P. 1
03 - Tajuk 7 - Sintesis Pendekatan 3 Tokoh - Copy

03 - Tajuk 7 - Sintesis Pendekatan 3 Tokoh - Copy

|Views: 49|Likes:
Published by Ernieyanti Bakri

More info:

Published by: Ernieyanti Bakri on Jul 10, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/01/2013

pdf

text

original

TAJUK 7

SINTESIS PENDEKATAN KODALY, ORFF DAN DALCROZE

7.1

Sintesis Kodaly, Orff dan Dalcroze Secara umum ketiga-tiga tokoh ini mengutarakan falsafah masing-masing

dengan dan terdapat perbezaan antaranya. Namun apabila dilihat dari aspek muzikal itu sendiri, adalah ternyata ketiga-tiga mereka mempunyai hasrat yang sama dan seiring. Jelasnya elemen-elemen muzik diberikan fokus dan tumpuan dalam membina potensi muzikal dikalangan kanak-kanak. Nyatanya perbezaan ketara adalah dari aspek kaedah, teknik dan pendekatan oleh tokoh-tokoh berkenaan.

7.2

Perbezaan pendekatan Kodaly, Orff dan Dalcroze Berdasarkan pendekatan yang dijelaskan dan diaplikasikan oleh ketiga-

tiga tokoh tersebut, terdapat beberapa perbezaan yang dapat dilihat melalui pendekatan mereka. 7.2.1 Falsafah tentang Pendidikan Muzik Pertama sekali, kita dapat lihat perbezaan daripada segi pandangan mereka dalam pendidikan Muzik terhadap kanak-kanak. Zoltan Kodaly seperti yang diketahui, beliau merupakan seorang yang berjiwa `patriotik’ dengan menerapkan muzik rakyat dalam pendidikan. Tegasnya, Kodaly berpandangan bahawa Muzik rakyat perlu menjadi asas muzik yang penting dalam pendidikan kanak-kanak. Carl Orff pula berpandangan bahawa dalam pendekatannya perlu ditekankan mengenai aplikasi kemahiran bermain alat muzik dalam pendidikan Muzik kanak-kanak. Manakala Dalcroze pula berpandangan mengenai

pendekatannya, pergerakan dalam aktiviti muzikal amat penting supaya unsur muzik mudah untuk diterapkan.

merangkumi aspek ruang bunyi dan bentuk. berlari dll. aktiviti yang memberikan kelebihan dalam meningkatkan kemahiran solfej. Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi dalam kurikulum pendidikan muzik di sekolah. Suara adalah alat muzik semulajadi. pembelajaran muzik yang asas ialah bagaimana menukarkan emosi muzik kepada bentuk pergerakkan anggota badan. Muzik rakyat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Transisi daripada pertuturan kepada aktiviti berirama dan kemudiannya kepada nyanyian. Irama adalah elemen paling penting yang perlu diajar terlebih dahulu sebelum elemen-elemen lain. Kanak-kanak harus mengalami pergerakkan dan irama muzik sebelum memahaminya secara teori. Elemental muzik adalah merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak mengikuti latihan khusus. . Ianya perlu diajar kepada semua lapisan masyarakat. Nyanyian koir penting untuk menghasilkan keseronokkan yang boleh mewujudkan manusia yang berdisiplin. Dalcroze Eurythmic iaitu pergerakkan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan atau tanpa muzik Tubuh badan merupakan alat muzik utama Kanak-kanak mempunyai emosi. Konsep `inner hearing’ dipupuk dengan cara mendengar muzik secara mental semasa membaca skor muzik. berperibadi tinggi dan mulia. KAEDAH DAN PENDEKATAN TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN MUZIK Kodaly Konsep irama asas kanak-kanak disamakan dengan pergerakan seperti berjalan. Nyanyian adalah asas kepada kemahiran muzik.PERBANDINGAN FALSAFAH. Emosi dapat dirasai /diluahkan melalui pergerakan. Kanak-kanak harus dibenarkan mengalami pengalaman muzikal sebelum diajar tentang elemen muzik dalam bentuk notasi. Muzik kepunyaan semua manusia. bermain alat muzik Pengajaran muzik perlu berlaku di awal pra sekolah. Gaya atau pergerakan menggambarkan perasaan. Memperkenalkan konsep `echoing patterns’ melalui `inner hearing’ dan mendemonstrasikan dihadapan murid. Alat muzik tidak diperlukan. Inner hearing sangat penting dalam kemahiran menyanyi. Orff Eksplorasi yang menggalakkan kanak-kanak meneroka dan melakukan eksperimen dengan bunyibunyi muzikal.

