You are on page 1of 10

10 Cara Terbaik Untuk Menangani Kesan Rumah Hijau

Posted on August 11, 2012 by abuali

Apa kata sekiranya kita mempunyai 10 cara terbaik untuk menangani kesan rumah hijau? Saya teringat pada zaman sekolah rendah, di mana kesan rumah hijau diajar dalam matapelajaran sains di mana kami semua diajar bahawa punca utama kesan rumah hijau ini adalah karbon dioksida dan ianya boleh menyebabkan kepupusan flora dan fauna, kawasan berhampiran pantai tenggelam disebabkan ais di kutub utara dan selatan cair dan lain-lain. Merujuk kepada globalwarminglies.com, yang tidak mempercayai kesan rumah hijau membawa kesan negatif telah menunjukkan 10 cara terbaik untuk menangani kesan rumah hijau. Walaupun cara ini adalah terlalu ekstrim untuk dilakukan tetapi kesemua 10 cara terbaik untuk menangani kesan rumah hijau merujuk kepada aktiviti manusia sendiri. 1) Jangan Memandu

Kita semua tahu bahawa kenderaan adalah punca gas karbon monoksida yang terbesar dan pada hari ini, hampir semua orang mempunyai kenderaan. Dengan tidak memandu, tiada gas karbon monoksida dihasilkan dan kesan rumah hijau mungkin dapat dikurangkan. 2) Berhenti Sekolah

Bangunan sekolah menghasilkan lebih karbon dalam masa setahun daripada anda sendiri dalam masa 20 tahun 3) Jangan Memakai Kasut Atau Barangan Yang Dihasilkan Oleh Kilang

Kilang menghasilkan pelbagai gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen oksida dan lain-lain. Buat pakaian anda sendiri untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. 4) Jangan Tinggal Di Rumah Yang Menggunakan Elektrik

Rumah yang menggunakan elektrik menghasilkan sehingga 2 3 kali karbon sebanyak kenderaan 5) Tutup Monitor Dan Komputer Ini

Jangan tipu, tiada siapa akan melakukannya sekarang.

6)

Jangan Makan Makanan Bergoreng

Apabila kamu menggoreng makanan sama ada menggunakan elektrik atau gas, keduaduanya menghasilkan karbon dioksida 7) Berhenti bernafas

Menghembus nafas menghasilkan karbon dioksida, jadi berhenti bernafas 8) Jangan Buang Air Di Dalam Tandas

Air yang digunakan di tandas akan dibersihkan semula di loji air (menggunakan elektrik untuk beroperasi di mana sumber elektrik Malaysia ini datang dari bahan bakar fosil yang menyumbang kepada penghasilan karbon dioksida). 9) Jangan Bersenam

Bersenam meningkatkan kadar denyutan jantung seterusnya meningkatkan kadar pengambilan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida. 10) Mati Apabila mati, kita semua berhenti melakukan aktiviti di atas di mana dalam setahun kita mengurangkan 8.4 ton karbon dioksida di bumi. Kesemua 10 cara terbaik bagi menangani kesan rumah hijau itu bermaksud sinikal (memerli) usaha pihak pro kesan rumah hijau tetapi pengajaran yang kita dapat ambil di sini adalah kesemua aktiviti manusia ada hubungkait dengan alam sekitar. Kita seharusnya memikirkan untuk mengurangkan sumber bahan bakar fosil (petroleum, gas asli dan lainlain), mengitar semula dan memikirkan inovasi untuk alam sekitar kita sendiri di mana masa semakin suntuk. (Bagi saya, kesan rumah hijau bukannya sesuatu yang palsu seperti diwar-warkan oleh pihak yang tidak menyokong kesan rumah hijau. Kesannya sendiri boleh kita lihat di mana suhu di Malaysia telah naik beberapa darjah celcius, kejadian banjir di tempat yang jarang berlakunya banjir (Kajang, Georgetown), masalah sumber air yang berkurangan (Selangor, Kelantan), ketidaktetapan musim panas dan hujan yang mengganggu hasil pertanian, tetapi kita harus mengambil pandangan daripada kedua-dua pihak untuk lebih memahami isu alam sekitar). =====================================================================

Kesan rumah hijau


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Proses kesan rumah hijau 2 Kesan rumah hijau global 3 Punca kesan rumah hijau 4 Kaedah mengurangkan kesan

Proses kesan rumah hijau[sunting]


Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Kesan rumah hijau global[sunting]


Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.

Punca kesan rumah hijau[sunting]


Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gasgas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol,

sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.

