You are on page 1of 66

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

BIODATA GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG.

NAMA NO. K/P UNIT ALAMAT

: MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDDIN : 920820-13-6125 : PISMP BAHASA MELAYU (SJKC) SEMESTER 2 : NO 1, LRG IMPIANA ROMPIN 2/2, TMN IMPIANA ROMPIN, JLN KG PERPAT, 26800 KUALA ROMPIN PAHANG.

NO. TEL E-MAIL

: 013-2741273 : banjar_92@yahoo.com

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 1

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

HALAMAN JUDUL

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PISMP SEMESTER DUA

JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 2

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan: Nama penulis: MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN Tarikh:

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 3

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

SENARAI KANDUNGAN FAIL

1.0 PENYATAAN PROFESIONAL

1.1 PENYATAAN SEBELUM PBS 1.1.1 Fokus Utama Tugasan 1.1.2 Tujuan Tugasan 1.1.3 Merancang Strategi Pelaksanaan 1.1.4 Instrumen Penilaian

1.2 1.3 1.4

PENYATAAN SEMASA PBS PENYATAAN SELEPAS PBS LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 4

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

2.1 PENGENALAN Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yangdijalankan oleh pihak Badan Pendidikan Guru melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM). Semua guru pelatih dari semester 1 hingga semester 4 wajib menjalani program ini di sekolah pilihan masing-masing. Melalui program ini saya didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan sekolah seperti iklim sekolah, ilmu sebagai pendidik, prasarana dan murid-murid di sekolah.

Saya telah menjalankan PBS di sebuah sekolah di Kuala Rompin, Pahang iaitu di Sekolah Kebangsaan Rompin. Saya telah menjalani PBS ini bersama empat orang lagi rakan dari IPG yang sama iaitu Mohamad Zairy Bin Azami (PAI (SJKC)), Ewinda A/L Leman (Pra Peribumi)) dan Ang Swee Kian (Pra Pribumi)). Kami adalah wakil dari IPGM Tengku Ampuan Afzan . Saya merupakan telah menetap di Rompin sejak tahun 1994 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rompin bermula tahun 1999 sehingga 2004. Dalam melaksanakan PBS ini, saya dikehendaki mencari maklumat mengenai sekolah, serta mencari maklumat bagi menyiapkan laporan mengenai peranan Panitia Bahasa Melayu di sekolah.

Semasa menjalankan PBS ini saya telah mendapatkan maklumat daripada beberapa pihak seperti guru penolong kanan, guru dan panitia yang bersekolah di sekolah ini. Saya juga menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan program PBS ini. Data-data yang telah saya dapati dan dianalisis telah saya kumpulkan untuk dijadikan satu portfolio ini. Berdasarkan data dan analisis yang telah saya dapati ini, saya berharap tugasan ini dapat membantu saya agar lebih mengenali sekolah dan saya berharap tugasan inidapat memenuhi kehendak pensyarah yang terlibat.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 5

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

2.2 PERNYATAAN SEBELUM PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

2.2.1 FOKUS UTAMA TUGASAN Fokus utama tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semester 2 bagi guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang adalah untuk mengenali dengan lebih lanjut persekitaran sekolah. Selain itu, PBS ini juga bertujuan untuk membiasakan guru pelatih dengan keadaan dan persekitaran guru-guru di sekolah. Selain itu, PBS ini juga memfokuskan guru pelatih untuk mendapat gambaran dan mengetahui persekitaran dan iklim bilik darjah untuk diaplikasikan semasa menjadi guru kelak. Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini, tugasan juga difokuskan untuk mendapat maklumat mengenai peranan Panitia Bahasa Melayu di sekolah selaras dengan kehendak kerja kursus yang telah diberikan oleh pihak IPG.

FOKUS UTAMA TUGASAN KETUA DAN JAWATANKUASA PANITIA

PANITIA BAHASA MELAYU

AKTIVITIAKTIVITI PANITIA

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 6

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

2.2.2 TUJUAN TUGASAN Tugasan yang dilaksanakan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah untuk memberi gambaran awal kepada guru pelatih untuk memahami sekolah dan persekitarannya sama ada persekitaran sekolah atau persekitaran bilik darjah serta melihat tingkah laku pelajar sekolah dalam menjalani proses persekolahan dalam seharian. Melalui PBS ini juga, guru pelatih dapat berinteraksi dengan guru-guru, Hal ini sekaligus dapat meningkat kemahiran guru. Selain itu, guru pelatih dapat

kakitangan dan murid sekolah. intrapersonal dalam diri

seorang

mengetahuiperanan dan tugas seseorang guru melalui pemerhatian dan penelitian dokumen yang terdapat di sekolah. Ilmu-ilmu yang diperolehi di sekolah akan dapat dipraktikkan semasa guru pelatih menjadi guru yang sebenar kelak.

TUJUAN TUGASAN

PERANAN PANITIA BAHASA MELAYU

SENARAI AKTIVITI

TUGAS-TUGAS KETUA DAN JAWATANKUASA PANITIA

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 7

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

2.2.3 MERANCANG STRATEGI PELAKSANAAN Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan selama 5 hari di sekolah yang dipilih oleh guru pelatih. Oleh kerana masa yang agak singkat, guru pelatih perlu merancang apa yang perlu dilakukan pada setiap hari. Antara perancangan yang telah saya buat ialah: Menyediakan senarai semak maklumat yang ingin diperoleh Menyediakan soalan-soalan untuk ditanyakan kepada pihak-pihak yang

berkaitan seperti guru besar, guru panitia dan yang lain-lain Mencatat aktiviti harian yang telah dijalankan

2.2.4 INSTRUMEN PENILAIAN Instrumen penilaian yang telah digunakan dalam menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah senarai semak, pemerhatian dan temu bual. Setiap instrumen yang digunakan ini adalah mengikut kesesuaian aktiviti semasa menjalankan tugasan ini.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 8

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

SEBELUM PBS
Sebelum kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kami telah menerima taklimat berkaitan dengan pbs daripada selaku Mohd Faizal Bin Hassan selaku pensyarah penyelaras PBS iaitu pengalaman berasaskan sekolah. Taklimat kami diadakan di Dewan Kuliah A IPGTAA. Ini merupakan kali kedua kami guru pelatih semester 2 menjalankan PBS. Program ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dan juga memahami perspektif seorang guru.

Menerusi program ini, kami dapat melihat melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan juga pengurusan bilik darjah di sekolah, guru pelatih akan dapat memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah untuk melaksanakan secara teori dan amalan dalam konteks

pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara ringkasnya, dengan menjalani program PBS, guru pelatih akan dapat memahami

bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan juga bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sekolah.

Selain itu, antara fokus utama tugasan PBS adalah memberi kefahaman kepada pelajar tentang budaya sekolah, melatih pelajar untuk menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah. Selain itu, PBS juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih untuk memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran. Secara tidak langsung, pengalaman kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah juga merupakan salah satu di antara objektif PBS.

Menerusi PBS juga guru pelatih dapat membina kemahiran mengumpul maklumat tentang peranan Panitia Bahasa Melayu untuk membantu pencapaian akademik mata pelajaran Bahasa Melayu, menyenaraikan aktiviti-aktiviti Panitia Bahasa Melayu sepanjang tahun 2012 dan membincangkan tugas-tugas ketua panitia dan jawatankuasa panitia untuk meningkatkan

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 9

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu. PBS membolehkan guru pelatih membina sikap positif terhadap profesion keguruan.

Pada akhir tugasan, saya dikehendaki membuat laporan mengenai peranan Panitia Bahasa Melayu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Bahasa Melayu dan

mendokumentasikan tugas-tugas ketua panitia dan jawatankuasa penting untuk perbincangan semasa sesi refleksi nanti. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat PBS selama

seminggu dan diberi peluang untuk menjalankan PBS mengikut tempat pilihan kami sendiri dan majoriti antara kami menjalankan PBS di kampung halaman masing-masing. Saya memilih untuk menjalankan PBS di kampung halaman, sekolah yang menjadi pilihan saya ialah Sekolah Kebangsaan Rompin. Tidak menjadi masalah untuk saya menjalankan PBS ini walaupun ini kali pertama saya ke sekolah tersebut. Ini adalah untuk membiasakan saya jika ditempatkan untuk mengajar pada suatu hari nanti. Oleh itu, tidak menjadi masalah jika saya ditempatkan untuk mengajar di kawasan bandar mahupun di kawasan pedalaman.

Selepas mendengar taklimat daripada pensyarah, barulah kami memahami serba sedikit tentang PBS ini. Selain mengenali budaya sekolah sewaktu menjalankan PBS, kami juga

dikehendaki mencari bahan untuk tugasan bagi kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3103) dan tugasan PBS. Menerusi kesemua tugasan yang kami perolehi, kami

dikehendaki membahagikan masa yang ada selama seminggu untuk mengkaji dan mendapatkan semua bahan bagi kesemua tugasan tersebut.

Saya telah menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Rompin, Kuala Rompin bermula dari 27.08.2012 sehingga 30.08.2012. Saya harap saya dapat menjalankannya dengan sebaik mungkin. Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengetahui terlebih dahulu tentang jumlah murid dan juga hari persekolahan bagi sekolah tersebut.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 10

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

SEMASA PBS
Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih. Saya telah melakukan kajian mengenai pengurusan sekolah. Sekolah ini diuruskan barisan pentadbir terdiri daripada lelaki dan wanita yang berkarisma dan berwibawa dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Jawatan-jawatan penting seperti Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum dipegang oleh guru lelaki serta seorang guru perempuan. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga majoritinya adalah guru wanita.

