You are on page 1of 9

AMALI 1 Tajuk Amali Bahan/Radas :Mengkaji proses penyulingan berperingkat petroleum :Petroleum, cip porselin, kertas turas, kaki

retot, thermometer(-10-360C), kelalang penyuling, kelalang kon, kasa dawai, tungku kaki tiga, mangkuk pijar, ais.

Gambarajah:

Rajah 1: Eksperimen proses penyulingan petroleum

Rajah 2 :Hasil pembakaran petroleum Prosedur A: 1. Radas disusun seperti dalam rajah 1 2. Petroleum hendaklah dipanaskan dengan perlahan dalam kelalang penyulingan.

3. Pecahan pertama pada suhu -30-80C hendaklah dikumpulkan. 4. Pemanasan dan pengumpulan hasil penyulingan ke dalam kelalang kon yang berbeza diteruskan mengikut suhu yang berlainan iaitu pada 80-120C, 120-160C dan 160-200C.

Prosedur B: 1. Warna untuk setiap hasil penyulingan 2. Kelikatan bagi kelalang 3. Sebahagian hasil penyulingan dipindahkan ke dalam piring kaca dengan menggunakan diperhatikan

setiap hasil penyulingan diperhatikan dengan menyengetkan sebelah

penitis dan dibakar seperti di dalam gambar rajah 2 . Warna pembakaran dan kuantiti jelaga yang terhasil diperhatikan 4. Pemerhatian dicatatkan di dalam jadual di bawah.

Keputusan: Pecahan 1 2 3 4 Julat suhu(C) 80 110 140 180 Warna Tidak berwarna Kuning muda Kuning tua Perang Kelikatan Cair/mudah mengalir Likat sedikit Agak likat Agak pekat Kebolehbakaran Mudah terbakar Mudah terbakar Susah terbakar Amat sukar terbakar Jumlah jelaga yang dihasilkan Tiada jelaga Sedikit jelaga Agak banyak jelaga Amat banyak jelaga

Perbincangan: 1. Daripada keputusan eksperimen, didapati sifat(ciri) pecahan berubah dengan bertambahnya takat didih pecahan. Semakin tinggi takat didih pecahan itu, semakin

likat pecahan itu kerana saiz molekul pecahan semakin besar dan daya tarikan molekul-molekulnya semakin kuat menyebabkan molekul-molekul sukar antara satu sama lain. Pecahan 1 pula mempunyai takat didih yang paling

antara

bergelongsor rendah kerana

mempunyai saiz molekul yang lebih kecil. Daya tarikan antara molekul turut bertambah dengan pertambahan saiz molekul.

2.Semakin sukar ia terbakar dan kuantiti jelaga semakin bertambah kerana peratus karbon per molekul semakin bertambah dengan bertambahnya takat didih pecahan itu. 3.Warna pecahan semakin gelap. 4.Pecahan-pecahan itu mempunyai sifat yang sama dari segi hasil pembakaran kerana semua pecahan terbakar dalam udara berlebihan untuk menghasilkan gas karbondioksida dan air. 5. Sebagai langkah berjaga-jaga, , setiap sambungan alat radas hendaklah dipastikan ketat bagi memastikan pendidihan berjalan lancar dan tiada wap yang terbebas keluar. 8. Serpihan porselin digunakan sebagai pencegah hentakan dalam kelalang penyulingan bagi mengelakkan petroleum daripada melompat.

Kesimpulan. Petroleum boleh diasingkan melalui proses penyulingan berperingkat dengan takat didih yang berbeza . Semakin tinggi takat didih semakin bertambah likat,semakin sukar terbakar ,penghasilan jelaga yang banyak dan mempunyai ciri-ciri warna yang berbeza.

Soalan: 1. Bincangkan kebolehbakaran penyulingan berperingkat petroleum

.Semakin tinggi takat didih petroleum, semakin sukar kebolehbakarannya kerana semakin bertambah panjang rangkaian karbon.

