P. 1
128380036-isu-ps-doc

128380036-isu-ps-doc

|Views: 3|Likes:
Published by Mohd Rafie

More info:

Published by: Mohd Rafie on Jul 10, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/20/2014

pdf

text

original

ISU PENDIDIKAN SENI Ulasan dan kupasan hubungan antara Dasar Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan seni sejagat

dengan Kurikulum Pendidikan Seni di Malaysia – Isu Perpaduan.

1.

Pengenalan Sejak selepas Perang Dunia Kedua dan yang lebih mendesak semasa kita

mencapai kemerdekaan ialah: Bagaimanakah sebaik-baik cara untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni satu masyarakat majmuk Malaysia yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang paling penting bagi mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pelajaran. Menurut Ho Seng Ong (1998) dalam bukunya yang berjudul Education for unity in Malaya telah mencatat: “It is accepted that educations is not the only means available in the taks of achieving national unity and solidarity in the plural community of Malaya, but it remains the most important single factor for integration in the racial, religious and cultural complexof Malaya.” Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

1

Dari segi individu, perpaduan mempunyai ciri-ciri yang meliputi perasaan, emosi, sentimen sikap dan nilai. Dalam persekolahan, apa yang diusahakan ialah supaya muridmurid dibimbing dan dididik untuk memupuk sifat-sifat yang sihat dan membina yang boleh membawa ke arah perpaduan negara.

2.

Definisi masyarakat majmuk Salah satu daripada naluri semulajadi manusia ialah ingin hidup berkelompok dan

bermasyarakat. Ibrahim Ahmad Bajunid (2000) dalam kertas kerjanya yang bertajuk Perubahan dan Perkembangan Kurikulum ke Arah Pembinaan Negara telah mencatat bahawa J.S. Furnivall mentakrifkan masyarakat majmuk sebagai masyarakat di mana: Mereka bergaul tetapi tidak bersatu. Setiap kumpulan berpegang kepada agamanya, budayanya, bahasanya idea-idea dan cara-cara hidupnya. Sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya di pasar, membeli dan menjual. Inilah masyarakat majmuk, di mana seksi-seksi yang berlainan dalam masyarakat hidup sebelah menyebelah, tetapi berasingan………(terjemahan) Dalam Ensiklopedia Dunia Melayu (hlm 145-146) telah mencatat beberapa pandangan penyelidik terhadap masyarakat majmuk antaranya: M.G. Smith menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Van den Bergue juga menyenaraikan beberapa ciri masyarakat majmuk seperti ketiadaan konsensus nilai, kepelbagaian kebudayaan, wujudnya konflik di antara kelompok yang berlainan…..

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

2

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (hlm 865), perkataan ‘masyarakat majmuk’ memberi maksud: masyarakat yang terdiri daripada beberapa bangsa. Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa dan agama. Dari suku bangsa, kita terdiri daripada Melayu, Cina, India, Serani, Orang Asli, Bajau, Kadazan, Murut, Kadayan, Melanau dan Iban dengan pelbagai bahasa dan dialeknya. Masyarakat majmuk ini bersatu di atas ikatan kerakyatan di bawah pemerintah demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu hidup yang telah dipersetujui bersama. Menjelang kemerdekaan, matlamat yang terpenting adalah mencapai perpaduan di kalangan kelompok-kelompok yang berlainan. Secara langsung dan tidak langsung, sistem pendidikan diberi tugas untuk pembinaan negara.

3.

Definisi perpaduan Perkataan “perpaduan” ini asalnya dari perkataan “padu” iaitu “mampat”, “pejal”

dan “padat”. “Perpaduan” ialah “penggabungan”. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Kata lawan bagi “perpaduan” ialah “permusuhan”, “kehancuran” dan

“perpecahan”. Perpaduan dilihat dari tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu “ma’rof” manakala perpecahan pula satu perkara yang keji atau tidak baik iaitu “mungkar”. Dalam al-Qur’an Allah mengingatkan umat Islam dengan Firman-Nya yang bermaksud: Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

3

(Surah Ali Imran : 104)

Prof. Mohd. Kamal Hasan, Timbalan Rektor, UIA dalam satu forum perpaduan kaum berkata “kita juga berpandu kepada ayat Al-Quran yang menyeru semua orang yang beriman, yang bermaksud: Hendaklah kamu bertolong menolong, berbaik-baik dan berkerjasama dalam perkara yang membawa kepada kebaikan, kebajikan dan ketaqwaan kepada Tuhan. Dan jangan kamu berkerjasama, tolong menolong dalam perkara yang mengikut dosa dan permusuhan.” Jadi di situ kita dapat lihat penekanan agama Islam itu kepada kenyataan kepelbagaian kaum dan diseru umat Islam mencari kesempatan untuk bekerjasama dalam perkara-perkara yang membawa kebaikan bersama.