Semasa menjalani PBS, saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai pengurusan bilik darjah, dengan kerjasama yang diberikan pihak sekolah saya dapat memasuki kelas 3 Intelek yakni kelas ketiga dari empat buah kelas yang terdapat dalam tahun tersebut. Melalui pemerhatian tersebut, saya dapat menyelesaikan sebahagian soalan yang berkaitan dengan tugasan PBS. Bagi menyiapkan keseluruhan tugasan ini, saya turut menemubual

Ketua Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Rompin iaitu Puan Nurul Huda Binti Abdullah bagi menjawab soalan yang terdapat dalam tugasan tersebut.

Semasa menjalani PBS ini, saya turut memasuki kelas pemulihan bagi mengisi masa terluang, melalui pemerhatian saya di kelas tersebut, masih terdapat pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M walaupun sekolah tersebut merupakan sekolah yang berada dalam kategori sekolah bandar. Akan tetapi, guru yang mengajar pelajar terbabit merupakan seorang guru yang sangat tabah dan cekal dalam mendidik anak bangsa agar mereka dapat bersaing dengan pelajar lain di masa depan. Selain itu, semasa PBS juga saya turut melakukan tugasan BMM3103, tugasan ini mengkehendaki saya melakukan ujian kepada murid tahap dua, nasib saya sangat baik, kerana guru-guru di sekolah tersebut memberikan kerjasama yang baik bagi saya menyelesaikan tugasan tersebut.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 11

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Saya juga belajar mengenai teknik berkomunikasi yang baik serta betul apabila bercakap dengan orang yang lebih berkuasa dan berpengalaman dari diri sendiri. Saya telah diingatkan oleh Penolong Kanan untuk bercakap secara bersopan dan berhemah apabila melakukan sesi temuramah bersama-sama guru-guru mahupun staf-staf sokongan. Teknik

bercakap dan bertanya yang baik perlu dalam melakukan sesebuah temubual. Teknik yang baik akan merangsang hasil sesi temubual yang baik. Selain itu, Guru Besar turut memberi nasihat mengenai kerjaya seorang guru sangat mulia disisi agama kerana ilmu yang kita curahkan akan digunakan sampai bila-bila walaupun jasad telah dimamah bumi. Beliau juga turut menekankan agar melakukan setiap tugasan yang diberikan dengan komited agar hasil yang diperoleh dapat juga digunakan oleh individu lain.

SELEPAS PBS
Selepas menjalani Pengalaman Berasakan Sekolah, saya telah mengumpul dan mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya turut menjumpai beberapa ilmu pengetahuan yang berguna dan boleh saya gunakannya di masa hadapan kelak. Saya telah mempelajari

mengenai teknik bertanya yang betul dan berkesan yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak. Teknik bertanya yang betul dapat membantu saya untuk memperolehi maklumat yang saya perlukan dengan cepat dan mudah. Berdasarkan teknik bertanya yang telah saya perolehi ini, saya dapat simpulkan

bahawa apabila kita menghormati seorang manusia dengan baik, maka kita akan mendapat penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya.

Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa dengan Guru Besar, banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan saya agar sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 12

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

berada di dada kita sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Nasihat beliau, seorang yang kedekut ilmu, seorang yang sangat rugi sebenarnya. Di samping itu, beliau turut mengingatkan saya, walau ditempatkan di bandar mahupun pedalaman, janganlah menganggap semua itu sebagai beban, jadikanlah ia sebagai satu ibadah kita sesama manusia

Selain itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina perkembangan murid-murid sama ada dari segi Jasmani, Intelek, Rohani, Emosi mahupun Intelek. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik dapat mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid. Murid-murid akan merasa tertarik untuk hadir ke sekolah dan seterusnya terdorong untuk belajar. Kemudahan yang mencukupi juga adalah perlu bagi

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemudahan yang tidak mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah.

Tambahan lagi, ruang pembelajaran yang sempit dan tidak terurus akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Keadaan kelas yang mempunyai bilangan murid-murid yang ramai serta saiz kelas yang kecil akan menimbulkan keadaan tidak selesa kepada murid-murid. Guru-guru yang masuk ke kelas juga akan merasa tidak selesa kerana terpaksa bergerak di dalam ruang yang kecil serta terpaksa mengawasi murid-murid yang ramai.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 13

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

2.3 PENYATAAN SEMASA PENGALAMAN SEKOLAH (PBS)

BERASASKAN

HARI TARIKH SEKOLAH

: : :

ISNIN 27 OGOS 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN ROMPIN

Tepat jam 7.00 pagi, saya sampai di Sekolah Kebangsaan Rompin dengan menaiki motosikal. Apabila saya sampai di pintu pagar sekolah itu, saya sempat menegur guru lelaki yang berada di pagar sekolah. Nama beliau ialah En Syed Azlan Bin SY. Abdul Razak. Beliau merupakan guru yang bertugas menjaga pintu pagar untuk minggu ini.

Saya dipelawa untuk turut sama berada di pintu pagar sekolah. Semasa berada di situ, beliau telah memaklumkan serba sedikit mengenai latar belakang sekolah dan organisasinya. Pada pagi itu, saya mendapati ramai murid yang hadir lewat. Hal ini kerana sekolah telah bercuti selama seminggu lebih disebabkan oleh cuti Hari Raya Aidilfitri. Terdapat juga beberapa orang pengawas bertugas mencatit nama murid yang hadir lewat ke dalam satu buku rekod yang besar. Rakan-rakan PBS saya yang lain tiba jam 7.15 disebabkan oleh rumah mereka yang terletak di luar bandar Kuala Rompin.

Tepat jam 7.30 pagi, loceng kedengaran dan semua guru dan murid berkumpul di dataran perhimpunan. Pada pagi itu, kami mendapat tahu seramai sembilan orang guru pelatih menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Rompin termasuk kami

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 14

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

berempat. Guru-guru pelatih tersebut merupakan empat orang guru pelatih (TESL) dari IPG Sultan Mizan, Kuala Terengganu, Terengganu dan seorang guru pelatih Pra Peribumi dari IPG Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Kami semua terdiri daripada lapan orang lelaki dan seorang wanita.

Pengerusi majlis perhimpunan pada pagi itu ialah Cik Zaheera Binti Rahmat. Aturcara perhimpunan pada pagi itu bermula dengan bacaan doa oleh ketua pengawas disusuli nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah Kebangsaan Rompin. Majlis diteruskan dengan menjemput guru yang bertugas iaitu Encik Ahmad Saidi Bin Baharom pada minggu sebelum cuti untuk memberikan laporan. Beliau banyak memuji kebanyakkan kelas yang telah menghias kelas mereka dengan cantik. Namun begitu, beliau menegur kelas 5 Intelek kerana keadaan kelas mereka yang terlalu kotor dan tidak teratur. Beliau juga menyatakan bahawa pada minggu sebelum cuti, sesi persekolahan hanya berlangsung selama 3 hari kerana sekolah mendapat cuti berganti sempena Hari Raya Aidilfitri bermula pada hari Khamis.

Kemudian, tibalah sesi ucapan daripada guru besar iaitu Datin Noaizan Binti Jamaludin. Beliau mengingatkan semua murid agar sentiasa hadir ke sekolah dan belajar bersungguh. Beliau juga menyuntik kata-kata semangat kepada semua pelajar tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada bulan depan. Beliau mengharapkan semua pelajar tahun 6 mampu mencapai kejayaan yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Perhimpunan diakhiri dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al-As dan murid dibenarkan untuk bersurai.

Kami semua kemudiannya dibawa ke pejabat sekolah oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Rompin iaitu Puan Norazah Binti

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 15

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Jantan. Kami telah diminta untuk mengisi buku kehadiran dan buku laporan sekolah.

Seterusnya beliau telah membawa kami ke sekitar kawasan sekolah bagi menunjukkan keadaan sekeliling. Akhir sekali kami kembali ke pejabat di mana kami diberikan taklimat mengenai latar belakang sekolah di samping struktur organisasi yang terdapat di sekolah. Pihak sekolah telah memutuskan untuk meletakkan kami di dalam bilik guru. Bilik guru berkenaan terletak di blok yang yang berhampiran dengan pejabat lama.

Setibanya kami di bilik guru, kami semua saling berkenalan sesama kami dan seisi bilik guru. Kehadiran kami disambut baik oleh guru-guru berkenaan. Lebih-lebih lagi terdapat guru-guru senior yang masih mengajar di situ. Rata-rata cikgu senior di sana sudah mengenali saya dan menerima kehadiran saya. Kami kemudiannya ditunjukkan tempat kami di dalam guru. Kami semua diperkenalkan dengan ketua di bilik guru berkenaan iaitu Puan Marzilah Binti Othman.

Setelah selesai berkenalan dengan semua guru yang berada di dalam bilik guru, kami semua memulakan tugasan masing-masing. Saya mendapat tugasan mengenai peranan dan sumbangan panitia Bahasa Melayu di sekolah di mana tugasan ini memerlukan saya untuk melakukan temu bual dengan Puan Nurhuda Binti Abdul Rahman merangkak Ketua Panitia Bahasa Melayu. Beliau merupakan guru untuk matapelajaran Bahasa Melayu saya semasa saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rompin dahulu. Beliau juga memiliki pengalaman mengajar selama 16 tahun dan pernah menjadi penanda kertas Bahasa Melayu Sekolah Rendah untuk UPSR selama 7 tahun.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 16

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Akan tetapi, saya tidak dapat menemui beliau. Hal ini kerana beliau sedang sibuk dengan program untuk murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR. Oleh itu, saya memutuskan untuk bertemu dengan beliau pada hari esok. Hari ini saya menghabiskan masa dengan mencari bahan untuk tugasan BMM 3104.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 17

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

HARI TARIKH SEKOLAH

: : :

SELASA 28 OGOS 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN ROMPIN

Pada hari berikutnya, kami hadir ke sekolah seperti biasa tepat jam 7.15 pagi. Kami telah melaporkan diri di pejabat. Kami kemudiannya bertebaran melakukan

tugasan maisng-masing. Kami mulai berkenalan rapat dengan guru dan staf yang ada.