Kaedah mengurangkan kesan[sunting]


Antara kaedah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan .
=====================================================================

Kesan rumah hijau


Kesan rumah hijau adalah tanda amaran terhadap bahagian bawah atmosfera dan permukaan planet oleh satu proses kompleks yang membabitkan cahaya matahari, gas dan bahan kecil di atmosfera. Di muka bumi, kesan rumah hijau bermula lama sebelum kewujudan manusia lagi. Kegiatan manusia pada masa ini menambahkan lagi kesannya. Jumlah bahang yang terperangkap oleh gas di atmosfera, dikenali sebagai gas rumah hijau berkembang dengan pesatnya sejak pertengahan 1800, apabila industri moden mulai berkembang. Pada akhir 1800, suhu permukaan bumi turut meningkat. Dinamakan kesan rumah hijau ini kerana keadaan atmosfera kelihatan seperti bumbung kaca dan tembok rumah hijau, yang memerangkap bahang matahari. Keadaan permukaan bumi menunjukkan kira-kira 15 peratus tenaga solar akan kembali ke udara. Sementara bakinya akan memanaskan tanah dan lautan. Tanah dan lautan dipanaskan ini akan membalikkan semula bahangnya ke udara, terutama dalam bentuk pancaran infra merah dan wap air. Infra merah hampir sama seperti gelombang kecil, tetapi tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia. Apabila pancaran dari tanah dan lautan ini terkena pada bahan tertentu di atmosfera seperti gas rumah hijau dan serpihan, bahan ini akan menyerap pancaran itu. Hasilnya, gas dan serpihan itu juga panas. Ia hanya akan sejuk apabila menghantar keluar pancaran infra merahnya sendiri. Sebahagian daripadanya akan ke ruang angkasa dan sebahagian lagi kembali ke permukaan

bumi, yang kemudiannya turut menambahkan lagi darjah kepanasan di permukaan udara. Tanpa kesan semula jadi rumah hijau, purata suhu permukaan bumi adalah kira-kira 59 darjah Fahrenheit atau 33 darjah selsius lebih sejuk berbanding sekarang. Gas rumah hijau yang utama terdiri daripada atom karbon, hidrogen dan oksigen. Gas ini pula adalah wap air, karbon dioksida, metana dan ozon. Serpihan rumah hijau termasuk titisan awan, jelaga dan debu. Sejak awal hingga pertengahan 1800-an, jumlah karbon dioksida dalam atmosfera meningkat kira-kira 25 peratus dan konsentrasi metana bertambah 150 peratus. Kebanyakan peningkatan disebabkan aktiviti manusia, terutama pembakaran minyak fosil (arang, minyak dan gas asli) dan pembersihan tanah. Minyak fosil mengandungi karbon dan pembakarannya menghasilkan karbon dioksida. Pokok dan tanaman lain menyerap gas melalui proses fotosintesis. Tanah dibersihkan dan hutan yang ditebang juga menyebabkan kadar karbon dioksida meningkat. Kadar purata suhu permukaan bumi meningkat kira-kira 0.5 hingga 1.5 darjah Fahrenheit (0.3 hingga 0.8 darjah selsius) hingga akhir 1800-an. Ahli sains masih belum mengesahkan peningkatan kadar karbon dioksida di atmosfera meningkatkan suhu permukaan bumi. Sekiranya dalam keadaan tertentu, kaitannya memang wujud, keputusan selepas itu mungkin lebih teruk. Ramai saintis menganggarkan pada 2050, jumlah karbon dioksida di atmosfera dua kali ganda berbanding paras di kawasan pra industri. Jika peningkatan ini turut ditambah oleh kesan rumah hijau, suhu permukaan bumi akan bertambah antara tiga hingga lapan darjah Fahrenheit (1.5 hingga 4.5 darjah selsius) pada 2100. Peningkatan suhu permukaan bumi, dikenali sebagai kepanasan sejagat boleh merubah sistem ekologi beberapa bahagian bumi. Sebagai contoh, kepanasan sejagat turut mempengaruhi pola penurunan hujan, mencairkan ketulan ais sehingga meningkatkan paras laut, menyebabkan ribut tropika yang teruk, mengakibatkan perpindahan tanaman dan jumlah haiwan. Ia turut menyebabkan perubahan arus ombak dan peredaran angin, sehingga ada kawasan lebih sejuk berbanding pada masa kini. Satu lagi kesan daripada kepanasan sejagat di kawasan utara menyebabkan lebih banyak salji

yang turut cair dan menyebabkan lebih banyak lembaran ais. - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

Punca-Punca yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.
Perindustrian.