4.

Dasar Pendidikan Kebangsan dalam isu perpaduan Dalam meninjau sejarah perkembangan pendidikan, Dasar Pendidikan dibentuk

atas kesedaran pemimpin dan rakyat Malaysia yang sensitif terhadap keperluan pembinaan negara. Melalui Penyataan Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957, Dasar Pendidikan telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Pada tahun 1974, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji semula dan memperbaiki pelaksanaannya dalam mencapai matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

4

yang terlatih bagi pembangunan negara. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbit dalam tahun 1979. Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah. Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita. Ia mengandungi matlamat, corak dan kaedah pendidikan secara kasar, ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tadi serta skop yang merangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri. Dalam kertas kerja Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi yang berjudul ‘Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan’ telah mencatat dapatan seorang penyelidik terkemuka Howard D. Mehlinger (1995) dalam bukunya School Reform in the Information Age mengenalpasti masalah ketiadaan falsafah dan dasar memberi dua bentuk kesukaran iaitu pendidikan guru dan pembaharuan pendidikan. Jelas dilihat Dasar Pendidikan merupakan tunggak utama dalam pembentukan sistem pendidikan kebangsaan. Ia amat penting dalam memberi panduan untuk melaksanakan sistem yang dirancangkan. Tanpa dasar yang jelas, sudah tentu sistem dan pelaksanaannya juga tidak sistematik dan tidak mempunyai hala tuju yang tetap. Justeru, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ada kini lebih menjurus kepada usaha kerajaan menyatupadukan semua kaum: Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ialah bermaksud hendak

menyatupadukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang utama, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan sera-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. (Penyata Razak, Perenggan 12)

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

5

5.

Kurikulum Pendidikan Seni dalam tujuan perpaduan Dalam usaha menyediakan generasi abad ke-21, kesesuaian kurikulum pendidikan

seni berasaskan konsep four pillars of learning umpamanya perlu diteruskan iaitu belajar untuk menguasai ilmu (learning to know); belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do); belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be); belajar untuk harmoni dan bekerjasama (learning to live together). (dalam Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman, 2003) Kurikulum Pendidikan Seni telah direncana dan selaras dengan keadaan semasa dan akan datang bagi mencapai matlamat pendidikan berdasarkan kehendak FPK. Ini kerana usaha kurikulum bermula dengan ramalan (Ornstein and Hunkins, 1993 dalam Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2003) Perancangan perlu bersifat strategik, dinamik, mudah lentur dan futuristik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa seterusnya. Dalam Dasar pendidikan kebangsaan semua pelajar berhak menikmati pendidikan yang kaya dari seni tanpa mengira latar belakang dan kebolehan. Smith (1982) mendapati bahawa telah pun muncul sekarang seperti apa yang dikatakan sebagai satu kecenderungan yang menuntut kepada pemikiran baru dari kalangan pendidik seni. Kurikulum seni visual juga dikenali sebagai ‘pendidikan kemanusian’, ‘pendidikan pelbagai budaya’. Menurut Chapman (1997), walaupun terdapat golongan pendidik seni yang berpendapat seni lebih kepada ekspresi individu, namun pengaruh teori ilmiah serta penyelidikan baru akan memaksa mereka berfikir semula bagi menserasi idea sendiri dengan fungsi seni dalam bentuk-bentuk pendidikan baru yang muncul. MacFee (1977)