Saya memulakan hari saya dengan mencari Puan Nurhuda bagi mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan saya. Nasib begitu menyebelahi saya di mana Puan Nurhuda berada di dalam biliknya. Saya sempat bertanya khabar dan beliau sedia memberikan kerjasam untuk memberikan saya segala maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan PBS saya. Beliau meminta saya sedikit masa kerana beliau perlu mencari semua bahan-bahan itu.

Saya mengambil ruang yang ada untuk menemu bual beliau di mana saya bertanyakan tugas panitia di sekolah dan peranan yang perlu dimainkan oleh panitia khususnya Panitia Bahasa Melayu dalam membantu kecermelangan akademik di sekolah. Ternyata jawapan yang diberikan beliau tidak begitu mengecewakan. Di mana secara peribadi, saya merasakan Puan Nurhuda telah menjalankan amanah sebagai ketua panitia untuk Subjek Bahasa Melayu dengan begitu baik berdasarkan keterangan dan bukti yang beliau tunjukkan.

Waktu berlalu begitu cepat hinggakan saya terpaksa menamatkan temu bual

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 18

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

lebih awal kerana Puan Nurhuda dikehendaki untuk memasuki kelas 6 Intelek bagi meneruskan lagi program yang direncana oleh pihak sekolah untuk mengahdapi UPSR yang berbaki beberapa hari sahaja lagi. Beliau sempat memberikan nasihat dan katakata yang membakar semangat kepada saya untuk terus berusaha melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang kelak amat saya perlukan dalam mengharungi dunia pendidikan yang semakin lama semakin mencabar. Saya menerima dan menyimpan kata-kata beliau. Ketika itu, saya menanam satu azam untuk bersedia menabur bakti kepada bidang yang saya ceburi ini pada masa hadapan.

Tamat temu bual saya bersama Puan Nurhuda, saya berkunjung ke pusat sumber di mana tempat itu merupakan tempat saya menghabiskan masa rehat satu masa dahulu dengan membaca buku-buku khususnya yang berunusrkan pengetahuan am. Apabila saya menjejakkan kaki ke dalam pusat sumber itu, saya terkejut dengan perubahan yang berlaku kepada ruangan di dalam perpustakaan. Saya dapat melihat rujukan untuk guru dan murid telah berubah seiring dengan perkembangan semasa pendidikan di negara kita. Kini pusat sumber memiliki pusat akses yang memilki 10 buah komputer, satu set astro dan penggunaan kad pintar bersama alat pengesan elektronik bagi memudahkan proses meminjam dan memulang buku.

Saya mengambil masa untuk berjalan di dalam pusat sumber bagi meneliti setiap sudut dan mengenang kembali memori lama semasa bersekolah di sana. Ketika itu, saya ditegur oleh seseorang yang amat saya kenali iaitu Puan Wan Zulia Bintu Wan Mustapha. Beliau merupakan guru muzik saya dan pernah melatih kumpulan boria yang saya sertai pada tahun 6 sehingga ke peringkat negeri Pahang. Beliau kini mengajar Bahasa Melayu untuk kelas tahun 3. Beliau mengajak saya berborak di ruang membaca surat khabar bersama guru-guru lain. Jelas terbayang kemesraan mereka sebagai rakan sekerja di mana mereka boleh bertegur sapa dan bergurau senda walaupun

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 19

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

masing-masing sibuk dengan tuagsan harian masing-masing.

Puan Wan Zulia kemudiannya mempelawa saya untuk masuk bersama beliau ke dalam kelas 3 Intelek. Saya menerima pelawaan itu dengan hati yang terbuka dan mengikut beliau masuk ke kelas tersebut. Apabila saya melihat kepada keadaan mereka, maka terbuktilah salah satu informasi yang diberikan oleh GPK Pentadbiran sekolah itu bahawa walaupun sekolah itu berstatus bandar. Akan tetapi kebanyakkan muridnya datang daripada keluarga nelayan, keluarga peneroka, keluarga orang asli sekitar Kuala Rimpin dan lain-lain keluarga yang berpendapatan rendah. Oleh itu, jelas dapat saya perhatikan bahawa walaupun sekolah ini berada di dalam bandar, tetapi keadaannya sama dengan situasi persekolahan di kampung.

Setiap darjah terdapat 3 kelas iaitu Arif, Bestari dan Intelek. Arif merupakan kelas hadapan, Bestari merupakan kelas pertengahan manakala Intelek merupakan kelas hujung.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 20

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

HARI TARIKH SEKOLAH

: ; :

RABU 29 OGOS 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN ROMPIN

Pada hari yang ketiga, saya semakin bersemangat untuk meneruskan Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya bersama rakan-rakan seperti biasa

mendartarkan diri di pejabat. Permulaan pagi ini, kami mendapat tugasan yang menarik iaitu mengendalikan sesi yang diberi nama Spell It Right dan Akimbol. Untuk sesi Spell It Right telah dikendalikan oleh salah seorang guru pelatih dari IPG Sultan Mizan. Pada sesi ini guru pelatih tersebut menyebutkan satu perkataan berbahasa Inggeris dan menjemput wakil daripada kalangan murid untuk mengeja perkataan tersebut.

Murid yang berjaya mengeja dengan betul akan diberikan hadiah. Semua murid yang naik ke pentas dapat mengeja dengan betul. Hal ini membuktikan bahawa muridmurid telah terdedah kepada perkembangan teknologi yang dapat membantu menambah perbendaharaan kata mereka dalam Bahasa Inggeris. Kemudiannya perhimpunan pada pagi itu diteruskan dengan sesi Akimbol yang dikendalikan oleh kami semua. Dalam aktiviti ini, kami membuat sesi senaman pagi di mana penyertaan melibatkan semua murid dan guru. Kami meminta murid-murid untuk mencari ruang dengan mendepakan tangan mereka. Yang menariknya arahan yang diberikan semasa sesi dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Sesi ini mengambil masa selama 15 minit. Perhimpunan tamat selepas itu.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 21

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Pada pagi ini saya sekali lagi pergi berjumpa dengan Puan Nurhuda untuk mendapatkan lagi sebanyak mana maklumat yang boleh. Saya kemudiannya bergerak masuk ke Kelas 5 Bestari. Di sana saya telah bertemu dengan Puan Nor Azah Binti Jantan. Saya memutuskan untuk melengkapkan tugasan BMM 3104 iaitu Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Oleh itu, saya meminta kebenaran daripada Puan Nor Azah untuk meminjam salah seorang pelajar beliau untuk dibawa ke perpustakaan. Saya telah memberikannya soalan peperiksaan untuk dijawab. Saya kemudiannya berjumpa dengan seorang lagi guru iaitu En Syed Kamarul yang mengajar Pendidikan Jasmani kepada murid tahun 4 bagi meminjam seorang murid beliau yang duduk di luar padang. Beliau membenarkan saya meminjam untuk tempoh selama sejam. Saya meminta beliau melakukan perkara yang sama.

Seterusnya saya bergerak menuju ke kelas tahun 6. Saya telah pergi ke Kelas 6 Intelek. Saya telah berjumpa dengan Puan Siti Rohaya Bt Moin. Disebabkan pada masa itu, murid-murid tahun 6 terlibat dengan program peningkatan kecemerlangan UPSR. Murid-murid ini menghabiskan masa mereka di dalam kelas dengan menjawab soalan-soalan latih tubi. Saya telah mendapat keizinan untuk meminjam salah seorang daripada murid beliau. Setelah selesai menjawab soalan ini, saya memberikan hadiah kepada murid-murid ini. Setelah itu, saya berjumpa dengan Puan Nurhuda untuk meminta beliau menanda kertas soalan tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar situasi seorang guru menanda kertas.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 22

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

HARI TARIKH SEKOLAH

: ; :

KHAMIS 30 APRIL 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN ROMPIN

Pagi ini kami diminta untuk membantu guru-guru untuk menyediakan dewan kerana pada jam 9 pagi akan berlangsung sesi motivasi pelajar bersama dengan Pegawai Pendidikan Daerah Rompin iaitu Encik Mohamed Bin Hamid. Kami semua membantu guru dalam persiapan dewan seperti susunan kerusi, membuat teks ucapan pengerusi majlis, menyediakan alatan seperti komputer dan LCS serta sebagainya. Sesi motivasi ini melibatkan murid-murid tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR minggu hadapan.

Tepat jam 9 pagi pegawai daripada PPD Rompin tiba. Ketibaan beliau disambut oleh Datin Noaizan selaku Guru Besar SK Rompin. Beliau terus membawa pegawai tersebut ke dalam dewan. Beliau ternyata sekali sangat berkasrisma dalam memberikan ucapan. Beliau ingin sekali melihat sekolah-sekolah di daerah Rompin dapat bersaing dengan sekolah daripada daerah mahupun negeri yang lain dari sudut pencapaian terutamanya dalam bidang akademik.

