You are on page 1of 13

Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk

Negara-negara yang dibandingkan:Negara maju : Amerika Syarikat Negara sedang membangun: Indonesia

Taraf pendidikan - Peningkatan kadar kelahiran di Indonesia kerana penduduk Indonesia tidak tahu mengambil langkah mencegah hamil kerana taraf pendidikan rendah. - Penduduk wanita Amerika Syarikat yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi tidak mahu mempunyai anak yang ramai kerana mereka tidak sanggup melepaskan pekerjaan mereka.

Program perancangan keluarga - tahap pendidikan di Indonesia rendah, kongkongan adat dan agama yang kuat serta keperluan tenaga manusia oleh setiap keluarga dari segi ekonomi. Contoh, kawasan pedalaman Indonesia amat bergantung kepada tenaga buruh keluarga untuk menjalankan aktiviti pertanian. - penduduk di Amerika Syarikat mengamalkan program perancangan keluarga. - mereka tidak mahu membentuk keluarga yang besar dengan mempunyai anak yang ramai.

Usia berkahwin - taraf umur perkahwinan pada usia awal 20-an di Indonesia telah memungkinkan pasangan memiliki anak yang ramai kerana kesuburan ibu yang tinggi. - Penduduk Amerika Syarikat suka hidup berdua-duaan tanpa gangguan. Mereka berkahwin pada usia yang lewat dan menyebabkan kadar fertiliti wanita menurun seterusnya menyebabkan penurunan kadar kelahiran.

Amalan adat dan status quo - sesetengah kaum seperti suku kaum Batak di Indonesia, mereka berasa berbangga jika memiliki anak yang ramai. - Bagi Amerka Syarikat pula, pengaruh budaya barat memainkan peranan dalam penurunan kadar kelahiran. Atas pengaruh budaya barat, penduduk Amerika Syarikat menginginkan kebebasan dengan melahirkan selebihlebihnya dua tiga orang anak sahaja.

Faktor bencana alam dan peperangan - lebih 4000 tentera Amerika mati serta lebih daripada 60 000 tentera mereka cedera atau cacat dalam peperangan Iraq pada 20 Mac 2003.

Kemajuan taraf kesihatan dan teknologi perubatan - Amerika Syarikat dapat mengawal pelbagai penyakit merbahaya serta melanjutkan lagi usia penduduk tua. - Di Indonesia, taraf kesihatan dan teknologi perubatan tidak setanding dengan Amerika Syarikat. Oleh itu sesetengah penyakit yang serius masih tidak dapat disembuhkan.

Peluang pekerjaan - Kadar migrasi tinggi di Amerika Syarikat kerana kekurangan peluang pekerjaan para migrasi di negara asal. - Lebihan penduduk di Indonesia menyebabkan pengangguran dan kemiskinan.

Masalah sosial - Menyebabkan kadar pertumbuhan penduduk terganggu kerana banyak kes pembunuhan dan kes merompak berlaku yang menyebabkan mereka berpindah. - Contohnya, Edward Anthony Sowell ditahan pada Oktober 2009 atas pembunuhan 11 mayat wanita yang ditemui di dalam dan di sekitar rumahnya di Cleveland, Ohio. - Bagi Indonesia pula, migrasi penduduk ke negara lain dapat mengurangkan beban kerajaan untuk menampung keperluan penduduk.

Faktor keselamatan - Penduduk sanggup berpindah untuk keselamatan diri dan orang tersayang. Mereka akan berpindah ke tempat lain sekiranya berlakunya gempa bumi dan tsunami dengan kerap kalinya. - Contohnya, kebakaran hutan yang dianggap antara terburuk di California meragut 7 nyawa, 2 ribu kediaman dilaporkan musnah manakala 640 ribu penduduk dipindahkan pada tahun 30 Oktober 2007. Ini telah mengugat keselamatan rakyat.

Pencemaran - Pencemaran yang serius dapat membawa kepada masalah kesihatan. - Berdasarkan berita Science Daily pada 16 Februari 2009, para pengkaji menemukan racun tingkat tinggi, termasuk sebatian organik yang meruap (VOC) dan zarah halus, di udara berhampiran sekolah di laluan pencemaran industri di Amerika Syarikat.

You might also like