You are on page 1of 1

Lokus dalam dua matra 1.

Lokus dalam dua matra merupakan lintasan suatu titik yang bergerak dalam satu satah dan mengikut syarat yang tertentu. 2. Lokus bagi satu titik yang bergerak dengan jarak yang sama dari dua titik tetap, iaitu garis lurus yang pembahagi dua sama serenjang bagi garis lurus yang menyambungkan dua titik itu. 3. Lokus bagi satu titik yang bergerak dengan jarak tegak yang sama dari suatu garis lurus, iaitu dua garis lurus yang selari dengan garis lurus tersebut dan jaraknya dari garis lurus tersebut adalah sama. 4. Lokus bagi suatu titik yang bergerak dengan jarak tegak yang sama daridua garis lurus yang bersilang, iaitu dua garis lurus yang membahagi dua sama sudut-sudut di antara dua garis lurus tersebut. 5. Lokus bagi suatu titik yang bergerak dengan jarak yang sama dari satu titik tetap, iaitu satu bulatan yang berpusatkan titik tersebut. 6. Persilangan dua lokus dalam satu satah merupakan titik atau titik-titik yang memenuhi syarat kedua-dua lokus tersebut. Persilangan dua lokus boleh anda cari dengan membina kedua-dua lokus tersebut pada rajah yang sama. 7. Pembinaan lokus dapat dilakukan dengan menggunakan pembaris dan jangka lukis.

You might also like