Beliau juga seorang motivator yang baik. Kata-kata beliau sangat bersemangat. Saya mendapati ramai murid kelihatan begitu teruja mendengar kata-kata motivasi daripada beliau. Beliau turut membuat satu MOU bersama dengan murid-murid pada pagi itu. Sesi tamat pada jam 10.30 pagi. Saya berkesempatan berjumpa dan bersalam dengan pegawai tersebut.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 23

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Setelah itu, saya bergerak ke bilik guru. Di sana saya diminta untuk menjaga kelas tahun 5 Intelek. Hal ini kerana ramai guru pada masa itu tiada di sekolah atas urusan rasmi. Saya dikhabarkan bahawa murid-murid di dalam kelas itu sangat aktif dan suka membuat bising. Kali pertama saya menjejakkan kaki, saya berasa gugup. Apa yang berlaku adalah disebabkan oleh perasaan gementar kerana ini kali pertama saya memasuki kelas secara individu.

Memang betul apa yang dikatakan itu, murid-murid ini sangat aktif. Ketika saya masuk, ramai di antara mereka yang bermain, menjerit, menyanyi dan sebagainya. Apabila saya masuk, kelas tiba-tiba menjadi senyap. Masing-masing menantikan ayat yang akan keluar dari mulut saya. Bagi menghilangkan rasa gugup itu, saya meminta murid-murid memperkenalkan diri mereka kepada saya. Semasa sesi itu, saya dapati ramai murid yang berasal daripada keluarga yang sederhana dan miskin. Akhirnya giliran saya memperkenalkan diri.

Bagi mengisi masa yang terluang, saya meminta murid-murid agar menceritakan perasaan mereka pada pagi ini. Kemudian saya meminta mereka untuk menyatakan niat mereka datang ke sekolah setiap hari. Apabila soalan ini diajukan ramai murid mengaku bahawa sebab mereka datang ke sekolah adalah atas faktor takut pada ibu bapa. Saya mengambil kesempatan itu untuk berkongsi cerita yang berkaitan dengan zaman persekolahan saya dahulu.

Saya melihat mereka begitu teruja mendengar cerita saya. Mereka semua terkejut apabila mengetahui bahawa saya merupakan bekas murid di sekolah itu. Maka bertalu-talu soalan ditanyakan kepada saya. Apbila jam menunjukkan pukul 1.30 tengah hari, saya melepaskan murid-murid itu pulang.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 24

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PENILAIAN DAN LAPORAN Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah, PBS yang telah saya jalani di Sekolah Kebangsaan Rompin, banyak memberi pengalaman dan input yang sangat berguna kepada saya. Apabila menjalani PBS ini, saya dapat merasai sendiri suasana persekolahan berbanding dengan teori-teori yang telah saya pelajari di dalam kelas. Dalam persekitaran sekolah, saya juga dapat lihat pelbagai ragam manusia dari segi ibu bapa, pelajar bahkan para gelagat para guru dan individu yang memainkan peranan di dalam sekolah tersebut. Namun apa yang penting ialah saya perlu menanam di dalam hati untuk menjadi seorang guru yang baik dan berbudi pekerti kelak.

Melalui PBS ini, saya mula didedahkan dengan kaedah kontektual serta interaksi, komunikasi serta perhubungan kita dengan semua warga sekolah. Malah saya juga perlu mempunyai daya tahan mental dan fizikal baik dalam menghadapi pelbagai suasana di sekolah pada suatu hari nanti. Kita sebagai seorang bakal pendidik perlulah sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diberikan kepada kita. Dalam aktiviti pemerolehan dan analisis data, pentadbir, para guru, kakitangan sekolah serta pelajar telah memberikan kerjasama dan input yang sangat membantu bagi saya menyiapkan tugasan yang diberikan. Walaupun pada masa itu semua pelajar telah selesai menghadapi peperiksaan, dengan susunan meja dan kerusi yang masih tidak tersusun seperti keadaan asal, namun semangat mereka untuk menolong saya begitu menakjubkan sekali.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 25

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Melalui objektif kajian yang ingin dicapai, saya dapat memahami hampir keseluruhan isi objektif kerana memandangkan ini adalah pengalaman kedua saya serta masa yang singkat iaitu seminggu untuk menjalani PBS ini, objektif tidak dapat dicapai sepenuhnya. Namun, ojektif utama iaitu menyediakan saya dengan suasana sekolah dan melatih interaksi serta pemupukan sikap positif dalam diri dapat dilakukan kerana ia merupakan tugasan penting bagi menyiapkan projek yang ingin dicapai. Perbincangan serta perkongsian pengalaman dengan guru-guru disitu banyak membantu saya dalam mencapai objektif tersebut.

Walaupun mempunyai tugas yang banyak, pihak pentadbir dan para guru tidak jemu untuk membantu saya memperoleh maklumat, layanan mereka terhadap saya sangat baik. Mereka sanggup meluangkan masa bagi melayani saya dalam proses memperoleh maklumat. Kesimpulannya, semua warga di sekolah ini, merupakan individu yang tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan nasihat mereka kepada saya kerana mereka terlebih dahulu makan garam dari saya. Nasihat dan pandangan mereka akan saya gunakaan sebaik mungkin bagi menjadi seorang guru yang penuh berketerampilan seterusnya dapat mendidik anak bangsa kita sejajar dengan dasardasar yang telah dicetuskan oleh pihak kerajaan agar dapat melahirkan tampuk pemerintahan yang begitu unggul di mata dunia.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 26

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

PEMERHATIAN Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) saya telah melakukan pemerhatian terhadap beberapa aspek. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap fungsi dan kepentingan pihak pengurusan sekolah terhadap pentadbiran sekolah tersebut. Saya juga telah melakukan pemerhatian terhadap hubungan antara guru dengan guru, murid dengan murid dan juga murid dengan guru.

Aspek lain yang telah saya lakukan pemerhatian ialah kesan persekitaran sekolah yang baik terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial murid-murid tersebut. Selain itu, kesan kemudahan sekolah yang lengkap terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Malah saya turut

membuat pemerhatian terhadap prasarana yang terdapat di sekolah tersebut seperti kantin, makmal komputer, pusat sumber, padang, dewan dan sebagainya. Melalui pemerhatian ini, saya dapat lihat bahawa sekolah ini tidak mempunyai padang yang luas kerana tapak padang telah dibina sebuah dewan sekolah yang baharu. Oleh yang demikian, sekolah ini terpaksa berkongsi padang dengan sekolah sebelah yakni SSI. Gambar diambil sebagai bukti saya menjalankan pemerhatian di sekolah. Melalui pemerhatian juga , saya dapat memperolehi jawapan untuk beberapa soalan yang berkait rapat dengan tugasan saya. Antaranya seperti :

Apakah aktiviti yang sedang berlaku di sekolah tersebut? Menyatakan apakah kekuatan yang ada, kelemahan serta cadangan

penambahbaikkan yang ada. Perkembangan tahap pembelajaran dan kaitkan dengan tahap perkembangan murid-murid. Pelaksanaan kurikulum dijalankan berjalan lancar atau tidak?
MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN HALAMAN 27

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Semasa perhimpunan yang diadakan, adakah murid mempunyai norma-norma atau adab yang betul ketika dalam majlis perhimpunan. Apakah aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di bilik darjah ? Bagaimanakah penglibatan murid dalam kelas? Adakah mereka aktif atau kurang berminat ? Bagaimana guru menguruskan golongan pelajar yang lemah dengan pandai ? Apakah cara yang digunakan oleh guru untuk membahagikan murid dalam kumpulan? Apakah bahan dan sumber pengajaran yang dapat menarik minat murid-murid tersebut? Bagaimana bahan dan sumber pengajaran dipamerkan di bilik darjah ? Apakah bahan dan sumber yang mudah digunakan oleh murid ? Apakah teknik yang digunakan dalam proses pengajaran seorang guru untuk memastikan semua murid melibatkan diri dalam proses p&p?

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 28

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

3.2 SENARAI SEMAK Di dalam kertas tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah diberikan oleh pensyarah terdapat senarai semak yang mengandungi beberapa aspek yang perlu dititikberatkan semasa saya menjalani PBS. Senarai semak ini memberikan sedikit sebanyak penjelasan dan panduan kepada saya mengenai perkara-perkara yang perlu saya lakukan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Melalui senarai semak yang telah diberikan ole pensyarah saya telah membuat senarai semak saya sendiri mengikut jadual aktiviti yang telah saya buat sebelum melakukan PBS. Senarai semak ini penting bagi memastikan tiada perkara penting tertinggal untuk dimuatkan dalam portfolio nanti. Sedikit kecuaian akan menjejaskan hasil tugasan yang bakal disiapkan dan kemungkinan tugasan tidak tersusun dengan baik.

saya memberi tumpuan pada senarai semak penyediaan portfolio untuk menyemak maklumat yang sudah dicari dengan tajuk yang hendak dicari sepanjang PBS. senarai semak menjadi satu panduan kepada saya untuk memulakan portfolio. bagi senarai semak prasarana, gambar yang diambil adalah mengikut apa yang telah disenaraikan dan juga ada gambar tambahan. Pembahagian tajuk juga dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan. Senarai semak amat berguna kerana ia merupakan skop kajian yang hendak dibuat serta dapat merancang apa yang hendak dibuat dan dapat

membahagikan kerja mengikut kriteria. Turut bertindak sebagai lampiran untuk tugas semakan.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 29

