen plaster, kotak atau kayu. Beberapa pecahan jenis model, iaitu: Model Berskala / Model Pepejal Model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal atau dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal. Ia boleh dipegang dan diperhati dengan mudah. Contoh model kapal terbang, model glob . Model Olok-Olok/ Model Pergerakan Model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenar untuk menunjukkan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal. Biasanya model olok-olok dibuat
49

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenar. Model Keratan Rentas
1. Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada

satu benda untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. 2. Keratan selalunya digunakan dengan meluas dalam mata pelajaran Sains dan Teknikal

Model keratan rentas gigi (c) DIORAMA 1.

Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi

pemandangan asal. 2. Kebanyakan diorama dapat dilihat di muzium yang mempamerkan pemandanganpemandangan atau keadaan semasa zaman silam. 3. Diorama boleh dibuat dengan mudah menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polesterin dan bahan-bahan buangan.

Diorama 50

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

(d) Akuarium

1. 2.

Akuarium adalah tempat untuk memelihara hidupan dalam air. Boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca, ataupun balang-balang plastik.

3.

Ikan-ikan tropika boleh dibela dalam akurium tersebut

(e) Terrarium 1. Terrarium

boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti

mengkarung, kura-kura kecil, katak dan reptelia-reptelia kecil yang tidak merbahaya. 2. Kotak-kotak, botol atau bekas yang diperbuat daripada kaca atau plastik boleh digunakan untuk membina terrarium. 3. Masukkan tanah, tumbuhan, batu dan kayu untuk melengkapkan terrarium dan ditutup rapi.

Contoh terrarium (f)

Boneka, Patung, Topeng

Boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasilkan untuk kegunaan guru termasuklah: a) Boneka sarung tangan b) Boneka tali c) Wayang kulit d) Topeng
51

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

a) Boneka Sarung Tangan Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Malah tangan yang dilukis boleh dijadikan boneka. Pelbagai watak boleh diwujudkan seperti haiwan dan kartun. b) Boneka Bertali Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti Plaster of Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan pada bahagian-bahagian tertentu yang boleh digerakkan. Semasa digunakan, tali-tali ditarik-tarik atau digoyangkan untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak. c) Wayang kulit Rupa bentuk boneka ditulis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar. Lidi-lidi dilekatkan untuk menggerakkannya Berdasarkan cerita tertentu. OHP juga boleh digunakan untuk memainkan boneka Skrin putih digunakan untuk menayangkan bayang-bayang boneka

d) Topeng Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan kertas yang dipotong halus-halus dan gam. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan.

6.3 PENGGUNAAN BAHAN 2D DAN 3D DALAM PENGAJARAN Penggunaan bahan 2D dan 3D dalam pengajaran mempunyai beberapa kelebihan dan kekangan. Pemilihan untuk menggunakan bahan 2D dan 3D amat bergantung kepada objektif pengjaran dan juga kemampuan kita untuk menghasilkan bahan-bahan tersebut Anatara kelebihan dan kelemahan mengguna bahan-bahan 2D dan 3D ialah seperti berikut:
52

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Kelebihan

Kelemahan

Pelajar boleh belajar tentang masa ini, Terdapat bahan 3D yang tidak mudah iaitu objek-objek yang digunakan dalam didapati dalam pasaran kehidupan harian Bahan 3D menggalakkan pelajar Kekangan masa untuk membina bahanmelibatkan diri dalam pengalaman konkrit bahan 3D tertentu Penggunaan bahan 3D menambah dan Perlu ada ruangan yang luas untuk melanjutkan pengetahuan pelajar menyimpan bahan 3D yang agak besar Penggunaan bahan 3D dapat membantu dalam mengembangkan konsep dari segi kronologi, perubahan dan tujuan

PENILAIAN KENDIRI

Cuba anda kenalpastikan satu topik pengajaran. Apakah kelebihan menggunakan bahan tiga dimensi dalam pengajaran-pembelajaran?
.. .. .. ..