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

6

menganggap seni dalam budaya sebagai topik pembelajaran, Felman (1970) pula menegaskan budaya, seni dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. Walaupun pendekatan mereka berbeza, tetapi bersetuju bahawa pendidikan seni perlu pendidikan yang lebih liberal. Menurut Abd. Shukor Hashim (1998), (dalam Mohd Johari Ab. Hamid, 2000) Pendidikan Seni sewajarnya menepati objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunan individu, pembangunan dan intergrasi sosial menyalurkan budaya dan warisan negara. Perpaduan negara wujud setelah generasi muda dididik dan dibimbing sempurna dari segi perkembangan JERIS. Iberahim Hassan (2000), telah banyak menulis tentang Kurikulum Pendidikan Seni dalam buku yang berjudul Pendidikan Seni dan Muzik. Matlamat dan kepentingan Pendidikan Seni jelas digubah untuk melahirkan individu yang berbudaya, iaitu sekurang-kurangnya dapat mengurus kehidupan harian dengan sempurna dan menjadi penghayat seni, seterusnya dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Melalui aktiviti-aktiviti seni, seseorang pelajar bukan sahaja dididik dan dibimbing dalam kesempurnaan dari segi JERIS tetapi juga dilatih memperolehi keyakinan diri dalam berkomunikasi melalui seni, memahami warisan bangsa dan identiti bangsa. Schiller, (1967) (dalam Abu Talib Putih, 2001) memikirkan seni sebagai penyalur kesinambungan kemanusian. Seni berupaya menghubung satu generasi ke satu generasi yang lain. Seni diperlukan dalam tugas mempersiapkan ahli baru menghadapi hidup dalam usaha mencari erti tentang diri, penglibatan, halatuju masyarakat. Seni dapat menyediakan benih cabaran yang membawa perubahan seperti menuntut kita melihat

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

7

sesuatu yang lama dari sudut pandangan atau perspektif yang baru. Begitu juga dalam soal perpaduan masyarakat di negara kita, ia perlu satu perubahan paradigma tentang budaya ke Malaysiaan. Seni sebagai disiplin. Seni membenarkan manusia berfikir dan berikhtiar dalam cara yang tersendiri, ia merupakan satu anugerah kepada masyarakat kerana ciri kesediaannya yang boleh mengkaitkan harapan kepada ingatan, menjulang keberanian, memasyurkan keraian, atau juga membendung tragedi hidup manusia. Dalam menuju ke arah masyarakat aman damai, sejarah telah mencatatkan bahawa dengan adanya kerjasama dan keberanian semua kaum negara yang aman dan merdeka dapat diperolehi dan dinikmati bersama. Seni merupakan sumber kegembiraan dan kecerian. Dengan adanya unsur

kegembiraan dalam sanubari semua rakyat Malaysia, sifat benci dan syak wasangka dapat dielakan, tragedi 13 Mei 1969 menyedari semua warga Malaysia betapa pentingnya sifat memahami antara satu sama lain. Seni adalah nadi dalam hayat perjalanan ke arah melengkapkan sifat kemanusiaan kita walaupun sekadar sebagai penghayat seni tetapi perkembangan minda dan rohaniah turut dibina dengan sempurna. Pendidikan seni berfaedah kepada pelajar kerana ia memufuk peribadi yang lengkap, yang beransur membina berbagai bentuk literasi bagi menajamkan intuisi, takulan, imagianasi dan kemahiran dalam berekspresi dan berkomunikasi. Pelajar dibimbing pelbagai cara, membuat persepsi, menyatakan pemikiran dan menyelesaikan masalah antara rakan sekelas atau kerja kursus yang diberi.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

8

Seni membantu pelajar memahami pengalaman manusia, dari yang lampau hingga masa kini. Belajar untuk menyesuai dan menghormati orang lain dari segi cara berfikir, cara berkerja dan berekspresi yang berbeza. Pendekatan kemanusiaan seperti yang dicadangkan oleh Micheal (1983) dan Feldman (1970) (dalam Iberahim Hassan, 2001) membolehkan pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. MacFee, (1993) (dalam Iberahim Hassan, 2000) menyatakan bahawa objektif seni bersandar kepada fungsi seni dalam masyarakat yang perlu disemai kepada pelajar iaitu: a. Seni untuk memperkayaan kualiti sesuatu perayaan atau upacara ritual bagi sesuatu peristiwa. b. Berfungsi sebagai indeks untuk membezakan sesuatu identiti. c. Seni sebagai alat komunikasi yang merakam, menyimpan dan menjana idea. d. Seni berperanan untuk mengstabilkan sesuatu budaya dalam menghadapi arus perubahan. e. Seni sebagai alat untuk perkembangan sesuatu budaya.

6.