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

TEMU BUAL Temubual yang dibuat amat penting bagi mendapatkan ilmu dan pengetahuan baru bagi meyiapkan tugasan yang hendak dibuat. Temubual dilaksanakan mengikut kehendak soalan yang telah diberikan. Semasa saya menjalankan PBS saya telah menjalankan sesi temu bual bersama Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong Kanan Kokurikulum mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah. Saya juga telah melakukan sesi temu bual bersama-sama dengan para guru bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai beberapa

perkara yang berkaitan dengan murid-murid dan keperluan mereka dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Di samping itu, saya juga bertanya mengenai teknik pengajaran berkesan yang boleh dilakukan semasa sedang melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut subjek-subjek tertentu. Tambahan lagi, saya turut melakukan sesi temu bual bersama-sama dengan pihak pengurusan kantin berkaitan dengan penetapan harga makanan dan juga carta aliran kendiri kantin sekolah. Ini kerana pihak pengurusan kantin akan membuat laporan harian pemeriksaan kendiri kantin. Terdapat beberapa kriteria yang diambil kira dalam laporan ini. Saya turut menemuramah pihak pengurusan kantin mengenai RMT. Malah,saya telah menemu bual beberapa staf sokongan sekolah mengenai kepentingan tugas mereka kepada sistem pengurusan sekolah tersebut. Namun, terdapat tambahan kepada apa yang telah disenaraikan. Berikut adalah perancangan temubual yang hendak dilakukan dan dengan siapa temubual hendak dijalankan. Guru Besar Guru Penolong Kanan 1 Guru Penolong Hal Ehwal Murid Guru Penyelaras Kokurikulum Guru Panitia
MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN HALAMAN 30

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


Kakitangan Sekolah Murid-murid

SENARAI SEMAK

Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah belajar menggunakan senarai semak dengan betul. Ketika mencari maklumat berhubung tugasan ini, senarai semak digunakan sepenuhnya agar tiada perkara yang dikehendaki tertinggal. Senarai semak merupakan satu borang yang sangat penting dalam menjalankan tugasan atau kajian. Perkara yang terdapat dalam senarai semak yang perlu saya penuhi adalah pengurusan dan organisasi sekolah, prasarana sekolah, dan kurikulum. Setiap bahagian ini mengandungi tajuk-tajuk kecil yang perlu didapatkan maklumat seperti pelan fizikal sekolah, kemudahan sekolah, nilai-nilai murni, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kokurikulum, buku rekod pengajaran guru dan sebagainya.

Semasa proses mencari dan mengumpul maklumat-maklumat ini, banyak pengetahuan mengenai pendidikan telah saya perolehi. Sebagai contohnya mengenai kemudahan sekolah. Tidak semua kemudahan yang disenaraikan ada di sekolah yang saya jalani PBS ini, sebagai contoh tempat untuk menjalani aktiviti kokurikulum. Begitu juga dengan ruang pembelajaran atau kelas. Sekolah ini merupakan sekolah 1 sesi dan mempunyai murid seramai lebih daripada 400 orang. Terdapat 2 buah kelas dalam setiap darjah iaitu Bijak dan Gigih.

Dengan adanya borang senarai semak ini, mudahlah saya untuk merekodkan data-datayang telah saya perolehi. Selain itu, saya juga mendapat ilmu baru mengenai persekitaran dan iklim bilik darjah. Sebagai contohnya, melalui pemerhatian saya, bilikbilik darjah di sini mempunyai susun atur yang sangat sesuai dalam menjalankan aktiviti
MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN HALAMAN 31

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


pembelajaran. Begitu juga dengan penggunaan bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan di bilik darjah. Saya juga dapat melihat penglibatan aktif murid-murid dalam setiap aktiviti pembelajaran. Berikut ialah ilmu baru yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan PBS di sekolah ini.

tif dalam setiap aktiviti pembelajaran

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 32

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

TEMU BUAL

Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi. Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri. Banyak perkara yang saya tidak ketahui berjaya dirungkai. Saya telah menemubual beberapa pihak seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru kaunseling, guru panitia, kakitangan sekolah dan murid. Pada mulanya saya agak gementar untuk menemu bual pihak berkenaan, tetapi lama kelamaan perasaan itu hilang sendiri.

Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Antara yang telah saya perolehi adalah peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut di ukur sama ada melalui ujian khas atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. Selain itu, soalan-soalan yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak tersebut. Hal ini kerana mengelakkan sesi temu bual terhenti-henti tanpa ada soalan. Soalan-soalan juga turut ditanyakan.

Antara soalan yang ditanyakan ialah: ikan FPK?

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 33

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

akademik?

tiviti apakah yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam memantapkan akademik murid? -kanak diukur?

-kanak khas?

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 34

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

5.5 MAKLUMAT UMUM SEKOLAH Berdasarkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, saya dapat mengetahui banyak perkara. Dalam mengenali persekitaran sekolah, saya telah diberi borang senarai semak yang mengandungi maklumat seperti berikut: Bil. PERKARA 1 Nama dan Alamat Sekolah 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 No. Telefon Sekolah E-mail/web sekolah Lokasi (Bandar/Luar Bandar) Nama Guru Besar Nama GPK Pentadbiran Nama GPK HEM Nama GPK Kokurikulum Nama Penyelia Petang Gred Sekolah Bilangan Guru CATATAN Sekolah Kebangsaan Rompin, 26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur. 09-4145243 cba 8001: skrompin@gmail.com Luar Bandar

16.

Datin Noaizan Binti Jamaludin Nor Azah Binti Jantan Rozita Binti Muhamad Kamaruzaman Bin Abdullah A Lelaki : 20 Perempuan : 32 Kelayakan profesional guru Siswazah : 52 Bukan Siswazah : Bilangan kelas 24 termasuklah Prasekolah Purata saiz kelas 31 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-lain Lelaki 364 5 30 Perempuan 344 2 4 20 Maklumat-maklumat yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini. Sekolah tertua di Rompin. Ditubuhkan pada tahun 1964. Walaupun lokasi sekolah di kawasan bandar, tetapi murid-murid datang dari keluarga nelayan, peneroka dan orang asli sekitar Rompin.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 35

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Kebangsaan Rompin dengan penuh komited dan berjanji untuk memberi perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut:

Murid: 1) Memberi pendidikan yang dinamik dan menyeluruh mengikut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2) Melaksanakan pengajaran, pembelajaran dan penilaian secara berkesan mengikut standard kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Panitia sekolah. 3) Mewujudkan suasanan pembelajaran yang kondusif, harmoni, kasih sayang dan mesra kepada semua murid. 4) Memastikan kebajikan dan keselamatan murid dititikberatkan pada setiap masa. 5) Melaksanakan kegiatan kokurikulum secara berkesan sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan melalui aktiviti terancang. 6) Memastikan murid yang berbakat diberi bimbingan dan galakan sepenuhnya sehingga mencapai peringkat tertinggi dalam bidang kokurikulum.

Ibu Bapa dan Penjaga: 1) Memberi maklum balas sewajarnya terhadap semua urusan pelanggan dengan kadar segera. 2) Memastikan ibu bapa dan penjaga berurusan di kaunter mendapat layanan mesra dan diselesaikan dalam masa 15 minit.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 36

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Stakeholders: 1) Memastikan setiap arahan dan pemohonan daripada Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia mendapat maklum balas dalam tempoh 3 hari.

Guru dan Kakitangan: 1) Memastikan setiap guru dan kakitangan dilayan secara adil dan saksama.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 37

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

MOTO SEKOLAH Pembelajaran membentuk fikiran.

VISI SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Rompin Cemerlang dalam pengurusan pendidikan menyeluruh menjelang 2012 di daerah Rompin.

MISI SEKOLAH Untuk memberi pendidikan berkualiti bagi melahirkan murid cemerlang melalui pengurusan yang cekap.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 38

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

OBJEKTIF KURIKULUM Mencapai keputusan 50% cemerlang dan Lulus 100% Peperiksaan UPSR dan PKSR. Melahirkan insan yang berintegriti.

KO-KURIKULUM Meningkatkan 100% penglibatan pelajar dalam semua aktiviti ko-kurikulum. Menjuarai semua acara dalam bidang ko-kurikulum yang disertai sekurang-kurangnya di peringkat daerah.

PENGURUSAN DAN PERKHIDMATAN Mewujudkan suatu sistem yang cekap berkualiti dan berkesan, mewujudkan perkhidmatan yang cekap, bersih dan amanah dan memastikan urusan dan perkhidmatan menepati piawaian yang ditetapkan.

BINA INSAN Membina sahsiah pelajar yang terpuji dan sikap positif bagi melahirkan insan yang kamil, berguna di dunia dan bahagia di akhirat. Tiada (zero) kes salah laku pelajar.

KECERIAAN Mewujudkan suasana bilik pembelajaran dan pengajaran dan persekitaran sekolah yang ceria dan berkonsepkan ilmu setiap masa. Melalui penjagaan kebersihan dan pendekatan yang berkonsepkan sekolah dalam taman.
MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN HALAMAN 39

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

LAGU SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Rompin, Mendukung cita dan harapan, Melatih kami jadi pemimpin, Menyemai semangat kesukanan.

Doa dari ibu bapa, Ajaran guru jadi pedoman, Belajar tekun dan berusaha, Belajar dan membentuk fikiran.