2. Bincangkan hubungan antara takat diidh penyulingan berperingkat dengan: (a) warna hasil penyulingan: semakin bertambah gelap daripadapecahan 1 ke pecahan 4. (b) kelikatan hasil penyulingan: kelikatan bertambah daripada pecahan1 ke pecahan 4 kerana wujudnya daya tarikan antara molekul yang semakin bertambah apabila saiz molekul bertambah. (c) jumlah jelaga yang terhasil dari hasil penyulingan: kejelagaan juga bertambah daripada pecahan 1 ke pecahan 4 kerana pertambahan bilangan karbon per molekul hidrokarbon.

3. Tulis persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili gasoline (C8H18). 2 C8H18+ 2 5O2 16CO2 + 18H2O4. Pembakaran gasoline yang tidak lengkap membebaskan gas yang beracun seperti karbon monoksida dan nitric oxide. Tulis persamaankimia yang seimbang untuk mewakili pembakaran gasoline yang tidak lengkap.

5. Apakah biodiesel? Bahan api diesel yang berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwan yang terdiri daripada rantaian panjang alkil (metil,propil atau etil) ester.Biodiesel biasanya dihasilkan melalui tindakbalas kimia lipid sepertiminyak sayuran, lemak haiwan dengan alkohol. Sebagai contoh,minyak sawit ditindakbalaskan dengan methanol dengan kehadiran mangkin untuk menghasilkan biodiesel. Istilah biodiesel adalah piawai sebagai mono-alkil-ester di Amerika Syarikat.

6. .Apakah kelebihan menggunakan biodiesel berbanding minyak petroleum? Ketika biodiesel dibakar, ianya menghasilkan signifikan output minimum dan racun pada tahap karbon yang

yang paling rendah. Ini menyebabkan biofuel menjadi

bahan alternatif yang lebih selamat untuk memelihara atmosfera disamping menurunkan kadar pencemaran udara. Pada waktu yang sama, biofuel juga lebih bersifat mesra alam dan dapat mengurangkan pembebasan gas rumah

kaca jika dibandingkan dengan bahan bakar yang biasa digunakan pada pengangkutan konvensional.

Amali 2

Tajuk Amali

: Membandingkan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli tahan karat

Bahan /Radas :Paku besi, paku keluli, paku keluli tahan karat, larutan jeli, larutan kalium Heksasianoferat(III), air, kertas pasir, tabing uji, rak tabung uji. Gambarajah :

Rajah 1: Perbandingan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli tahan karat

Prosedur: 1.Gosokkan kertas pasir pada paku besi, paku keluli dan paku keluli tahan. 2.Paku besi dimasukkan dalam tabung uji A, paku keluli dimasukkan dalam tabung uji B dan paku keluli tahan karat dimasukkan ke dalam tabung uji C. 3.5 % larutan jeli telah dimasukkan ke dalam 100cm3 air panas dan beberapa titik larutan kalium heksasianoferat(III) juga dimasukkan dimasukkan ke dalam larutan jeli. 4.Larutan jeli dituangkan ke dalam ketiga-tiga tabung uji sehingga paras jeli lebih tinggi daripada paku. 5.Ketiga-tiga tabung uji diletakkan pada rak tabung uji selama 5 hari. Kemudian keamatan warna biru dalam setiap tabung uji hendaklah diperhatikan. 6.Pemerhatian direkodkan dalam jadual di bawah.