Perkembangan pembelajaran pelajar tidak terlalu cepat dan drastik tetapi wajarlah bermula dari ansur mudah ke sukar iv.2 Kaedah Dari jadual di atas dapat kita lihat dengan jelas perbezaan konsep dan falsafah yang dibawa oleh ketiga-tiga tokoh pendidik muzik ini. sumbang saran. Bagi Dalcroze yang memberi fokus kepada emosi dan gaya perluahan perasaan kanak-kanak pula menggunakan kaedah pergerakan sebagai alat muzik yang asas dan utama dalam pembelajaran muzik kanak-kanak. Setiap tokoh ini mempunyai kaedahnya yang tersendiri. pelajar memerlukan contoh yang bersifat konkrit agar mereka lebih mudah memahami . melalui permainan.7. Justeru itu. Isi kandungan pelajaran seharusnya disampaikan dalam urutan yang wajar dan logik serta mempunyai kaitan antara satu sama lain iii. kanak-kanak perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman bagi menghasilkan hasil pembelajaran yang berkesan. Antaranya ialah . berkumpulan.2. ii. Bagi yang bersifat abstrak. Tahap kebolehan serta kemahiran muzikal pelajar mestilah bersesuaian dengan bahan pengajaran yang disediakan oleh guru. Zoltan Kodaly menyatakan bahawa suara merupakan aspek utama dalam permulaan pembelajaran muzik bagi kanak-kanak. Manakala Carl Orff pula menyatakan bahawa sebelum memulakan pembelajaran muzik. i. Dengan bersandarkan konsep dan falsafah ketiga-tiga tokoh di atas. seseorang guru perlu memahami dan oleh itu seharusnya mematuhi prinsip-prinsip tertentu agar pelaja dapat memberikan respons yang diharapkan. simulasi dan juga kuliah. Teknik-teknik pengajaran yang dicadangkan ialah tunjuk cara. kaedah yang dinyatakan akan lebih berkesan sekiranya teknik-teknik tertentu dapat digunakan sewaktu mengaplikasinya dalam bilik darjah.

dengan mengambil kaedah oleh Orff. Kedua-dua alat ini boleh diubah barnya mengikut kesesuaian skel muzik yang ingin dimainkan. begitu juga untuk membimbing pelajar memahami nilai-nilai not lagu yang pendek seperti te dan yang panjang ta-a-a-a.v. Guru bertindak sebagai pemudahcara dan setiap pelajar wajar diberi bimbingan untuk mencapai tahap yang dikehendaki Berpaksikan kepada pematuhan kepada prisnsip-prinsip di atas. Perlakuan ini boleh . Dengan kaedah tunjukcara (demo) dan ajuk. Kaedah imitasi merupakan satu kaedah yang signifikan dengan kemahiran asas muzikal kanak-kanak. pelajar berpeluang untuk melatih diri dengan lebih yakin. menariknya Orff akan memeinta pelajar menyebut silibel seperti ma me mi mo mu atau la le li lo lu. Wujudkan kekerapan latihan bagi tujuan peneguhan serta melibatkan secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dicipta secara kreatif dan menarik oleh guru vi. Ajukan bunyi berkenaan akan membawa kepada pengaplikasian bermain alat yang sebenarnya. Sebagai contoh. sebutan secara berirama amat digalakkan bagi seseorang kanak-kanak yang bertujuan sebagai latihan kepada sebutan vokal dan konsonan. Bagi Orff pula. beliau cenderung kepada permainan alat muzik terutama alat muzik seperti glokenspil dan zailofon. guru boleh menggunakan corak irama satu bar dan meminta pelajar menepuknya berulangkali setelah diberi tunjuk cara oleh guru. Sebagai contoh. Dalam bidang permainan alat misalnya. guru harus menjalankan aktiviti mengikut kesesuaian pelajar masing-masing. guru boleh menggunakan suara bagi menggantikan bunyi alat muzik sebenar contohnya seperti `Bum’ untuk drum dan `Cing’ untuk kerincing. Orff juga banyak menumpukan skel 5 not iaitu pentatonik dalam memenita pelajar berlatih memukul bar-bar alat muzik berkenaan. walau pun ia tidak mempunyai sebarang makna.

terdapat beberapa komponen yang penting yang perlu difikirkan guru.3 Gabungan unsur Kodaly. Orff dan Dalcroze untuk dipraktikkan terutama melibatkan aktiviti-aktiviti muzikal seperti nyanyian. i.dijadikan satu latihan dalam melatih koordinasi psikomotor pelajar. Berikan satu contoh aktiviti berpandukan kepada setiap kaedah tersebut. Iaitu. Dengan membahagikan kepada beberapa kumpulan seperti kumpulan yang memainkan melodi. perancangan yang menyeluruh dan teliti amat diperlukan. Bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti muzikal seperti yang dinyatakan. 7. dron. guru-guru boleh memilih kaedah samada Kodaly. bordun dan ostinato akan meningkatkan kemahiran bermain mengikut tempo yang betul dan bermain alat secara ensembel. cuba anda fikirkan ketiga-tiga kaedah yang dinyatakan boleh diaplikasi kepada pengajaran dan pembelajaran untuk subjek selain dari pendidikan muzik. Di sini konsep guru sebagai fasilitator menjadi keutamaan dan ia seharusnya sentiasa diamalkan. Justeru. Latihan Secara berasingan. gabungjalin membawa maksud proses intergrasi kepelbagaian kaedah dalam melaksanakan pemindahan pengetahuan atau kemahiran dalam aktiviti pengajaran. persekitaran bilik muzik . permainan alat serta muzik dan gerakan. Orff dan Dalcroze dan pengaplikasian dalam kelas muzik di sekolah rendah Dari sudut istilah dan pendidikan. dalam setiap pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. Bagi memastikan pengajaran & pembelajaran muzik berkesan dan menarik minat pelajar.2.