Budaya ilmu dihayati, Intelek, rohani, jasmani, Dibentuk bersama disiplin diri, Agar hidup lebih bererti.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 40

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

SENARAI NAMA GURU DAN STAFF SEKOLAH KEBANGSAAN ROMPIN BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 NAMA GURU Datin Noaizan Binti Jamaludin Puan Norazah Binti Jantan Puan Rozita Binti Mohamad Encik Kamaruzaman Bin Abdullah Encik Ahmad Saidi Bin Bahrom Encik Ahmad Syahir Bin Abdullah Encik Amran Bin Isa Puan Anisah Binti Shamsudin Puan Anita Binti Omar Puan Asiah Binti Hassan Encik Azmi Bin Hashim Cik Azura Binti Ahmad Cik Faizzani Binti Mohd Yusof Encik Faizal a/l Muharam Encik Khairul Anuar Bin Md Idris Puan Latifah Binti Abu Bakar Puan Maimon Binti Jemadi Puan Marzila Binti Osman Cik Mazlin Binti Razali Encik Mukhammad Ridzuan Bin Ismail@Mat Ali Encik Mohd Fauzi Bin Abdul Rahman Encik Mohd Nabil bin Mohamad Khairudin Encik Mohd Nor Faisal bin Mohd Yashim Encik Muslim Bin Abdullah Encik Mustakim Bin Daud Puan Najwa Binti Ahmad Razali Encik Nik Mohd Anuar Bin Abdullah Puan Noor Hidayah Rusmi Binti Rusli Puan Noor Rosemawati Binti Mustapha Puan Nor Asikin Binti Yahya Puan Nurhuda Binti Abdul Rahman Puan Normala Binti Ahmad Encik Norman Bin Mohammad Puan Nurul Shida Bt Kamaruzaman Puan Padilah Binti Hassan Puan Rosliza Bt Abu Hassan Puan Rozita Binti Abd. Rani Zainuddin Puan Ruzita Binti Mat Ghani Cik Saliya Binti Md Nor Encik Salmi Asilah@Salim Bin Salleh GRED JAWATAN DGA 38 (KUP) DGA 32 DGA 32 DGA 32 DG 41 DGA 29 DGA 32 (KUP) DG 41 DGA 29 DGA 32 (KUP) DGA 32 (KUP) DG 41 DG 41 DG 41 DG 41 DGA 32 (GC) DGA 32 (KUP) DGA 32 (KUP) DG 41 DGA 32 (KUP) DG 41 DG 41 DG 41 DGA 32(KUP) DG 41 DGA 32 (KUP) DGA 29 DG 41 DG 41 DG 41 DGA 34(GC) DGA 32 (KUP) DGA 32 (KUP) DG 41 DG 41 DG 41 DGA 32 (KUP) DG 41 DGA 29 DGA 32 (KUP)
HALAMAN 41

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 Puan Shamsinar Binti Abdul Rasip Encik Shamsul Hasnan Bin Seliman Puan Siti Rohaya Binti Moin Puan Suhana binti Musa Encik Syed Azlan Bin Sy. Abdul Wahab Encik Syed Kamarulkhairid Bin Sy Idros Puan Wan Zulia Binti Wan Mustapha Encik Zahari Bin Othman Cik Zaheera Binti Rahmat Puan Zainoorrina Bt Zainal Abidin Puan Sharifah Bt Kasim Puan Norrihan Bt Mat Nor Puan Nor hayati Bt Mohamad Puan Noridah Bt Ghani DG 41 DGA 32 (KUP) DGA 32 (KUP) DGA 41 DGA 29 DGA 32 (KUP) DGA 32 (KUP) DGA 29 DGA 29 DG 41 DC 41 DC 41 DGA 32 DGA 32 (KUP)

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 42

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

TUGASAN PBS

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 43

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PENYATAAN SOALAN 1

Menyatakan peranan panitia Bahasa Melayu untuk membantu pencapaian akaademik mata pelajaran Bahasa Melayu.

JAWAPAN SOALAN 1.

Bermula pada MAC 1986, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bahagian Sekolah-Sekolah yang ketika itu terletak di Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur telah mengeluarkan satu surat pekeliling ikhtisas yang menyatakan tentang kepentingan penubuhan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Surat tersebut bertarikh 13 Mac 1986 yang dipanjangkan kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri pada ketika itu telah ditandatangani oleh Haji Jumaat bin Dato Hj. Mohd Noor daripada Bahagian Sekolah-Sekolah bagi pihak Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di dalam surat itu terdapat penerangan ringkas mengenai struktur dan organisasi panitia dan peranan panitia di sekolah-sekolah. Berlandaskan kepada surat pekeliling tersebut, maka guru besar Sekolah Kebangsaan Rompin pada ketika itu telah menubuhkan panitia pada tahun yang sama. Kini pada tahun 2012, panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Rompin diketuai oleh Puan Nurhuda Binti Abdul Rahman mempunyai 12 orang guru Bahasa Melayu di bawah beliau termasuklah 3 orang Guru Penolong Kanan di sekolah berkenaan.

Di dalam surat ikhtisas berkenaan, panitia mata pelajaran dirujuk sebagai sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. Akan tetapi, jika sekolah itu kecil dan mempunyai

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 44

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

bilangan guru yang sedikit maka sekolah tersebut tidak perlu menubuhkan panitia untuk pelbagai mata pelajaran. Panitia mata pelajaran hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik ketua panitia. Guru kanan dirujuk kepada guru paling senior atau pun guru yang paling lama mengajar sesuatu subjek dan mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang cukup luas terhadap sesuatu subjek. Ketua panitia dilantik oleh guru besar atau pengetua sekolah.

Menurut surat pekeliling itu juga, semua ketua panitia di sekolah-sekolah secara automatik dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa itu. Mereka juga bertindak sebagai penghubung di antara ahli panitia yang merujuk kepada guru-guru yang mengajar subjek berkenaan dengan guru besar atau pengetua sekolah. Keputusankeputusan yang diambil oleh perjumpaan panitia berhubung dengan isu-isu atau

masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada guru besar atau pengetua atau penolong kanan untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman.

Selain itu, sekiranya sekolah tiada Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Maka ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan guru besar atau pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli pantia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat empat tujuan penubuhan panitia mata pelajaran berdasarkan kepada surat pekeliling Mac 1984. Tujuan yang pertama ialah menambah baik dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dilakukan dengan menggalakkan guru-guru yang mengajar subjek yang sama agar berkongsi segala ilmu dan kemahiran mereka agar

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 45

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

pembelajaran murid bertambah menarik sebagai contoh.

Tujuan kedua ialah berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran. Berdasarkan tujuan ini, pihak panitia haruslah sentiasa inovatif dan proaktif dalam memastikan pembelajaran subjek yang diajar dengan

mempelbagaikan strategi, pendekatan, teknik dan kaedah mengajar. Selain itu, pihak panitia hendaklah sentiasa peka terhadap perubahan semasa di dalam dunia pendidikan. Hal ini kerana kebanyakkan pembelajaran yang berlaku kini adalah secara pengalaman langsung di mana para murid meneroka dan mempelajari sendiri perkaraperkara di sekeliling mereka sendiri. Guru pula hanya bertindak sebagai pembimbing.

Tujuan ketiga pula ialah memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berpandukan atau berasaskan kepada prestasi atau target yang ditunjukkan dalam perancangan tahunan akademik sekolah. Setiap sekolah semestinya memiliki penanda aras sendiri untuk mencapai matlamat sekolah. Begitu juga dalam peperiksaan, peperiksaan merupakan satu instrumen dalam mengukur prestasi guru di samping mengesan tahap kemahiran pengajaran guru untuk sebarang penambah baik. Selepas setiap peperiksaan sama ada dalaman atau awam, analisis akan dilakukan oleh panitia terhadap pencapaian murid-murid mereka. Melalui analisis yang dilakukan, panitia dapat merangka satu pelan baru berdasarkan maklumat yang mereka dapat.

Analisis yang dilakukan selalunya dibuat dalam bentuk laporan prestasi. Laporan ini kemudiannya dihantar kepada guru besar atau pengetua atau guru penolong kanan pentadibiran untuk disemak dan diambil tindakan. Selepas mendapat

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 46

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

respon, maka panitia boleh menjalankan agenda-agenda bagi memastikan aktiviti mahupun pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dengan dengan baik dan memnuhi kehendak panitia. Dengan itu, prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan dapat ditingkatkan.

Tujuan keempat pula ialah mewujudkan semangat bekerjasama di antara pihak mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik di sekolah. Di sekolah, kerjasama ini amatlah perlu kerana persatuan atau kelab akademik atau jika dalam kes Persatuan Bahasa Melayu. Kerjasama ini boleh dijalankan dengan cara menyerapkan aktivti-aktviti bukan pengajaran dan pembelajaran sebagai aktiviti persatuan atau kelab akademik. Antara contoh yang dapat diberikan ialah bengkel pengacaraan majlis, pertandingan pantun, permainan bahasa, kembara bahasa dan sebagainya. Keahlian Persatuan Bahasa Melayu di sekolah hendaklah dibuka kepada semua tanpa mengira kaum. Hal ini kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat universal dan dijadikan bahasa kebangsaan sepertimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.