Keputusan:

Tabung uji

Keamatan warna biru

Inferens -banyak pengaratan berlaku

A- paku besi

Warna biru pekat terhasil di sekeliling paku besi

B-paku keluli

Sedikit warna biru terhasil di -hanya sedikit pengaratan sekeliling paku besi berlaku

C-Paku keluli tahan karat

Tidak ada warna biru terhasil --tidak berlaku pengaratan disekeliling paku besi

Perbincangan 1. Pengaratan ferum akan menghasilkan ion ferum (II) Fe(p) Fe2+(ak) + 2e2. Berdasarkan keputusan di atas, paku besi telah banyak terkakis manakala paku besi keluli hanya terkakis sedikit dan paku besi tahan karat tidak terkakis langsung. 3. Fungsi larutan kalium heksasianoferat adalah untuk menguji kehadiran ion ferum (II) iaitu warna biru tua kan terbentuk. Kepekatan warna biru menunjukkan tahap pengaratan paku besi. 4. Warna biru yang terhasil menunjukkan ion ferum (II) terhasil. 5. Kepekatan wana biru yang lebih tinggi menunjukkan kadar pengaratan juga tinggi kerana kepekatan ion ferum(II) yang terbentuk juga lebih tinggi 6. Besi berkarat dengan lebih mudah tetapi keluli tahan karat (aloi yang terbentuk dengan penambahan nikel dan kromium pada besi) lebih tahan kakisan.Nikel dan kromium membentuk satu lapisan oksida yang keras dan tidak menyerap air untuk menghalang besi daripada berkarat.

Kesimpulan: Pengaloian boleh mencegah pengaratan. Soalan:

1. Terangkan fungsi larutan kalium heksasianoferat (III). Fungsi larutan kalium heksasianoferat (III) adalah untuk menguji kehadiran ion ferum (II), iaitu warna biru akan terbentuk. Kepekatan warna biru tua menunjukkan tahap pengaratan paku besi.

2. Apakah hubungan antara kepekatan warna biru dengan kadar pengaratan? Semakin pekat warna biru yang terbentuk, semakin tinggi/banyak kadar pengaratan yang berlaku.

3. Terangkan bagaimana penggunaan larutan jeli dapat membantu pemerhatian dalam eksperimen. Penggunaan larutan jeli dapat membantu pemerhatian dalam eksperimen kerana ia digunakan untuk memerangkap dan melihat warna biru terbentuk dengan lebih jelas.Ini kerana penyerakan berlaku paling perlahan dalam pepejal berbanding cecair dan gas.

4. Kenalpasti komposisi dalam keluli dan keluli tahan karat. Keluli 99% ferum, 1% karbon Keluli tahan karat 74% ferum, 18% kromium, 8% nikel

5. Bandingkan inferens keputusan anda, bandingkan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli tahan karat. Berdasarkan keputusan di atas, pengaratan besi lebih cepat dari keluli dan keluli tahan karat tidak berkarat. Paku yang diperbuat daripada keluli tahan karat tidak berkarat kerana paku ini adalah aloi daripada ferum, kromiun dan nikel. Paku yang diperbuat dari keluli berkarat secara perlahan. Kandungan karbon atom akan menguatkan besi tetapi tidak menghalang pengaratan daripada berlaku. Pengaratan besi berlaku adalah contoh penghakisan. Apabila pengaratan berlaku, logam kehilangan electron untuk membentuk logam besi.

6.Bagaimanakah susunan atom pada logam berhubungkait dengan kemuluran dan ketempaannya? Mulur bermaksud boleh ditarik menjadi dawai dan tempa bermaksud boleh dibentuk kepada bentuk yang berlaianan. Logam tulin terdiri daripada lapisan atom yang disusun dengan seragam, teratur dan padat pada kedudukan yang tetap. Susunan atom ini menyebabkan logam mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi. Daya tariakn yang kuat antara atom memerluka jumlah haba yang banyak untuk mengatasinya. Walaubagaimanapun, logam adalah lembut dan tidak kuat Jika daya dikenakan pada logam, lapisan atom akan

menggelongsor antara satu sama lain dan menyebabkan logam mudah ditempa dan mulur.

7.Terangkan perbezaan antara aloi tukar ganti (substitution alloy) dan aloi intetsitial alloy)qaw4r

You might also like