MEMBUAT NOTA

53

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

TAJUK 7.0
SINOPSIS

JENIS DAN PENGGUNAAN PAPAN PENGAJARAN

Unit ini menghuraikan jenis-jenis dan penggunaan papan pengajaran. Terdapat sembilan jenis papan pengajaran yang digunakan dan dibincangkan dalam unit ini.

HASIL PEMBELAJARAN I. II. Menghuraikan penggunaan pelbagai jenis papan pengajaran Membincangkan kepentingan penggunaan papan pengajaran dalam pengajaranpembelajaran KERANGKA TAJUK-TAJUK

Papan Pengajaran

Jenis-Jenis Papan Pengajaran


Penggunaan Papan Pengajaran Dalam P & P

Papan tulis Papan putih Papan magnetic Papan flip Papan pameran/kenyataan Papan flennel Papan gulung Papan slip Papan elektronik

54

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

MEMIKIR

Berdasarkan pengalaman anda, apakah jenis-jenis papan pengajaran yang boleh digunakan dalam bilik darjah? Apakah kebaikan dan kelemahan setiap jenis papan pengajaran tersebut. 7.1 JENIS-JENIS PAPAN PENGAJARAN Papan pengajaran merupakan media bukan unjuran. Ianya mudah digunakan kerana tidak perlukan apa-apa alat. Papan pengajaran boleh digunakan dalam pelbagai cara dan untuk semua peringkat pembelajaran. Ianya juga boleh digunakan untuk semua bidang pembelajaran. a) Papan Tulis Para pendidik telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu.

MEMIKIR Anda pernah menggunakan papan tulis samada sebagai seorang pelajar atau sebagai seorang guru. Cuba fikirkan kekangan yang ada padanya. b) Papan Putih Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.

55

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

AKTIVITI 1 Adakah papan putih seperti ini lebih baik berbanding dengan papan tulis? Apakah kelebihannya?

White Board

c) Papan Magnetik AKTIVITI 2 Memandangkan papan magnetik membolehkan kita melekat sesuatu padanya. Apakah kelebihan papan magnetik ini berbanding dengan papan putih tadi. Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut. c) Papan Flip Papan Flip merupakan papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran. Beberapa helain kertas diklipkan pada bahagian atas papan untuk membolehkan helaian kertas yang berlaninan ditunjukkan mengikut keperluan.
56

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Kelebihan papan flip:


Flip Board

Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid. Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk belajar berkumpulan. Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah

MEMIKIR Bagaimana anda boleh menggunkan flip chart ini dalam pengajaran nada?
Flip Chart

d) Papan Pameran /Papan Kenyataan Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk

mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki.

57

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Contoh Papan Kenyataan yang digunakan dalam pengajaran-pembelajaran. MEMIKIR Cuba fikirkan satu situasi pengajaran di mana anda boleh gunakan papan kenyataan seperti ini. e) Papan Flanel Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan mudah.

58

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Contoh penggunaan Papan Flanel dalam pengajaran-pembelajaran f) Papan Gulung Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung.

Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan. g) Papan Slip Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain.Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flanel.

59

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

h) Papan Elektronik Papan elektronik lebih biasa dipanggil Smart Board atau Interactive White Board. Papan jenis ini berciri interaktif. Ia merupan sejenis papan putih yang memaparkan imej daripada monitor computer. Permukaan papan ini berfungsi sebagai satu papan sentuh (touch screen) yang besar. Papan elektronik ini mempunyai saiz yang berlainan. Komputer yang disambungkan kepada papan elektronik ini boleh dikawal melalui menyentuh permukaan papan elektronik ini.Ini boleh dilakukan dengan menggunakan jari kita ataupun dengan menggunakan elektronik pen yang khas untuk tujuan ini.

Gambar ini menunjukkan murid menggunakan elektronik pen untuk menulis jawapan pada papan elektronik.

