You are on page 1of 20

HASIL PEMBELAJARAN

Topik ini membincangkan tentang;


i) Menghuraikan hubungan antara manusia, ekologi & teknologi

ii) Menjelaskan pembahagian tugas dalam masyarakat


iii) Membandingkan sistem-sistem pengeluaran di dunia iv) Membincangkan isu-isu persekitaran yang berkaitan dengan sistem-sistem pengeluaran

PENGENALAN

Apakah kepentingan pasar raya? Membandingkan masyarakat primitif dan moden Sejauh mana manusia bergantung kepada persekitaran sebagai sumber rezeki? Kesan kemodenan terhadap alam sekitar?

MANUSIA, EKOLOGI DAN TEKNOLOGI


Saling kebergantungan manusia, ekologi & teknologi Manusia : Insan atau individu yang hidup dalam komuniti Ekologi : Hubungan organisme dan persekitaran atau masyarakat dalam konteks antropologi Teknologi : Proses-proses teknikal, ilmu pengetahuan dan peralatan Paling penting, ialah keperluan sosial untuk mendapatkan makanan daripada alam sekitar Namun manusia juga memerlukan teknologi untuk berinteraksi dengan persekitaran sosialnya bagi memudahkan tugasan seharian. Perkembangan teknologi adalah selaras dengan peredaran zaman (Perbandingan masyarakat moden & primitif) Apa yang anda faham tentang manusia akan pupus sekiranya gagal menyediakan makanan secara sistematik untuk keperluan keluarganya

PEMBAHAGIAN TUGAS DALAM MASYARAKAT


Pengkhususan Jantina MENCARI REZEKI MEMASAK MENCUCI KAIN Pengkhususan Umur Pengkhususan Peranan SIAPA

1)

Pengkhususan Jantina Tugas-tugas Wanita Meramu Menjaga anak-anak Bercucuk tanam Memasak makanan Mengemas rumah

PEMBAHAGIAN TUGAS MENURUT PENGKHUSUSAN JANTINA

Tugas-tugas Lelaki Memburu Membina tempat tinggal Menebas & menebang Menternak binatang Menjadi pemimpin

Tiga teori kewujudan pengkhususan jantina; 1) Kekuatan fizikal lelaki sesuai untuk kerja-kerja berat 2) Sifat wanita yang lembut sesuai untuk kerja-kerja rumah yang mudah dan tidak berbahaya 3) Keperluan reproduksi, iaitu wanita melahirkan anak menyebabkan mereka tidak sesuai diletakkan dalam keadaan bahaya kerana apabila mereka pupus, maka akan terhentilah proses reproduksi

2)

Pengkhususan Umur

Membezakan peranan kanak-kanak, orang dewasa dan tua Kebiasaanya, kanak-kanak dihantar ke sekolah untuk belajar,

namun terdapatnya penindasan kanak-kanak di negaranegara mundur & membangun Orang tua pula, lebih sesuai memainkan peranan keagamaan, perunding dan sejarawan masyarakat berdasarkan pengalaman dan kebijaksanaan

3)

Pengkhususan Peranan

Kemajuan teknologi menyebabkan peranan seseorang lebih khusus dalam masyarakat. Cthnya doktor, jurutera, & pakar IT.

Ini kerana, tidak semua orang boleh bekerja sebagai


doktor, juruterbang dan tukang kayu. Tidak seperti orang primitif, mereka mempunyai tugas yang hampir sama, iaitu memburu binatang atau menangkap ikan Hasil kajian Emile Durkheim, berkaitan Asas Kesepaduan Sosial dalam masyarakat primitif dan moden. Beliau menjelaskan tentang amalan Kesepaduan Mekanikal dan Kesepaduan Organik.

i) Kesepaduan Mekanikal (Primitif)

Diamalkan oleh masyarakat primitif di mana peranan ahlinya adalah sama, taraf sosial setara, mengamalkan nilai-nilai tradisi dan kekeluargaan. Ini kerana mereka melalui kehidupan dan pengalaman yang serupa.

ii) Kesepaduan Organik (Moden)

Berlaku perubahan Kesepaduan Mekanikal kepada Kesepaduan Organik yang lebih berasaskan pengkhususan peranan dan saling kebergantungan. Ini kerana, kehidupan yang semakin kompleks menyebabkan masyarakat memerlukan segala kemahiran supaya kehidupan lebih lancar. Cthnya, guru mengajar dan mekanik membaiki kereta

SISTEM-SISTEM PENGELUARAN
Sistem-sistem pengeluaran boleh dikategorikan kepada lima jenis iaitu; Memburu dan meramu (hunting & gathering) Hortikultur Pastoralisme Agrikultur Industrialisasi

i) Memburu dan Meramu

Melibatkan aktiviti, seperti memburu binatang, menangkap ikan dan memunggut hasil hutan. Secara perbandingannya, masyarakat primitf atau pengumpul makanan digambarkan sebagai masyarakat yang kurang canggih berbanding dengan masyarakat moden Antara ciri-ciri masyarakat pengumpul makanan, ialah; (a) Populasi yang kecil Tidak membawa hasil makanan yang banyak Tidak menyimpan makanan untuk jangka masa lama Simpanan makanan yang sedikit menyebabakan populasi kurang berkembang