Sektor perindustrian banyak membebaskan gas-gas seperti kloroflorokarbon, halon, karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida, metana dan lain-lain yang telah menjadi agen utama menghakis dan menipiskan lapisan ozon serta membentuk selimut atmosfera. Contohnya : Industri pencuci atau pelarut : CFCs dalam bentuk cecair digunakan sebagai bahan pencuci minyak dan gris dalam perlatan elektronik dan elektrik, mikrocip dalam komputer dan pelbagai jenis logam. CFCs dalam bentuk gas pula digunakan sebagai pencuci peralatan perubatan.
Pengangkutan.

Gas-gas rumah hijau juga turut dikeluarjan dari kenderaan akibat pembakaran yang tidak lengkap dalam sistem enjinnya iaitu mengeluarkan banyak karbon monoksida.

Ujian nuklear.

Kawasan kutub selatan khususnya di benua antartika, lapisan ozon bukan sahaja menipis tetapi telah berlaku kebocoran sehingga terbentuknya lubang-lubang ozon. Kesan ini disebabkan daripada tindakan manusia yang menjadikan kawaasan tersebut sebagai tapak untuk ujian pelancaran roket dan peluru berpandu yang sebahagian besarnya dilakukan oleh negara Rusia dan Amerika Syarikat.

Pembakaran terbuka

Aktiviti pembakaran terbuka seperti di tapak pelupusan sampah, di kawasan tapak pertanian, pembakaran hutan yang berlaku secara semula jadi seperti letusan gunung berapi, juga menyumbang peningkatan gas karbon dioksida dalam atmosfera.

Kesan Rumah Hijau


1. Fenomena kesan rumah hijau adalah disebabkan oleh peningkatan gas karbon dioksida dalam atmosfera. 2. Peningkatan kuantiti gas karbon dioksida adalah disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan karbon dioksida lebih daripada pengambilan gas karbon dioksida semasa tumbuhan berfotosintesis. 3. Peratusan gas karbon dioksida dalam atmosfera boleh meningkat disebabkan pemusnahan tumbuhan hijau semasa aktiviti penebangan hutan yang tidak terkawal serta pembukaan tanah. 4. Gas karbon dioksida yang berlebihan dalam atmosfera akan meningkatkan suhu bumi. 5. Gas karbon dioksida dalam atmosfera menghalang pancaran cahaya inframerah daripada dipantulkan semula ke angkasa lepas. 6. Kesan rumah hijau menyebabkan : (a) Banjir akibat pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan (b) Kemarau di kawasan tertentu dan kawasan gurun menjadi bertambah luas. (c) Menjejaskan pergerakan tenaga dan bahan-bahan dalam rantai makanan kerana tumbuhan tertentu (pengeluar) mati.

Kesan Rumah Hijau: Faktor, kesan dan langkah mengatasi.


1. Bincangkan enam faktor yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau. [6 markah] Jawapan: Faktor kesan rumah hijau: 1. banyak berlaku pembakaran terbuka/ pembakaran hutan 2. banyak asap dari kereta atau kenderaan 3. banyak asap dari kilang 4. pembakaran bahan api fosil berlebihan 5. kurang pokok / tumbuhan hijau / penerokaan hutan berlebihan 6. penggunaan petrol berplumbum yang banyak 7. Pembebasan bahan CFC dari alat hawa dingin yang banyak. 8. Ujian senjata nuklear yang berlebihan.

2. Huraikan 6 kesan akibat fenomena rumah hijau. [6 markah]

Jawapan: Kesan fenomena rumah hijau: 1.menyebabkan pencairan ais di kutub dan kawasan pergunungan 2. mengakibatkan kenaikan suhu dunia/ global 3. berlakunya kenaikan aras laut 4. daratan yang rendah ditenggelami air / pulau ditenggelami air 5. peluasan kawasan gurun 6. penurunan hasil pertanian/ penternakan kerana kurang fotosintesis 7. kandungan gas oksida dalam udara meningkat 8. menyebabkan berlakunya perubahan iklim dunia. 3. Bincangkan enam langkah mengatasi kesan rumah hijau. [6 markah] Jawapan: Langkah mengatasi rumah hijau: 1. menanam pokok / menambah kawasan hijau/ menghijaukan bumi. 2. mengenakan denda/ menguatkuasakan undang-undang kepada pihak mencemarkan alam sekitar. 3. mengadakan kempen alam sekitar / pendidikan alam sekitar. 4. kenderaan menggunakan petrol tanpa plumbum 5. memasang alat penapis asap kilang 6. menjalankan pembakaran menggunakan incinerator 7. berkongsi kereta 8. menjalankan proses kitar semula bahan buangan/ terpakai 9. menjalankan R&D ..

You might also like