60

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Dalam gambar ini guru menggunakan jari untuk menyentuh permukaan papan elektronik untuk mengaktifkannya.

7.2 PENGGUNAAN PAPAN PENGAJARAN DALAM PENGAJARAN Papan pengajaran boleh digunakan untuk semua tahap pelajar. Dengan menggunakan papan pengajaran, pelbagai jenis aktiviti boleh diadakan. Dalam perbincangan di atas, anda telahpun melihat beberapa contoh penggunaan papan pengajaran dalam kelas Anda boleh gunakan senarai semak berikut untuk membantu anda memilih papan pengajaran yang akan digunakan:

Kriteria Sesuai dengan kurikulum Tepat dan kemaskini Bahasa yang digunakan jelas Dapat meningkatkan minat pelajar Tidak bias Mudah Penggunaan warna yang sesuai

Tanda / sekiranya terdapat elemen ini

61

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

LAYARI INTERNET Cuba baca tentang ciri-ciri papan ini serta kebaikan menggunakannya dalam bilik darjah pra-sekolah PENILAIAN KENDIRI

Adakah jenis bahan media yang anda gunakan setakat ini sesuai dengan objektif dan hasil pembelajaran anda? Apakah faktor-faktor yang anda akan ambil kira supaya pemilihan anda sesuai dengan pengajaran anda. Untuk setiap jenis papan yang disebutkan di atas, nyatakan kebaikan dan keburukan menggunakan setiap jenis papan tersebut

62

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

MEMBUAT NOTA

63

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

BIBLIOGRAFI Y.P, Chin (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Program Sarjana Muda Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd., Kuala Lumpur. Dick,N. ,Carey,L.& Carey,J.O.(2005).The systematic design of instruction (6th ed.)New York:Pearson, Allyn and Bacon. Heinich,R.,Molenda,M.,Russel,J.D.,& Smaldino,S.E.(2005). Instructional Media and Technologies for learning.(8thed.). New Jersey:Prentice Hall. Ismail Md. Zain. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Joyce, B.R. (2000). Models of teaching. (6th ed).Boston:Allyn and Bacon. Newby, T.J, (1996). Instructional technology for teaching and learning. New Jersey: Prentice Hall. Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim dan Rosnah Ahamd Zain (2009), Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn Bhd., Selangor. Noriati A. Rashid, P.Y. Boon, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan W. Kamaruddin W. Hasan (2009), Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford Fajar,, Kuala Lumpur Priscilla, N. & Karin, M.W. (2003). Teaching with technology: Designing opportunities to learn. (2nd ed.).Canada:Thomson Wadsworth. Roblyer M.D. & Edwards J. (2000). Integrating Educational Technology into Teaching: Prentise Hall Timothy, J. Newby, Donald, A. Stepich, James, D. Lehman & James, D. R.(2006).Educational technology for teaching and learning (3th ed.). Ohio:Merill Prentice Hall. Yusuf Hashim (1998).Teknologi pengajaran.Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti. Google Search

64

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

PANEL PENULIS MODUL KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (Sekolah Rendah) MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)
NAMA Dr Noriati bt A. Rashid Pengarah Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia noriati.arashid@bpg.moe.gov.my atie_dr@yahoo.com Dr. Jennifer Wee Beng Neo Penolong Pengarah Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia wjenee@moe.gov.my wjenee@gmail.com Kelulusan: PhD. (Pentadbiran Pendidikan) M.Sc (Pentadbiran Pendidikan) Bac.Pend. (SRT) Sijil Guru, MPTI Penglaman Kerja: Guru Sekolah Menengah (18 tahun) Pensyarah IPG (8 tahun) Pen.Pengarah BPG, KPM (7 tahun) Pen.Pengarah IPG, KPM (2 tahun) Kelulusan: Ph.D (Komputer Dalam Pendidikan), USM M.Ed (Sosiologi Pendidikan), Leeds University B.A. (Hons) UM Diploma Pendidikan (UM) Pengalaman Kerja: Pensyarah Teknologi Pendidikan (17 tahun) Guru Sekolah Menengah (9 tahun) KELAYAKAN Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM

Dr. Tan Soon Yin Pensyarah Kanan IPG Kampus Tuanku Bainun Bukit Mertajam Pulau Pinang soonyin@gmail.com

Zabedah binti A.Aziz Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Tuanku Bainun zabedah_aziz@yahoo.com

Kelulusan: Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan), USM Sarjana Muda Ekonomi dgn Kepujian, UUM Dip. Pendidikan Pengalaman Kerja: Pensyarah Teknologi Pendidikan (13 tahun) Penyelaras Latihan Guru Bestari

65

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

PANEL PEMURNIAN MODUL KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (Sekolah Rendah) MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

NAMA Dr. Noriati bt Rashid Pengarah Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia noriati.arashid@bpg.moe.gov.my atie_dr@yahoo.com Kelulusan:

KELAYAKAN

PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM

Dr. Jennifer Wee Beng Neo Penolong Pengarah Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

Kelulusan: PhD. (Pentadbiran Pendidikan) M.Sc (Pentadbiran Pendidikan) Bac.Pend. (SRT) Sijil Guru, MPTI Penglaman Kerja: Guru Sekolah Menengah (18 tahun) Pensyarah IPG (8 tahun) Pen.Pengarah BPG, KPM (7 tahun) Pen.Pengarah IPG, KPM (2 tahun) Kelulusan: Ph.D (Komputer Dalam Pendidikan), USM M.Ed (Sosiologi Pendidikan), Leeds University B.A. (Hons) UM Diploma Pendidikan (UM) Pengalaman Kerja: Pensyarah Teknologi Pendidikan (17 tahun) Guru Sekolah Menengah (9 tahun) Kelulusan: BA.Ed (Hons), USM Sijil Perguruan Khas (ICT), IPDA MA Teknologi Pendidikan (CAI), USM Pengalaman Kerja: Pensyarah Teknologi Pendidikan (07 tahun) Guru Sekolah Menengah (10 tahun)

wjenee@moe.gov.my wjenee@gmail.com

Dr. Tan Soon Yin Pensyarah Kanan IPG Kampus Tuanku Bainun Bukit Mertajam Pulau Pinang soonyin@gmail.com

En. Ahmad Jihadi Pensyarah Institut Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang Jihadi_as@yahoo.com

66

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

LAMPIRAN A CADANGAN JAWAPAN UNTUK AKTIVITI Tajuk 1 Aktiviti 1 filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer

Aktiviti 2 Antara media yang boleh digunakan ialah video, poster, gambar Bahagian berlainan My Body, contohnya boleh diterangkan melalui label-label bahagian badan dalam poster

Aktiviti 3 Pengkelasan Media 1 2 3 4 5 Media Tayang Kaku Media Tayang Bergerak Bahan Grafik Gambar Kaku gambar Bahan Pameran TigaDimensi 6 Papan Paparan/Pameran papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin 7 8 Media Audio Media Cetak pita kaset, cakera padat dan komputer modul, buku teks, surat khabar majalah dan risalah transparensi, slaid dan mikrofilem pita video, cakera padat digital dan filem lukisan, poster, kartun, carta dan graf foto, kad imbasan dan poskad model, boneka, diorama dan pupet

Tajuk 2 Aktiviti 1

Gambar

67

Grafik

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Tajuk 3 AKTIVITI 1 Media unjuran membolehkan bahan tayangan yang kecil dapat diunjurkan untuk tontonan ramai. Ini membolehkan guru menjelaskan bahan pengajaran berbentuk grafik, gambar, objek, situasi dan keadaan dengan lebih jelas lagi. Tajuk 4 Aktiviti 1 1 2 3 4 Teknik penghasilan lutsinar yang akan digunakan Objektif pengajaran yang ingin dicapai Teknik persembahan yang akan digunakan Prinsip asas grafik