Di dalam surat pekeliling yang sama turut dinyatakan mengenai peranan yang patut dimainkan panitia di sekolah. Panitia Bahasa Melayu merupakan satu cabang strategi yang dibentuk untuk menentukan hala tuju serta merealisasikan matlamat pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Panitia ini juga merupakan perantara untuk meningkatkan lagi mutu dan minat pelajar dalam mempelajari Bahasa Melayu di sekolah. Dalam kes ini, kita merujuk kepada Pantia Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Rompin. Visi panitia sekolah itu ialah Panitia Bahasa Melayu mencapai peratus terbaik iaitu 100% lulus dalam peperiksaan. Misi panitia pula ialah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang bermutun bagi memastikan buta huruf sifar, melahirkan murid yang boleh mebaca dan menulis dengan baik.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 47

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Guru panitia mata pelajaran amat penting dalam sesuatu institusi pentadbiran sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Setiap jenis mata pelajaran yang terdapat di sekolah mesti mempunyai panitianya mata pelajaran yang tersendiri. Setiap panitia pula mempunyai guru yang dipertanggugjawabkan. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang bidang tugas guru panitia mata pelajaran terutamanya tugas guru panitia Bahasa Melayu, saya telah menjalankan tinjauan dan temuramah di salah sebuah sekolah rendah untuk program Pengalaman Berasaskan Sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Rompin di daerah Kuala Rompin, Pahang.

Melalui hasil tinjauan dan sesi temu bual yang telah saya jalankan, yang diutamakan sekali ialah Guru Kanan Mata Pelajaran bertanggungjawab sepenuhnya kepada mata pelajaran yang dianggotainya. Ketua-ketua Panitia akan memastikan prestasi mata pelajarannya maju dan meningkat baik dari segi metodologi pengajaran mahupun dari segi ujian dan pencapaian murid-murid. Selaku pemimpin kepada panitia, ketua panitia perlu memainkan peranan sebagai pentadbir, perancang, penghubung, penggerak, penyelaras dan pembimbing demi kepentingan bidang akademik di bawah jagaannya. Selain dari itu, perancangan perlu diadakan untuk menyedia dan memperbanyakkan lagi alat bantu mengajar dan aktiviti-aktiviti sokongan yang akan dijalankan oleh murid semasa berada di sekolah dan di luar sekolah.

Antara bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada guru panitia ialah yang pertama ialah bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya. Seperti yang telah kita bincangkan pada penerangan peranan guru kanan panitia, jadi sama juga dengan peranan guru panitia dalam perkara-perkara berkaitan dengan hal akademik dan pengurusan tentang tugas yang telah diberi. Biasanya guru panitia Bahasa Melayu terdiri daripada para guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah tersebut. Maka, bidang tugas

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 48

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

mereka biasa tertakluk pada mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja.

Bidang tugas kedua ialah guru panitia bertanggungjawab kepada guru besar dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya. Hasil pemantauan saya juga, saya telah dapati guru panitia mata pelajaran Bahasa Melayu telah beberapa kali mengadakan mesyuarat perjumpaan bersama dengan guru besar atau guru pentadbir yang lain. Seperti di sekolah yang telah saya lawati, saya dapati mereka kerap mengadakan mesyuarat perjumpaan panitia Bahasa Melayu. Panitia mata pelajaran Bahasa Melayu adalah panitia mata pelajaran yang paling aktif di sekolah tersebut.

Ketiga, bidang tugas guru panitia ialah membantu guru besar menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya. Guru panitia membantu guru pentadbir mengurus dan membuat penilaian tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan tugasnya. Bagi guru panitia Bahasa Melayu, biasanya bertanggungjawab kepada mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar pada murid. Mereka akan membuat ujian penilaian melalui ujian pencapaian bagi bagi mengukur tahap keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran yang telah mereka jalankan. Biasanya guru panitia Bahasa Melayu akan memberi lebih penekanan kepada murid-murid yang bakal menduduki ujian penting seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Hal ini kerana terdapat dua subjek penting mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan.

Bidang tugas guru panitia yang seterusnya ialah mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Bagi panitia Bahasa

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 49

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Melayu, biasanya panitia ini mengadakan program pemantapan Bahasa Melayu seperti cara-cara menjawab soalan pemahaman dengan betul dan bagaimana untuk menghasilkan karangan yang bagus agar dapat membantu murid-murid dalam peperiksaan terutamanya murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR. Oleh sebab itu saya dapati bahawa tugas guru panitia Bahasa Melayu mencabar juga kerana Bahasa Melayu adalah bahasa yang paling penting kerana ia bahasa rasmi negara. Seharusnya penggunaan yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu muridmurid memantapkan bahasa mereka.

Melalui hasil dapatan pemerhatian yang telah saya lakukan di sekolah tersebut, saya mendapati pihak pentadbir dan terutamanya panitia mata pelajaran Bahasa Melayu, mereka lebih menekankan sesuatu perkara tersebut jika ia berkaitan dengan peperiksaan UPSR. Antara penekanan tugas guru panitia mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah ini ialah mereka bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pencapaian akademik sekolah dan pencapaian peperiksaan UPSR. Namun begitu, menurut salah seorang guru panitia yang telah saya temui berkata, selain mereka memberi penekanan kepada murid UPSR, mereka juga masih memberi perhatian kepada murid-murid lain.

Selain daripada itu, dalam sesuatu panitia mata pelajaran mesti mempunyai jawatankuasa panitia mata pelajaran yang terdiri daripada penasihat iaitu guru besar, penolong penasihat iaitu penolong kanan pentadbiran, pengerusi iaitu guru kanan mata pelajaran atau ketua panitia, setiausaha iaitu guru dan ahli yang terdiri daripada semua guru mata pelajaran berkenaan. Seperti yang ditugaskan, saya telah mendapatkan maklumat mengenai panitia Bahasa Melayu sekolah yang telah saya pilih. Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Rompin sangat aktif dalam mengadakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 50

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Antara aktiviti yang biasanya dijalankan dalam panitia Bahasa Melayu ini ialah membincangkan hal-hal tentang Rancangan Pelajaran, Buku Teks, buku kerja atau buku latihan, Sukatan Pelajaran dan Huraian, peningkatan pengajaran dan

pembelajaran, peperiksaan dan penilaian, alat bantu mengajar, pemulihan, kerja latihan atau kerja rumah terancang, implementasi rancangan akademik sekolah jangka panjang dan jangka pendek, meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran serta menyediakan SKU dan menetapkan piawaian mata pelajaran.

Di samping itu, panitia juga telah membuat post mortem pencapaian pelajar setiap kali ujian atau peperiksaan dijalankan. Biasanya post mortem dijalankan bagi peperiksaan akhir tahun bagi setiap tahun. biasanya ia melibatkan semua murid dan bukan sahaja pada tahun 6. Di samping itu juga, panitia mengadakan post mortem untuk UPSR bagi setiap tahun. biasanya di sekolah ini pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman mengatasi Bahasa Melayu Penulisan. Mungkin kelemahan ini berpunca daripada sikap murid yang kurang gemar membaca buku bagi menambahkan kosa kata. Namun begitu, beberapa langkah telah diambil oleh pihak sekolah bai mengatasi masalah tersebut.

Panitia Bahasa Melayu ini juga pernah membuat pertandingan membuat buku skrap yang terbuka untuk semua murid. Ia bertujuan ,mencungkil bakat kreatif yang terpendam dalam diri murid. Selain aktiviti pertandingan membuat buku skrap, panitia ini juga mengadakan pertandingan bercerita, bersajak dan tulisan cantik. Kesemua aktiviti ini dapat membantu dan membentuk murid menjadi insan yang berani, yakin dan kreatif. Antara aktiviti paling menyeronokkan ialah mengadakan lawatan rehat minda ke tempat perkelahan luar dari kawasan sekolah.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 51

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Sepanjang pengalaman saya di sekolah tersebut, saya amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh guru-guru terutama guru panitia Bahasa Melayu. Dengan bantuan yang mereka berikan, saya mendapat banyak maklumat berguna bagi melengkapkan tugasan yang telah diberi kepada saya. Saya juga amat berbangga kerana panitia mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Rompin ini amat aktif dalam menghidupkan panitia tersebut. Komitmen yang ditunjukkan dalam mengurus dan melaksanakan perancangan memberi motivasi kepada saya agar bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara walaupun pada tanggapan awal saya ia adalah benda remeh.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 52

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

SOALAN 2

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 53

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

AKTIVITI-AKTIVITI PANITIA BAHASA MELAYU 2012

1. Mesyuarat Panitia (Disember, Mac, Jun dan September) Pelaksanaan : Empat kali dalam setahun. Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Menyelaraskan rancangan mengajar Menentukan pembuat soalan ujian/peperiksaan, dan sebagainya.

2. Persediaan Peserta Ke Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah 2012. (Januari 2012) Pelaksanaan : Satu kali setahun. Melibatkan murid tahap 2. Latihan selama 2 minggu di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan peserta dilakukan melalui pertandingan dalaman.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 54

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

3. Pertandingan Mengarang Antara Kelab. (Februari 2012) Pelaksanaan : Melibatkan Tahap 2. 1 kali setahun. Karangan berdasarkan tema yang telah disediakan oleh pihak panitia. Dijalankan di luar waktu persekolahan.

4. Kuiz Bahasa Melayu Antara Kelab (Mac 2012) Pelaksanaan: Melibatkan tahap pelajar tahap 2. Pengisiannya dengan soalan-soalan mudah yang diambil daripada sukatan. Setiap kelab dikehendaki menghantar tiga orang wakil. Pemenang diisytiharkan dengan jawapan yang paling banyak dan betul.

6. Minggu Bahasa Melayu (April 2012) Pelaksanaan: Melibatkan murid tahap 1 dan tahap 2. Dijalankan selama 5 hari. Aktiviti yang dirancang ialah pertandingan mengarang, deklamasi sajak, menyusun huruf menjadi pelbagai perkataan serta mewarna dan menulis tulisan cantik.