Nilai-nilai asas perpaduan yang dapat dipupuk melalui pendidikan … usaha membina satu semangat identiti bersama dan berkongsi tujuan di

kalangan semua rakyat Malaysia sangatlah penting dalam pembangunan nusa bangsa dan membentuk bangsa Malaysia. Bagi mencapai hasrat tersebut perlulah dipupuk perasaan bangga terhadap warisan, kejayaan, dan potensi negara bagi menyemai semangat kekitaan… (Malaysia, 1996, hlm.31)

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

9

Berhubung dengan petikan di atas, penerapan nilai-nilai murni dilakukan dengan menyeluruh dalam semua mata pelajaran KBSM. Pendekatan ini dikenali sebagai nilai merentasi kurikulum. Sebanyak 16 nilai disenaraikan dan secara khusus terkandung dalam mata pelajaran pendidikan Islam dan pendidikan Moral (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991; hlm.6) 7. Usaha-usaha kerajaan dalam menangani isu perpaduan Bagi mencapai hasrat membina bangsa Malaysia yang bersatu padu, terdapat petikan yang diberi oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad iaitu: “Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, kita telah memperkenalkan pelbagai dasar dan program dalam tempoh tiga puluh tahun lalu selain Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Dasar-dasar tersebut termasuk Dasar Pendidikan, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Perpaduan negara dan sebagainya adalah matlamat penting dalam dasar dan program berkenaan. Kemudian dasar dan program ini boleh menyumbang ke arah hubungan sosial yang sihat di kalangann masyarakat majumuk, perkongsian nilai dan persepsi, persamaan identiti sebagai rakyat Malaysia dan kebudayaan yang mengekalkan warisan bangsa.” Kerajaan Malaysia mengenalpasti budaya dan kesenian sebagai elemen sama penting dengan perkembangan ekonomi. Maka, Kebudayaan Kebangsaan telah dirangka pada tahun 1971 yang bertujuan kebangsaan, menjalankan mempromosi program integrasi kebudayaan kebangsaan yang dan

mengembangkan

identiti

keharmonian pelbagai kaum dan budaya Melayu sebagai asas budaya kebangsaan. Dato Seri Dr. Abdul Shukur Abduulah mengatakan kepentingan seni visual dapat

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

10

menyumbangkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan pendidikan di nagara. Melalui pendidikan seni visual, kita akan bergerak ke arah mencapai satu warisan bangsa yuang unggul. Selain daripada itu, semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “Malaysia – Melangkah ke Hadapan” yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai “Wawasan 2020” Dalam sembilan cabaran wawasan, isu perpaduan dalam pembentukan bangsa Malaysia menduduki tempat pertama yang secara tidak langsung telah mengambarkan kepentingannya dalam usaha mencapai matlamat sebagai negara maju yang tercatat seperti berikut: Membangunkan bangsa Malaysia yang bersatupadu dengan matlamat yang sama bagi membentuk bangsa Malaysia yang setia dan taat kepada negara. Bangsa Malaysia yang bersatupadu bermakna setiap rakyat perlu komited untuk menjayakan cita-cita negara. Lain kata matlamat negara perlu dikongsi bersama oleh setiap orang. Setiap rakyat dengan rasa bangsa mengidentifikasikan diri mereka sebagai warga Malaysia.

Strategi dan kaedah pengajaran Pendidikan seni Visual dalam usaha mencapai perpaduan. Musa Hitam dalam ucapan di Perasmian Himpunan Tetap Balai Seni Lukis Negara pada 29hb Januari 1985 pernah mengata: “Kesenian mencerminkan kematangan

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

11

perasaan dan pemikiran sesuatu bangsa atau masyarakat” keesahan kenyataan ini tidak dapat dipastikan tetapi apa yang boleh dipastinya ialah sesuatu bangsa atau masyarakat yang tidak mempunyai kesenian diibaratkan sebagai golongan orang-orang yang kurang sempurna hidupnya. Masyarakat yang sebegini adalah masyarakat yang kurang lengkap, kehidupan mereka tak ubah seperti lagu tanpa irama.” Jelaslah bahawa kedudukan fungsi dan peranan Pendidikan Seni Visual di sekolah dalam menangani Wawasan 2020 khasnya dalam cabaran pertama yang berkait dengan perpaduan haruslah dilihat dengan keperihatinan yang serius terutama oleh golongan intelektual pendidikan juga oleh masyarakat keseluruhannya.

I.