Antara ciri-ciri masyarakat pengumpul makanan, ialah; (b) Berpindah-randah (nomadic) Berpindah-randah mengikuti buruan Kehidupan berkisar kepada pola penghijrahan buruan Tidak menetap untuk jangka masa lama (c) Keluarga merupakan unit sosial yang asas Terdiri daripada pakatan antara keluarga-keluarga yang bekerjasama untuk memburu binatang dan meramu Keluarga bersifat egalitarian dan tidak mementingkan perbezaan sosial yang ketara seperti masyarakat moden (d) Dijumpai di kawasan-kawasan terpencil Biasanya di kawasan gurun dan tundra Menggunakan peralatan dan senjata yang mudah Mampu mendapatkan makanan yang cukup walaupun di persekitaran yang sukar dan mencabar

ii) Hortikultur

Hortikultur merupakan sistem pengeluaran makanan yang terawal di dunia. Kegiatannya menanam tumbuhan menggunakan peralatan mudah, seperti cangkul di kawasan yang kecil Menggunakan tenaga manusia sepenuhnya Teknik tanaman, ialah pertanian pindah randah di mana hutan dibakar dan dibersihkan. Abu menjadi baja dan tumbuh-tumbuhan ditanam. Teknik mengakibatkan tanah hilang kesuburan selepas setahun atau dua tahun. Jika ini berlaku petani akan berpindah ke kawasan lain.

Revolusi Neolitik > Berlakunya perubahan daripada masyarakat pengumpul makanan kepada masyarakat pengeluar makanan. Revolusi ini mempunyai impak budaya yang agak besar kepada perkembangan tamadun manusia, seperti; (a) Ledakan Populasi Apabila mengeluarkan makanan sendiri dengan banyak, maka lebih ramai manusia boleh ditampung dalam suatu masa (b) Tempat tinggal yang tetap Mereka menetap untuk jangka masa yang lama sehingga tanah yang diusahakan membuahkan hasil (c) Pengkhususan peranan Mereka bebas untuk memainkan pelbagai peranan dalam masyakarat

iii) Pastoralisme

Merujuk kepada penternakan haiwan (lembu, kambing, biribiri) sebagai sumber makanan (susu, daging) Memastikan haiwan ternakan meragut rumput secukupnya Pola kehidupan berpindah-randah untuk mencari kawasan ragut mengikut musim. Selain haiwan ternakan, mereka juga mendapatkan makanan melalui tanaman dan berdagang dengan kumpulan lain Di samping itu, lembu mempunyai makna sosial yang tersendiri kerana selain sebagai sumber makanan, turut dijadikan mas kahwin, haiwan tebusan atau korban untuk upacara keagamaan

iv) Agrikultur

Bergantung kepada tenaga haiwan dan teknologi Teknologi canggih digunakan agar hasil yang diperolehi lebih banyak. Agrikultur menyebabkan berlakunya perkembangan tamadun yang mempengaruhi perubahan-perubahan berikut; (a) Penubuhan bandar Kehidupan menetap membawa kepada penubuhan bandar yang kemudiannya menjadi pusat tamadun (b) Sistem pengeluaran makanan yang efisien Perkembangan teknologi membolehkan lebih banyak makanan dihasilkan untuk menampung populasi (c) Pengkhususan peranan Wujudnya kelas sosial mengikut peranan yang berbeza-beza

Apa itu Kelas Sosial?

Status atau kedudukan individu dalam sesebuah masyarakat Kelas sosial yg menghasilkan makanan dipanggil Kaum Tani Golongan ini terikat kepada negara dengan membekalkan makanan kepada masyarakat. Mereka tiada kuasa politik dan status mereka amat rendah dalam hierarki negara

v) Industrialisasi

Apa yang anda faham tentang Revolusi Industri mempengaruhi sejarah pengeluaran makanan. Industrialisasi banyak bergantung kepada teknologi moden (seperti kincir angin, kincir air, traktor, baja kimia) berbanding tenaga manusia dan haiwan. Penggunaan teknologi moden melibatkan kos yang tingg, namun dapat meningkatkan hasil pengeluaran untuk tujuan komersial. Apakah yang dimaksudkan Pertanian Teliti? Satu sistem pertanian menggunakan GPS untuk menentukan kedudukan, masa, arah, ukuran air, jenis tanah dan hasil tanaman secara tepat

ISU-ISU ALAM SEKITAR


Tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab memberi kesan negatif terhadap ekologi dan alam sekitar, seperti; Pembersihan hutan (Hakisan dan kemusnahan kawasan tadahan hujan) Pembakaran hutan (Fenomena El Nino dan Jerebu) Pencemaran sisa buangan najis ternakan Penggunaan racun rumpai untuk pertanian Pencemaran air akibat racun serangga perosak Pertanian pindah randah mengancam biodiversiti (spesis hidupan) kerana kehilangan habitat akibat kemusnahan hutan

RUMUSAN
Manusia menggunakan teknologi dalam konteks ekologi sosial untuk mendapatkan atau mengeluarkan makanan Membandingakan peranan masyarakat primitif dan moden Pengertian pembahagian tugas mengikut pengkhususan jantina, umur dan peranan Mengkategori lima jenis sistem-sistem pengeluaran Memahami konsep Asas Kesepaduan Sosial Revolusi Neolitik Kelas Sosial Revolusi Industri Pertanian Teliti Isu-isu alam sekitar kesan tindakan manusia

You might also like