Aktiviti 2 1 2 3 4 5 Pastikan lensa, permukaan kaca dank anta berada dalam keadaan bersih Tempatkan OHP di atas sebuah meja kukuh dan tidak bergoyanggoyang Pastikan kedudukan skrin berada di tempat yang sesuai dan elakkan kesan keystone Pancarkan imej ke dinding atau kain putih jika tidak ada skrin Untuk tayangan yang perkara berikut hendaklah diperhatikan: Skrin 1.5m lebar bagi bilik untuk 40 orang Skrin tidak berkilat Mendapat sedikit cahaya Letakkan pada paras ketinggian 70 cm dari lantai Tegangkan skrin Condongkan 45 darjah untuk elakkan kesan herotan Jangan terlindung oleh pengguna supaya boleh dilihat oleh semua pelajar Semua tulisan dan lukisan mestilah mengikut saiz yang sesuai Gunakan penunjuk yang runcing dan lurus dan tunjukkan pada sesuatu di atas transparensi dan bukannya pada imej di skrin

68

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

7 8 9 10

Jangan menghadapi skrin semasa membentang. Anda kena menghadap murid Tututp bahagian transparensi yang telah dibentang, contohnya dengan menggunakan kertas Letakkan projector di sebelah kanan anda sekiranya anda menulis dengan tangan kanan Simpan transparensi dalam kotak yang dilabel untuk memudahkan pencarian pada masa depan

Tajuk 5 Aktiviti 1 Untuk merakam audio dengan menggunakan Sound Recorder, pada skrin computer anda, anda klik pada Start/ All Programmes/Accessories/Entertainment/Sound Recorder. Klik pada butang merah untuk merakam.

Aktiviti 2 Bil Perisian Penyunting Video 1 2 3 4 5 Windows movie maker Adobe Premier Ulead media studio Ulead video studio Pinnacle Studio

69

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Aktiviti 3 Turutan Langkah-langkah penggunaan bahan video dalam pengajaran 1 8 11 10 7 4 15 16 14 13 9 2 12 3 17 5 Tajuk 6 Aktiviti 1 contoh bahan dua dimensi yang mungkin ada: gambar, grafik, carta, peta, kad imbasan Aktiviti 2 Jenis-jenis carta: bar graph, line chart, pie chart dan sebagainya Aktiviti 3 Antara jenis-jenis bahan 3 dimensi yang digunakan: Relia, model, diorama, boneka, topeng, akuarium 70 Tetapkan Tujuan dan Objektif dalam pengajaran Sediakan Bahan dan Peralatan Membuat Rakaman Audio Proses menukar video dari DV ke bentuk klip Bersedia Membuat Penggambaran Mengenalpasti, mengumpul dan memilih bahan grafik dan bahan audio yang sesuai Menukar ke format yang sesuai untuk tujuan penyimpanan (storage) Gunakan Dalam Pengajaran Pengubahsuaian/penyuntingan Prebiu hasil rakaman Mulakan Penggambaran Buat Penyelidikan Proses penyuntingan dan pengadunan audio dan video Pilih bahan (fakta) yang sesuai Maklum balas dan penilaian Menulis skrip melalui format papan cerita

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

Penilaian kendiri Kebaikan menggunakan bahan 3 dimensi: 1. Konsep yang betul dibina kerana melihat benda yang sebenar 2. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar 3. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda dengan lebih baik 4. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan 5. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada pembelajaran melalui penglaman Tajuk 7 Aktiviti 1 Kebaikan menggunakan papan putih: Tidak ada habuk Mudah alih serta boleh dibuat dalam pelbagai saiz Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut Boleh dihasilkan sendiri

Aktiviti 2 Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan. Oleh itu, papan ini boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan masa Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengalih visual ke tempat baru atau dapat tindan tindihkan visul-visual itu

71

MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

LAMPIRAN B SENARAI IKON DALAM MODUL Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Aktiviti

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Memikir

Penilaian Kendiri

72

You might also like