Pengabungjalinan mata pelajaran Pengabungjalinan mata pelajaran seperti Bahasa Malaysia, Sejarah, geografi dan

lain-lain dapat meningkatkan nilai kewarganegaraan. Ini merupakan salahsatu langkah penting dalam isu perpaduan kaum. Sebagai contoh guru seni ingin mengajar catan atau arca, beliau telah meminta pelajar mengkaji sejarah Pasir Salak. Pelajar menjalankan penyelidikan mengumpul, mentafsir dan membuat hubungkait antara catatan dengan gambar lukisan atau fotografi sejarah. Melalui apresiasi seni segala dokumentasi dan mencatat sejarah detik perjuangan kemerdekaan akan mendidik pelajar perlu wujudnya nilai cintakan negara. Tambahan pula, dengan satu bahasa yang dapat difahami oleh semua pelajar, secara tak langsung pelajar dapat berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Kes-kes pergaduhan antara pelajar berlainan bangsa yang disebabkan perselisihan faham dapat dielakkan dan dikurangkan.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

12

II

Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Seni dalam tujuan perpaduan Bagi menghadapi cabaran yang datang secara bertalu-talu, generasi yang hidup

dalam abad ke-21 perlu memperoleh nilai-nilai murni dan luhur yang bersifat sarwajagat; kaya dengan maklumat, termasuk dalam bidang sains dan teknologi (objektif ke-6); mempunyai semangat jati diri (objektif Ke-10), jaya diri dan keusahawaan yang tinggi; mempunyai ketrampilan yang tinggi; dan mempunyai kekuatan minda yang kreatif, kritis, inovasi , analitis dan futuristik (objektif ke-3). Dalam kurikulum pendidikan seni visual selain mementingkan proses penghasilan atau proses artistik, produk juga diminta mencapai tahap persembahan yang memuaskan. Barangan kraf seperti barangan anyaman, tembikar, perabut ukiran, barang hiasan gangsa melambangkan identiti budaya di Malaysia. Nilai patriotik (objektif 1, 7 dan 9) boleh dipupuk dengan meningkatkan rasa kebanggaan rakyat terhadap barangan Malaysia dan seterusnya mencapai perpaduan di kalangan rakyat majmuk. Semangat patriotik dan nasionalisme penting bagi membolehkan Malaysia lebih bersifat kompetitif di peringkat antarabangsa. Dalam usaha menuju perpaduan, pendidik mesti memahami kandungan seni visual dengan sebenar-benarnya. Pelajar perlu disedari kepentingan dalam memahami serta wujud perasaan hormat budaya orang lain. Budaya Malaysia yang dibentuk

merupakan identiti yang dapat mengeratkan lagi hubungan kesemua kaum melalui transformasi soaial melalui aktiviti pendidikan seni. Feldman (1972) mencadangkan pendekatan humanistik dalam pencapaian pengajian kognitif, pengajian Linguistik Visual, Pengajian Media dan Pengajian Kritikan Seni. Tujuan kurikulum beliau adalah meningkatkan kualiti individu dan mengenali individu yang lain. (dalam Iberahim Hassan, 2000)

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

13

Dalam melaksanakan kandungan kurikulum, pendidik merancang aktiviti seperti pertandingan melukis poster selain bertujuan mencungkil potensi pelajar, slogan-slogan seperti, “Bersatu padu kita teguh, bercerai berai kita runtuh.” , “Bagai aur dengan tebing, saling penuh memenuhi”, “Tak kenal maka tak cinta”, “Perpaduan pemangkin kemajuan negara”, Rakyat bersatu padu, negara gemilang” dan lain-lain telah digunakan sebagai tajuk. Sebelum menentukan tema pertandingan, sesi perbincangan diadakan agar semua pelajar benar-benar faham matlamat, tujuan, objektif dan kehendak tema yang berkaitan dengan perpaduan. Pelajar diminta memberi pandangan bagaimana hendak

mengambarkan perasaan cinta kepada negara melalui seni visual. Aktiviti pertandingan melukis poster dapat memupuk semangat perpaduan dan menyedari kepentingan perpaduan di peringkat awal sebelum pelajar menunjukkan kemahiran melukis masingmasing.

III.