7. Puisi Buat Guru dan Ibu (Mei 2012) Pelaksanaan : Melibatkan murid tahap 1 dan tahap 2. Puisi bertemakan guru dan ibu. Diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Rompin.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 55

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

8. Pameran Warisan(Jun 2012) Pelaksanaan : Setahun sekali. Bertempat di pusat sumber Sekolah Kebangsaan Rompin. Pameran berkaitan dengan kebudayaan dan adat resam masyarakat Melayu. Aktiviti menarik turut disediakan iaitu kuiz, pertandingan mewarna, kembara warisan dan sebagainya.

9. Bengkel Panitia Bahasa Melayu (Jun 2012) Perlaksanaan: Dijalankan sekali setahun. Sesi bersama guru pakar dan penanda kertas Bahasa Melayu dari seluruh Daerah Rompin. Mendedahkan guru kepada perkembangan terkini dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Perkongsian ilmu dan kemahiran baru oleh ahli-ahli panitia.

10. Persembahan Sempena Kibarkan Jalur Gemilang (Julai 2012) Perlaksanaan: Dijalankan di Dewan Sekolah Kebangsaan Rompin. Persembahan daripada guru-guru dan murid-murid. Perasmian pelancaran oleh guru besar.

11. Kembara Merdeka (Ogos 2012) Perlaksanaan: Tarikh cadangan ialah pada 28 sehingga 30 Ogos 2012. Melibatkan semua warga sekolah.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 56

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Pengisian program terdiri daripada tayangan video, ceramah, kuiz, pertandingan sketsa, koir dan diakhiri dengan kembara berbasikal sekitar Bandar Kuala Rompin.

Petandingan Sajak.

Pameran Kemerdekaan.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 57

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

11. Bulan Bahasa Kebangsaan

Perlaksanaan: Dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Rompin bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Rompin. Melibatkan semua murid tahap 1 dan tahap 2. Aktiviti yang dirancang ialah pertandingan sketsa, 1 hari 1 Peribahasa, teka silang kata, kotak beracun dan sebagainya.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 58

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

SOALAN 3

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 59

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Untuk membantu pihak sekolah melaksanakan kurikulum dengan sokongan sistem panita yang efektif, satu surat pekeliling ikhtisas (Bilangan 4, Tahun 1986) telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan bagi menjelaskan dengan lanjut fungsi dan peranan panitia mata pelajaran di sekolah. Dengan adanya garis panduan ini, diharapkan panitia-panitia yang diwujudkan di sekolah akan dapat berfungsi atas landasan yang kukuh dan menjayakan pelaksanaan kurikulum dengan sempurna di sekolah.

Sekumpulan orang yang diberi tugas mengurus sesuatu atau dikenali dengan jawatankuasa (Kamus Bahasa Malaysia, DBP, 1980)

Di sini jelas menunjukkan panitia mata pelajaran adalah sebuah organisasi di peringkat sekolah. Organisasi ini menjadi satu badan yang bertanggungjawab melaksanakan program-program pelajaran dan pendidikan mengikut matlamat yang tertentu. Di peringkat sekolah, panitia mata pelajaran pada amnya berada di lapisan ketiga mengikut hirarki organisasi pentadbiran dan begitu juga status kepimpinan ketua panitia mengikut susunan kekananan jawatan.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 60

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Hierarki Struktur Organisasi Pentadbiran Sekolah Jawatankuasa Induk Pengurusan

Jawatankuasa Kurikulum

Panitia Bahasa Melayu

Unit Mata Pelajaran

Hierarki Status Jawatan Di Sekolah Pengetua/Guru Besar

Guru Penolong Kanan

Ketua Panitia

Guru

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 61

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Realiti di sekolah ialah mustahil untuk pentadbir-pentadbir utama sekolah menguasai kemahiran dalam setiap bidang akademik khasnya di sekolah menengah. Di peringkat sekolah menengah, terdapat puluhan mata pelajaran yang berbeza yang terdiri daripada UPSR, PMR, SPM dan STPM akibat pengkhususan dalam bidang berkenaan. Umpamanya panitia sains terdiri daripada mata pelajaran sains moden, sains teras, sains tambahan, Biologi, Kimia dan Fizik.

Apatah lagi pentadbir utama dibebani dengan tanggungjawab-tanggungjawab pentadbiran dan pengurusan yang tidak terbatas. Mereka tidak berdaya dan tidak mampu member bimbingan dan pengawasan yang rapi dalam pelaksanaan semua program kurikulum di sekolah.Sungguhpun ketua panitia tidak berada dikemuncak kepimpinan, tugas seorang ketua panitia sebenarnya tidak jauh beza daripada seorang pentadbir sekolah. Perbezaanya terletak kepada skop pengurusan dan tanggungan ketua panitia adalah sedikit terbatas. Namun demikian peranan seorang ketua panitia tidak boleh diperkecilkan oleh pihak pentadbir sekolah. Kegagalan pengurusan panitia akan menjejaskan pengurusan bidang akademik berkenaan dan perkhidmatan sokongan seperti sumber pengajar, proses pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan kemudahan sumber di sekolah. Akibatnya prestasi akademik turut terjejas dan mangsanya adalah murid-murid sekolah.

Jenis-jenis tugas yang dilaksanakan oleh ketua panitia boleh disenaraikan seperti berikut: 1. Pentadbiran

Memberi nasihat dan membantu pihak sekolah dalam pengagihan tugas-tugas dalam bidangnya;

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 62

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Mengurus dan mengawasi dokumen-dokumen berkaitan bidangnya seperti surat pekeliling, surat menyurat, minit mesyuarat dan rekodrekod kegiatan panitia; Memberi bimbingan serta merancang aktiviti-aktiviti untuk panitia dan persatuan; Mengendalikan mesyuarat panitia dan sesi perbincangan; Mengelolakan bengkel dan pameran; Menjadi penghubung di antara pihak pentadbir sekolah dengan ahli-ahli panitia dalam hal pengurusan sekolah; Menjadi penghubung di antara pihak luar dengan ahli-ahli panitia dalam hal kegiatan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya; Menjadi penghubung di antara pihak Kementerian Pendidikan dengan ahli-ahli panitia dalam hal pelaksanaan kurikulum panitianya.

2.

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Menetapkan matlamat dan objektif pencapaian yang sesuai bagi pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum berkenaan; Menerangkan strategi-straregi peningkatan mutu pelajaran ke arah mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan; Mengadakan pembelajaran; Memberi nasihat dan membantu pihak sekolah dalam pengaturan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran; Merancangkan kelas-kelas bimbingan dan pemulihan selaras dengan keperluan keadaan. perbincangan dan penyelesaian tentang pengajaran dan

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 63

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

3.

Pengurusan Sumber Pendidikan Membantu pihak sekolah dalam usaha merancang dan mendapatkan

pembekalan tenaga pengajar yang sesuai dan mencukupi; Memperolehi sukatan pelajaran, huraian sukatan , buku-buku teks, buku-buku kerja dan buku-buku panduan untuk bidang kurikulumnya Dengan bantuan ahli-ahli panitia, merancang dan mendapatkan pembekalan bahan-bahan rujukan, bahan-bahan bacaan, APD, ABM dan bahan-bahan keperluan lain dari semasa ke semasa untuk tujuan peningkatan tahap profesionalisme ahli-ahli dan mutu pelajaran bidangnya; Memastikan wang bantuan pelajaran yang diperuntukkan ke sekolah adalah dibelanjakan dengan saksama dan mendatangkan manfaat maksimum kepada pelajar-pelajar.

4.

Pengurusan Penilaian Membantu pihak sekolah dalam merancangkan jadual peperiksaan (contohnya tempoh dan masa); Menentukan sistem penilaian seperti kekerapan, cara penilaian dan prinsip pemarkahan; Mengadakan penyelarasan dari segi skop, format kertas soalan dan skema pemarkahan; Mewujudkan sistem rekod dan laporan yang sempurna; Mengadakan analisa prestasi untuk mengesan bidang-bidang kekuatan dan kelemahan pelajar serta punca-puncanya; Mewujudkan bank soalan untuk mengawal mutu penilaian bidangnya; Mengusahakan tindakan susulan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti dalam penilaian.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 64

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

5.

Pimpinan dan Bimbingan Membantu pihak sekolah menjalankan pecerapan pengajaran di kelas; Membantu pihak sekolah menjalankan penyeliaan dalam hal-hal seperti rancangan pengajaran, gerakerja bertulis pelajar, penggunaan bahan dan APD dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai bidangnya; Membimbing ahli-ahli panitia dalam merangkakan strategi-strategi peningkatan mutu pelajaran dan mencari penyelesaian untuk masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran; Mewujudkan saluran untuk penyebaran pengetahuan, menggalakkan

perkembangan diri ahli panitia menerusi rancangan dan kegiatan perkembangan staf seperti menghadiri kursus, seminar, bengkel, dialog, pameran, sesi perbincangan dan menerusi program bacaan; Menggalakkan ahli-ahli panitia mencuba idea-idea baru dan kreatif dalam kaedah pengajaran; Memastikan ganjaran yang selaras disarankan kepada ahli-ahli panitia untuk memotivasikan mereka terus berminat dan berusaha bagi meningkatkan prestasi mereka dalam pengajaran dan pembelajaran; Melaksanakan program-program khas untuk memotivasikan pelajar-pelajar terus berusaha di luar bilik darjah untuk perkembangan diri dari segi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pelajaran berkenaan.

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 65

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

LAMPIRAN

MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN

HALAMAN 66

You might also like