ii. Penggabungjalinan di antara kaedah-kaedah yang digunakan mempunyai kelebihannya tersendiri. berjalan dan berlari. iii. iv. Ia juga dapat melahirkan aktiviti . Justeru itu Kodaly memberi garis panduan seperti berikut . sederhana laju dan akhirnya laju. Guru boleh melaksanakan aktiviti dengan menggunakan muzik yang bertempo perlahan pada mula. menyanyi. kurikulum berpusatkan pelajar guru adalah penyampai ilmu strategi dan kaedah pengajaran & pembelajaran motivasi dan pengurusan Maka setelah itu. Kodaly pula menggunakan isyarat tangan dalam aktiviti nyanyiannya. merasai. iv.ii. guru mula merancang aktiviti-aktiviti yang melibatkan murid dalam mendengar. Berasaskan elemen muzik. v. pergerakan akan terbentuk secara spontan dan semula jadi seperti melompat. Orff mengutamakan proses eksplorasi dalam pergerakan. Perkara-perkara yang perlu diambil kira sekiranya melaksanakannya ialah kemahiran mendengar. berimiginasi. i. Antaranya ialah pengajaran muzik yang berlaku disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Pergerakan tangan tadi mampu memberikan koordinasi yang baik dan kesan ingatan solfa yang mendalam pada pelajar. julat suara yang sesuai ( biasanya skel pentatonik ) postur badan yang baik teknik pernafasan yang konsisten pengeluaran suara ( ton) yang jelas Bagi Dalcroze pula yang lebih mengutamakan eurhythmic supaya pelajar lebih peka terhadap muzik melalui pergerakan. iii. menginterpretasi bunyi dan bertindak kepada bunyi yang didengar. memainkan alat muzik serta muzik dan gerakan.

Latih pelajar mengikut frasafrasa yang pendek pada awalnya. pelajar melakukan semula isyarat tangan yang sama sambil menyanyikan pula melodi secara solfa. Jelasnya ketiga-tiga kaedah ini dapat membantu pelajar dalam aktiviti-aktiviti nyanyian. . dan beransur kepada latihan dalam frasa-frasa yang panjang. pergerakan berirama dan permainan alat muzik. Dalam kaedah permainan. Contoh aktiviti penggabungjalinan kaedah 1. Diawal permainan. 3. Begitupun untuk lebih menarik jika dapat disesuaikan dalam bentuk permainan. 2. ia juga boleh digabungkan dengan kaedah penghafazan.pengajaran dan pembelajaran yang sangat menarik dan berkesan terutama dalam aktiviti nyanyian. Seorang guru yang ingin mengadakan aktiviti nyanyian boleh memilih untuk mengikut konsep Dalcroze iaitu memberi fokus kepada solfej. Atau pelajar itu boleh juga diminta menyanyi secara senyap dan meminta guru memberikan maksud mesej dengan menggunakan isyarat tangan. Pelajar biasanya menjadi seronok apabila mempelajari sesuatu dengan cara menghafaz ( learning by heart ). Guru akan menggunakan isyarat tangan sementara pelajar diminta menghafaz sambil membunyikan melodi tersebut di dalam. Sekiranya dia memilih konsep Orff. Langkah selanjutnya. akan lebih kepada sebutan berirama sementara Kodaly pula menggunakan isyarat tangan dan solfa sahaja. Menggunakan teknik permainan iaitu `mesej rahsia’. Pelajar itu kemudiannya membaca mesej tersebut dengan cara menyanyikannya ke telinga guru. guru memberikan satu nota yang mengandungi mesej rahsia kepada seorang pelajar. Guru perlu menyedari bahawa pelajar harus mempelajarinya peringkat demi peringkat.

dokumentasikan dan masukkan ia ke dalam folio tugasan. Tamat . Anda bebas menggunakan kaedah dan teknik anda sendiri di dalam menyediakan tugasan ini.Latihan Bina peta minda berdasarkan keseluruhan isikandungan dalam topik ini dalam bentuk grafik.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->