Aktiviti kumpulan Al Huswitz, Michael Day dalam buku mereka yang berjudul Children and Their

Art methods for the Elementacy School dalam issues Multi-Cultural, hlm.:122-124 telah menyarankan bahawa aktiviti kumpulan merupakan satu cara untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar yang berbilang kaum. Pelajar dapat bertukar-tukar fikiran, pandangan dan pengalaman serta bercerita tentang budaya sendiri. Apabila menjalankan aktiviti-aktiviti seni dalam kumpulan, guru hendaklah memastikan pelajar yang mengambil bahagian terdiri daripada pelbagai kaum. Menurut Ee Ah Meng (1988) dalam bukunya yang berjudul Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih mengatakan amalan seperti ini akan menjauhkan perasaan benci dan iri hati

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

14

dikalangan pelajar berbilang kaum. Semasa menyiapkan sesuatu projek seni, semangat kekitaan dan persefahaman dapat dipupuk dalam situasi yang mesra. Kata Mumama: “Jiran dan rakan-rakan bersepakat ke arah kemasyarakatan akan membawa kebajikan dan keberkatan.”

4. Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru bagi membantu meningkatkan hubungan dan kemahiran sosial pelajar di samping mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pelajar akan bekerjasama dalam satu kumpulan kecil, membantu satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan sebagai yang diminta oleh guru melalui perhubungan yang saling bergantung secara positif, bertanggungjawab, interaksi bersemuka yang sihat dan penglibatan yanga saksama. Kaedah pembelajaran secara koperatif penting dalam pembentukan perpaduan kaum dapat dibuktikan melalui pendapat yang dikemukakan oleh William Ragan and C. B. Stendler dalam penulisan mereka yang bertajuk The Social Dimension telah mengatakan strategi pengajaran melalui koperatif dapat mengalakkan pelajar menetapkan perancangan bersama, menetukan matlamat, membahagikan tanggungjawab dalam melaksanakan segala aktiviti seni yang diminta. Secara tidak langsung, ia dapat mengeratkan lagi persahabatan antara pelajar yang berbilang kaum.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

15

V. Semasa Pengajaran dan pembelajaran Dalam tugas melaksanakan isi kandungan yang telah dirancang, selain daripada memberi ilmu pengetahuan, objektif pengajaran perlu sejajar dengan kehendak FPK yang bermatlamat mewujudkan sebuah negara yang maju dengan cara yang tersendiri. Maka, sebagai seorang pendidik yang profesiohal, segala bimbingan dan bantuan yang diberi kepada pelajar hendaklah menunjukkan keadilan dan kesaksamaan. Tindakan diskriminasi perlu dielakkan agar pelajar merasa seronok dan selesa belajar. Dalam sesi kritikan seni, selain melatih dalam penggunaan bahasa tampak, sifat rasional dan mempunyai hati terbuka turut menyumbang dalam usaha memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar. Sesi ini membolehkan pelajar bertukar-tukar pendapat dan memberi pandangan yang membina. Pelajar juga mempelajari menerima pendapat dan kritikan dari bangsa yang berlainan.

VI.

Pengurusan bilik darjah Penyusunan meja kerusi dalam bilik atau studio seni seharusnya dalam bentuk

kumpulan. Ia memudahkan pelajar berbincang dan menjalankan aktiviti kumpulan. Penyusunan meja kerusi yang berasingan seolah-olah mengasingkan dan mengelakkan setiap individu berinteraksi antara satu sama lain. Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek penting dalam memberi daya tarikan dan menjadi sumber ilham kepada pelajar. Suasana bilik darjah yang ceria mencerminkan sikap tanggungjawab dan kerjasama antara pelajar yang menuju ke arah perpaduan.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

16

VII.

Sejarah seni Bidang Sejarah Seni yang ada dalam kandungan kurikulum pendidikan seni juga

memainkan peranan yang penting dalam membentuk sikap perpaduan. Menurut Md. Nasir Iberahim dan Prof. Madya Iberahim Hassan (2003) dalam buku mereka yang berjudul Pendidikan Seni Daripada Sudut Sosial mengatakan wujudnya pelbagai kontroversi dalam memperkenalkan ‘multikulturisme’, tetapi apa yang penting ialah peranan guru sebagai pembudaya. Walaupun budaya orang Melayu lebih diutamakan dalam kurikulum pendidikan seni tetapi guru seni perlu memperkenalkan budaya bangsa lain kepada pelajar agar mereka memahami dan menghormati serta boleh berkomunikasi dengan orang lain. Seni bersifat sejagat.

Kesimpulan Dalam menangani masalah perpaduan antara kaum, jelaslah Kurikulum Pendidikan Seni yang ada sekarang dapat memberi sumbangan yang mengalakkan berdasarkan ciri-ciri pendidikan seni yang telah dinyatakan di atas. Tidak dapat dinafikan bahawa pendidik merupakan agen yang penting sekali dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran yang menjurus ke arah perpaduan. Sebagai seorang pendidik, ilmu kandungan kurikulum harus dikuasai dan dilaksanakan. Perkembangan dunia kian semakin pesat. Bidang pendidikan perlu sentiasa membuat “enviromental scanning” bagi mengenalpasti keperluan-keperluan negara semasa. Sebagai contoh komplas sekolah wawasan pertama di USJ15 Subang Jaya merupakan sekolah wawasan pertama bagi mengeratkan lagi perpaduan kaum di negara

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

17

kita. Perluasan pelaksanaan konsep sekolah wawasan ke seluruh negara pada abad ke-21 akan dapat memastikan perpaduan kaum yang terdapat di negara terjamin. Tanpa perpaduan nasional, wawasan 2020 akan menghadapi risiko yang berat dan mungkin gagal. Jadi, tanamkan pada jiwa anak-anak muda kita dan tiupkan semangat perpaduan nasional. Sesungguhpun, memupuk perpaduan adalah satu usaha yang begitu komplaks yang boleh membangkitkan perasaan dan emosi. Namun dengan adanya kefahaman, penjelasan, dan persetujuan semua pihak terhadap konsep, rasional dan langkah-langkah tindakan yang dimajukan. “Satu Negara Satu Bangsa (Malaysia)” bukan sesuatu impian yang mustahir. Dato’ Onn Jaafar pernah berkata: “Saya ini pro Islam dan pro Melayu, tetapi tidak membenci kepada bangsa-bangsa yang lain, kita harus ingat bahawa perpaduan nasional harus diutamakan.”

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

18

Biliografi

--------. (1998). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. --------. (2000). Kumpulan Esei Pilihan: Pendidikan Seni dan Muzik. Perak: Fakulti Sains Sosial dan Kesenian UPSI. Abd Rahim Abd Rashid. (2000). Wawasan Pembangunan: Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan: Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum. Perak: Quantum Books. Abu Talib Putih (2001). Soal Pemikiran Dalam Pendidikan Seni: Asas Pertimbangan Untuk Praktis Pengajaran Di Sekolah-sekolah dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI. Al Hurwitz, Michael Day. (1995). Children and their art: Methods for Elementary School. United States of America. Alias Aliana. Dasar Kebudayaan Kebangsaan: Satu Persoalan. [On-line]
file:///A/db08fokf.html

Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan Ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Selangor: Fajar Bakti. Ee Ah Meng. (1991). Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih. Selangor: Fajar Bakti. Ensiklopedia Dunia Melayu, 4. Kuala Lumpur: Piramid Perdanan Sdn. Bhd. Freedman & Feenam d. Hernandez. (1998). Curriculum, Culture and Art Education Comparative Perspectives. State University of New York: Press Albary. Haji Mohd. Shahir B. Haji Abdu. Perpaduan Kearah Pengukuhan Kepimpinan Ummah. [On-line] file:///A/perpaduan.html Iberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.
Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 19

Jakob Sumardjo. (2000). Filsafat Seni. Bandung: ITB. Jasiman Bin Ahmad & Nora Binti Samat. (2000). Wawasan Pemangkin Negara Maju. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise. Kassim Ahmad. (1998). Esei-esei Politik. Selangor: Fajar Bakti. Malaysia, (1991). Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991 – 2000. Kuala lumpur: Percetakan Negara. Malaysia, (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996 – 2000. Kuala lumpur: Percetakan Negara. Md. Nasir Iberahim, Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohd. Manshur B. Kiyai Masyhadi. (1993). Sumbangan Kami Terhadap Wawasan 2020. Selangor: Perniagaan Al Wathaniyah. Musa Hitam. (1986). Nasionalisme Krisis dan Kematangan. Selangor: Pelanduk Publications. Omar Mohd. Hashim. (1999). Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum, (1990). Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Rod Taylor. (1986). Educating For Art: Critical Response and Development. UK Limited England: Longman Group. Shahril @ Charil Marzuki, Habib Mat Som, (1999). Isu Pendidikan Di Malaysia: Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Siti Fatimah Abdul Rahman, penyunting (1993). Ke Arah Negara Maju Berdasarkan Sistem Nilai. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Syed Othman Alhabshi. (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. [On-line] Tajul Ariffin Noordin. (1990). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Wan Abdul Kader & Yap Beng Liang. (1997). Seni Dan Pendidikan Insan Madani. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

20

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->